Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Jumaat, Februari 26, 2010

ISU SEBAT - NGO WANITA BANTAH

Isu sebat Kartika belum menampakkan penyelesaiannya, muncul pula isu sebat yang baru. Bezanya kali ini, hukuman sebatan telah pun dilaksanakan sebelum perkara ini didedahkan kepada umum. Seperti cacing kepanasan, para pejuang feminisme dan hak-hak asasi manusia melatah sebaik sahaja ia disampaikan oleh media massa. Isu kali ini melibatkan tiga orang wanita dan hukuman tersebut sebenarnya tidak layak untuk dikategorikan sebagai hukum Islam.


Seperti yang diakui sendiri oleh Maria Chin Abdullah, sudah nampak 'masalah' jika ada dua undang-undang; sivil dan syariah yang diterapkan di dalam negara. Akan tetapi, persoalan lain pula muncul, beliau mencadangkan supaya undang-undang syariah dikaji semula. Mengapakah hanya undang-undang syariah sahaja yang perlu dikaji semula? Adakah untuk diperbaiki supaya menurut hukum-hukum uqubat Islam 100%, atau untuk diletakkan di dalam kandang pesalah sebagai 'pihak' yang melanggar hak-hak asasi manusia, menyeksa wanita, kejam dan tidak berperikemanusiaan? Bagi mereka yang memahami perjuangan golongan feminis dan liberal ini, pastinya sudah dapat meneka bahawa motif mereka adalah untuk mengetepikan terus mahkamah syariah dan mengekalkan mahkamah sivil sebagai satu-satunya mahkamah dan undang-undang yang diterapkan di negara ini.

Inilah padahnya apabila umat Islam semakin jauh dari kehidupan Islam yang kaffah. Hukum-hukum Islam semudah itu diperlecehkan dan dilemparkan pula dengan pelbagai tuduhan yang tidak berasas. Lebih menyedihkan, penghinaan tersebut dilakukan oleh umat Islam sendiri, kononnya atas nama hak asasi manusia yang menipu! Walhal, punca permasalahannya adalah bahana sistem kehidupan sekular-kapitalisme yang melahirkan golongan manusia rendah akhlak, terdedah kepada ancaman gejala sosial dan pengaruh hedonisme dan kontang budaya amar ma'ruf nahi mungkar. Malahan, penyelesaiannya pula ialah dengan sistem uqubat versi sekular yang tidak berkesan langsung dalam menangani masalah jenayah dan maksiat. Mana mungkin ‘racun’ diubati dengan ‘racun’ yang sama!

Allah SWT berfirman,
“Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu…” [TMQ Al Maidah(5) : 49]

Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?” [TMQ Al Maidah(5) : 50]

“Manusia yang paling dibenci Allah ialah orang yang menghendaki hukumi jahiliyah (hukum selain Islam) dan menuntut darah orang lain tanpa hak untuk menumpahkan darahnya.” [HR Bukhary]

Maka, belum tibakah peringatan Allah SWT bagi hamba-hambaNya yang beriman untuk berusaha menerapkan Islam yang kaffah, serta mencampakkan seluruh hukum-hukum ciptaan manusia?

“Dan tidaklah layak bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan – apabila Allah dan RasulNya memutuskan sesuatu perkara – (tidaklah layak mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata” [TMQ al-Ahzab(33):36]

" Dan barang siapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta.”Berkatalah ia: “Ya Tuhanku, mengapa Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, padahal aku dahulunya adalah seorang yang melihat?Allah berfirman: “Demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat Kami, maka kamu melupakannya, dan begitu (pula) pada hari ini kamu pun dilupakan”Dan demikianlah Kami membalas orang yang melampaui batas dan tidak percaya kepada ayat-ayat Tuhannya. Dan sesungguhnya adzab di akhirat itu lebih berat dan lebih kekal." [TMQ Taaha: 124-127]



Wallahu 'alam





(Sumber: HT)

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya teramat sedih sesangat dgn isu ini……ketika Mahkamah Syariah menetapkan hukuman sebat untuk
3 pesalah zina sebelum berkahwin dilaksanakan, teramat gembira rasanya dgn perkembangan ini ( Undang2
Islam mula dilaksanakan sedikit demi sedikit ).
Tapi bila NGO dan SIS masuk campur, nampak sesangat2 kebodohan mereka yang mengakui sebagai Islam.
Hakikatnya cuba menolak Islam melalui alasan hak asasi manusia. Hukum tetap hukum, ianya tidak boleh
digantikan dgn logik akal.
Kartika sendiri pun belum disebat lagi sedangkan hukuman telah diwartakan sekian lama….malang rasanya
negara ini yang dinobatkan sebagai Islam adalah ugama rasmi, tapi undang2 Islam masih lagi dipertikaikan.

Berilah mereka2 ini peluang melunaskan dosa2 mereka di dunia, kerana mereka tau siksa di ahkirat tiada
tolok bandingnya……bila hukum telah dilaksanakan cuma tinggal dosa dgn Allah SWT aje……itu pasti terampun
melalui taubat nasuha dan rukuk serta sujud padaNya.

Bagi pemerentah, inileh masanya mereka mengambil peluang untuk mendapatkan sokongan orang Islam semula
kerana mereka semua lebih bijak dan lebih dalam ilmu ugamanye ( lebih mementing kedaulatan Islam ). Jika masih
terhegeh2 lagi………PRU akan datang GOOD BYE LEEEEEEEE…..

Wassallam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...