Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Jumaat, Oktober 26, 2012

Beberapa ganjaran bagi sesiapa yang membaca surah AL FATIHAH

2012-10-26 07.38.57

Surah AL FATIHAH mempunyai beberapa nama saperti yang disebut oleh Imam Fakhruddin ar- Razi.Di antaranya ialah:

  1. FATIHATUL KITAB (PEMBUKA KITAB)
  2. AL-HAMD (SEGALA PUJIAN)
  3. UMMUL QURAN (INDUK AL QURAN)
  4. UMMUL KITAB (INDUK KITAB)
  5. AS-SAB’UL MATSANI (TUJUH YANG DI ULANG ULANG)
  6. AL-WAFIYA (YANG MENCAKUPI ISI AL QURAN)
  7. AL-KAFIYA (MEMADAI)
  8. AL-ASAS ( DASAR)
  9. AS-SHIFA (YANG MENYEMBUHKAN)
  10. AS-SUAL (PERMINTAAN)
  11. AD-DU’A (DOA)

 Menurut Imam al Qurtubi di dalam kitab tafsirnya, bagi mereka yang membaca al Fatihah sekali, ganjarannya saperti membaca Taurat, Zabur dan Injil saperti yang di riwayatkan oleh Sayidina Alin bin Abi Talib bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa membaca al Fatihah maka sesungguhnya saperti dia membaca Taurat, Injil, Zabur dan al Quran.”

Kitab kitab ini sudah tidak ada lagi sekarang tetapi pahala membacanya tetap mengalir bagi mereka yang membaca surah al Fatihah.

Begitulah sebahagian daripada keistimewaan dan kelebihan yang Allah letakkan dalam surah al Fatihah.Ia merupakan surah terindah yang di ‘tugaskan’ untuk memancarkan cahaya kedalam jiwa manusia.

Beruntunglah bagi sesiapa yang setiap kali apabila membaca surah al Fatihah, dia turut merenung dan memikirkan maksud setiap ayat yang di lafazkannya itu.


(Sumber rujukan: Majalah Q & A ISU 10)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...