Kitab 'Madha Ya'ni Intim'i Lil-Islam' (Apa ertinya saya menganut Islam) oleh Ustaz Fathi Yakan menyebut seseorang muslim itu wajib bersifat benar, tidak berdusta (penipu).Berkata benar lah sekali pun kepada diri sendiri, walaupun pahit kerana takut kepada Allah.Jangan kerana ada kepentingan duniawi dan takut kepada celaan manusia kita sanggup berdusta.Sifat dusta adalah sifat yang paling jahat dan paling hina malahan ia menjadi pintu masuk kepada tipu daya syaitan.Seorang yang memelihara dirinya dari kebiasaan berdusta bererti ia memiliki pertahanan dan benteng yang dapat menghalang dari was was syaitan dan lontaran lontarannya.
Berhati hati dan memelihara diri dari sifat dusta akan menjadikan jiwa seorang itu mempunyai pertahanan dan benteng kukuh menghadapi hasutan dan tipu daya syaitan.Dengan demikian jiwa seseorang akan bersih, mulia dan terhindar dari tipu daya syaitan.Sebaliknya sifat dusta meruntuhkan jiwa dan membawa kehinaan kepada peribadi insan.
Lantaran itu Islam mengharamkan sifat dusta dan menganggap sebagai satu penyakit dari penyakit yang di laknat.
Kitab ini memetik Hadis Rasulullah SAW yang maksudnya berbunyi:
"Sesungguhnya sifat benar membawa kepada kebajikan dan sesungguhnya kebajikan itu membawa ke syurga.Seorang yang sentiasa bersifat benar hinggalah dicatat di sisi Allah sebagai seorang yang benar".
"Dan sesungguhnya sifat dusta itu membawa kepada kezaliman (kejahatan) dan kejahatan itu membawa ke neraka.Seorang lelaki yang sentiasa berdusta sehinggalah dicatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta".(Muttafaqun 'alaihi)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan