Kategori
- akidah (11)
- Articles in English (23)
- Bantuan dan Amal Jariah (6)
- Berita dan Isu Semasa (68)
- Bersama Tokoh (6)
- Bicara Ulama (89)
- Fatwa (33)
- Foto Story (1)
- Ibadah (120)
- Iklan (3)
- Informasi (35)
- Madah dan Sajak (12)
- Mutiara Kata (5)
- Politik dan Dakwah (237)
- Q & A Soal Jawab (26)
- Renungan (64)
- Tasauf (15)
- Tauhid (15)
- Tazkirah (283)
- Video (12)
Topik Panas
-
Islam ada panduan cara membina rumah.Namun kita lihat sering orang Islam ramai yang terpengaruh menggunakan Feng Shui yang berasal dari ...
-
Marilah kita lihat apa kata ulama ulama silam mengenai Sambutan Maulidur Rasul FAEDAH MAULID Telah berkata Ibnul Jauzi bahwa satu daripada...
-
BAS BERTINGKAT GLOBAL IKHWAN RM800,000 DIBELI SECARA TUNAI Bas bertingkat (double decker) baru milik syarikat GLOBAL IKHWAN SDN BHD t...
-
"Disebutkan bahawa ada seseorang bermimpi bertemu Nabi ﷺ di suatu tempat yang mana tempat itu semuanya bermazhab Imam Syafie.Kemudia...
-
Iman seseorang telah disepakati oleh para ulama boleh menaik dan menurun berdasarkanpelakuan di dalam kehidupan sehariannya. Jika do...
Jumaat, Ogos 29, 2008
PAS, Jangan Memetik Buah Yang Belum Masak
Dilulus terbit pada Friday, August 29 @ 10:21:32 MYT oleh SongkokPutih
Oleh abuhikam
"Kalau lah benar cerita burung, mengatakan pimpinan PAS mengugut akan bertindak keluar dari pakatan rakyat, seandainya kerajaan baru yang sedang digerakkan ini tidak menjadikan Islam sebagai dasar negara, maka sangatlah naif pertimbangan politik gerakan Islam ini.
Malah tragedi politik persis inilah yang menggagalkan pembentukan negara Islam di Indonesia oleh Masyumi, di Pakistan oleh Jamaat Islami, di Jordan dan Mesir oleh Ikhwan.
PAS harus bijaksana memilih dua keadaan dalam memenangi dakwah. Sama ada memilih kemenangan dan menjadi kerajaan baru yang belum jelas formatnya atau memilih kekalahan dan menjadi pembangkang berterusan sampai bila-bila.
Bertahun-tahun PAS menjulang panji Islam tanpa toleran dalam gelanggang demokrasi untuk mencapai kuasa bagi membolehkan perlaksanaan syariah. Namun bertahun-tahun PAS gagal meraih walau secuit kuasa dalam politik negara.
Dakwah PAS tetap gagal meraih kepercayaan ummah melayu Islam, apatah lagi kepercayaan dan keyakinan bukan Islam tentang kemampuan PAS dan pemerintahan Islam di bawah kepimpinan PAS.
PAS kalah teruk, malah hilang dalam peta politik di negeri-negeri ramai bilangan bukan Islam. Apatah lagi di Sabah dan Serawak. ( ingat, untuk menjadi penguasa, PAS mesti mendapat dokongan bukan Islam Semenanjung, Sabah dan Serawak )
Itulah hakikat setiap kali pilihan raya. Jangan salahkan sistem yang tidak betul atau padang yang senget sebelah, kerana itu adalah sebahagian dari strategi musuh yang perlu dihadapi dengan gagah berani.
PRU ke 12, hasil dari pakatan rakyat bersama Keadilan dan DAP, PAS meraih kejayaan yang sangat besar. PAS mula didokong oleh sebahagian pengundi bukan Islam.
Apakah benar mereka yang bukan Islam ini telah memahami dan menerima ideologi politik Islam PAS atau hanya sebagai imbalan kerana pengundi PAS memberi kemenangan kepada DAP?. Atau kerana mereka mempercayai Keadilan menjadi buffer zone antara mereka dengan PAS.
Atau PAS telah membaca bahawa mereka yang bukan Islam telah memberi wala' kepada gerakan Islam ini, untuk meneraju pemerintahan negara?. Lalu PAS menjadi besar kepala?
Menuntut sesuatu atau mengugut kerajaan pakatan rakyat di peringkat persekutuan yang entah bila munculnya dan mengugut kerajaan pakatan rakyat di peringkat negeri yang masih bayi dan masih lemah untuk berdiri tegak, sangat mengecewakan.
Sedangkan musuh sedang mengintai, mendesak dan mengatur mencari peluang untuk membinasakan mangsa yang lemah dan berpotensi untuk ditumbangkan.
Mereka menjadi lupa bahawa PAS masih kerdil di Perak dan Selangor, tapi PAS menjadi sebahagian dari kerajaan negeri.
Mereka juga lupa bahawa PAS punya peluang di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.
Mereka lebih-lebih lagi lupa, bahawa banyak perkara reformasi bisa dilakukan seandainya kerajaan pakatan rakyat peringkat persekutuan dapat dibentuk. Reformas i secara total dalam perundangan, kepolisian, pengurusan negara, media, kebudayaan, pendidikan dan sebagainya dapat dilakukan.
Semua ini akan menjadi lahan yang subur buat perkembangan Islam yang telah lama tertindas dan terhalang oleh sistem yang sedia ada di bawah pemerintahan BN.
Mungkin tidak semua perkara bisa dicapai, tapi terlalu cukup dan memadai untuk sementara berada pada tahap ini. Tunggulah sampai buahnya masak ranum dan boleh dimakan, barulah kita petik bersama. Marilah kita sama-sama menjaga bunga yang sedang berputik dan akan menjadi buah yang kita impikan.
Jangan sampai kita memetik buah yang belum masak.
Bersyukur, kita masih mempunyai pimpinan seperti Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang melihat jauh kedepan, juga pernah menyebut perjalanan ini akan terhenti sekejap di lampu isyarat, dan akan diteruskan apabila lampunya bertukar hijau.
Bersabarlah sekejap menunggu warna hijau itu, sementara warna merah dan kuning silih berganti. Tapi ingat enjin jangan dimatikan! ( pesan Tuan Guru )
Labels:
Politik dan Dakwah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan