Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Rabu, Ogos 27, 2008

Mengenai Kad Ucapan

Ini mengenai kad jemputan yang kita terima atau pun yang kita beri kepada orang. Tak kiralah kad jemputan jenis apa pun. Kad kahwin, kad ucapan, kad birthday dan macam-macam lah jenis kad sekarang ini.
Contoh kad ucapan yang ada nama Allah
Yang paling utama sekali kad jemputan Kahwin. Sekiranya kita nak membuat atau nak menempah kad kahwin tersebut, jangan sekali-kali tulis perkataan Bismillah atau Assalamualaikum atau Hadis-hadis dalam bahasa arab atau jawi. Tulislah dalam bahasa rumi. Sebab nya, setiap kalimah dalam bahasa arab itu, ada kalimah Allah dan dzat-dzatnya.
Contoh kad ucapan yang ada ayat nama Allah
Orang yang menerima kad tersebut belum tentu akan menyimpan kad tersebut untuk selama-lamanya seperti menyimpan Al-Quran. Rasanya kebanyakan kita pun membuangnya dalam tong sampah.
Contoh kad ucapan yang ada ayat nama Allah
Jadi, janganlah kita memandang kecil perkara ini, yang mana dosa membuang kad yang tertera kalimah Allah itu sama dengan kita membuang Al Quran. Dan simpanlah dengan elok dan untuk selama-lamanya kad-kad yang kita terima sekiranya tertera kalimah Allah. Kalau nak buang, buat lah sepertimana cara kita nak memusnahkan al-Quran lama. Wallah hu alam. Olih: azimah@prasarana.com.my

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...