Pernah berlaku di negara kita di mana daging kerbau dijual sebagai daging lembu. Masaalah ini tidak begitu rumit kerana kerbau halal dimakan.Bagaimana, jika daging kerbau boleh dijual sebagai daging lembu, boleh kah kita memastikan daging yang haram tidak dijual sebagai daging yang halal? Selain itu, timbul juga persolan sama ada daging yang diimpot itu diperolehi daripada binatang yang disembelih mengikut hukum syarak. Walaupun daging impot dari India atau Australia didakwa datang dari pusat sembelihan Islam, kita tidak dapat memastikan kebenarannya kecuali pihak berkuasa menjalankan pemeriksaan yang rapi. Terdapat kes kes yang mana nama pengimpot tidak tercatat pada label pembungkusannya. Namun para pengguna di Malaysia menganggap daging itu halal kerana penjualnya beragama Islam.
Kronologi pendedahan Persatuan Pengguna Pulau Pinang mengenai isu halal haram:
- 1977 - Sosej daging lembu dari Australia didapati mengandungi daging babi.
- 1981 - Alkohol dikesan dalam minuman tonik untuk bayi
- 1982 - Ujian CAP mengesahkan gelatin diperbuat daripada sumber babi.
- 1984 - Susu rumusan bayi didapati mengandungi lemak binatang.
- 1985 - Ujian ke atas pelbagai makanan yang di proses mendapati ia mengandungi gelatin.
- 1986 - Lelemak daripada sumber binatang dikesan dalam kek dan biskut.
- 1994 - Rumusan rahsia minuman Coca Cola menggunakan alkohol di dedahkan dalam buku "For God, Country and Coca Cola" olih Mark Pendergrast
- 1995 - Wei terkandung dalam susu rumusan bayi dan makanan yang diproses.
- 1996 - Makanan yang diproses dan agar agar diuji dan didapati mengandungi gelatin.
- 1998 - Plasma darah ditemui digunakan dalam produk makanan.
- 2000 - Kolagen (bahan bergelatin daripada sumber binatang atau janin bayi) di gunakan dalam kosmetik
- 2005 - L-cysteleine, bahan yang diperolehi daripada rambut manusia digunakan sebagai penambah makanan dalam pelbagai jenis makanan saperti roti, piza dan perisa yang tidak manis.
5 ulasan:
Ustaz Amri,
Bukan sekadar barangan di import, malahan keluaran dalam negara masih longgar keimanan pengusaha-pengusaha berbanding keuntungan.
Cerita benar yang diketahui oleh saya sendiri. Banyak terdapatnya ayam-ayam yang telah mati (akibat kepanasan semasa dipindahkan dari Melaka/Perak ke Kuala Lumpur dengan lori dan dalam raga) disembelih dan dijual di pasar-pasar seperti pasar Pudu, Keramat dan sepastinya Chow Kit. kalau ustaz minat nak buat rush, carilah yang taukehnya mengaku islam, ber... bangla...
Ustaz,
Sila pula komen tentang penyembelihan ayam-ayam yang dah mati akibat kepanasan semasa pemindahan dari Melaka atau Perak ke K.L yang saya rasa banyak berlaku bagi ayam-ayam dibekalkan di pasar-pasar Pudu, Chow Kit dan Pasar Keramat.
Ustaz Amri.. Ingin saya menarik perhatian ustaz agar berusaha membongkarkan status KEHARAMAN ayam-ayaam yang dijual dikebanyakkan pasar-pasar seperti Pasar Chow Kit, Keramat dan Pudu kerana terdapat pengusaha menyembelih ayam-ayam yang terdahulu telah mati akibat kepanasan semasa pemindahan dalam jarak jauh menggunakan lori ayam. Perkara ini banyak dilakukan oleh taukeh-taukeh bangla demi mengelakan kerugian di pihak mereka. Saya juga dimaklumi, pekerja-pekerja Indon tukang sembelih juga bersubahat kerana ditakuti di marahi taukeh masing-masing.
Assallamu'alaikum wbt.
Saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kpd sdr Badri Jaafar keran sudi melawat blog saya.Pertama saya ingin beritahu sdr bahwa saya bukan "Ustaz". Sdr panggil saja dgn nama Amri.
Pada hemat saya kita sebagai umat Islam wajib peka dgn hal makanan halal, kerana di antara titik tolak amalan kita di terima Allah bermula dari apa yang kita makan samada halal atau haram.
Dari itu kita sentiasa kena curiga tentang apa yang ada dalam pasaran walaupun makanan itu mempunyai logo halal.Lebih lebih lagi jika kita tahu pembekal makanan itu bukan orang Islam.Pada saya logo halal tidak menjamin kehalalan sesuatu produk makanan.Dalam hal beberapa perkara , contoh saperti yang sdr sebutkan yaitu ayam yang sudah mati di sembelih dan di jual.Agensi agensi saperti JAKIM hanya mempunyai kemampuan yang terhad dan tidak mampu memantau seratus peratus tiap tiap aktiviti pengusaha makanan yang beribu ribu.Sekali pun sdr lapur kepada JAKIM dan di ambil tindakan olih mereka ia tidak menjamin perkara songsang ini tidak akan berulang.
Jadi siapa yang perlu memantau? Tak lain tak bukan kita sendiri sebagai pengguna.Tindakan yang paling mudah bagi kita ialah "jangan beli".Kalau hendak makan ayam juga sembelih sendiri.Bukan susah sembelih ayam pun.
Saya sudah mengajukan kes yang sdr sebut kepada PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia di http://www.muslimconsumer.org.my)untuk pemerhatian dan tindakan mereka.
Assalamualaikum!
Ustaz Amri,
Makanan yang halal dan baik bukan sahaja penting untuk jasmani sahaja bahkan untuk rohani,oleh itu saya harap dapat ustaz war-warkan dan buat kaji selidik keatas kedai-kedai mamak yang banyak beroperasi 24 jam tidak menitik beratkan kebersihan penyediaan makanan dan pekerja mereka bukan beragama islam bahkan mereka meletakkan benda kotor di dalam makanan untuk menjadikan pelaris kedai mereka..
Harapan saya dapat ustaz sampaikan maklumat yang terbaik untuk orang Islam yang selama ini telah di racun secara tidak sedar oleh kedai makan mamak yang tidak bertanggungjawab.Pesanan saya haraplah ustaz pun jangan pergi makan di kedai mamak.
Sekian terima kasih
Catat Ulasan