Ini kisah benar yang pernah berlaku di sebuah kampong di Negeri Sembilan.Di ceritakan oleh seorang sahabat.
Di kampong yang terpencil itu ada sebuah Surau.Ahli ahli AJK Surau begitu aktif dalam menjalankan tugas masing masing hingga makmur lah Surau itu.Berbagai bagai program agama diadakan tetapi hanya di peringkat setempat.Kalau panggil penceramah pun ustaz setempat.Untuk menggalakan lagi minat orang kampung untuk datang ke Surau maka AJK mengatur untuk memanggil penceramah dari luar pula.Kali ini seorang penceramah yang terkenal yang selalu keluar di kaca TV dengan program motivasinya.Mereka jangka kali ini program ini tentu akan mendapat sambutan hangat dari orang kampung dan kampung di sekelilingnya.Penceramah yang dimaksudkan di hubungi maka dia bersetuju menerima jemputan AJK.Hari dan masa pun di tetapkan.Confirmed jadi!
Masanya pun tiba, ceramah tersebut di jadualkan beri ceramah lepas solat maghrib.Memang di jangka, begitu ramai orang kampong dan luar kampong datang untuk mendengar ceramah dari penceramah yang terkenal itu.Yang selalu keluar kat TV tu.......Waktu sudah hampir jam 8 malam.Kelibat Penceramah tersebut tidak kelihatan pun.Pengerusi Surau dan AJK gelisah apatah lagi para jemaah yang hadir.Pengerusi cuba mendapatkan kepastian dan menghubungi penceramah yang di tunggu tunggu itu melalui talipon bimbitnya.
Dialog Pengerusi Surau dengan Wakil Penceramah:
Ring......ring......ring
Pengerusi : Assallamu'alaikum boleh saya cakap dengan Ustaz xxxxxxx
Yang menjawab : Wa'alaikum salam, Ustad sedang beri ceramah ni.....saya pembantunya.Boleh saya tolong?
Pengerusi :Aaaa......Sedang beri ceramah.......?? kan sepatutnya malam ini dia beri ceramah di tempat kami di sini?
Pembantu Ustaz :eh....tidak ada dalam jadual pun? Kalau ikut jadual dia memang berceramah di sini, mungkin tuan tersilap hari kot?
Pengerusi :tak silap sepatutnya malam ini lepas solat maghrib ustad kena beri ceramah di tempat kami .........dah di confirmed oleh Ustad sendiri waktu saya hubungi dia tempoh hari.........
Pembantu Ustaz :Tak ada pulak di nyatakan Ustad.......Biasanya kalau dah comfirmed tentu di jadualkan dan ustad tak pernah mungkir janji...........masa buat "confirmation" ada Ustad nyatakan tentang duit deposit?
Pengerusi : Duit deposit.......duit deposit apa....?????
Pembantu Ustaz : duit deposit...........tiap tiap ceramah oleh Ustad kena bayar Rm 2000 sejam, jadi kalau booking kena lah bayar deposit dulu baru ustad pergi.......
Pengerusi : Ya ke......??????........tak tahu pun kena bayar sampai begitu banyak.......biasa kami hanya beri sagu hati saja kepada penceramah.Tak apalah kalau begitu, lagipun Surau kami tak mampu pun nak bayar begitu banyak.Assallamu"alaikum.
Pembantu Ustaz : Wa'alaikum salam............
Penceramah Agama Komersial
Dalam era dakwah hari ini, terdapat ramai orang orang yang
mengambil kesempatan mencari duit dengan dakwah.Golongan ini tahu masyarakat sudah ingin dengan Islam dan masyarakat sanggup bayar duit kepada pendakwah.Maka golongan ini pun terus menawarkan diri untuk menyampaikan Islam dan meletakkan harga tertentu untuk setiap kali dia berdakwah.Kalaulah di setengah tempat orang orang di situ tidak sanggup membayar harga yang ditetapkan, maka tidak jadilah ia berdakwah. Inilah orang yang telah memperniagakan ayat Allah dengan harga yang murah. Bukannya dia tidak tahu bahawa kerja dakwah itu perintah Allah. Siapa melakukan atas dasar taat pada Allah jadilah dakwah itu ibadah. Dan ganjarannya di sisi Allah besar sekali. Tapi ada orang menggunakan perintah Allah ini untuk mencari keuntungan duniawi yang sedikit. Maka akhirat dia tidak akan dapat apa apa lagi melainkan api neraka.
Hal yang sama berlaku juga pada orang orang yang ada ilmu dan boleh mengajarkan ilmu.Tapi usaha suci itu telah dijadikan modal untuk cari makan. Bukan dijadikan sembah bakti pada Allah yang telah menghidupkannya. Tidak dimaksudkan langsung ilmunya itu untuk mendidik manusia agar menjadi hamba Allah yang baik. Tapi ilmu itu dijadikan bahan kerja cari makan. Kalaulah kerja mengajar itu diberi gaji, pasti dia berhenti kerja, untuk cari kerja lain untuk semata mata dapat duit. Walhal mengajar adalah perintah Allah. Kalau dibuat kerana Allah, maka syurgalah ganjarannya. Tapi ahli ahli ilmu hari ini menyeleweng usaha suci ini dan mereka adalah termasuk dalam gologan orang orang yang menjual ayat Allah dengan harga yang murah.
Allah berfirman yang terjemahannya:
" Dan janganlah kamu menukar ayat ayat Ku dengan harga yang murah.Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang orang kafir." (Surah Al Maidah:44)
2 ulasan:
Saya pula terdengar kisah mengenai seorang motivator seorang ustazah yang kerap muncul dalam TV kadang-kadang bersama suami yang dijemput beri ceramah motivasi di satu majlis anjuran sebuah jabatan dalam ? GLC terbesar negara terletak di Terengganu. Tentang kos khidmatnya dan demand tiket flight kelas business bersama suami satu hal tapi lebih memeningkan penganjur kabarnya macam-macam yang dia tidak puas hati atau amat cerewet dengan penganjur. Dia juga menunjukkan gambar-gambar dia bersama keluarga Di Raja terkaya ? sebuah negara pengeluar minyak seolah-olah nak ? mengiklankan akan kehebatan nya.Kalau yang anjur pun merasa seolah-olah menyesal dengan perangai ustazah berkenaan mana ada berkat daripada dakwah yang dia sampaikan ?? Bayaran boleh dikenakan dengan kadar yang munasabah tapi janganlah terlalu cerewet nanti dakwah tidak akan sampai kepada sasaran kerana dikhuatiri tidak ada berkat (kalau berakhir dengan pelbagai kutukan dan rungutan oleh penganjur ). Pendengar mungkin puji kerana tidak tahu menahu apa yang berlaku disebalik tabir tentang sikap dan perangai sebenar ustazah tersebut dan dikhuatiri apakah dakwahnya meninggalkan kesan seperti yang diharapkan !!?? Pendakwah seharusnya lebih banyak berkorban sepertimana anggota jemaah Tabligh yang semua nya belanja duit sendiri barulah ada keberkatannya !! Wallahua'lam.
ibnuAli
kota jembal
aku pun bukan nak bela dato serupa nie
namun kekadang yang menjemput
pun tak berapa pikir tentang orang yang nak di jemput
bagi sagu hati pun minyak kereta pun tak lepas
minta para ustaz ikhlas
ikhlas tu hak ustaz
hak kita penganjur jaga kebajikan ustaz tu
jangan sampai lepas tu dia tak boleh pi ceramah tempat lain
maklumlah .... modal dah habis ...
kalau kereta ustaz rosak
ada ke kita sama-ma pikir nak tolong bantu...
mentang-mentang ceramah agama bagi sikit pun tak apa
tapi untuk lain boleh belanja besar
namun aku memang tak setuju
ustaz yang pesyen letak harga
Husnazil
Catat Ulasan