Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Isnin, September 01, 2008

Kehalalan makanan di restoran dan hotel diragui

Apakah kriteria yang kita gunakan ketika makan di luar? Adakah kerana pekerjanya Islam, kebersihan premis, logo halal, hiasan ayat ayat suci Al Quran atau istilah "pork free"?
Tahukah, tiada satu pun daripada perkara di atas dapat menjamin kehalalan makanan yang di jual di premis seumpama itu? Banyak pengusaha restoran bukan Islam di Lembah Kelang mempamerkan ayat ayat suci Al Quran di premis masing masing bagi menarik golongan Islam mengunjunginya. Antara ayat suci yang di pamerkan termasuk kalimah ALLAH dan MUHAMMAD, ayat seribu dinar, ayat Kursi dan Al Fatihah. Ada juga yang mengantung gambar Kaabah. Malah pada masa yang sama, pemilik restoran bukan Islam itu turut meletakkan peralatan sembahyang yang berkaitan denga agama mereka.Walaupun masaalah ini pernah diadukan, pihak berkuasa tidak boleh bertindak kerana ketiadaan undang undang mencegahnya. Gambaran salah yang di berikan olih pengusaha restoran tersebut sehingga membolehkan mereka mengaut keuntungan besar adalah satu bentuk penipuan kepada orang ISLAM! Peniaga hanya mementingkan keuntungan tanpa memikirkan sensitiviti umat Islam. Kita sebagai pengguna Islam mesti berhati hati kerana ramai peniaga yang tidak mengetahui apakah makanan yang dibenarkan dalam Islam.Mereka hanya tahu orang Islam diharamkan daripada memakan babi tanpa menyedari peralatan memasak dan tempat menyimpan makanan yang di haramkan oleh Islam tidak boleh sama sekali digunakan untuk menyedia dan menyimpan makanan yang halal.Penggunaan bahan perisa beralkohol dalam makanan dan minuman juga tidak di benarkan dalam Islam. Namun bagi sesetengah peniaga terbabit, logo halal dipamerkan di premis mereka bertujuan menarik lebih ramai pelanggan Islam datang kesitu.
Umat Islam tidak sepatutnya memandang ringan mengenai isu makanan halal kerana kehalalannya bukan sahaja dari segi penyembelihan tetapi turut membabitkan dapur, pinggan mangkuk, cara pembersihan dan aspek lain yang bersangkutan dengan tuntutan Islam.
Sumber: Panduan Persatuan Pengguna Pulau Pinang.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam,
Saya agak musykil, apa yang kita mampu membenteras RASUL MELAYU yang sekarang ni cuba mencari ahli baru untuk memesongkan akidah kaum Melayu!!!Adakah kita mampu untuk melawan sebagai Muslim sejati?
Hubungi saya jika anda serius ingin membenteras...jangan hanya cakap sahaja...seperti pihak berkuasa tempatan... (apcpheromones@gmail.com)

amri el wahab berkata...

Terima kasih kepada sdr yang tidak bernama.

Sdr,
Saya yang kerdil ini hanya mampu menyampaikan dakwah melalui secebis tulisan tulisan di blog.Ini lah sumbangan saya yang tidak seberapa kepada Islam dengan harapan agar sesiapa yang membaca tulisan saya dapat lah sedikit panduan dan kesedaran dengan izin Allah.
Saya tidak berminat hendak menyahut sindiran sdr yang mengatakan saya berlagak "saperti pihak berkuasa tempatan" yang cakap tidak serupa bikin.(Sdr tahu saya cakap tidak serupa bikin? Hai bulan puasa pun sdr buat fitnah terhadap saya? Jangan risau saya dah maafkan saya.Cuma sdr perlu mohon taubat dari Allah saja untuk membersihkan dosa sdr))
Jemaah atau masyarakat Islam ibarat batu bata yang di susun menjadi tembok.Tiap tiap ketul batu ini mempunyai peranan masing masing.Kalau pecah walaupun satu ketul batu yang tersusun ini maka cacatlah tembok itu.Beigitulah umpamanya masyarakat Islam. Semua ada peranan mengikut kemampuan masing masing. Sdr berkemampuan memerangi Rasul Melayu dengan cara sdr, maka teruskan perjuangan sdr tu.Semoga dapat bantuan dari Allah.Dakwah saya melalui blog sedikit sebanyak ada juga menyumbang ke arah itu (membanteras kebatilan Umat, termasok masaalah Rasul Melayu).Itu pun kalau sdr celik hati untuk memahami nya apa yang tersirat.
Saya hendak ajak sdr turut berjuang melalui kaedah perjuangan yang serba canggih di zaman ini ya itu melalui alam maya (internet)? Sdr ada website atau blog sendiri? Kalau ada boleh kita kongsi bersama bertukar tukar maklumat untuk sama sama berjuang mempertabatkan Islam termasuk memerangi Rasul Melayu.Kan pengikut Rasul Melayu ramai juga dari golongan intelek yang sudah tentu mempunyai akses ke internet.

Sekian. Maaf Zahir Batin
Wassallam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...