Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Rabu, September 10, 2008

Ulama oh Ulama tolong hentikan pertelingkahan , bantulah dan fokus lah kepada permasaalahan umat yang sedang parah

PENGARAH JAKIM VS DR MOHD ASRI
Pengarah Jakim Dato Wan Mohamad
Dr Mohd Asri Mufti Perlis
Masalahnya beliau kerap tidak hadir dalam muzakarah tetapi beliau lebih senang menghadiri program yang lebih beliau sukai dan berorientasikan hizbiah (kepartian). Jadi sudah tiba masanya mufti tersebut ditakdib (diperadabkan), bimbang nanti dia terbelenggu dengan sifat ujub, rasa pandangannya hebat sehingga ada kecenderungan merendah-rendahkan orang lain - Pengarah JAKIM
Dr. Mohd Asri Kecewa Sikap Pengarah JAKIM
Laporan: Semalam Akhbar Utusan melaporkan Dr. Mohd Asri menganggap perbuatan Raja Petra adalah biadap. Bahkan kenyataan asal Dr Asri menyebut sesiapa yang menghina Islam atau bersekongkol dengan orang menghina Islam –secara sedar dan faham apa yang dilakukannya- adalah terkeluar dari akidah Islam dan wajib bersyahadah semula.
Akhbar semalam juga melaporkan beliau berpendapat tindakan JAKIM membuat laporan Polis terhadap Raja Petra sebelum diwujudkan sessi dialog dan penegakkan hujah (iqamah al-hujjah) supaya dibetulkan (jika masih ada ruang) akidah pihak yang dianggap menghina Islam iaitu Raja Petra adalah kurang tepat.
Hari ini Pengarah JAKIM, Dato Wan Muhammad (Utusan 8 Sep. 2008) membuat kenyataan sebagai membantah Dr. Mohd Asri seperti berikut: “Masalahnya beliau kerap tidak hadir dalam muzakarah tetapi beliau lebih senang menghadiri program yang lebih beliau sukai dan berorientasikan hizbiah (kepartian). Jadi sudah tiba masanya mufti tersebut ditakdib (diperadabkan), bimbang nanti dia terbelenggu dengan sifat ujub, rasa pandangannya hebat sehingga ada kecenderungan merendah-rendahkan orang lain”. (klik di sini untuk laporan penuh berita 8 Sep. 2008)
Berikut adalah kenyataan Dr. Mohd Asri mengulas kenyataan Pengarah JAKIM berkenaan:
“Saya amat terkejut dengan bahasanya dalam keadaan kita berpuasa ini. Saya seakan membaca kata-kata yang amat tidak sesuai dengan kedudukan seorang Pengarah JAKIM. Saya hanya memberi pendapat bahawa tugasan JAKIM bukan sekadar membuat laporan Polis. Itu boleh dibuat oleh orang biasa, tidak memerlukan institusi sebesar itu.
Dalam bab aqidah, jika ada kes yang seperti ini, maka langkah yang awal adalah membetulkan kesalahan faham terhadap akidah Islam tersebut dengan cara yang dipanggil Iqamah al-Hujjah iaitu penegakkan hujjah. Setelah dia faham, tapi dia masih lagi kekal dengan kesalahan itu, maka hukuman ridah (murtad) atau selainnya boleh diputuskan.
Selepas itu, tindakan secara kekuasaan boleh dibuat. Mana mungkin dalam perkara akidah seseorang dituduh tanpa dia dijelaskan hujah-hujah yang menunjukkan dia terkeluarkan dari akidah yang sahih. Saya tidak menghina JAKIM, cumanya memberikan pandangan yang berbeza. Apakah itu menjadi kesalahannya?
Apakah dalam Islam di Malaysia ini seseorang diharamkan berbeza pendapat dengan Pengarah JAKIM? Beliau membangkitkan saya tidak hadir beberapa mesyuarat, saya sebenarnya malas hendak mengulas. Banyak pun mensyuarat yang saya hadir dan aktif. Cumanya beberapa mesyuarat fatwa saya tidak hadir.
Antaranya, ketika membincangkan hukum terkena dakwat pilihanraya. Maaf, saya rasa segan pada diri saya sendiri untuk datang jauh dari Perlis ke Putrajaya bagi membincangkan hal itu. Ada juga saya tidak hadir kerana terlalu mengejut, sedangkan jadual saya telah tersusun. Ada juga kerana bertembung dengan program negeri. Terbaru JAKIM buat mensyuarat di Terengganu pada tarikh Pilihanraya Permatang Pauh, sedangkan saya pengundi kawasan berkenaan.
Adapun dakwaan beliau saya hadir program kepartian, saya tidak pasti. Semua orang tahu, saya tidak pernah membuat sokongan terbuka untuk sesebuah parti. Memang, saya agak kerap hadir program jemputan Kerajaan Kelantan. Namun saya berbicara atas prinsip-prinsip umum Islam. Mereka menjemput saya dan saya hadir. JAKIM tiada hak dalam perkara itu.
Saya bergerak atas prinsip, bukan untuk keredhaan sesiapa insya Allah. Jemputan pihak lain pun saya hadir. Apa salahnya? Adapun tuduhan beliau tentang ujub dan seumpamanya, pada bulan puasa ini saya serahkannya kepada Allah. Beliau lebih tahu siapa diri beliau.”

Sumber:
nayan_mn@yahoo.com

1 ulasan:

amri el wahab berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...