Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Jumaat, Jun 12, 2009

Apakah Program BondaMama ?

Yayasan Pembangunan Nur Hikmah 16-3, Jalan Mesra Niaga, Taman Mesra43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan Tel : 03-8733 2411 Fax : 03-8733 2967 Website : http://www.bondamama.com/ Email : info@bondamama.com PENGENALAN Program BondaMama ini adalah satu lagi inisiatif dari Yayasan Pembangunan Nur Hikmah (YPN) bagi menggerakkan satu langkah kearah masyarakat yang lebih seimbang dari segi ekonomi dan juga tanggungjawab sosial. Antara tujuan program ini ialah :
  • Mengujudkan peluang pekerjaan dari rumah untuk suri rumah sepenuh asa
  • Menyediakan peluang bagi ibu-ibu serta penjaga untuk mendapatkan pengasuh yang sesuai untuk anak-anak mereka
  • Menyemarakkan jaringan kasih sayang antara anak, ibu dan pengasuhmereka.
  • Menyediakan asas asuhan yang sesuai untuk anak-anak
  • Mengeratkan silaturahim sesama wanita dalam kejiranan mereka
BAGAIMANAKAH PROGRAM BONDAMAMA INI BERFUNGSI ? Program BondaMama adalah program yang dijalankan secara online. Ianya akan dilaksanakan mengikut peringkat berikut :
  • Ibu bapa anak akan mendaftar di laman web BondaMama.com dengan memberikan butir-butir peribadi serta anak mereka. Mereka akan mendaftar sebagai MAMA. Tujuan pendaftaran ini adalah bagi mendapatkan pengasuh yang sesuai dan terdekat dengan tempat tinggal mereka.
  • Suri rumah sepenuh masa yang mampu serta ingin menjadi pengasuh dikehendaki mendaftar dilaman sebagai BONDA . Tujuan pendaftaran ini adalah bagi melihat peluang bagi menjadi pengasuh kepada anak-anak jiran mereka.
  • YPN kemudiannya akan menganjurkan kursus sehari bagi para bakal BONDA bagi memberi pendedahan mengenai kaedah-kaedah penjagaan anak. Kursus adalah dengan kerjasama Unit Pendidikan Berterusan UNIVERSITI MALAYA untuk melayakkan anda menerima sijil yang diiktiraf. Sedikit yuran akan dikenakan. Selepas menamatkan kursus satu hari tersebut para suri rumah akan dianugerahkan pangkat BONDA dan mereka telah melayakkan diri untuk menjadi pengasuh melalui program BONDAMAMA
  • BondaMama.com kemudiannya akan membuat pemadanan (matching) antara MAMA dan BONDA berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan seperti lokasi dan kemampuan.
  • Apabila telah mendapat persetujuan antara MAMA dan BONDA maka program asuhan akan bermula dengan dikawalselia oleh pihak BondaMama.com
  • Kadar yuran yang dikenakan ialah diantara RM120.00 hingga RM180..00 mengikut ciri-ciri serta syarat-syarat yang ditetapkan oleh BondaMama.
  • Yuran adalah dalam bentuk bulanan dan dibayar kepada BondaMama.com yang kemudiannya akan dibayar kepada BONDA . Pihak BondaMama.com akan mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 10% dari jumlah yuran bagi tujuan sumbangan kepada Tabung Pendidikan YPN.
Jika anda seorang ibu / bapa / penjaga dan memerlukan orang untuk mengasuh baby / anak anda , daftarlah di BondaMama.com sebagai MAMA Jika anda seorang surirumah sepenuh / separuh masa dan berminat untuk menjaga baby / anak jiran anda , daftarlah di BondaMama.com sebagai BONDA BondaMama.com akan memadankan anda supaya kita dapat memeriahkan kemaufakatan ini.Layari www.BondaMama.com untuk keterangan lanjut

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...