Kategori
- akidah (11)
- Articles in English (23)
- Bantuan dan Amal Jariah (6)
- Berita dan Isu Semasa (68)
- Bersama Tokoh (6)
- Bicara Ulama (89)
- Fatwa (33)
- Foto Story (1)
- Ibadah (120)
- Iklan (3)
- Informasi (35)
- Madah dan Sajak (12)
- Mutiara Kata (5)
- Politik dan Dakwah (237)
- Q & A Soal Jawab (26)
- Renungan (64)
- Tasauf (15)
- Tauhid (15)
- Tazkirah (283)
- Video (12)
Topik Panas
-
Islam ada panduan cara membina rumah.Namun kita lihat sering orang Islam ramai yang terpengaruh menggunakan Feng Shui yang berasal dari ...
-
Marilah kita lihat apa kata ulama ulama silam mengenai Sambutan Maulidur Rasul FAEDAH MAULID Telah berkata Ibnul Jauzi bahwa satu daripada...
-
BAS BERTINGKAT GLOBAL IKHWAN RM800,000 DIBELI SECARA TUNAI Bas bertingkat (double decker) baru milik syarikat GLOBAL IKHWAN SDN BHD t...
-
"Disebutkan bahawa ada seseorang bermimpi bertemu Nabi ﷺ di suatu tempat yang mana tempat itu semuanya bermazhab Imam Syafie.Kemudia...
-
Iman seseorang telah disepakati oleh para ulama boleh menaik dan menurun berdasarkanpelakuan di dalam kehidupan sehariannya. Jika do...
Isnin, Jun 01, 2009
Mengapa Keadilan itu tidak diperjuangkan secara global atau menyeluruh?
Apa yang terjadi pada hari ini bahawa keadilan itu tidak diperjuangkan secara global dan sejagat walaupun sifat adil itu bertaraf sejagat kerana ada beberapa sebab seperti berikut :
1. Mungkin ramai orang yang belum faham erti keadilan yang sebenarnya.
2. Kerana manusia itu susah hendak lari atau keluar daripada kepentingan diri, keluarga dan kelompok-kelompoknya, golongan, kaum dan bangsanya. Maka masing-masing lebih menekankan keadilan itu untuk kepentingan diri dan kelompok-kelompoknya sahaja.
3. Setiap kelompok itu mentakrifkan atau mendefinasikan mengikut kefahaman isma atau ideologi atau agama pegangan masing-masing atau akal fikiran masing-masing, bukan mengikut takrif Islam yang luas lagi sempurna.
4. Ada golongan yang tertentu mengumandangkan perkataan keadilan itu ada motif atau ada tujuan hendak menjatuhkan individu yang tertentu atau puak atau parti yang tertentu kerana hasad dengki atau sakit hati atau musuhnya.
5. Ada golongan memperjuangkan keadilan setelah dia tersepit atau setelah dia dibuang daripada jawatannya atau dizalimi, maka mulalah mereka menggembar-gemburkan keadilan. Kalau tidak, mereka pun tidak minat hendak menyebut dan memperjuangkannya sebelum menimpa diri dan golongan sendiri.
6. Lantaran takut kerana keadilan itu disarankan atau diperjuangkan kepada semua pihak atau puak, akan ada nanti golongan dan puak yang akan bangun dan maju.
7. Disebabkan takut dan bimbang kalau diperjuangkan keadilan secara global, ada golongan yang berkuasa atau kuat terkena atau tercabar, mereka tidak mampu berhadapan dengan risikonya apabila ditekan dan disusahkan.
Secara umumnya inilah di antara sebab-sebab mengapa pejuang-pejuang yang ingin menegakkan keadilan, kelihatan tidak bersifat global dan menyeluruh. Jadi orang menjadi bingung dan keliru, lebih-lebih lagi mereka tidak tahu bagaimana memperjuangkan keadilan itu yang bersifat menyeluruh dan tepat. Belum habis...sambungan di sini Klik.
Labels:
Tazkirah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan