Kategori
- akidah (11)
- Articles in English (23)
- Bantuan dan Amal Jariah (6)
- Berita dan Isu Semasa (68)
- Bersama Tokoh (6)
- Bicara Ulama (89)
- Fatwa (33)
- Foto Story (1)
- Ibadah (120)
- Iklan (3)
- Informasi (35)
- Madah dan Sajak (12)
- Mutiara Kata (5)
- Politik dan Dakwah (237)
- Q & A Soal Jawab (26)
- Renungan (64)
- Tasauf (15)
- Tauhid (15)
- Tazkirah (283)
- Video (12)
Topik Panas
-
Islam ada panduan cara membina rumah.Namun kita lihat sering orang Islam ramai yang terpengaruh menggunakan Feng Shui yang berasal dari ...
-
Marilah kita lihat apa kata ulama ulama silam mengenai Sambutan Maulidur Rasul FAEDAH MAULID Telah berkata Ibnul Jauzi bahwa satu daripada...
-
BAS BERTINGKAT GLOBAL IKHWAN RM800,000 DIBELI SECARA TUNAI Bas bertingkat (double decker) baru milik syarikat GLOBAL IKHWAN SDN BHD t...
-
"Disebutkan bahawa ada seseorang bermimpi bertemu Nabi ﷺ di suatu tempat yang mana tempat itu semuanya bermazhab Imam Syafie.Kemudia...
-
Iman seseorang telah disepakati oleh para ulama boleh menaik dan menurun berdasarkanpelakuan di dalam kehidupan sehariannya. Jika do...
Isnin, Jun 22, 2009
Siaran TV Islam akan muncul di Malaysia
TV Islam peluang terbaik sampai mesej isu syariat
Oleh Nahar Tajrinahar@bharian.com.my
Siaran percuma juga medium perkenal produk berkualiti YAN: Kerajaan bercadang menjadikan saluran televisyen Islam sebagai ruang interaksi dengan masyarakat terutama dalam soal berunsurkan syariat dan kerohanian dalam Islam. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom, berkata dengan cara rakyat boleh mendapat mesej tepat mengenai sesuatu isu terutama dalam menyentuh syariat Islam. "Siarannya adalah percuma kerana kita melihat ini adalah peluang terbaik untuk menyampaikan mesej Islam kepada masyarakat terutama penduduk luar bandar atau kampung.
"Dari segi rancangan yang bakal disiarkan, kita tidak mempunyai masalah kerana setakat ini sudah banyak syarikat produksi menawarkan bahan untuk ditayangkan dalam saluran televisyen TV Islam itu," katanya selepas merasmikan majlis penutup program Generasi Bebas Jenayah Rakan Muda di Dulang Besar di sini, petang kelmarin. Jamil Khir berkata, saluran itu juga akan dijadikan medium untuk memperkenalkan produk berkualiti Islam seperti yang ditawarkan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim). "Saluran ini akan dilancarkan sejurus selepas kita menyelesaikan beberapa masalah teknikal dan mendapat frekuensi bersesuaian," katanya.
Labels:
Berita dan Isu Semasa
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan