Barat mengetahui bahawa umat Islam tidak akan dapat berbuat apa-apapun kerana kita tidak hidup di bawah Khilafah yang akan melindungi kita. Mereka tahu bahawa kaum Muslimin lemah dan tidak bermaya tanpa kesatuan politik di bawah Daulah Islam. Namun, ramai antara kita kaum Muslimin masih buta dan terus leka dengan suasana hari ini tanpa ada sedikitpun kesedaran bahawa keadaan hidup kita hari ini , tanpa Islam sebagai Deen yang syumul, bukanlah keadaan yang diredhai Allah.
Junjungan besar kita, Muhammad SAW adalah makhluk Allah yang paling mulia. Baginda adalah Rasul kita. Baginda adalah penyelamat kita. Apakah kita akan terus redha dengan perilaku kaum kuffar yang terus menerus menghina Islam dan Rasul kesayangan kita ini? Barat sedar bahawa provokasi seperti ini akan membakar semangat kaum Muslimin dan ini memberikan mereka justifikasi yang lebih kuat untuk ‘War on Terror’ yang mereka pelopori. Dan mereka begitu ghairah berbuat demikian kerana mereka tahu, tiada siapa yang akan membela kita. Namun sejarah mengingatkan kita ketika George Bernard Shaw, seorang penulis Inggeris ingin membuat suatu penulisan negatif mengenai Rasulullah, kewujudan Khilafah Uthmaniyyah yang pada ketika itu sudahpun lemah, adalah cukup untuk menghalang penulis ini dari meneruskan hasratnya. Di dalam biografinya, tertulis:
‘I had long desired to dramatise the life of Mahomet. But the possibility of a protest from the Turkish Ambassador - or the fear of it - causing the Lord Chamberlain to refuse to license such a play, deterred me.' [Hesketh Pearson's biography of George Bernard Shaw]
(Saya telah lama ingin menulis drama mengenai kehidupan Muhammad tetapi kemungkinan adanya protes dari duta Turki – atau kebimbangan mengenainya – sehingga Lord Chamberlain menolak dari memberi lesen bagi drama ini, telah menghalang saya (dari menulisnya))
Hari ini, kita, umat Islam, merupakan sasaran mudah bagi pihak kuffar. Sampai bila lagi kita harus membiarkan diri kita di hina, dicemuh, dibunuh dan diperangi tanpa sebarang pembelaan??
(Sumber: MyNorthwest.com)
9 ulasan:
Astagfirullah Hal-azim...memang kurang ajar puak kuffar laknatullah ini...
Boikot FaceBook...sapa yang guna FB bersubahat...!!! Israel-ApCO-Amno-Bn...
boikot sekejap boleh koot...just nk bgtau owner FB nie yg jgn main2 dgn benda sensitif.....
nak boikot selamanya tak bijak rasanya sbb FB dh jadi salah 1 medium dakwah zaman skang ni....
TGNA pun ada FB....kalo ko nak dgr pendapat dia ttg hal nie (lukis gambar baginda s.a.w)...try coret kat dinding FB Tuan Guru...
wallahu a'lam,....
Kita patut memprotes. Ada banyak cara. Salah satunya ialah kita bertindak kasar terdahap pemilik FaceBook itu. Kedua kita berhujjah cara ilmiah dan mempersenda pemilik FaceBook itu dengan menulis komen-komen yang ilmiah untuk membuktikan kenapa pemilik FaceBook itu bersalah.
Kalau ummat Islam dilarang menggambarkan Nabi Muhammad , kenapa pula pemilik FaceBook itu mahu menganjurkan sesuatu yang menyentuh sensitiviti ummat Islam ? Terang-terang dia mencabar ummat Islam secara terbuka ...macam kerja Salman Rushdi satu masa dulu.
Salam...apa kata kalau kita semua pakat lukis pulak muka si molly norris keparat tu dlm keadaan yg mengaibkan dia pulak. w/pun kita tak tau muka dia tapi buat saja. mcmana la pulak perasaan dia kan?
subhanallah...
inilah kehidupan d akhir zaman dimana terlalu banyak fitnah kaum kafir terhadap islam mudah2han kita terus berfikir untuk menyelamatkan dan bersatu dalam islam.
bnyk lagi cara lain dari FB...
aku dr dulu lagi takde FB bleh jgk berkomunikasi dgn org laen..
Tidak hairan lah kerana pemilik Facebook sendiri adalah seorang Yahudi.
Assalamualaikum wbt
Kita marah bila orang kafir menghina nabi s.a.w.
Tapi kita bagaimana?
sejauhmana kita menghormati Nabi s.a.w?
lihat saja di masjid masjid, pada solat Jumaat bila khatib membaca ayat perintah berselawat, sebelum mula nya khutbah dan semasa dalam bahagian kedua khutbah, Adakah kita menjawap perintah itu? sedangkan dalam mazhab shafie, sunnat kita jiharkan selawat?
bagaimana pula tempat peninggalan nabi s.a.w di Mecca dan Madina? di siram simen dan rumah kelahiran baginda s.aw di biarkan begitu.
ataupun makam amakam anak anak bagiunda yang berada di Mecca dan madina< bagaimana nasib nya?
Bagaimana pula sunnah nabi s.a.w yang mengutamakan perpaduan antara orang Islam?
Sejauhmana kita benar kasih pada s.a.w?
salam
Catat Ulasan