Di dalam al-Quran tidak menyebut bulan Muharram tetapi kita membuat sambutan meriah sambutan Maal Hijrah. Demikian juga dalam al-Quran tidak menyebut bulan Rabiul Awal tetapi umat Islam menyambut Maulidur Rasul dengan penuh kehebatan. Bagaimanapun Allah menyebut secara khusus dalam al-Quran tentang kelebihan dan keberkatan bulan Ramadhan. Ini menunjukkan bulan Ramadhan adalah bulan yang amat istimewa kepada umat Islam kerana waktu malam dan siang ia menyajikan pelbagai keberkatan. Oleh itu, Ramadhan merupakan satu bulan mulia yang sentiasa ditunggu dengan penuh kegembiraan. Firman Allah swt dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat 185:
Maksud:
"Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Qur'an, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan perbezaan (antara yang benar dan yang salah).."
"Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Qur'an, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan perbezaan (antara yang benar dan yang salah).."
Berdasarkan ayat ini maka jelas bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan yang perlu umat Islam mengejar mengambil kesempatan. Ketika mengulas kelebihan ini Rasulullah bersabda:
قَدْ جَاءَكُمْ شَهْرُ رَمَضَانَ شَهْرٌ مُبَارَكٌ افْتَرَضَ الله عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ فِيْهِ يُفْتَحُ فِيْهِ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَيُغْلَقُ فِيْهِ أَبْوَابُ الْجَحِيْمِ وَتَغُلُّ فِيْهِ الشَّيَاطِيْنُ، فِيْهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ, مَنْ حُرِمَ خَيْرَهَا فَقَدْ حُرِمَ.
Mafhumnya: " Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah memerintahkan berpuasa di dalamnya. Dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan dibelenggu segala syaitan. Dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebajikan malam itu, berert telah diharamkan baginya segala rupa kebajikan".(Hadis Riwayat Ahmad).
Kadang kala terdapat di kalangan kita mengamalkan ibadah puasa berpuluh puluh tahun atau berbelas belas tahun tetapi tidak berupaya membentuk insan soleh. Mengenai perkara ini, Rasulullah SAW melalui sabdanya mengingatkan umat Islam dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad yang mafhumnya:
"Terdapat umat Islam berpuasa tetapi tidak memperolehi apa-apa kecuali sekadar lapar semata-mata. Betapa ramai orang bersolat malam tetapi tidak memperolehi apa-apa melainkan sekadar berjaga malam semata-mata."
Persoalan besar timbul ialah mengapa kita berpuasa, bersolat dan mengamalkan ibadat yang lain tetapi tidak dapat memenuhi standard piawaian yang ditetapkan Allah dan hukum syarak. Berdasarkan pemerhatian mimbar, keadaan ini berlaku kerana ibadah itu dibuat tanpa ilmu, tidak membuat persiapan teliti dan dibuat sekadar ikut-ikutan.
Dalam usaha untuk menyambut Ramadhan seminggu lagi marilah kita mengambil langkah berikut:
Pertama: Membuat persediaan dari sudut ilmu. Kita perlu faham tentang selok belok hukum puasa, syarat-syarat sah dan batal puasa dan amalan-amalan yang dituntut dalam bulan Ramadhan seperti membaca al-Quran, adab-adab beriktikaf dalam masjid, qiyamullail, sedekah dan lain-lain ibadah. Pemahaman yang jelas tentang puasa akan memberi kesan yang mendalam kepada diri seseorang.
Kedua: Mulai sekarang kita hendaklah membuat persediaan mental dan rohani untuk menghadapi suasana Ramadhan yang secara intensif melatih umat-Nya mendekati Allah dan membentuk akhlak yang mulia.
Ketiga: Membuat persediaan dari segi fizikal atau tubuh badan bagi memastikan tahap kesihatan yang baik. Kesihatan yang baik akan menentukan kita boleh melaksanakan ibadah dengan sempurna. Oleh itu pastikan kualiti dan mutu makanan itu berzat, makan secara sederhana, persekitaran rumah yang bersih dan tidur yang cukup.
Keempat: Kita perlu berjimat cermat dan amalan ini akan membolehkan kita melaksanakan zakat dan memperbanyakkan sedekah kepada mereka yang memerlukannya.
Kelima: Ibu bapa bertanggungjawab membimbing dan menentukan ahli keluarga membuat persiapan teliti serta mewujudkan suasana keimanan seperti berjemaah solat fardu dan berjemaah tarawih di rumah atau di masjid.
Dalam mengukuhkan keimanan kepada Allah swt maka kita hayati firman Allah dalam surah al-Ankabuut ayat 58:
Maksudnya: " Dan orang-orang yang beriman serta beramal Soleh, kami akan tempatkan mereka dalam mahligai-mahligai di Syurga yang mengalir dibawahnya beberapa sungai, demikianlah balasan yang sebaik-baiknya bagi orang-orang yang beramal soleh ".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan