Ramadhan adalah bulan yang sangat istimewa berbanding bulan-bulan yang lain. Ia menjadi istimewa kerana di dalamnya terkumpul hampir semua ibadat khusus seperti solat tarawih, solat witir, tilawah al-Quran, beriktikaf, berzakat, sedekah dan amalan kebajikan yang lain. Setiap ibadah khusus ini pula mempunyai kelebihan pahala tertentu yang menjadi ransangan untuk kita menjadi insan soleh. Selari dengan keberkatan bulan suci ini, maka Allah SWT menjanjikan rahmat, pengampunan dan jaminan syurga. Berdasarkan ganjaran pahala yang hebat inilah maka Rasulullah SAW sendiri merasa gembira setiap kali kedatangan bulan ini dan kegembiraannya di sampaikan pula kepada para sahabat baginda.
Hadith Rasulullah SAW yang di riwayatkan oleh Iman Ahmad bermaksud: "Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Allah telah memfardukan ke atas kamu puasanya. Di dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan diikat syaitan-syaitan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan.
Persoalan besar timbul ialah puasa bagaimanakah yang mampu meraih ganjaran pahala yang hebat itu?. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 183,
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa”.
Takwa adalah buah dan hasil yang diharapkan dari amalan puasa. Buah tersebut akan menjadi bekalan orang beriman dan menjadi perisai agar diri manusia tidak terjebak dalam jurang maksiat dan kejahatan. Bagi orang yang bertakwa kepada Allah SWT, ia akan melaksanakan ajaran Islam secara menyeluruh. Dia tidak akan melihat, mendengar, mengucapkan dan melakukan perkara yang diharamkan. Dia hanya melakukan sesuatu yang dituntut dan diperbolehkan Allah. Dia hanya berada di tempat yang mendatangkan keredhaan Allah dan menjauhi tempat yang mendatangkan kemurkaan Allah.
Abu Umamah berkata Rasulullah SAW bersabda, “ Barang siapa mengambil hak seorang muslim, maka Allah Taala mewajibkannya masuk ke dalam neraka dan mengharamkaannya masuk ke dalam syurga. Seorang bertanya , meskipun dari sesuatu yang sangat remeh, wahai Rasulullah’. Ya meskipun barang itu hanya sepotong kayu sugi”. Demikian sabda Rasulullah bahawa hanya sepotong kayu sugi yang diambil dengan tanpa izin pun masuk neraka. Dengan demikian menurut hadith ini, kita mesti berwaspada mengenai mengambil hak-hak orang lain atau melanggar amanah yang ditetapkan dan perbuatan yang diharamkan. Di dalam al-Quran disebutkan bahwa mereka yang bertakwa akan dimasukkan ke dalam syurga secara berkumpulan dan pintu-pintu syurga dibuka seluas-luasnya.
Takwa yang menjadi tujuan utama kita berpuasa bukanlah perkara mudah yang hendak dicapai. Bahkan para sahabat pun melahirkan kerisauan membentuk sebenar-benar takwa sehingga turun ayat al- Quran dalam surah at- Taghaabun ayat 16,
Maksudnya: “Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah sedaya upaya kamu; dan dengarlah serta taatlah; dan membelanjakan harta kamu (dijalan kebaikan) adalah baik untuk diri kamu. Dan sesiapa yang menjaga dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang yang berjaya.”.
Seorang muslim itu adalah orang yang taat kepada Tuhan dan tidak mengikut perintah hawa nafsu. Pertembungan kepentingan antara takwa dan kehendak gelojak hawa nafsu manusia sentiasa menimbulkan konflik dalam diri manusia. Pertembungan ini akan menentukan halatuju dan status fitrah kehidupan kita. Tetapi untuk mencapai kecemerlangan takwa ini, maka seseorang itu memerlukan penglibatan diri dalam perjuangan, kesabaran dan jihad melawan nafsu. Jika gagal maka kita akan mengikut telunjuk hawa nafsu.
Salah satu perjuangan hebat yang perlu diamalkan oleh kita ialah puasa wajib Ramadhan. Puasa adalah ibadat yang sukar dan menjadi perjuangan secara senyap melawan hawa nafsu. Perjuangan ini juga adalah rahsia antara seseorang hamba dengan Tuhannya kerana gerak geri amalan puasa tidak dapat dinilai oleh orang lain. Ketika berpuasa kita bukan sahaja menahan diri dari keinginan makan dan minum tetapi seluruh anggota badan kita seperti mulut, mata, hati dan kemaluan juga hendaklah hendaklah turut berpuasa.
Kita juga dituntut memperbanyakkan amal ibadah yang lain dengan mengisi ruang-ruang yang ada seperti bersolat tarawih, bertadarus, bersedekah, membaca al-Quran, beriktikaf, menuntut ilmu dan sebagainya. Amalan wajib dan sunat yang padat dalam bulan Ramadhan ini memberi tumpuan latih tubi pembersihan hati, pembersihan dalaman, mendisiplinkan anggota badan, mengukuhkan akhlak mulia dan mencegah penyakit.
Oleh sebab itu terdapat dua penanda aras atau pengukuran menilai prestasi puasa iaitu apakah puasa Ramadhan kita semata-mata menahan lapar atau kita berpuasa dan dalam waktu yang sama mengambil berat juga aspek pembersihan hati dan akhlak kita. Rasulullah SAW bersabda :
Bermaksud: “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran pahala nescaya diampunkan baginya segala dosa yang terdahulu”.(Riwayat Bukhari)
Selari dengan prinsip keluarga bertakwa dan soleh yang bermula di rumah, maka marilah kita, ibubapa serta umat Islam hiasilah, bentuklah ahli keluarga kita menjadi insan bertakwa dengan amalan latih tubi puasa wajib dan digilap pula dengan amalan–amalan sunat siang dan malam serta dengan memilih makanan dan premis yang halal di sepanjang Ramadhan. Walaupun bulan impian ini kelihatan memberi kesukaran dan ujian berat kepada umat Islam tetapi ia adalah anugerah Allah kepada hamba-Nya yang hanya datang setahun sekali. Penuhilah ruang dan masa dengan melakukan perkara-perkara kebaikan kerana mungkin bagi tahun yang mendatang kita tidak merasainya lagi.
Akhir sekali, marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah an-Nahl ayat 97:
Maksudnya: “Sesiapa yang beramal salih, dari lelaki atau perempuan sedang ia beriman, maka sungguh Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan”.
Di petik dari Khutbah JAKIM
13 Ogos 2010
Kategori
- akidah (11)
- Articles in English (23)
- Bantuan dan Amal Jariah (6)
- Berita dan Isu Semasa (68)
- Bersama Tokoh (6)
- Bicara Ulama (89)
- Fatwa (33)
- Foto Story (1)
- Ibadah (120)
- Iklan (3)
- Informasi (35)
- Madah dan Sajak (12)
- Mutiara Kata (5)
- Politik dan Dakwah (237)
- Q & A Soal Jawab (26)
- Renungan (64)
- Tasauf (15)
- Tauhid (15)
- Tazkirah (283)
- Video (12)
Topik Panas
-
Islam ada panduan cara membina rumah.Namun kita lihat sering orang Islam ramai yang terpengaruh menggunakan Feng Shui yang berasal dari ...
-
Marilah kita lihat apa kata ulama ulama silam mengenai Sambutan Maulidur Rasul FAEDAH MAULID Telah berkata Ibnul Jauzi bahwa satu daripada...
-
BAS BERTINGKAT GLOBAL IKHWAN RM800,000 DIBELI SECARA TUNAI Bas bertingkat (double decker) baru milik syarikat GLOBAL IKHWAN SDN BHD t...
-
"Disebutkan bahawa ada seseorang bermimpi bertemu Nabi ﷺ di suatu tempat yang mana tempat itu semuanya bermazhab Imam Syafie.Kemudia...
-
Iman seseorang telah disepakati oleh para ulama boleh menaik dan menurun berdasarkanpelakuan di dalam kehidupan sehariannya. Jika do...
Jumaat, Ogos 13, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan