Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Ahad, Ogos 29, 2010

Kisah pemimpin politik yang rosak akhlak.


Kejahatan kejahatan yang ada pada pemimpin pemimpin politik lah yang menjadi punca membiaknya sifat sifat nafsu yang jahat dalam masyarakat kita hari ini.Mereka adalah agen pembiak sifat sifat sombong,riyak,tamak,hasad dengki,suka memfitnah,mengumpat,mementing diri sendiri, kroni dan keluarga nya sendiri.Mereka mengambil kesempatan daripada kuasa dan kedudukan untuk mencapai kehendak nafsu, sekali pun mereka terpaksa menekan,menipu,berlaku kejam, memfinah,mengaibkan orang dan sebagainya.Dan orang orang ini lah yang diharapkan membentuk sebuah kerajaan yang adil dan stabil di mana kepentingan rakyat dan negara terpelihara dengan baik.Apakah harapan ini akan terpenuh? Tidak mungkin. Samalah saperti mungkin kita mengharapakn seorang ayah yang memiliki perangai bengis dan kejam untuk berlaku adil dan baik terhadap anak anaknya.Yang mungkin berlaku ialah anak anak akan berada dalam keadaan resah gelisah dan tertekan sepanjang masa.


Parlimen yang di anggap sebagai institusi tertinggi dalam sistem demokrasi itu pun telah di salah gunakan oleh pemimpin pemimpin politik yang rosak dan jahat.Institusi yang di anggap mulia itu telah dijadikan gelanggang perdebatan, jerit pekik, hentam menghentam, ejek mengejek, maki memaki dan bermacam macam lagi perangai buruk yang tidak sepatutnya dilakukan oleh YB dan  YAB yang bijak pandai dan bermaruah.Maka tidak salah kalau saya katakan suasana di parlimen itu tidak ubah saperti yang berlaku dalam kelas murid murid nakal atau di kem kem tahanan .Saya lihat kelas kelas tadika lebih berdisiplin dari sidang Parlimen.Kenapa hal hal memalukan saperti ini boleh berlaku sedangkan mereka adalah orang yang dipilih oleh rakyat untuk menjalankan tugas tugas yang mulia?


Apa yang dapat di lihat hari ini, pemimpin pemimpin politik adalah terdiri dari orang orang yang  sudah rosak akhlaknya.Sifat sifat jahat yang mereka miliki menunjukkan mereka tidak berkemampuan melahirkan masyarakat bertamadun  yang boleh hidup dalam suasana aman dan damai.Adakah boleh wujud suasana aman dan damai kalau pemimpin di antara pemimpin sendiri bertelagah?


Sikap permusuhan di antara pemimpin pemimpin ini boleh di samakan dengan pergelutan antara ahli ahli gusti yang masing masing cuba saling menjatuhkan semata mata untuk memenangi tali pinggang sebagai juara. Dan pengikut pengikut di bawahnya bertindak saperti penonton penonton yang tidak boleh duduk diam, melompat,menjerit, dan memekik mekik kepada ahli gusit yang sedang bertarung.Apa untung yang mereka dapat?


Pemimpin pemimpin semacam ini hanya akan menjerumuskan negara ke kancah krisis politik yang lebih kronik yang akan memberi kesan yang negatif terhadap kestabilan negara.Apabila sikap pemimpin menyeleweng , gila kuasa dan kedudukan, maka rakyat akan berada dalam keadaan kucar kacir dan tidak terkawal.Maka negara seluruhnya akan di timpa bermacam macam masaalah yang tidak akan selesai.


Akhirnya berlakulah kerosakan akibat oleh perbuatan manusia yang semata mata mahu memuaskan kehendak nafsu buas mereka saperti yang Allah sebutkan dalam Al Quran yang bermaksud, " Berlakulah kerosakan di daratan dan di lautan disebabkan oleh usaha tangan manusia, supaya ALLAH merasakan sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar) (Ar Rum:41)


(Petikan Syarah Guru Ku)
.




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...