Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Rabu, Ogos 18, 2010

TANGAN KANAN MEMBANGUN TANGAN KIRI MERUNTUHKAN

Kita orang Melayu khususnya mahu maju amnya umat Islam pun begitu.Para pemimpin besar dan kecil bercakap merangsang memberi semangat ke arah itu tetapi secara umum rakyat dan pemimpin sikapnya tidak begitu. Adakalanya sikap kita double standard, tangan kanan membangun tangan kiri meruntuhkan.

Begitu juga dasar setengah-setengah hal di satu sudut hendak membanteras gejala masyarakat, di satu sudut yang lain menggalakkan.Yang lebih malang lagi tabiat orang Melayu atau orang Islam yang negatif tidak berubah ini menjadi penghalang kepada kemajuan.

Di antaranya dasar masyarakat melahirkan budaya lepak, samada disedari atau tidak, pergaulan bebas menjadikan muda-mudi jiwanya rosak.Apabila jiwa mereka rosak, terlibat dengan dadah, pergaduhan, rokok, zina, buang bayi,rogol, vandalism, curi, membuang masa sia-sia.

Perangai-perangai ini menghalang kemajuan atau melambatkan kemajuan di samping memecah belahkan perpaduan.

Tabiat hasad dengki pula ada yang hendak maju, ada yang hendak meruntuhkan atau menghalang. Setengahnya yang ada kuasa, menyalah gunakan kuasa.Ada orang tidak ada daya dan semangat maju dibantu akhirnya gagal maju.Ada yang berdaya dan bersemangat maju, berusaha gigih tidak dibantu bahkan disekat tidak boleh maju.

Berlakunya begini kerana sikap orang kita nawaitunya tidak sama .Ada yang berslogan maju bertujuan politik bukan dari hatinya. Ada yang berkuasa memilih-milih orang memberi bantuan kerana kroninya untuk ambil hatinya, yang tidak dibantu adalah musuhnya.

Yang hasad dengki sakit hati kemajuan orang dihalang-halangnya,ertinya semua golongan ada mempunyai penyakit hati yang tersendiri.

Tetapi tidak ada golongan yang pandai mengubati agar kemajuan tidak terhalang menuju sasarannya.Kalau begitu bercakap hendakkan kebaikan senang. Memberi kaedah bagaimana masyarakat boleh baik itu susah.

Kemajuan di semua bidang ada hubungan dengan pembangunan insan. Berubah fikirannya, jiwanya, nafsunya dan sikapnya kemajuan mudah dibangunkan. Membangun material rupanya ada hubungan dengan membangun insan.

Membangunkan insaniah itulah yang tidak ada orang yang boleh melakukan kecuali dia orang Tuhan yang mampu melakukan. Fikirkanlah membangunkan insaniah lebih dahulu membangunkan material mudah dibangunkan
 
 
 
 
Source: Syarah Guru Ku
 
 
 
 
 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...