Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Selasa, Julai 07, 2009

NILAI MASYARAKAT ISLAM YANG PUNAH RANAH

Di Hari Thaipusam orang Hindu baring atas jalan, orang Islam ikut sama waktu berdemo....di mana maruah & nilai umat Islam?

Kita umat Islam seluruh dunia sudah salah berfikir.Kita sudah tidak pandai menilai baik buruknya didalam kehidupan.Kita tidak kenal gejala masyarakat yang merosakkan kehidupan yang sebenarnya.Ada yang menganggap gejala ada yang anggap bukan gejala. Kita tidak kenal yang mana padi dan yang mana lalang.Mana pokok yang sebenarnya, mana pokok yang menumpang (dedalu namanya).Akibatnya padi dibuang, lalang disuburkan.Dedalu dibiarkan pokok sebenarnya ditebang.Yang untung di musnahkan, yang merugikan dibiarkan.Racun tikus di makan, ubat sebenarnya di buang.

Akhirnya semenjak merdeka Negara Negara Islam tidak habis habis bermasaalah.Bahkan semakin banyak masaalah saperti perpecahan, kemunduran, kemiskinan, kekotoran, kezaliman dan penindasan.Ertinya masyarakat Islam sedunia tidak kenal mana baik, mana buruk,mana memberi faedah, mana yang mendatangkan padah dan parah.Kerana kayu pengukur hanya AKAL dan NAFSU. Bukan Al Quran dan Sunnah.

Tidak hairanlah masyarakat Umat Islam sedunia punah ranah dan musnah.Kalau ada orang yang membawa kebenaran dan membuat teguran jadi isu pula.Bukan sahaja tidak di terima , bahkan dianggap musuh Umat dan Negara ,ditangkap, di pinggir atau di ISA.Tapi orang yang menjadi racun kepada masyarakat dihormati dan dibelai.Selagi krisis nilai masih berlaku dikalangan dunia dan masyarakat Islam, masaalah masyarakat Islam tidak akan selesai.

Krisis nilai tidak akan selesai selagi Umat Islam merujuk pada AKAL dan NAFSU.Tempat rujuk yang sebenarnya bagi Umat Islam adalah Al Quran dan As Sunnah.Ia membawa perpaduan, membawa satu dasar dan kekuatan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...