Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Ahad, Julai 26, 2009

ADA KAH berDEMONSTRASI BUDAYA & WARISAN ISLAM?

Arus kebangkitan Islam yang melanda dunia ketika ini telah mendatangkan
beberapa kesan terhadap umat Islam. Di antaranya ialah bangkitnya semangat dan perasaan anti Yahudi dan Barat yang meluap-luap di kalangan umat Islam, bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh pelusuk dunia. Apa saja tindak-tanduk atau dasar atau katakata kaum Yahudi dan Barat yang nampak seperti menindas, menghina atau merugikan umat Islam akan ditentang dan dikecam.
Ini mungkin satu perkembangan yang baik. Ini mungkin menandakan bahawa umat Islam sudah mula cinta pada Islam dan tidak rela lagi melihat Islam itu diapa-apakan. Mungkin juga umat Islam sedunia telah mula memahami akan maksud ayat: Maksudnya: “Tidak sekali-kali akan redha kaum Yahudi dan Nasrani itu kepada engkau (ya Muhammad) selagi engkau tidak ikut cara hidup mereka.”(surah Al-Baqarah: 120) Tetapi kita juga dapat perhatikan bahawa semangat ini telah mengakibatkan umat Islam sedunia membuat perkara-perkara yang tidak ada dan tidak diajar di dalam Islam. Semangat ini telah mendorong umat Islam berdemonstrasi dan menunjuk perasaan. Silap saja langkah dan cakap Yahudi atau Barat maka keluarlah umat Islam dengan sepanduk-sepanduk dan slogan-slogan. Berkumandanglah suara-suara mengutuk dan mengecam Yahudi dan Barat. Demonstrasi dimeriahkan pula dengan sorak-sorai dan jerit pekik. Suasana gawat. Bukan sedikit umat Islam yang keluar berdemonstrasi dan menunjuk perasaan seperti ini. Bukan setakat puluhan, bukan setakat ratusan tetapi menjangkau ribuan dan puluhan ribu. Bukan sahaja yang muda, malah yang tua pun ikut sama. Bukan sahaja yang lelaki, yang perempuan pun tidak mahu ketinggalan. Kadang-kadang demonstrasi ini dibuat setempat. Kadang-kadang berarak ke hulu ke hilir. Kadang-kadang berusuh-rusuh dan berbaling-baling batu.
Demonstrasi di Malaysia baru baru ini
Apa yang para ‘demonstrasi’ ini telah lupa ialah, demonstrasi dan tunjuk perasaan yang mereka lagang itu bukanlah dari Islam tetapi adalah dari budaya toghut. Islam tidak ada mengajar demonstrasi dalam bentuk yang sebegitu. Di sinilah lemahnya kita. Dari satu segi kita marahkan perbuatan toghut tetapi dari segi yang lain kita pula yang mengamalkan dan mempopularkan apa yang dianjurkan toghut selama ini. Apa yang ada dalam Islam ialah menunjuk kekuatan supaya musuh gerun dan takut untuk memulakan pergaduhan atau peperangan. Ini jauh berbeza dengan demonstrasi atau menunjuk perasaan. Cuba bayangkan berapa banyak masa dan tenaga umat Islam telah terbuang dengan sia-sia untuk berdemonstrasi. Kalau 10,000 umat Islam berdemonstrasi selama lima jam maka sudah 50,000 jam usaha manusia (man hours) terbuang yang sepatutnya boleh menyiapkan 10,000 meter jalan raya dua hala. Itu sudah 10 kilometer. Cuba kaitkan pula dengan usaha-usaha untuk membangunkan dan menguatkan Islam secara zahir dan batin. Berapa banyak yang boleh kita buat dan kita capai dengan tenaga dan masa sebanyak itu. Alangkah ruginya kerana semua itu telah dihalakan kepada demonstrasi yang tidak pernah mendatangkan apa-apa kebaikan kepada umat Islam atau perjuangan Islam, dan tidak pernah pula merugikan atau menggugat musuh. Bukan tenaga dan masa sahaja yang telah disia-siakan. Cuba kirakan belanja dan kos berdemonstrasi. Kalau setiap orang yang berdemonstrasi perlu belanja untuk minyak, tambang dan makan minum sebanyak lima ringgit seorang, maka RM50,000 telah lesap begitu sahaja. Ini belum masuk belanja buat sepanduk dan lain-lain. Dari syarah Guru Ku.

1 ulasan:

Nazirul Mubin berkata...

assalamualaikum admin.
saya sering mengalami dilema suasana politik skg.
sehingga saya tidak tahu yang mana diredhai Allah. Malah agak takut disoal di akhirat tentang siapa yang saya sokong. Tetapi bagaimana dengan cerita bahawa Imam Besar Mekah mengiktiraf kebenaran kerajaan Malaysia. Adakah ia benar? Kerana Imam Besar Mekah adalah pilihan Allah!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...