Assallamu'alaikum wbt., Saya ingin jemput pembaca pembaca sekalian berkongsi ilmu mengenai sebuah Hadith yang menceritakan tentang tunjuk perasaan atau demonstrasi.Kepada pembaca pembaca yang ustaz atau 'alim ulama minta di perbetulkan jika ada kesilapan.
Ada isyarat Hadith menerangkan bahawa salah satu tanda dunia hampir kiamat ialah apabila adanya pejuang Islam yang menyuarakan perjuangan mereka dengan cara tunjuk perasaan atau demonstrasi.
HADITH yang di maksudkan ialah Nabi bersabda yang bermaksud :
“Akan muncul nanti tiga perkara (buruk) sebagai tanda dunia hampir kiamat. 1) Tempat makmur (masjid) telah lengang dan tempat lengang (pasar dan tempat hiburan) telah makmur (di kunjungi ramai). 2) Orang berjuang dan berjihad secara tunjuk perasaan (demonstrasi). 3) Seorang menggesel amanah saperti unta menggesel badannya di pokok kayu. (Riwayat At Tabrani dalam Al Kabir).
Hadis ini menceritakan bahawa pada akhir zaman nanti timbul di kalangan umat Islam yang berjuang, mereka menyatakan dan menzahirkan tuntutan dan tentangan terhadap pihak tertentu melalui tunjuk perasaan atau demonstrasi.Apa yang di sebut oleh Nabi sedang berlaku sekarang di seluruh dunia termasok di negara kita.
ALLAAMAH MUFTI BRUNEI ada menyebut dalam himpunan fatwanya bilangan 30 halaman 164 berkata:
“Salah satu perkara yang timbul sekarang ini di kalangan orang Islam ialah mereka mengikut cara Eropah atau cara orang Barat ia itu mereka berarak di jalanan dengan meninggikan suara dan menjerit menzahirkan tuntutan mereka, dengan beriktiqad bahawa cara itu adalah jihad.Sedangkan Nabi S.A.W telah mengkhabarkan bahawa perbuatan berjuang cara berarak di jalanan dan memekik itu sebagai mengikut cara orang jahiliah yang bukan Islam.”
SABDA NABI S.A.W. lagi yang maksud nya “Sesungguh nya Allah benci kepada orang yang keji dan membuat perkara yang keji dan menjerit jerit di jalanan.” (Riwayat Ibnu Abi Dunya dari Jabir)
Kita lihat bahawa semangat kebangkitan Islam telah begitu ketara di seluruh dunia.Ini satu perkembangan yang baik. Ini mungkin menandakan bahawa umat Islam sudah mula cinta pada Islam dan tidak rela lagi melihat Islam itu diapa-apakan. Mungkin juga umat Islam sedunia telah mula memahami akan maksud ayat: Maksudnya: “Tidak sekali-kali akan redha kaum Yahudi dan Nasrani itu kepada engkau (ya Muhammad) selagi engkau tidak ikut cara hidup mereka.”(surah Al-Baqarah: 120) Tetapi malangnya semangat kebangkitan juga telah mengakibatkan umat Islam sedunia membuat perkara-perkara yang tidak ada dan tidak diajar di dalam Islam.Semangat ini telah mendorong umat Islam berdemonstrasi dan menunjuk perasaan. Silap saja langkah dan cakap Yahudi atau Barat maka keluarlah umat Islam dengan sepanduk-sepanduk dan slogan-slogan. Berkumandanglah suara-suara mengutuk dan mengecam Yahudi dan Barat. Demonstrasi dimeriahkan pula dengan sorak-sorai dan jerit pekik. Suasana gawat.Di Malaysia contoh nya mereka yang mengaku pejuang Islam melakukan demonstrasi jalanan, merusuh,membakar lilin cara yahudi, mogok lapar ikut yahudi (tetapi berselindung mengatakan mogok puasa), memakai baju hitam atau kuning.Dan bermacam macam bentuk tunjuk perasaan. Apa yang para ‘demonstrasi’ ini telah lupa ialah, demonstrasi dan tunjuk perasaan yang mereka lagang itu bukanlah dari Islam tetapi adalah dari budaya toghut. Islam tidak ada mengajar demonstrasi dalam bentuk yang sebegitu. Kalau ada apakah garis panduan nya mengikut Islam? Di sinilah lemahnya kita. Dari satu segi kita marahkan perbuatan toghut tetapi dari segi yang lain kita pula yang mengamalkan dan mempopularkan apa yang dianjurkan toghut selama ini. Apa yang ada dalam Islam ialah menunjuk kekuatan supaya musuh gerun dan takut untuk memulakan pergaduhan atau peperangan. Ini jauh berbeza dengan demonstrasi atau menunjuk perasaan.
6 ulasan:
Kiriman:norman qira normanqira@yahoo.com
Salam semua.Tanda - tanda akhir zaman hanya tuhan sahaja yang tahu.Bagi saya cara kita berdemostrasi adalah kurang bijak bagi kita umat Islam.Ada banyak cara sebagai umat Islam boleh lakukan seperti contoh sembahyang hajat,berdoa dan sbgnya.cuba kita renungkan apa kepuasan yang boleh kita nikmati semasa berdemonstrasi.Contohnya Negara Thai untuk menukar perdana menteri dan apa bila mereka berjaya adakah mereka puasa hati.Fikir fikirkanlah.Dunia hanya sementara dan peluang yang diberikan oleh ALLAH semasa kita hidup ini adalah untuk mencari bekalan apa bila kita di AKHIRAT nanti.
syeikh..ana setuju dgn anta..
mintak pandangan anta sama.bole tgk entry ana terbaru pasal isu demonstrasi,.
Sdr Hamdan ai-kandahlawi,
Terima kasih,
Saya sudah baca blog entry anda dan sudah tentu saya setuju dgn tulisan anda tu.
Hanya saya ingin tambah.Mereka berdemo konon nya berAmar makruf nahi mungkar terhadap pemerintah, model nya sama amar makruf menurut Khawarij, iaitu keluar dari pemerintahan kemudian memberontak, memperingatkan kesalahan pemerintahan di atas mimbar-mimbar, forum-forum awam dan demonstrasi-demonstrasi yang semua ini mengakibatkan timbulnya fitnah. Masalah pun bukan semakin reda, bahkan tambah menyala-nyala. Fakta sejarah telah membuktikan hal ini. Amar makruf nahi mungkar ala Sabaiyah dan Khawarij ini mengakibatkan terbunuhnya Khalifah Uthman bin ‘Affan radiyallahu ‘anhu. Peperangan sesama kaum muslimin dan terbukanya pintu fitnah berterusan dari zaman Khalifah Uthman sampai kezaman kekhalifahan Ali bin Abi Talib radiyallahu ‘anhu. (Lihat: Tahqiq Mawaqif ash-Syahabati fil Fitnati min Riwayat al-Imam ath-Thabari wal Muhaddisin juz 2 hal 342)
Rujukan:http://bahaya-syirik.blogspot.com/2007/07/isu-13-hukum-perbuatan-demonstrasi.html
salam..bagus artikel ni, syabas! tapi, bukan ke sblm ni,dari ape yg sy tahu, dah pelbagai cara yg dilakukan rakyat, untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap sesuatu undang2 di malaysia ni? terutama tentang ISA, tp, ade ke kerajaan skrg, mmbuka peluang kpd rakyat untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka?berbincang,bersua muka, bukan kah itu lebih disarankan dalam Islam? mungkin demonstrasi,salah satu cara yg mereka nmpak, untuk menunjukkan betapa tidak puas hatinya mereka thdp ISA, dri pemerhatian sy, yg buat kecoh, bkn org2 yg buat demo, tp, FRU dsbgnya, ada yg sembur gas pemedih mata la, belasah org la..mcm2 lgi la.. apa salahnya mereka?hanya ingin menyerahkan memorandum ke istana, tak boleh ke polis pun bekerjasama, membantu melancarkan trafik, then,kerjasama kan penting, even dlm Islam pun kan?..sekadar berkongsi pendapat :)
ISA patut dikekalkan demi keselamatan dan keharmonian negara. Seorang pegawai tertinggi polis Indonesia berkata kepada pemberita tentang mengapa pengganas tidak dapat melakukan aktiviti terrorisme di Malaysia adalah disebabkan negara Malaysia mempunyai undang-undang ISA.
salam semua..
t.kasih tn blog.. artikel yg berilmiah..
tulisan anon terakhir ada benarnye jugak.. mungkinkah Indonesia akan gubalkan undang seperti ISA tak lama lagi?
komen sy utk pRinCesS, kita mahu tegakkan islam mestilah guna kaedah Islam. seperti hadis yg dibincangkan di atas, sudah terang tidak ada demonstrasi atau rapat umum di jalanan yg dibenarkan Islam..bukan sahaja tak ada, malah mengikut hadis itu ianya dibenci..
sudahnya saudara kita masih gemar melakukan sesuatu yg dibenci ini. hmm... fikir2 kan.
Catat Ulasan