Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Jumaat, Julai 24, 2009

Jika PAS Sudi Mendengar

Oleh kerana perkataan Islam disebut dalam nama PAS, maka parti itu hendaklah menghentikan sikap suka mencerca dan memaki hamun orang lain yang berbeza pendapat dengan mereka. Pemimpin tertinggi parti tersebut hendaklah menasihati ahli-ahli mereka terutama dalam laman-laman web mereka, agar berakhlak dengan orang lain.

Apakah setiap kali berbeza pendapat mereka perlu mencerca pihak yang mereka tidak suka?! Mereka seakan lupa bahawa perkataan dan tulisan cercaan mereka itu akan dibawa ke mahkamah Allah di akhirat. Sebahagian mereka menghalalkan cercaan itu dengan menyatakan ‘orang lain’ lagi teruk. Apakah jika orang lain anda anggap teruk, maka anda boleh melakukannya juga?

Apakah akan terjadi kepada masa depan negara jika kita mengajar budaya ‘jangan berbeza pendapat dengan pemimpin kami, jika tidak awak kami maki”!! Maka rosaklah kebebasan bersuara dan berfikir. Apatah lagi jika isu agama dimasukkan. Sehingga kepada sesama sendiri, dicerca dan dihina.

Mereka hina dan mencerca pemimpin sendiri apabila berlaku perbezaan dalam isu ‘Kerajaan Perpaduan’. Mereka maki Tan Sri Harussani apabila mereka sudah tidak sebulu lagi dengannya. Dulu, mereka juga memaki saya. Lihatlah selepas kenyataan ini dikeluar, sebahagian mereka akan menyambutnya dengan makian dalam blog-blog mereka.

Saya bukan bermusuh dengan PAS, tapi saya memberi teguran sebagai seorang muslim kepada mereka, seperti mana banyak perkara saya memberi pandangan kepada UMNO juga. Generasi muda dan terpelajar makin mampu menilai. Budaya politik maki hamun dan carut marut kerana perbezaan pendapat bukan akhlak Islam, juga bukan kematangan politik masa depan”.
- Bekas Mufti Perlis Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Lampeter, UK.

4 ulasan:

sya berkata...

assalamualaikum

ya akhi..
maafkan saya.. ramai org kate begitu tetapi saya keliru juga apabila yang dicerca adalah perkara yang dicerca juga dalam al-Quran.. speerti mana cercaan Allah ke atas peniaga yang tidak adil dlm timbangannya, cercaan Allah ke atas org yang berzina..

saya hanya meluahkan kekeliruan kerana saya turut membaca melalui tulisan saudara faizal tehrani tentang ni

amri el wahab berkata...

Wa'alaikumsalam wbt.sdr Said,


Bagi pendapat saya Dr Asri sekadar memberi peringatan dan meluahkan rasa kesal terhadap penyokong2 PAS yang gemar mencerca,menghina dan mengejek ulama ulama yang memberi pandangan yang tidak berpihak kepada mereka.Tetapi tatkala ulama yang sama memberi pandangan yang berpihak kepada mereka, mereka akan sanjung dan puji habis habisan.Mereka pernah juga menghina dan mengejek pandangan ulama besar dunia Yusof Al Qardawi dalam persoalan Islam Hadhari yang berpihak kepada kerajaan.Walhal ulama ulama ini memberi pandangan berdasarkan ilmu.
Persoalannya adakah penyokong PAS lebih arif dari ulama ulama yang mereka keji?
Sebenarnya mereka hanya bertaqlid kepada Tuan Tuan Guru dalam PAS sahaja.Pandangan Guru atau Ulama diluar PAS mereka tolak.Penyokong saperti ini kita sebut taksub.Ini lah masaalah nya dengan mereka.Apa yang mereka perlu lihat ialah jika ada pendapat Tuan Guru mereka dengan ulama di luar tidak sama, sebenarnya ini adalah perselisahan pendapat sahaja.Dalam Islam perselisahan pendapat oleh ulama di benarkan.Penyokong PAS perlu lihat juga adakah pernah mursyid mereka TGNA keji, cerca, hina, dan maki maki ulama ulama yang tidak sependapat dengan nya?
Bagi saya penyokong2 yang jahil saja yang melampau.Mengapa saya kata mereka jahil, kerana mereka tidak tahu bahawasanya menghina Ulama adalah di larang oleh Allah.Dan akibatnya adalah amat buruk di sisi Allah.
Pernah saya minta seorang penulis e mail (penyokong PAS)supaya menghantar kan e mailnya terus kepada Mufti Harusani yang dia maki hamun habis habisan, tetapi dia mengaku tidak berani.Jadi orang saperti ini perlu sedar, kalau tidak ada ilmu jangan hendak mencabar dan menghina orang yang berilmu.
Rumusannya:- Islam tidak membenarkan umat menghina ulama walaupun dia terbuat silap.Allah janjikan kepada ulama bahwa jika mereka mengeluarkan pendapat yang betul dalam sesuatu persoalan dapat 2 pahala.Tetapi kalau mereka silap dapat satu pahala.(Ulama silap pun masih dapat pahala).Allah sangat memuliakan ulama, mengapa tidak kita?

Tanpa Nama berkata...

aku salah seorang yg berdiri / duduk atas pagar....
yg tidak byk memihak pada mana2 parti....
kejap...
aku rasa aku macam en.megat
lebih condong ke kanan banding ke kiri...
yg bhgn kiri adalah PR... bahagian kanan adalah BN

PAS kalau diikutkan tujuan penubuhannya, aku bersetuju...
masalah PAS sekarang ni tidak mengikut apa tujuan ditubuhkan...
ia terlalu banyak politik dari menyampai dakwah ISLAM..
terlalu ingin kuasa dunia..

kalau PAS betul2 mengikut ajaran ISLAM, dan berdakwah seperti Nabi Muhammad, PAS tidak perlu berpolitik....
rakyat malaysia secara tidak sedar akan menyokong....
malangnya PAS tidak berbuat demikian....

N.F.A berkata...

salam saudara....

sbnrnya byk pndpt n pndgn yg sy ingin kongsi dgn saudara. byk jugak soalan tentang politik dan bersama dakwah. harap saudara dapat balas komen sy melalui emel ain_achu1516@yahoo.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...