Tetapi malang sekali rakyat seperti tidak sedar atas penipuan dan kesalahan ini. Rakyat terus digula-gulakan untuk terus mengangkat atau mengundi orang-orang yang berpura-pura itu sebagai ketua atau pemimpin mereka.
Hingga begitu sekali dunia politik ini dikotori dan disalahgunakan dengan menjual nama Islam. Islam tidak menyuruh kita berpolitik kotor seperti itu. Islam sangat menjaga kasih sayang. Kasih sayang itu kepunyaan sejagat atau kepunyaan bersama. Semua bangsa, semua etnik, semua fahaman agama memerlukannya .
Sebaliknya terdapat pula golongan manusia yang sibuk membangun dan merancang bermacam-macam projek dan aktiviti seperti membangunkan kompleks pendidikan, ekonomi, hospital dan klinik, kilang-kilang dan kedai perniagaan, media massa, perkampungan, pejabat, aktiviti ternakan, pertanian, dakwah, kepimpinan, kebajikan dan lain-lain lagi hingga tercetusnya satu sistem masyarakat. Bahkan mereka bagaikan sebuah kerajaan. Namun mereka diselar sebagai golongan tidak berpolitik. Mereka dikatakan tidak berjuang dan bersalah kerana menafikan satu aspek penting dalam Islam iaitu politik. Padahal mereka itulah orang politik yang sebenarnya. Walaupun sudah begitu gah dan masyhur perihal pembangunan masyarakat dan khidmat-khidmat yang mereka sumbangkan, namun mereka tetap dikatakan bukan golongan politik. Walau sudah jelas kemampuan kepimpinan mereka, pun tetap masih dituduh tidak berpolitik hanya kerana mereka tidak masuk parti politik.Seolah-olah seorang yang dilihat menyangkul, menanam, menjaga dan memetik hasil tanaman, kemudian dia dituduh bukan petani kerana dia tidak masuk institusi pertanian dan tidak ada sijil pertanian. Munasabahkah?Begitu sekali tertutupnya fikiran dan mata hati manusia dalam melihat erti politik yang sebenar. Ini adalah kerana kesilapan cara menilai yang sudah dipaksakan atas mereka sekian lama. Mereka hanya difahamkan tentang politik sekular Barat.
Rakyat patut sedar termasuk orang Islam sendiri yang bersikap sedemikian itu bahawa sebenarnya mereka yakni golongan yang disebut di atas itulah orang-orang politik. Walaupun pasti golongan mereka tidak didaftarkan sebagai parti politik tetapi hakikatnya merekalah orang politik yang sebenar yang tidak ada parti.
Mereka menempuh satu kaedah politik atau satu sistem politik yang berbeza dengan politik Barat. Inilah definisi dan pendekatan politik yang lebih tepat dan bijak. Dan masyarakat perlu diputar fikiran mereka untuk melihat kebenaran ini. Supaya kita tidak selamanya tertipu oleh Barat dan Yahudi.
4 ulasan:
salam....
sy baru baca artikel anda.
mintak izin utk copy paste artikel ni di blog sy bleh...
salam saudara....
maaf ana minta kebenaran untuk copy paste artikel ini kat blog ana.
dan ana ada beberapa soalan dan pendapat sebenarnya utk tanya saudara tentang politik dan dakwah....
Salaam,
Adik acu aya.
Saya sangat berbesar hati untuk berbincang dan bertukar tukar ilmu.
E mail saya amriwahab@gmail.com
Wassallam
amri el wahab
Adik acu aya,
Sila c&p mana mana artikel yang di minati.Bagi saya ilmu Allah perlu di sampai sampaikan dan panjang panjangkan.
Dan saya pun ingin minta izin c&p artikel dari blog adik acu aya.
Salaam.
Catat Ulasan