Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Selasa, Julai 21, 2009

MENGAPA UMAT ISLAM SEMAKIN MUNGKAR?

Masyarakat Islam di Malaysia kini tenat dengan berbagai bagai penyakit.Dari masaalah orang awam yang terlibat dengan penyalahan guna dadah,Mat rempit, buang anak, suami isteri cerai berai hingga lah ke masaalah di kalangan ulama dan pemimpin pemimpin saperti rasuah, skandal itu dan ini,merebut kuasa, dan sebagai nya. Timbulnya penyakit masyarakat atau kemungkaran itu di sebabkan beberapa perkara saperti berikut: 1. Disebabkan keyakinan manusia terhadap Tuhan sudah nipis atau pun kata kata lain, perasaan Tauhid sudah berkurangan. 2. Oleh kerana manusia itu sudah tidak yakin lagi dengan adanya akhirat ataupun sekiranya masih ada keyakinan namun keyakinan itu sudah nipis. 3. Disebabkan manusia itu terlalu sayang dan cinta pada diri mereka sendiri. Manakala seseorang itu sudah nipis rasa tauhid nya, sudah nipis keyakinan tentang adanya Tuhan, atau mempercayai adanya Tuhan serta tidak adanya Tuhan sudah sama banyak maka di waktu itu manusia tidak punyai tempat lagi untuk di takuti. Sudah tidak ada lagi kuasa ghaib yang di takuti. Dia akan menjadi manusia yang yang cuba menyesuaikan diri dalam semua keadaan. Apabila manusia itu tidak yakin dengan hari akhirat atau pun sekiranya ia punyai keyakinan tetapi keyakinan itu sudah nipis maka akhirat itu sudah tidak lagi menjadi idaman atau cita cita nya. Dengan ini hilang lah sifat mahu berjuang atau berjihad kerana fikiran nya sudah tertumpu untuk dunia semata mata.Dia membina dunia untuk dunia. Dia mencari wang untuk dunia, dia mencari pangkat untuk dunia, dan segala galanya adalah untuk dunia.Kadang kadang urusan akhirat sendiri pun di jadikan untuk dunia.Dia hanya sembahyang di khalayak ramai supaya ia menjadi calon di kalangan orang beriman.Dia berlagu atau mengaji Quran untuk hadiah atau pun untuk wang dan sudah tidak lagi untuk akhirat.Keyakinan terhadap akhirat itu terumbang ambing di mana urusan dunia adalah untuk dunia urusan akhirat juga di duniakan. Inilah yang menghasilkan penyakit masyarakat. Apabila manusia itu telah cinta dengan diri sendiri maka timbullah usaha bagaimana mahu senang sendiri, mahu senang keluarga sendiri, mahu senang kawan kawan sendiri.Akan timbullah perasaan mahu kaya sendiri, akan timbullah untuk membela supaya pandai sendiri.Dalam hal hal mahu membela nasib yang akan bersangkut paut dengan diri sendiri maka ada kalanya terpaksa melanggari hak asasi orang lain,terpaksa merosakkan kepentingan orang lain, kadang kadang terpaksa memijak kepala orang lain dan terus merugikan orang lain.Orang lain yang mempunyai sikap yang sama juga akan melakukan hal yang sama maka akan mencetus kekacauan, peperangan, tindas menindas, lahir perasaan hasad dengki, dan berbagai bagai kekacauan lagi. Inilah yang menyebabkan merebak dan bermaharajalela nya lagi penyakit masyarakat.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...