Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Rabu, April 08, 2009

Yang menang kena Muhasabah Diri?

Kadang kadang kemenangan sesuatu kaum atau bangsa dalam sesuatu arena di lihat tidak lojik boleh berlaku.Dan memang ada kemenangan yang memang lojik patut berlaku.Tetapi perlu di ingat sesuatu kemenangan itu di sisi Allah ada bersebab.Ada sebab sebab lahir dan ada sebab sebab batin.Ada kemenangan itu tersurat dan ada yang tersirat. Oleh itu kita Umat Islam seharusnya tidak melihat kemenangan itu atas sebab sebab lahir dan yang tersurat sahaja. Kita perlu lihat sebab sebab batin dan yang tersirat sama. Mungkin kita boleh lihat di sini tentang beberapa sebab kemenangan yang di anugerah Allah kepada sesuatu kaum atau bangsa. Ada Allah beri kemenangan di atas sifat Taqwa.Ada di beri atas keberkatan sesuatu perkara.Ada atas dasar istidraj (murka Allah) dan ada atas dasar kekuatan lahir.
  1. Sebab kemenangan atas Sifat Taqwa - Bangsa ini yang berusaha atau berjuang atas dasar pergantungan nya kepada Tuhan.Setiap langkah nya adalah kerana Allah Taala semata mata.Segala perjalanan usaha dan perjuangan nya di ambil kira tentang syariat Tuhan yang 5 iaitu Hukum Halal, Haram, Makruh dan Harus.Dalam berjuang tidak lekang ingatan nya pada Tuhan, tidak lupa memperbaiki diri, tidak menyakiti perasaan orang lain dan sentiasa merasa diri nya hamba Tuhan.Bangsa ini Allah jamin kemenangan dan kejayaan keatas mereka saperti yang Allah nyatakan dalam Al Quran, maksudnya: "Berhak di atas Kami memberi kemenangan kepada orang mukmin".(Yunus:103)
  2. Sebab kemenangan kerana Keberkatan - Bangsa ini di beri kemenangan atas amalan kebaikan mereka yang di pandang besar oleh Tuhan.Allah kurniakan kepada sesiapa sahaja, termasuk yang fasik dan kafir.Contoh amalan amalan yang mendatangkan berkat ialah saperti taat kepada ibu bapa yang soleh, berkhidmat kepada guru yang soleh,membantu perjuangan yang hak yang di perjuangkan orang soleh, orang yang berkhidmat dengan anak anak yatim, pemerintah yang berkhidmat dengan baik kepada rakyat nya.Inilah yang di maksudkan dalam hadis yang maksudnya:- "Dengan sebab mereka, mereka di beri pertolongan".
  3. Kemenangan atas dasar Istidraj - Ini lah kemenangan yang kita tidak mahu.Allah beri kemenangan atas dasar murka nya kepada bangsa itu kerana bangsa itu zalim, derhaka, dan kufur.Mereka tertipu dengan kemenangannya agar mereka makin lupa dan terus melakukan kezaliman atau kederhakaan atau kekufuran.Hingga akhirnya mereka binasa dengan kejahatan sendiri dan menjerumus kedalam neraka!
  4. Kemenangan atas dasar Kekuatan Lahir - Kemenangan yang Allah beri kepada bangsa ini (termasok yang derhaka dan kafir) adalah atas "sebab" ianya bangsa yang mempunyai kekuatan ilmu,tenaga manusia, alat alat canggih,rajin, berdisiplin,berani dan tahan berhadapan dengan cabaran.Kemenangan jenis ini adalah kemenangan yang biasa berlaku atau kita panggil kemenangan yang memang lojik di akal.Dan kita lihat ianya memang biasa berlaku di mana mana pada zaman ini.Allah beri kemenangan sesuai dengan usaha dan kemampuan nya.Ini boleh juga di katakan kemenangan bersifat Istidaraj kerana mereka percaya kemenangan itu adalah atas daya usaha mereka sendiri dan tidak bersandar kepada ketentuan Allah. Kemenangan atas Sifat Taqwa lah kemenangan yang selamat dan menyelamatkan tetapi malang nya ia sudah tidak berlaku lagi pada hari ini.Kita harap dia akan berlaku , tetapi tidak tahu bila Allah akan lakukannya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dari Razali Abdullah

ringkas jer.... kemenagan seseorang manusia itu adalah bila mereka berjaya memasuki syurga Allah dan kegagalan pulak ialah bila berjaya masuk dalam neraka Allah (Ya Allah aku takut pad nerakamu namun aku tak layak ke syurgamu.. Ampunkanlah segala dosaku). So mari kita semua fahami kalimat Azan.. Hai Ya Alassolah 2x dan Hai ya Alalfalah 2x.

so bila nak bicara ttg kemenangan / kejayaan.................... mari kita sambungkan kehidupan dunia ini dengan akhirat. marilah mengajak kepada kebaikan dan menentang kemaksiatan.

Wassalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...