Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Ahad, Mei 09, 2010

MENGAPA LARANGAN BERPOLITIK DI MASJID?

Quote: "Inilah bezanya politik Islam yang membawa ke akhirat . Berbanding kitaran politik sekular yang hanya berlegar di kaki dunia dan tidak pun sekali – kali mampu melepasi sempadannya" (Oleh Nasrudin Hassan at-Tantawi )


Kesimpulan nya, politik yang di amalkan oleh semua orang politik dan parti politik, adalah politik sekular barat yang bertentangan dengan Islam.(Yang mengamalkannya termasuk yang menggelar diri ahli agama dan pejuang Islam yang sememangnya sudah terpengaruh dengan pemikiran sekular walaupun kata mereka, mereka tentang sekular.).

Justeru aktiviti politik sekular yang isinya penuh dengan elemen elemen kotor memang tidak layak di bawakan ke dalam mana mana masjid.

Elemen kotor yang saya maksudkan adalah saperti contoh, umpat mengumpat, fitnah memfitnah, jatuh menjatuhkan,caci mencaci,maki memaki dan bermacam macam lagi kekotoran yang biasa kita dengar dan lihat dimainkan kebanyakkan ahli politik yang Islam.Mereka pula "menghalalkan cara" mengikut selera supaya mereka dapat turut bermain sama dengan permainan kotor ini.

Hakikatnya permainan kotor politik sekular ini tidak mendatangkan kebaikan kepada Islam melainkan memecah belahkan ukhwah Islamiah.Sedangkan di antara salah satu fungsi masjid adalah tempat menyatu padukan umat.

Pernah saya ikuti satu ceramah cum kempen PRU12 di sebuah masjid di satu daerah di negeri Selangor .Waktu itu hot dengan isu "Tuhan mencarut" (yang rasa saya itu di eksploitasikan oleh pihak lawan dari kenyataan TGNA).Penceramah tersebut yang juga orang politik, asyik berulang ulang memaki hamun Tun Mahathir, pemerintah dan rakyat yang tidak mengundi partinya dengan lafaz PU** MAK.Dan di sambut dengan laungan Allahu Akhbar!! oleh para hadirin.Bayangkan lafaz PU** MAK di sambut dengan TAKBIR! .............di dalam masjid?

Mereka ini sering mengelirukan umat dengan alasan terkenal mereka yaitu Politik tidak boleh di pisahkan dari Islam.Maka apa yang di halalkan politik di halalkan Islam.Siapa tolak politik dia tolak Islam.Tetapi pokoknya politik yang bagaimana? Adakah politik yang di bawa Rasulullah atau politik kotor sekular barat yang sedang mereka amalkan itu?

Saya jadi pobia dan semenjak hari itu saya tidak lagi megikuti apa jua jenis pengajian atau ceramah yang di bawa oleh mana mana Ustaz atau Tok guru cum ahli politik sekular.

Pertanyaan: Sekiranya Sultan Selangor benarkan berpolitik di dalam Masjid, adakah ahli ahli politik boleh menghindar dari perkara perkara yang saya sebut di atas?

7 ulasan:

Xstream berkata...

Ceritalah politik Islam, jangan phobia kat sini nak cakap, jangan kondem tanpa hujah, apa dier sekular. Apakah kita tidak boleh mengumpat pemimpin

Othman berkata...

Saudara Amri adakah kita perlu berdiam sekiranya pemerintah yang memerintah kita itu zalim. Kezalimannya tidak boleh dimaafkan apabila mereka yang menduduki putrajaya menyerahkan wilayah laut kita kepada negara asing tanpa sebarang keuntungan. Bagaimana kita hendak menerangkan kezaliman pemerintah ini? Saya tidak faham apakah itu politik sekular yang saudara amri katakan sedangkan dalam dunia pada masa ini politik berlegar dalam beberapa bentuk seperti demokarsi, keturuan dan juga kuku besi. Apa fungsinya politik dalam Islam? Bagaimana pula untuk menegakan politik Islam dalam politik sekular? Mungkin saudara boleh mengemukakan pandang berkaitan politik Islam dalam politik sekular dan saya bersama rakan-rakan yang lain amat mengharapkannya. Sekian.

amri el wahab berkata...

Salaam sdrku seMuslim,,
Sudah begitu banyak dan luas pentas yang bebas kita gunakan untuk kita menentang pemimpin dan pemerintah yang zalim.
Hanya saya berpendapat jadikanlah Masjid zon bebas atau zon berkecuali dari aktiviti politik sekular politik kotor.
Dakwah itu adalah salah satu uslub politik Islam.Tuan lebih tahu apa itu dakwah? Mengajak manusia kepada kebaikan dan menjauhi kemungkaran.Mengajak manusia kepada kasih sayang dan bukan menyuburkan kebencian.
Saya amat setuju kalau politik dakwah yang penuh hikmah, kasih sayang dan penuh beretika di bawa di dalam masjid.Bukan politik kutuk mengutuk ,caci mencaci, umpat mengumpat yang di terjemahkan oleh orang politik sebagai "dakwah".

Tanpa Nama berkata...

Saya ingin bertanya kepada sdr Othman.
Di katakan kerajaan zalim, zalim macam mana tu? Di bunuh anak pinak dan mak bapa kamu saperti di Palestine? Rakyat di pancung macam zaman Jepun dulu? Anak anak tidak benarkan pergi sekolah.Kamu tidak di benarkan mencari nafkah atau wang gaji kamu di paksa serahkan kepada pemimpin pemimpin yang? Atau adakah mereka macam Firaun, di bunuh semua anak lelaki kamu dan mereka mengaku diri tuhan?

Taufiq Ahmad berkata...

perkara baik, bagus laaa gunakan masjid..

Tanpa Nama berkata...

Politik kita adakalanya terbatas & disekat tak bertempat,membuatkan dakwah yg sepatutnya bebas dianggap politik kotor di dlm masjid. Pemerintah yg jelas membuat kesilapan perlu ditegur. Istilah ZALIM sukar utk dirungkaikan diruang yg terhad...hanya fikrah masing2 yg boleh menembusi sesuatu yg tersirat dibalik yg tersurat... wallahua'lam

Aduka berkata...

Masalah orang kita,
cakap Undang undang yang ada tak Islam,
sistem pemerintahan tak Islam,

tapi turut sama menyertai persaingan untuk merebut kuasa menggunakan sistem yang tak Islam,
seolah olah Islam belum Syumul,
terpaksa ikut sistem bukan Islam untuk berjuang Islam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...