Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Khamis, April 28, 2011

Siapa pilih pemimpin yang rosak?

Dalam pandangan Islam pemimpin yang rosak dan jahat adalah pemimpin yang tidak 
beriman dan bertaqwa atau ada iman tetapi lemah imannya. Akhlak mereka buruk 
kerana bersikap rasuah,sombong, takabur, angkuh,bakhil, tamak, hasad dengki dan 
pendendam.Mereka menyalah guna kuasa dengan sewenang wenangnya.Lagi cerdik dan 
pintar mereka, lagi hebat putar alam dan kejahatan nya.Lagi nampak  hebat lagi biadab 
mereka dengan Allah dan lagi hebat lagi zalim nya mereka terhadap rakyat .

Mengapa di kalangan masyarakat Islam orang yang tidak beriman, kafir,rosak akhlak dan jahat boleh dipilih jadi pemimpin? Siapa yang memilih pemimpin yang rosak ? Dalam sistem pilihanraya berdemokrasi rakyat terlibat dalam memilih pemimpin.  Kerana dalam sistem demokrasi, seluruh rakyat termasuk yang tidak beriman, kafir,jahat,buta, tua nyanyuk dan yang  jahil pun di benarkan mengambil bahagian dalam pemilihan pemimpin (melalui sistem pilihanraya).Maka terjadi lah rakyat yang kaki curi memilih pemimpin yang pencuri,yang kaki merompak  memilih pemimpin yang perompak, yang kaki rasuah memilih pemimpin yang  rasuah, yang tidak beriman memilih pemimpin yang tidak beriman, yang kafir sudah tentu memilih pemimpin dari puak kafir.Kadang kadang rakyat yang beriman pun boleh tersalah pilih  kerana terperangkap dengan pujukan bakal pemimpin jahat melalui kempen dan retorik pilihanraya.
Belum pernah terjadi dalam sejarah dunia, di mana mana negara Islam, terpilihnya pemimpin yang paling bertaqwa dalam pilihanraya.Sebenarnya  ideologi demokrasi telah gagal selama lamanya dalam sistemnya untuk mencari pemimpin yang baik.
Kalau ini sudah terjadi maka tertanggunglah di atas bahu ulama ulama untuk menasihati pemimpin pemimpin jahat dan rakyat segera mengubah sikap.Supaya negara dan rakyat selamat dan mereka pun selamat.
Tetapi sekiranya pemimpin pemimpin berdegil setelah di nasihati.Atau para ulama adalah ulama pengampu, tidak buat apa apa, tunggulah mereka akan jatuh ke dalam keadaan terhina satu hari nanti.Allah berkuasa melakukannya.
Wallahu’alam.

Isnin, April 25, 2011

Sikap pejuang Islam yang tidak Islamik

Sikap para pejuang agama melalui parti politik yang tidak boleh di tegur dan di kritik sebenarnya adalah bertentangan dengan akhlak sebagai pejuang .Sedangkan Allah telah befirman yang maksudnya:

 "Serulah kepada jalan Tuhan mu secara hikmah dan tunjuk ajar yang baik dan (kalau perlu) berbahaslah dengan mereka dengan memberi hujah yang lebih baik" (Al Quran Surah An Nahl ayat 125)


Di dalam ayat ini kita di suruh berbahas dan berbincang dengan sebaik baik nya.Kalau awal awal lagi kita sudah bina sempadan atau gap dan melabel orang Islam lain jahat bagaimana hendak berbincang? Sedangkan dengan berbincang baru kita tahu ilmu kita betul atau tidak, hujah kita kuat atau lemah, pendapat kita benar atau salah.Ni tidak, orang baru menulis atau bercakap untuk memberi pendapat atau menegur, belum bertanya atau berbincang dah menyerang dengan tuduhan tuduhan liar.Mudah menuduh dan menjatuhkan hukuman kepada pihak yang tidak bersefahaman dengan nya sebagai penentang agama,barua pemerintah,fasiq, munafiq,kafir, murtad dan lain lain tuduhan.Hukuman liar ini di buat tanpa takut dan merasa malu dengan Allah.

Hukuman atau menghukum sudah jadi mainan politik untuk tujuan menghina dan mengaibkan orang lain agar dapat menarik orang menyertai partinya.Sedang dalam Islam seorang pejuang itu sepatutunya merasa menderita apabila terpaksa menjatuhkan hukuman terhadap orang lain.Bimbang kalau kalau tersilap langkah hukuman itu kembali menimpa muka dia sendiri dan Allah akan menempelak di Akhirat kelak.Sayidina Abu Bakar As Siddiq r.a apabila dia terasa percakapan dia telah menyakiti orang Islam lain cepat cepat berjumpa Rasulullah minta di hukum qisas terhadap dirinya.Begitulah Iman pejuang Islam yang mukmin yang memperjuangkan hukum hukum Allah.Mereka sangat takut dengan Allah, kerana itu mereka sangat takut untuk menjatuhkan hukum terhadap orang Islam lain.

Allah mahu kita fikirkan dan jalankan berbagai bagai kaedah untuk menghadapi bermacam macam bentuk manusia untuk mengajak mereka kepada Allah.Sikap mudah berprasangka, menuduh, memaki hamun,dan bermusuh bukan lah cara nya untuk berjuang ke jalan Allah.Tingkah laku saperti ini hanya menyempitkan gelanggang perjuangan. Rasulullah sentiasa menziarahi seorang perempuan tua walaupun orang tua itu selalu menyakiti baginda dengan bermacam perbuatan jahat.Rasulullah balas perbuatan si tua itu dengan senyuman sentiasa.Kaedah perbuatan jahat di balas dengan perbuatan baik oleh Rasulullah akhirnya mendorong si tua itu  masuk Islam.

Kita lihat pejuang Islam (melalui parti politik) apaibila di serang musuh akan memberi respon penuh emosi.Bukan dengan penuh bijaksana.Mereka saperti orang melatah diusik, melompat lompat dengan penuh aksi, geram, marah melulu dan tidak sabar hingga menyusahkan parti dan diri nya sendiri.Bertindak membalas serangan dengan kadang kadang tersalah cakap, terlebih hukum dan terlajak sikap hingga menguntungkan musuh.

Tulisan sekadar untuk muhasabah diri sendiri dan para pembaca.


Wallahu'alam.

Ahad, April 24, 2011

Maksud Hadis ‘Sesiapa Menyerupai Sesuatu Kaum..’


Soalan: Dr Asri, saya ada seorang kawan yang sentiasa berhujah dengan hadis “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka”. Dengan hadis itu beliau selalu macam kata orang lain tidak islamik sebab berpakaian ala-Barat atau makan dengan sudu tidak dengan tangan dan lain-lain lagi. Saya beritahu itu boleh sebab tiada dalil yang melarangnya, tapi beliau sering berdalil “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka”. Sejauh manakah penafsiran hadis ini ?

Nurdin, Pasir Tumbuh, Kelantan.

Jawapan: Saudara, sebagai ingat; dalam penghujahan menggunakan sesuatu hadis, terlebih dahulu hendaklah kita semak kedudukan atau status hadis tersebut di sisi muhaddithin (ahli hadis). Jika hadis itu didapati sabit iaitu berada pada kedudukan (nilaian) sahih atau hasan, maka ia boleh dijadikan hujah dalam agama. Setelah perkara tersebut dipastikan, barulah ke peringkat seterusnya iaitu mengkaji maksud matan (teks) hadis tersebut. Bagi menjawab persoalan yang dikemukan maka di sini disebut beberapa perkara;

1. Hadis “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka” diriwayatkan daripada beberapa orang sahabat; AbdulLah bin ‘Umar, Huzaifah bin al-Yaman dan Anas bin Malik. Antara ahli hadis yang mengumpul hadis ini; Abu Daud, Ahmad bin Hanbal, Ibn Abi Syaibah, al-Bazzar dan lain-lain. Hadis dinilai oleh Ibn Taimiyyah (w. 728H) sebagai sahih, al-Iraqi (w. 806H) juga menilai sebagai sahih, Ibn Hajar al-‘Asqalani (w. 852H) menyatakan ia ‘hasan’ dan demikian juga al-Albani.
2. Hadis ini secara umumnya memberikan maksud yang positif dan negatif. Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum atau puak yang baik atau terpuji maka dia termasuk dalam kalangan mereka yang terpuji atau akan dianggap baik dan terpuji. Sementara sesiapa yang menyerupai kaum atau puak yang buruk atau tidak baik maka dia dianggap dalam kalangan mereka.
3. Perkataan man tasyabbaha (sesiapa yang menyerupai) iaitu tasyabbuh (menyerupai) dalam hadis ini merujuk kepada sesuatu perkara yang menjadi ciri khusus sesuatu pihak yang mana jika seseorang menyerupai keadaan atau hal tersebut maka dia akan dianggap termasuk dalam kalangan mereka seperti pakaian yang khas untuk kumpulan tertentu atau agama tertentu, atau perayaan khas untuk agama tertentu atau majlis khas untuk puak atau agama tertentu, maka dia dinilai dalam kalangan mereka. Adapun jika perkara tersebut bukan khusus untuk mereka, maka itu tidak termasuk. Kata al-Imam al-Son’ani (w. 1182H):
“Hadis menjadi dalil bahawa sesiapa yang menyerupai golongan fasik, atau kuffar atau ahli bid’ah dalam apa-apa perkara yang khusus untuk mereka, samada dalam pakaian, kenderaan atau cara, maka dia termasuk dalam kalangan mereka. Jika dia menyerupai kafir dalam pakaian (khusus) dan beriktikad untuk jadi seperti mereka, maka dia telah kufur. Jika dia tidak beriktikad demikian, maka para fuqaha (ahli fekah) berbeza pendapat mengenainya. Ada yang menyatakan dia menjadi kufur kerana berdasarkan secara zahir hadis tersebut. Ada yang menyatakan tidak kufur, tetapi dia diadabkan (oleh pemerintah)”. (al-Son’ani, Subul as-Salam, 4/321. Beirut: Muassasah Fuad).
4. Ertinya, menyerupai sesuatu yang khusus bagi agama tertentu seperti memakai salib, atau pakaian khusus paderi dan sami, atau amalan khusus agama tertentu seperti bertafakur di kuil dan seumpamanya adalah perbuatan yang haram. Jika ia diikuti dengan iktikad seperti mereka, maka dia menjadi kufur. Sementara, jika dia sekadar suka-suka, atau melakukan tanpa niat yang kufur, amalan tersebut tetap haram. Cumanya, ulama berbeza pendapat, ada yang menganggapnya telah kufur, ada pula yang menyatakan tidak, tetapi berdosa.

Gambar contoh pakaian khusus bagi agama tertentu.
5. Saya menyokong pendapat yang menyatakan sekiranya menyerupai golongan kufur tetapi tidak beriktikad kufur perbuatan tersebut berdosa tetapi tidak terkeluar dari agama. Namun, jika dia menyerupai mereka secara penyerupaan zahir dan juga batin iaitu dengan iktikad yang sama, maka dia menjadi kufur. Kadar dosa menyerupai itu berdasarkan kadar perkara yang ditiru atau diserupai.
6. Sekali lagi hendaklah kita jelas, penyerupaan yang dimaksudkan dalam hadis ini adalah penyerupaan dalam perkara-perkara yang khusus untuk sesuatu puak atau agama. Jika perkara tersebut tidak khusus untuk mereka, maka hadis ini tidak berkaitan. Dalam dunia globalisasi, banyak unsur budaya dan adat telah dikongsi oleh pelbagai pihak seperti pakaian, makanan, binaan dan seumpamanya yang bukan lagi khusus untuk agama tertentu. Maka, kita hendaklah teliti dalam menilai apa yang khusus dan apa yang umum. Pakaian yang dipakai oleh mereka yang bukan muslim tidak semestinya melambangkan agama mereka atau khusus untuk agama mereka. Begitu makanan, binaan dan adat tertentu. Makan dengan sudu-garpu atau cop-stick, berjeket, berumah ala-Inggeris atau Jepun bukanlah berkaitan agama.
7. Dalam hadis “Sesungguhnya Nabi s.a.w memakai jubah Rom –dalam sebahagian hadis disebut jubah syamiah (negeri Syam)- yang sempit kedua tangan bajunya” (Riwayat al-Bukhari, Muslim al-Tirmizi, al-Nasai dan lain-lain). Padahal masyarakat Rom ketika itu adalah Kristian. Demikian juga negara-negara lain pada masa tersebut, belum lagi menganut Islam, tetapi Nabi s.a.w memakai pakaian mereka. Ini kerana pakaian itu bukan pakaian khusus agama.
Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.a (meninggal 728H):
“Rasululah s.a.w itu pernah memakai gamis (baju labuh) dan serban, baginda pernah memakai kain sarung dan ridak (baju separuh yang dipakai bersama kain sarung), baginda pernah memakai jubah dan farajiah (baju besar dan panjang kedua tangannya). Baginda pernah memakai pakaian dari jenis kapas, bulu dan selainnya. Baginda pernah memakai jubah bulu ketika bermusafir. Baginda juga memakai apa yang dibawa dari Yaman dan selainnya. Kebanyakannya dibuat dari kapas. Mereka (pada zaman tersebut) juga memakai buatan Qibti Mesir yang ditenun dari kattan. Maka, bererti sunnah Rasulullah s.a.w dalam hal ini adalah seseorang memakai pakaian dan memakan makanan yang mudah didapati dalam negerinya. Maka perkara ini berbagai-bagai, berdasarkan kepelbagaian negeri” (Ibn Taimiyyah, Majmu’ah al-Fatawa, 11/541, Riyadh: Maktab al-Abikan).
8. Meniru perkara yang baik dan bermanfaat, sekalipun ia berasal dari bukan muslim adalah tidak salah. Apatahlagi jika perkara itu diterima oleh masyarakat awam sebagai sesuatu yang baik dan bermanfaat. Daripada Anas bin Malik, katanya:
“Apabila Nabi s.a.w ingin menulis surat Rum. Lalu diberitahu kepadanya bahawa mereka itu tidak membaca surat yang tidak mempunyai cop. Lalu baginda membuat cop daripada perak. Kata Anas: seakan aku masih melihat kilauan cop berkenaan di tangan Nabi s.a.w. berukir Muhammad RasululLah”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hadis ini jelas menunjukkan baginda Nabi s.a.w meraikan dan menerima pakai kebiasaan sesuatu kaum selagi ia tidak menyanggahi prinsip Islam.
9. Berdasarkan hadis “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka” maka muslim dilarang untuk meniru gaya atau kelakuan atau pakaian yang khusus dikenali dengan unsur jahat yang boleh menimbulkan salah sangka orang ramai terhadap orang yang menyerupai tersebut. Kata al-Imam al-Munawi:
“Jika puak fasik atau kaki berfoya mengkhususkan sesuatu pakaian, maka dilarang untuk seseorang memakainya kerana mungkin boleh menyebabkan orang yang tidak tahu berburuk sangka bahawa dia dalam kalangan mereka (fasik dan kaki berfoya), lalu berdosa yang berburuk sangka dan juga yang disangka buruk disebabkan dia punca sangkaan tersebut” (al-Munawi, Faidh al-Qadir, 6/135. Beirut: Dar al-Kurub al-‘Ilmiyyah).
Maka, perbuatan anak-anak muda atau selain yang meniru pakaian atau gaya artis atau kumpulan yang dianggap serong oleh masyarakat itu menyumbang kepada dosa.
10. Manusia ini cenderung menyerupai pihak yang mereka suka atau sayangi. Orang baik cenderung meniru cara orang yang baik. Demikianlah sebaliknya. Kecenderungan kita untuk meniru gaya atau gaya sesuatu pihak, memberi gambaran tentang apa yang tersirat dalam jiwa kita.
11. Kesimpulannya; kita dilarang meniru atau menyerupai apa yang khusus untuk agama lain, atau apa yang khusus untuk sesuatu puak atau kumpulan yang mempunyai nilai yang negatif dan buruk. Kita boleh menyerupai apa yang tidak khusus untuk agama tertentu atau tidak memberi imej yang buruk. Demikian meniru apa yang baik adalah digalakkan sekalipun dari bukan muslim.

Sumber: Dr Maza

Selasa, April 19, 2011

DI antara sifat sifat orang munafiq ialah ia menolak untuk berkawan dengan orang Mukmin tetapi memilih untuk berkawan rapat dengan orang kafir






Maksud Hadis Nabi SAW: " Segeralah kamu dengan amalan amalan soleh, fitnah akan berlaku saperti sepotong malam yang kelam, pagi seorang lelaki (perempuan) itu menjadi mukmin  dan petangnya menjadi kafir, petangnya menjadi mukmin dan paginya menjadi kafir, dia menjual agamanya dengan mata benda dari dunia".( HR Muslim)

Rasulullah SAW mengingatkan umat bahawa terdapat ramai umat Islam yang bertukar tukar di antara iman dan kufur dalam masa satu hari.Siang beriman malam bertukar menjadi kufur.Malam beriman tetapi siang pula bertukar menjadi kufur.Ini berlaku kerana mereka sanggup menukar Islam itu dengan kepentingan dunia saperti kepentingan politik, kuasa, pangkat, jawatan, harta benda dan sebagainya.Ramai orang yang tidak sedar kerana adakala kemunafiqan, kemurtadan dan kekafiran berlaku tanpa melahirkan tanda jelas.Minta Allah lindung kita dari perkara tersebut.

Keadaan dan suasana umat Islam hari ini sangat membimbangkan kerana telah berlaku apa yang di cerita dalam Hadis tersebut.Umat Islam bertukar menjadi munafiq atau kafir hanya dengan sekelip mata.Bahkan ini berlaku bukan sahaja kepada individu individu (orang awam),  berlaku juga kepada negara,harakah,ulama dan pejuang pejuang Islam.Samada di sedari atau tanpa sedar.Individu, harakah atau negara yang mengaku Islam tetapi berpegang dan mengamalkan sistem sistem sekular dan tahgut dalam perjuangan dan pentadbiran nya itu lah Munafiq.

Mereka yang mengaku Islam tetapi menolak untuk berkawan dengan orang mukmin sebalik nya berpaling dan berkawan rapat dengan orang kafir juga adalah munafiq saperti yang difirmankan Allah yang bermaksud:

"Sampaikanlah khabar berita kepada orang munafiq bahawa:sesungguhnya disediakan untuk mereka azab yang pedih.Yaitu orang yang mengambil orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang yang mukmin.Tidaklah patut mereka (orang munafiq) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya adalah milik Allah (yang diberikan kepada sesiapa yang di kehendaki Nya).Dan sesungguhnya Allah telah pun menurunkan kepada kamu (perintah Nya) di dalam kitab (al Quran), yaitu: apabila kamu mendengar ayat ayat keterangan Allah di ingkari dan di ejek ejek (oleh kaum kafir ), maka janganlah kamu duduk bersama mereka, sehingga mereka memperkatakan soal lain.Kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian) tentu lah kamu serupa dengan mereka.Sesungguhnya Allah akan menghimpun sekalian orang munafiq dan orang kafir di dalam neraka Jahanam". (al Quran Surah al Nisa ayat 138 -140)

Wallahu'alam.

Jumaat, April 15, 2011

Gerakan Muslimin perlu berhati hati apabila berkerjasama dengan gerakan non muslim

"Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (saperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai).Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu.Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi.Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).
"Awaslah! Kamu sahaja yang suka dan percayakan mereka, sedangkan mereka tidak suka kepada kamu.Kamu juga beriman kepada segala Ktab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al Quran).Apabila mereka bertemu dengan kamu, mereka berkata,"Kami beriman", tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka mengigit hujung jari kerana geram bercampur marah (kepada kamu).Katakanlah (wahai Muhammad) : Marilah kamu kerana kemarahan kamu itu.Sesungguhnya Allah mengetahui tiap tiap isi hati.Jika kamu memperolihi kebaikan nescaya mereka bersedih hati (dendam).Tetapi jika kamu mendapat bencana  bersabar dan bertaqwa nescaya tipudaya mereka sedikitpun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu.Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan".

[Al Quran Surah Ali Imran ayat 118-120]


“Awaslah! Kamu sahaja yang suka dan percayakan mereka (orang musyrikin) sedangkan mereka tidak suka kepada kamu - "Maksud Al Quran"


PERNAH terjadi dalam sejarah umat Islam berkerjasama tetapi di tipu dan di rugikan oleh kaum musyrik dan munafiq .Walhal sebelum itu puak Muslim sudah pernah lihat dan dengar tentang kejahatan (anti Islam) gerakan non Muslim diwaktu belum  mereka berkawan dengan mereka lagi.

Terkini kita lihat bagaimana Hosni Mubarak, Mesir, di permainkan oleh kawannya Amerika.Dia berkerjasama dengan Amerika sanggup membelakangkan  OIC,  rakan rakan negara Islam lain dan rakyatnya sendiri  untuk melindungi Israel.Kesudahannya  dunia Islam dapat melihat apa sudah jadi kepada nya.Kebanggaan dan kesombongnya kerana dapat berkawan baik dengan Amerika musnah apabila di tikam dari belakang  oleh si musyrik laknat tu.Kenapa kawan tidak membantu kawan? Ini lah sifat orang musyrik yang jiwa mereka sampai bila bila tidak akan berkompromi dengan Islam!

Sejarah juga telah memaparkan bagaimana seorang Wazir Kerajaan Bani Abbas pada zaman Khalifah Al-Muktasim berkerjasama dengan bangsa Tartar kerana bencikan khalifahnya sendiri.Atas kerjasama itu Wazir tersebut telah membuka rahsia rahsia kelemahan kerajaan nya sendiri kepada bangsa Tartar.

Sejarah Nusantara sendiri juga ada memaparkan bagaimana di Indonesia ada gerakan Muslim sudi bekerjasama dengan gerakan komunis kerana bencinya kepada pemerintah (orang Islam) dan mahu berebut kuasa dari mereka.Tetapi akhirnya gerakan mereka (bersama gerakan komunis) tumpas di ganyang oleh rakyat .

Di Malaysia sedang berlaku kerjasama seumpama ini.Satu gerakan Muslim (Umno) berkerjasama dengan gerakan non Muslim (MCA,MIC,Gerakan dan lain lain) atas matlamat mahu mempertahankan kuasa yang ada.Dan lagi satu gerakan Muslim (PAS) berkerjasama dengan gerakan non Muslim yang lain (DAP dan PKR) atas matlamat  mahu jatuhkan Umno agar dapat kuasa untuk memerintah negara.Kita lihat mereka bersekutu dengan menagih bantuan dari gerakan non muslim atas matlamat yang sama, yaitu, untuk menjatuhkan di antara satu sama lain.Bererti gerakan muslim yang satu mahu bunuh gerakan muslim yang lagi satu.Siapa yang akan untung akhirnya nanti? Anda kena tanya hati anda.

 Di pihak PAS awal awal lagi kita dapati perjanjian kerjasama PAS-DAP-PKR tidak memihak kepada Islam kerana dalam perjanjian tersebut termaktub persefahaman bahawa jika PAS mahu bersama dengan PR, matlamat pembentukan dan melaksanakan hukum syariat ( hudud) dan Negara Islam mesti di gugurkan. 

Apa bila di tanya kepada mereka mengapa tagihkan kerjasama dengan gerakan non Muslim? Mengapa tidak berjuang secara solo saperti dulu.Kata mereka ini strategi politik.Mereka memberi alasan bahawa Rasulullah sendiri pernah berkerjasama dengan kaum musyrikin di Makkah dan Madinah.Untuk menunjukkan tindakkan mereka  itu betul mereka turunkan fakta fakta sejarah Rasul.Tetapi mereka hanya tunjukkan fakta fakta yang berpihak kepada tindakkan mereka sahaja.Mereka menyembunyikan beberapa fakta fakta yang mengkisahkan bahawa Rasulullah SAW dan kaum Muslimin di Madinah (dalam berkerjasama) pernah di tipu oleh musyrikin laknatullah? Sebagai contoh.Walaupun kerjasama Islam/Yahudi di ikat dengan Dustar al Madina atau Perjanjian Madinah atau Piagam Madinah, namun Rasullullah telah di permainkan oleh puak Yahudi.Kaum Muslim yang jujur dengan perjanjian itu sebaliknya di perkotak katik kan.Ada kisah menceritakan bahawa oleh kerana kesempitan ekonomi umat Islam ketika itu, Rasulullah terpaksa meminjam wang dari kaum Yahudi.Tetapi setelah memberi pinjaman mereka mendesak Rasulullah supaya membayar sebelum cukup tempoh untuk membayarnya.Tersebut di dalam Hadis yang di riwayatkan oleh Anas, bahawasanya Rasulullah pernah menyuruh sahabat menghantar daging kambing yang di sembelihnya kepada jiran jirannya orang Yahudi.Rasulullah ingin menunjukkan betapa bertoleransi nya umat Islam terhadap penganut Yahudi dan Nasrani .Tetapi sikap yang baik ini mereka balas dengan cara jahat.Mereka memendam hasad dan dengki terhadap kemajuan umat Islam.Rupa rupanya  mereka tikam dari belakang, dengan senyap senyap memberi bantuan kepada musuh Islam memerangi Rasulullah SAW.Jelas ini sifat kaum musyrikin yang memang tidak boleh di percayai!

Merujuk kepada Kitab Tafsir Al Azhar oleh Prof Dr Hamka tentang ayat 118 hingga 120 Surah Ali Imran,  kesimpulannya adalah besar  bahaya dan tinggi risiko bagi umat Islam berkawan  rapat dengan kaum musyrikin apabila ianya melibatkan agama.Dalam surah ini Allah mengingatkan orang mukmin menggunakan akal supaya dapat menilai siapa kawan dan siapa lawan.Dan Allah berpesan lagi bahawa orang mukmin itu jujur tetapi jangan di biarkan golongan munafiq dan musyrikin mengambil kesempatan atas kejujuran ini untuk mereka memasukkan jarum.

DOA UNTUK PEJUANG AGAMA

Ya Allah! ya Tuhan kami,
Tolonglah tentera tentera Muslimin dan askar askar yang mengesakan Mu
dan binasakan orang orang kafir dan orang orang degil dan pembawa pembawa bidaah
dan orang orang yang menyengutukan Mu
dan hancurkan lah musuh musuh mu, musuh musuh agama Islam dan tolonglah kami terhadap mereka wahai Tuhan sekalian alam.

Ya Allah Ya Tuhan kami,
Pecahkanlah kumpulan mereka dan turunkan siksa yang pedih keatas mereka dengan kekuasaan Mu, i

Ya Allah ya Tuhan kami,
Tolonglah kami mengatasi kaum kafir
Ya Allah, ampunkanlah kami dari dosa dosa kami dan matikan kami sebagai orang Islam.

Amiin!!!
  


Wallahu'alam.




Selasa, April 12, 2011

Apabila sekutu Israel di jatuhkan Allah


MESIR dikenali bukan karena piramidnya. Ini karena bangunan yang menakjubkan, bukan saja wujud di Mesir tetapi juga di Indonesia dengan Candi Borobudurnya, di China dengan Tembok Besar, Patung Zues di Olimpia, Yunani dan banyak lagi bangunan-bangunan lain di seluruh dunia. Bukanlah kemuliaan dan kehebatan Mesir dengan adanya bangunan piramidnya, tapi  lebih merupakan simbol  kezaliman penguasa terdahulu.


Go to fullsize image
Kehebatan  Mesir sebenarnya ialah kerana Universiti al-Azhar yang diasaskan pada tahun 970M. Bumi anbiya’ yang dipilih Allah SWT untuk menjadi tuan rumah universiti tertua di dunia ini telah melahirkan generasi ulama terbilang yang bertebaran menyebarkan ilmu ke seluruh dunia. Atas kemuliaan ini, pemimpin Mesir sewajarnya terdiri daripada mereka yang mempunyai komitmen dengan Islam.

Sayangnya, Mesir hari ini ditadbir oleh rejim diktator yang sedikit pun tidak mencerminkan kemuliaan Universiti al-Azhar. Lihatlah bagaimana Sayyid Qutb telah dibunuh dengan kejam hanya kerana menulis kitab Maalim fit Tariq dan tafsir Fil Zilalul-Quran. Sekalipun dibunuh atas tuduhan memberontak, beliau tetap dipuji oleh ulama-ulama kemudian seperti Syeikh Mutawalli Sya’rawi dan Dr. Zaghloul Najjar. Kedua-dua ulama ini setiap kali menyebut nama Sayyid Qutb pasti akan diikuti dengan rahimahullah rahmatan wasiatan (semoga Allah merahmatinya dengan rahmat yang luas).


Go to fullsize imageKezaliman rejim Hosni Mubarak di Mesir terbukti dengan kemenangan besarnya yang dicemari dengan penyelewengan besar-besaran setiap kali diadakan pilihanraya. Kemenangannya yang mencapai 99% merupakan hasil demokrasi tempang dan cacat. Di dalam masa yang sama, rezim inilah yang menangkap ribuan pimpinan Ikhwanul Muslimin untuk menghalang mereka bertanding di dalam pilihanraya (Pemilu). Jika benar Hosni Mubarak menang besar di dalam pilihanraya dengan sokongan rakyat, dari mana datangnya pengunjukrasa yang berjumlah ratusan ribu kemarin?

Rezim inilah juga yang mengulurkan tangan persahabatan dengan Israel pada saat Israel dikutuk di seluruh dunia kerana menzalimi rakyat Palestina. Mereka menidakkan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa al-Azhar pada 18 Jamadil Awwal 1375H bersamaan 2 Januari 1956M yang mengharamkan segala bentuk kerjasama dengan negara haram Israel. Di antara mereka yang ikut sidang pada hari itu ialah Syeikh Isa Manun, Dekan Fakulti Syariah dari Mazhab Syafi'i, Syeikh Mahmoud Shaltout, dari Mazhab Hanafi, Sheikh Mohamed Thaneikhi, Pengarah Badan Dakwah dan Bimbingan Keagamaan, dari mazhab Maliki, Syeikh Muhammad Abdul Lathif As-Subki, Pengarah Penyelidikan Universiti Al-Azhar dari mazhab Hanbali dan Syeikh Zakaria Al-Birri, Bahagian Jawatankuasa Fatwa.

Go to fullsize image
Sesungguhnya tangan Hosni Mubarak ialah tangan berlumuran dengan darah rakyat Palestina. Kekuasaannya tegak di atas susunan tulang tulang para ulama yang dikorbankan demi untuk memenuhi tuntutan hawa nafsunya. Hari ini, tindakan paling tidak demokratik telah dilaksanakan dengan menutup semua akses internet dan jaringan telefon semata-mata untuk membendung kebangkitan rakyat. 

[Penulis adalah  TG Nik Abdul Aziz Nik Mat - Menteri Besar  Kelantan, Malaysia ]

Isnin, April 11, 2011

Komplot Menghancurkan Khilafah Uthmaniah - Bentuk Kejahatan yang mengerikan Umat Islam



Lebih kurang 87 tahun (hijriyyah) yang lalu, iaitu pada 28 Rajab 1342H (3 Mac 1924), sebuah bencana besar menimpa kaum Muslimin, dan suatu kejahatan yang mengerikan telah menimpa generasi-generasi setelahnya. Suatu kejahatan yang layak disebut sebagai penghulu bagi segala bentuk kejahatan. Kejahatan itu adalah usaha penghancuran Khilafah Islam serta penyingkiran Kitab Allah Subhanahu wa Ta’ala dan Sunnah Rasul-Nya Sallallahu ‘alaihi wa Sallam dalam aspek pemerintahan sekali gus sebagai sumber utama rujukan bagi umat Islam.


 Akibatnya, kaum Muslimin memperoleh kemurkaan Allah dari langit dan bumi, kerana mereka telah menggantikan syariat Allah Subhanahu wa Ta’ala di dunia ini dengan hukum yang lain. Kaum Muslimin pun terjerat dalam berbagai perselisihan, lebih suka berdebat daripada bertindak, kebanggaan dan martabat mereka telah lenyap dan masalah-masalah di antara mereka semakin membesar. Mereka justeru menyerahkan urusan-urusan mereka kepada musuh-musuh Islam yang akhirnya merampas apa saja (kekayaan) yang umat ini miliki.


Kita telah mengetahui bahawa beberapa kelompok kaum Muslimin telah turut serta dalam usaha jahat ini, malah masih ramai lagi kaum Muslimin yang tetap berdiam diri, menerima (redha) bahkan menurutinya tanpa sedar mahupun sebaliknya.


Akibat kemurkaan-Nya di dunia, bukti-buktinya dapat dirasakan dan hasil-hasilnya tidak mampu kita hindari, yakni dominasi kaum kuffar Barat ke atas kaum Muslimin, terpecah-belahnya negeri-negeri kita serta dirampasnya harta kekayaan kita. Lebih dari itu, ramai di kalangan kita yang dibunuh, diusir, atau diseksa. Murka dari langit ke bumi telah menimpa kita hingga musuh-musuh kita telah membebankan kita dengan hukuman-hukuman yang paling buruk lagi menyeksakan dengan pelbagai jenis seksaan yang paling keji. Semua itu masih terus berlanjutan hingga kini.


 Dalam pada itu, perselisihan di antara umat ini semakin membesar. Berbagai bentuk konflik terjadi di antara mereka. Hancurnya negara Khilafah telah mengakibatkan terhentinya pengaturan umat berdasarkan sistem dan hukum Islam serta terkuburnya segala tindakan yang sesuai dengan al-Quran dan Sunnah. Ini adalah pelanggaran yang nyata terhadap apa yang Allah Subhanahu wa Ta’ala firmankan:



“Hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka, dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu.” [TMQ al-Maidah (5):49]


Tidak menerapkan hukum Allah - ini sahaja sudah cukup untuk menjadikan Allah ‘Azza wa Jalla murka. Para malaikat pemberi seksa bersiap sedia untuk menarik orang-orang yang menerapkan hukum kufur untuk dihumban ke dalam neraka Jahanam yang telah siap sedia menyambut kedatangan mereka. Na‘udzubillâhi min dzâlik.Ibu kepada segala kejahatan ini telah membuka lebar pintu-pintu bagi orang kafir mahupun kaum munafik untuk sama-sama melakukan segala bentuk kejahatan. 


Di antara kejahatan besar yang dilakukan sebagai akibat dari induk segala kejahatan ini, antara lain adalah:

  • Melabelkan kaum Muslimin yang ikhlas, yang berusaha untuk mengembalikan kehidupan Islam dengan menegakkan kembali negara Khilafah sebagai sebuah kelompok jahat, radikal, ekstremis, teroris dan sebagainya, yang berhak mendapatkan hukuman paling berat dari negara. 

  • Eksploitasi pasukan polis yang dilibatkan dan diarahkan bekerja dalam bidang perisikan siang dan malam, demi melindungi rejim penguasa di negeri-negeri kaum Muslimin, memelihara sistem kufur yang diterapkan ke atas umat serta untuk memata-matai (mengintip) setiap tidak-tanduk kaum Muslimin dalam urusan sehari-hari, khususnya ke atas gerakan yang ingin mengembalikan semula Khilafah. 
  • Menenggelamkan kaum Muslimin dengan beraktiviti di dalam permasalahan-permasalahan hidup yang dangkal; menyibukkan mereka dengan usaha-usaha yang bersifat timbal-sulam (islahi) ke atas Islam mengikut selera penguasa, serta menghabiskan masa, tenaga dan wang umat Islam untuk aktiviti ibadah semata-mata.
  •  Mengikat urusan politik umat Islam dengan peraturan antarabangsa; menundukkan umat Islam pada kekuasaan kafir serta keputusan-keputusan PBB dan Dewan Keamanan; dan mencurahkan taat setia sepenuhnya kepada organisasi kufur ini, berbanding syariat Allah Subhanahu wa Ta’ala.
  •  Menerapkan dan mempertahankan habis-habisan sistem ekonomi Kapitalis ke atas kaum Muslimin yang jelas lagi nyata bertunjangkan pada sistem ribawi. 
  • Menjalankan sistem pendidikan sesuai dengan sistem pendidikan sekular yang menghancurkan mentaliti dan aqidah anak-anak kaum Muslimin, yang pada akhirnya akan mengarah pada kesempurnaan hancurnya keperibadian (syakhsiyyah) Islam mereka.
  •  Mengambil-alih mimbar-mimbar masjid dan pusat-pusat pendidikan serta mencegah kalimah yang hak dari dikumandangkan di masjid-masjid dan pusat-pusat pengajian, demi memenuhi keinginan nafsu serakah para penguasa sekular. 
  • Menempatkan Islam sama taraf dengan agama-agama lain dalam rangka persatuan antara agama-agama atau dialog antar agama, walhal perbezaan di antara Islam dan agama-agama lain teramat jelas, kerana Islamlah satu-satunya agama yang benar dan wajib ke atas semua manusia, manakala agama selainNya adalah sesat lagi kufur. 
  • Memecahbelahkan tanah-tanah kaum Muslimin kepada ceraian-ceraian kecil, yang mereka sebut dengan Negara Bangsa (nation state), mempropagandakan seruan-seruan kufur nasionalisme, kemudian membiarkan pemisahan wilayah-wilayah Islam dari induknya (yakni Khilafah).
 Di samping itu, tunduknya penguasa-penguasa Muslim terhadap Amerika dengan penuh ketaatan adalah sebuah kejahatan politik. Apakah Zat Yang menciptakan mereka dan menciptakan Amerika tidak lebih berhak untuk ditaati dan lebih berhak disembah? Berdiam dirinya kebanyakan kaum Muslimin dan para penguasa mereka terhadap pendudukan tanah-tanah mereka, pembantaian yang terus-menerus terhadap anak-anak dan saudara-saudara mereka oleh negara-negara kafir, serta pelanggaran terhadap kehormatan dan harga diri mereka adalah kejahatan yang menjijikkan.


 Hanya makhluk tercela, para perancang, dan mereka yang tidak mempunyai kehormatan terhadap diri mereka sendiri atau keluarga-keluarga merekalah yang layak melakukan hal seperti itu. Usaha-usaha dari intelektual Muslimin ‘modernis’ untuk mencipta metode-metode baru dalam hukum Islam (fiqh) yang sangat asing, seperti fiqh al-waqi’, fiqh al-muwazanah, dan fiqh al-maslahah dan yang lainnya sebenarnya adalah usaha pemalsuan terhadap agama dan sebuah kedustaan terhadap hukum Islam.


Sementara itu, orang-orang kafir dan sekutunya terus berusaha keras untuk memesongkan gambaran positif tentang negara Khilafah dari dalam benak kita. Itu ditunjukkan dengan pendustaan terhadap keterikatan Khilafah Utsmaniyyah pada sistem Islam dan mendedahkan kesalahan-kesalahan mereka. 


Pada waktu yang sama, orang-orang kafir turut mempromosikan kapitalisme, sekularisme, liberalisme dan pluralisme sebagai alternatif. Akibatnya, generasi kaum Muslimin saat ini mencintai kapitalisme dan seluruh fahaman (doktrin) yang menjadi terasnya kepada nasionalisme, sukuisme dan yang lainnya sekali gus membenci dan takut dengan penyebutan negara Khilafah (atau negara Islam).


Di atas semua kejahatan itu, kelibat kebangkitan sebahagian kaum Muslimin mulai tampak, seruan dan gerakan mereka juga telah terkesan. Mereka terus diamati secara teliti dan menjadi pusat perhatian musuh yang selalu memerhati dan melawan setiap perkembangan baru dari usaha-usaha mereka. Hal yang penting yang dipropagandakan musuh ke atas mereka adalah, ini golongan kaum Muslimin yang ingin menegakkan kembali Islam ini adalah golongan yang berbahaya! 


Pintu-pintu mahkamah zalim dan penjara-penjara mereka sentiasa terbuka sepanjang tahun untuk kita pejuang-pejuang Islam. Mereka terus menghalang dan mereka-reka kes-kes baru terhadap kita. Mereka memperlakukan kita sebagai penjenayah (terroris) serta berbuat jahat atas segala aktiviti keislaman yang kita lakukan. Perburuan mereka terhadap kelompok-kelompok Islam yang ikhlas dilakukan secara terus-menerus tanpa mengenal belas kasihan.


Di sisi lain mereka mengerahkan dana dan usaha untuk menyesatkan kaum Muslimin dengan ajaran-ajaran Islam yang ditafsirkan sesuai dengan kepentingan mereka. Pusat-pusat pendidikan Islam dengan cara mereka didirikan satu per satu. Pertemuan-pertemuan para menteri dalam negeri di negara-negara yang saat ini berkuasa di dunia Islam belum pernah berhenti. Mereka terus bertukar maklumat dan usul memantau aktiviti para pengembang dakwah Islam. 


Anehnya, rencana-rencana ini tidak mempengaruhi perbezaan politik mereka, yang biasanya pertemuan-pertemuan sebegini menemui jalan buntu.Tujuan utama semua itu adalah untuk mencabut setiap usaha ikhlas yang dilakukan kaum Muslimin untuk mengembalikan kemuliaan mereka seperti dahulu dan mengulangi sejarah keagungan mereka. 


Kebencian dan permusuhan mereka terhadap para pengembang dakwah Islam itu sangat jelas dan dapat disaksikan di hampir seluruh negeri-negeri umat Islam seperti di Lebanon, Uzbekistan, Turki, Mesir, Algeria, Syria, Jordan, Palestin, Iraq, Yaman, Pakistan, dan beberapa negeri umat Islam yang lainnya, termasuk Malaysia. Bahkan dalam hal ini, dapat dikatakan upaya untuk melawan usaha aktivis Islam (yang ikhlas dan sungguh-sungguh untuk mengembalikan kehidupan Islam melalui penegakan semula Daulah Khilafah), semakin meluas ke seluruh dunia melalui propaganda ‘perangan melawan terorisme’ (War On Terror) yang diciptakan oleh Amerika, selaku tuan kepada penguasa-penguasa Muslim pengkhianat yang ada sekarang.


Setelah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam mendirikan negara Islam pertama di Madinah al-Munawwarah, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam dan generasi kaum Muslimin setelahnya yang mengikuti jejaknya mendapatkan keredhaan dan kecintaan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Keagungan kemudian ditetapkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala kaum muslimin di atas dunia; berbagai negeri ditaklukkan untuk mereka; keadilan tersebar luas; dan penindasan menjadi sesuatu yang terbatas. Banyak para pemimpin yang menerima seruan mereka. Siapa saja yang beriman, Allah Subhanahu wa Ta’ala memuliakannya; siapa saja yang kafir, Allah Subhanahu wa Ta’ala menghinakannya. Para malaikat perang menghunuskan pedang-pedang mereka dan berperang berdampingan dengan barisan mujahidin kaum Muslimin, hingga kemenangan hakiki menjadi kenyataan. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:


“Kami melakukan pembalasan terhadap orang-orang yang berdosa. Kami selalu berkewajiban menolong orang-orang yang beriman.” [TMQ Ar-Rum (30): 47]


Inilah yang sangat kita inginkan hari ini sehingga kita berusaha secara sungguh-sungguh untuk mengulanginya lagi. Apakah nilai kehidupan kita sekarang yang berada di bawah kekuasaan thaghut dan sistem Jahiliyyah ini meningkat? Betapa baguskah keberadaan kita setelah kekuasaan Khilafah dicabut dari kita dan musuh-musuh kita muncul menguasai kita? 


Kita sangat memerlukan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta’ala dan menegakkan kembali kepercayaan-Nya kepada kita setelah syarat-syarat (datangnya pertolongan dan kemenangan) dipenuhi. Dengan pertolongan Allah Subhanahu wa Ta’ala dan kekuatan-Nya, kita harus mewujudkan kembali negara Khilafah berapa pun harga diri dan pengorbanan yang perlu kita bayar untuknya. Sebab, kita ingin agar Allah Subhanahu wa Ta’ala menempatkan kita dalam kebahagiaan dan kemuliaan serta redha-Nya.




[Terjemahan dan suntingan dari artikel oleh Prof. Asim Umayra, Nablus-Palestin]

Ahad, April 10, 2011

Ideologi demokrasi bukan ajaran Islam

  Ideologi (atau fahaman) demokrasi ciptaan barat bukan datang dari langit.Maka dia bukan ajaran Islam.Ulama sepakat mengatakan apa jua ideologi atau fahaman bikinan manusia, termasuk sistem demokrasi  adalah terkeluar dari Islam.Ideologi, selain dari fahaman Islam, boleh menggugat akidah.Sesiapa yang lebih mempercayai ideologi, mengamal, dan membelakangkan "instruction manual" yang di turunkan dari langit - iaitu  wahyu Allah,Al Quran dan Hadis , maka dia terdedah kepada bahaya jatuh murtad.

Di antara ideologi (fahaman) ciptaan manusia selain dari ideologi demokrasi termasuk lah yang kita kenali yaitu komunisme, capitalisme, sosialisme, nasionalisme dan liberisme.Banyak lagi ideologi yang mungkin kita belum pernah dengar saperti darwinisme,artartukisme,maoisme,ghandhisme,saintisme dan macam macam lagi.

Ada pun kita lihat di zaman ini ada jemaah jemaah Islamiah yang terlibat dengan ideologi (fahaman) taghut ini.Samada terlibat dalam pengamalan politik atau pentadbiran atau kedua duanya.Ini bukan bererti ideologi ideologi tersebut sudah di halalkan.Ianya tetap haram Tetapi ulama ulama fiqh zaman ini terutama ulama yang terlibat dengan politik ideologi , telah mengharuskan nya melalui kaedah usul Fiqh."Hukum harus" di putuskan atas dasar "dharurah".

Kerana mereka berpendapat fahaman sistem demokrasi pilihanraya taghut sudah menguasai dunia hari ini dan melanda saperti tsunami yang tidak dapat di bendung.Kalau umat Islam tidak terlibat maka Islam akan hancur di telan tsunami.Bagi saya mereka buat keputusan " if you cannot fight them, you join them" tetapi berpandukan fiqh al Aulawiyyat.

Ulama tauhid, ulama tasauf,ulama pondok di Malaysia dan ulama pesantren di Indonesia rata rata berpendapat umat Islam yang terlibat dalam apa jua ideologi (fahaman) bikinan manusia terdedah kepada bahaya akhirat.Mereka ibarat sedang bermain main di pinggir neraka.Terlalu bahaya.Silap sikit tentu akan jatuh dan terjerumus kedalam api neraka.Ini jelas terbukti apabila kita lihat ramai orang politik beragama Islam,bahkan ulama yang berpolitik sendiri terlibat dengan politik kotor saperti memfitnah, mengaibkan lawan,mengumpat, memaki hamun,konspirasi,memperalatkan agama dan politik menghalalkan cara dan macam macam lagi politik kotor .Ini semua akan menjerumus kepada pelakunya ke dalam apa neraka jahanam.

Kesimpulan nya  dalam bab ini anda bebas buat pilihan nak ikut yang mana satu,kerana terdapat perselisahan pendapat ulama.

TEPUK DADA TANYA ILMU DAN IMAN.

Sabtu, April 09, 2011

Eh Mazhab apa ini?

Time untuk guna telpon bimbit

Jumaat, April 08, 2011

Mengapa tidak ambil terus dari Al Quran dan Sunnah?

Tertarik dengan satu risalah yang saya terima daripada seorang rakan. Risalah tersebut menceritakan sebuah kisah berkenaan pertemuan seorang pemuda yang mengaku bahawa dia adalah pengikut ajaran Salaf dengan seorang Kiyai @ Tuan Guru di sebuah pesantren di Indonesia.

Apa yang menarik tentang kisah ini ialah bagaimana sikap seorang guru ketika memberi didikan kepada seorang yang datang menempelak dan mencemuhnya. Sabar, setia mendengar setiap yang diluahkan dan pelbagai sikap yang baik yang patut diteladani oleh para pendakwah sekarang daripada Kiyai tersebut. Inilah manhaj sebenar Ahlussunnah Wal Jamaah . Tidak melenting malah memberikan peluang kepada mereka untuk berbicara.

Sikap pemuda yang mengaku mengikut ajaran Salaf ini juga patut diteladani dalam satu aspek iaitu mendengar kembali apa yang diterangkan oleh Kiyai tersebut dan mengakui bahawa dirinya ada melakukan kesalahan. Berbeza dengan sikap pemuda-pemuda sekarang yang mengaku bahawa mereka adalah pengikut ajaran Salaf , yang langsung tidak mahu menerima pandangan orang lain malah  menuduh bahawa para ulama sekarang banyak membawa Bid’ah dan sebagainya. 

Benarlah kata para ulama  :

  
Di sini saya akan mengolah semula cerita tersebut sebagai panduan kepada kita semua. Kisahnya begini :

Suatu hari, datang seorang pemuda ke sebuah Pesantren di Indonesia bertujuan untuk bertemu dengan Kiyai di Pesantren tersebut. Maka berlakulah dialog di antara pemuda dan Kiyai di ruang tamu rumah Kiyai itu.

Pak Kiyai : Silalah duduk anak muda, siapa namamu dan dari mana asalmu?

Pemuda : Terima kasih Pak Kiyai. Nama saya Abdullah dan saya berasal dari Kampung Seberang.

Pak Kiyai : Jauh kamu bertandang ke sini, sudah tentu kamu punya hajat yang sangat besar. Apa hajatnya mana tahu mungkin saya boleh menolongmu?

Pemuda tersebut diam sebentar sambil menarik nafasnya dalam-dalam.

Pemuda : Begini Pak Kiyai, saya datang ke sini, bertujuan ingin berbincang beberapa permasalahan dengan Pak Kiyai. Pendeknya, permasalahan umat Islam sekarang. Saya ingin bertanya, mengapa Kiyai-Kiyai di kebanyakan pesantren di Indonesia, dan Tuan-Tuan Guru di Malaysia serta Pattani dan Asia umumnya sering kali mengajar murid-murid mereka dengan lebih suka mengambil kalam-kalam atau pandangan para ulama? Seringkali saya mendengar mereka akan menyebut : “ Kata al-Imam al-Syafiee, kata al-Imam Ibn Ato’illah al-Sakandari, Kata al-Imam Syaikhul Islam Zakaria al-Ansori dan lain-lain”

Mengapa tidak terus mengambil daripada al-Quran dan al-Sunnah ? Bukankah lebih enak kalau kita mendengar seseorang tersebut menyebutkan “ Firman Allah taala di dalam al-Quran, Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam di dalam hadis itu dan ini?”

Ulama-ulama itu juga punya kesalahan dan kekurangan. Maka mereka juga tidak lari daripada melakukan kesilapan. Maka sebaiknya kita mengambil terus daripada kalam al-Ma’sum iaitu al-Quran dan al-Sunnah.
Pak Kiyai mendengar segala hujah yang disampaikan oleh pemuda tersebut dengan penuh perhatian. Sedikitpun beliau tidak mencelah malah memberikan peluang bagi pemuda tersebut berbicara sepuas-puasnya. Sambil senyuman terukir di bibir Pak Kiyai, beliau bertanya kepada pemuda tersebut,

Pak Kiyai : Masih ada lagi apa yang ingin kamu persoalkan wahai Abdullah?

Pemuda : Setakat ini, itu sahaja yang ingin saya sampaikan Pak Kiyai.

Pak Kiyai : Sebelum berbicara lebih lanjut, eloknya kita minum dahulu ya. Tiga perkara yang sepatutnya disegerakan iaitu hidangan kepada tetamu , wanita yang dilamar oleh orang yang baik maka disegerakan perkahwinan mereka dan yang ketiga si mati maka perlu disegerakan urusan pengkebumiannya. Betul kan Abdullah?

Pemuda : Benar sekali Pak Kiyai .

Pak Kiyai lalu memanggil isterinya bagi menyediakan minuman pada mereka berdua. Maka beberapa detik selepas itu minuman pun sampai di hadapan mereka.

Pak Kiyai : Silakan minum Abdullah.

Sebaik dipelawa oleh Pak Kiyai, maka Abdullah pun terus mengambil bekas air tersebut lalu menuangkan perlahan-lahan ke dalam cawan yang tersedia.

Pak Kiyai terus bertanya : Abdullah, kenapa kamu tidak terus minum daripada bekasnya sahaja? Kenapa perlu dituang di dalam cawan?

Pemuda : Pak Kiyai, mana bisa saya minum terus daripada bekasnya. Bekasnya besar sekali. Maka saya tuang ke dalam cawan agar memudahkan saya meminumnya.

Pak Kiyai : Abdullah, itulah jawapan terhadap apa yang kamu persoalkan sebentar tadi. Mengapa kami tidak mengambil terus daripada al-Quran dan al-Sunnah? Ianya terlalu besar untuk kami terus minum daripadanya. Maka kami mengambil daripada apa yang telah dituang di dalam cawan para ulama. Maka ini memudahkan bagi kami untuk mengambil dan memanfaatkannya.

Benar kamu katakan bahawa mengapa tidak terus mengambil daripada al-Quran dan al-Sunnah. Cuma persoalan kembali ingin saya lontarkan kepada kamu. Adakah kamu ingin mengatakan bahawa al-Imam al-Syafie dan para ulama yang kamu sebutkan tadi mengambil hukum selain daripada al-Quran dan al-sunnah? Adakah mereka mengambil daripada kitab Talmud atau Bible?

Pemuda : Sudah tentu mereka juga mengambil daripada al-Quran dan al-Sunnah.

Pak Kiyai : Kalau begitu, maka sumber pengambilan kita juga adalah daripada al-Quran dan al-Sunnah cuma dengan kefahaman daripada para ulama.

Pak Kiyai : Satu lagi gambaran yang ingin saya terangkan kepada kamu. Saya dan kamu membaca al-Quran, al-Imam al-Syafie juga membaca al-Quran bukan?

Pemuda : Sudah tentu Pak Kiyai.

Pak Kiyai : Baik, Kalau kita membaca sudah tentu kita ada memahami ayat-ayat di dalam al-Quran tersebut bukan? Al-Imam al-Syafie juga memahami ayat yang kita bacakan. Maka persoalannya , pemahaman siapa yang ingin didahulukan? Pemahaman saya dan kamu atau pemahaman al-Imam al-Syafie terhadap ayat tersebut?

Pemuda : Sudah tentu pemahaman al-Imam al-Syafie kerana beliau lebih memahami bahasa berbanding orang zaman sekarang.

Pak Kiyai : Nah, sekarang saya rasa kamu sudah jelas bukan? Hakikatnya kita semua mengambil daripada sumber yang satu iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Tiada seorang pun yang mengambil selain daripada keduanya. Cuma bezanya, kita mengambil daripada pemahaman terhadap al-Quran dan al-Sunnah tersebut daripada siapa? Sudah tentu kita akan mengambil daripada orang yang lebih dalam ilmu dan penaakulannya. Ini kerana mereka lebih wara’ dan berjaga-jaga ketika mengeluarkan ilmu.

Kamu tahu Abdullah, al-Imam al-Syafie radhiyallahu anhu pernah ditanya oleh seseorang ketikamana beliau sedang menaiki keldai , berapakah kaki keldai yang Imam tunggangi?

Maka al-Imam al-Syafie turun daripada keldai tersebut dan mengira kaki keldai tersebut. Selesai mengira kaki keldai berkenaan, barulah al-Imam menjawab : “ Kaki keldai yang aku tunggangi ada empat”. Orang yang bertanya tersebut merasa hairan lalu berkata “ Wahai Imam , bukankah kaki keldai itu sememangnya empat, mengapa engkau tidak terus menjawabnya?” al-Imam al-Syafiee menjawab : “ Aku bimbang, jika aku menjawabnya tanpa melihat terlebih dahulu, tiba-tiba Allah taala hilangkan salah satu daripada kakinya maka aku sudah dikira tidak amanah di dalam memberikan jawapan”

Cuba kamu perhatikan Abdullah, betapa wara’nya al-Imam al-Syafie ketika menjawab persoalan berkaitan dunia. Apatah lagi kalau berkaitan dengan agamanya?

Al-Imam Malik radhiyallahu anhu pernah didatangi oleh seorang pemuda di dalam majlisnya di Madinah al-Munawwarah. Pemuda tersebut mengatakan bahawa dia datang daripada negeri yang jauhnya 6 bulan perjalanan daripada Madinah. Pemuda itu datang untuk bertanyakan satu masalah yang berlaku di tempatnya.
Al-Imam Malik radhiyallahu anhu, mengatakan bahawa “ Maaf, aku tidak pandai untuk menyelesaikannya”
Pemuda tersebut hairan dengan jawapan Imam Malik, dan dia bertanya : “ Bagaimana aku akan menjawab nanti bilamana ditanya oleh penduduk tempatku?”

Maka kata al-Imam Malik : “ Katakan kepada mereka bahawa Malik juga tidak mengetahui bagaimana untuk menyelesaikannya”

Allah.. Cuba kamu lihat Abdullah betapa amanahnya mereka dengan ilmu. Berbeza dengan manusia zaman sekarang yang baru setahun jagung di dalam ilmu sudah mendabik dada mengaku bahawa seolah-olah mereka mengetahui segalanya.

Pemuda : MasyaAllah, terima kasih Pak Kiyai atas penjelasan yang sangat memuaskan. Saya memohon maaf atas kekasaran dan keterlanjuran bicara saya .

Pak Kiyai : Sama-sama Abdullah. Semoga kamu akan menjadi seorang yang akan membawa panji agama kelak dengan ajaran yang benar InsyaAllah.


Penulis: Ustaz Mohd Nazrul Abdul Nasir - nazrul_nasir706@yahoo.com 
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...