"Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (saperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai).Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu.Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi.Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).
"Awaslah! Kamu sahaja yang suka dan percayakan mereka, sedangkan mereka tidak suka kepada kamu.Kamu juga beriman kepada segala Ktab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al Quran).Apabila mereka bertemu dengan kamu, mereka berkata,"Kami beriman", tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka mengigit hujung jari kerana geram bercampur marah (kepada kamu).Katakanlah (wahai Muhammad) : Marilah kamu kerana kemarahan kamu itu.Sesungguhnya Allah mengetahui tiap tiap isi hati.Jika kamu memperolihi kebaikan nescaya mereka bersedih hati (dendam).Tetapi jika kamu mendapat bencana bersabar dan bertaqwa nescaya tipudaya mereka sedikitpun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu.Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan".
[Al Quran Surah Ali Imran ayat 118-120]
“Awaslah! Kamu sahaja yang suka dan percayakan mereka (orang musyrikin) sedangkan mereka tidak suka kepada kamu - "Maksud Al Quran"
PERNAH terjadi dalam sejarah umat Islam berkerjasama tetapi di tipu dan di rugikan oleh kaum musyrik dan munafiq .Walhal sebelum itu puak Muslim sudah pernah lihat dan dengar tentang kejahatan (anti Islam) gerakan non Muslim diwaktu belum mereka berkawan dengan mereka lagi.
Terkini kita lihat bagaimana Hosni Mubarak, Mesir, di permainkan oleh kawannya Amerika.Dia berkerjasama dengan Amerika sanggup membelakangkan OIC, rakan rakan negara Islam lain dan rakyatnya sendiri untuk melindungi Israel.Kesudahannya dunia Islam dapat melihat apa sudah jadi kepada nya.Kebanggaan dan kesombongnya kerana dapat berkawan baik dengan Amerika musnah apabila di tikam dari belakang oleh si musyrik laknat tu.Kenapa kawan tidak membantu kawan? Ini lah sifat orang musyrik yang jiwa mereka sampai bila bila tidak akan berkompromi dengan Islam!
Sejarah juga telah memaparkan bagaimana seorang Wazir Kerajaan Bani Abbas pada zaman Khalifah Al-Muktasim berkerjasama dengan bangsa Tartar kerana bencikan khalifahnya sendiri.Atas kerjasama itu Wazir tersebut telah membuka rahsia rahsia kelemahan kerajaan nya sendiri kepada bangsa Tartar.
Di Malaysia sedang berlaku kerjasama seumpama ini.Satu gerakan Muslim (Umno) berkerjasama dengan gerakan non Muslim (MCA,MIC,Gerakan dan lain lain) atas matlamat mahu mempertahankan kuasa yang ada.Dan lagi satu gerakan Muslim (PAS) berkerjasama dengan gerakan non Muslim yang lain (DAP dan PKR) atas matlamat mahu jatuhkan Umno agar dapat kuasa untuk memerintah negara.Kita lihat mereka bersekutu dengan menagih bantuan dari gerakan non muslim atas matlamat yang sama, yaitu, untuk menjatuhkan di antara satu sama lain.Bererti gerakan muslim yang satu mahu bunuh gerakan muslim yang lagi satu.Siapa yang akan untung akhirnya nanti? Anda kena tanya hati anda.
Di pihak PAS awal awal lagi kita dapati perjanjian kerjasama PAS-DAP-PKR tidak memihak kepada Islam kerana dalam perjanjian tersebut termaktub persefahaman bahawa jika PAS mahu bersama dengan PR, matlamat pembentukan dan melaksanakan hukum syariat ( hudud) dan Negara Islam mesti di gugurkan.
Apa bila di tanya kepada mereka mengapa tagihkan kerjasama dengan gerakan non Muslim? Mengapa tidak berjuang secara solo saperti dulu.Kata mereka ini strategi politik.Mereka memberi alasan bahawa Rasulullah sendiri pernah berkerjasama dengan kaum musyrikin di Makkah dan Madinah.Untuk menunjukkan tindakkan mereka itu betul mereka turunkan fakta fakta sejarah Rasul.Tetapi mereka hanya tunjukkan fakta fakta yang berpihak kepada tindakkan mereka sahaja.Mereka menyembunyikan beberapa fakta fakta yang mengkisahkan bahawa Rasulullah SAW dan kaum Muslimin di Madinah (dalam berkerjasama) pernah di tipu oleh musyrikin laknatullah? Sebagai contoh.Walaupun kerjasama Islam/Yahudi di ikat dengan Dustar al Madina atau Perjanjian Madinah atau Piagam Madinah, namun Rasullullah telah di permainkan oleh puak Yahudi.Kaum Muslim yang jujur dengan perjanjian itu sebaliknya di perkotak katik kan.Ada kisah menceritakan bahawa oleh kerana kesempitan ekonomi umat Islam ketika itu, Rasulullah terpaksa meminjam wang dari kaum Yahudi.Tetapi setelah memberi pinjaman mereka mendesak Rasulullah supaya membayar sebelum cukup tempoh untuk membayarnya.Tersebut di dalam Hadis yang di riwayatkan oleh Anas, bahawasanya Rasulullah pernah menyuruh sahabat menghantar daging kambing yang di sembelihnya kepada jiran jirannya orang Yahudi.Rasulullah ingin menunjukkan betapa bertoleransi nya umat Islam terhadap penganut Yahudi dan Nasrani .Tetapi sikap yang baik ini mereka balas dengan cara jahat.Mereka memendam hasad dan dengki terhadap kemajuan umat Islam.Rupa rupanya mereka tikam dari belakang, dengan senyap senyap memberi bantuan kepada musuh Islam memerangi Rasulullah SAW.Jelas ini sifat kaum musyrikin yang memang tidak boleh di percayai!
Merujuk kepada Kitab Tafsir Al Azhar oleh Prof Dr Hamka tentang ayat 118 hingga 120 Surah Ali Imran, kesimpulannya adalah besar bahaya dan tinggi risiko bagi umat Islam berkawan rapat dengan kaum musyrikin apabila ianya melibatkan agama.Dalam surah ini Allah mengingatkan orang mukmin menggunakan akal supaya dapat menilai siapa kawan dan siapa lawan.Dan Allah berpesan lagi bahawa orang mukmin itu jujur tetapi jangan di biarkan golongan munafiq dan musyrikin mengambil kesempatan atas kejujuran ini untuk mereka memasukkan jarum.
DOA UNTUK PEJUANG AGAMA
Ya Allah! ya Tuhan kami,
Tolonglah tentera tentera Muslimin dan askar askar yang mengesakan Mu
dan binasakan orang orang kafir dan orang orang degil dan pembawa pembawa bidaah
dan orang orang yang menyengutukan Mu
dan hancurkan lah musuh musuh mu, musuh musuh agama Islam dan tolonglah kami terhadap mereka wahai Tuhan sekalian alam.
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Pecahkanlah kumpulan mereka dan turunkan siksa yang pedih keatas mereka dengan kekuasaan Mu, i
Ya Allah ya Tuhan kami,
Tolonglah kami mengatasi kaum kafir
Ya Allah, ampunkanlah kami dari dosa dosa kami dan matikan kami sebagai orang Islam.
Amiin!!!
6 ulasan:
Apabila perjuangan dipenuhi dengan ketamakan kuasa, harta dan wang...agama pun sanggup diketepikan dan dipergunakan. Ilmu agama yang tinggi didada pun entah ke mana akibat dikaburi nikmat duniawi. Sama-samalah kita berdoa agar kita ditempatkan bersama mereka yang benar.
Mengapa selalu dilihat dalam sudut ni saja. Cuba lihat dari sudut praktikaliti dan ruang dakwah, cuma UMNO memang tujuan mereka bukan untuk dakwah. Bagaimana dalam konteks diseluruh dunia, hampir semua kerajaan umat Islam tunduk kepada kekuasaan Barat, kita masih berfikiran sempit dan masih seperti katak dalam tempurung. Sedangkan tuntutan jihad (dalam bentuk dakwah) amat diperlukan. Janganlah hanya bercakap hal perang tapi perlaksanaannya hampas dan retorik semata-mata. Lihat Falastin, Afghanistan, Chechnya, adakah sebuah negara atau kumpulan negara Islam berani isytihar perang dengan Barat (& Amerika & Russia)? Yang ada hanya tunduk menikus takut bersuara, malah ada yang menyokong mereka.
Berbalik dalam soal politik kerjasama (tahalluf siyasi) dengan non-muslim, mengapa perlu dilihat pada perspektif semasa? Bukankah kita perlu melihat dari perspektif ruang dakwah yang terbuka dimana interaksi kita umat Islam masa kini dengan non-,muslim di Malaysia boleh dikatakan hampir lemah disebabkan sistem (pendidikan, sosial, agama) yang ada.
Islam Adil Untuk Semua
Salam
Bukan Jemaah Islam sahaja.. Jemaah mana pun sama.. Ketetapan Allah SWT..
[49.13] Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).
Juga sebagai bala bencana dari Allah SWT..
[6.65] Katakanlah: "Dia lah yang berkuasa menghantar kepada kamu azab seksa (bala bencana), dari sebelah atas kamu, atau dari bawah kaki kamu, atau Ia menjadikan kamu bertentangan dan berpecah-belah - berpuak-puak, dan Ia merasakan sebahagian daripada kamu akan perbuatan ganas dan kejam sebahagian yang lain". Perhatikanlah bagaimana Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan (yang menunjukkan kebesaran Kami) dengan berbagai cara, supaya mereka memahaminya.
Saidina Ali ra, pun berperang dengan Muawiyah ra.. Maka kita tunggu dan lihat ketentuan Allah SWT...
[6.159] Bahawasanya orang-orang yang mencerai-beraikan ugama mereka (dengan perselisihan-perselisihan yang berdasarkan hawa nafsu), dan mereka menjadi berpuak-puak, tiadalah engkau terkait sedikitpun dalam (perbuatan) mereka. Sesungguhnya perkara mereka hanya terserah kepada Allah. Kemudian Ia akan menerangkan kepada mereka (pada hari kiamat kelak), apa yang telah mereka lakukan (dan membalasnya)
Pada saya, selagi tiada tolak ansur ( give + take ) atau tiada dasar yang sama.. selagi itulah jemaah2 akan berpecah belah.. Tak kiralah jemaah Islam atau bukan Islam...
Nak tunggu jemaah 100% Islam, kena tunggu Nabi Isa as / Imam Mahdi turun.. Itupun kalau kita kenal Nabi Isa as / Imam Mahdi..
Sementara itu, pilihlah jemaah yang lebih dekat kepada Islam.. dan lebih terbuka untuk kita menyampaikan ajaran Islam... BUKAN yang menentang/mengekang..
Wassalam
Hizamri
Ini ayat yg dimaksudkan dgn terjemahan dan asababunnuzulnya:
yaa ayyuhaa alladziina aamanuu laa tattakhidzuu bithaanatan min duunikum laa ya/luunakum khabaalan wadduu maa 'anittum qad badati albaghdaau min afwaahihim wamaa tukhfii shuduuruhum akbaru qad bayyannaa lakumu al-aayaati in kuntum ta'qiluuna
118. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang, di luar kalanganmu (karena) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudharatan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya.
Asbabun Nuzul : Ibnu Jarir dan Ibnu Ishak mengetengahkan dari Ibnu Abbas, katanya, "Beberapa orang laki-laki Islam masih juga berhubungan dengan laki-laki Yahudi disebabkan mereka bertetangga dan terikat dalam perjanjian jahiliah. Maka Allah pun menurunkan ayat yang melarang mereka mengambil orang-orang Yahudi itu sebagai teman akrab karena dikhawatirkan timbulnya fitnah atas mereka, 'Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil sebagai teman kepercayaan orang-orang yang di luar kalanganmu...'" (Q.S. Ali Imran 118)
Salam!
Kali ini saya harus bersetuju dengan pandangan saudara Amri. Umat Islam harus berhati-hati ketika berkawan, bukan sahaja dengan non-muslim malah dengan sesama muslim.Lbih-lebih lagi dengan mereka yang dirakamkan dalam sejarah, tidak merasa keberatan menimpakan kezaliman kepada orang lain, hatta kepada peringkat menumpahkan darah dan menamatkan riwayat saudara muslimnya demi memuaskan nafsu mereka yang tidak pernah puas. Sejarahmenunjukkan bahawa manusia yang mengucapkan kalimah Syahadah yang sama, menunaikan ibadah-ibadah fardhuyang serupa, tidak memperlihatkan perasaan berat di hati mereka dalam menumpahkan darah saudara muslim yang lain dengan seribu satu alasan yang diada-adakan. Bagi mereka nyawa saudara muslim mereka lebih murah dari tauke judi dan kelab malam yang mendatangkan keuntungan ekonomi kepada mereka.
Wassalam
Salam,
Biasalah manusia ni bila dah terpalit tahi kat muka sendiri macam2 alasan diberi macam pepatah Melayu - baling batu sembunyi tangan. Bila PAS dah duduk semeja dgn DAP macam2lah alasan diberi - tak pernah kafirkan org UMNO lah ... kena dgr betul2 ceramah PAS lah. Walhal dulu sibuk mengata org UMNO ni taghut lah dan mcm2 lagi kerana bersekongkol dan menjadikan org cina india sebagai menteri. Kenapa pemimpin PAS dulu tak sibuk membetulkan pengikutnya yang tak pergi kenduri org UMNO tak pergi melawat org UMNO sakit dan menguruskan org UMNO meninggal sembahyang dua imam dll. Semua tindakan tidak membetulkan pengikut itu kan namanye memperakui apa yang dikatakan olh pemimpin PAS tentang org UMNO.
Dulu sibuk mengata org UMNO tak betul krn "menghalalkan cara utk mencapai maksud" tapi skrg 2 x 5 sajer. Sekarang ni apa yg dikatakan/dibuat oleh DAP yg dulu musuh ketat dan anti Islam semuanye betul dan kalau tak betul pun akan dicari nas2 dan dalil bagi menunjukkan apa yg dikatakan/dibuat tu betul dan tiada yang tidak betul melainkan benar belaka. Walaupun Allah dah tunjukkan kebenaran berkat doa solat hajat yg dibuat olh org PAS tapi mrk masih tak mengaku lagi kebenaran dan petunjuk dari Allah tersebut sebabnye satu apa yg dihajatkan semasa doa dibuat, walau sikitpun, tak berlaku dan tidak menjadi kenyataan.
Minta maaflah, PAS sekarang ni dah benar2 sakit dan sudah jauh terpesong dari perjuangan yg sebenar. Ini diakui oleh sebahagian pengikut PAS sendiri tetapi disebabkan fanatik kpd pemimpin tidak berani mengenengahkannya ... hanya segelinitir sahaja yg berani berbuat demikian ... tupun tak sampai ke mana krn telah dicantas di peringkat awal lagi.
Moga Allah memberikan petunjuk kepada pemimpin PAS supaya berjuang ikhlas kerana Allah dan bukan kerana parti.
Bagi aku org Melayu Islam tidak mengira parti patut bersatu menjadikan Malaysia ni sebuah negara Islam. Persoalan yg boleh difikirkan - mampukah PAS dengan bersekongkol dgn DAP dan PKR mampu berbuat demikian berbanding dgn bersatu dgn UMNO. Mampukah PAS mendakwah DAP krn senario skrg ni nampaknya PAS yg mengikut rentak DAP.
Jangan kerana nak menjaga ego dan maruah diri pemimpin PAS tidak mahu bersatu dgn UMNO yg bersedia dari dulu lagi dengan kerajaan perpaduan demi untuk mempertahankan agama Islam dan org Melayu. Kenapa lepas PRU 2008 yg lepas UMNO sedia memberikan tempat Menteri Besar di Perak dan Selangor kepada pemimpin PAS Negeri demi utk mengelakkan PKR dan DAP memerintah ... sendiri boleh fikirlah.
Wassalam.
Nukilan di atas buat renungan semua dan bersama2ah kita bermuhasabah diri.
Catat Ulasan