Di antara ideologi (fahaman) ciptaan manusia selain dari ideologi demokrasi termasuk lah yang kita kenali yaitu komunisme, capitalisme, sosialisme, nasionalisme dan liberisme.Banyak lagi ideologi yang mungkin kita belum pernah dengar saperti darwinisme,artartukisme,maoisme,ghandhisme,saintisme dan macam macam lagi.
Ada pun kita lihat di zaman ini ada jemaah jemaah Islamiah yang terlibat dengan ideologi (fahaman) taghut ini.Samada terlibat dalam pengamalan politik atau pentadbiran atau kedua duanya.Ini bukan bererti ideologi ideologi tersebut sudah di halalkan.Ianya tetap haram Tetapi ulama ulama fiqh zaman ini terutama ulama yang terlibat dengan politik ideologi , telah mengharuskan nya melalui kaedah usul Fiqh."Hukum harus" di putuskan atas dasar "dharurah".
Kerana mereka berpendapat fahaman sistem demokrasi pilihanraya taghut sudah menguasai dunia hari ini dan melanda saperti tsunami yang tidak dapat di bendung.Kalau umat Islam tidak terlibat maka Islam akan hancur di telan tsunami.Bagi saya mereka buat keputusan " if you cannot fight them, you join them" tetapi berpandukan fiqh al Aulawiyyat.
Ulama tauhid, ulama tasauf,ulama pondok di Malaysia dan ulama pesantren di Indonesia rata rata berpendapat umat Islam yang terlibat dalam apa jua ideologi (fahaman) bikinan manusia terdedah kepada bahaya akhirat.Mereka ibarat sedang bermain main di pinggir neraka.Terlalu bahaya.Silap sikit tentu akan jatuh dan terjerumus kedalam api neraka.Ini jelas terbukti apabila kita lihat ramai orang politik beragama Islam,bahkan ulama yang berpolitik sendiri terlibat dengan politik kotor saperti memfitnah, mengaibkan lawan,mengumpat, memaki hamun,konspirasi,memperalatkan agama dan politik menghalalkan cara dan macam macam lagi politik kotor .Ini semua akan menjerumus kepada pelakunya ke dalam apa neraka jahanam.
Kesimpulan nya dalam bab ini anda bebas buat pilihan nak ikut yang mana satu,kerana terdapat perselisahan pendapat ulama.
TEPUK DADA TANYA ILMU DAN IMAN.
8 ulasan:
Memang Demokrasi bukan dari Allah, bukan dari Islam. Dan pada saya, demokrasi menjadi punca kelemahan dan perpecahan umat islam yg sangat kronik di seluruh dunia sampai langsung tak jumpe lagi titik persamaan sesame islam. Memang betul zaman Rasul pun berpolitik, tapi bukan poltik berparti, bukan sistem berparlimen dan bukan sistem undian. Syukurlah saya ingat saya sorang saje yg berpikir camni.
Assalamualaikum,sejarah demokrasi adalah sistem orang-orang musyrikin yg tak suka sistem islam,ini dah jadi sunnah rasul..kita tengok dlm sejarah pembukaan kota mekah pada abad 5 M.seorang pemimpin kabilah Quarisy yg bernama Qushai telah berhasil merebut kekuasaan kota mekah dari tangan kaum khuza'ah,setelah mereka berabab-abab lamanya menguasai kota Mekah.Kekuasaan yg direbutnya itu meliputi bidang pemerintahan dan keagamaan.Dengan demikian Qushai menjadi pemimpin agama dan pemerintahan Kota Mekah.Di bidang pemerintahan Qushai meletakan dasar-dasar demokrasi.Dia membagi-bagi kekuasaan antara pemimpin Quraisy.Untuk tempat bermusyawarah para pemimpin itu dibangunnya balai permusyawaratan yg mereka namakan "Daarunnadwah".Di tempat inilah mereka membahas dan memecahkan segala persoalan-persoalan yg timbul dlm masyarakat.Ketua dari balai ini adalah Qushai sendiri.Kekuasaan dan kepimpinan Qushai atas Kota Mekah ini mendapat dukungan dari segenap Kabilah-Kabilah Arab.Di kala umat manusia dlm kegelapan dan kehilangan pegangan hidupnya,lahirlah Muhammad membawa perubahan besar bagi sejarah peradaban dunia,apabila beliau berumur 40 tahun di angkat menjadi Nabi dan mula menentang dasar-dasar Demokrasi yg di dipimpin bapa saudara Nabi iaitu Abu Jahal.Maka sistem Islam berlaku sehingga pada tahun 1946 runtuh sistem Islam dgn sekali pembubaran oleh kamal atatuk.
5. Al Maa'idah
3. Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah[394], daging babi, (daging hewan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang terpukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya[395], dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah[396], (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan. Pada hari ini[397] orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barang siapa terpaksa[398] karena kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Saudara bayangkan dengan sekali pembubaran sistem islam di kutuk seluruh umat islam dunia,inikan pula sistem demokrasi sekarang,setiap 5 tahun pembubaran Palimen/Daarunnadwah ,maknanya berapa banyaknya kena kutuk oleh ALLAH...
5. Al Maa'idah
50. Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin ?
Berkenaan Islam dan demokrasi ni, Profesor Dr Yusuf al-Qardhawi menyatakan dalam kitabnya Feqh Daulah (Feqh Kenegaraan) menulis: "Sangat menghairankan ada sebahagian manusia yang menghukum demokrasi sebagai kufur yang jelas dan pasti. Padahal dia belum tahu secara tepat apa itu demokrasi, belum mendalami apa erti sebenar demokrasi dan isinya. Barang siapa yang menetapkan hukum sesuatu padahal dia tidak mengetahuinya secara pasti, maka pandangannya itu cacat dan batil walaupun secara kebetulan pandangan dia itu benar."
Salam to all muslim bro and sis,
Kita melihat hari ini di Malaysia, pada amnya umat Islam sendiri tidak 'suka' Malaysia menjadi negara Islam yang menjalankan hukum Islam yang dipandangnya 'zalim'. Begitu pula di Indonesia dan dimana-mana, jadi berdiri lah sebahagian negara Islam secara 'paksa' bukan secara rela. Pada hal hukum Islam itu amat adil samaada keatas orang Islam atau yang belum Islam. Tidak seperti dizaman nabi dimana umat melihat keadilan Islam itu dilaksanakan sehingga yang belum Islam melihat dan menerima hakikat keadilan Islam. Wallahu'alam.
Demokrasi ni dicipta oleh yahudi & di promosi keseluruh dunia supaya umat selain yahudi yg dipanggil goyyim (lembu) tdk akan bersatu & duk asyik berbalah merebut kuasa sehingga tdk ada masa utk melihat perancangan Yahudi utk menguasai dunia & menjadikan Israel raya sbg 'The Rulling State of The World'..
Assalam..wbt.
Nak gtau sikit, maaf byk2...
Teringat satu ceramah Dato' Dr. Harun Din, beliau ada mngeluarkn satu istilah usul fiqh 'apa2 perkara yg bleh mnyampaikn kepada perkara wajib, maka ia pun menjadi wajib'.....
Mmg x dnafikn demokrasi bukan dari Islam, ia adalah fahaman dari bawaan dari kaum yahudi / kristian, & Islam pun x pernah mngi'tiraf demokrasi ni sebagai satu cara nak tegakkn Islam...tp berpandukn pd istilah fiqh tu....Dato' Dr Haron Din...ada kuarkn, dan beliau kata...demi nak laksanakn undang2 Islam (wajib), dimana perlu kepada sebuah negara Islam...maka dengan secara automatik...demokrasi adalah salah satu jalan utk melaksanakan tuntutan kewajiban tersebut. Itu pendapat aku, yg aku dengar dari ceramah Tuan guru Dr. Harun Din.
alam.
sori mencelah dan maaf banyak2 kalau anti klimik. Kebenaran itu satu sahaja. firman Allah: الحق من ربك . Kebenaran bukan ada pada bilangan yg ramai. Demokrasi mengatakan yang ramai itu benar. Demokrasi bukan dari Tuhan, bukan dari Islam. Islam mewajibkan hidup berjemaah, ada pemimpin. Parti bukan jemaah. Pemimpin jemaah orang yang diterima oleh hati-hati manusia. Allah jadikan semua hati suka dan cenderung padanya walaupun dia tak mahu jadi pemimpin. Pemimpin demokrasi adalah pilihan rakyat, menunaikan kehendak rakyat. Pemimpin Islam sebenarnya adalah dari Allah, menunaikan kehendak Tuhannya. sangat bimbang tentang nasib rakyatnya di hadapan Tuhannya. Bagaimana aqidahnya? imannya? sembahyangnya, tunaikan atau tak, berjemaah atau tak, lurus saf atau tak, khusyuk atau tak. Bagaimana puasanya, zakatnya, hajinya, fardhu ainnya, tauhidnya, feqahnya, tasawufnya, toharahnya, bagaimana mendidik anak, bagaimana mendidik isteri, bagaimana pendidikan anak2nya. bagaimana makan minumnya halal ke? bagaimana hiburannya, bersyariat atau tak. kalau yg di ceritakan pemimpin politik, tak banyak bezanya cuma satu mengaku memperjuangkan Islam, adalah nampak ciri-ciri zahir Islam, satu lagi juga mengaku Islam, tetapi jelas nampak banyak pelanggaran syariat. Tetapi bila bertembung, hilang ciri-ciri Islam pada kedua pihak sedangkan Islam perlu diamalkan disemua masa dan keadaan. perang dan aman. dimana maaf bermaafan? di mana tolak ansur? di mana mengalah? sedangkan semua nabi mengalah dahulu kpd kaumnya, hingga Allah memenangkan mereka. Adakah Allah akn memenangkan kita jika tiada beza ibadah, akhlak, pergaulan, pendidikan, hiburan, sukan, dlll kita dgn musuh perjuangan kita. hanyaa berbeza nama, hakikatnya satu... Harun, Damascus, Syria.
nak penjelasan mengenai kenyataan royhann aiye.
Adakah ini bererti komunisme, kapitalisme, liberisme dan lain lain ideologi atau isme isme boleh jadi hukum wajib mengikut kehendak trend politik? Contoh, kalau di takdir kan Malaysia negara komunis adakah bererti wajib kita mengamalkan komunisme dalam berpolitik?
Catat Ulasan