Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Rabu, April 06, 2011

MENGAPA JEMAAH ISLAMIAH MEMILIH KAUM KAFIR SEBAGAI RAKAN SEPERJUANGAN?



Umat Islam terpinga pinga.Apakah matlamat dan tujuan sesebuah jemaah Islamiah bergabung dengan jemaah atau parti orang orang kafir.Sedangkan  jemaah orang kafir mempunyai  idelogi dan matlamat yang amat berbeza dari mana mana jemaah Islamiah.Apatah lagi jika jemaah kafir itu jelas menunjukkan anti atau tentangan nya terhadap perkembangan Islam. Adakah  jemaah Islamiah yang terlibat itu rasa dia lemah hingga terpaksa bergabung dengan jemaah orang kafir yang kuat supaya dengan langkah itu dia boleh jadi jemaah Islamiah yang kuat? Kalau dah dapat kekuatan siapakah yang hendak dia tentang? Jemaah orang kafir atau jemaah Islam yang lain.?

Mengapa jemaah yang rasa lemah tidak bergabung dengan jemaah Islamiah yang lain yang kuat? Bukan kah ini akan menambah kuat dan kukuh nya jemaah jemaah  Islam? Ibarat kata pepatah bersatu teguh bercerai roboh.Mengapa tidak jadikan ikatan jemaah Islamiah itu kukuh saperti batang batang  lidi yang di ikat rapi menjadi satu, kuat dan kukuh. 

Alasan yang biasa di beri oleh pemimpin pemimpin jemaah Islam yang bergabung dengan jemaah orang kafir sangat lah lemah.Ada yang memberi alasan hendak berdakwah kepada pemimpin dan ahli jemaah orang kafir tersebut.Perlukah bergabung dengan mereka untuk tujuan dakwah ? Kalau begitu mengapa  tidak bergabung aje dengan badan badan agama kristian, buddha atau hindu  untuk berdakwah?

Ada juga jemaah dan negara umat Islam saperti Arab Saudi, Mesir, Turki dan Kuwait menjadi rakan atau jadi "ally" dengan musuh Islam kerana mahukan perlindungan "protection".Dan ada kala bersama rakan nya           ( musuh Islam) menyerang negara Islam lain.

Namun dalam hal ini Allah telah memberi amaran kepada umat Islam yang maksudnya:-

"Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (saperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai).Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu.Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi.Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).
"Awaslah! Kamu sahaja yang suka dan percayakan mereka, sedangkan mereka tidak suka kepada kamu.Kamu juga beriman kepada segala Ktab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al Quran).Apabila mereka bertemu dengan kamu, mereka berkata,"Kami beriman", tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka mengigit hujung jari kerana geram bercampur marah (kepada kamu).Katakanlah (wahai Muhammad) : Marilah kamu kerana kemarahan kamu itu.Sesungguhnya Allah mengetahui tiap tiap isi hati.Jika kamu memperolihi kebaikan nescaya mereka bersedih hati (dendam).Tetapi jika kamu mendapat bencana  bersabar dan bertaqwa nescaya tipudaya mereka sedikitpun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu.Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan".
[Al Quran Surah Ali Imran ayat 118-120]

Wallahu'alam





6 ulasan:

lah68ripen berkata...

Tajuk perbincangan ini terlalu berkias... jemaah Islamiah bergabung dengan 'jemaah' atau 'parti' orang kafir. Jemaah Islamiah merujuk kepada siapa? jAdakah jemaah yang dimaksudkan merujuk parti politik? Disebut pula Islamiah. Apakah ciri-ciri jemaah Islamiah itu? Adakah jemaah Islamiah sama dengan Orang Islam? Bagaimana dengan yang Islam pada nama sahaja? Adakah mereka ini juga tergolong dalam kumpulan jemaah Islamiah? Ada juga yang mengaitkan Jemaah Islamiah dengan keganasan dan mempunyai hubungan dengan kumpulan seperti Al-Qedah dan Abu Sayyaf. Sebelum diteruskan perbincangan ini, adalah lebih baik dikupas terlebih dahulu tajuk perbincangan atau tajuk in diubah agar menjurus kepada perkara yang lebih khusus.



JI adalah juga kumpulan Jemaah Islamiah yang pernah dikaitkan dengan kumpulan penganas di Malaysia dan Indonesia. Adakah mereka ini yang dimaksudkan bergabung dengan parti orang kafir? Rasanya tentu bukan. Jika dimaksudkan parti, tentunya ia berkisar kepada dua parti melayu UMNO dan PAS, ini bersandarkan kepada Melayu sinonim sebagai Islam. Justeru kedua-duanya memang mempunyai hubung dengan parti orang kafir (UMNO + MCA + MIC + GERAKAN dan PAS + DAP). Jadi jika ini yang dimaksudkan rasanya saya tidak berani nak komen apa-apa, seerahkan kepada yang labih arif.

royhann aiye berkata...

Assalam...wbt.

Bukak pasal citer ni, aku malas nak citer panjang lebar. Kt ruangan ni, aku tgk ramai yg pandai2 & tpelajar. Dlm bab siasah Islamiah, ada satu bab : TAHALUF SIASI. Sapa yg x faham / kurang faham bleh bukak kitab / buku siasah Islamiah...bab tu. Jemaah Islam ni ada majlis syuro' Ulama2, nak buat keputusan...sblm keluarkn satu usul / tindakkan. Ktorg bawah yg xtau yg x faqeh ttg perjuangan Islam...baik refer pd diorg (alim ulama').

Limbat berkata...

Assalaamu'alaikum,

Diharapkan kita boleh berbincang dengan fikiran yang terbuka tentang isu ini. Sebelum kita memberi komen tentang negara lain, saya merasakan elok sekali kita melihat diri kita dulu (negara kita sendiri). Persoalan ini tidak harus ditujukan kepada satu2 pihak atau parti politik sahaja, malah ia patut dijawab oleh semua parti yang mendapat sokongan umat islam di negara ini. Jika penyokong BN menempelak PAS kerana bergabung dgn DAP, mereka juga harus mengkritik UMNO yang sejak dulu lagi bersatu dgn MCA dan MIC.

Adakah setiap penggabungan itu dapat mengukuhkan akidah umat islam dan menguatkan islam secara keseluruhan? Masing2 rasanya boleh menjawab soalan ini... Kadangkala rasa sedihnya bila melihat betapa kedua2 puak melakukan apa saja cara untuk menjatuhkan puak yang lain seoalah2 perbuatan tersebut terlepas daripada catatan para malaikat....

Di dalam Al-Quran kita disuruh bersatu dengan tali Allah (agama islam), tapi kita bersatu dengan ideologi politik. Banyak kali kita diseru agar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, tapi perjuangan kita seolah2 tidak percaya kepada dosa-pahala... Begitulah situasi umat di negara kita ini. Wallahu A'lam.

Rosnan Menon berkata...

Salam sahabatinteraktif semua pada pendapat saya dalam islam, jika boleh tutup keaiban suadara sendiri. Renungkan lah siapa yang munafik,kafir zimni,kafir harbi dan islamic

mohd pauzi berkata...

Salam, semua jangan kecoh2 berfikiran waras itu lebih baik.Sejarah telah membuktikan apa yg Amri El Wahab ceritakan adalah benar. Kejatuhan atau kehilangan sesebuah NEGARA, begitulah yg terjadi pada mulanya. Disebabkan oleh pemimpin2 islam, tidak berpegang pada firman2 Allah yg sangat jelas lagi nyata. Dan bersangka buruk sesama islam.

Izani berkata...

Saya nak memberikan pandangan seringkas mungkin.

Sistem pemerintahan demokrasi bermula dari revolusi Perancis yang melahirkan ideologi Liberalisme, yaitu intipatinya persamaan hak antara manusia, merentasi bangsa, keturunan, status sosial dan gender. Ini didokong oleh fahaman protestant yang membantah penguasaan golongan gereja (orthodox), komprador dan aristokrat yang menzalimi orang bawahan masa itu.

Disinilah juga mula berkembang fahaman sekularisme (memisahkan agama dengan dunia) yang mana, golongan agama menjadi tukang baca doa sahaja dan raja-raja (yang dikekalkan) dibuang kuasa dan menjadi simbol sahaja.

Liberalisme melahirkan sistem pemerintahan demokratik (yang berdiri atas peraturan sendiri tanpa sandaran kepada agama) dan sistem ekonomi kapitalisme laissez fire.

Akibat bantahan kerana kelemahan yang berlaku dalam Liberalisme (yang tidak menyelesaikan maslah ketidakadilan terhadap manusia), wujudlah penentangnya iaitu revolusi bolshevik di russia pada 1917 (juga dikenali revolusi masyarakat peasant dan agrarian) iaitu Socialisme, juga dengan hasrat memberikan persamaan hak lebih adil (actually lebih ekstrim) dalam semua aspek dan struktur sosial hidup manusia.

Socialisme melahirkan sistem pemerintahan Uniparty dan ekonomi Komunisme.

Kelemahan paling nyata kedua-dua isme ini adalah sentiasa melahirkan sekumpulan kecil orang yang- berusaha mendapatkan, menguasai, menggunapakai dan memanipulasi -sektor politik dan ekonomi. Menjadikan sekumpulan besar orang pula sebagai mangsa dan kambing hitam. Terlalu banyak contoh yang membuktikan- isme-isme ini hanya melahirkan sekelompok elit politik juga ekonomi serta keturunannya sahaja yang menguasai semuanya seraya menindas rakyat majoriti. Malah lebih dahsyat lagi, perbuatan mereka ini adalah halal pula mengikut acuan sistem isme-isme tersebut. Kat Malaysia pun macam tu.

Kesalahan paling jelas kepada isme-isme ini juga isme-isme yang lain adalah, meletakkan peraturan yang dibuat manusia serta diri manusia itu sendiri sebagai yang tertinggi dan mesti ditaati. Semua ini diterjemahkan dalam bentuk perjanjian, doktrin, pengisytiharan, perlembagaan, akta, enakmen dsb. Yang akhirnya manusialah dijadikan paling agung, selepas itu ada sekumpulan manusia lebih pandai buat yang lebih baru, begitulah seterusnya proses berterusan. Sehinggalah tiada satu apa pun selesai malah makin berserabut.

Amalan, dogma dan fahaman ini terbalik sepenuhnya dari peraturan Allah Swt. dan rasulNya- bahawa segala peraturan, ketaatan, sistem hidup, sembahan, ketundukan hanyalah kepada Allah Swt. Dan, sunatullah dan sunnah rasul itu pula kekal abadi dari dunia hingga akhirat yang mana, semua manusia tertakluk dibawahnya, yang semua manusia telah diberikan haknya paling adil.

Kerana itu, saya tidak faham kenapa mesti diambil, ditaati, diyakini dan dipercayai segala peraturan buatan manusia yang tentunya merapu, penuh perdebatan dan takkan merungkai masalah, sedangkan yang jelas sunnatullah dan sunnah rasul ditinggalkan. Ini adalah samaratakan, setarafkan dan gandingkan sunnah Allah Swt. dan rasulNya dengan sunnah manusia.

Wassalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...