Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Jumaat, April 08, 2011

JANGAN JADI KHAWARIJ


Ini adalah tajuk yang sangat penting akan tidak ada lagi golongan yang mudah tersasul dan melatah tanpa panduan ilmu. Para pendokong kebangkitan Islam hendaklah benar-benar tepat dalam meletakkan status terhadap golongan yang tidak melaksanakan syariat Islam. Ini agar kita tidak menjadi khawarij yang mudah mengkafir sesiapa sahaja di kalangan ahli maksiat dan tidak juga kita menjadi murjiah yang membiarkan sesiapa sahaja melakukan maksiat.

Hendaklah diingat, bahawa adalah menjadi manhaj ahli as-Sunnah wa al-Jamaah, bahawa membezakan antara jenis dan peribadi. Walaupun disebut tentang pegangan, atau perbuatan atau perkataan yang boleh membawa kepada kufur, namun apabila tiba kepada persoalan mengkafir seseorang hendak dilihat dengan lebih teliti. 

Walaupun Ahli as-Sunnah menyatakan kufur pada perbuatan, perkataan atau iktikad tertentu namun ahli sunnah tidak terus menghukum pelakunya kafir. Ini kerana seseorang yang melakukan perkara-perkara yang menyebabkan kufur boleh jadi dalam keadaan jahil, atau disalah fahami maksudnya atau tidak sengaja atau tersasul. Tidak boleh dikafirkan seseorang melainkan benar-benar jelas dan tidak boleh ditafsirkan si pelakunya melainkan kufur.

As-Syeikh Yusuf al-Qaradawi menyebut perkara ini dengan katanya: “Suatu perkara yang mesti diberi perhatian iaitu apa yang telah diputuskan oleh para `ulama muhaqqiqun mengenai wajibnya dibezakan antara peribadi dan jenis dalam isu takfir (mengkafirkan). Ini bermaksud, contohnya kita katakan “Golongan komunis itu kafir, atau para pemerintah sekular yang menolak hukum syarak itu kafir, atau sesiapa yang menyatakan sebegini atau menyeru kepada ini maka dia kafir. Ini semua adalah hukum pada jenis. Adapun apabila perkara ini berkait dengan peribadi seseorang, yang disandar kepada mereka itu dan ini, maka wajiblah diambil masa untuk dibuat kepastian dan kesabitan mengenai hakikat sebenar pendiriannya. Ini dengan cara menyoal atau berbincang dengannya sehingga ditegakkan hujjah, tiada lagi syubhat dan juga tiada lagi keuzuran untuknya.

 Perkara ini pernah disebut oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah: Sesungguhnya perkataan boleh menyebabkan kufur. Secara umumnya dikafirkan penyucapnya. Dikatakan “Sesiapa yang mengucap begini maka dia kafir”. Tetapi peribadi berkenaan yang mengucapkannya tidak dihukum dengan kafir sehingga ditegakkan hujjah yang menjadi kuffur sesiapa yang meninggalkannya (meninggalkan berpegang dengan hujjah yang jelas-pen),” (rujukan: Zahirah al-Ghuluu fi Takfir , m.s. 26-27, ctk. Maktabah Wahbah, Mesir.

Al-Imam Hasan Al-Banna juga menjelaskan perkara ini dengan katanya: "Kita tidak mengkafirkan seseorang muslim yang mengucapkan dua kalimah syahadah dan beramal dengan tuntutannya, hanya disebabkan pandangan peribadi atau sesuatu maksiat (yang dilakukan), kecuali dia mengakui kalimah kufur, atau menginkari perkara yang maklum di dalam agama ataupun mendustai sesuatu yang jelas dari al-Quran atau menafsirkan al-Quran dalam bentuk yang tidak dapat diterima pada uslub bahasa `arab sama sekali ataupun melakukan sesuatu perkara yang tidak boleh ditafsirkan melainkan kufur” (rujukan: Majmu' ar-Rasail, Hasan al-Banna, m.s. 393, ctk. Dar ad-Da'wah, Mesir)

Golongan Islam yang berjuang di atas landasan `aqidah yang diajar oleh Ahl as-Sunnah hendak tidak tergopoh-gapah dalam mengkafirkan individu tertentu tanpa melalui kaedah yang telah ditentukan oleh manhaj yang benar ini. Bukan senang dan mudah untuk dikafirkan seseorang melainkan setelah begitu jelas kufurnya dan tidak boleh dibuat sebarang andaian lagi melainkan kafir. 


(Sumber: Dr Maza)



4 ulasan:

Pak Belalng berkata...

alam . Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu .

Cuma ada sedikit pembetulan .As-Syeikh Yusuf al-Qaradawi dan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah tidak pernah dijadikan sumber rujukan bagi umat Islam di Malaysia yang berfahaman Ahlul Sunnah Wal Jamaah di Malaysia.

Kerana As-Syeikh Yusuf al-Qaradawi pernah berjabat tangan dengan orang kenamaan wanita di Malaysia dan Syeikh al-Islam Ibn Tamiyyah adalah berfahaman Wahabi.

Sumber utama mazhab Ahlul Sunnah di Malaysia terbahagi kepada 3

1. Imam Syafei - bab berkaitan dengan ilmu fekah atau syariat dalam Islam
2. Imam Ghazali - bab berkaitan dengan ilmu tasawuf
3. Imam Abu Hassan Asyaari dan Imam Maturidi - bab berkaitan dengan ilmu usuludin ..


Wallahualam

Harun Mohd Ali berkata...

Pembetulan;

Satu dunia Isialam wahabi termasuk batu sahaja yang mengiktiraf Al Qardhawi sebagai As Shafie Moden. Abuya, Dunia Islam Ahlus Sunnah mengiktirafnya. Malaysia mengaku sahaja Ahlus Sunnah tapi tak faham apa beza Ahlus Sunnah dengan Wahabbi. Abuya diiktiraf oleh Jemaah Sufi dan Tariqat sedunia hatta di Timur Tengah yang pengikutnya berjuta. Bahkan ada khalifah Ahmadiyah yang telah menukar amalan kepada Aurad Muhamadiah bersama jutaan pengikutnya di Mesir. Jangan layan The Rock ni wahabbi totok.Pembetulan Syeikh Al-Islam Ibnu Tamiyyah pernah bertitqad bahawa Allah duduk di atas Arasy tetapi beliau sudah bertaubat yang di saksikan oleh Imam Hasan Basri (seorang Wali dan Ahli Sufi) dan ulama' lain. So jangan lagi membabitkan Ibnu Tamiyyah dengan Itiqad Wahabbiyyah.

Wallahu Aklam.

Shamsir Ahmad berkata...

Assalamualaikum,

Saya tidak setuju dengan pendapat demokrasi bukan dari tuhan bukan dari islam.Perkataan dan maksud demokrasi itu luas dan halus ibarat sehelai rambut di belah tujuh. Walaupun kita kata demokrasi bukan dari islam tapi dalam islam ada mengamalkan demokrasi. Contohnya pada zaman rasulullah sewaktu berperang menentang musuh islam beliau bertanya pendapat para sahabat bagaimana cara untuk menghadapi musuh yang lebih ramai bilangannya, ini juga satu approach yang demokrasi(satu hikmah untuk umatnya), walaupun beliau lebih mengetahui jwapan sebenarnya melalui mukasyafahnya yang agung.Tapi di dalam islam tidak memilih pemimpin/khalifah dengan demokrasi, hanya dengan persetujuan Majlis Syura yang terdiri dari para sahabat yang telah di akui syurga oleh Rasul saperti Abu Bakar. Umar.Uthman, Alil dan yang lain..nya, Kenapa tidak dengan demokrasi waktu memilih Abu Bakar sebagai khalifah pertama? Pada pendapat saya sebab para ahli majlis syura itu ialah mereka yang ahli Laduni dan tinggi mukasyafahnya yang meliputi 7 petala langit dan tujuh petala bumi.Mereka lebih tahu siapa yang lebih layak jadi pemimpin mereka melalui ilmu laduni yang di beri petunjuk dari allah. Martabat para sahabat adalah martabat Wali Qutub malah lebih dari itu. Pada zaman rasulullah Abu bakar adalah Qutubul Qutub yaitu Qutub segala yang Qutub. Para wali2 allah selapasnya hanya dibawah tapak kakinya.(maaf bukan niat menghina wali2 allah tapi sebagai kiasan betapa hebatnya laduni/mukasyafah Abu Bakar sehingga di beri gelaran Assidiq)
Conclusion nya walaupun dikata demokrasi itu bukan dari islam tapi ada di amalkan dalam islam tapi bukan dalam demokrasi memilih pemimpin saperti yang jelaskan diatas tadi.
Para pengkaji sejarah/ahli sejarah pasti lebih arif tentang contoh approach demokrasi dalam islam.
Salam.

athool ath berkata...

Jalan dakwah untuk membetulkan aqidah orang yang mengaku Islam adalah penting. Terutamanya tentang rukun Islam pertama para pengamal ahli sunah wal jamaah. Pernah ada para tabi'i tabligh berkata jika semua orang Islam menjaga aqidah dan mendirikan solat 5 waktu dengan kusyuk dan ikhlas serta 100% umat Islam di sesebuah negeri, negara dan seterusnya seluruh dunia. 100% umat Islam ini, 100% menjaga aqidah dan solat 5 waktunya, tidak mustahil Allah akan menurunkan keberkatan dan rahmatnya ke atas 100% umat Islam di sesebuah negeri, negara dan seterusnya seluruh dunia.

Maka keadaan hidup mereka terjamin dari segi ekonominya, dari segi kesejahteraan hidupnya, tiada lagi berlaku huru-hara, tiada berlaku suasana maksiat dan ada kemungkinan yang bukan Islam mula tertarik dengan golongan Islam dan kemungkinan juga semakin lama berkurangan orang bukan Islam di sesebuah neger dan negara itu. Semuanya tidak mustahil, apa yang penting apakah peranan kita sebagai orang Islam. Bukankah setiap orang Islam itu diwajibkan berdakwah?

Permulaannya pada isteri sendiri, kemudian anak-anak, saudara-mara, kawan-kawan dan seterusnya masyarakat amnya. Timbalah ilmu kerana Allah, kerana Rasul-Nya dan agama-Nya. Marilah kita mengajak pada manusia agar kembali kepada fitrah, bersihkan diri dari segala maksiat. Setiap manusia inginkan hidup di syurga akhirat. Perintah Allah dan ajakan Rasul-Nya dalam mengerjakan ibadah dan amalan agama Islam-Nya adalah perkara ke arah kebaikan dan jalan ke syurga. Apa pun kita wajib mencari redha Allah agar kita diberi rahmat. Rahmat adalah penting untuk kita mudah ke syurga. Wallahu alam.

Aqidah dan akhlak semakin hilang di bumi sendiri. Maka kembalilah !!!!
Allah maha pengampun...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...