Dalam pandangan Islam pemimpin yang rosak dan jahat adalah pemimpin yang tidak
beriman dan bertaqwa atau ada iman tetapi lemah imannya. Akhlak mereka buruk
kerana bersikap rasuah,sombong, takabur, angkuh,bakhil, tamak, hasad dengki dan
pendendam.Mereka menyalah guna kuasa dengan sewenang wenangnya.Lagi cerdik dan
pintar mereka, lagi hebat putar alam dan kejahatan nya.Lagi nampak hebat lagi biadab
mereka dengan Allah dan lagi hebat lagi zalim nya mereka terhadap rakyat .
Mengapa di kalangan masyarakat Islam orang yang tidak beriman, kafir,rosak akhlak dan jahat boleh dipilih jadi pemimpin? Siapa yang memilih pemimpin yang rosak ? Dalam sistem pilihanraya berdemokrasi rakyat terlibat dalam memilih pemimpin. Kerana dalam sistem demokrasi, seluruh rakyat termasuk yang tidak beriman, kafir,jahat,buta, tua nyanyuk dan yang jahil pun di benarkan mengambil bahagian dalam pemilihan pemimpin (melalui sistem pilihanraya).Maka terjadi lah rakyat yang kaki curi memilih pemimpin yang pencuri,yang kaki merompak memilih pemimpin yang perompak, yang kaki rasuah memilih pemimpin yang rasuah, yang tidak beriman memilih pemimpin yang tidak beriman, yang kafir sudah tentu memilih pemimpin dari puak kafir.Kadang kadang rakyat yang beriman pun boleh tersalah pilih kerana terperangkap dengan pujukan bakal pemimpin jahat melalui kempen dan retorik pilihanraya.
Belum pernah terjadi dalam sejarah dunia, di mana mana negara Islam, terpilihnya pemimpin yang paling bertaqwa dalam pilihanraya.Sebenarnya ideologi demokrasi telah gagal selama lamanya dalam sistemnya untuk mencari pemimpin yang baik.
Kalau ini sudah terjadi maka tertanggunglah di atas bahu ulama ulama untuk menasihati pemimpin pemimpin jahat dan rakyat segera mengubah sikap.Supaya negara dan rakyat selamat dan mereka pun selamat.
Tetapi sekiranya pemimpin pemimpin berdegil setelah di nasihati.Atau para ulama adalah ulama pengampu, tidak buat apa apa, tunggulah mereka akan jatuh ke dalam keadaan terhina satu hari nanti.Allah berkuasa melakukannya.
Wallahu’alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan