Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Sabtu, April 02, 2011

Isu video melibatkan DSAI - Mufti sepakat mengatakan siasat dulu


Sumber:MalaysiaKini - Mac 31 2011
Dalam menghadapi keadaan politik yang mengeksploitasi isu peribadi, seperti isu video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri AnwarIbrahim, umat Islam dinasihatkan menyiasat dahulu kesahihan dakwaan itu.

Perkara itu disepakati beberapa mufti negara ini, termasuklah Dr Juanda Jaya (Perlis), Datuk Tamyes Abd Wahid (Selangor) dan Datuk Mohammad Shukri Mohammad (Kelantan).

Menurut Dr Juanda, Allah berfirman dalam surah al-Hujurat, apabila datang berita daripada orang fasik, perkara itu hendaklah diselidiki terlebih dahulu.

dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106"Dan kalau tidak cukup empat orang saksi, sepatutnya penuduh dikenakan hukuman Qazaf. Hukum orang fasik ini, dia tak layak lagi jadi saksi untuk sebarang kes kerana sudah hilang kredibeliti."

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Dr Juanda (kanan) berpendapat isu melibatkan keaiban peribadi tidak boleh dijadikan modalpolitik, apatah lagi jika perkara berkaitan seks yang amat memalukan.

"(Kalau betul pun), kita tak tahu, mungkin dia sudah bertaubat. Kenapa perlu dedahkan perkara itu? Siapa tak ada aib di masa lalu?" soal Dr Juanda lagi.

Katanya, rakaman video sahaja tidak mencukupi jika tidak disokong oleh empat saksi yang adil kerana kesalahan zina amat berat dan hukuman yang dijatuhkan hendaklah bebas daripada sebarang prasangka.

"Kalau ada (hanya) tiga orang saksi yang melihat perkara itu, lebih elok mereka tutup mulut sahaja daripada mendedahkannya. Kesan tindakan itu melibatkan banyak pihak, termasuk anggota keluarga yang terlibat," katanya.

'Jangan terpalit, terikut-ikut'
Semalam, ulama terkenal Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, para mufti wajar menyatakan pendirian berhubung isu “politik selak kain” susulan tayangan video kontroversi minggu lalu.

NONESementara itu, Tamyes (kiri) pula menyifatkan apa yang berlaku sekarang ini berjalan secara tidak betul.

"Untuk menuduh, mestilah mendatangkan bukti, iaitu empat saksi untuk mensabitkan kesalahan. Jika tidak, pihak itu boleh dikenakan hukum Qazaf.

"Hukum ini tidak pernah berubah dari dulu sampai sekarang. Kepada yang dituduh, boleh bersumpah untuk menafikan apa yang dituduh. Tetapi sekarang, yang menuduh bersumpah, yang dituduh diminta mencari bukti. Ini terbalik dan tidak betul," katanya.

Tamyes juga menasihatkan orang awam yang tidak tahu menahu tidak masuk campur, walaupun sekadar bersembang-sembang mengenaninya di kedai kopi.

"Biarlah diselesaikan oleh pihak yang berkenaan. Janganlah terpalit sama, terikut-ikut buat tuduhan," katanya lagi.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas berhubung gejala "politik selak kain" yang dibangkitkan Dr Mohd Asri sebelum ini.

"Bagaimanapun, saya minta kembalilah ke jalan Allah. Sekiranya tidak ada asas sesuatu tuduhan itu, eloklah kita sorot kembali (kesasihan dakwaan itu)," katanya.

Kod etika dalam Islam
Sementara itu, Mufti Kelantan Datuk Mohammad Shukri Mohammad pula berkata, Islam menetapkan kod etika untuk pelbagai pihak, sama ada ada penuduh atau orang awam dalam menghadapi isu pendedahan aib orang.

Katanya, pendedahan perkara buruk melibatkan orang lain boleh dibuat bagi tujuan pengadilan dan penghakiman sahaja dan tidak boleh didedahkan secara terbuka.

azlan"Kalau dengan niat hendak aibkan orang memang dilarang. Kalau dengan tujuan mencari kebenaran atau mendapat pengadilan yang adil, perlulah dedahkan.

"Tetapi cara mendedahkannya biasanya dedah pada qadi, hakim atau mufti, tidak kepada orang awam," katanya kepada Malaysiakini.

Bagi orang awam pula, Mohammad Shukri sependapat dengan Dr Juanda bahawa sesuatu berita yang disampaikan mestilah diselidik dahulu dan tidak terus menerimanya bulat-bulat.

"Jabatan mufti sepatunya jadi sumber rujukan. kalau pihak berkenaan rujuk dulu, barangkali ada cara lebih sopan untuk nyatakan kebenaran dan mendapatkan pengadilan.

"Sebabnya menonton video lucah, undang-undang negara pun tak boleh," katanya.









Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...