Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Ahad, Disember 28, 2008

Falsafah Perlaksanaan Hukum Hudud Dalam Masyarakat

Hudud
Hukum hudud sumber nya dari Al Quran
Kita amat terkejut kerana ada pula segelintir umat Islam yg menolak terus hukum ALLAH (Hudud) ini tanpa hujah yg berasas. Daripada hujah dan penolakan yg dibuat itu nyata pada kita golongan ini tidak faham tentang Islam, agama yg dipilih untuk dianutinya itu. Mengapa mereka mengaku menganut Islam, tetapi kemudiannya mempertikaikan undang-undang Islam?.

Sepatutnya mereka study dulu Al Quran dan Hadis itu sehingga mereka yakin betul kebenarannya, barulah mengisytiharkan, “Saya orang Islam dan akan membelanya.”

Apa, mereka ingat ALLAH tidak fahamkah masalah-masalah yg bakal berbangkit akibat drp perlaksanaan hudud? Dan kalau ALLAH faham, apakah ALLAH tidak buat jalan keluar untuk masalah tersebut?

Kalau benarlah begitu, ertinya tidak lengkaplah ajaran Islam ini. Sebenarnya kitalah yg tidak faham Islam. Memang, kalau tidak belajar, mana nak faham.

Dalam Islam, sebarang masalah ada jawapannya. Dan logiknya jawapan Islam itu mengatasi semua logik akal yg terfikir oleh manusia. Logik yg ALLAH bekalkan dalam wahyu-Nya terasa luar biasa oleh kita, sebab kita tidak terfikir pun logik itu sebelumnya. Hingga kerana logik Al Quran ini, kita akan kagum dgn Islam dan merasa bertuah kerana kita menjadi penganutnya.Di sini kita dengan izin ALLAH akan cuba menjawab persoalan-persoalan yg berbangkit tentang HUDUD . Ia itu jawapan untuk mereka yg terlau ghairah tapi melulu dan jawapan kpd mereka yang menolak kerana tidak tahu.

Moga-moga kita umat Islam akan mendapat jalan keluar yg paling baik dan tepat ke arah melaksanakan hukum-hukum Islam dalam hidup ini. Semoga dgn itu kita akan selamat di dunia dan Akhirat. Dan moga-moga oarang bukan Islam pun akan menghormati kita kerana mereka dapat melihat kebaikan dan kebenaran hukum Islam ini.

ALLAH SWT, sekalipun telah menetapkan hukum hudud namun Dia tetap seolah-olah mempunyai maksud yang hukum itu bukan untuk menghukum. Tetapi sekadar untuk menakut-nakutkan sahaja. Saya berani berkata begitu kerana melihatkan syarat-syarat untuk terlaksananya sesuatu hukum hudud itu begitu diperketatkan Nya. Hingga hampir-hampir hukum-hukum itu tidak boleh dilaksanakan kerana terlalu ketat syarat-syaratnya.

Untuk membuktikan kenyataan ini, saya suka membawa contoh hukuman hudud yg dikenakan kpd penzina. Yakni kesalahan yg mahkamah tidak boleh terima pemberiaan maaf oleh mana-mana pihak. Kalau sabit kesalahannya, pesalah mesti dihukum.

Sebab penzina bukan saja bersalah dgn manusia tetapi yg lebih berat ia bersalah kepada ALLAH. Jadi walaupun mungkin kedua-dua pihak sama-sama suka melakukan kerja terkutuk itu, namun mereka mesti dihukum. Begitulah ketentuan syariat.

Firman ALLAH:

“Perempuan yg berzina dan laki-laki yg berzina maka deralah tiap-tiap orang dari keduanya seratus kali dera, dan janganlah belas kasihan kpd keduanya menegah kamu untuk menjalankan agama ALLAH, jika kamu beriman kpd ALLAH dan hari Akhirat, dan hendaklah (perlaksanakan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.”(An Nur: 2)

Tetapi mudahkah untuk menangkap seterusnya menghukum penzina? Saya rasa dgn melihatkan syarat-syaratnya, ia hampir-hampir mustahil boleh berlaku.

Syarat-syarat itu adalah seperti berikut:

1. Hakim mestilah adil dan bertaqwa

2.Mesti ada empat orang saksi lelaki yg adil.Saksi-saksi itu pula tidak mencari-cari, mengintai-ngintai, tidak berpakat dan tidak merancang antara satu sama lain untuk menyaksikan kejadian terkutuk itu.

Saksi-saksi fasik tidak diterima kesaksiannya. Antara ciri-ciri fasiq ialah berjalan tidak menutup kepala, berjalan tidak berlapik kaki, makan atau minum berdiri atau berjalan, kencing berdiri dan orang yg melazimi duduk-duduk dan makan di kedai sedangkan rumahnya dekat.

Orang-orang ini walaupun tidak melakukan dosa, tetapi dianggap tidak senonoh dan tidak berwibawa. Jadi mereka tidak boleh jadi saksi. Apalagi kalau dia seorang yg melanggar syariat. Selain itu, kesaksian juga tidak diterima dari mereka yg berikut:

  • Orang yg pernah dikenakan hukum hudud qazaf (membuat tuduhan palsu) sama ada telah menjalani hukuman atau belum. Kesaksiannya tidak diterima walaupun dia telah bertaubat.
  • Orang yg murtad
  • Orang buta
  • Orang bisu
3. Saksi-saksi mesti menyaksikan dgn mata kepalanya sendiri akan perlakuan zina itu seperti melihat keris dimasukkan ke sarungnya. Tetapi kalau setakat melihat pasangan berada di dalam satu selimut atau bercium atau berpeluk-pelukan atau bersunyian dalam gelap, kesaksiannya ditolak.

Dengan syarat-syarat tersebut,mudahkah ditangkap seorang penzina untuk dihukum? Kalau saksinya ramai sekalipun senangkah nak cari saksi yg warak dan dapat melihat kejadian itu tepat-tepat.

Namun, Islam mensyaratkan wajib empat orang saksi. Kalau tiga orang saksi sahaja, tidak cukup, maka kes tersebut dibuang.

Kemudian senang kah nak ternampak betul-betul peristiwa ‘keris memasuki sarung itu?Yang mana biasanya hal itu berlaku sangat tertutup dan tersembunyi. Sekiranya saksi tidak dapat membuktikan betul-betul kesaksiannya atau kesaksiannya ditolak kerana dia dianggap fasik, bukan saja tuduhannya ituditolak oleh mahkamah, bahkan saksi berkenaan dianggap orang yg suka membawa fitnah atau suka membuka aib orang.

Maka akan dikenakan hukuman hudud keatasnya dgn hukuman rotan 80 kali. Siapa yg berani

untuk mudah-mudah menjadi saksi kpd kes zina, kalau begitulah kemungkinan akibatnya. Dan siapa yg berani untuk mencari-cari kesalahan orang lain untuk dibawa ke mahkamah?

Pendek kata, kes zina ini memang susah untuk dikesan dan dihukum. Dalam sejarah yg kita tahu, terlalu sedikit orang yg kena dihukum kerana zina.Kalau ada pun penzina yg dihukum oleh mahkamah ialah kerana penzina itu sendiri yg menyerah diri dan mengaku salah.

Yakni lelaki dan wanita yg baik tetapi terlajak melakukan maksiat. Kemudian ia menyesal. Akhirnya meminta dirinya agar diazab di dunia supaya selamat dari azab Neraka. Ertinya, pada zaman itu penzina adalah orang baik, yg terlajak oleh dorongan nafsu. Bukannya orang yg sengaja mahu berhibur-hibur dgn zina.

Atau yg mencari makan melalui zina dll. Bukti dia baik ialah dia rela menyerah diri padahal dia boleh lepaskan diri. Tetapi itu tidak dilakukannya kerana dia takut kpd ALLAH- Tuhan yg Maha Melihat dan Maha Mengetahui!

Dalam masyarakat hari ini, hukum hudud tidak sesuai untuk dijalankan. Sekalipun zina berleluasa. Ini disebabkan sukarnya mencari seorang hakim yg adil dan saksi yg warak serta adil. Bila tidak cukup syarat, maka hukuman tidak boleh dijatuhkan. Kiranya kes-kes zina itu walaupun memang berlaku tetapi tidak tersabit kesalahannya, sebab tak cukup syarat, maka penzina-penzina lain akan mengambil kesempatan untuk lebih berani melakukannya.

Kerana peluang untuk lari dari hukuman adalah besar. Sebab itu hukuman ini sebenarnya ALLAH turunkan di waktu masyarakat umum sudah baik-baik belaka. Penjahat-penjahat walaupun ada, hanya sedikit bilangannya. Itupun orang yg sudah baik atau sekurang-kurangnya sudah malu dgn anggota masyarakat umum yg sudah baik. Jadi kalaupun lepas dari kes zina, namun mereka ini sudah cukup malu dan insaf.

Sedangkan masyarakat hari ini, kalau penzina terlepas dari kes zina namun dia bukannya makin insaf, tetapi makin akan jadi berani. Sebab dia tak akan begitu malu pada masyarakat yg memang sama-sama tidak baik. Zina sudah lumrah.Tetapi kalau dia seorang saja yg berzina, orang lain tidak pernah didengar melakukannya, baru dia akan rasa malu, terhina dan tersisih dan insaf.

Mengapa ALLAH ketatkan syarat-syarat ke atas hukum zina? Itu tandanya ALLAH bukan mahu memalukan hamba-hambanya yg bersalah itu.

Sebaliknya ALLAh mahu tutup-tutup kesalahan itu supaya tidak terbuka kpd umum dan supaya pesalah tidak menanggung penderitaan yg menghinakan dari hukuman itu.

ALLAH mahu pesalah terdidik dan bertaubat dari kesalahannya. Yakni, bila sesorang yg melakukan zina itu ditangkap, kemudian dibicarakan, tetapi, oleh kerana syarat-syarat untuk dia disahkan berzina oleh mahkamah tidak cukup, kerana terlalu berat syarat-syaratnya itu, maka sipenzina terlepas dari hukuman.Maka apa yg sepatutnya dirasakan ialah, ALLAH telah melepaskannya dari azab yg mengerikan itu.

Tetapi sengaja ALLAH beri peluang untuk ia hidup lagi atau terlepas dari hidup terseksa. Hatinya tentu akan rasa berterima kasih yg tidak terhingga pada Tuhan Yang Maha Baik itu, lantas ia pun bertaubat dgn sebenar-benar taubat.

Bijaksananya ALLAH mendidik hamba-hamba-Nya secara halus dgn melepaskan penzina dari hukuman. Hingga kerana itu penzina mengalami kesan psikologi yg mendalam. Dia sangat insaf dgn perlindungan dan kasih sayang ALLAH. Sedangkan kalau dia dihukum, kesan tidak begitu dirasakan.

Cuma dia merasa patutlah dia terhukum sebab memang dia bersalah. Hal ini hanya mungkin berlaku pada pesalah yg hatinya sudah pernah tunduk pada kebenaran dan tarbiah. Cuma untuk seketika ia lalai dan terikutkan nafsu. Juga pada hati yg sudah dikepung oleh masyarakat yg soleh dan solehah.

Tetapi dalam masyrakat hari ini, yg hati-hatinya sudah degil dan ingkar, susah untuk insaf dgn didikan halus oleh ALLAH itu. Bahkan kiranya terlepas dari hukuman, mungkin dia rasa satu kemenangan.

Dan peluang untuk mengulangi kesalahan masih terbuka. Sebagai kesimpulannya, saya tegaskan sekali lagi bahawa sesungguhnya hukum hudud yg dikatakan menakutkan itu sebenarnya penuh kasih sayang, pendidikan, kebaikan dan keuntungan bagi masyarakat umum dan juga pada individu pesalah.

Ia sebagai satu kaedah pendidikan yg terakhir kpd sebahagian kecil anggota masyarakat Islam, yg tidak dapat dijinakkan nafsunya oleh dakwah dan tarbiah. Apabila pencuri dan pembunuh dimaafkan di mahkamah dan apabila penzina terlepas dari hukuman kerana syarat-syarat terlalu ketat, maka hal itu akan memberi malu dan menginsafkan pesalah-pesalah. Maka dgn cara itu terbinalah akhirnya sebuah masyarakat idaman yakni:

“Negara yang baik (aman dan makmur) dan Tuhan yang Maha Pengampun (penduduknya mendapat keampunan ALLAH) ( Saba’: Ayat 15)

Perlu diingat sekali lagi, bahawa hukuman ini sekalipun sudah ada dalam AL Quran sejak 1,400 tahun lalu, namun perlaksanaannya hendaklah dibuat sesudah program dakwah dan tarbiah selesai dalam masyarakat. Dan sesudah persediaan-persediaan lain diwujudkan seperti yg telah disusun atur oleh Rasulullah SAW dalam langkah-langkah perjuangannya. Dahulukan soal-soal fardhu ain dan fardhu kifayah yg utama.Ini juga sudah lebih dulu ada dalam Al Quran.

Tertib ini jangan diubah-ubah demi tercapai hasil yg tepat. Bila kerja-kerja berhubung dgn fardhu ain dan fardhu kifayah yg utama selesai dan berhasil, barulah disempurnakan atau dipagari hasil-hasil baik itu dengan hukuman hudud. Segala yang saya bentangkan ini adalah rakaman sejarah.

Dan kalau kita mahu melihatnya dgn mata kepala sendiri, demi keyakinan yg mendalam, tidak cukup dgn cerita dan teori ini. Justeru orang lain pun boleh bercerita dan mencipta teori-teori ilmiah yg belum terbukti.

Maka supaya benar-benar menjadi pengalaman bersama, mari kita cuba laksanakan langkah-langkah perjuangan itu mengikut susun atur yg tertib secara istiqamah, sistematik dan syumul.

Disana nanti baru kita akan faham maksud-maksud tersirat ALLAH, hikmah dan falsafah yg mendalam tentang ajaran-ajaran dan hukum-hukum ALLAH. Tanpa praktik dan pengalaman, kita akan sentiasa berselisih disebabkan pendapat yg berbeza-beza, yg biasanya lahir dari nafsu, syaitan dan kejahilan yg kita pertahankan.

HIKMAH HUDUD

Sejarah telah mebuktikan bahawa hukum HUDUD adalah satu peraturan yg bijaksana, adil, mampu mengawal kebaikan dan telah memberi jalan keluar kpd masalah manusia. Dizaman kegemilangan Islam yg lampau orang kafir pun menerimanya. Bagi orang beriman, hukum HUDUD dirasakan satu anugerah yg mengandungi nikmat. Kerana ia memberi dua faedah yg besar:

1. Ia seolah-olah pagar yg mengawal tanam-tanaman dari serangan binatang-binatang yg hendak memakannya. Yakni HUDUD membersihkan masyarakat drp orang-orang jahat yg mahu mengganggu keselamatan dan kebaikan insaniah dan material yg mereka telah cetuskan.

2. Bagi orang-orang yg melakukan kejahatan sama ada sengaja atau tidak, mereka diberi jalan keluar untuk lepas dari hukuman Akhirat. yang mana dosa yg sudah dihukum di dunia (secara HUDUD) tidak lagi dihukum di Akhirat.

Disinilah menunjukkan betapa pentingnya perlaksanaan hudud didahului dengan kesedaran iman dan kefahaman Islam. Sebagai pagar, maka hukum HUDUD hanya mungkin dilakasanakan setelah segala anak benih kebaikan selesai ditanam dan tumbuh dengan subur didalam masyarakat.Orang tidak pernah buat pagar dulu sebelum benih-benih tanaman ditanam.

Dan lagilah tidak pernah berlaku orang yang buat pagar untuk memagari lalang. Ertinya hukum hudud itu ditegakkan dalam masyarakat yg sudah baik-baik demi mengawal kebaikan drp dirosakkan oleh orang-orang jahat yg sudah tidak dimakan ajar.

Sebaliknya, kalau hukum hudud ditegakkan dalam masyarkat yg majoriti belum baik, maka fungsinya yg sebenar tidak akan berjalan. Sebaliknya hudud akan jadi ‘bala’ dalam masyarakat, yakni masyarakat akan hiruk pikuk dengan hukum, denda, seksa dan lain-lain yg tidak kenal rehat. Hingga masyarakat itu nampak begitu kejam dan tidak ada kedamaian dan kasih sayang lagi.Pagar hanya tahan mengawal dua tiga ekor lembu tapi kalau sudah beribu-ribu ekor lembu, pagar boleh roboh dibuatnya.Sedang dalam masyarakat yg sudah dididik iman dan taqwa, hukum hudud yg diancamkan itu akan benar-benar memberhentikan maksiat.

Cukuplah sekali tangan seorang pencuri itu dipotong dan dipamerkan untuk diambil pengajaran oleh orang-orang lain, maka hasilnya, tidak berlaku lagi sebarang kecurian dalam masyarakat itu.

Tapi hari ini, masayarakat masih liar, bukan saja tangan dipotong, kalau kepala dipotong pun nescaya tidak membuatkan orang lain “bercuti” dari kejahatan.

Sebaliknya orang-orang jahat itu akan mengejek-ejek mengatakan Islam itu kejam, zalim dll.

ALLAH minta kita lakukan amar makruf dulu kemudian barulah nahi mungkar. Yakni tegakkan kebaikan dulu baru cegah kemungkaran. Bukannya ghairah sangat hendak menghukum penjahat sedangkan usaha-usaha mengajak kebaikan tidak diberi perhatian serius.Hukum hudud yg ALLAH sudah tetapkan dalam AlQuran adalah satu kaedah menghukum yg sungguh tinggi nilai dan hikmahnya. Ia lebih bijak, lebih tepat dan lebih adil dari “hudud-hudud duniawa” yg dicipta oleh manusia.

Contohnya dalam kes curi, ALLAH menetapkan hukumannya iaitu dipotong tangan.Manakala mengikut peraturan manusia, pencuri dihukum penjara atau denda. Mana lebih bijak dan adil? Pencuri yg mencuri kerana sengaja bukannya terpaksa atau terdesak, tidak akan dapat diubat penyakitnya itu hanya dgn penjara atau denda. Bagi pencuri yg pakar, hukuman denda mendorong dia untuk lebih kreatif dan aktif mencuri.Maka akan lebih ramai orang yg diseksanya kerana kehilangan harta. Oleh itu, supaya pencuri benar-benar rasa betapa sakitnya orang-orang yg dicuri hartanya itu, sipencuri mesti disakiti dgn kesakitan yg setimpal. Yakni hilangkan atau ‘curi’ tangannya.

Tetapi ALLAH tidak perintahkan dipotong kaki pencuri, walaupun kaki turut terlibat dalam mencuri. Sebab potong kaki agak keterlaluan, kerana itu mengambil atau menghilangkan kehidupan si pencuri kerana tidak boleh bergerak lagi. Sedangkan akibat mencuri itu bukan sampai orang yg kena curi itu tidak boleh hidup lagi. Demikianlah sukatan hukuman hudud, ia betul-betul setimpal dan berpada dgn kesalahan seseorang. Jelas ini menunjukkan tujuan hudud ialah agar pesalah merasa kesakitan yg seimbang dgn kesalahannya keatas orang lain.

Jangan kita rasa hukuman hudud ini kejam. Sebab hukuman itu sama timbangannya dengan kekejaman yg dilakukan oleh pesalah terhadap orang lain.Demikianlah halnya dengan hukum-hukum yg lain dalam Islam. Sudah ALLAH sukat dan tetapkan dgn jelas dan terperinci. Ia tidak boleh ditukar ganti, dirombak, dipinda dan dipersoalkan. Kita cuma dibenarkan mencari hikmahnya untuk kita lebih yakin dgn hukum ALLAH.

Diantara hukuman-Nya yg telah tetap tidak boleh berubah-ubah lagi ialah
  1. Hukuman pancung kpd orang yg tidak sembahyang tiga waktu berturut-turut tanpa uzur syar’i sesudah dinasihatkan.
  2. Hukum qisas iaitu membunuh dibalas bunuh, luka dibalas luka.
  3. Hukuman sebat kpd orang yg membuat fitnah
  4. Hukuman rotan 100 kali pada penzina yg belum kahwin, direjam sampai mati pada penzina yg sudah kahwin.
  5. Hukuman rotan 80 kali kpd orang yg menuduh orang berzina tanpa bukti yg cukup.
  6. Rotan 80 kali untuk peminum arak
Terhadap kesalahan-kesalahan yg ALLAH tidak tetapkan hukumannya, cuma menyerahkan kpd bijaksana hakim untuk menjatuhkan hukuman agar seimbang dgn

kesalahan, itu dinamakan hukum ta’zir. Yakni pesalah diberi malu. Cara-cara memalukan itu boleh berbeza-beza bergantung kpd siapa pesalah dan apa kesalahan. Hukuman ta’zir yg biasa dilakukan ialah diarak keliling bandar serta diconteng mukanya. Atau dipamerkan, didenda, dikerah kerja berat, dipenjara, diikat ditiang tempat lalu lalang umum dll.

Tujuannya supaya dia benar-benar rasa malu dan terhina sehingga dia serik untuk mengulang kesalahan yg dilakukannya. Perlu diingat bahawa hukuman ini sama hebatnya dgn kesalahan yg dibuat.Jadi tak timbul istilah kejam dsbnya. Pesalah sendiri akan mengaku nanti:

“Beginilah hebatnya kekejaman yg aku lakukan. Dan hukuman di Akhirat lebih dahsyat lagi. Biarlah aku dihukum di dunia.”

Sebenarnya ‘hudud dunia’ ini lebih kejam. Ada orang ditangkap tanpa dibicara. Hukum hudud bukan bermaksud menyeksa.Ia lebih bermaksud untuk mendidik orang-orang yg tidak terdidik dgn nasihat dan tunjuk ajar. Bila ia sakit, malu dan susah, baru dia faham yg

sikapnya itu tidak baik dan tidak patut. Baru dia dapat berfikir tentang perasaan dan keperluan orang lain.Sebagaimana dia tidak sanggup disusahkan, dimalukan dan disakiti, begitulah orang lain. Keinsafan ini hanya akan timbul kalau hukuman yg dikenakan benar-benar menyakitkan dan seimbang.

Tidak lebih dan tidak kurang. Kalau kurang, ia tidak menakutkan dan menginsafkan. Kalau lebih, akan jadi zalim dan kejam.Siapakah yg lebih bijak dari ALLAH dalam menetapkan lebih atau kurangnya sesuatu hukuman?

Sedangkan kita hendak menghukum anak yg kita sayangkan itu pun kita tidak pasti apakah hukuman benar-benar boleh menghentikan kejahatannya. Susah kita hendak adil. Apa lagi terhadap orang yg tiada sangkut-paut dgn kita. Kalau begitu, janganlah terlalu berani untuk mempertikaikan ketetapan ALLAH!. Konon bangsa asing akan takut hudud. Inipun satu andaian tanpa asas. Yg lebih banyak salah dari betulnya.

Sebenarnya bangsa asing yg cerdik dan rasional lebih terbuka dalam menerima sesuatu hukuman drp orang Islam yg sudah rosak imannya.Buktinya,orang asing boleh terima hukum penjara, hukum bunuh, hukum sebat, hukum gantung dll yg dibuat di dunia selama ini. Kalau hukum bunuh pun dapat diterima, masakan hukum potong tangan dan rejam ditolak? Sedangkan kebaikan akan dapat dirasai oleh masyarakat lebih besar darinya dari tangan yg dipotong itu.

Bahkan saya yakin orang asing itu pun suka kalau pencuri dari bangsanya yg sudah tidak boleh diubat lagi, dipotong saja tangannya supaya harta mereka tidak dicuri lagi dan kesejahteraan masyrakat terjamin. Dalam sejarah Islam, hukum hudud yg dijalankan tepat mengikut cara dan peraturan yg ditentukan oleh Islam, telah memberi kesan yg sungguh baik.

Yakni sesudah hukuman dijatuhkan kpd pesalah yg menyerah diri, kesalahan yg sama tidak berlaku lagi dalam masyarakat untuk beberapa tahun. Keamanan dan kestabilan dan ketenangan hakiki benar-benar dirasai oleh masyarakat. Inilah berkatnya hukum ALLAH dan sempurnanya peraturan hidup Islam.Tetapi kalau syarat-syarat tidak dipenuhi, tidak melalui tarbiah dan asuhan yg istiqamah, memang ia nampak terlalu berat dan mustahil.

Makan nasi pun kalau tidak ikut peraturan dari awal hingga akhirnya akan menyusahkan kita walaupun lauknya sedap. Demikianlah dgn hukum hudud. Ia jadi rahmat kalau dilakukan ikut caranya. Tetapi akan jadi aneh kalau diletak bukan pada masa dan tempatnya.

Pengertian HUDUD dan TA’ZIR:

HUKUM HUDUD ertinya hukum-hukum yg telah ditetapkan oleh ALLAH dalam AlQuran dan Hadis kadar hukuman-nya (seksaannya) keatas kesalahan-kesalah jenayah tertentu yg tidak boleh manusia mengubah, menokok atau mengurangkannya. Adapun kesalahan-kesalahan jenayah yg ALLAH tetapkan ini adalah tidak banyak. Bukan semua jenis kesalahan jenayah yg manusia lakukan itu ditetapkan bentuk hukumannya oleh ALLAH. Lebih banyak dari jenis-jenis kesalahan itu yg ALLAH serahkan kpd kebijaksanaan tuan hakim untuk menjatuhkan bentuk hukuman.

Dengan syarat pesalah itu dimalukan atau disusahkan sepadan dgn kesalahan yg dilakukannya.Hukum jenis ini dinamakan hukum ta’zir.Bahkan kesalahan-kesalahan yg sudah ditetapkan hukuman itu pun, jika tidak cukup syarat untuk dilaksanakan hudud ke atasnya, maka ia dikenakan hukum ta’zir atau buang kes. Biasanya hukum ta’zir ini lebih ringan dari hukum hudud. Kesalahan yg sama oleh orang yg berbeza mungkin pula bebeza pula hukum ta’zirnya. Sebab taraf dan kedudukan orang tidak sama, jadi cara memberi malu juga tidak sama. Hal inilah yg sangat memerlukan kebijaksanaan hakim. Agar setiap pesalah benar-benar rasa malu terasa atau susah atau sakit sepadan dgn kesalahan supaya dia insaf dan kesal dgn perbuatannya.

Tapi kesalahan-kesalahan jenayah yg dihukum hudud, tidak boleh berbeza-beza hukumannya walaupun siapa pun yg terlibat.Tujuan ALLAH menurunkan hukum hudud dan hukum ta’zir ialah untuk menyelamatkan kebaikan yg telah diusahakan oleh majoriti masyarakat manusia drp diganggu atau dirosakkan oleh segelintir penjahat. Sebab kejahatan tidak dapat dihapuskan 100% melalui ilmu dan pendidikan. Sebahagiannya hanya dapat dibaiki dgn hukuman.

Sebab itu hukuman didatangkan sebagai jalan penyelesaian terakhir kpd segelintir masyarakat. Hukuman-hukuman ALLAH sama ada hudud atau ta’zir, jangan dipandang lahirnya yg menyakitkan.Tetapi lihat kebaikannya yg menyeluruh kpd masyarakat. Sepertilah bila doktor mahu membedah pesakitnya atau mahu potong anggota pesakit yg kencing manis/diabetis, jangan dilihat lahirnya yg menakutkan. Tetapi lihatlah natijah(hasil) baiknya yg penuh keselamatan bagi anggota-anggota yg lain.

PERSOALAN QISAS

Hukuman-hukuman ALLAH sebenarnya mempunyai kebaikan yg cukup banyak. Lihatlah firman-Nya:

“Sesungguhnya dalam qisas itu ada kehidupan, wahai orang yg mempunyai akal, moga-moga kamu bertaqwa.” (Al Baqarah:179)

Saya akan cuba mentafsirkan ayat ini dgn menggunakan ilmu yg ALLAH berikan.

Ukuran kadar hukuman yg ALLAH tentukan itu boleh menghidupkan jiwa dan fizikal manusia. Proses terjadi adalah begini: Hidupnya jiwa dan fizikal ialah bilamana seseorang yg telah dijatuhi hukuman tiba-tiba dimaafkan oleh pihak yg menuntut bela itu. Mulanya pesalah sudah kecewa sekali apabila nyawanya akan hilang atau tangannya akan dipotong.

Waktu itu jiwa sudah mati sebelum fizikalnya betul-betul dipengapakan. Tetapi dalam ajaran Islam, biasanya dan sepatutnya, pihak keluarga yg menuntut bela akan rasa bersalah untuk membenarkan mahkamah benar-benar menjalankan hukum yg berat itu pada pesalah. Kerana orang yg bertaqwa itu sangat suka memberi maaf kerana inginkan keredhaan ALLAH. Walaupun mereka itu juga telah disusahkan oleh pesalah, yg mana pesalah patut juga disusahkan, tetapi si Mukmin tidak punya sifat pendendam. Cukuplah pesalah diseksa dgn pembicaraan dan mendengar hukuman yg berat padanya itu. Itupun sudah menyeksakan. Maka atas pertimbangan itu, pihak yg mendakawa sudah dapat menerima bahawa taqdir yg berlaku adalah ujian ALLAH untuk mereka. Tentuhikmah ALLAH cukup banyak dgn menimpakan kemalangan itu kpd mereka. Kalau mereka membalas dendam, ertinya mereka tidak faham maksud baik ALLAH melalui kesusahan itu. Dan menolak peluang mendapat pahala memaafkan, yg amat besar di sisi ALLAH.

Dengan itu akhirnya, seperti yg selalu terjadi dalam sejarah Islam di zaman salafussoleh, pesalah dimaafkan oleh pihak keluarga yg mendakwa. Dalam Islam, pemberian maaf diiktiraf oleh mahkamah terhadap kesalahan sesama manusia. Yakni hukuman ditarik balik. Kalau kena juga cuma hukuman ta’zir yg agak ringan.

Apabila pesalah mengetahui yg ia diberi maaf oleh orang-orang yg dia telah bersalah, jiwanya yg mati tadi hidup kembali bersama keinsafan yg mendalam. Kalau tadi,dia tidak menangis tetapi seelok dimaafkan pasti dia menangis. Kalau mata tidak berair tetapi hatinya hancur oleh keharuan dan kekesalan.

“Aku telah menzalimi orang-orang yg cukup baik padaku. Aku telah menyeksa mereka tetapi mereka telah memulangkan nyawaku, tanganku dan kehormatanku. Mereka telah membela keluargaku dari kehilangan aku dan akibat-akibatnya. Aku insaf wahai Tuhan. Aku bertaubat dan aku berjanji untuk menyelamatkan orang-orang yg telah menyelamatkan aku ini.”

Demikianlah lebih kurang hati manusia akan berbicara terhadap dirinya disaat-saat ia dilepaskan dari kematian dan kesusahan yg sudah pasti.

Itulah kehidupan yg ALLAH maksudkan. Dan ia bukan khayalan penulis tetapi realiti sejarah yg sering berlaku dikalangan masyarakat Islam dalam melaksanakan hukuman hukuman yg ALLAH tentukan itu. Kisah begini mungkin asing pada pembaca kerana ia hampir tidak pernah berlaku dalam masyarakat kita. Lebih-lebih lagi mahkamah di Malaysia dan di dunia hari ini memang tidak menerima pemberiaan maaf ke atas pesalah. Maka tidak pernah berlakulah pesalah diinsafkan oleh kemaafan pihak yg dia telah bersalah.

Sementelahan pula hari ini mana ada hati yg rela memaafkan kesalahan orang lain. Hati umat Islam sudah dirosakkan oleh sekularisme hingga mereka tidak mahu merebut pahala memberi maaf yg sangat ALLAH anjurkan. Sedangkan hukum hudud yg ALLAH turunkan itu ialah kpd masyarakat yg hatinya sudah cinta Akhirat lebih dari cinta dunia.

Mereka mengharap untung Akhirat lebih dari kepuasan dunia yg sementara itu. Sebab itu bila ada orang bersalah pada mereka, mereka mampu memaafkannya. Hasil dari tu pula pesalah turut diselamatkan dari terus dari jahat. Itulah maksud hudud yg sebenarnya.

Maha bijaknya ALLAH, menyembunyikan hukuman yg begitu besar disebalik kesusahan yg ditentukan-Nya. Benarlah firman-Nya:

“Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan. Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan.” (An Nasyrah:5-6)

Sebaliknya, kiranya pesalah terpaksa menjalani hukumannya pun, kerana tidak dimaafkan, itu tetap membawa kebaikan padanya dunia dan Akhirat.

Di dunia, hukuman itu cukup menghina dan memalukan serta menyeksakannya sehingga ia serik, insaf dan terdidik sepanjang masa. Ukuran seksaan itu cukup-cukup untuk ia terasakan pendidikan itu. Tidak lebih dan tidak kurang. Kalau lebih, dia dihantui oleh rasa tidak puas hati. Kalau kurang, dia masih berani untuk melakukan lagi.Tetapi kalau tepat-tepat betul, dia tidak boleh mengelak dan mengakui kesalahan dirinya.Hatinya akan merintih, ”Sebagaimana terseksa orang lain kerana aku, maka padanlah dgn apa yg ku tanggung ini.”

Kata-kata inilah yg dinanti-nanti oleh ALLAH dari hamba-hamba-Nya melalui hukum hudud itu. Alangkah baiknya ALLAH kerana memberi perhatian kpd hamba-Nya yg bersalah untuk dibaiki-Nya. Jika tidak begitu, sihamba akan dibiarkan untuk hidup dibenci dan mati diseksa. Terima Kasih, Ya ALLAH, kerana kasih sayang-Mu yg mahal itu.

Dalam masa yg sama, hukum hudud yg dijalankan pada seseorang mendidik orang ain agar takut untuk membuat jahat. Mengapa hukum-hukum lain yg bukan hukum hudud hari ini tidak pun membuatkan orang lain takut untuk buat salah? Bahkan makin diketatkan, jenayah dan maksiat makin berleluasa. Kalau begitu apa dalilnya untuk kita mengatakan hudud mampu menakutkan penjahat lain dari membuat kesalahan? Hujah saya begini:Hukum hudud ALLAH datangkan untuk masyarakat yg majoritinya sudah terdidik dgn dakwah dan tarbiah Islamiyah. Masyarakat yg baik-baik, yg telah mencetuskan bermacam-macam kebaikan dalam masyarakat sama ada tamadun lahir atau tamadun maknawiah seperti iman, ilmu pengetahuan, akhlak dll.

Maka untuk mengawal tamadun ini dari gangguan atau dirosakkan oleh penjahat-penjahat yg masih ada sedikit-sedikit lagi dalam masyarakat sama ada sengaja atau terdorong oleh nafsu, didatangkanlah hukum hudud. Dengan kata lain, hukum hudud datang untuk masyarakat yg sudah baik-baik, yg penjahatnya sudah tidak ramai. Yg peluang-peluang kejahatan juga tidak ada dan penjahat pun sudah tahu bahawa perbuatannya adalah kerja terkutuk. Dalam keadaan ini, bila dilihat saudaranya terhukum teruk akibat kejahatannya, dgn mudah saja menakutkandan menginsafkannya. Hatinya mudah untuk insaf dgn melihat hukuman itu. Akibatnya, masyarakat selamat dari kejahatannya, maka hiduplah jiwa, fikiran dan fizikal mereka.

Manusia boleh terus menyambung hidupnya. Ini satu lagi maksud yg terdapat dalam firman ALLAH di atas. Tetapi dalam masyarakat hari ini, hukuman apa pun tidak akan membuat penjahat takut dan berhenti dari kerjanya.Sebab penjahat menganggap kerjanya baik untuknya. Dianggap bidang tugas yg patut diusahakan.Kejahatan dianggap baik.Kalau tutup satu pintu darinya, dia akan cari pintu kejahatan yg lain pula. Hatinya sudah cukup rosak.

Sebabnya, disamping tarbiah Islamiah memang tidak pernah didengarnya, dakwah pula disekat-sekat dan dibuat bermusim-musim. Keadaan sekitar juga membantunya. Masyarakat dilihatnya lebih kurang sama saja dgn dia. Masyarakat tidak membuat dia rasa terlalu bersalah. Bahkan kalau dia boleh lepas dari hukuman, itu nasib baik bagi dia.Dilihat ada orang yg bersalah dilepas dari hukuman kerana dia orang besar atau anak orang besar. Maka dendamnya pada ketidakadilan itu membuatkan dia lebih berani dan nekad untuk buat salah lagi. Kalaulah hukum hudud dijalankan dalam masyarakat hari ini, yg majoritinya orang-orang jahat, saya kira dia tidak boleh berfungsi sebagaimana sepatutnya, seperti yg ALLAH maksudkan. Sepertilah kita pukul anak yg tidak sembahyang sebelum mendidiknya. Pukulan itu tidak bernilai jadinya. Bahkan anak itu rasa teraniaya dan ayahnya dikatakan kejam. Orang yg tidak faham pun simpati dgnnya dan turut mengatakan hukuman Islam tidak adil.Kalau begitu, jadikah hukuman itu amal soleh dan membawa kebaikan seperti yg diharapkan?

Lebih-lebih lagi dalam masyarakat hari ini, kalau hukum hudud dijalankan, maka ramailah orang besar-besar dan yg berkuasa yg akan terlepas. Tetapi golongan bawahan yg akan ramai terkena hukuman. Kerana tiada siapa yg hendak melindunginya

Penulis: Abuya Ashaari Muhammad

Sumber:http://heliconia.wordpress.com/

Selasa, Disember 23, 2008

THE SOCIETY LONGED BY MANKIND

What kind of society do we want? or in other words, what is the pattern of that society as required by God, that once existed in history and which we are now struggling to reestablish?
The need to re-establish Islam way of Life
In that society, surely everybody will be satisfied, feels calm and serene, peaceful and full of tranquility, safe and full of salvation, happy and contented, feel loved and cared for and are in harmony. In the society we want and that which God requires, the leaders are just, protecting and loving, gentle and of good character. The educated are humble and full of self-humiliation. Everybody who mixes with them feels at ease and satisfied. The rich and wealthy are not arrogant, not exhibitive and are not proud. They become banks for the society or the nation. Furthermore the poor and the destitute get support from them. They are loved and they give out love. There is no one who hates them except those who are spiteful and envious. In the society that we are waiting for, the pious or the scholars are like torches who light up each person’s life towards the path accepted by God. They are compassionate towards the ignorant and are always guiding and teaching them. They are gentle to other men. Their love and compassion is obvious. Just seeing their faces, reminds one of God. They are very much loved. Men turn to them for support and advice. In the society we are waiting for, the patience of the poor is clearly visible. They do not go around begging, let alone deceive. They are not in anxiety but instead, are calm and pacifying. Others do not realise the fact that they are poor and destitute, while, in fact they have nothing to their names, for they never beg or cause any inconvenience to people. In the society we are waiting for, the aged are respected because their charisma is high and preserved. The older they get, the closer they are to God. Their words are like pearls, always disseminating knowledge to people. As they get older, the more they are loved. They are not neglected, what more by their children and grandchildren. Besides that, in the society that we want, its youth are of honorable character and their shyness is plain to see especially among the girls and women. There is no useless free mixing of the sexes, they are diligent at work and they actively struggle to uphold the rule of God. They do not waste time seeking enjoyment. Their time is filled with all things good and useful. They strongly protect the good name and dignity of religion, race and nation. They are like fences and fortresses. Further than that, in the society that we long for, no disobedience and vices occur in the open. Crime does not exist. If any at all, it happens only once in a while, for all men feel the fear of God and truly love the Hereafter.
This should not happen in Muslim society
Articles left or lost will surely be found or returned.Womenfolk who walk alone, will not be harassed and molested. Her safety and dignity is guarded together, as though she is a member of the family even though she is not known by anyone. In such a society, neighbours respect each other, take care of each other, oversee each other, exchange gifts, help and assist each other and visit each other especially when one falls ill. Each is concerned with the other and when a neighbour is in difficulty, there will always be others who will assist him and care for him. It follows that in the society that we are looking for, people who commit wrongdoing readily ask for forgiveness and the wronged readily forgives although forgiveness is not solicited. Revenge and vendetta do not exist, envy and grudge do not happen and killing do not occur. Consideration for other people is a way of life. The world is not a source of strife and avenues for quarrels and disputes are non existent. The whole world is full of love and care and harmony. In this society longed by mankind, those who are in difficulty, the poor and those facing mishaps will not be left unassisted. People will rush to help and give aid to them. Those who are poor and in difficulty really feel assisted. Although outwardly they appear to be poor but the truth is that they are not troubled because everyone is concerned about them.
Road demonstration would not happen in true Muslim Society. In fact, those who are poor live better than those who are from the middle class. In the society that we want, anywhere we go and anywhere we travel to, it is easy for us to be received as guests. People rush to receive us and every form of assistance is offered all along the way. If we run out of supplies, there are always people who will give assistance and help. If we are lost, there are always people who will show us the way. In our journeys, we will never feel alone as there will always be new friends and acquaintances made.Also in the society that we want, (the signs of God ), the greatness of God and His (symbols) are seen everywhere.
Islamic Financial System to overide Western system.
Wherever we go, we will see people carrying out acts of subservience, handsomely attired to cover the body in accordance to the rules and codes, giving and answering the “salam/peace greetings”, reciting the Quran, learning religion, being well mannered, with noble culture, helping one another, who are tolerant, who give priority to others, who love to treat, to entertain and to receive guests and who give and assist. Further, in the society that we desire, the scholars, leaders, teachers, parents, and the aged are respected and cherished, children are loved, husbands and wives are loving to one another, the poor are given aid and sympathy, friends are loyal, treachery does not exist, trust is upheld, responsibility is carried out, promises are kept and debility is accepted and forgiven. And still further, in the society, wherever we go, we will not see people loitering around wasting their time, no one will be out of work or are unemployed, and no one will be seen reveling without any purpose. Everyone is involved doing good and beneficial work either for his God or for his fellowmen. In the society that we want, people are busy with development, active in making advancement, but without any accompanying transgression. Demonstration is not Islamic teaching. There is no corruption, no deceit, no oppression and no neglect. There is no transgression of the (rules of God). The more the people are developed and advanced, the more humble, generous and thankful they become and the more they fear God. Hence, physical advancement and spiritual advancement goes hand in hand. There is simultaneous movement in the physical and spiritual development. The world and the Hereafter are developed together. What we then have is an advanced civilization and magnificent development that no longer symbolizes the arrogance of man but the supremacy of God, the greatness of the Creator, the power of the Creator, and the symbols of His power, and the abundance of His pleasures and blessings. The effect is that non-Muslims or if there still exist, the minority of Muslims whose hearts are still wicked, they will be ashamed to commit any evil deeds. They feel guilty to commit any wrongdoing. Although they are not necessarily ashamed to their God, but they are ashamed to other men and they feel they should not be committing wrong. This indirectly helps to maintain peace and serenity in the society. Blessed by the fact that the majority of the people are good, coupled by the fact that they love and care for their leaders, the sholars and the rich among them
Sincere Pious Scholars can help to re establish true Muslim Society
They feel there will be no more people who will cheat, steal their property, commit treachery, taking opportunity, doing things for their self-interest, who rob, kidnap, rape, sabotage and the like. There will evolve a kind of life that God pictured in the Quran, which means
“A nation that is peaceful, prosperous and blessed with the forgiveness of God.”
The society that we picture above is the society that we long for, that we are working and struggling for and that which we dream will one day materialize in the reality of our lives. We hope it will happen in this early part of the Hegira century for God has promised that in the early part of this century, Islam will return resplendent as it was in its early years. Let us together await while we struggle for this beautiful and resplendent era. Let us hope that God grants us a sufficiently long life, so that we can witness this golden age and let us also hope it happens due to our efforts and our struggle. We hope God will not let us down. Oh God grant us this hope.
Source: Abuya Sheikh Ashaari Muhammad CEO Ikhwan Global Sdn Bhd

Selasa, Disember 16, 2008

KEBAHAGIAAN APAKAH, YANG KITA CARI SEBENARNYA?

Kalau kita lihat apa yang sedang berlaku di dunia ini memang sangat menakutkan. Keadaannya menakutkan di semua aspek.Huru-hara di semua bidang. Tidak ada satu sudut yang benar-benarstabil. Hampir semua sudut sudah rosak. Ertinya sistem yang berlaku di dunia hari ini sudah rosak. Bila rosak, yang menerima akibatnya dan padahnya adalah manusia. Kita sebahagian darinya. Mengapa terjadi begini?

Kalau di zaman adanya rasul, bila semua sistem sudah rosak, di mana tidak ada lagi tempat yang selamat, di waktu itu Tuhan datangkan pemimpin dari Tuhan sendiri iaitu para rasul. Kerana pemimpin-pemimpin yang bukan rasul sudah tidak mampu menyelesaikan dan mengubat masalah. Bila rasul datang, dia memulihkan semula keadaan dunia yang sudah huru-hara. Rasul menunjukkan jalan bagaimana untuk mendapat keamanan, kedamaian dan keharmonian. Bagaimanapun selepas wafatnya seorang rasul, penyakit lama berulang kembali pada masyarakat. Datang pula rasul yang lain. Hilang sebentar penyakit. Datang rasul, dunia harmoni sekejap. Begitulah putaran sejarah. Jadi dalam sejarah dunia, masa yang sulit dan huru-hara itu lama manakala masa yang harmoni dan aman itu sekejap. Bila kita baca sejarah manusia ini, kita dapat lihat secara umum manusia yang hidup di dunia mencari dua kebahagiaan iaitu: 1. Kebahagiaan secara lahir, seperti mencari kekayaan, pangkat, ilmu pengetahuan, menjadi bangsa yang kuat, menjajah negara orang dan lain-lain lagi. 2. Kebahagiaan secara rohaniah atau batiniah iaitu kebahagiaan jiwa, ketenangan hati dan fikiran, kasih sayang, bertolak ansur, rasa bersama, perikemanusiaan yang tinggi, tolong-menolong dan sebagainya. Ini semua bersifat rohaniah. Apa yang berlaku, kehendak-kehendak yang bersifat luaran atau material banyak yang manusia dapat. Kejayaan material itu lebih dapat dikuasai oleh manusia daripada kejayaan rohaniah. Walaupun tidak semua orang dapat tetapi lebih ramai yang dapat berbanding dengan kebahagiaan yang kedua. Sedikit sahaja yang dapat kebahagiaan yang bersifat rohaniah. Hampir semua golongan tidak dapat menguasai kebahagiaan yang bersifat rohaniah atau batiniah ini. Bukan sahaja orang miskin atau yang tidak berpangkat tidak dapat, bahkan orang yang cerdik, pandai, kaya, berjawatan tinggi sehinggalah yang menjajah negara orang pun tidak dapat. Mereka pun tidak dapat menguasai perasaan batiniah manusia. Padahal mereka berharap dengan menjajah negara orang, mereka akan dapat kebahagiaan. Mereka boleh mendapat kebahagiaan material tetapi oleh kerana kebahagiaan batiniah tidak diperolehi maka kejayaan luaran atau material pun tidak memberi apa-apa erti. Di sini tidak akan diperpanjangkan mengapa dan kenapa demikian. Kita tidak akan bahaskan secara ilmiah mengapa terjadi begitu. Cuma disebutkan fakta-fakta sahaja tentang kenyataan-kenyataan yang sudah berlaku. Kita bawakan beberapa contoh sebagai bukti bahawa apabila kebahagiaan rohaniah tidak diperolehi maka kejayaan di sudut material itu tidak bermakna. Di antaranya: 1. Katalah satu bangsa besar, yang ada kuasa besar, menjajah negara orang. Waktu itu ia belum ada pengalaman lagi. Bila sudah berjaya menjajah, rasa bahagia. Tentulah merasa puas. Tuhan lakukan begitu. Dahulu, banyak bangsa-bangsa yang menjadi penjajah. Kalau dulu ianya satu kebanggaan, tetapi hari ini kalau sesebuah negara itu cuba untuk menjajah negara lain, rakyatnya sudah tidak mahu. Buktinya lihatlah negara Amerika sekarang. Ia musnahkan Afghanistan dan Iraq itu, hanya dua, tiga orang politik sahaja yang suka. Rakyat dan tentera tidak bersetuju sebab mereka sudah ada pengalaman. Menjadi penjajah, dapat negara orang tetapi tidak mendapat kebahagiaan dalaman. Waktu Perang Dunia Pertama dahulu, sesuatu bangsa itu bangga kalau ia boleh tawan negara orang, sebab waktu itu belum ada pengalaman. Kalau sudah ada pengalaman, jadilah seperti rakyat Amerika yang tidak setuju dengan Bush untuk tawan Iraq. Sebab kebahagiaan bukan di situ. Bahkan rakyat Amerika menjadi takut pula untuk pergi ke mana pun, takut diculik atau ditembak. Sebab itu hasil perang bahkan hasil kejadian 11 September, iaitu keruntuhan World Trade Center (WTC) di New York, ramai rakyatnya bunuh diri. Yang bunuh diri itu bukan sebarang orang. Kalau orang bunuh diri, ertinya dalamnya sudah kosong walaupun di luar nampak hebat. 2. Begitu juga bila dapat membangunkan empayar ekonomi, manusia rasa bahagia. Itulah yang Jepun buat. Dunia tercengang dengan kemampuan ekonomi Jepun. Tetapi apa sudah berlaku? Orang Jepun paling ramai bunuh diri. Negara yang ada kekuatan ekonomi di tangannya, paling ramai rakyatnya bunuh diri. Nampaknya kebahagiaan lahir sudah dapat tetapi kebahagiaan batin tidak dapat hingga mereka bunuh diri. Ini membuktikan bahawa kebahagiaan dalaman atau batin lebih bermakna daripada kebahagiaan lahir. Di Asia ini, banyak negara Asia tercengang melihat Singapura. Dahulu ia adalah kepunyaan Malaysia tetapi dengan mudah telah dilepaskan. Lahir sebuah negara baru. Terkejut negara-negara Asia. Negara yang lebih lama atau lebih tua pun terkejut dengan munculnya negara baru tetapi lebih cantik dengan pembangunan dan kemajuan luar biasa. Rupanya satu bangsa yang sudah ketinggalan itu boleh menjadi satu bangsa baru, sehingga ia boleh kejar bangsa lama kerana ia hendakkan hal-hal lahir. Ia hendakkan keselesaan lahir. Singapura menjadi buktinya. Tetapi rakyatnya ramai yang bunuh diri. Lebih-lebih lagi selepas kejatuhan ekonomi. Yang bunuh diri ialah ahli-ahli korporat dan ahli-ahli perniagaan. Cukuplah ini semua sebagai contoh. Rupanya manusia ini mudah mendapat kebahagiaan lahir tetapi jangka panjangnya tidak sampai ke mana. Orang yang dapat kebahagiaan lahir itu sudah ada pengalaman dan mereka tahu. Yang belum dapat, bersangka-sangka di situlah kebahagiaan. Kita bangsa Melayu juga berfikir macam mereka iaitu hendak kejar kebahagiaan lahir. Kalaulah kita dapat jadi kaya macam rakyat Singapura dan Jepun, nanti akibatnya akan sama. Jadi baru kita tahu hendak cari kebahagiaan rohaniah, susah rupanya. Buktinya hari ini orang-orang atasan, yang sudah kaya, yang sudah menjajah orang dan orang pandai pun tidak mendapat kebahagiaan rohaniah ini. Sekarang manusia jadi risau. Seluruh dunia tidak bahagia. Salah satu sebabnya ialah kerana kehilangan kasih sayang. Kasih sayang sudah hilang di semua peringkat masyarakat, justeru itu hilanglah bahagia. Bukan sahaja orang susah tetapi orang senang, orang ada ilmu, orang ada jawatan tinggi pun tidak bahagia. Kerana kasih sayang adalah keperluan bersama. Orang miskin atau orang kaya sama-sama perlukannya. Orang bawahan atau orang atasan perlukannya tetapi ia sudah hilang. Bila hilang kasih sayang, kita tidak lagi fikir orang. Terhadap orang susah, orang menderita, orang sakit, kita tidak rasa apa-apa. Kita tidak kasihan dan kita tidak simpati. Mengapa hilang kasih sayang? Kerana manusia sudah tidak cintakan Tuhan lagi. Manusia sudah kehilangan Tuhan. Tuhan hanya sekadar dipercayai tetapi Dia sudah hilang dari hati manusia. Tuhan sudah tidak menjadi pegangan lagi. Akibatnya tentulah manusia tidak cintakan Tuhan. Bila Tuhan tidak dicintai, side effectnya manusia tidak tahu bercinta dan berkasih sayang sesamanya. Inilah yang berlaku. Sedangkan kasih sayang itu kebahagiaan dan sangat diperlukan. Kita ini usahkan orang tidak sayang kita, kalau anak kita tidak sayangkan kita sebagai ayah, itu pun sudah cukup menyedihkan kita. Kalau kita sedar isteri tidak sayangkan kita, duit tidak ada erti lagi. Tidak ada erti lagi ilmu. Padahal baru seorang tidak sayangkan kita. Sekarang ini semua orang saling tidak menyayangi. Kemuncak tidak berkasih sayang sangat menakutkan. Kalau di luar tidak ada keamanan, setidak-tidaknya di rumah kasih sayang itu masih wujud. Tetapi bila sampai kemuncaknya, di rumah pun tidak ada kasih sayang. Cucu dirogol oleh datuk, anak dirogol oleh ayah, adik dirogol oleh abang. Itulah kesan apabila tidak ada lagi sesuatu yang bersifat rohaniah yakni kasih sayang. Ke mana hendak pergi kalau di rumah pun sudah tidak selamat. Di masjid pun tidak selamat. Kalau di Pakistan, sedang angkat takbir pun boleh ditembak. Pernah berlaku, waktu seorang sedang sembahyang dalam masjid, tiba-tiba dia ditembak. Orang yang menembak itu pula seorang yang hafal Al Quran. Dia dapat Al Quran tetapi hilang Tuhan. Sebab itu dia tembak orang. Di sini baru kita faham pentingnya kenal Tuhan. Bila kenal Tuhan kita akan jatuh hati dengan Tuhan. Bila jatuh hati dengan Tuhan, kita akan cintakan Tuhan. Bila cintakan Tuhan, automatik kita akan cinta sesama manusia. Inilah anak kunci kasih sayang sejagat. Bila ada kasih sayang sejagat manusia tidak akan mahu buat jahat lagi. Tidak akan zalimi orang, tipu atau malukan orang. Itulah rahsianya kebahagiaan rohaniah. Sekarang manusia mencari kasih sayang tetapi anak kuncinya sudah tidak ada. Manusia sudah kehilangan anak kunci kasih sayang iaitu Tuhan. Sebab itu sesiapa yang hendak berjuang untuk pulihkan penyakit jiwa hari ini, jangan mulakan dari ekonomi. Dengan syariat pun jangan. Kempenkan dan promosikan Tuhan. Tuhan adalah segala-galanya. Bila kita selesai dengan Tuhan nanti semua keperluan hidup kita akan selesai. Yang menyedihkan, ulama yang di tangannya ada Al Quran pun sudah tidak faham bagaimana hendak berjuang. Bila berjuang, fikir hukum-hakam dan jihad sahaja. Ada yang fikir hudud sahaja. Akhirnya jadi militan. Bila militan, timbul masalah. Lagi orang tekan kita. Bila orang tekan kita dalam keadaan kita lemah, lagi bertambah teruk. Lebih-lebih lagi kalau kita tidak faham. Jadi hari ini siapa hendak berjuang, promosikan Tuhan sampai orang takut dan cintakan Tuhan. Insya-Allah akan berlaku nanti keindahan hidup.

Sumber: Ustaz Asaari Muhammad (Abuya)

Tandas Awam

Alhamdulillah!!! Masyarakat Malaysia jauh lebih bertammaddun daripada ini......

Khamis, Disember 11, 2008

MASAALAH HATI : ISU SEMASA YANG SERING DIABAIKAN

Dalam kehidupan ini, kita seringkali didogmakan dengan isu yang berkaitan dengan ekonomi, politik, sosial, alam sekitar, kepimpinan, dan sebagainya. Namun sering kita terlupa bahawa sebenarnya isu-isu yang disebut di atas adalah berpunca dari isu kemanusiaan dan keinsanan manusia itu sendiri. Ringkasnya, ia adalah soal dalaman dalam diri manusia itu sendiri. Kerana itu Allah SWT dalam firmanNya ada menyebut : Terjemahan : (Surah Ar-Ra'd [13:11] Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya Di dalam hendak mengubah nasib kaum, ayat tersebut sebenarnya mahukan kita mengubah apa yang ada dalam diri kita. Iaitu kalau kita tidak beriman, ubah supaya kita jadi beriman. Kalau kita tidak taat kepada agama, ubah supaya kita jadi taat dengan ajaran dan hukum-hakam agama. Kalau kita tidak takutkan Allah, ubah supaya kita jadi bertaqwa. Kalau kita banyak sifat-sifat keji dan mazmumah dalam hati, maka kenalah kita bermujahadah dan memperbaiki diri dan memenuhkan hati kita dengan segala sifat-sifat mahmudah dan terpuji. Kalau fitrah kita kotor dan tercemar hendaklah kita bersihkannya supaya ia kembali kepada keadaan asal semula jadinya yang bersih dan suci murni. Pokoknya kita kena bina insan kita. Kita kena bina akal, hati dan nafsu kita seperti mana yang diajarkan oleh agama. Selepas segala itu kita lakukan maka Allah akan tunjukkan jalan dan akan datangkan bantuan dan akan memperbaiki nasib kita. Apa sahaja yang kita buat selepas itu semuanya akan tepat, berkesan dan dibantu Allah. Allah ada berjanji: "Dan Allah itu pembela bagi orang-orang yang bertaqwa." Selagi kita tidak mengubah apa yang ada dalam diri kita, selagi kita abaikan agama, selagi kita abaikan proses membaiki diri, kita abaikan Tuhan dan kita tidak mahu kembali dan merujuk kepada Tuhan, selagi itulah kita akan tersasar. Kita akan bertambah rosak dan bertambah rosak hingga kaum dan bangsa kita akan hancur-lebur dengan sendirinya tanpa perlu diganggu-gugat oleh musuh seperti mana yang kita lihat sedang berlaku sekarang ini. Ukhwah hilang, kasih sayang rosak, perpaduan runtuh, amanah sudah tidak ada, masing-masing tidak boleh dipercayai, rasuah, berkepentingan diri, nepotisme, runtuh moral, runtuh akhlak dan berbagai-bagai lagi. Pendek kata, krisis paling parah yang terjadi di seluruh penjuru bumi adalah krisis moral dan akhlak, yang mengakibatkan munculnya berbagai penyakit batin dalam diri manusia. Sejalan dengan melemahnya iman umat Islam maka penyakit batin tersebut makin bermaharajalela di tengah masyarakat, membuat manusia hilang kasih sayang, saling caci maki, tuduh menuduh, hujah menghujah dan saling menghina. Masyarakat hidup bersama tapi tidak ada kebersamaan. Dosa-dosa lahir dan batin, berbagai macam maksiat dan kejahatan telah mencapai puncaknya. Masing-masing hidup dalam rasa tidak puas. Orang miskin tidak redha dengan kemiskinannya, rakyat tidak puas dengan pemimpinnya, murid tidak senang dengan pendidiknya dan sebagainya berlaku setiap hari dalam kehidupan kita. Masing-masing saling menyalahkan namun jalan keluar yang diberikan hanya menyentuh lahiriah saja. Maka alangkah baiknya bila kita menilik diri dan hati kita masing-masing. Segala perbaikan berawal dari diri kita. Tidak mungkin kita mengharapkan orang lain baik, kalau kita sendiri tidak berusaha untuk memperbaiki diri. Oleh itu mari kita sama-sama merenung ke dalam hati kita sendiri dan menjawab dengan sejujur-jujurnya kepada QUIZ ISU SEMASA di bawah ini : 1. Ketika kita solat, secara lahir kita berdiri, rukuk dan sujud dengan mulut memuji dan berdoa pada Allah, tetapi kemanakah hati kita (ingatan dan fikiran)? Apakah juga menghadap Allah, khusyuk dan tawadhuk serta rasa rendah dan hina diri dengan penuh pengabdian dan harapan serta malu dan takut kepada Allah SWT? Ataukah hati terbang menerawang ke mana-mana, tidak menghiraukan Allah Yang Maha Perkasa yang sedang disembah? Begitu juga ketika sedang membaca Al Quran, bertahlil, zikir dan wirid, berselawat dan bertakbir, bertasbih dan bertahmid. Adakah roh kita turut menghayatinya? Atau waktu itu roh sedang merasakan satu perasaan yang tidak ada sangkut pautnya dengan amalan lahir yang sedang dilakukan? 2. Pernahkah kita merasa indah bila sendirian di tempat sunyi kerana mengingat Allah dan menumpukan perhatian sepenuhnya pada-Nya, merasa rendah dan hina diri, menyesali dosa dan kelalaian, mengingati-Nya sambil berniat dengan sungguh-sungguh untuk memperbanyak amal bakti pada-Nya? 3. Kalau ada orang Islam yang sakit menderita atau miskin, adakah hati kita merasa belas kasihan untuk membantu atau menolong mendoakan dari jauh agar dia selamat? 4. Pernahkah pula kita menghitung dosa-dosa lahir dan batin sambil menangis kerana istighfar kita terlalu sedikit dibandingkan dengan dosa kita yang menyebabkan kita nanti jadi bahan bakar api neraka? 5. Selalukah hati kita sentiasa ingat pada mati yang boleh saja mendatangi kita sebentar lagi, keranaa memang Tuhan dapat berbuat begitu. Kalau pun kita belum dimatikan, ertinya Tuhan menginginkan kita mencuba lagi untuk mencari jalan mendekatkan diri pada-Nya? 6. Pernahkah kita menghitung berapa banyak harta kita, wang kita, rumah kita, kenderaan kita, perabot kita, pakaian kita, sepatu kita, makanan kita dan simpanan kita yang lebih dari keperluan kita walaupun diperoleh dengan cara yang halal? Semua itu akan diperkirakan, dihisab dan ditanya, dicerca dan dihina oleh Allah di padang mahsyar nanti kerana kita membesarkan dunia dan mengecilkan akhirat. 7. Pernahkah kita renungkan orang-orang yang pernah kita perlakukan secara kasar, kita umpat, kita tipu, kita fitnah, kita hina dan kita aniaya. Baik mereka itu adalah suami kita, isteri kita, ibu bapa kita, kaum keluarga kita, sahabat kita, tetangga kita atau siapa saja. Sudahkah kita meminta maaf dan membersihkan dosa dengan manusia di dunia tanpa menunggu tibanya hari yang dahsyat (hari kiamat)? 8. Apabila Allah memberikan rasa sakit pada kita atau pada orang lain yang kita kasihi (apa pun jenis penyakit itu), dapatkah kita tenangkan hati dengan rasa kesabaran dan kesadaran bahwa sakit adalah kifarah (pengampunan) dosa atau sebagai peningkatan darjat dan pangkat di sisi Allah SWT? 9. Ketika menerima takdir atau rezeki yang tidak sesuai dengan kehendak kita, dapatkah kita merasa redha, karena itulah satu pemberian Allah yang sesuai untuk kita? 10. Di saat sesuatu yang kita inginkan dan cita-citakan tidak kita peroleh, dapatkah kita tenangkan perasaan kita dengan rasa insaf akan kelemahan dan kekurangan diri sebagai hamba Allah yang hina dina, yang menggantungkan hidup mati dan rezeki sepenuhnya pada Allah? 11. Di waktu mendapat nikmat, terasakah di hati bahwa itu adalah sebagai pemberian Allah lalu timbul rasa terima kasih (syukur) pada Allah dan rasa takut kalau-kalau nikmat itu tidak dapat digunakan kerana Allah dan berniat sungguh-sungguh untuk menggunakan nikmat itu hanya untuk Allah? 12. Kalau kita miskin dapatkah kita merasa bahagia dengan kemiskinan itu dan merasa lega karena tidak perlu lagi mengurus nikmat Allah? Adakah kita merasa bahwa kemiskinan itu menyebabkan kita tidak perlu lagi mengadu dan meminta pada manusia kecuali pada Allah? 13. Kalau ada orang mencerca kita bolehkah hati kita merasa senang dan tenang lalu kita bersikap diam tanpa sakit, susah hati dan dendam. Bahkan kita memaafkan orang itu sambil mendoakan kebaikan untuknya sebab kita merasa bahwa ia telah memberi pahala pada kita melalui cercaannya itu? Imam As Syafie berpuisi: "Apabila seorang yang jahat mencerca aku, bertambah tinggilah kehormatanku. Tidak ada yang lebih hina kecuali kalau aku yang mencercanya." 14. Begitu juga kalau orang menipu, menganiaya dan mencuri harta kita, mampukah kita relakan saja atas dasar kita ingin mendapat pahala kerana menanggung kerugian itu? 15. Di waktu kita merasa bersalah dengan seseorang, apakah datang rasa takut akan kemurkaan Allah pada kita dan sanggupkah kita minta maaf sambil mengakui kesalahan kita? 16. Setelah kita melakukan usaha dan ikhtiar dengan kerja-kerja kita, apakah kita dapat melupakan usaha kita itu dan menyerahkannya kepada Allah? Ataukah kita merasa besar dan terikat dengan usaha itu hingga kita merasa senang dan tenang dengan usaha itu? 17. Kalau orang lain mendapat kesenangan dan kejayaan dapatkah kita merasa gembira, turut bersyukur dan mengharapkan kekalnya nikmat itu bersamanya tanpa hasad dengki dan sakit hati? 18. Setiap kali orang bersalah, lahirkah rasa kasihan kita padanya, di samping ingin membetulkannya tanpa menghina dan mengumpatnya? 19. Kalau ada orang memuji kita, adakah kita merasa susah hati sebab pujian itu dapat merosakkan amalan kita? Dapatkah kita bendung hati dari rasa bangga dan sombong, kemudian mengembalikan pujian pada Allah yang patut menerima pujian dan yang mengurniakan kemuliaan itu? 20. Bolehkah kita menunjukkan rasa kasih sayang dan ramah tamah dengan semua orang sekalipun kepada orang bawahan kita? 21. Selamatkah kita dari jahat (buruk) sangka dan prasangka pada orang lain? 22. Kalau kita diturunkan dari jawatan atau kekayaan kita hilang, selamatkah kita dari rasa kecewa dan putus asa keranaa merasakan pemberian jawatan dan penurunannya adalah ketentuan Allah? Sebab itu kita merasa redha. 23. Sanggupkah kita bertenggang rasa dengan orang lain di waktu orang itu juga memerlukan apa yang kita perlukan? 24. Apakah kita sentiasa puas dan cukup dengan apa yang ada tanpa mengharapkan apa yang tidak ada? Sumber:http://ikhwantoday.com/isusemasa/isu.php?recordID=147

Sabtu, Disember 06, 2008

MUSIBAH YANG DATANG, APA HIKMAHNYA?

Pagi ini kita dikejutkan dengan berita berlakunya tanah runtuh sekali di sebuah kawasan tanah tinggi di pinggir ibu kota Kuala Lumpur. Berlaku kematian dan kemusnahan harta benda kepada mangsa yang terlibat. Setiap hari kita sentiasa akan dikejutkan dengan perkhabaran dan berita yang menyentuh hati dan akal kita untuk berfikir bahawa sesungguhnya segala yang berlaku di dunia ini adalah dari ketentuan Allah SWT. Allahlah yang mentakdirkan sesuatu itu berlaku ke atas hambaNya. Setiap kejutan dan peristiwa begini akan mengingatkan kembali hati kita kepada pencipta kita, Allah SWT. Bencana alam seperti tanah runtuh, banjir, kebakaran dan sebagainya dilihat sebagai sesuatu yang lumrah berlaku di dalam kehidupan di dunia ini. Yang membezakan hanyalah impak yang berlaku ke atas mereka yang menghadapinya. Adakah mereka mengambil iktibar atau hikmah dari kejadian yang berlaku atau sebaliknya. Jika mereka memahami hikmah yang tersirat di sebalik setiap kejadian yang berlaku itu, maka tentulah hati-hati mereka ini akan semakin dekat dengan Allah SWT dan semakin meningkat rasa kehambaan dan rasa berTuhan di hati mereka. Di samping krisis bencana alam ini, manusia juga terdedah dengan krisis-krisis lain yang tidak kurang juga membahayakan seperti contohnya krisis politik, krisis sosial, undang-undang, ekonomi, moral, pendidikan, kemanusiaan, keluarga dan berbagai macam krisis lainnya. Terjadi pergaduhan, penzaliman, perompakan, perjudian, pencurian, pembunuhan, peperangan yang menyebabkan pertumpahan darah dan berbagai kejahatan lain. Masyarakat hidup mengikuti nafsunya masing-masing. Yang kaya menderita, susah hati dalam menjaga dan menambah kekayaannya, yang miskin tidak sabar, susah hati kerana tidak memiliki harta dan melihat si kaya dengan penuh cemburu. Pergolakan politik di kalangan elit tidak pernah berhenti laksana air laut yang sentiasa bergolak, saling jatuh-menjatuhkan perkara biasa, berebut jawatan hingga mengorbankan harta dan kadang- kadang nyawa. Orang yang berkuasa pula bertindak zalim, menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan diri, kelompok dan golongan. Yang tidak berkuasa mengerahkan segala daya upaya untuk merebut kuasa dan menggantikan pemerintahan yang ada. Ternyata pemerintah yang mengganti itu tidak lebih baik dan yang ditumbangkannya. Para cerdik pandai mengejar nama dan gelaran, jawatan dan kemegahan, bahkan sesetengahnya sanggup `membeli` gelaran-gelaran itu. Mereka tidak segan untuk memberi dan menerima rasuah dan mengetepikan tugas mendidik rakyat. Muda-mudi hidup berfoya-foya, terlibat dengan dadah dan pergaulan bebas. Maksiat di mana-mana, jenayah dan pelanggaran undang-undang tidak berhenti, ibarat air sungai yang mengalir setiap waktu. Manusia hidup dalam kesusahan dan penderitaan. Jiwa masyarakat tidak tenang, mereka bagai hidup dalam neraka dunia. Semua ini terjadi kerana manusia sudah tidak berkasih sayang. Tidak ada kasih sayang kerana manusia sudah tipis rasa tauhidnya, sudah tipis keyakinan tentang adanya Tuhan, sudah melupakan Tuhan, sudah tidak mencintai Tuhan. Di waktu itu manusia sudah tidak ada rasa takut lagi. Sudah tidak ada lagi kuasa ghaib yang ditakuti. Dia akan menjadi manusia yang cuba menyesuaikan diri dalam semua keadaan. Di kalangan ulama, dia berpura-pura warak sementara di dalam suasana lain dia mungkar. Seseorang itu sanggup mencuri, curang, menipu atau melakukan apa saja apabila kepercayaan terhadap Kuasa Ghaib itu sudah tiada. Dari sinilah kemudian merebaknya penyakit-penyakit masyarakat. Kedatangan rasul-rasul, nabi-nabi, rnujaddid-mujaddid kepada umat manusia adalah untuk membawa rahmat Tuhan bagi seluruh alam. Rahmat Tuhan yang paling besar adalah kenal Tuhan. Bila manusia kenal Tuhan maka dia akan cinta, takut, rindu, berterima kasih dan mendorongnya untuk beribadah dan menyembah Tuhan. Hasil dari kenal Tuhan dan ibadah yang dihayati ini akan mendorongnya berbuat kebaikan kepada manusia dan makhluk-makhluk lain ciptaan Tuhan sehingga wujudlah keamanan, keharmonian dan kasih sayang dalam masyarakat. Malangnya di dunia hari ini walaupun manusia masih percaya adanya Tuhan tetapi dalam kehidupan mereka sudah kehilangan Tuhan. Hampir seluruh lapisan dan peringkat masyarakat sudah melupakan Tuhan dalam kehidupan mereka. Rakyat awam, golongan atasan, pejuang-pejuang kemasyarakatan, para peniaga dan usahawan, guru dan kalangan pendidik, para dai, ulama dan mubaligh, penguatkuasa undang-undang, hakim, peguam, pakar undang-undang, ahli politik, teknorat, pakar-pakar dalam segala bidang, semuanya sudah melupakan Tuhan. Kalaupun ada hanya sekadar lahir yang tidak mampu mencegah manusia daripada membuat kemungkaran dan kejahatan. Hasil dan melupakan Tuhan ini maka hilanglah cinta terhadap sesama manusia. Kalau terhadap Tuhan yang terlalu berjasa kepada manusia, sehingga patut dicintai, manusia sudah melupakan dan tidak mencintai-Nya, maka atas alasan apa manusia dapat mencintai sesamanya. Manusia lain itu mungkin tidak ada apa-apa jasa kepadanya. Jadi kesan negatif dari melupakan Tuhan ini terlalu banyak. Manusia sudah tidak berkasih sayang, tidak pemurah, tidak amanah, tidak ada timbang rasa, tidak ada perikemanusiaan, tidak berlaku adil dan tidak bekerjasama. Kalaupun ada kerjasama bukan atas dasar cinta, ia tidak ikhlas dan ada kepentingan, mungkin kerana ingin keuntungan ataupun untuk menjaga harga diri. Kerana itu ikatannya terlalu lemah dan ia boleh terungkai bila-bila masa sahaja. Orang yang kehilangan Tuhan bukan saja di kalangan orang yang tidak ikut syariat, bahkan orang yang mengerjakan solat, membayar zakat, mengerjakan haji dan umrah pun sudah kehilangan Tuhan. Walaupun mereka banyak di masjid, tetapi sebenarnya bukan dibuat atas dasar mencintai Tuhan. Sebab itulah tidak lahir kasih sayang, pemurah, kerjasama, bermaaf-maafan. Akibatnya di dalam masjid pun sering terjadi pertengkaran dan perkelahian. Antara yang menjadi pembohong, memfitnah, menipu, makan rasuah dan lain-lain kejahatan adalah di kalangan mereka yang solat, puasa, naik haji, umrah dan lain-lain. Ibadahnya tidak berbuah. Itulah tandanya ikut Islam tetapi tidak kenal Tuhan. Bukan saja orang politik, pengusaha, polis, tentera, bahkan ulama dan orang yang solat pun sudah terpisah dengan Tuhan. Solat dibuat dalam keadaan hati yang lalai dengan Tuhan. Selepas solat, mereka menipu, makan rasuah (rasuah), bohong, memfitnah dan lain. Solatnya tidak memberi kesan dalam kehidupan sehari-hari. Mari kita lihat ayat yang Quran yang pendek sahaja. Terjemahannya: "Sesungguhnya mendapat kejayaanlah orang yang membersihkan nafsunya( daripada mazmumah dan sifat-sifat jahat) dan gagallah, kecewalah orang yang mengotorkan nafsunya." (Asy Syams: 9-10) Ayat ini kalau dibaca dengan ikhlas untuk Tuhan, betul-betul dihayati dan disampaikan kepada umat, sangat besarlah kejayaannya. Manusia itu ada fizikal, akal, roh dan nafsu. Tuhan jadikan manusia tabiat semulajadinya sudah ada benih-benih, sifat-sifat dan perangai malaikat, haiwan dan syaitan. Disinilah dikatakan keadilan Tuhan. Ketiga-tiga sifat telah ada. Cuma Tuhan memberitahu, yang benih malaikat hendak disuburkan, yang sifat syaitan hendak dibuang, yang sifat haiwan bukan dibuang tetapi didisiplinkan. Tuhan sudah memberitahu. Pemberitahuan Tuhan itulah lambang keadilan. Seolah-olah Tuhan berkata, "Kalau engkau hendak jadi orang baik boleh, nak jadi orang jahat boleh, nak jadi malaikat boleh, nak jadi haiwan boleh, nak jadi syaitan pun boleh." Cuma yang tak boleh ubah muka sahaja. Yang memilih untuk menentukan hendak jadi malaikat, haiwan atau syaitan ialah nafsu. Sebab itu nafsu jangan dibunuh, cuma didisiplinkan, diarah-arah, dididik. Hendak jadi malaikat, haiwan atau syaitan pun dia yang berkehendak. Kalau nafsu dibunuh, manusia tidak akan ada kehendak. Semasa dia berkehendak menjadi malaikat, benih-benih sifat malaikat pun Tuhan sudah tanam seperti rasa malu, kasih sayang, bertimbang rasa, rendah diri, belas kasihan. Ini benih-benih sifat malaikat. Rasa bertuhan itulah benih malaikat. Manakala benih syaitan antaranya ialah sombong, tamak, pemarah, hasad dengki, bakhil, buruk sangka dan macam-macam lagi sifat yang negatif. Kalau benih binatang pula seperti banyak makan, tidur, keinginan seks, bergaduh, pentingkan diri. Terpulang pada kita hendak jadi malaikat, haiwan atau syaitan. Ada kala jadi malaikat, ada waktu jadi syaitan atau boleh jadi kadang-kadang macam malaikat tapi sebenarnya perangai syaitan. Ada orang yang menjadi malaikat, lepas sahaja wirid dia tipu orang, rasuah, curi duit bank. Begitulah watak semulajadi yang Tuhan lakukan bagi manusia ini. Terpulanglah pada manusia memilih sama ada untuk menyuburkan benih malaikat, syaitan atau haiwan. Apa yang kita dapat ambil intipati dari ayat ini ialah, kalau semua golongan sama ada ulama, pemimpin, orang kaya, guru-guru, mubaligh dan orang biasa boleh bersihkan nafsunya daripada sifat negatif maka akan datanglah kasih sayang, pemurah, memberi maaf, bekerjasama, perikemanusiaan yang tinggi. Hasilnya lahirlah pemimpin yang adil, benar-benar bertanggung jawab pada rakyat, ulama yang benar-benar menjadi obor pada masyarakat sama ada golongan atas atau bawah, orang kaya menjadi bank, membantu orang miskin.Bahkan bila kerajaan susah, dia beri duit pada kerajaan. Kalau dia guru, nafsunya dibersihkan, dia jadi guru yang juga ayah, mak dan kawan kepada murid-muridnya hingga murid-murid dianggap anaknya. Marah dan kasihnya macam mak ayah terhadap anak. Anak murid pula, sampai mati pun akan sebut gurunya. Dia tidak akan lawan guru. Kisah-kisah murid lawan guru ini kerana salah gurunya yakni kerana nafsu gurunya. Pada guru yang sudah bersihkan nafsunya, dialah kawan, dia pemimpin, dia ayah dan ibu kepada murid-murid. Kalau dia marah adalah atas dasar ayah kepada anak. Kalau ditakdirkan Tuhan, seseorang itu miskin pula, dia akan sabar, tidak akan mencuri, tidak hasad dengki dan tidak timbul penyakit masyarakat. Satu ayat sahaja, kalau diterima akan menjadikan pemimpinnya adil, bertanggung jawab, berwatak guru dan adakalanya macam mak ayah. Rakyat pula taat setia dan sanggup mati kerana pemimpin. Orang kaya jadi bank, guru-guru macam mak ayah yang beri kasih sayang dan murid jatuh hati padanya. Dunia menjadi syurga sebelum syurga di akhirat. Cuba bayangkan betapa indahnya kalau dalam sebuah rumah tangga, ibu bapa berakhlak mulia dan berperanan mendidik anak-anak, dan dapat pula menjadi contoh. Di sekolah, guru-guru bagaikan mak ayah, mendidik murid bagaikan anak sendiri, penuh dengan kasih sayang dan suri teladan. Di kampung-kampung, ketua kampung berperanan sebagai pendidik, di mukim dan daerah penghulu dan pegawai daerah juga berperanan sebagai pendidik dan menjadi suri teladan, begitulah seterusnya di dalam masyarakat umum di mana ketua negara, menteri-menteri dan wakil rakyat bersifat mendidik dan menjadi suri teladan kepada rakyat. Masyarakat begini siapa yang tak nak? Masyarakat yang berkasih sayang, yang ada rasa bersama dan bekerjasama. Mana kita nak cari ? Yang kita lihat hari ini, sebab nafsu manusia sudah jahat, ada yang sudah jadi harimau dan singa, ada yang sudah jadi ular dan beruang. Dengan ayat yang pendek itu sudah cukup untuk membawa perubahan. Kalau dibaca dengan ikhlas dan dihayati, masyarakat akan jadi syurga. Untuk membersihkan nafsu, kita mesti merujuk kepada Allah kerana Dialah yang tahu selok-belok kejadian manusia. Dia yang menciptakan manusia, sudah pasti Dia apa sahaja masalah yang menimpa manusia, Dia ada cara untuk menyelesaikannya. Maka jika berlakulah bencana, krisis dan malapetaka di dalam hidup manusia itu, rujuklah kembali kepada Allah, merintih dan berdoalah kepadaNya, bermuhasabah dan bermujahadahlah, insyaAlah akan selamatlah manusia itu dari rasa keluh kesah, kesedihan yang melampau, dan akan terbukalah jalan penyelesaian di dalam menangani musibah yang menimpa ke atas manusia itu. Sumber:
http://ikhwantoday.com/isusemasa/index.php

Isnin, November 24, 2008

Isu clip Video Sajak Kematian

KOTA BHARU, 23 Nov (Harakah) - Ketika masyarakat berdepan dengan isu gejala sosial yang semakin parah sekarang mengapa pula usaha pihak tertentu mengajak remaja menginsafkan diri cuba dihalang. Sepatutnya usaha tersebut perlu disokong kerana ia boleh mengembalikan remaja kepada keinsafan dan dapat mengelakkan mereka terjebak dengan gejala sosial. Pengurus Tabung Amanah Tok Kenali, Mohd Khir Zahri Abdul Ghani berkata, berkata klip video Sajak Kematian tiada sebab cuba dihalang ditayang kepada umum, kalau perkara itu boleh menimbulkan keinsafan. "Mengapa sekarang ada orang kalut dengan Sajak Kematian yang ditayangkan kepada pelajar sedangkan perkara itu boleh mendidik mereka dan dapat mengelakkan daripada terjebak dengan gejala sosial. "Penayangan klip video tersebut boleh memberi kesedaran kepada golongan remaja kerana ia menceritakan bagaimana keadaan orang yang melanggar suruhan agama ketika berada dalam kubur," katanya di sini. Baru-baru ini, Menteri Pelajaran, Dato' Seri Hishammuddin Hussein dilaporkan mahu video klip Sajak Kematian yang ditayang di sekolah disiasat kerana ia dianggap tidak sesuai bagi pelajar sekolah rendah. Mohd Khir berkata, kalau nak gambarkan sepenuhnya alam kematian tidak boleh kerana perkara berkaitan alam ghaib hanya sekadar imaginasi sahaja. Menurutnya, mungkin bagi mereka yang menentang penayangan klip video tersebut merasakan tercabar dengan perbuatan mereka sekarang. "Namun penayangan kepada anak di bawah umur yang belum akil baligh memang tak sesuai sebab mereka ini tidak boleh memikirkan tentang baik dan buruk secara mendalam," katanya. Bekas Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Wataniah Machang, Ustaz Mohammad Awang berkata, penayangan klip video tersebut wajar bagi memberi peringatan terhadap wujudnya alam barzakh. "Rasulullah saw sendiri pernah ditanya apakah amalan yang paling baik diamalkan, lalu baginda menjawab ialah mengingati kematian merupakan yang terbaik," ujar beliau. Kata beliau perkembangan alat-alat teknologi wajar dimanfaatkan bagi pembikinan klip video seperti itu sebagai usaha mendidik golongan remaja yang sudah akil baligh. "Saya berharap klip video itu tidak diharamkan penayangannya tetapi pihak yang terlibat kena memberitahu klip video tersebut hanyalah imaginasi dan bukannya gambaran sebenar alam barzakh." katanya. Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, pembikinan klip video tersebut wajar ditayangkan kepada umum terutamanya ahli-ahli politik, ketua-ketua jabatan, pemimpin masyarakat dan banduan di penjara. Menurut beliau setidak-tidaknya dengan ada peringatan seperti itu akan mengelakkan mereka terjebak dengan perkara mungkar. "Bagi saya ia wajar ditayangkan namun bukan untuk golongan kanak-kanak di bawah umur," ujarnya. Katanya beliau Sayid Qutb dalam kitabnya 'Tayangan Kiamat' telah mengumpulkan ayat-ayat yang berkaitan dengan alam kubur, Padang Mashyar, nikmat-nikmat di syurga dan azab neraka dalam kitab yang ditulisnya itu. Bekas Yang Dipertua Abim Kelantan, Ustaz Muhammad Mustaffa berkata, alam ghaib tidak boleh digambarkan melalui pemikiran manusia. "Tinggal lagi sejauh manakah penerimaan masyarakat umum terhadap penayangan klip video tersebut dan masyarakat patut sedar ia merupakan imaginasi pengarah klip video Sajak Kematian semata-mata, " ujar beliau. - mj/mks. _

Jumaat, November 21, 2008

Ibu tercekik tulang

Nota: Aku dapat nie dari forwarded e-mail, sesiapa yg menulis benda nie aku rasa dia memang kelakar........ and not only that the message were well presented......... Nice!!!!

Aku datang dari keluarga yg besar...16 adik beradik, bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!!! Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg suka stail aku, apabila aku bawa gaya hidup "gaya pulang ke pangkal jalan'"...maka adalah yg tak kena sana sini...oh..

Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk ustaz) lalu ada yg sound:

"apahal duduk macam nak berlari ajer...."

"tak baik lutut tinggi pada makanan.."

" ni duduk ke nak berak nie..?"

Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen...aku pun basuh tangan,

Nota untuk mua'alaf: sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua2 tangan dan berkumur, insyaAllah jika korang amal nie sebelum korang mati Allah akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang korang. 朒utang kereta/ rumah/ kahwin/ study/along bla bla bla!!

Sambung balik, aku pun berpikir...ada baiknya juga Nabi tak makan pakai sudu @ garfu, kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak org miskin macam aku nak ikut sunnah Nabi, nak pakai sudu material apa? stainless steel ke inconnel 601? Nak pakai colour camne? matelic ke cooper?kan susah tu!!!

Tu belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan meja..bentuk bulat ke bentuk heksagon?, oktagon?, nanagon? nak kena pergi Kedai perabot buat ansuran mudah! jimat ! hanya RM 1 dan tunggu 30 hari, kunjungilah kedai perabot terbesar di Malaysia, bla bla bla!!! Oh..

Biasa korang belajar doa makan macam nie:

"Allahummabariklana (hingga akhir)

Tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa makan mudah sajer:

"Bismillah, barkatillah"

Lepas tu makan lah, dengan tiga jari (sunnah Nabi) kemudian, ada pulak suara2 yg sound:

"Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari? "

Aku kata: "huh, anak cina makan dengan dua kayu elok2 habis nasi satu pinggang!!! "

Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari, org lain makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity of lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5...oh..tepuk dada tanya iman..

Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak berbasuh...

Diorang tegur: "essh..pengotor betullah"

Aku kata: "Apa pulak kotor, aku makan nasi, bukan tahik!!!"(tapi aku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman)

"Nie, apahal jilat2 jari nie? lucah betul!!"-tanya diorang pada aku..

"Makan ayam sedap sampai ke kaki....makan sate sedap sampai ke lidi he he heh"-kataku.

Banyak pulak diorang komplen cara aku makan..err maksud aku cara Nabi makan... aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka kalau aku ubah topik dengan bertanya :

Tahukkah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun?

Abang aku kata: sebab tengkuk lembu berat...bla bla bla..

Aku kata: "salah!!! lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar!!!(tak lawak) ha ha ha!!!"

Aku menyambung: "Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan sajer, namun bila korang makan macam Nabi saw makan, maka di kira ibadat..

Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yg bagi kenyang..hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah. "

Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan.. (bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang) Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yg sarankan agar makan pisang, minum air dengan capat, makan nasi kepal dan lain2, tapi masih tak berjaya.. kesian mak aku...

"Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik camne?..cakap terer.."(kata abang aku)

Aku kata: "senang sajer...Mak angkat kedua-dua tangan ke atas.. "

Mak akupun buat..tapi masih tak jadi..

Aku kata: "lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus... !!!"

(bayangkan seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa2 nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas..)

Aku kata: "Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! "

HA HA HA.. (semua org ketawa)-nasi berhembur-hembur di sana sini.

Mak aku juga ketawa..sehingga tulang yg tercekik itu terkeluar..

Semuanya dari Allah!!!

He he he...selamat mencuba, ni bukan hadith,,just pengalaman.

Sumber:www.lelakiperkasa.com

Selasa, November 18, 2008

SACRIFICING THE FEELING IS CONSIDERED JIHAD

Human beings are creatures with emotions. When we mention emotions, these are feelings that are based in the spiritual heart and are trapped in the physical heart. These emotions include love, hate, disgust, sympathy, anger, vengefulness, yearning, shame, pride, arrogance, fear, guilt and indecisiveness. Emotions are part of the natural instinct or habits of human beings, are not easy to guide, discipline or manage because there are the positive and negative. The positive have to let free, while the negative have to be reined in. Letting go of the positive is a sacrifice, as is the reining in of the negative. Sacrificing emotions is considered a type of struggle or jihad, which is spiritual jihad. In fact it is even greater than the sacrifice of physical things such as energy, wealth and even life. Sacrifice of the physical will not happen unless one starts with sacrificing the spiritual. It is from the spiritual that the physical can occur. If one cannot even sacrifice the spiritual, then they would definitely not be able to sacrifice the physical. Truth be told, sacrifice the physical is but implementation of spiritual sacrifice. In other words, sacrificing the physical is the result of the spiritual sacrifice, which is sacrificing emotions. In needs to be remembered that in order to obtain Allah Taala’s acceptance (keredhaan) sacrifices have to be made. Without sacrifice, there is no acceptance. Without sacrifice, it is all but fanciful daydreams and nonsense. Without sacrifice, there would be no success in this world or the next. Sacrificing emotions is very difficult to do. It hurts a great deal and the burden of its challenge bears heavily. Here I present a few examples: - We love our husband. We love that he would just stay at home taking care of us. Would it be easy for us to sacrifice our love so that he would be able to go out and continue on his responsibility to struggle for God, until he has to leave the home for quite some time. - We love our husband. Would it be easy to sacrifice our love so that it may be shared with others by allowing our husband to marry another. So that our husband can share his love with others. - We are angry with someone. Can we sacrifice our anger until we are able to forgive or ask for forgiveness from that person? Willing to forgive or ask for forgiveness means that we are able to sacrifice our ego or pride. - We love our wealth and property. We can sacrifice our love for what we own by using it for Allah. That feeling would definitely torment us. Sometimes we yearn to rest. We want to take it easy and just let our body rest a moment. Suddenly a guest or neighbour arrives who needs our help. Would we able to sacrifice our desire to rest by inviting our guest in respectfully or going to help out our neighbour in need? We are constantly being tested in all sorts of ways, such as being poor, as well as suffering from accidents and natural disasters. Of course our heart would be trouble, for that would be our feelings at the time. If we cannot control or sacrifice our feelings, then of course we would be overcome with worry and distress. Our thoughts will be in so much of a mess that everything else in our lives will also be duly affected. Other people will also suffer in the process. But the problem itself is not solved, but may in fact lead to the forming of other problems. But if we can sacrifice this feeling of worry, then peace will come upon us. Our thoughts will become stable. Anything else that we need to do will not be affected. Others will not suffer either. In fact, by sacrificing these feelings will gain the sympathy and kindness of others. If we are rich or knowledgeable or of a high status and powerful, naturally the feelings that we have will flourish. We will start to feel proud and arrogant. If we are unable to sacrifice these feelings, other people will get offended. Many will be suffer. Of course there will be other side effects, such as the inciting of hatred and trouble for the community. Then maybe there are those who hold grudges and cause trouble for the person. In the end both parties are become unsafe and suffer the consequences. But if the previously mentioned rich or powerful person had been able to sacrifice those negative emotions, the side effects would be good. The people would love and respect them, and give them their hearts. So everyone would benefit, gaining love and harmony. This is the advantage of sacrificing emotions. Due to this, sacrificing feelings is the secret of all good things. It is from sacrificing such emotions that love, patience, sympathy, protectiveness, helpfulness, togetherness, tolerance and acceptance will arise. So, the sacrifice of emotions is a form of jihad, for here the nafs have to be battled against. Fighting nafs is greater than jihad on a battlefield. Hence, the sacrifice of emotions is vital. If one is not willing to sacrifice their feelings, then they will never gain patience, let alone acceptance. If one is unable to sacrifice their emotions, they will be constantly angry and unwilling to compromise. It is this inability to sacrifice feelings that people are unable to help others, sympathise, unite and be harmonious. So, the sacrifice of feelings is extremely important in the community lives between people. So, constantly ask Allah for His hidayah and taufik so that we are able to sacrifice our feelings, so that all that we have will be able to be sacrificed for God.

Writer: Sheikh As Shaari Muhammad
CEO Ikhwan Global Sdn bhd

Tafsir Talqin bagi Yang Lupa

Peringatan Untuk Yang Hidup
Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala. Wahai fulan Bin fulan, wahai fulan Bin fulan, wahai fulan Bin fulan, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah. Ingatlah wahai fulan Bin fulan, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat sebagai wakil Tuhan yang menemui kamu, iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut. Ketahuilah wahai fulan Bin fulan, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:- Siapakah Tuhan kamu? Siapakah Nabi kamu? Apakah agama kamu? Apakah kiblat kamu? Siapakah saudara kamu? Apakah pegangan iktikad kamu? Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu? Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati. Hendaklah kamu jawab begini: Allah Taala Tuhanku, Muhammad nabiku, Islam agamaku, kitab suci Al-Quran ikutanku, Baitullah itu kiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammad dur rasulullah". Wahai fulan Bin fulan tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar. Insaflah wahai fulan Bin fulan, bahawasenya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar. Bahawasenya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur. Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu. Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alal mursalinwalham dulillahi rabbil alamin. Al-Fatihah.. Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati "Kullu nafsin za iqatul maut" Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran."Surah Al-A'sr Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupunpun satu ayat..." Wallahua'lam
http://www.youtube.com/v/v2rsGJZVhmc&color1=0xb1b1b1&color2=0xcfcfcf&fs=1s=1
Sumber: http://cahayamukmin.blogspot.com/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...