Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha
berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang
dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun
pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berlainan.
“Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu.
“Sehubungan
itu umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk
tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Sehubungan
itu, Othman meminta pemegang dan permohonan baharu Sijil Pengesahan
Halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri yang telah menggunakan
produk tersebut agar menukarnya kepada bahan yang mempunyai sijil halal
yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baharu.
Menurut
beliau, mereka juga perlu melakukan proses samak dengan disaksikan
jabatan agama Islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak.
Othman
berkata, perkara itu juga telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport
dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran.
Pada 19
Julai lalu, Jabatan Agama Islam Sarawak mengisytiharkan produk itu yang
digunakan segelintir pengusaha kek lapis sebagai tidak halal kerana
dikesan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi, menyebabkan
industri makanan itu terjejas. – Bernama Ogos 16 2011
Kategori
- akidah (11)
- Articles in English (23)
- Bantuan dan Amal Jariah (6)
- Berita dan Isu Semasa (68)
- Bersama Tokoh (6)
- Bicara Ulama (89)
- Fatwa (33)
- Foto Story (1)
- Ibadah (120)
- Iklan (3)
- Informasi (35)
- Madah dan Sajak (12)
- Mutiara Kata (5)
- Politik dan Dakwah (237)
- Q & A Soal Jawab (26)
- Renungan (64)
- Tasauf (15)
- Tauhid (15)
- Tazkirah (283)
- Video (12)
Topik Panas
-
Islam ada panduan cara membina rumah.Namun kita lihat sering orang Islam ramai yang terpengaruh menggunakan Feng Shui yang berasal dari ...
-
Marilah kita lihat apa kata ulama ulama silam mengenai Sambutan Maulidur Rasul FAEDAH MAULID Telah berkata Ibnul Jauzi bahwa satu daripada...
-
BAS BERTINGKAT GLOBAL IKHWAN RM800,000 DIBELI SECARA TUNAI Bas bertingkat (double decker) baru milik syarikat GLOBAL IKHWAN SDN BHD t...
-
"Disebutkan bahawa ada seseorang bermimpi bertemu Nabi ﷺ di suatu tempat yang mana tempat itu semuanya bermazhab Imam Syafie.Kemudia...
-
Iman seseorang telah disepakati oleh para ulama boleh menaik dan menurun berdasarkanpelakuan di dalam kehidupan sehariannya. Jika do...
Jumaat, Ogos 19, 2011
Langgan:
Catatan (Atom)