Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Sabtu, Disember 31, 2011

Mengkafirkan sesama Islam

Faham yang menamakan dirinya "Jamaah Attakfir," "Jamaah Alhijrah," "fundamentalis Islam" dan sebagainya, mereka beranggapan bahawa orang yang melakukan dosa besar dan tidak mahu berhenti dicap kafir. Sebahagian lagi beranggapan bahawa orang-orang Islam pada umumnnya tidak Muslim, salat mereka dan ibadat lainnya tidak sah, kerana murtad. Bagaimana pendirian dan pandangan Islam terhadap mereka?
Hal tersebut amat berbahaya dan telah menjadi perhatian besar bagi kaum Muslimin khususnya, kerana timbulnya fikiran yang terlampau ekstrim. Dalam hal ini, saya sudah menyiapkan sebuah buku khusus mengenai masalah tersebut diatas. Saya kemukakan perlunya pengkajian akan sebab-sebab timbulnya fikiran yang ekstrim dan cara-cara menghadapinya, sehingga dapat diatasi dengan seksama.
Pertama, tiap-tiap fikiran atau pendapat harus dilawan dengan fikiran, pandangan dan diubati dengan keterangan serta dalil-dalil yang kuat, sehingga dapat menghilangkan keragu-raguan dan pandangan yang keliru itu. Jika kita menggunakan kekerasan sebagai alat satu-satunya, maka tentu tidak akan membawa faedah.
Kedua, mereka itu (orang-orang yang berpandangan salah) umumnya adalah orang-orang baik, kuat agamanya dan tekun ibadatnya, tetapi mereka dapat digoncang oleh hal-hal yang bertentangan dengan Islam dan yang timbul pada masyarakat Islam. Misalnya akhlak buruk, kerosakan di segala bidang, kehancuran dan sebagainya. Mereka selalu menuntut dan mengajak pada kebaikan, dan mereka ingin masyarakatnya berjalan di garis yang telah ditentukan oleh Allah, walaupun jalan atau fikirannya menyimpang pada jalan yang salah dan sesat kerana mereka tidak mengerti.
Maka, sebaiknya kita hormati niat mereka yang baik itu, lalu kita beri penerangan yang cukup, jangan mereka digambarkan atau dikatakan sebagai binatang yang buas atau penjahat bagi masyarakat. Tetapi hendaknya diberi pengarahan dan bimbingan ke jalan yang benar, kerana tujuan mereka adalah baik, akan tetapi salah jalan.
Mengenai sebab-sebab timbulnya fikiran-fikiran tersebut adalah seperti berikut:
    1. Tersebarnya kebatilan, kemaksiatan dan kekufuran, yang secara terang-terangan dan terbuka di tengah masyarakat Islam tanpa ada usaha penccgahannya. Bahkan sebaliknya, untuk meningkatkan kemungkaran dan kemaksiatan dia menggunakan agama sebagai alat propaganda untuk menambah kerosakan-kerosakan akhlak dan sebagainya.
    2. Sikap para ulama yang amat lunak terhadap mereka yang secara terang-terangan menjalankan praktek orang-orang kafir dan memusuhi orang-orang Islam.
    3. Ditindaknya gerakan-gerakan Islam yang sihat dan segala dakwah yang berdasarkan Al-Qur'an dan As-Sunnah. Maka, tiap-tiap perlawanan bagi suatu fikiran yang bebas, tentu akan melahirkan suatu tindakan kearah yang menyimpang, yang nantinya akan melahirkan adanya gerakan bawah tanah (ilegal).
    4. Kurangnya pengetahuan mereka tentang agama dan tidak adanya pendalaman ilmu-ilmu dan hukum-hukum Islam secara keseluruhan. Oleh kerana itu, mereka hanya mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain, dengan faham yang keliru dan menyesatkan.
Keikhlasan dan semangat saja tidak cukup sebagai bekal diri sendiri, jika tidak disertai dasar yang kuat dan pemahaman yang mendalam mengenai hukum-hukum Islam. Terutama mengenai hukum syariat dan ilmu fiqih, maka mereka ini akan mengalami nasib yang sama dengan para Al-Khawarij di masa lampau, sebagaimana keterangan Al-Imam Ahmad.
Oleh kerana itu, orang-orang saleh yang selalu menganjurkan untuk menuntut ilmu dan memperkuat diri dengan pengetahuan Islam sebelum melakukan ibadat dan perjuangan, agar teguh pendiriannya dan tidak kehilangan arah.
Al-Hasan Al-Bashri berkata: "Segala amalan tanpa dasar ilmu, seperti orang yang berjalan tetapi tidak pada tempatnya berpijak (tidak pada jalannya).
Tiap-tiap amal tanpa ilmu akan menimbulkan kerosakan lebih banyak daripada kebaikannya. Tuntutlah ilmu sehingga tidak membawa madharat pada ibadat dan tuntutlah ibadat yang tidak membawa madharat pada ilmu. Maka, ada segolongan kaum yang melakukan ibadat dan meninggalkan ilmu, sehingga mereka mengangkat pedangnya untuk melawan ummat Muhammad saw. yang termasuk saudaranya sesama Muslim (saling berperang tanpa adanya alasan). Jika mereka memiliki ilmu, tentu ilmu itu tidak akan membawa ke arah perbuatan itu."

(Sumber: Fatwa Qardhawi Permasaalahan, Pemecahan dan Hikmah oleh Prof Dr Yusuf Al Qardhawi)

Khamis, Disember 29, 2011

Perlaksanaan Hukum Hudud: Ulasan tentang apa kata Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi

Bicara al-Allamah Yusuf al-Qaradhawi, pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia tentang 'Hudud Dalam Wacana Feqh Masa Kini' yang disiarkan oleh setesen satelit, al-Jazeera, telah memberikan garis panduan asas berkenaan kaedah perlaksanaan hukum tersebut dalam masyarakat.
Garis panduan tersebut-yang dirumuskan daripada pengamatan beliau terhadap pendekatan Nabi SAW dalam melaksanakan hukum hudud-sangat penting dari segi menyatukan pandangan umat Islam hari ini dalam soal kaedah perlaksanaan hukum tersebut.Atau paling kurang, merapatkan jurang perselisihan pandangan berhubung soal ini.

Trend semasa wacana hudud di negara ini memperlihatkan, pihak-pihak yang memperkatakan tentang perlaksanaan hukum hudud atau yang berusaha melaksanakannya, kurang memberi perhatian terhadap kaedah atau pendekatan yang digunakan Nabi SAWdalam melaksanakan hukum itu.


Trend ini sedikit sebanyak telah menyumbang kepada pelebaran jurang perbezaan pendapat berhubung soal ini.

Merujuk kepada kaedah Nabi SAW melaksanakan hukum hudud, Qaradhawi telah mengetengahkan satu fakta, yang barangkali boleh ‘mengejutkan’ sesetengah pihak.

Fakta itu menyatakan, 'sebelum Nabi SAW melaksanakan hukum hudud, Baginda terlebih dahulu menegakkan Islam secara keseluruhannya, yakni menegakkan kehidupan Islam’.

Jelas tersurat, fakta ini bermakna, perlaksanaan hukum hudud adalah peringkat atau ‘projek’ terakhir dalam agenda perlaksanaan Islam.



Dalam ungkapan yang lebih jelas-seperti yang dinyatakan Qaradhawi- “dasar [berkenaan perlaksanaan hudud ialah] tidak dilaksanakan [hukum] hudud melainkan apabila kita telah melaksanakan-seperti yang telah saya katakan-ajaran-ajaran Islam keseluruhannya yang berkaitan akidah, syariat, akhlak, tata susila dan nilai-nilai [murni], kita bangunkan masyarakat Islam, dalam keadaan ini, kita laksanakan [hukum] hudud”.(Rujuk : http://www.qaradawi.net/)

Kenyataan Qaradhawi ini secara tidak langsung menidakkan pandangan yang melihat 'perlaksanaan hudud' sebagai 'agenda teratas' dalam sesebuah negara Islam.

Penegasan ini sebaliknya menuntut sesebuah Negara Islam, melaksanakan hukum hakam Islam dan tuntutan-tuntutan Islam yang lain terlebih dahulu, sebelum mengambil langkah untuk melaksanakan hukum hudud.
Gambaran yang jelas tentang kuantiti hukum hakam dan tuntutan-tuntutan Islam ini boleh diperolehi melalui tinjauan ke atas pembahagian ulama terhadap jenis-jenis hukum hakam Islam.

Syaikh Abdul Wahab Khalaf umpamanya, membahagikan hukum hakam yang dinyatakan al-Quran kepada tiga kategori induk, iaitu Hukum Hakam Akidah, Hukum Hakam Akhlak dan Hukum Hakam Amali. Iaitu hukum hakam berkaitan perbuatan manusia.

Hukum Hakam Amali ini pula terbahagi kepada dua bahagian yang besar, iaitu Hukum Hakam Ibadat dan Hukum Hakam Muamalat (transaksi).

Sementara itu, hukum hakam Muamalat pula dipecahkan kepada 7 bahagian, iaitu Hukum Hakam Kekeluargaan, Hukum Hakam Madani (sivil), Hukum Hakam Jenayah (hudud, qisas dan takzir), Hukum Hakam Perundangan, Hukum Hakam Kenegaraan, Hukum Hakam Antarabangsa dan Hukum Hakam Ekonomi (Abdul Wahab Khalaf (1998), Ilmu Usul al-Feqh, Mansurah : Darul Kalimah, ms.34-35).

Pembahagian ini memperlihatkan dengan jelas kedudukan hukum hudud sebagai salah satu juzuk daripada ‘binaan’ hukum hakam Islam yang besar, dan bukannya keseluruhan hukum hakam Islam itu sendiri.
Sementara kedudukannya dalam ‘jadual’ perlaksanaan pula ialah pada kedudukan atau tertib terakhir, seperti yang telah dinyatakan Qaradhawi.

Pandangan Qaradhawi ini turut dikongsi oleh Syaikh Muhammad Abdullah al-Khatib, seorang tokoh terkenal pergerakan Ikhwanul Muslimin masa kini, yang juga merupakan pengarang Risalah al-Ta'lim, Syarh Usul al-'Isyreen dan lain-lain.

Dengan ungkapan yang jelas, Muhammad Abdullah al-Khatib mengatakan,"hudud dalam Islam...datang pada [kedudukan] penghujung [proses] pensyariatan [hukum] kerana Islam lebih prihatin terhadap tangan manusia [daripada dipotong akibat mencuri], kehormatan, hak milik dan kehidupan mereka keseluruhannya".

Justeru, beliau menolak dakwaaan sesetengah pihak yang mengatakan perlaksanaan hukum hudud berada pada kedudukan teratas dalam ‘jadual perlaksanaan Islam’ berbanding hukum hakam yang lain.


Beliau menyatakan, "[hukum] hudud sebagaimana yang kamu lihat dengan syarat-syaratnya yang ketat, dan dengan [syarat] menyediakan keperluan-keperluan asas kepada setiap individu umat ini [sebelum melaksanakannya], datang pada [kedudukan] penghujung hukum hakam [Islam dari segi perlaksanaan], bukannya pada permulaannya, seperti yang didakwa sesetengah [pihak]".
(Lihat http://www.ikhwanonline.com/new/Article.aspx?ArtID=82931&SecID=391)

Qaradhawi bagaimana pun tidak pula menyatakan dengan jelas, dalil yang menjadi asas kepada pandangan beliau ini. Namun, boleh difahami daripada bicara beliau ketika diwawancara oleh setesen satelit, al-Jazeera pada 10 Januari 2011 itu, dalilnya ialah waktu turun ayat-ayat yang memerintahkan perlaksanaan hukuman-hukuman hudud, iaitu zina, qazaf, mencuri, dan hirabah.

Menurut beliau, ayat-ayat tersebut-yang memerintahkan perlaksanaan hukum hudud- adalah antara ayat-ayat terakhir dan pertengahan dari segi urutan penurunannya. Kedudukan pada tertib pertengahan dan terakhir ayat-ayat ini dari segi urutan penurunan, membawa makna ia juga berada pada kedudukan dan urutan yang sama dari segi perlaksanaan.

Oleh sebab itu, beliau menyatakan, “sebelum dilaksanakan [hukum] hudud, beri makan [terlebih dahulu] kepada orang yang lapar, sediakan pekerjaan kepada penganggur, ajarkan orang yang jahil dan latih [para] pekerja. Mesti dilakukan ini [semua] sebelum melaksanakan [hukum] hudud”.

Bagi menyokong pandangannya berhubung kaedah perlaksanaan hudud ini, Qaradhawi juga dilihat berdalilkan dengan hakikat bahawa Islam tidak beria-ia mahu menghukum manusia yang melakukan kesalahan hudud. Hakikat ini adalah jelas kerana amalan Nabi SAW dan hadis-hadis Baginda sendiri menyatakan hal ini.

Jika demikian, umat Islam perlulah bergerak seiring dengan amalan Nabi SAW dari segi mengelak mengenakan hukuman hudud, meskipun ke atas orang yang datang membuat pengakuan secara sukarela.
Ini boleh dilakukan dengan berusaha menghapuskan segala perkara yang boleh mendorong manusia melakukan kesalahan hudud, seperti desakan, tekanan dan keperluan hidup.

Dari sinilah, perlunya hukum hakam Islam berkaitan kewajipan menjaga kebajikan rakyat, sifat kebersamaan dan apa sahaja yang menjurus ke arah penghapusan dorongan-dorongan jahat itu, didahulukan sebelum dilaksanakan hudud.

Dengan berbuat demikian, umat Islam telah bergerak seiring dengan amalan Nabi dari segi berusaha mengelak sedaya mungkin daripada mengenakan hukum hudud ke atas pesalah.

Kesimpulannya, kaedah perlaksanaan hukum hudud-seperti yang dijelaskan oleh Qaradhawi-ialah mendahulukan perlaksanaan Islam secara keseluruhan terlebih dahulu, sebelum melaksanakan hukum Allah itu.

Justeru, dalam keadaan perlaksanaan Islam secara menyeluruh ini belum selesai dalam sesebuah Negara Islam, hudud bukan sahaja tidak dilaksanakan, bahkan tidak juga diwartakan sebagai undang-undang Negara yang boleh dilaksanakan, sehinggalah urusan perlaksanaan Islam secara menyeluruh tadi selesai dijayakan.

Demikianlah yang difahami daripada penjelasan dan kenyataan-kenyataan Qaradhawi yang turut disokong oleh Muhammad Abdullah al-Khatib, yang disertakan petikannya dalam tulisan ini.

Pemahaman ini nampaknya selaras dengan tindakan Syaidina Umar r.a menangguhkan perlaksanaan hukum hudud secara total pada musim kelaparan, meskipun di kalangan rakyatnya tentu ada orang yang kaya atau berada yang terselamat daripada bencana kelaparan tersebut.

Tidak ada pula pihak yang membantah tindakan beliau itu dengan berhujjah bahawa hukum hudud perlu diteruskan seperti biasa, dengan membebaskan orang yang sabit mencuri disebabkan kelaparan dan mengenakan hukuman hudud ke atas orang yang terbukti mencuri bukan kerana desakan kelaparan.
Syaidina Umar tidak berbuat demikian. Sebaliknya beliau menangguhkan perlaksanaan hudud di musim kelaparan secara total.

Syaikh Qaradahwi, dengan pandangannya berhubung kaedah perlaksanaan hukum hudud ini, sesungguhnya telah membuat satu anjakan penting dalam diskusi dan wacana hudud, iaitu membuka perbincangan berkenaan aspek berkaitan hukum hudud yang tidak dibincangkan secara serius di negara ini, iaitu kaedah perlaksanaan hukum hudud dalam masyarakat.

Semoga dengan pandangan tokoh besar Islam ini, wacana hudud di negara ini tidak terus dikurung atau dilihat dikurung dalam skopnya yang lama, yang hanya berlegar di sekitar kewajipan melaksanakan hukum hudud, keadilan hukum hudud, kesesuaiannya dalam masyarakat majmuk dan seumpamanya.

- oleh Shamsul Muda

Jumaat, Disember 23, 2011

Persoalan Aqidah

cl0061
Aqidah atau Tauhid adalah ilmu yang mengkaji tentang ketuhanan, kerasulan dan perkara ghaib dengan dalil dalil yang boleh menghilangkan segala keraguan di dalam hati manusia.Ilmu ini juga mendedahkan kebatilan,keraguan dan pendustaan orang orang kafir terhadap orang orang beriman yang mempercayai Allah,rasul rasul, kitab kitab,hari akhirat,qadha dan qadar.
Berikut adalah senarai Kepentingan Akidah atau Tauhid dalam Islam:
  1. Amalan amalan seseorang tidak diterima oleh Allah kecuali amalan amalan orang yang beriman yang berasaskan aqidah.
  2. Orang yang tidak beriman dan tidak mengharapkan pahala dari Allah dan tidak takut seksa Allah,dan beramal bukan menuntut keredhaan Allah, tidak berhak menerima pahala daripada Allah.
  3. Orang yang tidak beriman yang mengerjakan apa jua amalan yang baik didunia, pada hari kiamat kelak tidak dapat memberi sebarang pertolongan kepadanya kerana kekufuranya didunia dahulu.
  4. Aqidah, suatu perkara yang terpenting juga dalam hidup dan kehidupan dunia.Mereka yang jahil dalam aqidah saperti orang buta yang tidak kenal bentuk diri nya sendiri.
  5. Mereka yang tidak mengenal Allah pencipta alam ini dan yang menjadikan diri mereka sendiri adalah orang yang hidup tidak beraqidah dan tidak bertauhid.
  6. Aqidah menanamkan keimanan dalam hati seseorang.Mereka yang tidak tertanam dalam hatinya keimanan adalah mereka mereka yang terpedaya oleh kesenangan hidup didinia.
  7. Mereka yang hidup didunia tanpa dipandu oleh aqidah dan tidak tertanam keimanan dalam hatinya, mereka selalu bergembira hidup didunia ini dan berangan angan hidup lebih lama.
  8. Beraqidah dan bertauhid adalah suatu perkara yang terpenting untuk mendapat kebaikan dunia dan akhirat.Mereka yang jahil dalam aqidah binasalah iman dan amalan mereka dan banyak maksiat dan dosa akan berlaku.
  9. Mereka yang hidup didunia dan diakhirat hendaklah membentuk diri mereka dengan iman dan Islam yang berasaskan aqidah yang sahih.
  10. Aqidah menjadi asas utama membentuk diri manusia menjadi seorang mukmin dan muslim, dan Allah menyuruh manusia hidup beriman dan beragama Islam.
  11. Tertakluk dibawah aqidah itu iman dan Islam.Iman membentuk manusia mempercayai Allah,malaikat malaikat Nya, kitab kitab Nya, rasul rasul Nya, hari akhirat,takdir baik dan jahat.Dan juga membentuk manusia bersifat sabar, taqwa dan lain lainnya.
  12. Islam membentuk manusia beramal ibadat, saperti solat, puasa, zakat, haji dan lain lainnya, dimana iman dan Islam tidak boleh dipisahkan kerana kedua duanya tertakluk di bawah aqidah
  13. Merek yang tidak mempercayai rukun iman dan rukun Islam adalah bermakna hidup mereka tidak beraqidah dan dirinya tidak dapat dibentuk dengan aqidah dan mereka termasok dalam golongan orang yang tidak beriman dan tidak Islam.
  14. Kehidupan manusia di dunia mempunyai hubungan dengan Allah yang diikat oleh aqidah melalui kalimah tauhid dan juga hubungan manusia dengan manusia yang diikat dengan dua kalimah syahadah.
  15. Mereka yang berikrar sama sama mengakui tuhan yang disembah dan Nabi Muhammad utusan Allah, dan sama sama beragama Islam dan sama sama mendapat petunjuk hidayah dari Allah kejalan yang benar, hubungan mereka adalah hubungan keimanan dan keagamaan.
  16. Manusia yang menghubungkan diri dengan Allah pada semua urusan hidupnya,bermakna mereka telah mentauhidkan rabubiyah Allah,iaitu mengiktikadkan bahawa Allah menjadikan dan mentadbir semua urusan manusia di alam dunia ini.
  17. Aqidah dan tauhid menjadi asas agama, dan Allah menjadikan manusia untuk menyembah dan beribadat kepada Nya dan menghubungkan di antara manusia dengan Allah.
  18. Hubungan manusia sesama manusia dalam agama menimbulkan kerjasama membela keutuhan agama dengan megorbankan harta dan jiwa yang di dorongkan oleh keimanan yang padu.
  19. Hubungan manusia sesama manusia mentauhidkan Allah dan amal ibadat tertakluk dibawah tadbir tuhan yang satu, kitab yang satu, rasul yang satu dan kiblat yang satu.
  20. Hubungan manusia sesama manusia dalam keagamaan akan mewujudkan perpaduan ummah dalam ikatan yang satu, iaitu persaudaran dalam agama Islam.
  21. Aqidah menjadi asas utama untuk mengukukan keyakinan manusia kepada beragama yang menjadi fitrah manusia yang memerlukan kehidupan beragama.
  22. Agama Islam adalah agama yang sesuai dengan fitrah manusia yang memerlukan panduan aqidah, supaya seseorang itu menjadi orang yang beriman dan Islam yang kamilah yang berasaskan aqidah Islamiah yang sahihah.
  23. Keyakinan manusia beragama tidak akan menjadi kukuh tanpa berasaskan keimanan dan keislaman yang di pandu oleh aqidah.Dan keimanan serta  keislaman mudah di selewengkan oleh orang orang yang berhasrat merosakkan aqidah orang orang yang beriman dan Islam.
  24. Setiap orang yang beriman wajib (Fardhu ‘Ain) mempelajari ilmu aqidah atau ilmu tauhid supaya aqidah mereka itu teguh dan kukuh dan tidak boleh diselewengkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
  25. Mempelajari ilmu akidah atau ilmu tauhid dengan mendalam adalah Fardhu Kifayah.Dan gugurlah fardhu kifayah itu jika ada di antara orang Islam di tempat mereka yang mengetahui masaalah masaalah aqidah yang lebih mendalam dan luas .
  26. Maudhu’ asasi didalam al Quran adalah maudhu’ ilmu tauhid kerana didalam al Quran banyak terdapat firman Allah menggesa manusia beriman kepada Allah, malaikat malaikat Nya, kitab kitabNya, rasul rasulNYa, hari akhirat, qadha dan qadar.
  27. Firman firman Allah yang diturunkan sebelum Rasulullah saw berhijrah ke Madinah bolehlah dikatakan hampir seluruhnya membahaskan masaalah masaalah disekitar aqidah dan tauhid dan masaalah masaalah yang berhubung dengan nya.
  28. Dalam ilmu aqidah dan tauhid didapati dalil dalil naqli dan aqli juga hujah hujah untuk menetapkan serta menyakinkan aqidah seseorang dan menjadikan syahadah mereka itu betul, Islamnya betul, imannya sah, dan amalan amalannya diterima Allah.
Wallahu’alam.

(Sumber: Kitab Aqidah Ahli Sunnah Waljama’ah oleh Bekas Mufti Sabah Haji Said Haji ibrahim)

Rabu, Disember 21, 2011

Dalam kesibukan isu hudud di Malaysia,Negara Mesir tidak pernah laksana Hukum Hudud,…..Mengapa ?

Satu persoalan yang perlu di jawab oleh mereka yang politikkan Isu hudud saperti berikut:-
  1. Mengapa menurut kata Mufti Mesir negera Islam Mesir tidak pernah laksanakan hudud sejak 1000 tahun lalu.
  2. Sedangkan di situlah letak nya pusat sumber ilmu Islam (contoh Universiti Azhar yang terunggul di dunia)
  3. Di situ juga adanya beribu ribu ilmuwan dan ulama yang terkenal.
  4. Dan di situ juga lahirnya ilmuwan dan ulama dunia.
  5. Di Negara itu tidak ada sesiapa atau undang undang atau perlembagaan yang akan menghalang jika nak laksanakan hudud? Mengapa tak dilaksanakan?
  6. Mengapa parti parti politik Islam disana tidak menjadikan hudud agenda no 1 dalam perjuangan mereka? Parti politik yang baru menang pilihanraya raya dan dapat kuasa memerintah baru baru ini pun tidak sebut hudud sebagai agenda mereka no 1.
  7. Adakah kerajaan dan rakyat Mesir termasuk ilmuwan, ulama, dan politikus jatuh kafir kerana tidak menjadikan Hudud agenda No 1 dan melaksanakan nya?

Sebagai orang Islam saya amat setuju undang undang hudud di laksanakan di Malaysia tetapi hendaklah berdasarkan ilmu ISLAM sebenar.Dan bukan berdasarkan agenda dan sentimen politik yang di bawa oleh sesetengah pihak , baik dari pihak pemerintah mahupun pihak pembangkang.
Wallahu'alam.

Ahad, Disember 18, 2011

Ideologi demokrasi menyerang dunia Islam saperti tsunami yang tidak boleh di bendung

montesquieu pengasas demokrasi moden
[Montisquie pengasas demokrasi moden]

Mereka melihat demokrasi sebagai suatu yang paling agung lebih daripada jalan yang di tunjuk Islam dalam kehidupan,politik dan pemerintahan mahupun dalam mencapai kekuasaan. Ia umpama konsep suci yang tidak boleh disentuh atau dipertikai. Hari ini Sistem Pilihanraya Raya berdemokrasi menyaksikan baik Islam, Hindu,Buddha mahu pun Kristian  walaupun saling bertikai dari segi parti politik tetapi semua boleh bersatu menerima demokrasi.
Mereka tidak mampu menerima sesiapa yang mengkritik demokrasi kerana telah sekian lama berjuang dan bergelumang dengan idea kufur ini sehingga merasakan inilah minhaj yang terbaik untuk mencapai kekuasaan.
Hinggakan baru baru ini demonstrasi besar besaran yang berjaya menumbangkan pemerintah melalui kuasa rakyat atau"people force" di Timur Tengah saperti di Tunisia, Mesir, Libya dan Yaman yang sepatutnya merevolusikan negara masing masing untuk bertukar kepada pemerintahan cara Islam kini beralih ke arah yang bertentangan dari kehendak Islam iaitu menuju kepada sistem ideologi demokrasi.Ramai pemimpin pemimpin harakah Islamiah di sana yang selama ini memperjuangkan Islam menerima ideologi sekular ini.
Apa sebenarnya sudah jadi dengan pejuang pejuang Islam? Selama dalam perjuangan mereka melaungkan Daulah Islamiah dan Islam Syumul.Tiba tiba apabila sudah dapat kuasa,beralih arah kepada sistem sekular yang selama ini mereka kata taghut?.
Wallahu'alam

Rabu, Disember 14, 2011

Apabila penzina menghina Islam

Kebelakangan ini kita dikejutkan dengan kebiadaban pemimpin-pemimpin bukan Islam menghina amalan agama Islam, undang-undang Islam dan kedudukan Islam yang dilindungi oleh perlembagaan, secara bertubi-tubi. Seolah-olah ianya dirancang dengan sebegitu rapi, sama ada oleh parti politik, majlis peguam, NGO, individu tertentu dan sebagainya, yang tidak Islam. Pendek kata, mereka bergerak dalam segenap aspek, dalam satu pasukan menggunakan pelbagai label, pelbagai pendekatan, sama ada secara lantang, licik dan halus. Paling ketara, kita lihat mereka saling sokong-menyokong. Tidak ada yang membantah.

Islam diserang dari pelbagai sudut. Suara mereka tetap sama, senada dan seirama, tidak kira di mana berada. Tidak seperti kita, usahkan dari pelbagai sudut, perkara kecil sekalipun, masih berpecah dan bergaduh tidak ada penghujung. Apa yang amat menyedihkan adalah, tidak ramai dari kalangan kita yang berani menegurkan atau memberikan reaksi kepada tindakan biadab kumpulan bukan Islam ini. Jika teguran dibuat nanti, takut ada implikasi kepada kedudukan undi dan gugatan kuasa politik.

Sebagai agama yang bersifat universal, sebenarnya Islam begitu terbuka. Kita boleh ditegur, tidak ada masalah. Muhasabah diri amat penting dalam Islam. Hisablah sebelum diri kamu dihisab. Parti-parti politik atau orang bukan Islam boleh memberikan teguran dalam perkara lain seperti salah tadbir urus, salah laku peribadi, rasuah dan sebagainya yang dilakukan oleh sesiapa sahaja, tetapi bila tiba kepada perkara berkaitan agama Islam, jangan terlalu kurang ajar. Apatah lagi jika yang menegur itu, latar belakangnya amat menjijikkan. Seks rambang dan perzinaan sudah menjadi budaya hidupnya.

Kenapa perlu mencampuri urusan orang Islam atau agama Islam, sedangkan orang Islam tidak pernah sama sekali campur tangan dalam urusan agama mereka. Siapakah kamu wahai kiasu? Jika kami melakukan tindakan yang sama menghina agama kamu, sudah tentu mereka ibarat cacing kepanasan.

Saya amat memuji NGO-NGO yang begitu lantang mengkritik pemimpin parti politik yang suka berzina dan amat rendah moralnya ini. Saya yakin jika calon parti hina ini bertanding di kawasan majoriti Melayu, pasti mereka akan menerima akibatnya. Amat malang sekali jika kita sebagai umat Islam masih buta, yakni meletakkan calon bukan Melayu di kawasan majoriti Melayu. Jika mereka benar-benar anak jantan, biarkanlah bertanding sesama mereka. Kita lihat nanti siapakah yang akan menang? Parti politik yang berjaya menyelindungkan ultra kiasu telah berjaya memukau orang Melayu untuk mengundinya.

Saya masih lagi boleh bersabar jika mereka tidak menerima ‘hudud Pas’. Tetapi cara mereka bercakap tidak menampakkan rujukan kepada ‘hudud PAS’, tetapi menghina Islam secara keseluruhan dan isi kandung al-Quran. Perbuatan ini amat melampau.

Sebagai umat Islam kita mesti merasa sensitif. Tidak boleh pejam sebelah mata. Jangan benarkan sesiapapun menghina al-Quran. Hidup mati kita adalah dengan al-Quran. Al-Quran adalah petunjuk, kerana ia adalah kalamullah. Hatta, satu huruf al Quran, kita tidak boleh tolak. Kita wajib mengimaninya. Inikan pula menolak hukum Allah itu. Jika tidak mahu menerima, tidak mengapa. Lagipun dia bukan untuk ultra kiasu. Hanya untuk orang Islam. Tetapi jangan keluarkan kenyataan yang menyakitkan. Bayangkan jika kami mengkritik agama Buddha atau Kristian secara terbuka. Apakah reaksi ultra kiasu dalam Majlis Perundingan agama bukan Islam dan kuncu-kuncunya ketika itu. Jangan bermain dengan api wahai penzina.

Saya bersetuju dengan desakan supaya penzina yang memalukan parti dan keluarganya sendiri ini, membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung kenyataan beliau berkenaan dengan hukum hudud. Ini bukan kali pertama beliau mengeluarkan kenyataan yang menghina Islam. Apakah kita boleh menerima kenyataan seperti pelabur-pelabur akan meninggalkan Malaysia manakala negara akan berhadapan dengan ‘binasa diri’ jika hukum hudud dilaksanakan di Malaysia.

Persoalan saya, apakah Malaysia akan menjadi daya tarikan pelabur-pelabur dengan lambakan pelacur-pelacur yang datang daripada Cina dan Vietnam yang datang ‘memberi khidmat’? Apa matlamat sebenar membawa masuk mereka ini? Apakah mungkin beliau turut melanggan kerana memang menjadi kesukaannya menyimpan mistres?

Jika tidak faham tentang Islam, mari kita belajar bersama. Lagi pula bidang undang-undang Islam, begitu jauh daripada bidang penzina ini. Sudahlah bukan bidang, banyak pula dia bercakap. Jika bidang beliau mengenai kesihatan seperti mana jawatan yang pernah dipegang sebelum ini, lebih baik dia bercakap mengenai keburukan yang dibawa hasil seks luar nikah atau seks rambang atau penzinaan.
Penzina ini juga berkata sistem perundangan itu tidak adil kepada semua pihak khususnya ke atas kaum wanita selain mengenakan hukuman-hukuman kejam yang jelas bercanggah dengan konvensyen antarabangsa. Penzina ini juga meramalkan bahawa pasaran saham akan jatuh antara 10 hingga 20 peratus jika hukum hudud digubal dan ia juga akan memberi kesan ke atas kewangan pelabur-pelabur tempatan. Wah! bukan main pandai lagi beliau meramal seperti nujum. Kenapa negara China yang mengamal sistem komunis yang nampak lebih zalim tidak dikritik? Adakah pelabur lari daripada negara Cina? Apa yang saya tahu, semakin ramai yang melabur di negara komunis itu? Tidak kurang yang mencari saudara mara mereka untuk dibawa ke sini kerana tidak tahan dengan cara hidup sana. Tidakkah komunis lebih kejam? Janganlah kerana saudara mara mereka ramai di situ, maka yang buruk dilihat baik, tetapi bila apa jua perkara berkaitan dengan Islam yang menjadi amalan kehidupan kita dihina sedemikian rupa dan yang baik dilihat buruk. Adakah kita masih buta dengan perancangan jahat ini?

Saya amat hairan kenapa kita sengaja memejamkan mata dengan strategi untuk ‘menghapuskan’ identiti Islam dan Melayu ini. Mereka bukan tidak tahu kebaikan Islam, mereka tahu. Tetapi mereka tidak mahu ada identiti Islam (Melayu) di Malaysia. Mereka mahukan sama rata dan sama rasa. Sampai bila-bila pun ultra kiasu yang berada dalam pakatan dan barisan tidak akan menerima Islam, kecuali Umno dan Pas bersatu.

Saya amat bersetuju dengan kenyataan Timbalan Presiden Umno, sebenarnya kita tidak rasis. Mereka yang seratus kali lebih rasis. Bukan sahaja rasis, tetapi busuk hati. Mereka tidak mahu langsung negara ini dikaitkan dengan identiti Melayu dan Islam, walaupun itulah hakikat yang mesti diterima.

Seperti yang Perdana Menteri sebut, orang Melayu tidak pernah menjadi bangsa yang rasis dan bersikap pelampau kerana sejak merdeka orang Melayu sanggup berkongsi kuasa dan memberi apa yang (dirasa) adil kepada bukan Melayu. Orang Melayu telah menghulur tangan kepada orang bukan Melayu untuk membina sebuah negara yang aman, bersatu dan lebih makmur serta mengamalkan wassatiyyah (kesederhanaan) sejak dulu lagi. Jadi jangan sesekali cuba mencuit perasaan orang Melayu dengan cuba mengubah apa yang termaktub dalam Perlembagaan. Apa yang sudah kita rundingkan waktu merdeka dulu, perkara ini akan dipertahankan.

Justeru, tunggu apa lagi, marilah kita bersama-sama tanpa mengira parti dan ideologi, mempertahankan Islam yang semakin lama semakin berani dimamah dan diratah oleh ultra kiasu yang wujud di mana-mana, termasuk dalam Barisan Nasional. Mereka licik dan bijak menyamar seperti musang berbulu ayam. Kita bukan tidak tahu. Kita tahu, tetapi kita masih percaya bahawa ‘bersangka baik dan toleransi’ adalah segalanya, demi undi dan kuasa. Persoalannya, sampai bila? Adakah kita akan terus berada di pihak yang rugi.


Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Kejinya politikus yang tidak tahu mengenang budi dan jasa anggota keselamatan

 
Saya pernah menghadiri upacara tamat latihan tentera darat dan polis yang di adakan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat Port Dickson (PUSASDA)dan Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL).Melihat para rekrut yang baru tamat latihan sedang berbaris di padang di upacara itu, menimbulkan suatu keinsafan kepada diri saya.Jauh dari dalam lubuk hati, saya berbisik, mereka lah manusia yang bakal meninggalkan keseronokkan hidup di kampung atau di bandar untuk menjaga keamanan negara sedangkan ramai manusia lain di luar sana hidup seronok seronok dan bergembira sehingga lupa untuk mengenang pengorbanan mereka.Manusia lain lupa dan merasa keamanan yang mereka kecapi selama ini datang dengan sendirinya.Mereka juga lupa atau sengaja buat buat lupa bahawa ada insan insan yang sentiasa bertarung nyawa dan berkorban untuk membayar harga keamanan dan keselamatan di negara kita yang tercinta ini.
Rupa rupanya akhir akhir ini ada juga manusia yang bergelar politikus termasuk dalam golongan yang saya sebutkan di atas.Golongan yang tidak mengenang budi dan jasa.Dalam keghairahan mereka mengejar jawatan dan merebut kuasa mereka menjadi rakus dan hidup bermaharajalela.Dalam kerakusan, mereka mengheret pihak keselamatan kedalam kancah permainan politik kotor mereka dan mula berani mempertikaikan segala tindak tanduk anggota keselamatan terutama pihak polis dan tentera.
Pihak polis lah yang paling banyak sekali menerima tekanan dari politkus jahat dan pengikut nya (yang tidak tahu mengenang budi dan jasa) hingga menyebabkan reputasi dan kerja mereka sering terjejas.Bagi politikus ini apa yang dilakukan oleh pihak polis semua nya tidak kena.Tangkap penjenayah pun di kutuk apa lagi kalau tak dapat tangkap.Semuanya di politik kan.Adakala mereka mendakwa polis itu rasis kerana sering menangkap penjenayah berbangsa India dan Cina .Agaknya mereka mahu polis tangkap penjenayah dengan cara menghamparkan karpet merah.Ketika pihak polis menghalang perhimpunan haram di Kuala Lumpur baru baru ini mereka dakwa pihak polis pro kerajaan dan maha zalim.Tetapi apabila pihak polis menjaga keamanan dan menghalang perkara yang sama berlaku di negeri pemerintahan pembangkang (saperti di Pulau Pinang) tak sebut pula tentang kezaliman polis?  Betapa keji dan Hipokrit nya politikus spesis ini…..…
Saya berpeluang mendengar luahan isi hati seorang anggota polis.Dia seorang SB dari cawangan khas Bukit Aman yang di tugaskan mengawal di perhimpunan BERSIH 2.Dia kata “Kerja kami sebagai anggota polis adalah untuk menjaga keamanan bagi pihak pemerintah.Tidak kira siapa dia pihak  pemerintah itu.Samada dia kerajaan yang memerintah sekarang atau pun pihak pembangkang yang akan memerintah di masa yang akan datang.Tak kisah lah kalau pihak pembangkang sekarang gelar kami “anjing kerajaan” kerana kerja kami sebagai anggota polis akan jadi “anjing” kepada pihak kerajaan pembangkang juga apabila mereka memerintah kelak.Kami tidak pernah memusuhi mana mana pihak dalam menjalankan tugas.Tetapi cuba bayangkan dan apa perasaan anda apabila politikus jahat ini dan penyokong penyokongnya menggelar kami “ANJING!”
  
Kepada pihak tentera pula mereka menghina dengan menuduh di antaranya kapal selam tentera kita tidak boleh menyelam.Angkatan tentera kita ketinggalan zaman .Sedangkan apabila angkatan tentera nak di “upgrade” mereka lah orang yang paling lantang berkata mengapa berbelanja menghabiskan duit rakyat? Nampak sangat politikus jahat ini tidak ada kerja lain melainkan kerja mencari salah dan mengutuk.Kan lebih baik mereka gunakan masa , wang dan tenaga mereka membantu rakyat yang mereka sendiri dakwa ramai yang susah, dari membunag masa dan tenaga menyibukkan diri mengutuk pihak Keselamatan?
Saya puji sikap anggota SB yang saya ceritakan di atas.Anggota anggota saperti dia bukan menjalankan tugas kerana gaji semata mata dan mahukan orang mengenang budi dan jasa mereka.Kalau itu yang mereka mahu, mereka akan kecewa kerana ramai manusia terutama politikus jahat ini tidak tahu mengenang budi.Pemimpin pemimpin ternama sekali pun jika hilang kuasa akan di lupakan jasanya.Allah pun pernah menceritakan di dalam al Quran mengenai manusia yang tidak tahu mengenang jasa dan bersyukur saperti maksudnya :
“Dan sesungguhnya Tuhanmu sentiasa melimpah ruah kurnia Nya kepada umat manusia, tetapi kebanyakkan mereka tidak bersyukur”. (Surah Al Naml ayat 73).
Kepada anggota keselamatan teruslah berbuat jasa kerana Allah.Biarkan  manusia jahat yang sengaja tidak mahu mengenang jasa anda.Sebagai pejuang berkhidmatlah kepada agama dan negara dengan mengharap keredhaan Allah dan balasan baik dari Nya.Allah tidak pernah mengecewakan hamba hamba Nya yang jujur.Rasulullah pernah bersabda, maksydnya:
“ Seseorang yang berperang untuk mendapatkan harta rampasan, seseorang yang berperang agar di puji dan seseorang yang berperang untuk memperlihatkan kehebatannya, siapakah antara mereka yang berada di jalan Allah? Rasulullah SAW menjawab: “Sesiapa yang berperang untuk meninggikan kalimah Allah (tertegak) maka dia berada di jalan Allah”.
(HR Bukhari dan Muslim)
Tidak di nafikan kepada anggota keselamatan, mereka sebagai insan biasa perasaan tetap terguris apabila di gelar “ANJING” oleh politikus jahat  dan penyokong penyokong nya,namun dengan mengingati keadilan Allah, saya yakin mereka akan dapat mengubati hati yang parah ini.
Wallahu’alam.

Isnin, Disember 12, 2011

Pengertian Masjid.

P1171696

Masjid dari sudut bahasa di dalam bahasa Arab ialah nama bagi tempat bersujud. Dari sudut syara‘ pula ialah di mana-mana tempat  permukaan bumi, ini berdasarkan sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam yang berbunyi:

Maksudnya: “Dijadikan bagiku bumi ini sebagai masjid (tempat bersujud)”

(Hadis riwayat Al-Bukhari)

Manakala dari sudut istilah atau ‘urf masjid itu ialah tempat yang disediakan bagi  mengerjakan sembahyang untuk selama-lamanya. (Mu‘jam Lughat Al-Fuqaha: 428 dan Ihkam As-Sajid: 26-27)

Apabila diperhatikan sejarah kewujudan dan kedudukan tanah persekitaran masjid pada masa dahulu berdasarkan definisi masjid dari sudut istilah, di antaranya ada masjid yang hanya berupa tanah lapang yang diberi tanda atau sempadan di sekelilingnya dengan mendirikan tiang-tiang yang dipacakkan tepat pada sempadan berkenaan.

Jika setakat yang ditanda sebagai sempadan itu hanyalah tiang saja yang dijadikan masjid atau disebut masjid oleh orang ramai, atau oleh pewakaf – jika ia masjid wakaf – maka yang berada di luar sempadannya tiada dikira masjid dan tidak berlaku padanya hukum-hakam masjid seperti iktikaf.

Sehubungan dengan ini, kalau ada orang yang berkata: “Aku jadikan tempat ini sebagai masjid”, maka jadilah tempat itu sebagai masjid, iaitu setakat mana luas atau besarnya tempat yang dimaksudkannya sebagai masjid itu, manakala kawasan yang di luarnya tidak turut menjadi masjid. Dalam hal ini Imam Az-Zarkasyi ada menyebutkan:

Ertinya: “Kalau seseorang berkata: “Aku jadikan sebidang tanah ini sebagai masjid, maka menurut kitab Al‑Wajîz jadilah ia masjid walaupun dia tidak menyebut lafaz wakaf.”(Ihkam As-Sajid: 396)

Sebagaimana yang disebutkan oleh Imam Az-Zarkasyi di atas, sekiranya keseluruhan tanah yang diperuntukkan itu telah diwartakan (digazetkan) atau diniatkan sebagai masjid, maka jadilah kesemua tanah yang diniatkan itu masjid, walaupun bangunan masjid belum didirikan.

Tetapi jika yang digazetkan sebagai masjid hanya setakat bangunannya sahaja, maka itulah sahaja yang dianggap sebagai masjid, manakala bakinya adalah sebagai harimmasjid atau rizab masjid (tanah simpanan untuk masjid dan lain-lain keperluan masjid).

 

(Sumber: Jabatan Mufti Brunei - http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2002/ic24_2002.htm)

Dunia politik itu jelik dan keji (dari sudut pandangan orang awam).


Taktik politik kotor

Dari sudut pandangan orang awam saperti saya, saya melihat ramai dikalangan orang politik yang beragama Islam di seluruh dunia mengaku bahawa mereka memang terlibat dengan politik cara barat, iaitu politik taghut yang bertentangan dengan Islam.Mereka juga mengaku amalan politik yang sepatutnya yang di redhai Allah adalah politik yang di laksanakan atau di tathbiqkan atau di selaraskan mengikut kehendak Islam.Sudah sekian lama mereka melaungkan “Islam itu syumul” atau “Islam itu adalah cara hidup” atau “Islam is the way of Life”, tetapi nampaknya itu hanya bentuk kempen untuk meraih undi, slogan, propaganda dan dakyah semata mata.Namun selama ini “Politik Islam” nampaknya hanya indah di bibir bibir mulut atau retorik sahaja.Hakikatnya bukan politik Islam atau politik sebenar yang mereka bawa.Sebaliknya mereka memperjuangkan politik yang bercanggah dengan cara yang Islam mahu.
Sebab itu politik yang di amalkan oleh politikus Islam hari ini adalah politik yang menyakitkan hati banyak pihak, politik yang mencerminkan Islam itu kasar,ganas,dan suka bertelagah,politik yang menjauhkan manusia dari Islam. Mereka sering mengaku mereka menjalankan dakwah dalam berpolitik.Tetapi apa yang saya lihat mereka berdakwah kerana nak menegakkan fahaman dan politik berpuak puak mereka.Bererti berdakwah kerana politik bukan berpolitik kerana menegakkan dakwah Islamiah.
Kita juga melihat bagi politkus, matlamat mereka berjuang adalah atas dasar untuk mendapat kuasa.Walaupun ada di antara mereka mengaku perjuangan mereka nak mendaulahkan Islam, tetapi merebut kuasa adalah agenda nombor wahid.Menegakkan Islam adalah agenda nombor 2 setelah dapat kuasa.Maka sebab itu dalam berpolitik untuk merebut kuasa mereka tidak memperdulikan sempadan halal dan haram.Bahkan mereka sedia “menghalalkan cara” dan sanggup mengubah hukum mengikut selera politik mereka.Yang haram boleh jadi  halal dan yang halal boleh jadi haram.Perbuatan memfitnah, mengaibkan atau mencemarkan maruah lawan,mengata, memaki hamun dan macam macam lagi yang di larang dalam Islam mereka langgar ikut sesuka hati.Mereka “memperalatkan” hukum fiqh awlawiyat untuk mengeluarkan fatwa baru asalkan hukum yang baru yang di fatwakan boleh di selaraskan dengan perjalanan politik semasa mereka.Mereka menghalalkan tindakkan mereka kerana kata mereka ini lah “politik”.Contoh, dulu mereka kata haram memilih pemimpin dari kalangan orang kafir dengan berhujah menggunakan Surah Surah Al Quran, di antaranya Surah Al Maidah ayat 57 yang bermaksud :
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil jadi pemimpinmu, orang-orang yang membuat agamamu jadi buah ejekan dan permainan, (yaitu) di antara orang-orang yang telah diberi kitab sebelummu, dan orang-orang yang kafir (orang-orang musyrik). Dan bertakwalah kepada Allah jika kamu betul-betul orang-orang yang beriman.”
Kini mereka pula yang suruh umat Islam memilih pemimpin dari kalangan orang kafir.Bahkan berkempen bermati matian untuk pemimpin kafir ini.
Mereka seolah olah hilang akal atau gila untuk mendapat kuasa hingga menyebabkan mereka jadi keras kepala.Hingga tergamak dan sanggup memecahkan ukhwah atau persaudaraan sesama Islam.Betapa kejinya cara mereka ini berpolitik.Said Nursi seorang tokoh dari Turki pernah merintih di dalam doa nya  “Ya Allah lindunganlah aku dari syaitan dan POLITIK”.
Samada mereka sedar atau tidak mereka sebenarnya memiliki perangai jahiliah dan hipokrit.Apabila berbalah mereka berlebih lebihan hinggakan hal peribadi rumahtangga, keluarga ,datuk nenek dan keturunan lawannya yang tak ada kena mengena pun di hina dan diaibkan sama.Langkah in mereka anggap perang habis habisan.Dalam Islam jika berperang sekali pun ada batasan nya saperti apa yang Allah firmankan yang bermaksud :
“Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang yang memerangi kamu dan janganlah kamu melampaui batas (dengan memulakan peperangan) kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas”. (Surah Al Baqarah ayat 190)
Lebih dahsyat lagi ramai di dikalangan mereka, (termasuk penyokong2 mereka yang bertaklid buta dengan mereka) bertindak melampaui batas kerana tergamak melemparkan tuduhan tuduhan khawarij, Ahbash,munafiq, fasiq,penentang atau pengkhianat agama,murtad, bahkan mengkafirkan lawan politiknya semata mata kerana berbeza pendapat dengan fahaman kepartian mereka.Mereka sering mengenepikan hadis hadis sahih dan kadang kala sanggup mengadakan hadis hadis palsu semata mata kerana nak mempertahankan fahaman politik mereka.
Umat Islam patut sedar sendiri bahawa orang politik saperti yang saya sebutkan di atas adalah orang politik yang keji.Masyarakat Islam perlu diputar fikiran mereka semula (syncronise) untuk melihat kebenaran supaya mereka tidak selamanya ditipu oleh politikus jahat yang terpengaruh dengan agenda Barat dan Yahudi atas nama Islam.Wallahu’alam.

Selasa, Disember 06, 2011

HUKUM SEMBAHYANG JAMAK KERANA MENJALANI RAWATAN PENYAKIT-PENYAKIT KRONIK DI HOSPITAL-HOSPITAL KERAJAAN DAN SWASTA




1. TUJUAN
Kertas ini disediakan adalah untuk mendapat pandangan dan pertimbangan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor mengenai “Hukum Sembahyang Jamak Kerana Menjalani Rawatan Penyakit-Penyakit Kronik”.
2. LATAR BELAKANG
2.1. Isu ini timbul ekoran daripada pertanyaan orang ramai kepada JAKIM mengenai hukum sembahyang jamak kerana menjalani rawatan penyakit-penyakit kronik seperti rawatan hemodialisis bagi penyakit buah pinggang, rawatan penyakit jantung, lumpuh dan seumpamanya yang telah mendapat pengesahan daripada doktor- doktor pakar daripada hospital-hospital kerajaan ataupun swasta.
2.2. Penggunaan alat-alat semasa dan sesudah rawatan homodialisis adalah sepert berikut:-
(i) Semasa Rawatan
Setiap pesakit dikehendaki menjalani pemeriksaan tekanan darah sebelum, semasa dan sesudah rawatan sekurang- kurangnya 5 kali menggunakan alat khas tekanan darah tinggi. Kemudian ditimbang berat badan satu (1) kali sebelum dan satu (1) kali selepas rawatan untuk mengetahui berat sebenar. Bagi timbangan berat sebelum rawatan untuk mengetahui kedudukan berat air yang ada di dalam badan dan timbangan kedua selepas rawatan untuk mengetahui berapakah sudah dikurangkan air dalam badan.
Semua bacaan untuk timbangan berat ini dicatat dalam buku rekod peribadi. Kemudian jururawat akan membuat suntikan di dua tempat di lengan - satu untuk pengeluaran darah dan satu untuk memasukkan semula darah. Setelah suntikan dibuat, jarum itu tetap berada di lengan pesakit dari awal hingga ke akhir masa rawatan sekurang-kurangnya 4 jam atau paling lama 5 jam. Aliran darah keluar melalui bawah lengan suntikan bahagian bawah memasuki tiub yang digunakan untuk masuk ke dalam satu tabung penapis sebagai ganti fungsi buah pinggang - untuk menapis segala darah kotor dan lebihan air yang berada dalam darah menggunakan mesin khas. Kemudian darah yang bersih disalurkan semula ke lengan bahagian atas melalui jarum yang tersedia.
(ii) Selepas Rawatan
Setelah cukup masa rawatan sekurang-kurangnya 4 jam tadi, jururawat akan membuka tampalan serta jarum berkenaan dan diletakkan tampalan lain dengan menggunakan sejenis kain yang dikeraskan di bahagian liang suntikan supaya menghalang darah keluar kerana ketika itu jika tidak dibuat demikian, darah akan terpancut dengan kuat (dalam tempoh 1 jam). Liang suntikan hanya boleh dibuka dalam tempoh lebih 40 - 60 minit kerana di waktu itulah bagi pesakit tertentu liang suntikan itu telah tertutup oleh darah yang beku, tetapi bagi sesetengah pesakit pula lebih daripada 1 jam, ini bergantung kepada kecairan atau kepekatan darah seseorang.
3. PERMASALAHAN/PERSOALAN
Bolehkah orang yang menjalani rawatan hemodialisis dan seumpamanya menunaikan sembahyang Zohor dengan Asar - Jamak Takhir disebabkan oleh rawatan berkenaan?
(i) Bagi pesakit yang mengambil syif rawatan pertama iaitu jam 6.00 pagi - 12.00 tengahari, dalam tempoh rawatan ini tidak menimbulkan masalah dari segi waktu sembahyang fardhu kerana rawatan itu telah selesai sebelum waktu Zohor.
(ii) Bagi pesakit yang mengambil syif rawatan kedua iaitu jam 11.00 pagi - 6.00 petang, menimbulkan implikasi hukum mengenai sembahyang. Ini menyebabkan waktu sembahyang Zohor luput. Sementara itu sekiranya pesakit mengambil wuduk sebelum rawatan dibuat, ia boleh membatalkan wuduk disebabkan persentuhan dengan jururawat wanita bagi pesakit lelaki atau disebabkan keluar angin daripada dubur.
(iii) Bagi mereka yang mengambil syif rawatan ketiga iaitu jam 3.00 petang - 9.00 malam, menimbulkan masalah kerana melibatkan sembahyang Asar dan Maghrib. Apakah boleh bagi pesakit berkenaan sembahyang Jamak Takdim - Sembahyang Zohor dan Asar dan Jamak Takhir - Sembahyang Maghrib dan Isyak?
4. ASAS-ASAS PETIMBANGAN
3.1. Mengikut kitab Ahsan al-Kalam Fi al-Fatawa Wa al-Ahkam oleh Fadhilah Syeikh Atiyyah Saqr, juzu’ 3 hal. 421 - 422 menyatakan mengenai pendapat-pendapat ulama’ bagi empat mazhab.
(i) Menurut pendapat Mazhab Maliki, harus jamak sembahyang ketika bermusafir jauh atau dekat. Begitu juga bagi orang yang sakit yang pitam atau sakit di kepala yang boleh menghalangnya daripada menunaikan sembahyang ketika masuk waktu kedua, maka harus baginya mentakdimkan sembahyang tersebut. Begitulah juga harus jamak sernbahyang kerana hujan lebat, ribut pasir, kegelapan malam, maka harus dijamak secara takdim sembahyang maghrib dan isyak dengan syarat sembahyang tersebut dilakukan di masjid secara berjamaah.
(ii) Mengikut pendapat Mazhab Syafie, harus jamak sembahyang kerana musafir yang lama perjalanannya dengan sebab hujan secara jamak takdim sahaja, apabila dilakukan sembahyang itu secara berjemaah di masjid yang jauh daripada rumahnya, mengelakkan kesusahan untuk pergi ke sana, maka ia harus menjamakkan sembahyang walaupun tidak kerana hujan dan harus jamak sembahyang sama ada takdim atau takhir bagi orang yang sakit.
(iii) Sementara Mazhab Hanafi pula tidak harus jamak sembahyang secara takdim kecuali bagi orang yang mengerjakan haji di Arafah dengan syarat berjamaah berserta Imam atau naibnya dan tidak harus mentahlulkan sembahyang kecuali di Muzdalifah bagi orang yang mengerjakan haji, maka ia boleh sembahyang Asar dalam waktu Zohor di Arafah dan sembahyang Maghrib dalam waktu Isyak di Muzdalifah.
(iv) Mengikut Mazhab Hambali, harus bagi orang yang sakit menjarakkan sembahyang ketika timbulnya kesusahan mendirikan sembahyang apabila masuknya waktu. Harus juga menjamakkan sembahyang bagi orang yang lemah daripada mengetahui awal waktu sembahyang bagi orang yang buta dan begitu juga bagi orang yang takut berlaku kemudaratan ke atas dirinya, harta atau maruahnya atau takut kemudaratan yang bersangkutan dengan kehidupannya dengan meninggalkan sembahyang dan yang lebih utamanya ialah memilih yang paling mudah ke atasnya sama ada untuk jamak takdim atau takhir dengan mematuhi syarat-syarat takdim dan takhir seperti tertib, niat jamak dan berterusan uzur.
3.2. Mengikut keputusan Jawatankuasa Fatwa Kali Ke 14 pada 22 - 23 Oktober 1985 menyatakan bahawa dalam Islam uzur syarie adalah diertikan seperti berikut:-
(i) Keuzuran yang di luar kuasa seseorang untuk mengatasinya seperti penyakit kronik, menghadapi hujan, ribut dan taufan.
(ii) Keuzuran yang bersabit dengan keluarga atau saudara yang sakit tenat yang tiada harapan untuk hidup yang perlu diziarahi.
(iii) Keuzuran berkenaan dengan berkemungkinan berlaku kerosakan bahan perusahaan yang ditinggalkan semasa menunaikan fardhu Jumaat.
Daripada kesimpulan di atas dapatlah dirumuskan bahawa menjalani rawatan penyakit-penyakit kronik seperti hemodialisis bagi penyakit buah pinggang dan seumpamnya adalah dikira uzur syarie yang di luar kuasa seseorang untuk mengatasinya.
5. SYOR
Berdasarkan fakta-fakta yang disebutkan di atas, maka dengan ini dipohon Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor memutuskan “Hukum Rawatan Penyakit-Penyakit Kronik seperti Hemodialisis dan seumpamanya dengan menjamak sembahyang fardhu dan keputusan ini hanya tertentu kepada orang yang mengalami penyakit berkenaan sahaja.”
KEPUTUSAN
ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM 1989
FATWA TENTANG HUKUM SEMBAHYANG JAMAK KERANA MENJALANI RAWATAN PENYAKIT-PENYAKIT KRONIK Dl HOSPITAL KERAJAAN DAN SWASTA
Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 31(1) dan seksyen 32 Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989, Mufti bagi Negeri Selangor, selepas berbincang dengan Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’, membuat fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual. (En. 2/1989)
JADUAL
(1) Harus menjamakkan sembahyang kerana menjalani rawatan penyakit kronik yang memakan masa yang lama.
(2) Pekerja-pekerja yang tidak dapat meninggalkan tugasnya kerana sebab- sebab yang tidak dapat dielakkan seperti doktor yang bertugas di wad ICU dan seumpamanya yang terpaksa bertugas tanpa had masa. Keharusan menjamakkan sembahyang dikhususkan pada masa berlaku darurat sahaja, tidak terpakai pada masa sihat atau hari yang tiada rawatan atau ketika tidak bertugas.
Dibuat pada 16 Januari 2001.
[MUFTI Sel. 500-2; PU. Sel. AGM/0007 Jld. 2]
DATO’ HAJI MOHD TAMYES BIN ABD. WAHID,
Dato’ Seri Utama Diraja,
Mufti Negeri Selangor
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...