Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Rabu, April 30, 2014

Hakikat Dosa

Padam dosa

Seorang hamba Allah, dikira berdosa, apabila dia tidak melakukan kerja atau tindakan taat kepada Allah Taala.

Seseorang hamba Allah itu dikatakan tidak melakukan kerja taat kepada Allah apabila tidak mengerjakan suruhan Allah atau melakukan kerja haram (perbuatan maksiat, kemungkaran atau sebarang larangan dalam agama Islam).

Setiap hamba Allah yang berdosa akan ditimpakan pembalasan seksaan (azab) daripada Allah s.w.t sama ada di akhirat, mahu pun di dunia.

Hamba Allah yang perbuatan dosanya tidak / belum mendapat keampunan Allah Taala atau dalam proses keampunan, sedang dalam pengkifaratan dosa misalnya, akan menerima pembalasan awal (terdekat) di dunia yang merupakan seksaan atau kecelakaan. Pembalasan dosa akan membinasakan diri, seterusnya menjejaskan iman dan melupuskan takwa.

Berkata Imam al-Ghazali, maksudnya : Perbuatan maksiat itu adalah sebagai makanan yang memudharatkan badan manusia. Dosa-dosa yang terkumpul dalam diri manusia akhirnya meracuni jiwa keimanannya. Perbuatan dosa akan mengakibatkan kegelapan dalam hati kerana dosa itu menjadi kotoran atau karat di hati.

Karat dosa ini, jika tidak dikikis dengan taubat, lama-kelamaan akan bertambah tebal lalu menutup pintu hati dan sukar atau tidak mungkin dihapuskan lagi. Orang yang demikian hatinya, jika tidak mendapat rahmat Allah, akan hidup dan mati dalam kesesatan. Na'uzu billahi min zalik.

Demikianlah dosa itu akan menjadi hijab yang mendindingi perhubungan seseorang dengan Allah Taala, terjauh daripada rahmat Allah, tidak mendapat taufik dan hidayah-Nya untuk berbuat amal kebajikan. Orang yang banyak dosa dan berterusan dengan perlakuan dosa itu sehingga berkarat tebal adalah sukar untuk kembali ke jalan yang benar, malah sukar juga untuk memulakan taubat. Sebaliknya, dosa itu akan mendorong kepada perbuatan dosa yang lain, sama ada dilakukan dengan anggota badan (dosa zahir) atau dengan hati (dosa batin). Dosa yang baru ini mungkin lebih besar kecelakaannya. Secara lambat atau segera, hamba Allah yang berdosa itu akan menerima pembalasan di dunia :

(a) ditimpa penyakit,

(b) ditahan rezeki,

(c) merasakan diri terlepas daripada sebarang pembalasan kerana masih berterusan mendapat kemewahan dan keni'matan hidup, walaupun berterusan melakukan dosa, akan tetapi semuanya ini merupakan tindakan istidraj (pembalasan secara perlahan, sedikit demi sedikit) daripada Allah Taala yang tidak disedari oleh hamba Allah yang berkenaan.

Demikianlah kecelakaan akibat dosa yang perlu diketahui. Berkata Imam al-Ghazali, "Apabila kita dapat memahami semuanya ini, nescaya akan timbul di dalam hati rasa takut. Jika perasaan takut telah bertakhta di hati, akan mudahlah kita menanggung kesabaran dengan berkatnya. Pertolongan Allah Taala dan taufik-Nya akan menyusul sesudah itu".

Wassalam


Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

Selasa, April 22, 2014

Hiburan di benarkan mengikut syarak

                                                                                                                                   

Istilah konsert pada kebiasaannya dikhaskan untuk persembahan yang dipertunjukkan oleh suatu kumpulan ahli muzik. Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka edisi ke-empat mentakrifkan konsert sebagai pertunjukan atau persembahan muzik di khalayak ramai. Kamus Oxford pula menterjemahkan sebagai persembahan muzik yang dipersembahkan kepada khalayak oleh beberapa orang artis atau penghibur.

Pada dasarnya, Islam mengharuskan hiburan dan Islam adalah agama yang selari dengan fitrah kehidupan manusia. Fitrah kehidupan manusia seperti makan minum, berkeluarga, bersosial, mempunyai perasaan cinta termasuklah berhibur dan suka kepada hiburan.

Hal ini berdasarkan Firman Allah di dalam surah Ar-Rum ayat 30 yang bermaksud “maka hadapkanlah wajahmu ke arah agama yang hanif (yang menyembah Allah yang Esa) itu agama Allah yang fitrah yang DIA ciptakan manusia di atasnya. Tiada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”.

Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadith yang diriwayatkan oleh Aisyah R.A yang bermaksud, “Sesugguhnya Abu Bakar masuk kepadaku, sedang di sampingku ada dua gadis hamba daripada orang Ansar sedang menyanyi dengan nyanyian yang dinyanyikan oleh orang Ansar pada hari peperangan Bu’ath. Aku berkata, kedua-dua orang ini bukanlah penyanyi. Abu Bakar berkata, adakah di rumah nabi ini terdapat syaitan? Sedangkan pada hari ini adalah hari raya idul fitri. Rasulullah bersabda, wahai Abu Bakar, sesungguhnya setiap kamu ada hari rayanya dan ini adalah hari raya kita”. Hadith riwayat Ibnu Majah.

Hadith ini secara terang menjelaskan bahawa hiburan yang menghiburkan jiwa diharuskan oleh Islam. Islam tidak mewajibkan manusia agar semua perkataan yang keluar dari mulut hanyalah zikir, semua pendengarannya hanyalah Al-quran, semua masa lapangnya berada di masjid tetapi Allah menciptakan manusia supaya mereka bersenang, bermain, ketawa sesuai dengan fitrah kejadiannya.

Walau bagaimanapun, hiburan nyanyian ini diharuskan oleh Islam dengan syarat ia tidak bercampur kata-kata kotor, keji atau yang boleh memrangsangkan kepada perbuatan dosa. Hal ini berdasarkan pandangan Profesor Dr Al-Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi dalam kitab Al-Halal wa haram fil Islam.

Isu yang sedang hangat diperkatakan tentang penganjuran konsert yang boleh membawa kepada kemaksiatan. Tidak semua konsert adalah acara yang tidak baik kerana ada konsert yang baik dan dibenarkan oleh Islam sebagai contoh konsert nasyid, konsert yang mengandungi lagu-lagu berunsur nasihat yang tidak bercanggah dengan syariat. As Aheikh Yusuf Al-Qaradhawi dalam kitab Seni dalam Islam amat berhati-hati dalam memberi pandangan tentang nyanyian dan muzik menurut Islam.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia dalam muzakarah kali ke-2 pada 12 hingga 13 Mei 1981 telah membuat beberapa ketetapan sebagai panduan kepada semua pihak sama ada penganjur atau penonton berkaitan hiburan. Oleh itu, sepatutnya setiap umat Islam yang menganjur konsert atau program hiburan atau ingin masuk ke konsert-konsert atau apa jua program hiburan harus mematuhi garis panduan yang telah diputuskan oleh badan berautoriti fatwa di Malaysia.

Keputusan muzakarah fatwa menyebut perkara-perkara berikut :

1. Nyanyian yang seni katanya baik, tidak lucah, tidak biadap dan tidak mendorong kepada maksiat, tidak bercampur gaul antara lelaki dengan perempuan dan tidak membawa kepada fitnah adalah harus.
2. Jika nyanyian seni katanya tidak baik, lucah, biadap, mendorong kepada maksiat, bercampur gaul lelaki dengan perempuan dan membawa kepada fitnah maka hukumnya adalah haram.
3. Pancaragam atau alat muzik yang melalaikan seperti lalai menunaikan solat dan sebagainya hukumnya haram.
4. Mendengar nyanyian dan pancaragam adalah harus dengan syarat seni katanya baik, tidak lucah, tidak biadap, tidak bercampur lelaki dengan perempuan dalam keadaan yang tidak menimbulkan fitnah.
5. Menyanyi untuk menimbulkan semangat jihad adalah harus.

Selain itu, program-program hiburan atau konsert mesti bermatlamatkan kebaikan dan kesejahteraan. Paling penting program-program hiburan itu tidak disertai dengan perbuatan haram atau maksiat seperti minum arak, gaya tari yang memberahikan, pakaian yang tidak menutup aurat dan seksi, serta mengandungi unsur-unsur pemujaan yang membawa syirik kepada Allah.

Lebih membimbangkan program-program hiburan atau konsert disertai dengan perkara-perkara yang haram dan membawa unsur-unsur jenayah seperti penyalahgunaan dadah, pil-pil khayal, arak dan sebagainya. Kesepakatan ulama’ juga dalam pengharaman nyanyian apabila disertai dengan perkara-perkara yang haram seperti pesta seks, minum arak, tarian-tarian lucah dan sebagainya. Apa jua nama yang diberikan sama ada pesta, festival, konsert, simfoni atau apa-apa judulnya tetapi mengandungi unsur-unsur maksiat maka hukumnya tetap haram.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “akan datang masanya di mana orang-orang dari kaumku akan meminum arak yang kemudian dinamakannya dengan nama-nama lain, diri mereka akan dihiburkan dengan rentak dan nyanyian para wanita, maka Allah SWT akan tenggelamkan mereka ke dalam bumi dan menjadikan mereka monyet-monyet dan khinzir”. Hadith riwayat Ibnu Majah.

Oleh itu, sebagai umat akhir zaman yang sedang berdepan dengan pelbagai ujian dan cabaran semasa didunia tanpa sempadan ini perlu sentiasa pergegang teguh dengan ajaran Islam. Menjadi tanggungjawab semua pihak untuk memainkan peranan masing-masing bagi membendung gejala sosial dan jenayah berlaku di dalam Negara Malaysia. Maka beruntunglah orang-orang yang kekal teguh imannya kepada Allah dan rasul-Nya dikala orang lain menikmati lautan maksiat yang melalaikan.

Rasulullah bersabda yang bermaksud “Islam datang dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali asing sebagaimana kedatangannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu”. Hadith riwayat Muslim.


Oleh : Ust Mohd Hariri Mohamad Daud (Bhgn Dakwah, Jakim) Penolong Pengarah, bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Khamis, April 17, 2014

Apakah hukum untuk orang Islam menyebut “Rest In Peace – RIP”

ISU:

Apakah hukum untuk orang Islam menyebut “Rest In Peace – RIP” pada ketika mendengar seorang yang bukan Islam meninggal dunia? Adakah ia bergantung pada niat? Bagaimana jika ucapan itu hanya sebagai

penghormatan sesama manusia?

PENJELASAN:

Secara dasarnya Islam membenarkan ucapan yang baik terhadap orang bukan Islam atas dasar kemanusiaan dan penghormatan terhadap hak mereka dalam melaksanakan agama mereka. Ini dapat dikiaskan dengan penghormatan Rasulullah s.a.w apabila Baginda berdiri menghormati jenazah seorang Yahudi yang lalu di hadapan Baginda.

Dua (2) perkara penting dalam isu memberi ucapan kepada orang bukan Islam:

Pertama, niat seseorang dalam memberikan ucapan tersebut. Sekiranya sesuatu ucapan diberikan dengan niat membenarkan kepercayaan sesuatu agama yang jelas bertentangan dengan Islam, maka ia adalah dilarang. Sementara sekiranya ia diucap sekadar penghormatan secara umum, maka ia adalah harus.

Keduanya, latarbelakang tradisi istilah yang diucapkan. Sekiranya ia telah menjadi sebahagian dari amalan keagamaan maka ia adalah

dilarang.

Dalam konteks ucapan Rest in Peace, ia adalah satu bentuk ucapan doa yang biasa diucapkan dalam agama Kristian terutama dalam mazhab Katolik sejak abad ke-18. Ia juga biasanya diukir di batu nisan mereka yang telah meninggal dunia di kalangan masyarakat Kristian. Versi penuh ucapan tersebut yang berasal dari bahasa Latin itu ialah ‘May his soul and the souls of all the departed faithful by God’s mercy rest in peace.’

Ia juga mengandaikan orang bukan Islam tersebut akan mendapat rahmat dari Tuhan sebagaimana doa asal yang disebut dalam bahasa Latin. Sedangkan dari sudut akidah Islam seseorang yang mati dalam kekufuran tidak akan mendapat keampunan dan rahmat dari Tuhan. Ini berdasarkan ayat al-Quran, Surah al-Taubah:113, “Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabatnya sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu ahli neraka.”

Oleh yang demikian seorang Islam adalah amat tidak digalakkan untuk mengucapkannya kepada seorang bukan Islam.

Walaubagaimanapun Islam tidak menghalang seseorang Islam mengucapkan simpati terhadap keluarga orang bukan Islam yang meninggal dunia dengan ucapan yang tidak memberi implikasi keagamaan seperti “Saya bersimpati dengan apa yang berlaku kepada anda “ atau “ kami mengucapkan kesedihan atas kehilangan si fulan dari keluarga anda”.

Wallahu a'lam.

SUMBER: e-fatwa JAKIM.
http://www.e-fatwa.gov.my/blog/hukum-menyebut-rest-peace-rip-kepada-bukan-islam-meninggal-dunia

Masaalah bacaan Qunut Solat Subuh

- Buya Yahya Menjawab -

APAKAH RASULULLAH SAW SHALAT SHUBUH PAKAI QUNUT

Assalamu ‘Alaikum WR. WB.
Buya saya mau Tanya tentang Qunut bagaimana awalnya kenapa ada yang pakai Qunut dan ada yang tidak pakai Qunut, bagaimana dengan Rasulullah SAW sendiri,  apakah Rasulullah menggunakan Qunut atau tidak ?

Wa'alaikum Salam WR. WB.
Qunut subuh adalah masalah khilafiyah, artinya para ulama berbeda pendapat dalam hal itu. Para ulama pengikut Imam Syafi’I mereka mengatakan bahwa qunut saat sholat subuh adalah sunnah.Ulama pengikut Imam Abu Hanifa mengatakan jika qunut subuh itu tidak sunnah. Masing-masing mempunyai hujjah yang bersumber dari Rasulullah SAW. Kalau kita kembali kepada ilmu para ulama ada banyak sebab perbedaan pendapat para ulama yang akan menjadikan orang yang sadar akan semakin kagum dengan kinerja para ulama terdahulu. Bahkan mereka senantiasa saling menghormati tanpa harus mencela yang berbeda denganya. Bagi kita adalah mengikuti mereka bukan mencela.Yang mencela orang yang tidak berqunut itu sama artinya mencela Imam Abu Hanifa, begitu sebaliknya yang mencela orang yang berqunut itu sama artinya mencela Imama Syafi’i. Menyikapi hal itu kita harus bijak, jangan membuat keanehan di masyarakat kita. Karena tidak semua orang awam tahu perbedaan ini. Maka jika anda hidup di Negeri orang tidak berqunut seperti India,maka anda jangan memaksa  mereka mengikuti anda yang  berQunut. Karena hal itu akan membuat resah ummat. Begitu juga jika anda pengikut Imam Abu Hanifa lalu anda ke Indonesia yang masyarakatnya pengikut Imam Syafi’i jangan anda membuat resah mereka dengan anda memaksa mereka untuk  tidak berqunut.

Wallahua’lam bishshowab.

- Buya Yahya Menjawab -

APAKAH RASULULLAH SAW SHALAT SHUBUH PAKAI QUNUT

Assalamu ‘Alaikum WR. WB.

Buya saya mau Tanya tentang Qunut bagaimana awalnya kenapa ada yang pakai Qunut dan ada yang tidak pakai Qunut, bagaimana dengan Rasulullah SAW sendiri, apakah Rasulullah menggunakan Qunut atau tidak ?

Wa'alaikum Salam WR. WB.

Qunut subuh adalah masalah khilafiyah, artinya para ulama berbeda pendapat dalam hal itu. Para ulama pengikut Imam Syafi’I mereka mengatakan bahwa qunut saat sholat subuh adalah sunnah.Ulama pengikut Imam Abu Hanifa mengatakan jika qunut subuh itu tidak sunnah. Masing-masing mempunyai hujjah yang bersumber dari Rasulullah SAW. Kalau kita kembali kepada ilmu para ulama ada banyak sebab perbedaan pendapat para ulama yang akan menjadikan orang yang sadar akan semakin kagum dengan kinerja para ulama terdahulu. Bahkan mereka senantiasa saling menghormati tanpa harus mencela yang berbeda denganya. Bagi kita adalah mengikuti mereka bukan mencela.Yang mencela orang yang tidak berqunut itu sama artinya mencela Imam Abu Hanifa, begitu sebaliknya yang mencela orang yang berqunut itu sama artinya mencela Imama Syafi’i. Menyikapi hal itu kita harus bijak, jangan membuat keanehan di masyarakat kita. Karena tidak semua orang awam tahu perbedaan ini. Maka jika anda hidup di Negeri orang tidak berqunut seperti India,maka anda jangan memaksa mereka mengikuti anda yang berQunut. Karena hal itu akan membuat resah ummat. Begitu juga jika anda pengikut Imam Abu Hanifa lalu anda ke Indonesia yang masyarakatnya pengikut Imam Syafi’i jangan anda membuat resah mereka dengan anda memaksa mereka untuk tidak berqunut.

Wallahua’lam bishshowab.

Fatwa Mengenai Harta Haram

Fatwa Mengenai Harta Haram

Jumaat, April 11, 2014

Siapa orang yang Allah sayang?

Siapa lah Allah sayang

SIAPA ORANG YANG ALLAH SAYANG?

1- Orang yang bertaubat : Surah Al-Baqarah ayat 222

2- Orang yang suka berbuat baik : Surah Al-Baqarah ayat 195

3- Orang yang bertawakkal : Surah Ali-Imran ayat 159

Ayuh ubah diri dan keluarga ke arah pembinaan masyarakat yang lebih baik.

Bahagian Dakwah, JAKIM

Selasa, April 08, 2014

Ungkapan Ketika Nazak: Dua Kalimah Syahadah atau Kalimah Tauhid?


Fatwa Malaysia

ISU:
Ungkapan Ketika Nazak: Dua Kalimah Syahadah atau Kalimah Tauhid?

PENJELASAN:

Terdapat perbincangan ulama berkenaan apakah ungkapan yang dituntut oleh syarak untuk disebut oleh orang yang sedang nazak, agar ia menjadi ungkapan terakhirnya sebelum menemui Allah Taala. Di sana terdapat dua pandangan yang berbeza di kalangan ulama.

Pendapat Pertama:
Yang dituntut ialah mengucapkan Kalimah Tauhid, iaitu لا إله إلا الله
Pendapat Kedua:
Yang dituntut ialah mengucapkan Dua Kalimah Syahadah, iaitu أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله

Perselisihan kepada dua pandangan ini wujud dalam semua mazhab fiqah, di mana setiap mazhab mempunyai perbezaan pandangan dalam isu ini.

Kedua-dua pandangan ini adalah berdasarkan kepada dalil-dalil yang sama, cuma pentafsiran yang berbeza tentang maksud nas yang menjadi sandaran.

Dalil-dalil yang menjadi sandaran dalam isu ini ialah:

Pertama:
Hadis berkenaan kelebihan menyebut kalimah tauhid sebagai perkataan terakhir sebelum mati, iaitu Hadis Mu’az Bin Jabal, bahawa Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang akhir perkataannya ialah ‘La IlahaIllallah’ maka dia akan masuk syurga”. (Riwayat Abu Daud, 3/190, no: 3116; dan Al-Hakim, 1/503, no: 1299).

Kedua:
Hadis berkenaan tuntutan supaya dibacakan kalimah tauhid kepada orang yang sedang nazak, iaitu hadis Abu Sa’idal-Khudri, bahawa Nabi Sallallahu Alahi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Bacakan kepada orang-orang yang hampir mati: ‘La IlahaIllallah’ (Riwayat Muslim, 2/631, no: 916).

Oleh sebab kedua-dua pandangan adalah bersandarkan kepada dalil-dalil yang sama, maka yang menjadi perbincangan ialah bentuk pendalilan yang dikemukakan oleh kedua-dua pandangan.

(i)Pendapat Pertama: Kalimah Tauhidلا إله إلا الله

Pendapat ini dinisbahkan kepada majoriti ulama. Imam Nawawi mengatakan, “Pengarang (kitab Al-Muhazzab) dan majoriti berpendapat bahawa diucapkan kepada dia (orang yang hampir mati): ‘La IlahaIllallah’. (Al-Majmuk, 5/115).

1-Zahir hadis menunjukkan bahawa yang dimaksudkan ialah bacaan ‘La Ilaha Illallah’ sahaja, dan bukannya dua kalimah syahadah. Ini boleh dilihat daripada semua riwayat-riwayat daripada hadis tersebut, tidak ada satu riwayat sahih pun yang menyebut dua kalimah syahadah.

Imam Nawawi menguatkan pandangan ini dengan hujah zahirhadis dengan katanya, “Maka hendaklah cukup sahaja dengan ungkapan ‘La IlahaIllallah’ kerana zahir hadis. (Al-Majmuk, 5/115).

2-Illah ungkapan tersebut dituntut untuk diucapkan ialah supaya orang yang mati tersebut memperoleh kelebihan menyebut kalimah tersebut sebelum mati, dan bukannya untuk membawanya masuk ke dalam agama Islam kerana dia sudah pun seorang yang beragama Islam.

Imam Nawawi menjelaskannya dengan mengatakan, “Dalil majoriti ialah orang tersebut adalah seorang yang sudah bertauhid..”.(Al-Majmuk, 5/115).

3-Orang yang menyebut ‘La IlahaIllallah’ sahaja sudah pasti dia meyakini dua kalimah syahadah secara sempurna. Justeru adalah mencukupi bagi seseorang Muslim yang nazak untuk mengucapkan ‘La IlahaIllallah’ sahaja.

Imam Nawawi menjelaskan hujah ini, “...Maka dengan ucapan ‘La IlahaIllallah’ sudah pasti dia mengiktiraf syahadah yang kedua (Muhammad Rasulullah)”. (Al-Majmuk, 5/115).

Al-Mardawi juga mengatakan, “Ikrarnya (pengiktirafannya) terhadap syahadah yang pertama (iaitu La IlahaIllallah) adalah ikrarnya juga terhadap syahadah kedua (Muhammad Rasulullah).” (Al-Furu’, 3/271).

(ii)Pendapat Kedua: Dua Kalimah Syahadah

Sebahagian ulama berpandangan bahawa diajarkannya ungkapan dua kalimah syahadah kerana hujah-hujah berikut:

1-Tujuan diajarkan ungkapan tersebut ialah bagi memastikan seseorang itu mati dalam Islam. Tetapi kalimah ‘La IlahaIllallah’ sahaja tanpa diiringi dengan ‘Muhammad Rasulullah’ tidak membawa seseorang itu menjadi Islam. Justeru, yang perlu diungkapkan oleh orang yang sedang nazak ialah dua kalimah syahadah.

Imam Nawawi menyebut hujah pandangan ini, “Yang dimaksudkan ialah memperingatkannya berkenaan tauhid, dan ia (tauhid) bergantung pada dua kalimah syahadah”. (Al-Majmuk, 5/115).

Ibn Hajaral-Asqalani pula menghujahkan, “Yang dimaksudkan dengan ‘La IlahaIllallah’ dalam hadis ini dan juga hadis-hadis lain ialah dua kalimah syahadah”. (Fathul Bari, 3/110).

2-Tujuan diajarkan ungkapan tersebut juga ialah untuk menghilangkan was-was apabila diganggu oleh syaitan-syaitan yang akan cuba untuk menghasut supaya mati dalam keadaan kufur. Maka ungkapan yang boleh menghilangkan was-was adalah dua kalimah syahadah.

Dalam Hasyiyahal-Saawi, “... supaya dengan ungkapan tersebut dapat dihalau syaitan-syaitan yang hadir di sisinya untuk mengajak supaya menukar agama”. (Hasyiyahal-Saawi, 1/562).

3-Dalam syarak, perkataan ‘La IlahaIllallah’ dianggap sebagai satu perkataan yang menunjukkan kepada dua kalimah syahadah.

Ini disebut oleh Ibnal-Munayyir sebagaimana dinukilkan oleh Ibn Hajar, “Perkataan ‘La IlahaIllallah’ merupakan satu laqab (gelaran) yang diberikan kepada sebutan dua kalimah syahadah, dari sudut syarak”. (Fathul Bari, 3/110).

Justeru, sekalipun dalam hadis menyebut ‘La IlahaIllallah’ sahaja, tetapi maksudnya adalah dua kalimah syahadah, kerana ungkapan ‘Muhammad Rasulullah’ adalah ikutan kepada kalimah tersebut.

Ibn Muflih menjelaskan penghujahan ini, “Sebahagian ulama mengatakan bahawa diajarkan kepadanya dua kalimah syahadah, kerana syahadah kedua (Muhammad Rasulullah) adalah ikutan (kepada yang pertama)”. (Al-Mubdi’, 2/219).
Kesimpulan

Daripada perbahasan hujah kedua-dua pandangan yang disebut di atas, didapati bahawa ia adalah persoalan khilafiyyah. Oleh sebab kedua-dua pandangan adalah bergantung pada dalil yang sama, maka antara elemen yang boleh menentukan ketepatan sesuatu pendapat adalah dengan melihat kepada illah dan hikmah daripada ungkapan tersebut.

Terdapat dua illah yang dikemukakan. Pertama: Illah di sini ialah untuk memastikan seseorang itu mati dalam keadaan Islam. Maka berdasarkan illah ini maka yang wajar diucapkan ialah dua kalimah syahadah. Kedua: Illah di sini ialah untuk mendapat ganjaran dan kelebihan daripada ungkapan tersebut. Maka yang wajar diucapkan ialah sekadar kalimah ‘La IlahaIllallah’ kerana itulah yang warid dalam hadis.

Justeru, kedua-dua pendapat adalah pendapat yang muktabar. Dan bagi meraikan kedua-duanya dan meraikan illah daripada hadis tersebut, maka ungkapan yang wajar diajar kepada orang yang nazak boleh berbeza-beza melihat kepada keadaan orang tersebut.

Jika sekiranya dia seorang Muslim yang secara zahirnya tidak melakukan perkara-perkara berbentuk syirik, maka yang diajar kepadanya ialah ‘La IlahaIllallah’ supaya dia mendapat kelebihan menyebut kalimah tersebut pada akhir hayatnya, dan perbuatan tersebut adalah lebih hampir kepada zahir tuntutan syarak dalam hadis.

Manakala seorang yang dibimbangkan keimanannya ketika hampir mati kerana mungkin pernah terjebak dalam perkara-perkara syirik, maka hendaklah diajarkan kepadanya dua kalimah syahadah, supaya dapat dipastikan bahawa dia mati dalam keadaan Islam.

Wallahu a’lam.

HUDUD: Jangan bercakap ikut andaian logik

Fatwa Malaysia

Pemilik Kuasa Tertinggi

Manusia merupakan makhluk yang memerlukan penghidupan sosial yang kolektif. Manusia tidak mampu hidup bersendirian dalam memenuhi semua keperluan hidupnya kerana mereka saling memerlukan antara satu sama lain. Oleh sebab itu, semenjak awal kejadian manusia, sudah terbentuk sebuah hidup bermasyarakat, sehingga terbentuk sebuah negara. Antara persoalan penting dalam sesebuah negara ialah, soal kuasa mutlak atau kuasa tertinggi yang diistilahkan sebagai kedaulatan. Kuasa tertinggi tersebut mempunyai peranan penting dalam mencorak undang-undang yang akan digubal dan dilaksanakan dalam sesebuah negara.

Dalam falsafah politik Islam, isu kedaulatan dikemukakan secara jelas iaitu Allah SWT sahaja yang memiliki kuasa tertinggi di dunia dan di akhirat. Allah SWT yang mencipta alam dan segala isinya, memiliki kuasa untuk mengurus dan mentadbir ciptaan-Nya. Kehendak Allah SWT bersifat mutlak dalam mengurus alam ciptaan-Nya. Oleh sebab itu, kehendak Allah SWT wajib ditaati oleh setiap makhluk, termasuk dalam sesebuah masyarakat dan negara. Dia sahaja yang berdaulat dan segala undang-undang yang digubal hendaklah bertepatan dengan kehendak-Nya (Maududi, Sayed Abul A'la, Islamic law and constitution).

Firman Allah SWT dalam surah Yusuf ayat 67 yang bermaksud, "...Kuasa menetapkan sesuatu hukum itu hanya tertentu bagi Allah. KepadaNyalah aku berserah diri, dan kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri."

Elak Polemikkan Hukum Hudud

Isu hukuman hudud dan pelaksanaannya sering menjadi topik hangat perbincangan daripada semasa ke semasa. Isu ini ditimbulkan semula apabila sesetengah pihak mengulas isu pelaksanaan hukuman Syariah di Negara Brunei bermula April 2014. Ada sesetengah pihak yang begitu angkuh menyatakan bahawa hudud adalah ciptaan manusia dan terbuka kepada perdebatan.

Harus diingat bahawa isu hukum hudud ini bukan hanya sekadar perbincangan isu politik semasa dan undang-undang semata-mata. Apa yang berlaku di kalangan sebahagian umat Islam ialah mereka sewenang-wenangnya mengeluarkan pendapat yang didakwa bersifat intelektual, tanpa mempedulikan bahawa isu ini mempunyai signifikan yang besar terhadap akidah.

Masyarakat perlu memahami bahawa dalam isu hudud ini terdapat perkara yang bersifat teras kepercayaan dalam Islam (qat'ie) dan ada yang bersifat ijtihad yang menjadi ruang perbahasan dan perdebatan dalam kalangan sarjana (zanni). Allah SWT tidak menghalang hambaNya daripada menggunakan akal untuk menganalisa setiap isu yang berlaku dalam kehidupan, namun analisa tersebut perlulah berasaskan ilmu dan dibahaskan oleh sarjana yang berkelayakan sahaja. Sebagai bandingan, jika dalam sistem undang-undang sivil, ulasan dan penggubalan undang-undang perlu dilakukan oleh sarjana yang berkelayakan, maka adakah dalam isu undang-undang Islam, ia boleh diulas dan digubal oleh sesiapa sahaja, tanpa memerlukan sebarang kelayakan? Perlu juga diingat bahawa hanya pakar jantung sahaja yang boleh merawat pesakit jantung, bukan doktor gigi.

Fahami Prinsip Perundangan Islam

Perintah Allah SWT sebagai Pencipta dan Pentadbir seisi alam dinyatakan dalam al-Quran dan seterusnya dijelaskan oleh Nabi Muhammad saw dalam Sunnahnya. Untuk memahami perundangan Islam, terdapat tiga aspek yang perlu diberi perhatian dan difahami sedalam-dalamnya sebelum mengeluarkan apa jua pendapat, iaitu Sumber hukum, Kefahaman hukum daripada sumber dan Kaedah pelaksanaan hukum.

Sebagaimana kaedah yang dijelaskan oleh pakar perundangan Islam, sumber hukum dalam perundangan Islam dan kefahaman hukum daripada sumber itu dikategori kepada dua status: iaitu Qat'ie dan Zanni. Al-Quran merupakan sumber Qat'ie iaitu setiap ayat al-Quran wajib diyakini kebenarannya dan sesiapa yang menafikan walau satu huruf daripada al-Quran, maka akan terjejaslah akidah individu berkenaan.

Manakala hadis Nabi SAW dikategori kepada dua: Hadis Mutawatir adalah sumber Qat'ie, dan hadis selainnya adalah sumber Zanni. Hadis dalam kategori sumber Zanni bermaksud, terdapat perbahasan dan perdebatan dalam kalangan pakar perundangan Islam dalam menerima status sesuatu hadis. Islam membenarkan para sarjana menganalisa sumber Zanni, tetapi analisa tersebut wajib berasaskan ilmu yang berautoriti, bukan berasaskan sangkaan semata-mata.

Selanjutnya dalam memahami hukum yang dinyatakan dalam sesuatu sumber; sama ada al-Quran atau sunnah, kefahaman tersebut juga dikategori kepada dua; Qat'ie dan Zanni. Kefahaman Qat'ie bermaksud sumber tersebut menjelaskan maksud hukum yang jelas dan spesifik. Manakala kefahaman Zanni bermaksud terdapat pelbagai interpretasi dalam kalangan sarjana dalam memahami hukum yang dimaksudkan dalam sesuatu sumber (Abu Zahrah, Usul al-Fiqh, hlm. 71)

Manakala elemen ketiga yang wajib diketahui ialah kaedah pelaksanaan hukum yang difahami daripada sesuatu sumber tersebut. Secara umumnya, semua perintah Allah wajib dilaksanakan. Namun bagi melaksanakan sesuatu perintah Allah, para sarjana perundangan Islam diberi ruang untuk berijtihad bagi memilih kaedah terbaik bagi melaksanakan perintah tersebut.

Isu hudud dan pelaksanaannya

Terdapat beberapa jenis jenayah yang dijelaskan hukumannya dalam al-Quran dan Sunnah secara detail. Hukuman dan jenayah ini yang diistilahkan dalam Undang-Undang Jenayah Islam sebagai Hudud dan Qisas. Secara umumnya, hukum melaksanakan perintah Allah SWT berkaitan hukuman kepada sesuatu jenayah adalah wajib. Namun, ruang perbahasan tentang isu ini kembali kepada prinsip qat'ie atau zanni.

Bagi setiap jenayah hudud dan qisas terdapat elemen qat'ie dan zanni. Hanya bagi elemen zanni, Islam memberi ruang untuk perbahasan yang berasaskan ilmu yang berautoriti. Contohnya dalam jenayah zina, sumber hukumnya ialah firman Allah SWT dalam surah al-Nur ayat 2 yang bermaksud, "Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman."

Setiap orang Islam wajib beriman bahawa Allah memerintahkan agar pesalah zina dihukum dengan seratus (100) kali sebatan, ini adalah elemen qat'ie dalam ayat ini. Manakala persoalan lain berkaitan jenayah zina itu, adalah termasuk dalam elemen zanni seperti apakah syarat seseorang penzina itu boleh dijatuhkan hukuman seratus kali sebatan dan bagaimana cara pelaksanaan hukuman sebatan.

Sumber kedua hukum berkaitan jenayah zina ialah hadis mutawatir yang menjelaskan bahawa hukuman penzina muhsan adalah rejam sampai mati. Elemen qat'ie ialah wajib menghukum penzina muhsan dengan rejam sampai mati. Manakala pendetilan tentang syarat muhsan yang membolehkan pesalah zina itu direjam, kaedah pelaksanaan hukuman rejam, dan seumpamanya, adalah termasuk dalam elemen zanni, kerana terdapat pelbagai pendapat sarjana berkaitan dengannya.

Tersasar Tanpa Ilmu

Rata-rata masyarakat pada hari ini, termasuk juga orang bukan Islam begitu berminat berbicara mengenai hukum Hudud. Namun berapa ramai yang bebar-benar memahami hudud dalam konteks Islam yang sebenar. Andaian berdasarkan logik akal semata-mata akan menyesatkan kita. Janganlah disebabkan kedangkalan ilmu, kita sanggup mengungkapkan bahawa "adalah mundur untuk menggunakan pendekatan hudud dalam menangani isu jenayah".

Seluruh umat Islam perlu jelas bahawa isu hukum hudud dan pelaksanaannya ini perlu dilihat daripada aspek qat'ie dan zanni. Elemen qat'ie tidak boleh dipertikai sama sekali, manakala elemen zanni diberikan ruang untuk para sarjana berijtihad kerana Islam menggalakkan manusia menggunakan akal untuk menganalisa ayat al-Quran dan hadis bagi melaksanakan perintah Allah SWT.

Namun sebagai seorang muslim yang meyakini Rukun Iman dan Rukun Islam, mereka yang ingin mengemukakan pendapat berkaitan hukum Allah SWT dan kaedah pelaksanaannya wajib memiliki dan memahami ilmu-ilmu teras berkaitan seperti Ilmu Usul Fiqh dan Fiqh supaya analisa atau kritikan yang dibuat dan disebarkan tidak tersasar daripada Ajaran Islam yang sebenar dan seterusnya menyesatkan orang lain.

Wallahu a'lam

Sumber:

Oleh:
Dr. Arieff Salleh bin Rosman, Felo Fatwa

Isnin, April 07, 2014

Gelaran boleh membuat seseorang terjerumus ke dalam neraka

 

Seperti yg diceritakan oleh Syeikh Nazrul Nasir al Azhary kita akan dipertanggungjawabkan atas gelaran yg kita terima.

Kisah al-Imam Abu Hanifah radhiyallahu anhu. Satu hari ketika beliau sedang berjalan, tiba-tiba ternampak oleh beliau seorang kanak-kanak sedang berjalan dengan memakai kasut kayu. Beliau seraya menegur budak tersebut dengan mengatakan : " Wahai budak, jaga-jaga dengan kasut kayumu itu. Bimbang engkau akan tergelincir nanti "

Budak tersebut mengucapkan terima kasih di atas perhatian al-Imam kepadanya. Budak itu tiba-tiba bertanya : "Wahai Tuan, siapakah nama tuan?" Al-Imam Abu Hanifah lalu menjawab : " Namaku Nu'man " "Oh, rupa-rupanya tuanlah yang digelar al-Imam al-A'dzam ( Imam Yang Sangat Hebat) itu?"budak itu bertanya kembali kepada al-Imam Abu Hanifah.

al-Imam Abu Hanifah lalu menjawab : "Bukan aku yang meletakkan gelaran tersebut. Namun orang ramai yang bersangka baik denganku meletakkannya"

Budak itu lalu menjawab : "Wahai Imam, janganlah engkau sampai tergelincir ke dalam api neraka disebabkan gelaranmu itu, aku hanya memakai kasut kayu yang jika aku tergelincir sekalipun hanya di dunia semata-mata.. Namun gelaranmu itu terkadang membuatkan seseorang akan tergelincir ke dalam neraka Allah taala lantaran angkuh dan berbangga-bangga"

Menangis al-Imam Abu Hanifah radhiyallahu anhu mendengar nasihat daripada kanak-kanak kecil tersebut. Allahu Allah.

Sumber: Tazkiratul Awliya

Ahad, April 06, 2014

Mencari Sahabat


Wahai saudara, awas dan ingatlah jangan sekali-kali mencintai dan bersahabat selain orang-orang yang bertaqwa kepada Allah Ta'ala, orang-orang yang berilmu dan berzuhud di dunia daripada hamba-hamba Allah yang soleh dan para pencintaNya yang Mukminin.

Sebab seseorang itu akan bersama-sama dengan orang yang dicintainya di dunia dan di akhirat.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: Seseorang itu (dipandang) dengan siapa yang duduk bersamanya, dan seseorang itu (diukur) dengan siapa yang berjalan dengannya, oleh itu hendaklah anda memerhatikan siapa yang hendak dijadikan kawan.

Persahabatan dan duduk bersama-sama orang-orang yang bertaqwa dan soleh dikira sebagai suatu pendekatann diri kepada Allah Ta'ala dan itulah yang disebut persahabatan yang dipuji dan disyukuri.

Persahabatan dengan orang-orang yang jahat dan orang-orang yang tiada faedah persahabatannya di antara orang-orang lalai dan membelakangi perintah-perintah Tuhan, dan tidak mengendahkan janji tentang Hari Akhirat; itulah persahabatan yang dicela dan yang dikutuk, kerana orang-orang yang suka melakukan bencana dan kerosakan itu memang dituntut untuk membencinya kerana Allah.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Seteguh-teguh pegangan iman, ialah cinta kerana Allah dan benci kerana Allah.

Sabda lain Rasulullah SAW yang bermaksud: Seutama-utama amalan ialah cinta kerana Allah dan benci kerana Allah.

Sabda lain Rasulullah SAW yang bermaksud: Hanyasanya agama itu ialah cinta kerana Allah dan benci kerana Allah.

Jangan anda bersahabat kecuali seorang Mukmin dan jangan anda membiarkan makanan anda dimakan kecuali seorang yang bertaqwa.

Kata Penyair: Jangan terburu mengukur orang, Ukurlah dahulu teman sejawatnya, Sifatnya akan menjadi terang, Bila dilihat teman bersamanya.

Kata Penyair: Orang yang sihat boleh dijangkiti kurap apabila sering bergaul dengan orang yang mempunyai kurap.

Betapa banyak faedahnya apabila anda bercampur-gaul dengan orang-orang yang baik dan orang-orang yang lurus perjalanannya, sama ada faedah dan manfaat itu dapat dikesan secara spontan, mahupun pada masa yang akan datang.

- Al-Arifbillah Al-Qutb Al-Habib Abdullah Bin Alawi Al-Haddad

Sumber: Jom Dakwah Bersama Ulama

Khamis, April 03, 2014

Apakah hukumnya mencari ilmu melalui media online seperti youtube, baca ebook, dan baca al- Quran dan hadith melalui buku.

Fatwa Malaysia

PERTANYAAN: Sebagai seorang profesional pada saya adalah memadai untuk mendengar ceramah melalui youtube daripada ulama-ulama tersohor dari seluruh dunia. Dan lagi, apakah orang biasa, yang tiada kepakaran dalam bidang agama tidak boleh bercerita langsung tentang al-Quran atau hadith pada orang lain seperti keluarga sendiri. Mohon penjelasan mengenai perkara ini.


PENJELASAN:

Tidak ada masalah untuk mencari ilmu melalui saluran media kerana ia juga merupakan salah satu jalan untuk kita mendapatkan ilmu. Media tidak lain adalah penghubung antara kita dengan sumber ilmu yang asli seperti penceramah, guru dan lain-lain.

Cuma kekurangan yang ada pada media seperti youtube sebagai sumber ilmu ialah ia tidak bersifat terus (direct) yang menyebabkan tidak ada interaksi yang berkesan berlaku antara pemberi ilmu dengan penuntut ilmu (melainkan media yang bersifat interaktif). Justeru itu penuntut ilmu mungkin sukar mendapat penjelasan lebih lanjut mengenai sesuatu perkara sekiranya berlaku kekeliruan dan ketidak fahaman mengenainya.

Keduanya, media merupakan sumber yang amat terbuka. Seseorang yang baru dalam ilmu agama mungkin akan terkeliru dengan pandangan-pandangan yang berbeza dan bertentangan mengenai sesuatu perkara dan mungkin juga akan mengambil sesuatu maklumat dari aliran yang menyeleweng dari kefahaman Islam sebenar.

Namun sekiranya seseorang telah mempunyai latarbelakang keilmuan yang baik tentang agama, penggunaan media adalah sesuatu yang membantu terutama dari segi penambahan dan juga untuk perbandingan. Yang terbaik ialah sebelum kita menggunakan media sebagai wahana ilmu, kita terlebih dahulu mengenali wibawa ilmu (authority) yang sebenar dalam Islam dengan bertanya kepada guru-guru yang mendalam ilmunya. Berdasarkan pengenalan tersebutlah barulah kita memilih untuk mendengar melalui media mereka yang mempunyai wibawa ilmu tersebut.

Tiada masalah untuk orang tidak ada kepakaran dalam agama untuk bercakap tentang al-Qur’an dan hadis kepada keluarga dan kawan-kawan yang rapat. Akan tetapi pastikan kita bercakap dalam ruang ilmu dan kefahaman kita sahaja dan tidak menjangkau kepada perkara yang kita tidak mempunyai ilmu tentangnya.

Al-Qur’an mengingatkan “Jangan kamu berpijak kepada seuatu yang kamu tiada ilmu tentangnya”(al-Isra’ 17:36). Sekiranya ada persoalan yang kita tidak faham, elok dirujuk kepada mereka yang pakar, “Tanyalah kepada mereka yang ahli sekiranya kamu tidak mengetahui,(al-Nahl 16:43)”

Wallahu a’lam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...