ISLAM adalah agama yang syumul.Kenyataan ini sering kita dengar di laung laungkan melaui lidah orang Islam zaman ini, terutama dari lidah pemimpin pemimpin harakah Islamiah yang memperjuangkan Islam.Namun kadang kadang maksud kesyumulan Islam itu kita tak faham dan cara menegakkannya pun kita tidak tahu.Apatah lagi, pada zaman ini, ia tidak pernah wujud dalam realiti hidup kita walau dalam harakah harakah Islamiah .Namun menurut kata pemimpin pemimpin harakah kesyumulan Islam di dalam negara tidak dapat tidak mesti di tegakkan.PAS, Hisbut Tahrir dan dulu nya jemaah Al Arqam (yg di haramkan pemerintah) adalah di antara harakah yang bercita cita untuk menegakkan kesyumulan Islam dalam negara dan dunia.
Kategori
- akidah (11)
- Articles in English (23)
- Bantuan dan Amal Jariah (6)
- Berita dan Isu Semasa (68)
- Bersama Tokoh (6)
- Bicara Ulama (89)
- Fatwa (33)
- Foto Story (1)
- Ibadah (120)
- Iklan (3)
- Informasi (35)
- Madah dan Sajak (12)
- Mutiara Kata (5)
- Politik dan Dakwah (237)
- Q & A Soal Jawab (26)
- Renungan (64)
- Tasauf (15)
- Tauhid (15)
- Tazkirah (283)
- Video (12)
Topik Panas
-
Islam ada panduan cara membina rumah.Namun kita lihat sering orang Islam ramai yang terpengaruh menggunakan Feng Shui yang berasal dari ...
-
Marilah kita lihat apa kata ulama ulama silam mengenai Sambutan Maulidur Rasul FAEDAH MAULID Telah berkata Ibnul Jauzi bahwa satu daripada...
-
BAS BERTINGKAT GLOBAL IKHWAN RM800,000 DIBELI SECARA TUNAI Bas bertingkat (double decker) baru milik syarikat GLOBAL IKHWAN SDN BHD t...
-
"Disebutkan bahawa ada seseorang bermimpi bertemu Nabi ﷺ di suatu tempat yang mana tempat itu semuanya bermazhab Imam Syafie.Kemudia...
-
Iman seseorang telah disepakati oleh para ulama boleh menaik dan menurun berdasarkanpelakuan di dalam kehidupan sehariannya. Jika do...
Ahad, Disember 19, 2010
Rabu, Disember 15, 2010
Islam tolak fahaman pluralisme agama - IKIM
IKIM: Islam tolak fahaman pluralisme agama
Dis 15, 10 6:26pm
Islam menolak fahaman pluralisme agama yang mendakwa kesemua agama adalah sama baik dan sama benar, kata Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Datuk Nik Mustapha Nik Hassan.
Beliau berkata walaupun demikian, Islam mengiktiraf bahawa masih terdapat hakikat, kebenaran, kebaikan dan keindahan etika yang terkandung dalam agama-agama yang selainnya.
"Islam juga sentiasa mengalu-alukan sikap saksama, jujur dan berintegriti dari manapun datangnya. Kebaikan dan keindahan etika ini seharusnya digembleng untuk menjulang masyarakat Malaysia ke arah yang lebih baik," katanya dalam satu kenyataan hari ini bagi mengulas mengenai isu fahaman pluralisme agama yang dilaporkan akhbar hari ini.
Nik Mustapha berkata walaupun berlainan agama, perpaduan rakyat perlu dipupuk secara menggalakkan keunikan tradisi agama masing-masing sambil menggalakkan sikap saling bermuhibah, berbelas kasihan dan berkasih sayang sebagai saudara sesama manusia.
"Penganut pelbagai agama juga harus digalakkan berlumba-lumba dalam melaksanakan kebaikan, contohnya dalam bentuk membela golongan fakir miskin dan golongan yang memerlukan," katanya.
Sementara itu, IKIM juga hari ini mengeluarkan kenyataan akhbar berhubung pluralisme agam. Berikut kenyaatan akhbar penuh itu.
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ingin menjelaskan bahawa:
Pertama, Islam menolak faham pluralisme agama (religious pluralism) yang mendakwa bahawa kesemua agama adalah sama baik dan sama benar.
Kedua, hanya ada satu agama yang memiliki wahyu yang lengkap dan sempurna iaitu
Islam (lihat al-Qur'an, al-Ma'idah, 5:3).
Ketiga, walaupun demikian, Islam mengiktiraf bahawa masih terdapat hakikat, kebenaran, kebaikan, dan keindahan etika yang terkandung dalam agama-agama yang selainnya. Sementara Islam melarang sikap yang menjadikan agama sebagai bahan ejekan dan bahan permainan, Islam juga sentiasa mengalu-alukan sikap saksama, jujur, dan berintegriti dari manapun datangnya. Kebaikan dan keindahan etika ini seharusnya digembeling untuk menjulang masyarakat Malaysia ke arah yang lebih baik.
Keempat, perpaduan rakyat perlu dipupuk secara menggalakkan keunikan tradisi agama masing-masing sambil menggalakkan sikap saling bermuhibah, saling berbelas-kasihan, dan saling berkasih-sayang sebagai saudara sesama jiran dan saudara sesama manusia yang berasal dari jiwa yang satu, walaupun menganut agama yang berbeza.
Kelima, isu-isu antara penganut agama perlu diselesaikan dengan seadil-adilnya, secara saksama dan dalam semangat saling hormat-menghormati terhadap lunas-lunas agama yang universal sifatnya.
Keenam, para penganut pelbagai agama juga harus digalakkan berlumba-lumba dalam melaksanakan kebaikan, contohnya dalam bentuk membela golongan fakir-miskin dan golongan yang memerlukan, menyuruh yang ma'ruf, dan mencegah yang munkar, sama ada kepada rakyat biasa ataupun kepada pemimpin, dengan kaedah yang wajar, sopan, jujur dan tulus.
Sumber - Bernama
Dis 15, 10 6:26pm
Logo Pluralisme Agama |

Labels:
Politik dan Dakwah
Isnin, Disember 13, 2010
Mengenali Harakah Islamiah Tulen
Salam sidang pembaca,
Dalam dunia pada hari ini terdapat banyak persatuan,jemaah, harakah,parti politik,dan badan badan NGO yang menggunakan nama Islam.Tetapi adakah mereka ini benar benar jemaah Islamiah tulen? Contohnya sebuah badan di Malaysia yang menggelar diri mereka Sisters In Islam (SIS) badan yang mengaku memperjuangkan hak hak wanita Muslim.
Sebenarnya kita boleh kenal tanda tanda sesebuah badan atau jemaah itu jemaah Islamiah atau tidak melalui ciri ciri yang ada pada mereka.
Terdapat tanda tanda sesebuah badan atau jemaah itu bukan badan atau jemaah Islamiah, walaupun namanya jemaah Islamiah.Di antaranya:
Wallahu'alam.

- Pemimpin dan pengikut nya tidak menitik beratkan soal ibadah.Contoh nya apabila kurang mengambil berat tentang solat ahli ahli sama ada lahir mahu pun batin, waktunya mahupun disiplin solat jemaahnya.
- Ahli dan pemimpin nya kurang berakhlak.
- Terlalu kurang mempersoalkan tentang kesalahan dan dosa ahli dan pemimpin jemaah sendiri (muhasabah diri) tetapi banyak mempersoalkan kelemahan,kesalahan dan dosa pihak lain.Dan tidak menegur dan memperbetulkan apabila ada ahli atau pemimpin melakukan kesalahan.
- Pemimpin nya tidak di taati pengikut dan boleh di tukar ganti melalui undian.
- Dalam jemaah ada jemaah kecil,berpuak puak atau team team.
- Kurang perhubungan, tidak ada kasih sayang, tidak ada sefahaman,tidak ada bertolong tolongan dan tidak berkhidmah dalam tidak tanduk baik bersama ahli jemaah atau kepada umat Islam di luar
- Tidak ada prorgam saperti program tarbiah khusus untuk ahli nya kecuali program program berbentuk umum.
- Tidak ada khidmat masyarakat kecuali ceramah umum
- Ahli nya tidak menyumbang dan tidak dapat bergantung kepada jemaah dalam segala aspek.Sebalik nya jemaah bergantung kepada sumbangan ahli.
- Tidak beroperasi dengan sendiri dan berdikari.
- Bersekutu dengan orang kafir,menagih dan mengharapkan bantuan dari mereka.
- Selalu sahaja berlaku krisis dalaman.
Wallahu'alam.
Labels:
Politik dan Dakwah
Sabtu, Disember 11, 2010
Mesej buat pendokong UMNO dan PAS
Biasanya saya tak gemar menulis meyentuh mana-mana kaum atau puak. Kali ini saya tujukan kepada Zee Lipan (UMNO) dan pendokong PAS .....
Saya ini orang Cina , jadi apa sangat saya nak komen tentang orang Melayu dan Islam. Saya tidak tahu berapa umur Zee Lipan , semoga dia masih lagi muda dan semangat keMelayuannya berkobar-kobar. Saya kurang pasti apa nama Zee Lipan sebenarnya.
Saya sudah lebih 30 tahun mengaji menggunakan kitab-kitab Jawi dan Arab.Tok-tok guru saya adalah orang-orang Melayu. Mereka ada berbagai ragam dan watak ..ada yang lembut ...ada yang garang ...ada yang PAS ...bahkan ada juga UMNO.
Semasa zaman British , di tanah Melayu yang ketika itu penduduk Melayu melebihi 90 peratus. Kemudian datang orang Cina dan India ..penduduk Melayu semakin kurang dari segi peratus. Apa yang menarik ialah sebelum tanah Melayu merdeka banyak terdapat pondok-pondok pengajian kitab di sana sini. Pihak British sebenarnya bukan bimbang terhadap orang-orang Melayu berpendidkan moden , tapi kepada tok-tok guru pondok kerana di situ ditanamkan semangat anti British.
British memang mahu melemahkan pegangan Islam orang-orang Melayu dan di pondok-pondok pengajian ialah benteng pertahanan akidah yang paling kukuh. Sekiranya British menyerang secara terang-terang pengajian pondok atau tok-tok guru , tentu sekali semua ummat Melayu akan bangkit menentang British
dengan seruan JIHAD.
Untuk melawan Islam , pihak British menjalankan perancangan yang sangat halus ...kononnya mahu memberi pendidikan moden dan melihat orang Melayu lebih maju. Mereka membuat sekolah-sekolah , anak-anak Melayu digalakkan belajar di sekolah-sekolah tajaan British , dihantar ke England , kononnya untuk belajar
ilmu pentadbiran yang kata mereka orang-orang Melayu tidak diajar di sekolah-sekolah pondok.
Selepas kemerdekaan ...kedua-kedua puak Melayu , UMNO dan PAS memainkan peranan secara lama kelamaan menjadikan pengajian pondok semakin berkurangan.
Cara UMNO ......
Mereka menjadi pemimpin-pemimpin berfahaman moden , maju dan sekular. Islam bagi mereka mestilah mengikut peredaran zaman. Pengajian ala pondok adalah cara lapuk yang hanya layak melahirkan pak-pak lebai dan tok-tok imam tukang baca doa selamat. Pondok-pondok adalah tempat budak-budak Melayu yang tidak dapat keputusan cemerlang dan budak-budak Melayu cermerlang dalam akademik patut
belajar jadi jurutera dan doktor untuk menyahut kemajuan moden. Maka UMNO pandang rengan terhadap perkembangan pondok-pondok pengajian Islam , belajar kitab-kitab Jawi dan Arab lama. Sebab itulah UMNO tidak peruntukan wang berjuta-juta ringgit memberi sokongan kepada pengajian pondok.
Cara PAS ....
Parti PAS pada permulaan ditubuhkan terdiri daripada ulama-ulama pondok dan juga kelulusan universiti-universiti Timur Tengah , terutama sekali Al-Azhar. Yang mendapat pendidikan universiti menjadi pemimpin PAS. Apa yang berlaku secara halus ialah terdapat dalam PAS sendiri gerakan meremehkan pengajian kitab-kitab tua/lama. Kononnya mereka cuba membersihkan fahaman orang Melayu daripada unsur-unsur bid'ah dan khurafat ...perkara-perkara yang terdapat dalam kitab-kitab tua. Maka anak-anak Melayu dihantar ke sekolah-sekolah Arab yang belajar ilmu ugama secara terhad dan dipilih-pilih sahaja. Jadi ...anak-anak Melayu yang berkelulusan sekolah Arab dan Timur Tengah kurang mahir dan tidak mampu membaca kitab-kitab arab dan jawi lama.
Sekarang sudah lebih 50 tahun tanah MELAYU merdeka ....apa yang Melayu dapat dan apa pula yang Melayu kehilangan ? Satu segi ....British telah berjaya memporak-perandakan Islam dan orang Melayu. Mereka telah berjaya menjadikan pemikiran orang-orang Melayu menjadi kusut. Cara UMNO ialah kesinambungan British yang anti-Islam. Cara PAS pula ....kesinambungan Barat yang berjaya menghapuskan
pengaruh Khilafah Uthmaniah. Orang-orang PAS masa dulu tidak sedar bahawa mereka ada lah alat British , kononnya mereka berjuang untuk menegakkan Islam yang tulin dengan cobaan mereka mematikan pengajian kitab-kitab lama , digantikan dengan fahaman tajdid atau pembaharuan.
Hasilnya .....pondok-pondok di Tanah Melayu semakin hilang satu demi satu. Nik Aziz yang menyedari kesilapan ini sekarang berusaha memajukan semula pondok-pondok di negeri Kelantan.
Saya adalah seorang berpendidikan Inggeris. Saya belajar dengan tok-tok guru secara mengambil berkat cara belajar ...iaitu belajar cara menadah kitab. Minat saya ialah sastera Inggeris dan Metamatik. Saya belajar bahasa Arab kerana mahu memahami tafsir-tafsir al-Qur'an yang ditulis oleh ulama silam seperti ar-Razi , al-Qurtubi , al-Alusi dsbnya.
Saya juga sangat taksub terhadap bahasa dan nahu Arab. Kebolehan saya selepas 30 tahun belajar ialah mengajar lughah , nahu dan sastera Arab. Saya memuja bahasa Arab sebab ia adalah bahasa al-Qur'an.
Jika Zee Lipan (UMNO) dan orang PAS kurang faham apa yang saya tulis ini , sila pergi ke kedai kitab dan beli kitab tafsir yang bernama "Hasyiah as-Sowi". Sila lihat satu mukasurat kitab itu adakah dia boleh faham? Kalau boleh ...alhamduliLLAH. Kalau tidak boleh dia kena belajar bahasa dan nahu Arab. Tungguhlah 10 tahun ..jika dia boleh faham ...jika tidak boleh , tunggulah 20 tahun lagi ..jika TIDAK BOLEH ...jangan cuba tafsirkan al-Qur'an sendiri.
Jika orang tidak juga faham apa yang saya tulis ....silalah datang ke Kelantan dan carilah orang yang bernama Abu Hasan Chan atau tempat mana dia mengajar kitab tafsir "at-Tafsir al-Munir" oleh Dr Wahbah az-Zuhaili. Saya mengajar dalam bahasa Arab , kemudian saya terjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Kemungkinan besar tuan-tuan akan bertemu saya di Masjid Cina , Rantau Panjang , Kelantan...insyaALLAH. Berilah salam kepada saya dan saya akan melayani semua orang dengan baik ,,,tak kira Zee Lipan , UMNO atau orang PAS.
You are all welcomed !!!! Ahlan wa sahlan bi_kum wa tamatta'uu bi uluumiddeen
( Kiriman: Den Felix astahi04@yahoo.com)

Sudah di pilih jadi pemimpin jadi perompak pula
Mana mana pemimpin yang menjadi kaya raya setelah di pilih untuk memerintah negara adalah pengkhianat kepada rakyat dan di kira penzalim.Pandangan saya ini berdasarkan apa yang di praktikkan oleh Rasulullah, Khulafar Rasyidin dan Khalifah Umar Abdul Aziz.Mereka lebih zuhud dan miskin sewaktu memerintah.Bahkan mereka mati tanpa meninggalkan apa apa harta pusaka.
Jadi hari ini kalau ada pemimpin yang jadi kaya raya kerana tugas menjadi pemimpin ertinya dia sudah melakukan satu kesilapan yang besar di sisi Islam.Mereka ini boleh di katakan merompak harta rakyat.
Bukan bererti khazanah kekayaan negara apabila di serahkan kepada mereka waktu mereka memerintah maka mereka bebas untuk menggunakan nya, lalu mereka ambil untuk kepentingan peribadi, keluarga dan kroni kroni.
Mereka menipu rakyat dan memutar belitkan lidah memperkatakan kebaikan tetapi sebenarnya sikap mereka di belakang rakyat jahat sekali.
Mereka sesama mereka sendiri saling rebut merebut harta rakyat lalu mereka berpecah belah, jatuh menjatuhkan dan mengampu menjilat untuk mendapatkan nya.Kebaikan kecil yang mereka buat dibesar besarkan kepada rakyat dengan melindung rompakkan rompakkan besar yang mereka lakukan.Kononnya mereka bantu rakyat dengan memberi sebiji rumah dan Rm 600 sebulan.Manakala mereka sendiri mengambil berpuluh puluh ribu sebulan wang di peruntukkan untuk rakyat.
Kalau begitu tidak hairan lah rakyat di mana mana hari ini sudah hilang sabar lalu bersikap menentang pemerintah.
Rakyat sudah peka dan cerdik dan tidak boleh di tipu lagi.Mereka mengharapkan keadilan dan mahukan kepimipinan yang benar benar adil lagi bersih.
Dan hal ini hanya dapat di buat oleh pemimpin yang boleh mengikut cara pemerintah Islam tulen.
Hanya pemimpin yang bertaqwa yang takut kepada Allah sahaja yang boleh melaksanakannya.

Jumaat, Disember 10, 2010
Sistem pilihanraya ideologi manusia yang tidak sempurna.
Saya ingin ajak pembaca yang mempunyai minda yang terbuka untuk merenungkan tentang perkara yang hendak saya bentangkan di sini.
Persoalan - Benarkah melalui sistem pilihanraya berdemokrasi, pemimpin yang menang adalah pilihan majoriti rakyat kepada nya? Bila di amati kita dapati perkara ini tidak berlaku.
Mari kita buat sedikit kira kira.. Katakan ada 4 orang calon bertanding di satu kawasan yang pengundinya berjumlah 20 ribu orang.
Katakan keputusannya adalah saperti berikut: Calon A dapat 7000 undi, B dapat 6500 undi dan C dapat 6500 undi.
Di katakan A menang dengan majoriti kerana berolih 7000 undi berbanding B & C .Jadi mana yang di katakan A menang majoriti .Dia hanya mendapat 7000 undi sedangkan majoriti pengundi berjumlah 13 ribu dari 20 ribu orang menentang dan menolak dia dengan memilih calon B & C? Secara demokrasi di manakah dikatakan dia menang atas sokongan majoriti.Sedang penentangnya lebih ramai dari penyokongnya.
Maka bayangkan di mana mana negara dalam dunia yang mengamalkan sistem pilihanraya saperti ini, parti yang menang dan menjadi pemerintah sebenarnya mempunyai penyokong yang sedikit dan penentang yang ramai.(berdasarkan formula yang saya utarakan di atas)
Ini lah di antara sebabnya suasana politik di negara negara yang mengamalkan sistem pilihanraya tidak pernah stabil, huru hara dan boleh tumbang dengan mudah kerana pada hakikatnya masing masing parti, baik parti pemerintah atau pembankang tidak mempunyai penyokong majoriti saperti yang di gambarkan dalam sistem pilihanraya ini.
Hampir seluruh negara dalam dunia termasuk negara negara Islam mendokong sistem ini.Tidak adakah sistem lain yang lebih adil yang boleh di ketengahkan?

Renungan
Bangkit lah wahai Umat Islam
Ada umat Islam sangat tidak peka kepada musuh Islam.Mereka tidak menganggap musuh itu musuh, bahkan sangat taat dengan musuhnya. Mereka leka atau tidak sedar bahawa mereka sedang menjadi ejen musuh untuk menghancurkan Islam. Ini lah realiti nya umat Islam zaman ini.
Mereka berkerja sama dengan musuh kononnya atas nama semangat kerjasama dan tolak ansur.Tetapi di antara Islam sesama Islam sentiasa bergaduh dan bercakaran.Sikap umat Islam yang sangat berbaik hati dan sentiasa mahu menjaga hati musuh memberi ruang yang selesa bagi musuh untuk memperdayakkan umat Islam.Perangkap mereka sudah mengena.Bahkan perangkap mereka sudah penuh dengan orang orang Islam.Sehingga musuh musuh tidak perlu berkerja keras untuk mengalahkan umat Islam dalam bidang apa sekali pun.Terutama dalam bidang bidang penting saperti politik, ekonomi, pendidikkan, agama dan ketenteraan.
Dalam bidang politik contohnya umat Islam sanggup bekerja sama dengan kumpulan orang kafir yang terang terang menolak Islam.Dalam bidang pendidikkan umat Islam salin sistem barat (sistem kuffar).Dalam bidang Agama umat Islam belajar Islam dengan Profesor2 yang bukan Islam.Dalam bidang ketenteraan, contohnya, Arab Saudi yang mendakwa perlembagaannya berdasarkan Al Quran dan Sunnah, sangat menaruh kepercayaan kepada orang kafir Amerika ( musuh Islam).Satu ketika dulu baru sahaja di tegur oleh Saddam Hussein (Iraq), Arab Saudi sudah menjemput dengan hormatnya tentera tentera kafir dari Amerika menduduki buminya.Mereka tidak peduli lah lagi tentang perlembagaan Quran kerana sebenarnya memasukkan tentera orang kafir ke Negara Islam dengan sukarela adalah bid'ah besar.
Malangnya umat Islam rasa selesa dan selamat pula berada di dalam perangkap musuh.Bahkan berasa bangga dan bahagia pula menyertai pasukan musuh.Umat Islam lupa bahawa sikap orang kafir sentiasa berazam untuk menjahanamkan Islam.Yang sepatutnya tidak boleh di pandang ringan dan kecil.
Umat Islam leka atau lupa bahawa musuh Islam sentiasa mencari jalan dan berusaha menyususp masuk ke dalam JEMAAH ISLAM untuk menjahanamkan dari dalam.Mereka akan berpesta, bersorak, melompat, menari apabila melihat robohnya jemaah Islam.
Memang Islam tidak mengajar umat mencari musuh.Tetapi ALLAH melalui Quran dan Hadis sudah memberi amaran siapakah musuh umat Islam. Hakikat ini sedia termaktub dalam Al Quran saperti Firman Allah swt bermaksud:
" Sekali kali tidak akan redha orang Yahudi dan nasrani sehinggalah kamu mengikuti agama mereka". (Al Baqarah 120)
Wallahu'alam.
Labels:
Renungan
Khamis, Disember 09, 2010
Kita di perintah solat kerana kita hamba
Kita di perintahkan mengerjakan solat kerana untuk melahirkan berbagai bagai rasa kehambaan saperti rasa malu, takut, hina diri, gementar, dan bimbang.Kita adalah hamba, agar apabila lahir sifat kehambaan maka akan hilang sifat sifat mazmumah yang merosakkan hidup kita, saperti sombong, ujub, adu domba, mengumpat, memfitnah dan mengaibkan orang lain dan sebagainya.Bermakna solat yang khusyuk dan yang di hayati dapat membakar sifat sifat mazmumah yang menjadi racun sebenarnya.
Penyakit jiwa ini lah yang menjadikan manusia sentiasa berkrisis.Orang politik dengan penyakit gila kuasanya. Suka bergaduh dan jatuh menjatuhkan.Yang berkuasa pula berpenyakit angkuh tidak boleh bertolak ansur serta bersifat menindas.Jiwa rakyat bercelaru dan kucar kacir dek di pergunakan oleh pemimpin pemimpin yang berpenyakit jiwa ini.Dan berbagai kecelaruan dan krisis manusia terpaksa hadapi oleh kerana hilang nya rasa kehambaan kepada Tuhan.
Justeru rosaklah masyarakat, hilang lah bahagia dan terseksa lah hidup.
Maka ibadah Solat yang di jiwai hingga timbul rasa kehambaan akan melahirkan hamba hamba Allah saperti berikiut:
Wallahu'alam.
Rasa kehambaan dalam solat.(Foto Sumber).
Jika di dalam ibadah solat kita tidak melahirkan sifat kehambaan atau di saat kita solat kita tidak merasai yang kita ini hamba tuhan, maka mustahil di luar solat kita dapat merasa yang diri kita ini hamba.Apabila sifat kehambaan tidak wujud dalam diri kita maka yang wujud adalah sifat mazmumah.Penyakit jiwa ini lah yang menjadikan manusia sentiasa berkrisis.Orang politik dengan penyakit gila kuasanya. Suka bergaduh dan jatuh menjatuhkan.Yang berkuasa pula berpenyakit angkuh tidak boleh bertolak ansur serta bersifat menindas.Jiwa rakyat bercelaru dan kucar kacir dek di pergunakan oleh pemimpin pemimpin yang berpenyakit jiwa ini.Dan berbagai kecelaruan dan krisis manusia terpaksa hadapi oleh kerana hilang nya rasa kehambaan kepada Tuhan.
Justeru rosaklah masyarakat, hilang lah bahagia dan terseksa lah hidup.
Maka ibadah Solat yang di jiwai hingga timbul rasa kehambaan akan melahirkan hamba hamba Allah saperti berikiut:
- Peribadi yang kuat keyakinannya
- Peribadi yang kuat Imannya
- Peribadi yang mempunyai akhlak yang tinggi
- Peribadi yang berdisiplin
- Peribadi yang bersih dari maksiat dan kemungkaran (kecuali sedikit)
- Peribadi yang kuat syariatnya
- Peribadi yang bersih jiwanya
- Peribadi yang kurang sifat sifat mazmumahnya.
Wallahu'alam.
Labels:
Tazkirah
Sabtu, Disember 04, 2010
Gejala orang Kafir guna ayat Al Quran untuk tujuan Politik
Tentang orang kafir mempergunakan ayat ayat Al Quran di atas pentas politik sudah jadi satu gejala di masa kini.Mereka guna Al Quran untuk tujuan mempertahankan fahaman politik mereka dan juga untuk meraih simpati dan pengikut.Adalah satu pembohongan jika mereka kata mereka membaca dan menterjemah kerana berdakwah .Dan yang amat di kesalkan perbuatan orang kafir ini di perakui pula oleh sesetengah orang politik yang beragama Islam.
Tentu pelik dan ajaib adanya orang kafir yang belum dapat petunjuk dari Allah, ilmu tentang Islam pun tak ada, menterjemah atau mentafsir ayat ayat Al Quran lalu boleh beri petunjuk atau berdakwah kepada orang Islam? Sedang kan bagi orang Islam sendiri kalau nak berdakwah wajib ada ilmu dan sekurang kurang nya bergelar Imam,Ustaz atau Ustazah.
Isi Al Quran ada hidayah, taufiq dan Rahmat Allah untuk seluruh mansuia dan Jin.Maka kita mesti memperakui bahawa, orang kafir tidak boleh di larang bahkan berhak untuk membaca Al Quran.Hanya yang di larang apabila sesiapa, tidak kira orang kafir atau orang Islam sendiri mengguna Al Quran untuk tujuan kepenting kepentingan keduniaan tertentu saperti peribadi,politik, dan komersial.Di larang memutar belitkan ayat Al Quran saperti menterjemah atau mentafsirkan mengikut selera fikiran dan hawa nafsu demi umtuk mencapai maksud dan tujuan politik dan komersial saperti yang saya sebut tadi.
Ada kaedah tertentu yang mesti di ikuti dan di patuhi bagi sesiapa yang mahu menterjemah atau mentafsir Al Quran.Ilmu islam ini unik kerana dia ada ROH. Hanya Ulama dalam bidang ini sahaja yang layak berbuat demikian.Orang Islam yang awam tidak boleh sembarangan menterjemahan atau mentafsir apatah lagi Ah Chong, atau Muthusamy tentu lagi tidak di boleh.

Jumaat, November 26, 2010
Huru haranya MATI
Salam sidang pembaca sekalian.
Satu perkara yang pasti kita akan hadapi tetapi kita tidak berapa pedulikan ialah MATI.Semua orang dulu dulu, Nabi, Rasul, raja, presiden, menteri, profesor,orang miskin, orang kaya sudah merasai mati.Tetapi mereka tidak berpeluang kembali untuk menceritakan kepada kita pengalaman mereka.Giliran kita bila pulak? Dan apakah persediaan yang patut kita lakukan?
Al Quran dan Hadis banyak sekali menceritakan tentang MATI dan kebangkitan dari MATI dengan sejelas jelasnya.
Melalui Ayat Ayat Al Quran di atas kita di peringatkan dengan sejelas jelas tentang apa yang bakal berlaku kepada kita semua.
Apa pendapat Anda?
Rasulullah SAW menjawab ketika di tanya.Maksudnya "Siapakah orang mukmin yang paling cerdik? Rasulullah SAW menjawab "Orang yang paling cerdik ialah orang yang banyak mengingati MATI.
(Riwayat Ibnu Majah).
Yang mana kita perlu utamakan, nasib di dunia atau nasib di akhirat.Sebab orang yang kaya di dunia tetapi tidak bertaqwa akan miskin di akhirat.Miskin di dunia masih ada ruang untuk berikhtiar.Masih boleh mencari makan dan tempat tinggal.Tetapi kalau miskin di akhirat, dah tidak boleh buat apa apa.Tidak seorang pun yang akan simpati.
Maka kemiskinan dan penderitaan yang mana yang patut kita takut.Bertungkus lumus untuk dunia atau untuk akhirat yang kita mesti utamakan?
Kita patut utamakan urusan urusan akhirat.Sebab MATI boleh datang bila bila masa.Jika dia datang di kala kita belum bersedia maka menderita lah kita selama lamanya.Sedangkan hal hal dunia kalau tidak selesai hari ini esok boleh sambung lagi.Tidak mengutamakan dunia tidak akan menyebabkan kita rugi selama lamanya.
Contohnya kalau kita lewat lewatkan solat dengan sengaja kerana buat kerja dunia, tiba tiba sakaratul maut cabut nyawa kita ketika itu, Allah akan humbankan kita selama 40 tahun dalam neraka.Dunia perlu juga tetapi berpada pada saperti yang di ingatkan Rasulullah SAW yang maksudnya, " Berusahalah untuk duniamu seolah olah kamu akan hidup selama lamanya.Dan berusahalah untuk akhiratmu seolah olah kamu akan mati esok hari." (Riwayat Ibnu Asakir)
Demikian lah hal nya tentang KEMATIAN.Akibatnya mengerikan dan menakutkan!

- "Apakah manusia menyangka, bahawa ia akan dibiarkan begitu saja (tanpa dipertanggungjawabkan dan di hidupkan kembaliuntuk menerima balasan)? Bukankah dia berasal dari air mani yang di pancarkan (kedalam rahim)? Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)? lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis (sepasang): lelaki dan perempuan.Adakah (Tuhan Yang menjadikan semuanya) itu tidak berkuasa menghidupkan orang mati? (Tentulah berkuasa)! (Surah Al Qiyamah Ayat 36-40)
- " Tidak kah dia mengetahui, apabila di bangkitkan apa yang ada di dalam kubur.Dan didedahkan segala yang terpendam di dalam dada? Sesungguhnya Tuhan mereka Maha Mengetahui dengan mendalam tentang (balasan yang diberikan Nya kepada) mereka pada hari itu. (Surah Al'Adiyat Ayat 9-11).
- "Mereka (yang ingkar) berkata,"Apakah benar kita dikembalikan hidup saperti keadaan di dunia dahulu? Bolehkah kita (dihidupkan semula) sesudah kita menjadi tulang yang hancur? Mereka berkata lagi, "Kalau berlaku yang demikian, sudah tentu kembalinya kita itu satu perkara yang merugikan!". (Menghidupkan semula tidaklah sukar), kerana berlakunya perkara itu hanya lah dengan satu tiupan (dari sangkakala yang kedua) sahaja.Maka dengan serta merta mereka berada hidup di muka bumi.(Surah Al Nazi'at Ayat 10-14)
- Pada masa Jibril dan malaikat malaikat yang lain berdiri bersaf saf (menunggu perintah Tuhan), tidak ada yang berani berkata kata melainkan sesiapa yang diizinkan oleh Tuhan Yang Maha Pemurah, serta dia berkata benar. Itulah hari yang pasti akan berlaku, maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, nescaya dia mengambil jalan kembali kepada Tuhannya. Sesungguhnya Kami telah memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat (masa tibanya), iaitu hari seseorang akan melihat apa yang telah diusahakan nya dan orang yang kafir akan berkata, "Alangkah baiknya kalau aku dahulu adalah tanah." (surah Al Naba' Ayat 38-40)
- Maka apabila malapetaka yang sangat dasyat (Hari kiamat) telah datang.Iaitu pada hari ketika manusia akan mengingati apa yang telah dikerjakan; Dan nerak di perlihatkan kepada sesiapa yang dapat melihatnya.Adapun orang yang melampaui batas.Dan dia lebih mengutamakan kehidupan dunia semat mata.Maka sesungguhnya neraklah tempat kediaman nya.Dan apapun orang yang takutkan kebesaran Tuhannya dan dia menahan dirinya daripada menurut keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat kediamannya." (Surah Al Nazi'at Ayat 34-41)
Melalui Ayat Ayat Al Quran di atas kita di peringatkan dengan sejelas jelas tentang apa yang bakal berlaku kepada kita semua.
Apa pendapat Anda?
Rasulullah SAW menjawab ketika di tanya.Maksudnya "Siapakah orang mukmin yang paling cerdik? Rasulullah SAW menjawab "Orang yang paling cerdik ialah orang yang banyak mengingati MATI.
(Riwayat Ibnu Majah).
Yang mana kita perlu utamakan, nasib di dunia atau nasib di akhirat.Sebab orang yang kaya di dunia tetapi tidak bertaqwa akan miskin di akhirat.Miskin di dunia masih ada ruang untuk berikhtiar.Masih boleh mencari makan dan tempat tinggal.Tetapi kalau miskin di akhirat, dah tidak boleh buat apa apa.Tidak seorang pun yang akan simpati.
Maka kemiskinan dan penderitaan yang mana yang patut kita takut.Bertungkus lumus untuk dunia atau untuk akhirat yang kita mesti utamakan?
Kita patut utamakan urusan urusan akhirat.Sebab MATI boleh datang bila bila masa.Jika dia datang di kala kita belum bersedia maka menderita lah kita selama lamanya.Sedangkan hal hal dunia kalau tidak selesai hari ini esok boleh sambung lagi.Tidak mengutamakan dunia tidak akan menyebabkan kita rugi selama lamanya.
Contohnya kalau kita lewat lewatkan solat dengan sengaja kerana buat kerja dunia, tiba tiba sakaratul maut cabut nyawa kita ketika itu, Allah akan humbankan kita selama 40 tahun dalam neraka.Dunia perlu juga tetapi berpada pada saperti yang di ingatkan Rasulullah SAW yang maksudnya, " Berusahalah untuk duniamu seolah olah kamu akan hidup selama lamanya.Dan berusahalah untuk akhiratmu seolah olah kamu akan mati esok hari." (Riwayat Ibnu Asakir)
Demikian lah hal nya tentang KEMATIAN.Akibatnya mengerikan dan menakutkan!
SEBUT SAHAJA PASAL MATI ORANG YANG TIDAK BERIMAN SANGAT MEMBENCINYA.
Labels:
Renungan
Selasa, November 09, 2010
IMAM SOLAT JUMAAT WANITA PERTAMA DUNIA
Pada bulan Mac 2005, di New York, Amerika,berlaku satu kejutan dalam dunia Islam apabila seorang wanita menjadi imam solat Jumaat di samping menyampaikan khutbah..Mungkin ianya kejadian pertama dalam sejarah Islam semenjak dari zaman Rasulullah SAW.
Siapa dia Imam wanita kontrovesi ini? Beliau ialah Prof Dr. Amina Wadud? Janda 5 anak dan 3 cucu.Lahir pada tahun 1952.Berketurunan Afrika-Amerika .Berasal dari sebuah keluarga Kristian Methodist. Nama asalnya ialah Mary Teasley.Lahir di Maryland, Amerika.Anut agama Islam pada tahun 1972 dan tukar nama kepada Amina Wadud.
Memperolehi Ph D dalam Pengajian Bahasa Arab dan Islam dari Universiti Michigan (1988).Juga mempelajari Bahasa Arab lanjutan di American University di Cairo, belajar Al Quran dan Tafsir di Universiti Cairo, dan belajar Ilmu Falsafah di Universiti Al Azhar Mesir.
Pernah berkhidmat sebagai Prof Madya di Fakulti Pengajian Al Quran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ( Tahun 1989 -1992), dan juga pernah berkhidmat sebagai pensyarah jemputan di Universiti Gadjah Mada, Yogyakarta, Indonesia (Tahun 2008).Dan akhir sekali menjawat jawatan Profesor di Fakulti Pengajian Agama dan Falsafah Universiti Virginia Commonwealth hingga lah dia bersara pada tahun 2008..
Tindakkan beliau menjadi imam solat Jumaat dan membaca khutbah mengundang reaksi yang berbeza dari beberapa ulama ulama belah sana.Syeikh Yusuf Qardhawi mengecam keras tindakkannya.Tetapi ulama ulama lain saperti Gamal al Banna dari Mesir, dan Ebrahim Moosa seorang Profesor Pengajian Islam dari Universiti Duke mengatakan ini adalah langkah yang baik.
Amina Wadud secara terbuka mengatakan beliau tidak setuju dengan bebrapa ayat Al Quran terutama yang berkenaan dengan memotong tangan pencuri kerana percaya hukuman ini adalah perbuatan "brutal" dan zalim. Belaiu juga menolak beberapa hukum lain yang terdapat dalam Al Quran.
kerana berpendapat sesiapa sahaja boleh menolak bahagian Al Quran apabila tidak setuju dengan nya.
Fahaman dan ajaran beliau sebenarnya sudah bertapak di Malaysia, beliau bertanggung jawab memain peranan mengasas kumpulan NGO "Woman Right" Sisters in Islam (SIS).Dan penubuhannya di ikhtiraf oleh kerajaan Malaysia melalui nama SIS Forum (M) Bhd.
Perjalanan kumpulan SIS banyak berpandu kepada fahaman Amina Wadud.Buku karangan beliau
" Quran and Woman - Rereading the sacred text from a Woman's Perspective" adalah kitab rujukan S.I.S.(Buku ini di haramkan di Arab Saudi tetapi tidak di Malaysia)
Di Malaysia sudah ada HAKIM syarie wanita.Tidak mustahil, di sini, satu hari nanti akan ada IMAM masjid dan IMAM solat Jumaat wanita..
Namun dalam Mazhab yang 4, termasuk Mazhab Imam Shafie, wanita hanya boleh jadi imam untuk kaum sejenisnya sahaja.Jauh sekali mengimamkan solat Jumaat.
Amina Wadud sedang mengImamkan solat
Amina Wadud sedang mengImamkan solat
Wajah Amina Wadud
Nota:
Cadangan haramkan SIS
Pada 7 Jun 2009, dalam Muktamar PAS 2009 ke-55 di Stadium Malawati Shah Alam, usul PAS Shah Alam (Khalid Abd Samad) diterima tanpa bahas. Usul itu mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal. Seterusnya mengharamkan sister in Islam sekiranya terbukti bertentangan dengan syariat Islam serta membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya.Pada 12 Jun 2009, Mutfi Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria juga anggota Majlis Fatwa Kebangsaan menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menyiasat kenyataan ganjil SIS. Antaranya berhubung isu poligami dan pembahagian harta pusaka yang membelakangkan ayat al-Quran. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dan Karpal Singh membantah cadangan tersebut.[4]
Labels:
Renungan
DOSA - PUNCA KRISIS UMAT ISLAM
Tidak takut TUHAN dan melakukan dosa dosa besar sudah menjadi perkara lumrah bagi umat Islam di akhir zaman.Ini lah di antara punca umat Islam hidup sentiasa di landa krisis.Hilang bahagia di dunia apa tah lagi di akhirat nanti.
Tepat apa yang Rasulullah sebut tentang akhir zaman, yang bermaksud:" Sesungguhnya menjelang Kiamat akan berlaku beberapa tahun yang mengeliruka, pendusta pendusta akan dibenarkan dan diberi kepercayaan, dan orang yang amanah dianggap pengkhianat, dan pemimpin fasiq bercakap cakap (berpengaruh)." - Riwayat Ahmad,Abu Ya'la, At Tabrani.
Ramai, walaupun tidak semua umat Islam, terlibat melakukan berbagai bagai dosa dalam mengejar matlamat masing masing hingga berlaku pertembungan dan pergeseran.Tetapi hampir kesemuanya tidak sampai kepada matlamat kerana masih tidak dapat bahagia yang di cari cari.
Perlakuan Umat yang melibatkan dosa adalah saperti yang saya bayangkan di bawah:-
Dosa Pemimpin Politik:
Mereka tidak berlaku adil.Kuasa pemimpin yang Allah amanahkan di gunakan ikut nafsu untuk kepentingan dunia, kroninya dan diri sendiri.Mereka sibuk berjuang mempertahankan teori politik mereka.Berjuang memburu kuasa dan sibuk mempertahankannya.Mereka menipu,rasuah dan pecah amanah.Mereka samun harta rakyat secara sulit atau terang terangan.
Dosa Ulama
Ulama zaman ini tidak mendidik.Ilmu Islam mereka gunakan untuk cari makan.Mereka tidak kisah agama di ancam.Malah mereka takut mempertahankannya kalau kalau nanti di buang kerja atau di pecat dari parti. Mereka juga menipu rakyat dengan fatwa fatwa songsang demi kepentingan kedudukan dan politik .Mereka lebih takut kepada manusia daripada Allah.Alangkah dahsyatnya golongan ini.
Dosa Orang Kaya yang bakhil
Mereka kaya, pemberi rasuah serta cekik darah.Kekayaan dunia mereka bolot dan digunakan ikut nafsu.Tidak mahu bayar zakat.Kalau menyumbang mahu seluruh dunia tahu.Mesti masuk TV dan surat khabar.Harga baju mereka lebih mahal dari harga rumah orang miskin.Zalimnya mereka.
Dosa orang Miskin.
Siapa kata orang miskin tiada dosa.Dosa mereka kerana tidak redha dengan kehendak Allah.Mereka anggap miskin itu hina sedangkan itu ujian Allah.Mereka jatuh ke dalam perangkap syaitan kerana ada perasaan cemburu, hasad, dengki dan dendam kesumat kepada orang kaya.
Dosa Rakyat biasa
Adanya suami yang tidak bertanggung jawab.Isteri yang tidak taat dan curang.Anak anak derhaka.Ibu bapa tidak menjadi contoh yang baik bagi anak anak.Tidak mengajar dan mendidik.Wanita wanita hilang malu.menjaja maruah sana sini.Lelaki bagaikan buaya yang sering rindukan mangsa.Mereka melakukan zina, buang anak,berjudi, dadah dan pergaulan bebas tanpa sedikt pun rasa takut kepada Allah.
Banyak lagi perlakuan dosa oleh sebahagian besar umat Islam yang saya tidak sebut.Dosa adalah punca KRISIS yang melanda umat Islam kini.
Wallahu 'alam..

Isnin, November 08, 2010
ISLAM LIBERAL - LELAKI WANITA SOLAT DALAM SATU SAF.
Foto foto sekitar solat Jumaat di Mesir..Lelaki dan wanita solat berjemaah dalam saf yang sama.
(Peringatan: ibu bapa yang ada anak yang belajar di Mesir berhati hati supaya mereka tidak bawa ajaran ini pulang ke Malaysia).
Friday prayers at Egypt .. |
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Labels:
Renungan
Jumaat, November 05, 2010
MENGAPA UMAT ISLAM DI PANDANG RENDAH
Antara kehinaan yang menimpa kita umat Islam sekarang ialah terjadi krisis dalaman yang tidak habis habis dalam semua hal.Masaalah negara, ulama, pemimpin,sosial,pecah ukhwah, penipuan, rasuah,arak, judi, zina,lemah ekonomi,lemah sistem pendidikan,politik songsang yang menjadi jadi dan sebagainya.
Ini tetap akan berlarutan selagi kita membelakangkan Allah dan agama nya.(Maksudnya membelakangkan Al Quran dan Sunnah).Sebab itu kita tersesat mencari jalan keselamatan hidup di dunia yang juga akan membawa kesesatan di akhirat.Kita cuai untuk mendalami ilmu agama atau cuai untuk mengamalkan nya.Akibatnya kita tidak kenal Islam yang cantik dan sempurna.Kita hanya ambil sudut sudut tertentu untuk mengamal dan menolak sebahagian yang lain.
Di antara kelemahan kelemahan yang berlaku pada kita umat Islam dalam memahami dan mengamalkan Islam
ialah :
Adalah menjadi harapan kita kumpulan kumpulan atau kelompok di atas yang berbagai bagai tadi dapat di cantumkan menjadi satu ummah yang bersaudara dan berjuang menegakkan hukum Allah di muka buminya.

- Adanya kelompok umat yang bijak pandai yang hanya mendalami ilmu dunia, hingga menjadi pakar, dalam bidang bidang keduniaan saperti sains, kedoktoran, kejuruteraan dan sebagainya.Tetapi jahil dalam bab agama.Mereka ini tidak tahu mana perkara yang hak dan mana yang bathil.Mana yang halal dan mana yang haram.Tidak faham apa matlamat hidup dan apa yang menjadi alat alat untuk hidup.Hingga mereka sangka alat alat menjadi matlamat hidup.Dan mereka akan berusaha sekeras kerasnya untuk mendapatkan nya.Agama tidak penting bagi mereka.
- Adanya kelompok alim ulama yang tahu serba serbi tentang hukum hukam agama dan selok belok nya.Tetapi mereka tidak faham penyakit masyarakat,tidak faham isu semasa,tidak faham politik, dan tidak faham apa itu sosial,ekonomi dan sebagainya.Maka mereka tidak reti apa perlu buat.Jadi mereka tidak dapat berperanan untuk mendidik dan memimpin umat.Mereka pun turut hanyut dalam suasana umat yang jauh meningglkan Islam.
- Ada kelompok pejuang Islam yang gigih berjuang tapi kurang ilmu atau mengenepikan syariat Islam.Kalau ada ilmu pun hanya bab bab ilmu lahir sahaja saperti ilmu fiqh Tetapi tidak memahami ilmu ilmu batin saperti Tasauf.Agama pada mereka hanya bab bab lahir sahaja Sebab itu kita lihat mereka berjuang menggunakan umpatan, mengaibkan peribadi orang lain, memfitnah atau melakukan tuduhan palsu sebagai senjata. Perbuatan ini sebenarnya di larang keras dan berdosa besar dari sudut Ilmu Tasauf.(Walaupun adakala dalam keadaan tertentu ia di haruskan dari sudut Fiqh).Namun dari sudut Tasauf ianya tetap berdosa.Walaupun mereka ini tahu tentang masaalah penyakit umat saperti rasuah,zina, dadah dan buang anak contohnya, namun usaha dan tindakkan mereka tidak tepat pada sasaran nya.Ibarat orang yang tahu penyakit seseorang tapi tidak tahu mengubati nya.jadilah orang yang sakit bertambah sakitnya.Maka perjuangan mereka tidak ada hasilnya sebaliknya bertambah khusut.Mereka berjuang ikut semangat dan kadang kala cara mereka lebih menguntungkan musuh Islam.
- Ada kelompok yang menganggap Islam itu hanya pada fardhu ain sahaja.Tetapi mengabaikan persoalan perjuangan,akhlak,pendidikan,sosial,pembangunan dan lain lain.Kelompok ini penyebab kemajuan dan tamadhun Islam terabai.
- Ada kumpulan yang mengutamakan kepentingan diri dan kroninya yang merasakan hidup cara Islam boleh menjejaskan kepentingan kepentingan mereka.Mereka ini akan membuat berbagai bagai alasan dan halangan supaya perjuangan Islam terbantut.Contoh saperti alasan mengatakan Islam tidak boleh di laksanakan kerana masaalah berbilang kaum dan agama.
- Ada kelompok yang tidak yakin bahawa Islam mampu menyelesaikan masaalah umat.Maka mereka megambil isme isme lain sebagai landasan perjuangan saperti sosialisme, nasionalisme, komunisme, kapitalisme,demokrasi, liberisasi dan lain lain.
- Ada kelompok ulama oleh kerana di lihatnya umat sudah rosak, sudah jahat, maka mereka kecewa dan terus menyendiri dan beribadah sendiri.Tidak mahu berjuang dan berikhtiar untuk membaiki penyakit umat.
Adalah menjadi harapan kita kumpulan kumpulan atau kelompok di atas yang berbagai bagai tadi dapat di cantumkan menjadi satu ummah yang bersaudara dan berjuang menegakkan hukum Allah di muka buminya.
Labels:
Politik dan Dakwah
Isnin, November 01, 2010
Apa itu Pemerintahan yang Adil
Menurut Islam, sebuah pemerintahan yang tidak adil, akan jatuhlah ia kepada salah satu hukum fasiq, zalim atau kafir.Bergantunglah kepada bentuk bentuk atau sebab sebab penolakan mereka kepada hukum hukum ALLAH. Namun dalam hal ini perlu di ingatkan bahawa dalam Islam, hukum fasiq, zalim dan kafir ini bukan sahaja ditujukan kepada pemerintah sahaja tetapi siapa sahaja yang menolak hukum ALLAH sama ada dalam diri, rumah tangga, jemaah atau parti.
Rakyat juga tidak boleh mengata ngata pada pemerintah yang tidak adil saja, kerana pemerintah itu naik dari rakyat.Bagaimana rakyat, begitulah pemerintah.Sebaik sebaiknya kedua dua rakyat dan pemerintah taat pada ALLAH, barulah terbentuk keadilan yang sempurna. Untuk membentuk pemerintahan yang adil adalah mengusahakan TAQWA di pihak pemerintah dan rakyat. Sebab itu, bagi mereka yang merindukan negara adil, aman, makmur dan mendapat keampunan ALLAH, taqwa mesti disediakan sebagai tapaknya olih pemerintah dan juga rakyat. Tanda tanda pemerintah yang Zalim:
- Kelompok pemerintah dari Raja atau Perdana Menteri hingga ke menteri menteri dan wakil wakil rakyat adalah perompak terhormat yang mengaut kekayaan rakyat untuk menjadikan mereka kaya raya hasil menyertai Politik.Harta negara di gunakan untuk peribadi dan kroni kroni.Terlalu amat sedikit sahaja di gunakan untuk rakyat. Kalau di tegur oleh rakyat, rakyat itu akan di hukum, diboikot dan di apa apakan.Inilah kezaliman. Pemerintah yang di katakan Islam itu solat dan fardhu ainnya pun tidak beres. Ke masjid jarang sekali, tapi ke pusat hiburan saperti dangdut, perjudian dan kelab kelab malam selalu. Jumpa rakyat di majlis majlis rasmi saja, terutamanya waktu waktu genting, dengan ada udang di sebalik batu.Rakyat yang tidak satu parti denganya di anaktirikan.Kesalahan kroni nya tidak dihukum bahkan di sorok sorokannya.Tetapi kesalahan rakyat, apa lagi rakyat yang tidak sebulu dengannya, dicari cari dan di besar besarkan untuk di hukum. Adakalanya yang tidak salah pun cuba di persalahkan.
- Keluarga para pemerintah dan wakil rakyat yang sepatutnya menjadi model baik untuk di contohi oleh rakyat sebaliknya merupakan sasaran kebencian dan hasad dengki rakyat. Akhlak dan ibadah mereka tidak jadi contoh.
- Isi isi siaran media saperti radio, TV serta buku dan majalah majalah hampir semua ke arah kemaksiatan.
- Muzik muzik haram ,tari menari, pergaulan bebas, pendedahan aurat, arak, judi, zina dan lain lain lagi dibenarkan berleluasa secara legal atau secara adat, atau secara tidak di kawal.
- Orang miskin, orang tua, ibu tunggal janda janda merupakan golongan terbuang yang hidup penuh sengsara dan kesusahan.Tidak ada pembelaan yang tepat dan serius.Haiwan haiwan di zoo dan pokok pokok perhiasan di bandar bandar lebih di beri perhatian dan keutamaan.
- Banyak projek yang sia sia atau membazir dengan menggunakan wang berbilion bilion saperti pembinaan padang golf dan kelab kelab eksklusif untuk orang orang kaya sedangkan projek yang lebih asasi dan manusiawi tidak di usahakan bersungguh sungguh atau kalau di buat pun acuh tak acuh sahaja.
- Polis konon tugasnya untuk menjaga keamanan tetapi merekalah yang banyak buat rakyat tidak aman.Saperti menakut nakutkan, merampas sesuka hati, menahan sesuka hati, rasuah dan sebagainya.Memang ada kebaikan polis tetapi kezaliman nya lebih tinggi.
- Para pemimpin di kalangan parti pemerintah lebih kaya dari parti sendiri.
- Rakyat jelata atau golongan yang tidak mengikuti parti pemerintah, apabila mereka difitnah atau dituduh, mereka tidak dapat peluang untuk membela diri samada melalui ceramah umum, di radio, surat khabar dan lain lain media.Sebaliknya mereka terus dihukum melalui pengharaman ceramah, buku buku, majalah yang di terbitkan mereka.Atau mereka di tangkap dan dipenjarakan tanpa dibicarakan di mahkamah.Itulah ISA.
- Para pemimpin apabila ditegur, mereka melenting dan marah marah.Maka mereka pun berdendam dan mencari peluang mendedahkan kesalahan pihak yang menegur untuk di ambil tindakan.
Labels:
Politik dan Dakwah
Sabtu, Oktober 23, 2010
Kita Tidak Menghukum, Tetapi Menyatakan Kaedah
Datang seorang wanita yang tidak menutup aurat bertanya kepada saya; “Dr! adakah saya masuk neraka kerana saya tidak menutup aurat, sedangkan saya solat dan melakukan ibadah-ibadah yang lain?”. Saya beritahu kepadanya: “Adapun saya bukanlah malaikat penjaga neraka. Bahkan malaikat penjaga neraka sendiri tidak berhak menentukan siapa yang akan dimasukkan atau dikeluarkan dari neraka.
Ini adalah kekuasaan mutlak Tuhan Yang Menciptakan neraka. Di akhirat neraka dimasuki oleh sesiapa yang ditentukan ALLAH sebagai ahli neraka. Demikian juga syurga. Namun ALLAH memberitahu tentang keadaan manusia di akhirat dengan firmanNya (bermaksud) : “adapun orang yang berat timbangan (amal baiknya), Maka ia berada dalam kehidupan yang senang lenang. Sebaliknya orang yang ringan timbangannya (amal baiknya), Maka tempat kembalinya ialah “Haawiyah”, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia “Haawiyah” itu? (Haawiyah itu ialah): api yang panas membakar” (Surah al-Qariah 6-11).
Adapun saya yang dhaif ini tidak mengetahui bagaimanakah timbangan amalan saudari di akhirat kelak. Bahkan nasib saya sendiri saya tidak tahu, bagaimana mungkin saya boleh tahu nasib orang lain?!! Namun jika saudari bertanya saya, adakah perbuatan saudari salah atau betul?
Tentu jawapannya: ia satu kesalahan. Apakah perbuatan itu faktor yang membawa ke syurga atau ke neraka?…….. Maka jawapan “dalil-dalil al-Quran dan al-Sunnah menunjukkan ke neraka”. Namun timbangan amalan insan di akhirat bukan hanya terbatas kepada suatu bab sahaja. Ia merangkumi segala bentuk kebaikan dan keburukan.
“Sesiapa beramal dengan kebaikan seberat biji sawi akan dinilai. Sesiapa yang beramal dengan seberat biji sawi keburukan juga akan dinilai”. Kemudian jika natijah dari nilaian itu menunjukkan kebaikan lebih berat dari kejahatan, maka selamatlah dia. Jika sebaliknya, rugilah dia. Dalam hidup ini, ada pula ujian dan cubaan. Sesiapa yang sabar dengan ujian dan cubaan, diberi pahala dan dihapuskan dosa. Kesalahan orang kepada kita juga menjadikan pahalanya dipindahkan kepada kita, atau dosa kita diberikan kepadanya -seperti dalam hadith al-Imam Muslim-.
Maka keputusan neraka dan syurga adalah hak ALLAH terhadap hamba-hambaNya. Apa yang pasti dosa menyumbang ke arah neraka. Pahala menyumbang ke arah syurga. Jika ditanya membuka aurat, riba, derhaka ibubapa dan seumpamanya ke arah mana? Jawapannya ke arah neraka. Jika ada yang berkata, mereka ini juga solat dan buat baik dalam perkara yang lain. Kita katakan; amalan baik menuju ke syurga. ALLAH yang Maha Adil akan menimbangnya dan menentukannya.
Demikian semua insan. Padanya ada baik dan buruk. Amalan kita akan ditimbang di akhirat kelak. Saya timbulkan ini kerana ada juga orang bertanya saya tentang hadith: “..Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepasku akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah al-Khulafa al-Rasyidin al-Mahdiyyin (mendapat petunjuk). Berpeganglah dengannya dan gigitlah ianya dengan geraham. Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan (dalam agama), kerana setiap yang diada-adakan itu bid’ah dan setiap yang bid’ah itu sesat”. (Hadith ini sahih. Diriwayatkan oleh Abu Daud, al-Tirmizi dengan menyatakan ianya “hasan sahih”, Ibn Majah dan al-Darimi dalam sunan mereka. Demikian juga Ibn Hibban dalam sahihnya dan al-Hakim dalam dalam al-Mustadrak dengan menyatakan: “Hadith ini sahih”. Ini dipersetujui oleh al-Imam al-Zahabi).
Katanya: “Jika bid’ah masuk neraka, apakah datuk nenek kita dan sebahagian golongan agama akan masuk neraka disebabkan beberapa perkara bidah yang mereka lakukan”. Saya katakan; pertama hadith ini sahih, maka kita jangan mempersenda-sendakannya. Kedua, seperti yang disebut tadi; sesiapa yang berat amalan baiknya maka dia masuk syurga.
Begitu sebaliknya. Adapun bid’ah bukan pembawa ke arah syurga. Kita mengharapkan bagi mereka amalan soleh yang jauh lebih besar dari kesilapan mereka. Dengan itu beratlah kebaikan mereka melebihi kesalahan mereka. Keempat, kita disuruh oleh agama untuk bersangka baik dengan muslim yang lain. Justeru, kita katakan; mungkin mereka tidak tahu, atau menyangka ia sunnah walaupun sebenarnya tidak. ALLAH Maha Mengampuni hamba-hambaNya.
ALLAH berfirman (maksudnya): Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”. (Surah al-Baqarah: 286).
Kita mendoakan keampunan mereka, namun dalam masa yang sama kita tidak boleh menyatakan kepada diri kita bahawa kesalahan yang dibuat itu betul. Bahkan kita mesti menghindari kesilapan yang lalu setelah sampai kepada kita ajaran al-Kitab dan al-Sunnah. Kita menyampaikan hukum ALLAH dan kaedah agama. Kita tidak menghukum individu. Jika kita ditanya apakah hukuman terhadap pencuri dalam perundangan Islam. Kita jawab: Dalam hukum Islam pencuri dipotong tangannya. Namun jika dia bertanya adakah si A boleh saya potong tangannya kerana saya lihat dia mencuri. Kita katakan: Tidak! Sehingga melalui proses perbicaraan yang dituntut oleh syarak. Apa yang saya beritahu ‘pencuri dipotong tangan’ ialah kaedah.
Adapun perlaksanaan memerlukan penelitian yang lebih. Bidah, khurafat, riba, arak adalah pembawa kepada jalan neraka. Sesiapa yang mengamalkannya, menuju ke neraka. Ini adalah kaedah umum. Namun apabila hendak memutus si fulan ahli neraka. Tiada siapa yang berhak. Ini kerana kita tidak tahu amalannya yang lain, taubatnya, istighfarnya, dan kemaafan ALLAH untuknya.
Hal ini perlu dijelaskan untuk dua pihak. Pertama mereka yang tidak faham tentang maksud kaedah-kaedah yang disampaikan lalu menuduh yang bukan-bukan. Kedua kepada golongan pendakwah sendiri yang terlalu cepat menghukum individu tanpa penelitian. Jadilah kita bagaikan khawarij. Atau pro-khawarij di zaman ini yang cepat mengkafirkan muslim yang lain. Justeru kita perlu ingat, sikap tergopoh-gapah menghukum sebelum mengetahui latarbelakang orang dicegah atau disuruh adalah perbuatan yang salah. Golongan yang gopoh ini akan menghukum dengan hukuman kafir atau sesat tanpa terlebih dahulu memahami masalah. Bahkan mungkin mereka sendiri tidak faham hukum-hakam tersebut dengan jelas. Sedangkan mereka lupa, tidak semua maksiat membawa kepada kekufuran. Tidak semua pula perbuatan dan ucapan kufur menjadikan pelakunya kafir.
Demikian tidak semua perbuatan bid’ah menjadikan pembuatnya ahli bid’ah. Kata Ibn Taimiyyah: “Sesungguhnya sesuatu ucapan menjadi kufr seperti mengingkari kewajipan solat, zakat, puasa dan hajj. Namun pengucapnya mungkin tidak sampai kepada khitab (ajaran yang betul dalam perkara tersebut), maka tidak dikafirkan dia disebabkan keingkarannya. Ini seperti mereka yang baru menganut Islam dan hidup di daerah pendalaman yang jauh dan tidak sampai kepadanya syariat-syariat Islam”( Ibn Taimiyyah, Majmu’at al-Fatawa, 2/220).
Di tempat yang lain beliau menyebut: “Sesiapa yang menghadiri majlisku mengetahui, sesungguhnya aku adalah manusia yang paling membantah menyandar seseorang individu kepada kekafiran, atau kefasikan, atau kemaksiatan, melainkan setelah ditegakkan hujah dan dalil yang menunjukkan sesiapa yang menyanggahinya (dalil tersebut) menjadi kafir, atau fasiq, atau ahli maksiat. Sesungguhnya aku bertegas bahawa ALLAH mengampuni kesilapan umat ini. Ini merangkumi pemasalahan akidah dan amalan” (Ibid, 2/147).
Al-Qaradawi menyebut: “Hendaklah diberikan perhatian apa yang telah diputuskan oleh para `ulama muhaqqiqun mengenai wajibnya dibezakan antara peribadi dan jenis dalam isu takfir (mengkafirkan). Ini bermaksud, contohnya kita katakan “Golongan komunis itu kafir, atau para pemerintah sekular yang membantah hukum syarak itu kafir, atau sesiapa yang menyatakan sebegini atau menyeru kepada ini maka dia kafir. Ini semua adalah hukuman pada jenis. Adapun apabila perkara ini berkait dengan peribadi seseorang, yang disandar kepada mereka itu dan ini, maka wajiblah diambil masa untuk dibuat kepastian dan kesabitan mengenai hakikat sebenar pendiriannya. Ini dengan cara menyoal atau berbincang dengannya sehingga ditegakkan hujjah, tiada lagi syubhat dan juga tiada lagi keuzuran untuknya.
Perkara ini pernah disebut oleh Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah: Sesungguhnya perkataan boleh menyebabkan kufur. Secara umumnya dikafirkan pengucapnya. Dikatakan “Sesiapa yang mengucap begini maka dia kafir”. Tetapi peribadi berkenaan yang mengucapkannya tidak dihukum dengan kafir sehingga ditegakkan hujjah yang membukti kuffur sesiapa yang meninggalkannya (meninggalkan berpegang dengan hujjah yang jelas tersebut-pen)” (Al-Qaradawi, Zahirah al-Ghulu fi al-Takfir, m.s. 26-27, Mesir: Maktabah Wahbah (1989).
Keadaan manusia ini berbagai-bagai, ada di kalangan mereka yang membuat kesalahan kerana terlupa, atau jahil atau terdesak. Kita hendaklah memahami latarbelakang yang berbagai ini sebelum menghukum. Sikap ini telah ditunjukkan oleh Nabi s.a.w dalam tindakan-tindakan baginda, antaranya, daripada ‘Ali bin Abi Talib, katanya: “Rasulullah telah mengutuskan aku, Abu Marthad dan al-Zubair-kami semua adalah penunggang kuda- baginda bersabda: Pergilah kamu semua sehingga sampai ke Raudah Khakh, sesungguhnya di sana ada seorang perempuan dari kalangan Musyrikin, bersamanya surat dari Hatib bin Abi Balta`ah kepada Musyrikin”. Maka kami pun mendapatinya, dia menaiki unta sepertimana yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w. Kami berkata kepadanya: “Surat!”. Dia menjawab: “Tidak ada bersama kami sebarang surat”. Maka kami pun menduduk dan memeriksanya. Namum kami tidak dapati sebarang surat pun. Kami berkata: “Rasulullah tidak pernah berdusta, sama ada engkau keluarkan surat tersebut atau kami akan telanjangkan engkau!”. Apabila dia melihat kesungguhan kami maka dia pun terus mendapatkan simpulan kainnya. Dia pun mengeluarkan surat tersebut, lalu kami terus membawa surat itu kepada Rasulullah s.a.w. Kata `Umar: “Wahai Rasulullah!, sesungguhnya dia (Hatib bin Abi Balta`ah) telah mengkhianati Allah, RasulNya dan orang-orang Mukminin, biarkan aku pancung kepalanya!”. Baginda bersabda (kepada Hatib): “Apa yang mendorong tindakanmu?”. Kata Hatib: “Demi Allah! Bukan aku tidak beriman kepada Allah dan RasulNya s.a.w. tetapi aku ingin mendapat bantuan di sisi kaum (Quraish) yang dengannya Allah akan menyelamatkan keluargaku dan hartaku. Tidak ada seorang pun di kalangan sahabatmu melainkan baginya di sana kaum kerabat yang mana dengannya Allah selamatkan keluarga dan hartanya”. Sabda baginda: “Dia benar! Janganlah kamu berkata kepadanya melainkan yang baik”. `Umar berkata: “Sesungguhnya dia telah mengkhianati Allah, RasulNya dan orang-orang mukminin, biarkan aku pancung kepalanya”. Baginda bersabda: “Tidakkah dia di kalangan anggota Perang Badar?”. Sabdanya lagi: “Mudah-mudahan Allah melihat kepada ahli Perang Badar dan berfirman “ buatlah apa yang kamu suka sesungguhnya telah pasti untuk kamu syurga atau Aku telah ampuni kamu semua”. Maka menangislah ‘Umar seraya berkata Allah dan RasulNya lebih mengetahui . (Riwayat al-Bukhari)
Lihat bagaimana baginda meraikan keadaan terdesak yang dihadapi oleh Hatib. Baginda tidak terus menghukumnya sebelum mengetahui keadaannya. Demikian juga kita lihat sikap baginda dalam kes-kes yang lain. Maka kita dalam banyak hal dituntut agar cuba memahami keadaan orang yang kita dakwah. Kita mesti membezakan antara kaedah dan hukuman. – Al-Qayyim (Sumber)

Jumaat, Oktober 22, 2010
Pandangan Islam tentang berjuang untuk Bangsa.
1. Tiada siapa yang mampu menentukan bangsanya sebelum dia lahir samada untuk dia menjadi arab, atau melayu, atau inggeris atau india atau selain itu. Ia adalah ketentuan Allah, bukan atas usaha atau kejayaan seseorang. Maka hakikat ini mestilah difahami supaya kita tidak menyalahkan atau menghina seseorang atas sebab bangsa atau keturunannya kerana itu bukan pilihan atau kesalahannya. Sebaliknya kita menilai seseorang berdasarkan perbuatan dan akhlaknya. Inilah sikap yang adil. Dosa keturunan tidak ditanggung oleh anak cucu. Dosa seseorang tidak boleh dibebankan atas orang lain yang sebangsa dengannya yang tidak terlibat dengan kesalahan itu. Allah menjelaskan prinsip ini dalam al-Quran: (maksudnya)
"dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain. dan tiadalah Kami (Allah) mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah). (Surah al-Isra, ayat 15).
"Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas 'ajam (yang bukan arab), atau 'ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan" (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).
Jika hal ini tidak diteliti, perkauman atau racism akan berlaku. Akan ada pihak yang teraniaya hanya kerana keturunannya walaupun mungkin dia tidak bersalah. Diskriminasi seperti ini pernah berlaku di Amerika, sehingga Martin Luther King dalam pidatonya yang terkenal 'I have a dream' menyebut: "I have a dream that my four little children one day live in a nation where they will not be judged by the colour of their skin but by the content of their character".
3. Tujuan Allah menciptakan berpuak dan berbangsa agar saling kenal mengenali antara satu sama lain. Firman Allah: (maksudnya) (maksudnya):
Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. (Surah al-Hujurat: 13).
Lihat dalam ayat ini, Allah memanggil "Wahai manusia!". Panggilan yang sangat adil merangkumi setiap bangsa dan puak. Bukan panggil perkauman atau fanatik keturunan. Kata Sayyid Qutb dalam menafisrkan ayat ini:
"Penciptaan manusia berbagai bangsa dan suku puak bukan untuk berperang dan bergaduh, tetapi untuk berkenalan dan bermuwafakat. Perbezaan bahasa, warna kulit, tabiat, perangai, kelebihan dan kemampuan adalah kepelbagaian yang bukan bertujuan untuk perbalahan dan perkelahian. Sebaliknya, untuk bantu membantu dalam menunai tanggungjawab dan keperluan. Tiada bagi warna kulit, jenis bangsa, bahasa, negara segalanya itu nilai dalam timbangan Allah. Sebaliknya, di sana hanya satu timbangan yang menentukan nilai dan kelebihan manusia, iaitu "Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu". (Fi Zilal al-Quran 6/3348. Cairo: Dar al-Syuruq).
"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah (Islam), dan janganlah kamu berpecah-belah; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu dahulunya bermusuh-musuhan, lalu Allah menyatukan di antara jantung hati kamu, maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu bersaudara (persaudaraan Islam). Dan kamu dahulunya berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu darinya (disebabkan nikmat Islam). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya. (Surah Ali 'Imran ayat 103).
"Maka (sebagai tanda syukur) berikanlah kepada kaum kerabatmu, miskin dan orang musafir akan haknya masing-masing; pemberian yang demikian adalah baik bagi orang-orang yang bertujuan memperoleh keredhaan Allah dan mereka itulah orang-orang yang berjaya. (Surah al-Rum, ayat 37)
"Sesungguhnya kaum al-`Asy`ariyin apabila habis bekalan mereka dalam peperangan, atau kurang makanan keluarga mereka di Madinah, mereka himpunkan apa yang ada pada mereka dalam satu kain. Kemudian mereka membahagikan dalam satu bekas dengan sama rata. Sesungguhnya mereka daripadaku dan aku daripada mereka. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Ertinya, walaupun Islam menentang 'asabiyyah namun Islam tidak menentang usaha membantu dan memartabatkan kaum sendiri, jika ada keperluan ke arah itu dan tidak membawa kepada pemusuhan antara puak dan kaum.
7. Adapun asabiyyah sebenarnya adalah sikap berpuak yang membawa kepada membelakangkan kebenaran dan kezaliman kepada kepada pihak lain. Sikap fanati puak itu mungkin menjelma dalam bentuk bangsa, ataupun parti politik, atau mazhab, atau kumpulan atau apa sahaja yang fanatik dan menolak kebenaran orang lain. Sabda Nabi s.a.w:
"Sesiapa yang berperang di bawah rayah 'immiyyah (bendera kebutaan) dan menyeru kepada 'asabiyyah atau marah kerana 'asabiyyah maka kematiannya adalah jahiliyyah". (Riwayat Muslim).
Rayah 'immiyyah (bendera kebutaan) adalah kiasan kepada suatu puak yang berhimpun atas suatu perkara yang tidak diketahui sama ada benar atau batil, namun membela atas dasar ketaksuban. Ertinya, jika ada ciri demikian maka itu 'asabiyyah yang dilarang; samada perjuangan parti atau perjuangan kaum. Maka, bukan sahaja perjuangan politik bangsa boleh menjadi 'asabiyyah, perjuangan atas nama Islam jika fanatik dan menolak kebenaran hanya kerana keputusan parti juga boleh dinamakan 'asabiyyah.
8. Usaha memartabatkan kaum bukan prinsip perjuangan tetapi keperluan yang dilakukan apabila keadaan mendesak seperti yang berlaku kepada kabilah al-Asy'ariyyin dalam hadis di atas. Sebab itu al-Quran bukan sahaja menyebut membantu kaum kerabat yang susah, tetapi juga membantu golongan miskin, orang musafir yang kesusahan tanpa dikaitkan dengan kaum kerabat atau bangsa.
9. Kesimpulannya; prinsip Islam mengatasi segalanya termasuk isu bangsa. Perjuangan bangsa jika bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam yang disebutkan tadi adalah diharamkan. Namun, usaha memartabatkan bangsa jika tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam seperti prinsip persaudaraan Islam, keadilan untuk semua dan tidak menghina bangsa lain, maka ia diizinkan, bahkan terpuji .(Sumber)
Labels:
Politik dan Dakwah
Selasa, Oktober 19, 2010
Mampukah Politik Pilihanraya berDemokrasi mendaulatkan Islam di Malaysia?
Di China kini, jumlah umat Islam sudah menjangkau 200 juta orang.Mempunyai 3500 masjid, 4000 Imam dan 3500 sekolah pengajian Al Quran, Hadith dan Fardhu Ain.Ada beberapa masjid di beberapa daerah di sana sentiasa penuh pada setiap solat 5 waktu.Penuh nya saperti solat Jumaat dan belum pernah berlaku di negara kita Malaysia.Umat Islam Cina juga mempunyai 9 universiti Islam.Di samping itu beribu beribu umat Islam sedang belajar Islam di luar saperti di Mesir, Saudi, Algeria dan Jordan.
Syiar Islam sangat terserlah.Perkembangan nya sangat membanggakan, menakjub dan mengkagumkan.Di sana tidak ada Parti Politik Islam yang berjuang untuk mendapat kuasa memerintah.Walaupun 20 atau 30 tahun dahulu umat Islam di sana tertindas dan ada di antara pejuang pejuang di hukum mati.Pemerintah Cina tidak pro Islam.Namun Islam tetap membangun dengan teratur dan pesat.
Siapa pejuang Islam di sana? Mereka adalah pendakwah yang berkerja keras dan ikhlas kerana Allah.Pendakwah dan pejuang Islam di sana bekerja keras,bersatu hati, dan bersatu jiwa.Tidak di selitkan dengan kepentingan diri, politik dan habuan dunia.Hasilnya berjuta juta bangsa Cina memeluk agama Islam dan ianya masih kian bertambah dan berkembang hari demi hari.
Berbeza di negara kita, pejuang pejuang Islam hanya gemar bertelagah sesama sendiri dan banyak buat bising dari bekerja.Bisingnya macam lah tong kosong.Masing masing pihak mengaku cara perjuangan mereka sahaja yang betul.Hasilnya mendukacitakan.
Apa yang berlaku di negeri Cina membuktikan kepada kita bahawa kaedah perjuangan yang utama dalam Islam ialah melalui dakwah.Saluran politik adalah sebahagian dari pecahan perjuangan melalui dakwah (tetapi bukan cara politik taghut ideologi barat tu....saperti yang di amal oleh pejuang pejuang Islam di negara kita, tetapi yang di maksudkan ialah politik Islam - Politik Dakwah).
Dalam perjuangan melalui dakwah, kerja apa sahaja dan sesiapa sahaja di kira berjuang sekira apa yang dia kerjakan ialah kerana Allah Taala.Seorang doktor kalau dia berusaha dan berkerja dengan niat mahu menjaga kesihatan umat am nya dan umat Islam khas nya maka dia dikira berjuang untuk Allah.Bahkan seorang nelayan yang menangkap ikan di laut dan petani yang menanam padi untuk beri makan kepada umat adalah pejuang Islam.Buruh, pelajar,guru, pensyarah,jurutera,saintis,ahli ekonomi,para hafiz , ustaz, ustazah,ahli politik,pemimpin, pengikut, semua adalah pejuang.(Dengan syarat niat dan perjalanan kerja tidak tersasar dari kehendak Islam).Bahkan kata Nabi melawan hawa nafsu di dalam diri sendiri adalah perjuangan.Inilah sebenarnya rahsia kejayaan umat Islam di Cina.
Terbukti saperti yang saya ceritakan di atas.Islam berkembang tanpa memperolehi kuasa pemerintahan pun di Cina.Dan akan terus berkembang, dan pengembangan nya boleh jadi saperti bah yang tidak mungkin dapat di bendung oleh kuasa sesiapa.Tidak mustahil satu hari nanti Islam dengan sendirinya dapat menguasai negeri Cina melalui kerja dakwah yang tegas (bukan keras) dan berdiplomasi.Cara mereka berdakwah di Cina tidak menyakitkan hati pemerintah yang ada sekarang.
Dalam Islam kerja utama adalah perjuangan menegakkan kebenaran dulu, di ikuti dengan perjuangan untuk mendapat kuasa selepas itu.Kalau mereka (pejuang) tunggu dapat kuasa baru nak tegakkan kebenaran.Agaknya kalau 1000 tahun masih tidak dapat kuasa maka selagi itu lah mereka tangguh untuk menegakkan kebenaran.
Lagi pun belum tentu apabila dah dapat kuasa boleh berjaya menegakkan kebenaran.Tetapi menegakkan kebenaran boleh berjaya tanpa dapat kuasa.Ingat, Allah ukur dan terima kejayaan perjuangan berdasarkan kemampuan dan keadaan masing masing.Walaupun perjuangan seseorang itu hanya mampu menegakkan satu hukum Allah.
Wallahu 'alam.
Labels:
Politik dan Dakwah
Jumaat, Oktober 15, 2010
TERMENUNG: PELAJAR SEKOLAH AGAMA MINUM MINUMAN KERAS DI SEKOLAH
DI SEBALIK kisah sembilan pelajar sekolah menengah agama di Matang, Kuching ditahan reman tiga hari kerana terbabit mencederakan rakan mereka dalam satu kes buli Ahad lalu, terbuka cerita kononnya mereka yang ditahan turut pernah terbabit meminum minuman keras!
Mangsa buli yang berusia 16 tahun dikatakan pernah mengadu mengenai tingkah laku buruk kumpulan pelajar itu yang dikatakan sering meminum minuman keras kepada salah seorang guru, tetapi tidak dapat dipastikan sejauh mana tindakan yang telah diambil.
Lebih mengaibkan aduan juga dibuat memaklumkan perbuatan meminum minuman keras itu dilakukan di dalanm kawasan sekolah - sebuah sekolah agama yang sepatutnya amat mementingkan nilai-nilai akhlak dan disiplin di kalangan pelajarnya.
Kini kumpulan 9 pelajar itu ditahan reman, selepas mereka didakwa memukul dan menendang mangsa yang juga rakan seasrama dalam kejadian yang dikatakan berpunca daripada sikap membalas dendam. Kumpulan pembuli dipercayai marah, selepas keengananan mereka melaksanakan tugas membersihkan kawasan asrama dilaporkan mangsa kepada guru sekolah.
Berikutan itu, mangsa dibelasah beramai-ramai sehingga cedera di kepala dan di bahagian belakang badan. Ketua Polis Daerah Kucing, ACP Mun Kok Keong, mengesahkan penahanan pelajar terbabit.
Semua pelajar ini direman tiga hari kerana kes buli. Kecil-kecil lagi dah nak tunjuk samseng. Macam mana kita nak maju wahai anak bangsaku?
Menurutnya, mangsa yang cedera dalam kejadian buli itu dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan rawatan dan laporan perubatan. (Sumber)

Selasa, Oktober 12, 2010
Dua peringatan untuk Manusia
Allah membekalkan kepada semua bangsa manusia dengan fitrah atau naluri semula jadi atau gharizah.Inilah apa yang di maksudkan Allah melalui firman nya yang bermaksud:
" Tetaplah atas fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu.Tidak ada perubahan pada fitrah Allah.(Itulah) agama yang lurus tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." (Ar Rum:30)
Antara Fitrah atau Naluri yang Allah bekalkan kepada manusia ialah:
Berdasarkan fitrah semula jadi ini sepatutnya manusia mengambil ingatan bahawa apa yang dia suka, sepatutnya itu juga yang di beri kesukaan kepada orang lain.Apa yang dia tidak suka , itu juga yang sepatutnya dia tidak lakukan kepada orang lain.
Tetapi perkara ini tidak berlaku ke atas kebanyakkan manusia.Yang banyak berlaku ialah dia suka orang melakukan kebaikan kepadanya tetapi dia tidak suka melakukan kebaikan kepada orang lain.Dia tidak suka perkara tidak baik berlaku kepadanya tetapi suka kalau perkara tidak baik itu berlaku kepada orang lain.
Maka itu lah di antara penyebab manusia sering berselisih, berbalah, bermusuhan dan berperangan.Akibatnya tiada siapa yang berolih kesusahan melainkan manusia itu sendiri.
Justeru itu mengapa manusia tidak mahu ambil peringatan? Pada hal manusia sudah di beri 2 peringatan.Ia itu pertama peringatan semula jadi -FITRAH atau NALURI.Yang ke-2 peringatan dari pengajaran agama iaitu ISLAM.

- Manusia suka di kasihi atau di cintai
- Suka di beri pertolongan
- Suka di beri simpati
- Suka di ziarahi
- Suka di beri Ilmu
- Suka di beritahu
- Suka di jamu
- Suka di beri hadiah
- Suka di beri maaf
- Suka tidak di ganggu dan lain lain lagi
- Tidak suka di benci
- Tidak suka di caci
- Tidak suka di aibkan
- Tidka suka di ganggu
- Tidak suka di marahi
- Tidak suka diberi malu
- Tidak suka diberi susah
- Tidak suka tidak di pedulikan
- Tidak suka tidak di tolong
- Tidak suka orang sombong kepadanya
- Tidak suka hartanya di curi atau dirampas
- Tidak suka di zalimi dan lain lain nya.
Berdasarkan fitrah semula jadi ini sepatutnya manusia mengambil ingatan bahawa apa yang dia suka, sepatutnya itu juga yang di beri kesukaan kepada orang lain.Apa yang dia tidak suka , itu juga yang sepatutnya dia tidak lakukan kepada orang lain.
Tetapi perkara ini tidak berlaku ke atas kebanyakkan manusia.Yang banyak berlaku ialah dia suka orang melakukan kebaikan kepadanya tetapi dia tidak suka melakukan kebaikan kepada orang lain.Dia tidak suka perkara tidak baik berlaku kepadanya tetapi suka kalau perkara tidak baik itu berlaku kepada orang lain.
Maka itu lah di antara penyebab manusia sering berselisih, berbalah, bermusuhan dan berperangan.Akibatnya tiada siapa yang berolih kesusahan melainkan manusia itu sendiri.
Justeru itu mengapa manusia tidak mahu ambil peringatan? Pada hal manusia sudah di beri 2 peringatan.Ia itu pertama peringatan semula jadi -FITRAH atau NALURI.Yang ke-2 peringatan dari pengajaran agama iaitu ISLAM.
Labels:
Tazkirah
Selasa, Oktober 05, 2010
Golongan yang berjuang secara jahil
Apabila kita sebut perjuangan dalam Islam ertinya ada wadah iaitu sebuah jemaah yang ada pemimpin yang di taati, ada pengikut yang setia, ada dasar perjuangan yang berlandaskan Al Quran dan As Sunnah yang di mana ianya di tegakkkan terlebih dahulu dalam jemaahnya sebagai model.
Erti kata, Islam tidak boleh di juangkan secara individu tanpa ada jemaah, pemimpin dan pengikut serta tidak boleh berjuang tanpa buat kerja atau aktiviti.Islam itu adalah politik cara hidup dalam semua bidang bernegara,berekonomi,bermasyarakat,berpendidikan,berkebudayaan, berundang undang, dan sebagainya.
Orang yang memperjuangkan Islam sentiasa sibuk.Mereka yang berjuang melalui Dakwah terlalu sibuk dengan dakwahnya, mereka yang berjuang melalui politik pun begitu juga.Saintis Islam pun berjuang dalam bidangnya dan memang mereka pun terlalu sibuk.Nelayan,guru, buruh,doktor, jurutera,suri rumah dan yang lain lain nya semua di kira berjuang jika perjalanannya betul kerana Allah.
Adalah satu kesilapan besar jika kita anggap perjuangan Islam hanya ada satu saluran iaitu melalui politik pilihanraya sahaja.
Pejuang Islam bolih kita kategori kepada beberapa golongan saperti berikut:
1. Golongan yang hidup matinya kerana Islam.Mereka faham dengan sebenarnya apa yang di perjuangkan.Bersungguh mengamalkannya didalam diri dan keluarga mereka.Memberi seluruh jiwa raga, masa dan harta untuk Allah dan Rasul.Mereka bersedia menghadapi sebarng risiko, bahkan mati di dalam perjuangan itu memang di harap harapkan.Syahid adalah cita cita mereka.Golongan ini amat sedikit bilangannya di zaman ini.Darjat mereka amat tinggi di sisi Allah.
2. Golongan ini lebih kurang sama saperti golongan pertama tadi.Cuma mereka lemah mujahadah melawan nafsu.Di dalam kegigihan berjuang maksiat buat juga.Sedangkan Allah berjanji kemenangan dalam perjuangkan hanya di berikan kepada mereka yang paling taqwa.Sebab itu ada pejuang pejuang yang sudah berpuluh puluh tahun berjuang tetapi Allah masih belum beri dia kemenangan.Golongan ini terserahlah kepada Allah.Dia mengampunkan sesiapa yang dia kehendaki.
3. Golongan ke 3 ini adalah golongan yang berjuang secara jahil.Mereka berjuang semata mata kerana fanatik dan semangat semangat.Ilmu tentang hukum Islam pun tidak ada.Ada juga Fardhu Ain pun tak lepas.Di dalam perjuangan mereka mengganas, merosak dan menzalimi manusia.Mengumpat, mengata, mengutuk,memfitnah, dan mengaibkan manusia adalah mainan mereka.Mereka ini walaupun gigih berjuang namun Allah tidak akan terima perjuangkan mereka.
4. Ini adalah golongan yang berjuang bukan kerana Allah dan Rasul atau bukan kerana hendak menegakkan Islam.Mereka berjuang kerana hendak merebut pangkat atau sakit hati dengan lawan atau musuh musuhnya.Berjuang kerana megah terhadap bangsanya (nasionalisma), negara atau kerana ideologi anutan mereka.Islam itu hanya di selit selit di mana ada kepentingan untuknya.Golongan ini memang tertolak.Mereka ini zalim,fasik atau bolih jatuh kafir.
5. Ini golongan yang ingin berjuang tapi masih belum mula kerana wadah wadah perjuangan yang wujud di negara nya atau harakah perjuangan yang ada tidak menyakinkan.Kerana mereka tahu diri mereka tidak kemampuan dan kelayakkan mereka beribadah dan membaiki diri sambil menunnggu perjuangan yang sebenar.Mereka lebih banyak menyendiri.Golongan ini memang elok menyendiri.
6. Golongan yang menghabiskan masa hanya beribadah dan membaiki diri sedangkan kemampuan untuk berjuang ada.Walaupun ada harakah perjuangan kebenaran di hadapan matanya namun mereka tidak mahu melibatkan diri untuk berjuang bersama.Mereka tidak mahu bersusah payah atau menanggung risiko.Golongan ini amat di murkai Allah.
7. Golongan ini tidak memperdulikan lansung tentang Islam.Mereka ini Islam keturunan.Ibadah untuk dirinya sahaja, tidak mahu berjuang,malah mereka tidak mahu fikir mengenainya dan hanya mahu hidup semata mata.Kerja, makan,minum,hiburan dan seks.Golongan ini di sangsi ke Islaman nya.

Langgan:
Catatan (Atom)