Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Jumaat, Januari 31, 2014

Apakah hukum melakukan euthanasia pada haiwan yang berada dalam keadaan sakit (contohnya akibat kemalangan) dan tiada harapan sembuh?

Fatwa Malaysia

PENJELASAN:

Islam adalah agama yang penuh dengan kerahmatan. Ia bukan sahaja membawa rahmat kepada manusia dan jin, malahan kerahmatannya turut melibatkan makhluk tidak berakal seperti haiwan. Justeru Islam tidak mengharuskan membunuh haiwan tanpa sebab. Di dalam hadis Abdullah bin Amru, katanya: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَا مِنْ إِنْسَانٍ قَتَلَ عُصْفُورًا فَمَا فَوْقَهَا بِغَيْرِ حَقِّهَا، إِلَّا سَأَلَهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَنْهَا ، قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَمَا حَقُّهَا؟ قَالَ: يَذْبَحُهَا فَيَأْكُلُهَا، وَلَا يَقْطَعُ رَأْسَهَا يَرْمِي بِهَا Maksudnya: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, “Tidaklah seseorang manusia membunuh seekor burung atau yang lebih daripada itu tanpa hak, kecuali Allah akan menyoalnya berkenaan burung itu”. Lalu baginda disoal, “Apakah haknya wahai Rasulullah?”. Sabda baginda, “Hendaklah dia menyembelihnya lalu memakannya, dan jangan memotong kepalanya lalu dibuangnya”. (Hadis riwayat Ahmad, 11/110, no: 6551; Al-Nasa’ie, 7/206, no: 4349. Dinilai sahih oleh Al-Hakim dalam Al-Mustadrak, 4/261, no: 7574; dan dipersetujui oleh Al-Zahabi).

Berdasarkan prinsip ini, sebahagian ulama termasuk ulama dari mazhab Syafie berpandangan bahawa tidak harus melakukan pembunuhan terhadap haiwan yang sakit demi untuk melepaskannya daripada kesakitan. Kecuali haiwan yang sakit adalah haiwan yang halal dimakan, maka ia boleh diselesaikan dengan cara penyembelihan untuk dimakan dagingnya. Al-Haitami mengatakan, “Dan haram menyembelih haiwan yang tidak boleh dimakan, sekalipun untuk tujuan merehatkannya (daripada kesakitan), seperti himar yang sakit berkekalan”. (Tuhfah al-Minhaj, 9/322).

Pendapat yang sama diutarakan dalam mazhab Hanbali, seperti yang dinyatakan oleh Al-Buhuti, “Dan tidak harus juga menyembelihnya untuk tujuan lain seperti untuk merehatkanya (daripada kesakitan)”. (Kasyaf al-Qina’, 1/55).

Daripada nukilan pendapat di atas, didapati bahawa hukum melakukan euthanasia terhadap haiwan yang sakit adalah tidak dibenarkan. Ini kerana ia tetap dikategorikan sebagai pembunuhan haiwan, dan ia tetap dianggap satu bentuk penyeksaan terhadapnya.

Justeru selagi haiwan tersebut boleh dijaga dan dirawat, ia hendaklah dibiarkan hidup dan tidak dibunuh. Walau bagaimanapun, pertimbangan antara kemudaratan boleh dijadikan panduan di dalam isu ini. Ini kerana bagi sesetengah kes, membiarkan haiwan yang sakit kritikal tanpa dibunuh adalah lebih menyeksakan haiwan tersebut berbanding dengan melakukan euthanasia terhadapnya. Apatah lagi jika ia memerlukan kos penjagaan yang tinggi malahan berlipat kali ganda daripada harga haiwan tersebut. Dalam kes seumpama ini, pandangan yang mengharuskan euthanasia terhadap haiwan boleh dipakai dengan pertimbangan bahawa kemudaratan membiarkannya hidup lebih besar daripada kemudaratan melakukan euthanasia.

Ini kerana, sekalipun euthanasia adalah satu bentuk pembunuhan atau penyeksaan terhadap haiwan, tetapi ia adalah penyeksaan yang lebih ringan berbanding dengan keseksaan haiwan tersebut jika tidak dibunuh. Maka dalam kes ini, boleh diaplikasikan kaedah feqah, “Menjalankan perkara yang lebih ringan kemudaratannya antara dua kemudaratan”. (Mawahib al-Jalil, 3/236).

Wallahu A’lam.

Selasa, Januari 21, 2014

Adakah seseorang itu dibenarkan memberi zakat kepada ahli keluarga yang miskin

Zakat




Fatwa Malaysia

ISU:

Adakah seseorang itu dibenarkan memberi zakat kepada ahli keluarga yang miskin dan menanggung hutang dengan ahli keluarga sendiri untuk menampung kehidupan seharian.

PENJELASAN:

Seseorang yang berada dalam kategori miskin termasuk dalam asnaf yang layak menerima zakat. Sekiranya beliau dalam keadaan menanggung hutang untuk keperluan hidup seharian, maka beliau berada dalam golongan gharimin (orang yang berhutang). Beliau layak menerima zakat daripada kedua-dua kategori.

Ahli keluarga yang berkemampuan sangat digalakkan untuk memberikan zakat kepada keluarga sendiri yang miskin dan menanggung hutang berdasarkan sabda Nabi Muhammad saw, "Pemberian zakat kepada orang miskin mendapat pahala kewajipan zakat, namun memberikan zakat kepada ahli keluarga yang miskin mendapat dua pahala iaitu kewajipan zakat dan menyambung tali sillaturrahim." Hadis direkodkan oleh Imam Ahmad, al-Tirmizi, dan Ibnu Majah. Syeikh al-Albani mengatakan, hadis ini sahih (al-Qaradawi, Fiqh al-Zakat, jil. 2, hlm. 734).

Melupuskan hutang daripada orang yang berhutang dengan niat memberikan zakat kepadanya adalah dibenarkan menurut hukum Syarak. Tidak disyaratkan orang yang memberi hutang menyerahkan sejumlah wang sebagai zakat kepada orang yang berhutang , dan kemudian wang itu dibayar semula kepada pemberi hutang. Ini merupakan pendapat sebahagian ulama bermazhab Syafi'i dan ia juga merupakan pendapat Imam al-Hasan al-Basri dan 'Ata' (al-Nawawi, al-Majmu', jil. 6, hlm. 210-211).

Abu Sa'id al-Khudri melaporkan, "Pada zaman Rasulullah saw, seorang peniaga kerugian hasil perniagaan buah-buahan, lalu bertambah-tambah hutangnya. Rasulullah saw bersabda, 'Berikan zakat saudara sekalian kepadanya.' Lalu orang ramai pun menyerahkan harta zakat mereka kepada orang berhutang itu. Namun, harta zakat tersebut masih belum mencukupi untuk membayar semua hutang itu, lalu Nabi Muhammad saw bersabda kepada orang yang memberi hutang, 'Ambillah semua harta zakat tersebut. Hanya itu sahaja untuk menyelesaikan hutang-hutang kamu itu.'" Hadis sahih direkodkan oleh Imam Muslim (al-Nawawi, Syarah sahih Muslim, jil. 10, hlm. 218)

Contohnya dalam kes di mana seseorang itu memberi hutang kepada saudaranya(seperti abang/kakak atau adik ipar) dan saudaranya tersebut tidak mampu untuk membayar hutang disebabkan gagal dalam perniagaan atau sebagainya dan jatuh miskin, maka beliau boleh memberi zakat kepada orang yang berhutang tersebut dengan kaedah/ungkapan berikut : "disebabkan aku hendak membayar zakat kepada engkau (nyatakan jumlah hutang tersebut), maka hutang engkau kepada aku yang lepas itu tidak perlu dibayar."

Dalam kes seperti ini kaedah 'kontra' adalah sudah memadai. Iaitu pemberi hutang sudah menyempurnakan kewajipan membayar zakat, dan ahli keluarga yang menanggung hutang sudah menyempurnakan kewajipan membayar hutang.

Perbuatan seperti ini adalah termasuk dalam perkara yang dituntut oleh Allah SWT sebagaimana firmanNya dalam surah al-Baqarah ayat 280 yang bermaksud: "Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga dia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak)."

Wallahu a'lam.

Ahad, Januari 19, 2014

Hukum berkaitan Aqiqah

Fatwa Malaysia

ISU:

Mohon penjelasan hukum berkaitan aqiqah.

PENJELASAN:

Berikut dinukilkan penjelasan tentang persoalan aqiqah berpandukan kitab Matla' al-badrayn karangan Syeikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fatani:

1) Hukum melakukan aqiqah adalah sunat muakkad. Tuntutan sunat ini ditujukan kepada orang yang wajib memberi nafkah kepada anak cucunya dengan hartanya, bukan harta kanak-kanak tersebut.

2) Bermula tuntutan aqiqah sebaik-baik sahaja anak-anak itu sempurna dilahirkan. Yang afdal dilakukan pada hari ke tujuh dari tarikh hari kelahirannya.

3) Bilangan binatang:

a) Bagi kanak-kanak lelaki dan khunsa adalah afdal dengan dua kibash (kambing) atau dua pertujuh daripada binatang yang harus dijadikan tujuh bahagian seperti unta (lembu, kerbau).

Walaupun begitu, jika hanya berkemampuan dilakukan dengan seekor kibash atau satu pertujuh daripada binatang yang harus dijadikan tujuh bahagian, berhasillah juga tuntutan sunat aqiqah ini.

b) Bagi perempuan memadailah dengan seekor kibash atau satu pertujuh daripada binatang yang harus dijadikan kepada tujuh bahagian.

Wallahu a'lam.

Ancaman terhadap orang yang mujaharah (berterang terang) melakukan maksiat.

Fatwa Malaysia

Terdapat sebuah hadis yang menyebutkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Semua umatku akan diampunkan dosanya kecuali orang yang bermujaharah (terang-terangan dalam berbuat dosa) dan yang termasuk mujaharah adalah seorang yang melakukan perbuatan dosa pada malam hari, kemudian hingga pagi hari Allah telah menutupi dosa tersebut, kemudian dia berkata: "Wahai fulan semalam saya berbuat ini dan berbuat itu." Padahal Allah telah menutupi dosa tersebut semalaman, tapi pada pagi hari dia telah membuka sendiri akan dosa tersebut." (H.R. Bukhari dan Muslim). Mohon dapat diberikan pencerahan mengenai hadis ini dan adakah perbuatan merokok boleh tergolong dalam hadis ini.

PENJELASAN:

Hadis tersebut mengandungi ancaman terhadap orang yang mujaharah (berterang-terangan) melakukan maksiat. Perbuatan berterang-terangan dalam melakukan dosa meliputi orang yang melakukan maksiat secara terang-terangan di khalayak, ataupun orang yang melakukan dosa secara tersembunyi kemudian sengaja menyebarkan maksiatnya di khalayak.

Ancaman tersebut adalah kerana perbuatan menzahirkan dosa merupakan satu maksiat. Jadi orang yang melakukan dosa secara terang-terangan di hadapan khalayak sekurang-kurangnya telah melakukan dua dosa, iaitu (i) dosa perbuatan maksiat; (ii) dosa menzahirkan maksiat. Ibn ‘Abidin mengatakan, "Menzahirkan suatu maksiat adalah maksiat". (Rad dal-Muhtar, 2/77).

Orang yang melakukan maksiat secara terang-terangan serta sengaja untuk mendedahkan dan menzahirkan maksiatnya di hadapan khalayak adalah lebih dahsyat hukumnya daripada orang yang melakukan maksiat secara tersembunyi dan tidak diketahui orang lain kerana ia boleh mengundang kemurkaan Allah. Ibn Hajar mengatakan, "Sesiapa yang secara niat mahu menzahirkan maksiat dan berterang-terangan dengan maksiat tersebut, dia telah mengundang kemurkaan Tuhannya". (Fathul Bari, 10/488).

Oleh sebab merokok adalah perbuatan yang telah difatwakan pengharamannya oleh banyak badan-badan fiqh dan fatwa di semua peringkat sama ada di Malaysia atau di peringkat antarabangsa kerana telah jelas perbuatan tersebut mengandungi kemudaratan, maka perbuatan merokok adalah satu dosa dan maksiat.

Justeru perokok (atau sesiapa yang melakukan perbuatan haram) yang mengetahui hukumnya haram, kemudian sengaja menzahirkan perbuatannya di hadapan khalayak boleh termasuk di dalam mereka yang melakukan mujaharah (berterang-terangan) dalam melakukan maksiat, lebih-lebih lagi jika perbuatan tersebut dilakukan secara terang-terangan dan berbangga-bangga serta bermegah-megah dengan perbuatan yang dilakukan.

Wallahu A'lam.

Khamis, Januari 16, 2014

Apa Sebab Islam Dihina

 

Sejak akhir-akhir ini kita sering didengari dan didendangkan pelbagai isu terutamanya penghinaan musuh Islam terhadap umat Islam. Majoriti umat Islam marah dan keluar beramai-ramai dengan hasrat membantah penghinaan yang dibuat oleh musuh Islam terhadap Islam. Ada juga segelintir kecil yang mengambil kesempatan untuk mempopularkan diri kononnya menyokong kebangkitan umat Islam menentang penghinaan tersebut, tetapi malang semua pekerjaan, masa, tenaga, duit dan apa sahaja tidak ada nilai di sisi Allah malah itu semua ibarat sampah yang dicampak di dalam tong sampah.

Adakah kita fikir sebelum ini kenapa berlaku ini semua?jawapan saya tidak lain tidak bukan kerana umat Islam sangat lemah dari segi penghayatan dan pegangan Islam yang sebenar. Perkara ini tidak pernah berlaku semasa zaman kegemilangan Islam dahulu, kerana Islam sangat kuat dari segala aspek. Bila berlaku sahaja penghinaan atau peperangan, maka khalifah pada waktu itu terus mengirim ribuan pasukan tentera untuk memerangi ancaman tersebut. Setiap kali perancangan jahat dibuat oleh musuh Islam, mereka akan mempertimbangkan dahulu resiko dan musibah yang akan dilalui oleh mereka.

Zaman sekarang tidak, mereka bersuka ria membuat penghinaan itu dan ini, kerana mereka kurang mendapat tentangan dan banyak lagi negara-negara umat Islam yang berkiblatkan mereka. Mereka juga sedar, semua ini berlaku hanya seketika sahaja dan tiada industri mereka yang rugi dan bangkrap kerana dipulai oleh masyarakat Islam. Contoh yang dapat diperhatikan sekarang ialah rokok dari produk mereka masih diambil oleh umat Islam, perdagangan, urusan ekonomi dan banyak lagi.

Asas Pengangan Umat Islam

Bagi mengatasi masalah ini, kita semua perlu kembali semula kepada asas pengangan umat Islam iaitu Al-Quran dan As-Sunnah, kerana di situ terdapat segala asas pembentukkan jati diri umat Islam dan juga terdapat asas pembentukkan sebuah negara yang berdaulat serta jauh dari anasir-anasir luar yang jelas merosakkan umat Islam. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

"Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah SAW,". (Riwayat Imam Malik)

Sangat tidak betul bagi mereka yang mengatakan bahawa Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW itu tidak sesuai lagi diamalkan dan ia sesuai pada zaman dahulu sahaja. Sesiapa yang berkata dan berniat sedemikian rupa, maka cepat-cepatlah bertaubat, beristiqfar dan syahadah kembali kerana ia jelas merosakkan akidah.

Tuntut Ilmu Allah

Penuhkan dada-dada umat Islam dengan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan Iman, Islam dan Ehsan, kerana ketiga-tiga ini akan membuatkan umat Islam itu sentiasa mempunyai pedoman hidup. Setiap apa yang dilakukan olehnya akan dinilai dahulu adakah pekerjaan ini baik dan mendatangkan manfaat kepadanya. Jika baik, maka teruskan membuatnya. Jika tidak, ia akan tinggalkannya.

Setiap inovasi yang dibuat olehnya adalah bertujuan mendatangkan manfaat kepada seluruh umat manusia dan Islam. Tetaapi bukan inovasi yang direka olehnya untuk menjahanamkan manusia. Ini semua berlaku apabila ia faham tentang Islam, jikalau tidak ia akan melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Islam seperti rasuah, ponteng kerja, curi tulang, cetak rompak dan sebagainya. Contoh apabila seseorang itu memiliki ilmu agama dan akademik menjalankan tugas sebagai pegawai bank. Beliau tidak akan melakukan pecah amanah, kerana fikirannya akan ingat Allah marah, perbuatan tersebut dosa, haram dan dimasukkan ke dalam neraka Allah yang sangat pedih azabnya.

Wujudkan Rasa Persaudaraan Sesama Islam

Kembalikan rasa persaudaraan sesama Islam walaupun berlainan keturunan, bangsan dan warna kulit, selagimana ia berada di bawah akidah yang sama, maka selagi itulah ia bersaudara dengan kita walaupun berbeza Negara. Firman Allah yang bermaksud :

"Sesungguhnya mukmin itu bersaudara" (Al-Hujuraat : 10)

Pernah perlaku pada zaman Rasulullah ada seorang sahabat yang cedera di dalam peperangan, beliau meminta segelas air untuk diminum, setelah dibawakan air kepadanya untuk diminum, ada seorang sahabat yang cedera juga disebelahnya meminta air, lalu diberikan air itu kepada sahabatnya untuk diminum lalu ia  berkata awak lebih memerlukan dari saya. Sahabatnya menerima air darinya untuk diminum, kemudian ada pula disebelah sahabatnya sahabat yang lain memerlukan air untuk diminum. Sabahatnya juga melakukan perbuatan yang sama dan diserahkan air tersebut kepada sahabat yang lain itu. Kemudian sahabat tersebut tidak sempat untuk minum dan meninggal dunia, lalu air itu dibawa semula kepada sahabat-sahabat tersebut dan mereka juga telah meninggal dunia tanpa meminum air yang diminta oleh mereka.

Pengajaran dari cerita di atas ini ialah kehebatan sifat bersatu dan bersaudara yang ditunjukkan oleh sahabat Rasulullah sehingga waktu ajal tiba juga sanggup mengutamakan orang lain. Dengan sifat ini jugalah terdirinya Negara Islam yang pertama iaitu Madinah. Sifat ini jugalah tentera Islam menang di dalam medan peperangan kerana semua tentera Islam bergandingan tangan, seorang mara mesti yang lain juga ikut mara tanpa menghiraukan ajal maut dan bahaya. Sifat ini jugalah musuh Islam tidak berani meyentuh atau membuli orang-orang Islam. Kalau berlaku penindasan umat Islam, Khalifah mengirimkan satu grombolan tentera untuk memerangi mereka sehingga ke lubang cacing.

Matikan Sikap Pentingkan Diri Sendiri

Buang jauh-jauh sikap mementingkan diri sendiri, orang yang mementingkan diri sendiri ini adalah orang yang rugi dan orang yang tidak bertamadun. Orang sebegini sepatutnya kembali ke zaman batu, duduk di dalam gua-gua bersama keluarganya sahaja tanpa mengetahui apa yang berlaku di luar sana. Selalunya mereka ini bila ada kepentingan peribadi barulah mereka bersama dengan orang lain tunjuk baik dan buat itu dan ini. Tetapi malangnya apa yang mereka buat itu bukan semuanya kerana Allah malah kerana untuk mengenyangkan perut masing-masing. Sebab itulah masyarakat Islam tidak boleh maju dan tidak boleh bersatu kerana kepentingan perut lebih penting dari kepentingan pembangunan ummah. Sebenarnya inilah senjata musuh-musuh Islam untuk menjatuhkan Islam, mereka yakin selagimana umat Islam bersikap individual, maka selagi itulah Islam menjadi lemah. Kuatnya Islam adalah berjamaah kerana bersatu dalam jemaah itulah senjata kekuatan umat Islam dan ia tidak mudah untuk ditumpaskan oleh musuh-musuh Islam.

Perkara ini semua telah dibuktikan oleh Rasulullah dan para sahabat, setiap apa-apa keputusan Baginda akan bermusyawarah dahulu bersama para sahabatnya, setiap keputusan yang baik akan digunakan oleh Baginda walaupun keputusan itu bukan dari dirinya. Keputusan-keputusan yang wujud dalam rapat tersebut adalah semata-mata untuk kepentingan pembangunan ummah dan tidak ada langsung kepentingan peribadi.

Betapa hebatnya sirah-sirah Rasulullah mendidik para sahabatnya dalam semua bab terutamanya persatuan umat Islam. Ibarat kata cubit paha kanan paha kiri pun turut terasa, inilah kekuatan sebenarnya umat Islam. Pernah suatu ketika pemimpin Yahudi berikrar dengan berkata “Selagimana umat Islam tidak bersatu dibawa satu panji Al-Quran dan Sunnah, maka selagi itulah umat Islam boleh dibuli dan boleh diperangi dan mereka tidak sesekali akan memenagi peperangan tersebut”.

Kesimpulannya

Bila ada semua perkara yang saya berikan di atas ini, maka ia tidak akan berlaku penghinaan terhadap Islam, kerana mereka sedar Islam adalah satu kuasa yang besar dan ajaib. Apabila umat Islam marah, ia boleh membinasakan semua musuh-musuh Islam yang terlibat di dalam penghinaan tersebut. Selain dari itu, semua perkara ini adalah senjata dakwah fardi’ah kita kepada semua orang bukan Islam, kerana mereka melihat betapa hebatnya perpaduan umat Islam. Malah umat Islam juga dijadikan contoh umat yang terbaik kerana sukses ke semua bidang kehidupan yang meliputi aspek dunia dan akhirat. Sangat hebat sebenarnya Islam ini, ia menjadi tidak hebat apabila kita tidak faham hakikat sebenarnya. 

Sumber: Ustaz Nor Amin

Selasa, Januari 14, 2014

Kesepakatan Para Ulama Atas Kebolehan Perayaan Maulid Nabi

Maulidur Rasul

Para pengingkar Maulid Nabi hanyalah bagaikan setetes air dibandingkan luapan samudera. Karena praktek peringatan Maulid Nabi shallahu ‘alaihi wa sallam mendapat legalitas dari Syare’at dan rekomendasi dari jumhur ulama Ahlu sunnah baik mutaqaddimin atau pun mutakhkhirin, baik kalangan rajanya, penguasa adil, orang shalih maupun awamnya. Sejak dahulu hingga sekarang mereka sepakat atas kebolehannya Maulid Nabi shallahu ‘alaihi wa sallam. Dan sejak dahulu hingga sekarang para pelaku Maulid Nabi tidak pernah bekurang malah semakin bertambah jumlahnya. Berikut nama-nama ulama besar Ahlus sunnah yang melegalkan peringatan Maulid Nabi shallahu ‘alaihi wa sallam. Kaum wahabi yang membid’ah-bid’ahkan para pelaku maulid bahkan menyesat-nyesatkannya bahkan ada yang sampai memmusyik-musyrikkannya, maka sama saja mereka membid’ahkan, menyesatkan dan memusyrikkan para ulama berikut ini, naudzu billahi min dzaalik..

1. Syaikh Umar al-Mulla dari Maushul (W 570 H). Seorang syaikh yang sholih lagi zuhud, setiap tahunnya menyelenggarakan peringatan Maulid Nabi shallahu ‘alaihi wa sallam yang dihadiri para ulama, fuqaha, umara, dan shulthan Nuruddin Zanki, seorang raja yang adil dan berakidahkan Ahlus sunnah. Abu Syamah (guru imam Nawawi) berkata tentang dua tokoh besar di atas :

قال العماد: وكان بالموصل رجل صالح يعرف بعمر الملاَّ، سمى بذلك لأنه كان يملأ تنانير الجص بأجرة يتقوَّت بها، وكل ما عليه من قميص ورداء، وكسوة وكساء، قد ملكه سواه واستعاره، فلا يملك ثوبه ولا إزاره. وكن له شئ فوهبه لأحد مريديه، وهو يتجر لنفسه فيه، فإذا جاءه ضيف قراه ذلك المريد. وكان ذا معرفة بأحكام القرآن والأحاديث النبوية.كان العلماء والفقهاء، والملوك والأمراء، يزورونه في زاويته، ويتبركون بهمته، ويتيمنَّون ببركته. وله كل سنة دعوة يحتفل بها في أيام مولد رسول الله صلى الله عليه وسلم يحضره فيها صاحب الموصل، ويحضر الشعراء وينشدون مدح رسول الله صلى الله عليه وسلم في المحفل. وكان نور الدين من أخص محبيه يستشيرونه في حضوره، ويكاتبه في مصالح أموره

al-‘Ammad mengatakan , “ Di Mosol ada seorang yang shalih yang dikenal dengan sebutan Umar al-Mulla, disebut dengan al-Mulla sebab konon beliau suka memenuhi (mala-a) ongkos para pembuat dapur api sebagai biaya makan sehari-harinya, dan semua apa yang ia miliki berupa gamis, selendang, pakaian, selimut, sudah dimiliki dan dipinjam oleh orang lain, maka beliau sama sekali tidak pakaian dan sarungnya. Jika beliau memiliki sesuatu, maka beliau memberikannya kepada salah satu muridnya, dan beliau menyewa sesuatu itu untuknya, maka jika ada tamu yang datang, murid itulah yang menjamunya. Beliau seorang yang memiliki pengetahuan tentang hokum-hukum al-Quran dan hadits-hadits Nabi. Para ulama, ahli fiqih, raja dan penguasa sering menziarahi beliau di padepokannya, mengambil berkah dengan sifat kesemangatannya, mengharap keberkahan dengannya. Dan beliau setiap tahunnya mengadakan peringatan hari kelahiran (maulid) Nabi shallahu ‘alaihi wa sallam yang dihadiri juga oleh raja Mosol. Para penyair pun juga datang menyenandungkan pujian-pujian kepada Nabi shallahu ‘alaihi wa sallam di perayaan tersebut. Shulthan Nuruddin adalah salah seorang pecintanya yang merasa senang dan bahagia dengan menghadiri perayaan maulid tersebut dan selalu berkorespondesi dalam kemaslahatan setiap urusannya “.[1]

Adz-Dzahabi mengatakan :

وكان ذلك تحت إمرة الملك العادل السُّنِّيِّ نور الدين محمود زنْكِي الذي أجمع المؤرخون على ديانته وحسن سيرته، وهو الذي أباد الفاطميين بمصر واستأصلهم وقهر الدولة الرافضية بها وأظهر السنة وبني المدارس بحلب وحمص ودمشق وبعلبك وبنى المساجد والجوامع ودار الحديث

Beliau (syaikh Umar) di bawah kekuasaan raja yang adil yang sunni yaitu Nuruddin Mahmud Zanki, yang para sejarawan telah ijma’ (konsesus/sepakat) atas kebaikan agama dan kehidupannya. Beliaulah yang telah memusnahkan dinasti Fathimiyyun di Mesir sampai ke akar-akarnya, menghancurkan kekuasaan Rafidhah. Menampakkan (menzahirkan) sunnah,membangun madrasah-madrasah di Halb, Hamsh, Damasqus dan Ba’labak, juga membangun masjid-masjid Jami’ dan pesantren hadits “[2]

2. Al-Imam Abul Khaththab Ibnu Dihyah (W 633 H). Beliau telah mengarang sebuah kitab Maulid Nabi shallahu ‘alaihi wa sallam yang beliau namakan “ at-Tanwir fi Maulid al-Basyir an-Nadzir “ dan dihadiahkan kepada seorang raja adil, shalih, Ahlsus sunnah yakni al-Mudzaffar.

Al-Hafidz Ibnu Katsir mengatakan :

وكان يعمل المولد الشريف في ربيع الاول ويحتفل به احتفالا هائلا وكان مع ذلك شهما شجاعا فاتكا بطلا عاقلا عالما عادلا رحمه الله وأكرم مثواه وقد صنف الشيخ أبو الخطاب ابن دحية له مجلدا في المولد النبوي سماه التنوير في مولد البشير النذير فأجازه على ذلك بألف دينار

“ Dan raja konon mengadakan acara Maulid Nabi yang mulia di bulan Rabiul Awwal, dan merayakannya dengan perayaan yang meriah, dan beliau adalah seorang raja yang cerdas, pemberani, perkasa, berakal, alim dan adil –semoga Allah merahmatinya dan memuliakan tempat kembalinya- syaikh Abul Khaththab Ibnu Dihyah telah mengarang kitab berjilid-jilid tentang Maulid Nabi shallahu ‘alaihi wa sallam yang dinamakannya “ At-Tanwir fi Maulid al-Basyir an-Nadzir “, lalu diberikan balasan atas usaha itu oleh raja sebesar seribu dinar.”[3]

3. al-Imam Abu Syamah (W 665 H), guru al-Imam al-Hafidz an-Nawawi. Beliau mengatakan :

ومن احسن ما ابتدع في زماننا ما يفعل كل عام في اليوم الموافق لمولده صلى  الله عليه وآله وسلم من الصدقات، والمعروف، وإظهار الزينة والسرور, فإن  ذلك مشعر بمحبته صلى الله عليه وآله وسلم وتعظيمه في قلب فاعل ذلك وشكرا لله تعالى على ما من به من إيجاد رسوله الذي أرسله رحمة للعالمين

“ Di antara bid’ah hasanah yang paling baik di zaman kita sekarang ini adalah apa yang dilakukan setiap tahunnya di hari yang bertepatan dengan hari kelahiran Nabi shallahu ‘alaihi wa sallam dengan bersedekah dan berbuat baik serta menampakkan perhiasan dan kebahagiaan. Karena hal itu merupakan menysiarkan kecintaan kepada Nabi shallahu ‘alahi wa sallam dan penganggungan di hati orang yang melakukannya. Sebagai rasa syukur kepada Allah Ta’ala atas anugerah-Nya berupa mewujudkannya Rasulullah shallahu ‘alaihi wa sallam sebagai rahmat bagi seluruh alam “[4]

4. al-Hafidz Ibnul Jauzi (W 597 H). Beliau mengatakan tentang Maulid Nabi shallahu ‘alaihi wa sallam :

إنه أمان في ذلك العام، وبشرى عاجلة بنيل البغية والمرام

“ Sesungguhnya mauled (hari kelahiran) Nabi adalah sebuah keamanan di tahun itu dan kaar gembira yang segera dengan tercapainya cita-cita dan taujuan “[5]

5. al-Imam al-Allamah Shadruddin Mauhub bin Umar al-Jazri (W 665 H). Beliau mengatakan tentang hokum peringatan Maulid Nabi :

هذه بدعة لا بأس بها، ولا تكره البدع إلا إذا راغمت السنة، وأما إذا لم تراغمها فلا تكره، ويثاب الإنسان بحسب قصده

“ Ini adalah bid’ah yang tidak mengapa, dan bid’ah tidaklah makruh kecuali jika dibenci sunnah, adapun jika sunnah tidak membencinya maka tidaklah makruh dan manusia akan diberi pahala (atas bid’ah mauled tersebut) tergantung tujuan dan niatnya “.

6. Syaikh Abul Abbas bin Ahmad  al-Maghribi (W 633 H). Al-Hafidz Ibnu Hajar mengatakan tentangnya :

كان زاهدًا إمامًا مفنّنًا مُفْتِيًّا ألَّفَ كتاب المولد وجوّده

“ Beliau seorang yang zuhud, imam, menguasai semua fan ilmu, sorang mufti dan mengarang kitab maulid dan memperbagusnya [6]

7. Syaikh Abul Qasim bin Abul Abbas al-Maghribi. Az-Zarkali mengatakan tentangnya :

كان فقيها فاضلا, له نظم أكمل الدر المنظم , في مولد النبي المعظّم من تأليف أبيه أبى العباس بن أحمد

“ Beliau seorang ahli fiqih yang utama, memiliki nadzham (bait) yang bernama “ Akmal ad-Durr al-Munadzdzam fi Maulid an-Nabi al-Mu’adzdzam “ dari tulisan ayahnya Abul Abbas bin Ahmad “[7]

8. al-Hafidz Ibnu Nashiruddin ad-Dimasyqi (777-842 H). Beliau mengarang kitab Maulid dengan berjilid-jilid sebagaimana disebutkan dalam kitab Kasyfu adz-Dzunun : 319. Di antaranya :Jami’ al-Aatsar fi Maulid an-Nabi al-Mukhtar dan al-Lafdz ar-Raiq fi Maulid Khairul Khalaiq danMaurid ash-Shadi fi Maulid al-Hadi.

9. al-Imam Muhammad bin Ishaq bin Abbad (W 805 H).

وسئل الولي العارف بالطريقة والحقيقة أبو عبد الله بن عباد رحمه الله ونفع به  عما يقع في مولد النبي صلى الله عليه وسلم من وقود الشمع وغير ذلك لأجل  الفرح والسرور بمولده عليه السلام.

فأجاب: الذي يظهر أنه عيد من أعياد المسلمين، وموسمٌ من مواسمهم، وكل  ما يقتضيه الفرح والسرور بذلك المولد المبارك، من إيقاد الشمع وإمتاع  البصر، وتنزه السمع والنظر، والتزين بما حسن من الثياب، وركوب فاره  الدواب؛ أمر مباح لا ينكر قياساً على غيره من أوقات الفرح، والحكم بأن هذه الأشياء لا تسلم من بدعة في هذا الوقت الذي ظهر فيه سر الوجود، وارتفع فيه علم العهود، وتقشع بسببه ظلام الكفر والجحود، يُنْكَر على قائله، لأنه مَقْتٌ وجحود.

“ seorang wali yang arif dengan thariqah dan haqiqah Abu Abdillah bin Abbad rahimahullah ditanya mengenai apa yang terjadi pada peringatan Maulid Nabi dari menyalakan lilin dan selainnya dengan maksud berbahagia dengan hari kelahiran Nabi shallahu ‘alaihi wa sallam. Maka beliau menjawab :

“ Yang tampak adalah bahwa Maulid Nabi termasuk ‘id dari hari raya muslimin dan satu musim dai musim-musimnya. Dan semua yang mengahruskan kebahagiaan dengan malid Nabi yang berkah itu semisal menyalakan lilin, mempercanti pendengaran dan penglihatan, berhias dengan pakaian indah, dan kendaraan bagus adalah perkarah mubah yang tidak boleh diingkari karena mengkiyaskan dengan lainnya dari waktu-waktu kebahagiaan. Menghukumi bahwa semua perbuatan ini tidak selamat dari bid’ah di waktu ini, yang telah tampak rahasia wujud, terangkat ilmu ‘uhud, tercerai berai dengan sebabnya segala gelapnya kekufuran dan kedzaliman, maka itu diingkari bagi pengucapnya, karena itu adalah kebencian dan pengingkaran.[8]

10. Syaikh Islam Sirajuddin al-Balqini (724 – 805 H). AL-Maqrizi mengatakan :

فلما كانت أيام الظاهر برقوق عمل المولد النبويّ بهذا الحوض في أوّل ليلة جمعة من شهر ربيع الأول في كلّ عام فإذا كان وقت ذلك ضربت خيمة عظيمة بهذا الحوض وجلس السلطان وعن يمينه شيخ الإسلام سراج الدين عمر بن رسلان بن نصر البلقيني ويليه الشيخ المعتقد إبراهيم برهان الدين بن محمد بن بهادر بن أحمد بن رفاعة المغربيّ ويليه ولد شيخ الإسلام ومن دونه وعن يسار السلطان الشيخ أبو عبد الله محمد بن سلامة التوزريّ المغربيّ ويليه قضاة القضاة الأربعة وشيوخ العلم ويجلس الأمراء على بعد من السلطان فإذا فرغ القراء من قراءة القرآن الكريم قام المنشدون واحدًا بعد واحد وهم يزيدون على عشرين منشدًا فيدفع لكل واحد منهم صرّة فيها أربعمائة درهم فضة ومن كلّ أمير من أمراء الدولة شقة حرير فإذا انقضت صلاة المغرب مدّت أسمطة الأطعمة الفائقة فأكلت وحمل ما فيها ثم مدّت أسمطة الحلوى السكرية من الجواراشات والعقائد ونحوها فتُؤكل وتخطفها الفقهاء ثم يكون تكميل إنشاد المنشدين ووعظهم إلى نحو ثلث الليل فإذا فرغ المنشدون قام القضاة وانصرفوا وأقيم السماع بقية الليل واستمرّ ذلك مدّة أيامه ثم أيام ابنه الملك الناصر فرج

Maka ketika sudah pada hari-hari yang tampak dengan ruquq, diadakanlah perayaan Maulid Nabi di telaga ini pada setiap malam Jum’at bulan Rabiul Awwal di setiap tahunnya. Kemduian Shulthan duduk, dan di sebelah kanannya duduklah syaikh Islam Sirajuddin Umar bin Ruslan bin Nashr al-Balqini, di dekat beliau ada syaikh al-Mu’taqad Ibrahim Burhanuddin bin Muhammad bin Bahadir bin Ahmad bin Rifa’ah al-Maghrabi, di sampingnya lagi ada putra syaikh Islam dan orang-orang selainnya, dan di sebelah kirinya ada syaikh Abu Abdillah bin Muhammad bin Sallamah at-Tuzari al-Maghrabi, di sampingnya lagi ada para qadhi dari kalangan empat madzhab, dan para syaikh ilmu, juga para penguasa yang duduk sedikit jauh dari shulthan. Jika telah selesai membaca al-Quran, maka beridrilah para nasyid satu persatu membawakan sebuah nasyidah, mereka lebih dari 20 orang nasyid, masing-masing diberikan sekantong uang yang di dalamnya berisi 4000 ribu dirham perak. Dan bagi setiap amir daulah diberikan kaen sutra. Dan jika telah selesai sholat maghrib, maka dihidangkanlah hidangan makanan yang mewah yang dimakan oleh semuanya dan dibawa pulang. Kemduian dibeberkan juga hidangan manisan yang juga dimakan semuanya dan para ulama ahli fiqih. Kemduian disempurnakan dengan nasyid pada munsyid dan nasehat mereka sampai sepertiga malam. Dan jika para munsyid selasai, maka berdirilah para qadhi dan mereka kembali pulang. Dan diperdengarkan sebuah senandung pujian di sisa malam tersebut. Hal ini terus berlangsung di masanya dan masa-masa anaknya yaitu an-Nahsir Faraj “.[9]

11. al-Hafidz al-Iraqi (725-808 H), guru al-Hafidz Ibnu Hajar. Beliau memiliki kitab Maulid berjudul “ al-Maurid al-Hani fi al-Maulid as-Sani “. Beliau mengtakan :

إن اتخاذ الوليمة وإطعام الطعام مستحب في كل وقت فكيف إذا انضم إلى ذلك الفرح والسرور بظهور نور النبي صلى الله عليه وآله وسلم في هذا الشهر الشريف ولا يلزم من كونه بدعة كونه مكروها فكم من بدعة مستحبة بل قد تكون واجبة

“ Sesungguhnya membuat resepsi dan memberikan makanan itu dianjurkan di setiap waktu, lalu bagaimana jika terkumpul dengan kebahagiaan dan kesenangan dengan tampaknya cahaya Nabi shallahu ‘alaihi wa sallam di bulan mulia ini. Status kebid’ahannya tidak mengharuskannya menjadi makruh, berpa banyak yang bid’ah itu mustahab (dianjurkan) bahkan kadang menjadi wajib “.[10]

12. Syaikh Islam, al-Hafidz, ahli hadits dunia, imam para pensyarah hadits yaitu Ibnu Hajar al-Atsqalani. Beliau mengatakan :

أصل عمل المولد بدعة لم تنقل عن السلف الصالح من القرون الثلاثة، ولكنها مع ذلك اشتملت على محاسن وضدها، فمن تحرى في عملها المحاسن وتجنب ضدها كانت بدعة حسنة

“ Asal / dasar perbuatan Maulid adalah bid’ah yang tidak dinaqal dari ulama salaf yang salih dari tiga kurun, akan tetapi demikian itu mengandung banyak kebaikan dan juga keburukannya. Barangsiapa yang menjaga dalam melakukannya semua kebaikan dan mejauhi keburukannya maka menjadi bid’ah hasanah “[11]

13. al-Imam al-Allamah, syaikh al-Qurra wal muhadditsin, Qadhil Qudhah, Syamsuddin Muhamamd Abul Khoir bin Muhammad bin al-Jazri ( W 833 H). Beliau memiliki kitab Maulid yang berjudul “ ‘Arfu at-Tarif bil Maulid asy-Syarif “.

قال ابن الجزري : فإذا كان هذا أبولهب الكافر الذي زل القرآن بذمه ، جوزي في النار بفرحه ليلة مولد النبي ( ص ) به ، فما حال المسلم الموحّد من أمته عليه السلام ، الذي يسر بمولده ، ويبذل ما تصل اليه قدرته في محبته ؟ لعمري ، إنما يكون جزاؤه من الله الكريم أن يدخله بفضله العميم جنات النعيم

“ Ibnul Jazri mengatakan, “ Jika Abu Lahab yang kafir ini yang al-Quran telah mencacinya, diringankan di dalam neraka sebab kebahagiaannya dengan kelahiran Nabi, maka bagaimana dengan keadaan Muslim yang mengesakan Allah dari umarnya ini ? yang berbagaia dengan kelahiran Nabi, mengerahkan dengan segenap kemampuannya di dalam mencintainya, sungguh balasan dari Allah adalah memasukannya ke dalam surge-Nya yang penuh kenikmatan “[12]

14. al-Imam al-Hafidz as-Sayuthi (849-911 H). Beliau pernah ditanya tentang hokum memperingati Maulid Nabi shallahu ‘alaihi wa sallam :

سئل عن عمل المولد النبوى في شهر ربيع الأول ،ما حكمه من حيث الشرع

هل هو محمود أو مذموم وهل يثاب فاعله أو لا؟

والجواب : عندي أن أصل عمل المولد الذي هو اجتماع الناس وقراءة ما تيسر من القرآن ورواية الأخبار الواردة في مبدإ أمر النبي صلى الله عليه وسلم وما وقع في مولده من الآيات ثم يمد لهم سماط يأكلونه وينصرفون من غير زيادة على ذلك

من البدع الحسنة التي عليها صاحبها لما فيه من تعظيم قدر النبي صلى الله عليه وسلم وإظهار الفرح والاستبشار بمولده الشريف

“Suatu ketika beliau ditanya tentang peringatan Maulid Nabi yang dilaksanakan pada bula Rabiul awwal. Bagaimana hukumnya dalam perspektif syara’, dan apakah termasuk kebaikan atau keburukan, serta apakah orang yang memperingatinya akan mendapatkan pahala?

Jawabannya, menurutku (as-Suyuthi)  pada dasarnya amal Maulid itu adalah berkumpulnya manusia, membaca apa yang dirasa mudah dari al-Qur’an, riwayat hadis-hadis tentang permulaan perintah Nabi serta hal-hal yang terjadi dalam kelahiran Nabi, kemudian disajikan beberapa hidangan bagi mereka selanjutnya mereka pulang setelah menikmatinya tanpa ada tambahan-tambahan lain, hal tersebut  termasuk  bid’ah yang baik (bid’ah hasanah) yang diberi pahala bagi orang yang merayakannya. Karena bertujuan untuk mengagungkan kedudukan Nabi dan menampakkan rasa suka cita atas kelahiran yang mulia Nabi Muhammad Saw”.[13]

15. Al-Imam al-Hafidz asy-Syakhawi (831-902 H). Beliau menulis sebuah kitab Maulid berjudulal-Fakhr al-Ulwi fi al-Maulid an-Nabawi. Beliau juga mengatakan :

عمل المولد الشريف لم ينقل عن أحد من السلف الصالح في القرون الثلاثة الفاضلة، وإنما حدث بعد، ثم لا زال أهل الإسلام في سائر الأقطار والمدن الكبار يحتفلون في شهر مولده صلى الله عليه وسلم بعمل الولائم البديعة، المشتملة على الأمور البهجة الرفيعة، ويتصدقون في لياليه بأنواع الصدقات، ويظهرون السرور ويزيدون في المبرات، ويعتنون بقراءة مولده الكريم، ويظهر عليهم من بركاته كل فضل عميم

“ Praktek Maulid yang mulia tidak ada nukilannya dari seorang salaf pun di kurun-kurun utama. Sesungguhnya itu terjadinya setelahnya. Kemudian terus dilangsungkan oleh umat Islam di seluruh penjuru dunia, baik desa maupun kota di dalam merayakan maulid di bulan kelahiran Nabi shallahu ‘alaihi wa sallam dengan resepsi yang megah yang terdiri dari perkara-perkara mewah. Mereka bersedekah di malam-malamnya dengan berbagai macam sedekah, menampakkan kebahagiaan dan meningkatkan kebaikan, memperhatikan dengan membaca kelahiran Nabi Mulia, dan nampaklah atas mereka keberkaharan Nabi yang menyeluruh “.[14]

16. Al-Allamah syaikh Muhamamd bin Umar al-Hadhrami ( W 930 H). Beliau mengatakan :

فحقيقٌ بيومٍ كانَ فيه وجودُ المصطفى صلى الله عليه وسلم أَنْ يُتَّخذَ عيدًا، وخَليقٌ بوقتٍ أَسفرتْ فيه غُرَّتُهُ أن يُعقَد طالِعًا سعيدًا، فاتَّقوا اللهَ عبادَ الله، واحذروا عواقبَ الذُّنوب، وتقرَّبوا إلى الله تعالى بتعظيمِ شأن هذا النَّبيِّ المحبوب، واعرِفوا حُرمتَهُ عندَ علاّم الغيوب، “ذَلِكَ وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوبِ

“ Sungguh layak satu hari dimana Nabi shallahu ‘alaihi wa sallam dilahirkan untuk dijadikan ‘id. Dan pantas munculnya waktu keberuntungan. Maka bertaqwalah kepada Allah wahai hamba Allah, berhati-hatilah dari kesudahan dosa, bertaqarrublah kepada Allah dengan pengagungan kepada Nabi yang tercinta ini. Kenalilah kehormatannya di sisi Allah yang Maha Gaib “ Demikian itu barangsiapa yang mengagungkan kehormatan Allah maka itu termasuk tanda taqwa dalam hati “.[15]

17. al-Allamah al-Hafidz Ibnu Hajar al-Haitami (W 975 H). beliau mengatakan :

والحاصل أن البدعة الحسنة متفق على ندبها وعمل المولد واجتماع الناس له كذلك أي بدعة حسنة

“ Kesimpulannya bahwa bid’ah hasanah sepakat atas kanjurannya, dan amalan Maulid serta berkumpulnya manusia untuknya demikiannya juga dinilai bid’ah hasanah “[16]

18. al-Imam asy-Syihab Ahmad al-Qasthalani (). Beliau mengatakan :

ولازال أهل الاسلام يحتفلون بشهر مولده عليه السلام ، ويعملون الولائم ، ويتصدقون في لياليه بأنواع الصدقات ، ويظهرون السرر ويزيدون في المبرّات ويعتنون بقراءة مولده الكريم ، ويظهر عليهم من بركاته كلّ فضل عميم

“ Kemudian terus dilangsungkan oleh umat Islam di seluruh penjuru dunia, baik desa maupun kota di dalam merayakan maulid di bulan kelahiran Nabi shallahu ‘alaihi wa sallam dengan resepsi yang megah yang terdiri dari perkara-perkara mewah. Mereka bersedekah di malam-malamnya dengan berbagai macam sedekah, menampakkan kebahagiaan dan meningkatkan kebaikan, memperhatikan dengan membaca kelahiran Nabi Mulia, dan nampaklah atas mereka keberkaharan Nabi yang menyeluruh “.[17]

19. al-Imam az-Zarqani. Beliau menukilkan ucapan al-Hafidz al-Iraqi :

إن اتخاذ الوليمة وإطعام الطعام مستحب في كل وقت فكيف إذا انضم إلى ذلك الفرح والسرور بظهور نور النبي صلى الله عليه وآله وسلم في هذا الشهر الشريف ولا يلزم من كونه بدعة كونه مكروها فكم من بدعة مستحبة بل قد تكون واجبة

“ Sesungguhnya membuat resepsi dan memberikan makanan itu dianjurkan di setiap waktu, lalu bagaimana jika terkumpul dengan kebahagiaan dan kesenangan dengan tampaknya cahaya Nabi shallahu ‘alaihi wa sallam di bulan mulia ini. Status kebid’ahannya tidak mengharuskannya menjadi makruh, berpa banyak yang bid’ah itu mustahab (dianjurkan) bahkan kadang menjadi wajib “.[18]

20. al-Imam al-Hafidz Wajihuddin bin Ali bin ad-Diba’ asy-Syaibani (866-944 H). Beliau memiliki kitab Maulid yang cukup tekenal yaitu Maulid ad-Diba’i

21. al-Hafidz Mulla Ali al-Qari (W 1014 H). Asy-Syaukani mengatakan tentangnya :

أحد مشاهير الأعلام ومشاهير أولي الحفظ والإفهام وقد صنف في مولد الرسول{ صلى الله عليه وآله وسلم }كتابا قال صاحب اكشف الظنون اسمه (المورد الروي في المولد النبوي

“ Salah satu ulama termasyhur, memiliki hafalan dan pemahaman kuat, beliau telah menulis sebuah karya tulis tentang Maulid Nabi shallahu ‘alaihi wa sallam yang dikatakan oleh shahi Kasyf dz-dzunun dengan sebutan “ al-Maurid ar-Rawi fi al-Maulid –an-Nabawi “[19]

22. al-Imam Ibnu Abidin al-Hanafi. Seorang ulama yang ucapannya dipegang dalam Madzhab Hanafi. Beliau mengtakan ketika menysarah kitab Maulid Ibnu Hajar :

اعلم أن من البدع المحمودة عمل المولد الشريف من الشهر الذي ولد فيه رسول الله صلى الله عليه وسلم

“ Ketahuilah, sesungguhnya termasuk bid’ah terpuji adalah praktek Maulid Nabi yang mulia di bulan kelahiran Nabi shallahu ‘alaihi wa sallam “.

23. Ibnul Qayyim al-Jauziyyah. Beliuu mengatakan :

والاستماع إلى صوت حسن في احتفالات المولد النبوي أو أية مناسبة دينية أخرى في تاريخنا لهو مما يدخل الطمأنينة إلى القلوب ويعطي السامع نوراً من النبي – صلى الله عليه وسلم – إلى قلبه ويسقيه مزيداً من العين المحمدية

“ Mendengarkan suara indah di dalam peringatan-peringatan Maulid Nabi atau ayat yang sesuai agama yang bersifat ukhrawi di dalam sejerah kami adalah termasuk menumbuhkan ketenangan dalam hati, dan akan memberikan cahaya dari Nabi shallahu ‘alaihi wa sallam kepada pendengarnya ke hatinya dan mencurahkan tambahan dari sumber Muhammadiyyahnya “[20]

24. al-Imam al-Hafidz al-Munawi. Beliau memiliki kitab Maulid berjudul “ Maulid al-Munawi “, silakan lihat kitab al-Barahin al-Jaliyyah halaman 36.

25. al-Imam Muhammad ‘Alyasy al-Maliki. Beliau memiliki kitab berjudul “ al-Qaul al-Munji fi Maulid al-Barzanji “.

26. Ibnul Hajj. Beliau mengatakan :

فكان يجب أن نزداد يوم الاثنين الثاني عشر في ربيع الأول من العبادات والخير شكرا للمولى على ما أولانا من هذه النعم العظيمة وأعظمها ميلاد المصطفى صلى الله عليه وآله وسلم

“ Maka suatu hal yang wajib bagi kita di hari senin 12 Rabul Awwal lebih meningkatkan berbagai macam ibadah dan kebaikan sebagai rasa syukur kepada Allah yang telah menganugerahi nikmat-nikmat agung ini, dan yang paling agungnya adalah kelahiran Nabi shallahu ‘alaihi wa sallam “.[21]

27. al-Imam al-Khathib asy-Syarbini. Beliau memiliki kitab Maulid berjudul “ al-Maulid ar-Rawi fi al-Maulid an-Nabawi “.

28. al-Imam Ibrahim bin Muhammad al-Bajuri. Beliau memiliki kitab maulid berjudul “ Tuhfah al-Basyar fi Maulid Ibnu Hajar

.

29. al-Hafidz asy-Syarif al-Kattani. Beliau memiliki kitab maulid berjudul “ al-Yumnu wa al-Is’ad bi Maulid Khairil Ibad “.

Dan masih banyak lagi ratusan ulama lainnya yang tidak kami sebutkan di sini misalnya, syaikh Musthofa bin Muhammad al-Afifi, syiakh Ibrahim bin Jama’ah al-Hamawi, Abu Bakar bin Muhammad al-Habasyi yang wafat tahun 930 Hijriyyah, syaikh al-Barzanji, syaikh Ibnu Udzari, syaikh al-Marakisyi, syaikh Abdushsomad bin at-Tihami, syaikh Abdul Qadir bin Muhammad, syaikh Muhammad al-Hajuji, syaikh Ahmad ash-Shanhaji, al-Imam Marzuqi, al-Imam an-Nahrawi, syaikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani, syaikh Ahmad bin Zaini Dahlan dan lainnya.

[1] Ar-Roudhatain fii Akhbar ad-Daulatain, Abu Syamah, pada fashal (bab) : Hawadits (peristiwa) tahun 566 H.

[2] Siyar A’lam an-Nubala, adz-Dzahabi : 20 / 532

[3] Al-Bidayah wa an-Nihayah, Ibnu Katsir : 13/ 136

[4] Al-Baits ‘ala inkaril bida’ wal-Hawadits : 23

[5] Al-Mawahib al-Ladunniyyah : 1/271476762_10201216862329647_2027166840_n

[6] Tabshir al-Muntabih : 1/253

[7] Al-A’lam : 5 / 223

[8] Al-Mi’yar al-Mu’rib wa al-Jami’ al-Mughrib ‘an Fatawa ahli Afriqiyyah wal Maghrib : 11/278

[9] Al Mawa’izh wal I’tibar bi Dzikril Khutoti wal Atsar : 3 / 167

[10] Syarh al-Mawahib al-Laduniyyah :

[11] Al-Hawi lil Fatawi : 229

[12] Al-Mawahib al-Ladunniyyah : 1/27

[13] Al-Hawi lil Fatawa, as-Suyuthi : 1/189

[14] Al-Maurid ar-Rawi fi al-Maulid an-Nabawi, Mulla Ali al-Qari : 12, bisa juga lihat di as-Sirah al-Halabiyyah : 1/83

[15] Hadaiq al-Anwar wa Mathali’ al-Asrar fi sirati an-Nabi al-Mukhtar : 53

[16] Al-Fatawa al-Hadtisiyyah : 202

[17] Al-Mawahib al-Ladunniyyah : 1/148

[18] Syarh al-Mawahib al-Laduniyyah :

[19] Al-Badr ath-Thali’ :

[20] Madarij as-Salikin : 498

[21] Al-Madkhal : 1/361

Isnin, Januari 13, 2014

Fahami fundamental Islam – Yang Haram tetap Haram

Haram tetap haram, maksiat tetap maksiat, tidak kiralah jika yang perkara tersebut dilakukan berdekatan dengan masjid (Putrajaya) atau tempat beribadah, atau tidak, hatta di dalam hutan sekalipun. Apakah kita beranggapan, Allah tidak suka maksiat dilakukan berdekatan masjid atau Putrajaya, tetapi Allah suka ianya dilakukan jika berjauhan dengan tempat tersebut? Seolah-olah Allah ada di masjid atau Putrajaya, dan tidak ada di tempat lain? Fahami Islam dengan betul wahai pemimpin negaraku.

Kini, heboh isu pembukaan Restoran Hard Rock Cafe di Putrajaya yang mendapat tentangan daripada pelbagai pihak kerana disifatkan tidak bersesuaian dengan imej bandar tersebut sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Isunya adalah maksiat, arak, judi, zina, pergaulan bebas lelaki perempuan, diharamkan oleh semua agama, bukan sahaja agama Islam. Persoalannya, kenapa pemimpin yang meluluskannya begitu jahil dalam soal ini? JAKIM ada di sana, kenapa tidak dirujuk?

Kenapa bertindak sesuka hati bila ada kuasa? Bila jahil, bertanyalah. Nescaya ada jawapannya. Ini tidak, memandai-mandai seolah-olah Putrajaya bapak kita yang empunya. Ingatlah, Putrajaya dibina atas duit rakyat. Rakyat yang cintakan agama mahukan ianya ditadbir mengikut lunas-lunas agama dan hidup bertuhan.

Persoalan yang ditimbulkan oleh segelintir pemimpin yang menentang adalah, restoran tersebut tidak seharusnya dibenarkan beroperasi di Putrajaya kerana lebih 95 peratus penduduknya merupakan umat Islam. Putrajaya adalah pusat pentadbiran negara bukan tempat hiburan. Bandar raya ini juga adalah bandar raya Islam contoh kerana hampir kesemua bangunannya bercirikan kesenian Islam.

Apa maksud semua ini? Adakah perkara haram dibenarkan di kawasan jauh dari Putrajaya? Apakah maksud senibina Islam?

Adakah kubah itu seni bina Islam? Begitu juga lambang bulan (sabit) dan bintang? Apakah senibina lain, termasuk senibina Melayu tidak Islamik? Nampak sangat kita jahil. Kubah atau bentuk bawang adalah senibina Moorish Indian.

Islam tidak tetapkan bentuk bagaimana masjid atau bangunan hendak dibina. Semuanya senibina adalah Islamik, jika tidak bertentangan dengan asas Islam, termasuk senibina Pagoda. Jika ada dalam minda kita, bahawa kubah itu Islamik, yang tidak kubah, tidak Islamik, maka saya syorkan pergilah mengaji lebih lagi mengenai universaliti Islam.

Cubalah fahami isu-isu fundamental Islam. Saya amat bimbang, jika pemahaman kita mengenai perkara-perkara yang bersifat Islamik itu hanya bersifat nama dan lambang. Bila buat dosa, atau teringat sudah banyak berdosa, maka pergilah buat umrah dan haji untuk mencuci dosa.

Jika itu pemikirannya, kita ini amat jahil. Rugilah jadi orang miskin atau masuk nerakalah mereka, sebab tidak boleh mengerjakan umrah dan haji berkali-kali berbanding orang kaya. Allah tidak adil meletakkan kaabah di Mekah, kerana hanya orang Arab sahaja yang berdekatan. Maka yang berjauhan, sudah tentu masuk neraka. Wahai pemimpinku, ingatlah… Islam tidak begitu sifatnya.

Perkara asas Islam adalah akidah, tauhid, akhlak dan syariat. Fahamilah perkara ini terlebih dahulu. Kita tetap akan masuk syurga, walaupun tidak pernah menjejak kaki mengerjakan umrah dan haji.

Jika kita kata senibina di Putrajaya itu Islamik, maka malang sungguh Allah menjadikan umat Islam dan manusia lain seperti di China, Jepun, Korea dan sebagainya. Maklumlah masjid di sana tidak ada senibina kubah atau berbentuk bawang.

Jika kita mengatakan bahawa Putrajaya itu kota Firdaus, bermakna, maksiat atau perkara haram tidak boleh dilakukan maka, di luar Putrajaya atau di mana-mana sekalipun, termasuk di Kuala Lumpur, tetap tidak boleh dilakukan kerana, haram tetap haram, maksiat tetap maksiat, Ia ditentang semua agama.

Jangan rosakkan imej Islam, sekejap boleh, sekejap tak boleh. Ada bandar Islam Islam, ada bandar tidak Islam. Islam itu Islamlah. Seperti kontroversi Islam Hadhari. Ada Islam Hadhari, ada yang tidak hadhari. Islam itu Islamlah. Ia mesti didaulatkan di mana sahaja kita berada.

Kalaulah saya yang menguruskan Putrajaya, sudah lama tanda-tanda nama saya jawikan. Hard Rock Café boleh beroperasi dengan syarat, ikut garis panduan bandaraya Islam, termasuk menjawikan kafe tersebut. Saya masih yakin, umat Islam apabila terpandang huruf-huruf Allah, hatinya akan gementar. Jika tidak gementar, maknanya hatinya telah mati. Eloklah cari hati lain.

Saya pelik, adakah pemimpin yang menguruskan Putrajaya sudah buta? Mendengar nama Hard Rock itu sudah mencerminkan isi kandungannya. Kenapa begitu jahil? Tidakkah Hard Rock Café, sudah dikenali sebagai sebuah restoran tempat berhibur tanpa batasan dengan minuman keras serta muzik bising yang menjadi tarikan. Adakah kita tidak nampak siapa lagi selain umat Islam yang bakal menjadi pelanggan sasarannya?

Nasihat saya terutama kepada pemimpin yang dilantik, tidak kira pemimpin atasan atau pemimpin diperingkat organisasi. Jika jahil, pergi belajar. Paling kurang, bertanyalah kepada yang pakar, terutama JAKIM yang sudah lama sedia wujud di sana.

Janganlah bertindak sendirian jika jahil. Kita bimbang kita akan menjadi semakin jahil atau menjadi jahil murakab, sejahil-jahilnya. Jika asas ini tidak dibetulkan, apa jua tindakan kita seterusnya akan terus salah dan salah…

Sumber: Ustaz Prof Dr  RIDHUAN TEE

Jika tidak mampu buat semua jangan tinggal semua

Jika takmampu buat semua


Sumber:


Renung-renungkan Dan Jangan Termenung

Pengurusan Jenazah

Urus jenazah

Ust Amir Muttaqin ( Bab Jenazah beserta kisah benar yg menarik).

1. Org yg nak mati ni antara tandanya hidung jatuh,hidung kesat dan tdk berminyak.

2. Tapak kaki menjadi flat dan tiada ruang di tgh.

3. Nafaz in dan out menjadi lambat dan tersekat2.

4. Antara rahmat Allah masa nak mati ,tanda nak mati itu, seseorg akan berubah perlakuan menjadi baik. Kbykkannya sebegitu dan amat jarang yg berubah mnjdi kjhatan.

5. Lagi tanda ialah membuatkan kita benci kpd bakal si mati itu. Ada shj yg tdk kena dan membuat kita terasa dan sehingga tahap membenci. Akhirnya pergi dlm keadaan kita membenci dan menyesal. Yg ini kena hati2 ketika jaga ibu ayah kita. Bersabarlah dgn apa sekalipun sikap mereka kerana semua itu sementara. Jgn menyesal ketika mereka pergi, dlm keadaan kita membenci mereka.

6. Manusia ini pada mulanya apa sahaja kita akan mkn. Lihat bayi,semua nak telan. Meningkat remaja sedikit,mula memilih mknn. Menjelang dewasa,dipilih pulak mknn. Yg ini boleh,yg ini tdk boleh. Akhirnya,hilang selera mkn. Antara nikmat awl yg Allah tarik ialah mkn.

7. Mereka yg nazak,akan rasa sgt kehausan. Ambil kapas dan basahkan. Sapu dibibir. Jgn tuang air kerana itu bukan membantu hilangkan kehausan,tapi bantu utk bg mati.

8. Ketika nazak,elakkan dari org luar berada bersama. Kerana kebiasaannya,org yg hampir mati,akan terkencing dan terberak. Utk elakkan fitnah,biarlah ahli keluarga shj yg ada keliling.

9. Ajarlah ucap syahadah. Sejak zaman Nabi hingga kini, org yg paling sempurna syahadah ketika hendak mati ialah Saidina Abu Bakar. Kita ni jgn mimpilah,paling terbaik pun ucap Allah. Ada ulama benarkan jika tdk boleh ucap Allah,cukup sekadar tolong gerakkan kelopak mata dan bibir seperti sedang ucap Allah.

10. Ajar ucap syahadah atau Allah hanya sekali shj. Lepas si nazak sebut,biarkan dia rehat. Jika si nazak tiba2 bercakap hal dunia balik. Ajarkan sekali lg. Kemudian rehatkan sehingga tdk berkata hal dunia lagi dan hembuskan nafas terakhir.

11.. Jenazah yg dah mati hendaklah dibaringkan membelakangkan kiblat(kepala ke kiblat), yg sedang nazak dibaringkan hadap kiblat ( kaki lunjur ke kiblat).

12. Tutupkan mata,ikat rongga seperti mulut. Letakkan pemberat di perut kerana org yg mati perutnya masuk angin dan boleh meletup dlm masa 12jam.

13.. Melayu Islam kita ni paling lemah bab jenazah dan wasiyat. Hampir RM40 billion skrg berada di tgn Amanah Raya Bhd. 50% drpnya tdk terurus kerana masalah keluarga bergolak. Seorg tdk setuju,habis tidak selesai kerana tiadanya wasiat.

14.. Ingatan kpd si mati yg penjawat awam, si waris sila buat pengesahan kematian dgn hospital kerajaan kerana senang utk urusan pencen dan sbgnya. Ada kes,si isteri suri rumah sepenuh masa. Akibat buat pengesahan dgn hosp swasta,terpaksa turun naik pejabat dan mahkamah selama hampir 4 tahun dan akhirnya baru selesai. Tapi selesai dlm keadaan rumah tergadai,kereta tergadai kerana tiada duit hendak bayar.

15.. Ada satu kisah kemalangan. Kereta A dan kereta B. Kereta pemandunya Nepal Kristian dan kereta B melayu Muslim. Kedua2nya mati dan hancur separuh badan. Kedua2 keluarga diminta hadir utk pengecaman. Keluarga melayu Islam hadir dan buat pengecaman. Setelah itu,dikebumikan dulu kerana,keluarga Nepal mmg lama baru akan dtg Msia.Mayat yg dikatakan Nepal td disimpan dahulu dlm bilik mayat. Seminggu selepas itu, smpai keluarga Nepal. Keluarga Nepal buat pengecaman dan mengatakan itu bkn anaknya. Pggil kembali keluarga melayu Islam td dan camkan balik mayat yg dianggapkan mayat Nepal td. Ibunya dtg dan cam smbil menangis dan katakan kpd saya (ustaz). Bukan kah kita sudah kebumikan? Ah sudah, ini kes salah mayat ni. Terpaksalah digali kembali td kubur td setelah dpt pengesahan mahkamah. Kubur itu terletak di KL.Lalu ketika digali,bdk2 dbkl yg terlibat menggali dgn tiba2 lari. Rupanya tanah kubur itu sgt panas. Digali lagi,tanah itu seperti tanah terbakar dan hitam. Akhirnya dibuka liang lahad,mayat hanya tggal bhgian kaki dan berada dlm keadaan tenggelam dgn air dan berbau busuk. Nasib baik keluarga Nepal tdk menjadikan itu kes besar dan setelah pengecaman melalui kaki itu,mayat itu dipindahkan.

16. Ketika jenazah yg baru mati juga,qiamkan tgn seperti solat. Ada 1 kisah psl qiam. Ada seorg imam ,umur muda dlm 30an. Dia meninggal setelah rebah pening ketika sudah khutbah Jumaat. Ketika mandikan jenazah,tgnnya yg didepakan utk kembali qiam dgn sendirinya. Kwn2 sy ada yg lari. Mana tdknya dlm keadaan mcm tu masa mandikan di bilik mayat. Inilah tandanya org yg jaga solat. Tgnnya akan qiam dgn sendirinya. Begitulah mereka yg tdk solat,tgn diikat mcm mne pun utk qiam,akan terbuka juga akhirnya. Oleh itu,utk elak fitnah,ikatlah dgn sebaik2 nya utk tgn diqiamkan. Ingtlah,amalan kita didunia ini lah yg akan menjd penentu kita di alam barzakh nanti.

17. Antara kisah lain,tuan2 mesti dah biasa terbaca kisah tdk lama dulu tentang kubur yg digali semula di Johor. Media mengatakan mayat itu agamawan,tapi sbnrnya mayat itu dermawan. Sy salah seorg panelis utk kes gali kubur itu. Ketika sy smpai sana,hampir separuh sudah digali. Mayat itu tdi,dia seorg dermawan kerana setiap hari,kanak2 yg lalu ke sekolah akan diberinya wang saku. Ketika mlm,diwajibkan mereka hadir ke rumah utk mkn mlm. Sesudah itu diajar mengaji mengikut peringkat. Mayatnya sudah hampir 26 tahun ditanam. Ketika digali,tanah sudah berbau wangi. Tanah menjadi lembut. Kain kafannya bersih dan hanya sedikit kotor akibat tanah. Kain kafannya bersih mcm guna clorox. Dan ini kisah yg ramai org awam tdk tahu,hanya yg ada ketika itu tahu. Ketika sesi pengecaman,dipanggil anak saudara atau cucunya utk pengecaman. Apabila kain dibuka,cucunya mengatakan ini bukan datuk saya. Bayangkan tuan2, cucu tdk cam datuknya. Kami katakan inilah datuk kamu. Tahu kenapa? Wajahnya tdk seperti ketika datuknya meninggal,tapi kelihatan muda 20 tahun dari itu.

18. Akhirnya, belajarlah bab jenazah. Pengakhiran terbaik bg kita ialah pabila bapa meninggal,anak2 dan isteri yg mandikan dan kafankan. Mak meninggal, bapa dan anak2 yg mandikan dan kafankan. Tdk malukah kita, jenazah diusik kemaluannya,dimandikan oleh org yg bukan darah daging kita? Mana maruah kita?Oleh itu, sahutlah seruan saya.

Wallhua'alam.

Sumber: Dakwah Bil Hikmah

Golongan yang mengharamkan peringatan Maulid Nabi


maulidur rasul 1


Golongan yang mengharamkan peringatan Maulid Nabi berkata:

“Peringatan Maulid Nabi tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah, juga tidak pernah dilakukan oleh para sahabatnya. Seandainya hal itu merupakan perkara baik nescaya mereka telah mendahului kita dalam melakukannya”.

Jawab:

Baik, Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam tidak melakukannya, adakah baginda melarangnya? Perkara yang tidak dilakukan oleh Rasulullah tidak semestinya menjadi sesuatu yang haram. Tetapi sesuatu yang haram itu adalah sesuatu yang telah nyata dilarang dan diharamkan oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam. Disebabkan itu Allah ta`ala berfirman:

“وَمَا آَتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا”. (الحشر: 7)

Ertinya:

“Apa yang diberikan oleh Rasulullah kepadamu maka terimalah dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah”.

(Surah al-Hasyr: 7)

Dalam firman Allah ta`ala di atas disebutkan “Apa yang dilarang ole Rasulullah atas kalian, maka tinggalkanlah”, tidak mengatakan “Apa yang ditinggalkan oleh Rasulullah maka tinggalkanlah”. Ini Berertinya bahawa perkara haram adalah sesuatu yang dilarang dan diharamkan oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam tetapi bukan sesuatu yang ditinggalkannya. Sesuatu perkara itu tidak haram hukumnya hanya dengan alasan tidak dilakukan oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam. Melainkan ia menjadi haram ketika ada dalil yang melarang dan mengharamkannya.

Lalu kita katakan kepada mereka:

“Apakah untuk mengetahui bahawa sesuatu itu boleh (harus) atau sunnah, harus ada nas daripada Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam secara langsung yang khusus menjelaskannya?”

Apakah untuk mengetahui boleh (harus) atau sunnahnya perkara maulid harus ada nas khusus daripada Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam yang menyatakan tentang maulid itu sendiri?! Bagaimana mungkin Rasulullah menyatakan atau melakukan segala sesuatu secara khusus dalam umurnya yang sangat singkat?! Bukankah jumlah nas-nas syari`at, baik ayat-ayat al-Qur’an mahupun hadith-hadith nabi, itu semua terbatas, ertinya tidak membicarakan setiap peristiwa, padahal peristiwa-peristiwa baru akan terus muncul dan selalu bertambah?! Jika setiap perkara harus dibicarakan oleh Rasulullah secara langsung, lalu dimanakah kedudukan ijtihad (hukum yang dikeluarkan oleh mujtahid berpandukan al-Quran dan al-Hadith) dan apakah fungsi ayat-ayat al-Quran atau hadith-hadith yang memberikan pemahaman umum?! Misalnya firman Allah ta`ala:

“وَافْعَلُوا الْخَيْرَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ”. (الحج: 77)

Ertinya:

“Dan lakukan kebaikan oleh kalian supaya kalian beruntung”.

(Surah al-Hajj: 77)

Adakah setiap bentuk kebaikan harus dikerjakan terlebih dahulu oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam supaya ia dihukumkan bahawa kebaikan tersebut boleh dilakukan?! Tentunya tidak sedemikian. Dalam masalah ini Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam hanya memberikan kaedah-kaedah atau garis panduan sahaja. Kerana itulah dalam setiap pernyataan Rasulullah terdapat apa yang disebutkan dengan Jawami` al-Kalim ertinya bahawa dalam setiap ungkapan Rasulullah terdapat kandungan makna yang sangat luas. Dalam sebuah hadith sahih, Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda:

“مَنْ سَنَّ فيِ اْلإِسْـلاَمِ سُنَّةً حَسَنـَةً فَلَهُ أَجْرُهَا وَأَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا بَعْدَهُ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُوْرِهِمْ شَىْءٌ”. (رواه الإمام مسلم في صحيحه)

Ertinya:

“Barangsiapa yang melakukan (merintis perkara baru) dalam Islam sesuatu perkara yang baik maka ia akan mendapatkan pahala dari perbuatannya tersebut dan pahala dari orang-orang yang mengikutinya sesudah dia, tanpa berkurang pahala mereka sedikitpun”.

(Diriwayatkan oleh al-Imam Muslim di dalam Sahih-nya).

Dan di dalam hadith sahih yang lainnya, Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda:

“مَنْ أَحْدَثَ فِيْ أَمْرِنَا هذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ”. (رواه مسلم)

Ertinya:

“Barang siapa merintis sesuatu yang baru dalam agama kita ini yang bukan berasal darinya maka ia tertolak”.

(Diriwayatkan oleh al-Imam Muslim)

Dalam hadith ini Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam menegaskan bahawa sesuatu yang baru dan tertolak adalah sesuatu yang “bukan daripada sebahagian syari`atnya”. Ertinya, sesuatu yang baru yang tertolak adalah yang menyalahi syari`at Islam itu sendiri. Inilah yang dimaksudkan dengan sabda Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam di dalam hadith di atas: “Ma Laisa Minhu”. Kerana, seandainya semua perkara yang belum pernah dilakukan oleh Rasulullah atau oleh para sahabatnya, maka perkara tersebut pasti haram dan sesat dengan tanpa terkecuali, maka Rasulullah tidak akan mengatakan “Ma Laisa Minhu”, tapi mungkin akan berkata: “Man Ahdatsa Fi Amrina Hadza Syai`an Fa Huwa Mardud” (Siapapun yang merintis perkara baru dalam agama kita ini, maka ia pasti tertolak). Dan bila maknanya seperti ini maka bererti hal ini bertentangan dengan hadith yang driwayatkan oleh al-Imam Muslim di atas sebelumnya. Iaitu hadith: “Man Sanna Fi al-Islam Sunnatan Hasanatan….”.

Padahal hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim ini mengandungi isyarat anjuran bagi kita untuk membuat sesuatu perkara yang baru, yang baik, dan yang selari dengan syari`at Islam. Dengan demikian tidak semua perkara yang baru itu adalah sesat dan ia tertolak. Namun setiap perkara baru harus dicari hukumnya dengan melihat persesuaiannya dengan dalil-dalil dan kaedah-kaedah syara`. Bila sesuai maka boleh dilakukan, dan jika ia menyalahi, maka tentu ia tidak boleh dilakukan. Karena itulah al-Hafizh Ibn Hajar al-‘Asqalani menyatakan seperti berikut:

“وَالتَّحْقِيْقُ أَنَّهَا إِنْ كَانَتْ مِمَّا تَنْدَرِجُ تَحْتَ مُسْتَحْسَنٍ فِيْ الشَّرْعِ فَهِيَ حَسَنَةٌ، وَإِنْ كَانَتْ مِمَّا تَنْدَرِجُ تَحْتَ مُسْتَقْبَحٍ فِيْ الشَّرْعِ فَهِيَ مُسْتَقْبَحَةٌ”.

Ertinya:

“Cara mengetahui bid’ah yang hasanah dan sayyi-ah (yang dicela) menurut tahqiq (penelitian) para ulama’ adalah bahawa jika perkara baru tersebut masuk dan tergolong kepada hal yang baik dalam syara` bererti ia termasuk bid`ah hasanah, dan jika tergolong kepada hal yang buruk dalam syara` maka berarti termasuk bid’ah yang buruk (yang dicela)”.

Bolehkah dengan keagungan Islam dan kelonggaran kaedah-kaedahnya, jika dikatakan bahawa setiap perkara baharu itu adalah sesat?


Sumber: PONDOK HABIB

Sabtu, Januari 11, 2014

Adakah Malaysia ialah Negara Islam

PENDAHULUAN

“Istilah ‘Negara Islam’ tidak tercatat secara langsung dalam al-Quran dan al-Sunnah. Perbahasan mengenainya hanya dibuat berpandukan kepada ijtihad para ulama mujtahidin. Perbahasan ini dibuat bertujuan menentukan kategori sesuatu negara atau tempat yang didiami oleh umat Islam samada bertaraf ‘kampung halaman Islam atau hak umat Islam’ atau ‘kampung halaman kafir harbi’ yang memerangi umat Islam”.

Negara-negara di dunia ini mengikut penilaian hukum fiqh terbahagi kepada tiga kategori, iaitu;

i. Negara Islam.

ii. Negara kafir yang berperang dengan Islam, dan.

iii. Negara kafir yang tidak memerangi Islam.

DEFINISI NEGARA ISLAM

Beberapa definisi Negara Islam yang dirumuskan oleh ulama dan cerdikpandai Islam adalah seperti berikut;

i. Muhammad bin Hasan As Syaibani:

“Negara yang dikuasai dan diperintah oleh umat Islam dan orang-orang Islam menikmati keamanan dan keselesaan di dalamnya”.

ii. Muhammad Abu Zuhrah:

“Negara Islam ialah negara yang berada di bawah kuasa pemerintahan orang Islam. Kekuatan dan pertahananya dikuasai orang Islam. Negara sedemikian wajib dipertahankan oleh setiap individu muslim”.

Berpandukan kepada definisi di atas, jelaslah Malaysia adalah sebuah negara Islam. Keraguan dan pertikaian mengenai Malaysia sebagai sebuah negara Islam adalah tidak berasaskan fakta dan ianya tertolak.

Malaysia sebagai negara Islam telah diperkuatkan lagi dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan. Peruntukan ini tidak diadakan oleh penjajah, tatapi diusaha oleh pejuang dan pemimpin negara seiring perjuangan mencapai kemerdekaan.

ASAS-ASAS NEGARA ISLAM

Asas-asas utama sesebuah negara itu diiktiraf sebagai negara Islam antaranya ialah;

· Sesebuah negara yang tunduk akur di bawah kuasa Islam dan orang Islam sebagai ketua pemerintah.

· Tanahair orang Islam adalah sah sebagai negara Islam.

· Sesebuah negara yang aman dan bebas didirikan syiar Islam di dalamnya.

MALAYSIA ADALAH NEGARA ISLAM

Hasil dari definisi dan pandangan ulama mengenai negara Islam, jelaslah Malaysia sebagai negara Islam kerana ciri-ciri berikut;

· Malaysia adalah tanahair orang Islam sejak turun temurun.

· Ketua pemerintahan negara dipegang oleh orang Islam.

· Malaysia masih didiami oleh orang-orang Islam sebagai pemunya.

· Umat Islam bebas menunaikan amalan syariat Islam malah dibantu oleh Kerajaan.

· Sistem mempertingkatkan ibadah, munakahat dan muamalat dilaksanakan di serata negara.

· Pendidikan Islam diajar dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat institusi pengajian tinggi dan sentiasa ditingkatkan mutunya.

Mahkamah syariah ditubuh dengan rasmi dan hasil keputusannya tidak boleh diganggu oleh mahkamah sivil.

MALAYSIA NEGARA SEKULAR ?

Terdapat di kalangan umat Islam di Malaysia yang menganggap Malaysia sebagai negara sekular. Oleh itu eloklah difahami terlebih dahulu apakah erti sekular. Perkataan ‘sekular’ berasal daripada perkataan Latin seaculum yang bermakna ‘alam ini’ atau ‘dunia ini’. Gerakan fahaman sekularisma bermula pada pertengahan abad ke 19 di England yang diasaskan oleh George Jacob Holyoake (1817-1906). Golongan ini hanya mementingkan kebajikan manusia di dunia dan menafikan kewujudan alam akhirat.

Dalam suasana sedemikian, sekularisma telah dipersepsikan menerusi ciri-ciri berikut;

· Menolak kepercayaan adanya Tuhan. Segalanya berpusat pada alam ini.

· Menolak kepercayaan adanya hari akhirat dan perkara-perkara berkaitan dengan kehidupan selepas mati.

· Agama dan dunia terpisah secara total.

Apa yang sedang diamalkan oleh negara Malaysia hari ini ialah berusaha menjaga kebajikan umat Islam dan memartabatkan agama Islam serta tidak lupa tanggungjawab kepada rakyat bukan Islam. Tanggungjawab sedemikian adalah sebahagian suruhan Islam.

Kerajaan juga telah berusaha memantapkan akidah, memajukan syariah dan mempertinggikan akhlak umat. Dengan pelaksanaan tugas-tugas tersebut, keadaan dan keraguan serta kekeliruan umat Islam di negara ini adalah tidak berasas dan tidak mempunyai sebarang faedah. Status negara Malaysia sebagai negara Islam tidak boleh lagi dipertikaikan, sebaliknya adalah lebih baik menerima realiti yang ada dan berusaha memperkuat serta memperbaiki lagi mana-mana kelemahan dan kekurangan jika ada.

USAHA YANG DILAKUKAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA

Antara usaha yang dilakukan oleh Kerajaan dalam menunaikan tanggungjawab sebagai sebuah Kerajaan Islam ialah seperti berikut;

· Menjaga kepentingan agama serta mentadbir urusan negara dan umat.

· Mengurus pemerintahan adalah antara kewajipan agama yang terbesar, malah agama itu sendiri tidak dapat ditegakkan tanpa wujudnya pemerintahan.

· Memelihara agama dari sebarang pencerobohan fahaman dan ajaran yang boleh memesongkan akidah sebenar Islam. Fahaman agama yang dipegang ialah yang bertepatan dengan al-Quran dan al-Sunnah serta akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

· Melantik jemaah menteri bagi membantu negara dalam menjalankan tugas-tugas pemerintahan. Dalam hal ini, Islam mengharuskan melantik orang bukan Islam yang menjadi warganegara sebagai menteri untuk melaksanakan dasar-dasar yang dibuat oleh kerajaan.

· Menyediakan tenaga tentera dan sistem pertahanan negara bagi menjamin keselamatan agama, bangsa dan negara.

· Mewujudkan sistem perundangan dan kehakiman bagi menyelesaikan pertikaian dan menegakkan keadilan.

· Mendirikan dan menguruskan kelicinan peribadatan seperti mendirikan masjid dan menguruskan pentadbiran berkaitannya.

· Mengendalikan urusan ibadat haji dengan teratur.

· Menguruskan hal ehwal zakat secara bersistem.

· Memungut hasil cukai yang pelbagai untuk dana negara.

· Menguruskan sistem pentadbiran awam yang cemerlang.

· Membanteras jenayah dan sebagainya.

KEWAJIPAN RAKYAT TERHADAP PEMERINTAH

Oleh kerana Malaysia sebuah negara Islam, maka berkewajipan setiap rakyat melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab yang antara lainnya ialah seperti berikut;

· Taat serta patuh dengan ikhlas dan penuh rasa bangga.

· Bersedia menolong pemerintah dalam melaksanakan tanggungjawabnya.

· Menjauhi diri dari perbuatan-perbuatan mungkar seperti menganggu ketenteraman awam, menimbulkan huru-hara dan mengancam keselamatan masyarakat dan negara.

· Bertanggungjawab mempertahan dan menaikkan nama negara pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

· Berusaha membangun dan memajukan ekonomi diri, masyarakat dan negara.

PENUTUP

Malaysia sebagai sebuah negara Islam adalah menepati dengan definisi yang diperkatakan oleh ulama masa kini dan terdahulu. Tugas kita sekarang ini adalah untuk mengisi dan memantapkan lagi apa-apa yang perlu diperkemaskan dan tidak lagi menghabiskan masa mempertikaikannya kerana telah jelas bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam yang terbukti dari segi sejarah, perundangan, pembangunan dan penghayatan Islam.

Sumber: : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

http://www.islam.gov.my/e-rujukan/nislam2.html

Jumaat, Januari 10, 2014

Memahami bughah dalam konteks semasa


Harusani pertahan Bughah
KENYATAAN Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berhubung perhimpunan membantah kenaikan harga barang menjelang tahun baru 2014 mencetus polemik di Malaysia.

Beliau dilaporkan berkata, “sepatutnya semua peserta perhimpunan ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan dari hukum syarak, dihalalkan darah golongan bughah.”

Kenyataan ini agak mengejutkan dan menimbulkan reaksi pelbagai. Ada beberapa ulasan yang telah dibuat dari aspek politik dan hukum fikah berhubung dengan bughah atau pemberontak ini.

Namun adalah wajar untuk kita membincangkan juga soal bughah ini dalam konteks undang-undang perlembagaan Islam dengan mengambil kira realiti politik semasa.

Hukum bughah diambil dari ayat al-Quran iaitu ayat ke 9 Surah Al-Hujurat, yang bermaksud:

Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka perangilah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah ALLAH; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum ALLAH), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya ALLAH mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

Suruhan ALLAH agar memerangi puak yang zalim atau melampau menjadi sandaran kepada hukuman bunuh atas mereka yang bermusuh dengan pihak berkuasa yang adil.

Prinsip ini juga disandarkan kepada beberapa hadis yang mewajibkan umat Islam untuk taat kepada pemimpin dan tidak keluar dari ketaatan tersebut.

Terdapat juga hadis yangriwayat An-Nasai’ dari Usamah ibn Syarik bahawa Rasulullah SAW menyebut bahawa sesiapa yang keluar untuk memecahbelahkan umat ku, maka pancunglah lehernya. Terdapat juga hadis-hadis lain yang seumpama itu.

Para ulama mendefinisikan segolongan umat Islam menentang dan menderhaka kepada Ulil Amri, iaitu pemerintah/ kerajaan adil yang menjalankan hukum-hukum syari`at Islam.

Para ulama generasi awal Islam membahaskan hukum ini dengan terperinci.

Mereka menggariskan ciri-ciri bughah dan menetapkan syarat-syarat sebelum hukuman boleh diambil ke atas golongan ini.

Antara syaratnya ialah golongan itu mempunyai kekuatan untuk menentang pemerintah, mereka bertindak dengan berperancangan serta berkepimpinan dan mereka menentang menggunakan kekerasan.

Selain itu perbahasan  tentang bughah juga berkaitan dengan pembahagian jenis-jenis negara dan jenis-jenis pemerintah serta kewajipan untuk taat kepada pemerintah.

Khazanah karya penulisan Islam silam cukup kaya dalam memberikan menjelasan tentang konsep asal bughah.

Namun begitu perbahasan konsep bughah dalam kontek sistem bernegara zaman ini amat terhad.

Para ulama silam telah melaksanakan tugas mereka menjelaskan hukum bughah sesuai dengan sistem politik dan struktur negara di zaman mereka.

Namun prinsip yang ditulis sejak lebih seribu tahun dahulu perlu dibaca dengan mengambil kira konteks semasa, bukannya dengan mencedoknya tanpa memahami perbezaan dan perubahan sistem bernegara dan politik.

Falsafah hukum bughah

Islam amat memahami kepentingan kepimpinan dan undang-undang. Manusia perlu hidup melalui sistem bermasyarakat yang dikawal dengan sistem perundangan.

Manusia juga perlu kepada pemimpin yang bukan sahaja memimpin dengan kekuatan karisma dan pengaruh, tetapi mempunyai kuasa dan kedaulatan tersendiri.

Kepentingan wujudnya negara yang berdaulat dan pemimpin yang ditaati boleh dilihat berdasarkan ayat-ayat al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW, serta teladan yang ditunjukkan sendiri oleh Rasulullah SAW.

Ketika dunia masih terkapai-kapai dalam mencari sistem negara, Islam datang dengan penegasan yang jitu tentang konsep bernegara.

Rasulullah SAW sendiri mengasaskan sebuah negara dengan mempunyai piagam atau perlembagaan tersendiri. Bahkan konsep state sovereignty atau kedaulatan negara dijelmakan dengan jelas melalui langkah-langkah praktikal Baginda  dalam memimpin negara.

Selain itu Islam menekankan juga soal kesatuan dan kestabilan negara. Tindakan-tindakan Baginda dalam bentuk penghantaran ekspedisi ketenteraan, keterlibatan dalam ghazwah, serta hukuman keras kepada penentang seperti kelompok Yahudi termasuk Kaab bin Asyraf merupakan contoh pentingnya soal pertahanan, keselamatan dan ketenteraman dalam menjamin kesatuan dan kestabilan negara.

Konsep dan hukum berkaitan bughah lahir dari semangat ini. Ini bermakna tujuan hukum bughah adalah untuk mengekalkan kestabilan dan keselamatan sesebuah negara yang berdaulat.

Namun perlu diingat penekanan kepada kestabilan tidak pula menafikan kepentingan nasihat, amar makruf serta nahi munkar.

Dalam Islam menegur pemerintah bukan sahaja hak tetapi ia adalah tanggungjawab.

Pembesar, ulama, dan rakyat yang tidak menegur pemerintah zalim adalah mereka berdosa.

Bughah pada zaman awal Islam

Pada zaman sebelum kedatangan Islam, kestabilan dan keselamatan sesebuah negara banyak bergantung kepada kekuatan ketenteraan dan kawalan ketat ke atas rakyat.

Peranan pasukan tentera amat penting. Jika negara itu kuat pasukan tenteranya, maka ia semakin stabil dan kuat. Inilah realiti yang berlaku dalam negara-negara dan empayar-empayar di dunia sebelum kemunculan Nabi Muhammad SAW.

Dalam konteks dalam negara pula, kestabilan sokongan kepada pemerintah bergantung kepada pemantauan dekat pemerintah ke atas rakyat. Jika ada tanda-tanda penentangan, hukuman keras dikenakan.

Inilah yang berlaku di Empayar Rom, Parsi, Negara China, India dan wilayah-wilayah lain pada zaman itu.

Apabila Islam datang, konsep amanah dan taat pula menjadi sendi kepada kestabilan politik dalaman negara. Pemimpin memegang amanah, iaitu bertanggungjawab kepada ALLAH untuk mentadbir dengan adil.

Rakyat pula wajib taat kepada pemimpin yang adil. Namun konsep amanah dan taat ini disokong pula oleh konsep sokongan.

Bagi mengekalkan amanah, rakyat perlu melaksanakan tugas menasihati dan menegur pemerintah. Manakala bagi mengekalkan taat pemerintah boleh mengambil tindakan ke atas penentang yang melampau yang disebut sebagai bughah. 

Walau pun konsep amanah dan taat menjadi sendi kepada kestabilan politik dalam sesebuah pemerintahan Islam, elemen sokongan sezaman seperti kekuatan ketenteraan dan pemantauan dan kawalan ke atas sokongan rakyat tetap diperlukan.

Jika terdapat rakyat yang menentang dengan kekerasan, maka pemerintah boleh mengambil tindakan keras. Hukum berkaitan bughah dikuatkuasakan dalam situasi begini.

Selain itu, konsep menentang pemerintah dalam konteks di zaman sebelum Islam dan di zaman awal Islam berlaku dalam dua bentuk.

Pertamanya, menentang sesebuah dinasti, kesultanan atau khilafah dengan hasrat untuk menubuhkan dinasti, kesultanan atau khilafah yang baru. Penentangan ini dilakukan oleh kelompok yang merasakan bahawa mereka lebih layak untuk menaiki memerintah negara.

Kedua, menentang ketua negara sama ada sultan, raja atau khalifah yang memerintah dengan tujuan untuk menggantikan dengan ketua negara yang lain dalam dinasti yang sama.

Kedua-dua bentuk penentangan ini mencabar kedaulatan negara dan membawa risiko perpecahan, kekacauan dan huru-hara dalam sesebuah pemerintahan.

Oleh yang demikian tindakan keras terhadap penentang yang termasuk dalam definisi bughah amat penting bagi mengekalkan kestabilan negara.

Perubahan zaman

Islam meletakkan batu asas yang utuh kepada sistem perlembagaan yang adil dan mantap, yang kemudiannya menjadi amalan dalam sistem perlembagaan moden hari ini. Walau bagaimana pun pemerintahan kerajaan di zaman awal Islam masih banyak bergantung kepada sistem berkerajaan zaman itu.

Dengan berkembangnya ilmu dan tamadun manusia, serta kerana sistem sosial yang semakin kompleks, maka asas yang baik itu diperkembangkan pada zaman mutakhir ini sehingga wujudlah sistem perlembagaan dan sistem negara yang lebih stabil dan tuntas.

Sistem ini menjadikan kedudukan pemerintah lebih stabil dan kukuh tanpa terlalu bergantung kepada kekerasan dan ketenteraan bagi mengawal ketaatan dan kepatuhan rakyat.

Kestabilan ini berlaku kerana terdapatnya mekanisme pengiktirafan negara kedaulatan negara di peringkat antarabangsa dan juga kerana adanya sistem bernegara berasaskan perlembagaan yang diakui oleh sekalian rakyat.

Perlembagaan menjadi dokumen yang dipersetujui oleh semua pihak sebagai salah satu kontrak sosial. Perlembagaan yang berdaulat menjadikan keabsahan pemerintah sukar dipertikaikan.

Selain itu, perlembagaan merupakan instrumen penting dalam sesebuah negara moden. Ia mengekalkan sistem bernegara dan sistem politik walau pun tidak mengekalkan pemimpin negara.

Pemimpin boleh berubah dan bertukar tetapi struktur pemerintahan tetap utuh dan kukuh.

Pemimpin hanya menentukan dasar pembangunan dan melaksanakannya tetapi tidak mengubah struktur kuasa. Ia juga memberikan definisi barukepada maksud kuasa dan kedaulatan.

Tegasnya, jika dibandingkan dengan sistem bernegara di zaman awal Islam, ketika kebanyakan penulisan tentang bughah dibuat, sistem bernegara telah mengalami banyak perbezaan dari segenap aspek. 

Selain dari kerana wujudnya perlembagaan itu sendiri, terdapat juga ciri-ciri lain yang ketara seperti aspek kewarganegaraan, sempadan negara, hubungan sesebuah negara dengan komuniti antarabangsa, kerjasama antarabangsa dari sudut ketenteraan, konsep pengasingan kuasa yang jelas, pengiktirafan hak asasi rakyat, sistem pilihan raya.

Perlembagaan juga memberikan definisi baru kepada maksud pemerintah. Kuasa pemerintah tidak berpusat kepada pemimpin tertentu atau dinasti tertentu, bahkan ia diagihkan kepada beberapa cabang kuasa, dan juga kepada rakyat.

Umumnya dalam sistem demokrasi berperlembagaan konsep pemerintah itu terbahagi kepada badan perundangan, badan pentadbiran dan badan kehakiman.

Selain itu, dalam sistem demokrasi berperlembagaan, hakikat pemerintah itu bukan sahaja teraju kerajaan, bahkan juga rakyat.

Dari sudut amalinya, rakyat boleh dianggap ‘pemerintah’ kerana mereka mempunyai kuasa untuk menaikkan dan menjatuhkan pemimpin kerajaan.

Bughah di Malaysia

Dalam konteks Malaysia, dari sudut teorinya pemerintah tertinggi adalah Yang Dipertuan Agong. Walau bagaimana pun, kuasa baginda adalah terhad dan tertakluk kepada nasihat dan had kuasa tertentu seperti yang termaktub dalam perlembagaan.

Oleh itu jika kita maksudkan pemerintah sebagai pihak yang mempunyai kuasa rasmi dalam negara menurut Perlembagaan, maka kita boleh memperincikan maksud pemerintah kepada beberapa kelompok berikut:

1. Yang DiPertuan Agong yang diiktiraf sebagai Ketua Utama Negara menurut Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan.

2. Majlis Raja-raja yang menentukan pelantikan YDPA (Perkara 32) dan mempunyai bidangkuasa tersendiri (Perkara 38).

3. Perdana Menteri yang menasihati YDPA (Perkara 40) dan mengetuai Jemaah Menteri (Perkara 43)

4. Jemaah Menteri yang menasihati YDPA dalam melaksanakan kuasa eksekutif (Perkara 39 dan 43)

5. Parlimen yang mempunyai kuasa meluluskan undang-undang. (Perkara 44 dan 66) Dari sudut ini, ia termasuk peranan pembangkang yang melaksanakan tugas semak dan imbang.

6. Badan Kehakiman yang mempunyai kuasa untuk menyelesaikan pertikaian dan mentafsir undang-undang. (Perkara 121)

7. Suruhanjaya Pilihan Raya yang berperanan dalam melaksanakan pilihan raya (Perkara 113)

8. Rakyat khususnya pengundi yang berhak untuk memilih pemimpin dalam pilihan raya (Perkara 119).

Demikianlah sistem perlembagaan moden yang telah memecahkan kuasa pemerintahan rasmi kepada kelompok yang berbeza.

Masing-masing saling berkait dan bergantungan antara satu sama lain.

Oleh yang demikian, kita tidak sewajarnya menyempitkan pengertian pemerintah kepada pemimpin badan eksekutif iaitu Perdana Menteri serta barisan Kabinetnya yang mendapat kuasa setelah partinya menang dalam Pilihan Raya Umum. Hakikatnya kuasa mereka terhad kepada ruang lingkup yang tersendiri.

Oleh itu, kita tidak boleh membuat kesimpulan mudah bahawa sesiapa yang menentang parti pemerintah atau menentang langkah-langkah serta dasar kerajaan yang perkenalkan oleh Perdana Menteri dan jemaah Kabinetnya dianggap sebagai penentang kerajaan dan negara. Ini kerana, pertamanya, Perdana Menteri dan Jemaah Kabinet hanya sebahagian dari keseluruhan maksud kerajaan dan pemerintah, tambahan pula pihak yang tertinggi dalam kerajaan iaitu Yang Dipertuan Agong bukanlah sasaran penentangan di atas. Kedua, menentang parti pemerintah adalah satu yang normal dalam sistem demokrasi.

Selagi penentangan itu tidak melampaui had, tidak menimbulkan kekacauan dan dibuat melalui saluran yang sah menurut Perlembagaan, maka ia bukanlah satu kesalahan.

Ia adalah satu bentuk persaingan politik yang biasa, bukannya satu bentuk penentangan yang boleh mendatangkan keruntuhan kepada kestabilan negara dan kerajaan.

Penentang ini bukanlah penentang kerajaan dan negara yang termasuk dalam definisi bughah.

Dalam konteks sistem negara hari ini penentang kerajaan yang boleh dianggap bughah adalah kelompok yang mahu meruntuhkan keseluruhan sendi dan sistem negara serta menolak keseluruhan struktur kuasa yang disenaraikan di atas.

Mereka adalah golongan yang mahu merombak keseluruhan sistem negara kepada sistem yang baru, menukar perlembagaan dengan perlembagaan yang baru.

Mereka menolak cara pemilihan atau pelantikan pemegang kuasa yang sedia ada dan mahu menggunakan kekerasan supaya mereka dapat mengambil alih kuasa.

Mereka mendatangkan musibah kepada keselamatan rakyat dan kestabilan negara.

Jika ada kumpulan yang mempunyai ciri-ciri ini dan mereka memenuhi syarat yang ditetapkan oleh hukum syarak, maka mereka wajar digelar sebagai bughah dan mesti dihukum dengan hukuman keras termasuklah hukuman mati.

Namun begitu kelompok begini tidak kelihatan wujud dalam negara kita. Alhamdulillah rakyat Malaysia secara keseluruhannya tidak mempertikaikan sistem bernegara, keluhuran perlembagaan serta teraju negara yang diketuai oleh Yang di-Pertuan Agong. Bantahan, penentangan dan kritikan hanya menjurus kepada kepimpinan politik dalam negara yang dipimpin oleh Perdana Menteri.

Bantahan ini pula dilakukan secara berhemah dan dalam ruang lingkup yang diizinkan oleh undang-undang.

Mereka tidak menggunakan kekerasan dan senjata. Bahkan perhimpunan dan demonstrasi yang dijalankan kebanyakannya berjalan dengan aman tanpa insiden kekacauan kecuali jika ada faktor provokasi dan gangguan luar.

Bahkan jika dilihat dalam konteks yang positif, kritikan dan bantahan begini wajar dianggap sebagai satu perkara positif dari sudut Islam dan juga dalam konteks amalan demokrasi.

Bantahan dan kritikan yang benar adalah satu bentuk nasihat, serta amar makruf nahi mungkar yang menjadi tanggungjawab setiap mukmin.

Ia perlu dilakukan mengikut adab dan kaedah yang ditentukan oleh agama.

Selain itu, pandangan yang berbeza juga digalakkan dalam sistem demokrasi kerana ia menggalakkan penglibatan rakyat dalam proses membuat keputusan dalam negara.

Demokrasi yang subur akan mendorong kemajuan dan pembangunan negara.

Kesimpulannya, konsep dan amalan hukum berkaitan bughah perlu dilihat dalam konteks semasa.

Amat tidak wajar untuk mengklasifikasikan kelompok yang berhimpun membantah sesuatu langkah kerajaan atau berhimpun meluahkan keperitan hidup sebagai penentang kerajaan atau bughah, yang melayakkan mereka diperangi.

Dalam sistem bernegara moden ini pemerintah bukanlah pemimpin politik dalam kerajaan sahaja, bahkan setiap kelompok yang mempunyai kuasa dan peranan menurut undang-undang dan perlembagaan adalah sebahagian dari pemerintah.

Oleh itu, penentangan kepada dasar parti pemerintah tidak boleh dianggap sebagai menentang kerajaan, bahkan perlu dianggap sebagai satu langkah positif untuk menyuburkan budaya saling menasihati bagi kebaikan semua.

DR MUHAMMAD FATHI BIN YUSOF

Pensyarah Kanan UTM

Felo Penyelidik (Undang-undang & Perlembagaan)

Pusat Kajian Fiqh, Sains dan Teknologi

Universiti Teknologi Malaysia

E-mel: fathiyusof@gmail.com

* Ini adalah pendapat peribadi penulis yang dipetik dari blog beliau sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan Sinar Harian Online.

Rabu, Januari 08, 2014

Paderi Akui Kalimah Allah Alat Murtadkan Islam

Akhirnya pihak Kristian mengakui bahawa Kalimah Allah memang merupakan alat yang cukup ampuh untuk misi murtadkan umat Islam.

Laporan cover story majalah Christianity Today dalam keluaran Februari 2011 yang bertajuk Muslims and the “Son of God” telah membongkar rahsia sebenar niat jahat pihak Kristian untuk “use religious vocabulary familiar to Muslims” untuk tujuan penyebaran agama Kristian. Missiologist Kristian berkata “Missionaries can live in a Muslim culture for decades, blaming Muslims for being “resistant” to the gospel, when the problem actually lies with linguistic and cultural stumbling blocks”. Oleh itu Kalimah Allah yang sinonim dengan umat Islam mahu dipergunakan untuk memudahkan misi murtadkan Islam.

Chritinaty
Mereka mahu penggunaan Kalimah Allah ini untuk membuka minda umat Islam untuk menerima dan membaca Bible. Mereka mensasarkan untuk murtadkan umat Islam terutama bagi mereka yang masih lemah akidah dan pengamalan agama. Sebuah organisasi Kristian, The People of the Book yang termuat dalam risalah strategi mereka mengakui bahawa kalimah ‘Allah’ di dalam al-Quran tidak memiliki maksud yang sama dengan ‘God’ di dalam Bible, namun organisasi ini berpendapat penggunaannya amat berkesan untuk memurtadkan umat Islam.

John Hultvall, seorang mubaligh Mission Covenant Church of Sweden  juga berpendapat bahawa walaupun penggunaan kalimah ‘Allah’ dipersoalkan dalam kalangan penganut-penganut Kristian sendiri, mubaligh-mubaligh Kristian sentiasa menggunakannya dalam usaha mereka memurtadkan umat Islam.

Kevin Greeson, yang juga seorang mubaligh Kristian juga telah menulis sebuah buku bertajuk The Camel: How Muslims Are Coming to Faith in Christ!. Kaedah ‘The Camel’ dalam penyebaran agama Kristian kepada orang Islam menggunakan  kalimah ‘Allah’ bagi merujuk kepada Tuhan agama Kristian. Muslihat terselindung yang mampu memberi manfaat kepada Kristian dengan mengunakan kalimah ‘Allah’ sebagai ‘jambatan’ untuk mendekati serta memurtadkan umat Islam di seluruh dunia.

Oleh itu tindakan Pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew yang jelas tidak menghormati keputusan mahkamah terhadap penggunaan kalimah Allah di dalam kitab Bible berbahasa Melayu sekaligus menderhaka terhadap titah perintah Sultan Selangor amat biadap dan tidak boleh diterima. Beliau terlalu berani kerana bertindak atas tujuan yang cukup jelas untuk memurtadkan umat Islam. Kami rakyat Malaysia yang agama rasminya Islam amat terpukul dengan keangkuhan dan kebiadapan mereka.  Kita menggesa pihak berkuasa mengenakan tindakan maksima terhadap petualang agama ini.

Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan agama selama ini berada dalam keadaan aman, tidak seperti negara-negara lain yang berperang dan berbunuhan. Sikap DAP yang berkeras mahu menggunakan Kalimah Allah untuk Kristian menunjukkan betapa mereka tidak peduli kepada  sensitiviti umat islam. Jelas mereka cuba menyakiti hati rakyat. Mereka langsung tidak mempedulikan dan menghormati keputusan mahkamah.

Kalimah Allah Agenda kristian sedunia

Umat Islam dan Bangsa Melayu perlu bersatu demi menjaga kepentingan dan kesinambungan kita. Tidak mungkin kita boleh bergantung kepada pihak yang dari dulu kini dan selama-lamanya sentiasa bercita-cita menghancurkan kita dari luar dan dalam.  Ingatlah BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH.


Sumber: http://www.mykmu.net/?p=38903

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...