Sejarah telah membuktikan kepada kita bahawa cinta dan kasih para Sahabat yang sungguh mendalam terhadap Rasullullah SAW dan sebaliknya, telah membuatkan mereka berjuang dan berkorban habis habisan.Hingga nyawa pun sanggup dikorbankan demi cinta. Al hasil dalam tempoh yang sekejap sahaja, ISLAM telah membentuk Negara dan empayar kepada tiga perempat dunia. Demikian bukti bahawa dengan cinta manusia rela mengorbankan lebih masa dan tenaga hingga memperolihi hasil yang luar biasa.Sedangkan tanpa cinta, sesuatu kerja itu di buat dengan sambil lewa dan hasilnya mengecewakan!
Tapi sayang sekali hari ini, dunia sudah ketandusan kasih sayang dan cinta ini. Orang miskin tidak sayang pada orang kaya, Rakyat tidak sayang pada raja atau ketua negaranya, masyarakat tidak sayang pada ulama, bahkan anak anak tidak sayangkan ibu bapa dan isteri tidak menyayangi suami.
Dunia hari ini begitu ketandusan kasih sayang.Keadaannya genting sekali. Manusia saling benci membenci iaitu kebalikan dari berkasih sayang. Akibatnya masing masing saling mencari jalan untuk menyusahkan orang lain. Masing masing saling berprasangka dan saling mencurigai. Paling tidak, saling tidak memperdulikan dan tidak ambil tahu. Usaha usaha untuk mengatasinya hampir hampir tidak ada sama sekali.
Benci membenci jadi budaya tradisi yang membuatkan manusia terhina dengan bentuk krisis dan masaalah sesamanya.Kakitangan pejabat mencaci caci Boss mereka di belakangnya.Orang politik dimaki hamun oleh pengundinya, ulama dihina hina oleh masyarakat, menteri menteri dimusuhi oleh berbagai lapisan masyarakat dan jadi bahan bualan negatif.Demikian seterusnya yang berlaku dalam realiti hidup hari ini akibat tidak adanya sifat sifat yang cantik untuk membuat manusia saling jatuh hati dan sayang menyayangi.
Mana kasih sayang pengikat perpaduan manusia? Mana keharmonian hidup, ketenangan serta kepuasan?
Kita rindu melihat orang Islam sesama orang Islam (khususnya di Malaysia ini) kasih mengasih di antara satu sama lain dan ketepikan ideologi politik masing masing. (Politik songsang yang di amalkan di Malaysia telah banyak membuat kerosakan dengan memecah belahkan hati hati masyarakat khususnya masyarakat orang Islam).Dan kita ingin melihat orang bukan Islam kasih kepada orang Islam dan sebaliknya. Kita juga rindukan pemimpin yang memberikan kasih sayang kepada pengikutnya dan sebaliknya. Hinggakan kita berkerjasama dengan penuh harmoni dan mesra.
Kita ingin melihat dunia kembali damai, aman, harmoni dan makmur dengan wujudnya kasih sayang sesama manusia.