Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Selasa, Disember 29, 2009

ALANGKAH BAIKNYA KALAU PM DIINGATKAN KEWAJIBAN UNTUK MENERAPKAN ISLAM

Prof Dr Yusuf Al-Qardawi selaku Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan bagi tahun 1431 Hijrah sempat bertemu dengan Perdana Menteri selepas bertemu dengan Anwar Ibrahim dan Presiden PAS. Kesimpulan dari perjumpaan beliau dengan PM adalah antara lainnya beliau mengharapkan agar perpaduan umat Islam di Malaysia dapat dipertahankan. Ya, umat Islam wajib bersatu. Tetapi realitinya kini umat Islam di Malaysia bersatu atas asas acuan ashobiyyah yang 'dihadiahkan' oleh penjajah.

Seruan bersatu ini sepatutnya didasarkan atas asas aqidah Islam yang melangkaui sempadan negara bangsa, warna kulit, bahasa dan yang seumpamanya. Alangkah baiknya ketika Syeikh Yusuf Al-Qardawi yang berkesempatan bertemu dengan PM itu menyeru dan mengingatkan Najib akan kewajibannya menerapkan Islam dalam kehidupan individu, masyarakat dan bernegara. Amat wajar jika Tokoh Maal Hijrah itu mengingatkan Najib bahawa sambutan yang diadakan setiap tahun itu sebenarnya tidak akan membawa apa-apa makna selagi mana sistem kufur peninggalan Lord Reid itu masih lagi diletakkan sebagai perlembagaan yang tertinggi mengatasi Al-Quran dan As-Sunnah.

Hijrah bermakna perpindahan dari Darul Kuffur kepada Darul Islam. Mana mungkin sambutan Maal Hijrah yang diraikan saban tahun membawa makna jika Darul Islam tidak muncul tiba bahkan sebaliknya Darul Kufur masih terus wujud sebagaimana hari ini. Semoga ada kebaikan bagi Najib yang menerima hadiah buku Fiqh Jihad dari Tokoh Maal Hijrah itu. Bagaimana Najib?

Sumber: HTI

Ahad, Disember 27, 2009

SIKAP AHLI ILMU ATAU ULAMA AKHIR ZAMAN

Islam sangat menggalakkan umatnya menuntut Ilmu.Samada Ilmu dunia atau Ilmu akhirat.


Allah berfirman, maksudnya:" Allah yang menciptakan tujuh langit dan tujuh bumi, saperti langit, turun berkali kali perintah Allah antara langit dan bumi supaya engkau memperolehi ilmu, supaya kamu sekalian mempunyai ilmu, bahawa Allah itu kuasa atas segala sesuatu dan bahawa Allah sudah berilmu, sudah mengetahui segala sesuatu yang meliputi ilmu itu untuk segala sesuatu." (At Talaq:12)

Namun apa yang berlaku kepada sesetengah orang yang sudah mendapat ilmu ialah:-

  • Menimba ilmu Islam dari orang kafir di universiti universiti.
  • Menjadi sombong dengan Ilmu.Dia bukan makin merendah diri kepada Tuhan dan manusia.
  • Menggunakan ilmu sebagai mencari jawatan (saperti jawatan Mufti) atau kekayaan dunia atau pangkat atau untuk kepentingan politik dan diri sendiri.
  • Sudah dapat ilmu bukan menambah takutnya kepada Tuhan.
  • Ilmu yang dimiliki tidak pun dijadikan panduan hidup.
  • Dengan ilmu yang banyak tidak pun dapat berusaha menarik orang yang bukan Islam masuk Islam.
  • Mempunyai ilmu dalam satu bidang contohnya syariah tetapi berlagak pakar dalam bidang bidang lain.
  • Mereka sama mereka suka berbalah dan cabar mencabar secara terbuka mengakibatkan masyarakat awam jadi serba salah tentang siapa yang benar.
  • Mereka menjadi punca pemikiran masyarakat jadi haru-biru akibat "Fatwa" mereka yang sentiasa berubah ubah (mengikut selera mereka).
  • Ahli Ilmu yang beku dan jumud menyebabkan masyarakat cepat jadi jahat kerana ahli ilmu itu sendiri sudah jadi jahat
  • Ahli Ilmu gagal menjadi obor kepada masyarakat

KENALI JEMAAH ISLAM TULIN

Di antara tanda tanda sebuah jemaah itu bukan jemaah Islamiah ialah antaranya:
  • ahli ahlinya lintang pukang dan tidak menitik beratkan soal ibadah.
  • akhlak ahli tidak di persoalkan, tutur kata nya tidak bersopan dan biasanya menyakitkan hati orang yang mendengar.
  • pemimpinnya takut menegur ahli ahli kerana takut ahli lari dari jemaah.
  • dan ahli ahli pula sentiasa menganggap pemimpin maksum dan tidak boleh di tegur apabila buat silap.
  • terlalu kurang memperkatakan tentang dosa dosa dan akhirat
  • tidak ada tarbiah dan program kepada ahli ahli , kecuali ceramah umum.
  • ahli ahli tidak dapat bergantung dengan jemaah dalam segala aspek kerana jemaah sendiri tidak ada sistem untuk menampung keperluan ahli.Saperti sistem ekonomi untuk menjana pendapatan untuk jemaah dan ahli.
  • sebaliknya jemaah banyak bergantung kepada ahli dengan mengutip derma dan sumbangan atas nama tabung jihad.Sedangkan jemaah sendiri tidak berjihad ke arah untuk menjana ekonomi sendiri.
  • menganggap jemaah lain tidak betul, lebih suka memperkatakan kelemahan dan keburukan orang lain daripada kelemahan sendiri apatah lagi untuk memuhasabah jemaah sendiri.
  • selalu ada krisis lebih lebih dengan orang lain

Jumaat, Disember 25, 2009

PEMERINTAH WAJIB BERLAKU ADIL

Keadilan adalah satu perkara yang amat sukar di laksanakan.Tiada sesiapa yang boleh berkata dia telah berlaku adil dalam setiap tindak tanduknya.Hanya orang yang bertaqwa sahaja yang boleh berlaku adil.Hanya orang taqwa, yakni orang yang ada rasa takut terhadap azab Allah sahaja yang akan terdorong untuk bertindak adil dan tidak menindas orang yang dia benci.

Pemerintah adalah golongan yang paling di suruh berlaku adil.Keadilan pemerintah adalah sangat di besarkan oleh ALLAH di dunia dan lebih lebih lagi di akhirat.

Pemerintahlah orang yang paling dituntut agar pandai menjaga hati hati rakyat sekalipun hati orang yang bukan dari partinya atau orang kafir.Demi membina masyarakat harmoni, kasih sayang dan aman damai, yang benar benar terasa oleh semua pihak.

Menjaga hati pula bukan lah dengan mengikut fikiran atau perasaan tetapi hendak lah mengikut syariat Islam.Pertimbang fikiran atau perasaan tidak cukup tepat dalam menilai sesuatu.Oleh itu, untuk menjaga hati, syariat menetapkan caranya, ia itu dengan berlaku adil saperti yang di kehendaki oleh Islam dan bukan "adil" yang di definasikan oleh orang orang sosialis, komunis, ateis, kapitalis,demokrasi dan apa apa jua ideologi selain Islam.

Keadilan yang dilaung laungkan oleh dunia hari ini konon memperjuangkan hak asasi manusia tetapi sebenarnya keadilan mereka adalah puak puak mereka sendiri.Dalam masa yang sama seluruh dunia tidak terasa keadilan yang di lagang mereka itu.

Keadilan mestilah di rujuk di Al Quran dan Hadis dan di praktikan menurut kehendak nya.Keadilan yang di bawa oleh Al Quran sudah pasti mampu mengadili setiap insan, secara merata.Untuk orang Islam atau bukan Islam.Tanpa keadilan, slogan slogan dan retorik retorik tidak akan dapat mendamaikan rakyat yang sedang kusut kini.

Isnin, Disember 21, 2009

GURU MURSYID DARI KACA MATA ILMU TASAUF




Guru mursyid amat di geruni kerana Ilmunya


Mursyid adalah orang yang memberi petunjuk (Irsyad)

Pada akhir zaman ini adalah amat sukar untuk kita mencari atau memilih mursyid yang sebenarnya.Selepas dari zaman Nabi saw, para sahabat, pengikut
sahabat (tabi.en) dan pengikut kepada pengikut sahabat (tabi.en wat tabi.en).
Tempoh Nabi dengan pengikut kepada pengikut sahabat ialah 300 tahun iaitu
mungkin sehingga zaman Imam al-Ghazali. Selepas itu berlaku pencairan
(dilution) dari segi kekentalan ilmu yang asal.

Antara sebabnya ialah pengaruh ideologi thagut yang merupakan kejahatan yang telah meleka atau melalaikan kita semua.

Namun dalam tradisi tasauf, terdapat etika yang menentukan apakah wajar seseorang itu menjadi mursyid.

Di antara syarat syarat yang perlu ada bagi seseorang itu layak
dipanggil mursyid:

Menguasai dan melaksanakan ilmu syariah sebagai tiang agama.
    Peribadinya tertakluk dengan hukum Allah SWT.

Hatinya terbuka kepada teguran dan kritikan

Ilmunya benar atau sahih (bukan ilmu sihir dsb)

Berkemahuan/hemah tinggi kerana hendak membina prestasi diri
dan muridnya
.
Berpandangan jauh (umat Islam memandang jauh kerana adanya
akhirat sebagai destinasi kita)

Dermawan (tidak sekalipun bakhil) walaupun keperluannya tinggal
sehelai sepinggang.

Berbudi pekerti luhur

Kasih sayang terhadap semua manusia; tanpa rasa perkauman atau
memandang bulu/diskriminasi

Zuhud (menolak kebendaan) dan hidup dengan amat sederhana
.
10  Tidak membesarkan diri dengan kehebatannya dan tidak memperlekehkan atau merendahkan ilmu yang ada pada guru,dan ulama lain.

11  Tidak melenting atau mengeluh ketika diuji

12  Amat perahsia (tidak mendedahkan keaiban atau kekurangan orang
lain)

13  Hadir hatinya untuk Allah SWT semata

14  Kesan kesalihannya terpapar kepada usahanya (tanpa menunjukkan
sesuatu yang luar biasa seperti karamah)

15. Tidak berharap kepada manusia (saperti minta gelaran atau pangkat dan bantuan
keewangan)

16.Tidak mengambil peduli perkara remeh

17.Tidak buruk budi pekerti saperti mengumpat dan mengaibkan orang lain.

18 Bertindak berdasarkan ilmu dan tidak ikut perasaan dan hawa nafsu.
  

Panduan begini penting kerana tasauf merupakan disiplin yang amat tinggi
dan banyak dugaannya. Ia memastikan agar kita itu tidak tersesat daripada
landasan hingga terkeluar daripada sifat mukmin.

Peringatan ini diberikan oleh Abu Yazid al-Bustami yang maksudnya:

..Andai kau melihat orang yang kononnya diberi karamah itu dapat terbang,
janganlah kau ikuti dia sehinggalah dia melaksanakan segala hukum-hukum Allah
SWT...

(Rujukan: Kuliah Ustaz Hj Ali Hj Mohamad)

ORANG YANG JIWANYA TIDAK TENANG


Ahad, Disember 20, 2009

KERAJAAN SEKULAR TIDAK AKAN BERJAYA MENCEGAH MAKSIAT KALAU TIDAK DENGAN CARA ISLAM

Isu orang Islam meminum arak bukanlah sesuatu yang pelik dan asing dalam sistem sekular, termasuklah di Malaysia. Begitu juga jika didapati orang-orang Islam masuk ke tempat-tempat perjudian seperti TOTO dan Magnum, ia bukanlah perkara luar biasa dalam kamus sistem sekular. Cuma kadang-kadang, media massa memilih berita mengenai isu seperti ini demi populariti.

Sebagai seorang yang beriman, kita janganlah memandang isu orang Islam minum arak, sekadar sesuatu untuk dibaca semata-mata. Namun, ia haruslah dilihat dalam perspektif hukum syariat dalam memandangnya sebagai sebuah permasalahan yang serius.

Hukuman bagi orang yang meminum arak di dalam Islam adalah sebatan sebanyak 40 atau 80 kali, yang dilakukan oleh Khalifah tanpa menambah atau menguranginya. Membincangkan isu sebatan syariah di dalam sistem sekular adalah ibarat menyuruh kambing berkokok. Ini adalah kerana, sistem sekular akan senantiasa membatasi segala perlaksanaan syariah yang bertentangan dengan perlembagaan sekular. Bahkan, sebatan yang dianggap 'syarie' dalam Mahkamah Syariah (sebanyak 6 sebatan) adalah jelas bertentangan dengan syariah Islam itu sendiri.

Ramai yang memandang bahawa meminum arak itu adalah suatu perbuatan yang keji dan menjijikkan. Namun begitu, jarang sekali kita mendengar dari kalangan penguasa dan penguatkuasa undang-undang yang mengeji tempat-tempat maksiat yang dibiarkan terus beroperasi tanpa larangan. Bahkan, tempat-tempat maksiat ini berkembang pesat dengan banyaknya. Kekuasaan berganti tangan, di beberapa buah negeri setelah pilihanraya, namun masih belum kelihatan sebarang perubahan yang benar-benar memanifestasikan kemuliaan di sisi syariat Islam. Lambakan tempat-tempat maksiat dan program-program yang bersifat hedonisme tetap sahaja berterusan.

Hakikatnya, punca sebenar permasalahan ini adalah penerapan sistem thagut (sistem kufur) dalam kehidupan manusia. Segala tempat-tempat maksiat dibiarkan begitu sahaja kerana kewujudannya mendatangkan keuntungan ekonomi yang besar.Cukai terhadap kilang-kilang arak, tempat-tempat perjudian dan tempat-tempat hiburan dianggap perlu bagi 'pembangunan' negara.

Hakikatnya, apa yang berlaku adalah jelas haram di sisi Islam. Tanpa penerapan Islam yang syumul, maksiat ini akan terus berleluasa. 
 

Rujukan: My Khilafah

Sabtu, Disember 19, 2009

BAHAYA MENGAMBIL IDEOLOGI SELAIN ISLAM



Sesungguhnya Allah SWT telah mengeluarkan kita melalui Islam daripada pelbagai kegelapan dan kesesatan menuju cahaya yang terang benderang. Dengan Islam Allah SWT telah menjadikan kita sebagai umat yang mulia dan perkasa, yang disegani serta menjadi rujukan oleh semua umat manusia. Untuk itu, kita mesti berusaha untuk menjadi umat yang seperti itu, dan kekal tetap seperti itu, kita harus beristiqamah dengan apa sahaja yang diperintahkan oleh Allah kepada kita. Allah SWT berfirman:

“Dan berpegang teguhlah kamu semua kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah nikmat-nikmat Allah yang dikurniakan kepadamu ketika kamu dahulu (zaman jahiliyah) saling bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hati-hati kamu lalu menjadilah kamu melalui nikmatNya itu orang-orang yang bersaudara.” (TMQ Ali Imran [3] : 103)

Allah SWT berfirman:

“Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara, oleh kerana itu damaikanlah antara kedua-dua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.” (TMQ Al-Hujurat [49] : 10)


Rasulullah SAW bersabda:

“Perumpamaan orang-orang mukmin dalam saling mencintai, menyayangi, dan mengasihi antara sesama mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila ada sebahagian daripada anggota tubuhnya yang sakit, maka ia akan dirasai oleh bahagian anggota tubuh yang lain, yang membuatkannya gelisah dan demam.” (HR Imam Muslim dan Ahmad)

Rasulullah SAW bersabda:

"Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim yang lain, ia tidak menzaliminya dan tidak menyerahkannya (untuk dizalimi).” (HR. Imam Bukhari)

Umar bin Khattab RA berkata:

“Kita adalah kaum yang telah dimuliakan oleh Allah dengan Islam, barangsiapa yang mencari kemuliaan selain daripada Deen Allah, maka Allah akan menghina kita.” (HR At-Thabari dalam tafsirnya 13/478)




Oleh yang demikian, simbol, pemikiran, atau konsep apapun yang diambil selain daripada Islam, maka ia sekali-kali tidak akan mendatangkan manfaat atau kekuatan bagi kaum Muslimin. Sebaliknya hal itu akan membahayakan dan memperlemahkan mereka. Dalam hal ini, dalil-dalil syara’ dan fakta-fakta yang ada telah membuktikan segala-galanya. Oleh kerana itu, kaum Muslimin wajib untuk tidak menerima atau mengambil simbol, pemikiran, dan sistem kehidupan apapun selain Islam, di mana Islam adalah yang pertama dan selama-lamanya.


Kaum Muslimin wajib menolak dan melawan setiap simbol, pemikiran dan sistem kehidupan selain Islam. Kaum Muslimin wajib mengambilalih kekuasaan (untuk menggantikan) para penguasa yang redha dengan simbol-simbol kufur dan pelbagai pemikirannya, serta mereka menerapkan sistem kufur dan undang-undangnya.

Oleh kerana keberadaan para penguasa ini tidak mendatangkan apa-apa selain kekalahan demi kekalahan, bencana demi bencana, kelemahan demi kelemahan, dan kehinaan demi kehinaan, maka kaum Muslimin wajib memuhasabah dan mengubahnya sepertimana yang Allah perintahkan, untuk mengembalikan sistem Islam dalam kehidupan di bawah pemerintahan seorang Khalifah, iaitu Khalifah yang dibaiat oleh kaum Muslimin agar menjalankan roda pemerintahan berdasarkan kepada Kitabullah dan Sunnah RasulNya, dan agar Khalifah itu memimpin kaum Muslimin di medan jihad dalam rangka membebaskan kaum Muslimin dan negeri-negeri mereka daripada kekufuran dan kaum kafir (yang memerangi mereka). Seterusnya menyatukan pula seluruh kaum Muslimin dalam Daulah Khilafah, yang akan membawa bendera risalah Islam kepada seluruh umat manusia, untuk menyelamatkan mereka dari kebusukan dan kezaliman sistem akal buatan manusia menuju cahaya Islam dan keadilannya.


Allah SWT berfirman:

“Barangsiapa mencari selain Islam sebagai Deennya, maka sekali-kali tidak akan diterima daripadanya, dan dia di akhirat kelak termasuk orang-orang yang rugi.” (TMQ Ali Imran [3] : 85)

(Nukilan dari: http://www.mykhilafah.com/artikel/1730-bahaya-mengambil-ideologi-selain-islam)

Ahad, Disember 13, 2009

POLITIK UNTUK MENDAPAT ISLAM?

(Kiriman Saudara Muhammad Muhaimin Abd Rahman - musthofaali@gmail.com bagi menjawap tulisan dari Blog in bertajuk "Politik itu mengejar Kuasa?").


Ramai pihak yang berpendapat bahawa adalah lebih baik berpolitik untuk mendapatkan kuasa memerintah negara kerana dengan itu mudahlah Islam ditegakkan. Dan seperti yang kita sedia maklum, setiap parti yang ingin berkuasa di negara ini mestilah melalui politik pilihanraya kerana itu adalah satu-satunya jalan yang sah dan sedia ada menurut undang-undang negara. Perlu kita ingat, politik pilihanraya yang diamalkan sekarang ini adalah kaedah ataupun cara perjuangan yang diimpot dari Barat.

 

Ertinya, politik yang ada pada hari ini adalah ciptaan orang kafir, bukan daripada Islam. Ia dibuat tanpa berpandukan undang-undang Islam. Jika kita mengikut kaedah pejuangan mereka dengan sendirinya kita terjebak ke jalan yang menyimpang daripada syariat.

Sabda Rasulullah SAW:
Terjemahannya: Sesiapa yang menyerupai sesuatu golongan dia juga akan tergolong dalam kaum itu.


Jadi jelas kepada kita, politik Barat ialah sesuatu yang salah dan jika kita mengikutnya kita juga bersalah. Justeru itu kita mesti menghindarkan diri dan jemaah perjuangan kita daripadanya. Sesuatu yang temyata salah pasti tidak akan membuahkan natijah yang baik. Jika kita tempuh juga maka itulah yang menimbulkan huru-hara, kacau-bilau dan persengketaan di tengah masyarakat. Ini sudah terbukti.



Masyarakat Barat sendiri mengakui kekotoran politik yang mereka lagang, kata mereka, “Politic is a dirty game.” Oleh itu kita sebagai umat Islam, mestilah menolak jalan yang kotor ini kerana Islam adalah agama yang suci dari mementingkan kebersihan, samada lahir mahupun batin.

Dalam politik berpilihanraya seperti yang ada pada hari ini, kuasa dan pengaruh adalah penting untuk merebut tampuk pemerintahan negara. Sudah tentu dalam usaha mendapatkan pengaruh ini banyak tolak-ansur ‘terpaksa’ dilakukan. Ini dapat dilihat dengan jelas terutamanya sewaktu pilihanraya diadakan. Dalam berkempen misalnya, kita tidak akan mempersoalkan apakah orang di hadapan kita itu sembahyang atau tidak, menutup aurat atau tidak, bergaul bebas atau tidak... Mengapa? Ini disebabkan kita takut mereka lari daripada kita. Sikap mementingkan undi telah menyebabkan kita bertolak-ansur dan pejam mata terhadap kemungkaran yang mereka laksanakan. Ini bertentangan dengan ajaran Islam!

Hal ini memang terjadi dalam masyarakat kita. Jarang soal sembahyang, pendedahan aurat, pergaulan bebas disentuh secara serius dalam kempen-kempen politik kerana hendak “mengambil hati” para pengundi. Kita terdorong untuk bercakap atas topik yang sedap pada pendengaran orang ramai sahaja. Sedangkan menurut ajaran Islam adalah menjadi kewajipan menegur dan membetulkan kesalahan yang berlaku di hadapan mata kita. Dan kesalahan yang besar mestilah diutamakan lebih dahulu sebelum cuba membetulkan kesalahan-kesalahan yang kecil. Dengan ini, sikap tolak-ansur dengan kemungkaran adalah tertolak, kerana ia menjerumuskan kita kepada sifat nifaq ataupun talam dua muka.


Melalui sistem politik Barat ini juga, kita cuba menggunakan kuasa yang ada di tangan untuk menundukkan orang ramai kepada Islam dengan menggunakan tekanan dan paksaan melalui akta-akta, undang-undang, peraturan-peraturan dan lain-lain lagi. Ertinya, Islam yang mereka tegakkan bukanlah atas dasar kesedaran, keinsafan, kefahaman dan bukan dari dorongan iman.

Bila ini terjadi, dua perkara mungkin berlaku. Pertama, oleh kerana undang-undang Islam masih asing dan janggal pada pandangan masyarakat, dengan diam-diam hati mereka menolaknya. Ini akan menyuburkan rasa tidak puas hati yang lama kelamaan, semakin meluas di kalangan masyarakat

yang belum mempunyai kesedaran dan kefahaman Islam itu. Ini berbahaya. Lebih-lebih lagilah jika yang menolak dan tidak puas hati itu ialah pihak-pihak keselamatan (anggota polis atau tentera). Dengan mudah kerajaan Islam akan digulingkan melalui pemberontakan bersenjata ataupun demontrasi-demontrasi rakyat jelata.

Jika pun tidak sampai ke peringkat itu, perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat jelata pasti mendorong mereka menjatuhkan kita dalam tempoh pilihanraya yang akan datang. Ibarat pokok yang belum berbuah tetapi telah dicantas orang, begitulah kerajaan Islam yang dibina bukan atas dasar iman, pasti akan runtuh sebelum sempat menegakkan Islam di seluruh bidang kehidupan.

Kemungkinan yang kedua, rakyat akan berpura-pura patuh kepada ajaran Islam di hadapan pemimpin, tetapi di belakang pemimpin ia menjadi orang yang munafik atau- pun fasik. Walaupun mereka sebenamya memusuhi Islam tetapi tidak berani angkat muka kerana takut dan tidak ada kekuatan untuk mencabar kuasa pemerintah. Mereka laksanakan Islam kerana takutkan hukuman bukan kerana takutkan Allah. Manusia boleh berpura-pura di hadapan manusia tetapi tidak di hadapan Allah. Inilah yang berlaku di setengah-setengah negara Arab yang telah mengisytiharkan kepada dunia bahawa negara mereka ialah negara Islam.

Misalnya, perempuan-pemmpuan mereka hanya menutup aurat dengan tudung dan purdah di dalam negeri tctapi jika berada di luar negeri, mereka buka dan dedahkan aurat dengan fesyen pakaian Barat. Ini selalu kita lihat, bila menaiki kapal terbang dalam perjalanan berdakwah di luarnegeri. Wanita-wanita Arab akan menaiki kapal terbang dengan pakaian yang mendedahkan aurat dan bila hampir sampai ke negara mereka, barulah purdah disarungkan kembali. Apakah Islam yang begini kita mahu? Islam pura-pura!

Sementara di pihak pembesarnya pula, akan berlakon di hadapan rakyatnya dengan menjalankan undang-undang Islam. Di dalam Negara mereka berlagak sebagai pemerintah Islam tetapi bila mereka melancong ke luar negeri seperti ke Thailand, Perancis dan London sikap mereka pun bertukar.

Mereka buat maksiat dan kemungkaran semahu-mahunya. Inilah peribadi-peribadi yang kononnya penaung kepada negara Islam. Apa sudah jadi? Pemimpin berlakon di hadapan rakyat, rakyat berpura-pura di hadapan pemimpin? Inikah negara Islam yang -kita cita-citakan?


Oleh itu yakinlah, bahawa negara Islam yang sebenarnya ialah negara yang diasaskan atas dasar iman, di mana pcmimpin dan rakyatnya melaksanakan ajaran Islam kerana takut dancinta kepada Allah semata-mata.

Sekiranya kita hendak melaksanakan Islam secara syumul dengan menguasai negara terlebih dahulu, ertinya ’kita mengarahkan orang bersembahyang, berakhlak, menutup aurat, jangan bergaul bebas, memotong tangan pencuri-pencuri dan lain-lain hukum-hakam Islam, bukan atas dasar iman. Yakni mereka terpaksa tunduk kepada Islam bukan dengan kesedaran, bukan dengan kefahaman Islam dan bukan dengan dorongan iman tetapi terpaksa kerana terikat dengan akta, undang-undang, peraturan-peraturan dan lain-lain. Ini berlaku kepada kedua-dua golongan, samada dalam pemerintah ataupun kepada rakyat jelata.

Bagi pemerintah yang naik berkuasa melalui jalan politik bukan atas dasar iman, mereka akan dengan sendirinya terdedah kepada kemewahan, kesenangan, pangkat, Wang ringgit dan lain-lain. Ini kerana merekalah yang paling berkuasa dalam sesebuah negara. Apakah mereka sanggup berhadapan dengan godaan dunia ini? Tidak mungkin. Tidak mungkin. Mengapa? Ini kerana mereka hanya memiliki kuasa tetapi iman tidak kukuh, tidak kuat dan akan mudah dikelabui oleh mata benda dunia. Bila ini terjadi, cita-cita untuk menegakkan Islam musnah. Kuasa sudah di tangan tetapi tidak dapat dijadikan alat sebagai menegakkan matlamat (Islam) Bukan sahaja Islam tidak dapat ditegakkandi dalam masyarakat dan negara, bahkan dalam diri pemimpin itupun gagal. Inilah akibatnya mengutamakan kuasa politik daripada pembinaan iman!

Kenyataan ini bukanlah tuduhan melulu tetapi jelas kita lihat melalui pengalaman hidup di dalam masyarakat. Individu-individu yang bercita-cita Islam ramai tewas dengan kemewahan sebaik sahaja mereka berkuasa. Kadang-kadang baru sekadar menguasai kerusi dalam satu-satu kawasan pilihanraya, namun cara hidupnya mendadak berubah. Rumah semakin besar, kereta bertukar ganti, sudah menjadi taukeh balak secara diam-diam dan lain-lain kemewahan. Itu baru satu kerusi... bayangkanlah kalau ia menguasai negara, sudah tentu lebih banyak peluang untuk mendapat kemewahan terbuka. Lebih banyak kedudukan yang tersedia dan bermacam-macarn kemewahan akan menggolek datang. Ketika itu nanti akan terjadilah rebutan dan krisis sesama sendiri. Akhirnya perebutan kuasa terjadi. Dan dengan sendirinya cita-cita’ menegakkan Islam bertukar kepada cita-cita untuk menegakkan kepentingan hawa nafsu semata-mata.


Sebenarnya ajaran Islam yang syumul itu dapat ditegakkan dalam diri, masyarakat, hinggalah kepada persoalan negara melalui pembangunan iman. Inilah cara yang perlu dititikberatkan dan perlu diusahakan secara bersungguh-sungguh. Iman perlu dibangunkan melalui dakwah dan tarbiah. Dengan ini orang ramai akan didorong, ke arah memahami, menghayati dan mengamalkan Islam secara lemah lembut, kasih sayang dan penuh hikmah!

Kefahaman dan kesedaran Islam yang bertapak dalam diri individu-individu itu dengan sendirinya akan menimbulkan cinta dan kasih kepada Islam tanpa dipaksa-paksa.

Menanam iman dan menyuburkan melalui dakwah dan tarbiah mestilah dibuat secara langsung. Ibadah, akhlak, ukhwah, setiap anggota masyarakat mestilah dibimbing dengan cara menanamkan kesedaran dan kefahaman melalui dakwah dart diikuti dengan memberi tarbiah.

Ertinya, masyarakat bukan hanya diberi kefahaman yang tepat melalui teori-teori, tetapi tentu dibimbing melalui didikan secara praktikal.

Bila ini dapat dibuat secara kemas dan berkesan, dengan sendirinya akan lahirlah individu-individu yang beriman dan bersedia bila-bila masa sahaja untuk menegakkan hukum-hakam Islam.





(Dipetik dari Minda Ikhwan)

Jumaat, Disember 11, 2009

POLITIK ITU MENGEJAR KUASA?

Ada orang fahamkan politik sebagai menyertai mana mana parti politik untuk ikut serta dalam pilihanraya.


Orang politik difahamkan sebagai orang yang ada parti politik atau menjadi ahli mana mana parti politik dan ikut serta dalam pilihanraya yang berlangsung beberapa tahun sekali.


Kemudian samada dia menang atau tidak dalam undian untuk jadi wakil rakyat atau sekadar menjadi ahli biasa saja.


Itu lah orang yang kononnya di katakan orang politik.


Sebaliknya orang yang tidak berpolitik difahamkan sebagai orang yang tidak menjadi ahli mana mana parti politik, tidak mengundi dan tentunya tidak jadi calon dalam pilihan raya.


Oleh kerana erti politik mengikut pandangan umum ialah ikut sistem pilihan raya kerana hendak berkuasa, maka matlamat mereka hanyalah hendak kuasa.


Oleh kerana terlalu hendak kuasa, dalam pilihanraya mereka menghalalkan cara.


Cara halal atau haram, cara kotor atau bersih, menghuru harakan suasana atau melaku tipu daya, semua boleh mereka lakukan.


Rasuah pun tidak apa, jual agama pun tidak apa, membeli undi pun tidak apa.


Yang penting menang dalam pilihan raya.


Ini kah POLITIK yang mereka fahamkan?
 
 

POLITIK ISLAM TIDAK LAGI RELEVEN?



Bila kita tanya kepada kebanyakan tokoh politik Islam, mengapa mereka ikut serta dalam sistem politik Barat.Biasanya mereka akan menjawab "Tiada pilihan lain- dharurat". Benarkah begitu? Adakah Islam tidak ada jalan sendiri dalam hal berPolitik? Adakah Islam tidak sempurna hingga kita umat Islam kena dan terpaksa ikut sistem ideologi politik bikinan manusia yang juga bertentangan dengan Islam? Adakah Islam tidak ada cara untuk berpolitik dalam arena politik dunia sekarang? Adakah politik Islam sudah tidak releven dan ketinggalan zaman atau sudah mati, walhal kita rata rata mengaku Islam itu syumul?

Rasulullah lahir di waktu zaman politik jahiliah sedang menguasai dunia.Keadaan serupa sedang berlaku di zaman kita sekarang di mana politik ideologi barat sedang menguasai dunia.Namun baginda tidak pun mengikut serta cara politik mereka? Baginda tidak pun ikut cara mereka dan berkata "keadaan dharurat - tiada pilihan".Baginda berjuang menampilkan politik Islam di tengah tengah sistem politik jahiliah yang sedang melanda ibarat bah yang tidak boleh di tahan tahan ketika itu.Baginda berjaya membunuh politik karut itu.

Hari ini mengapa kita tidak mahu ikut jejak Rasulullah dan amalkan politik yang tidak Islamik?.Tokoh tokoh politik Islam kata itulah politik.Politik tidak Islamik digunakan untuk menegakkan negara Islam? Mereka menghalalkan cara atas alasan "dharurat" kerana tiada pilihan.Kata mereka kita guna politik barat untuk melawan politik barat.Ya kah? (Seolah olah mereka menganggap Islam tidak ada jalan sendiri untuk berpolitik).Mereka juga meng-cap mana mana jemaah,harakah atau NGO Islam yang tidak terlibat dalam politik sebagai tidak berjuang untuk Islam.Kumpulan yang cuba mengamal politik cara Islam pula di cemuh.Mereka menganggap adalah mustahil Politik Islam boleh bangkit di tengah tengah arus politik barat yang amat kuat.Lalu mereka bermati matian lah berjuang atas platform yang tidak Islamik itu yakni melalui sistem politik TAGHUT.

 Kesal, sistem politik Islam sendiri di anak tiri dan pinggirkan.


Rabu, Disember 09, 2009

PERANAN ULAMA DAN UMARA

Kiriman: Sdr Zulkifli Sulaiman - zulkiflee@utusan.com.my


"Yang menjadi masaalah pada hari ini ialah rakyat dan masyarakat tidak faham siapa itu ulama.Mungkin juga umara tidak kenal siapa ulama sebenarnya.Kemudian ada pula orang yang merasakan dirinya ulama sebab boleh bercakap dan membaca ayat Al Quran"


Dalam Islam yang Hadhari atau realiti atau hakiki, peranan ulama tidak boleh diperkecilkan. Tanpa ulama yang mendidik (tarbiah) dan memberi ilmu (taalim), usaha ke arah membina Islam sudah tentu akan gagal. Kerana tanpa didikan dan ilmu, kita tidak akan tahu bagaimana hendak berbuat dan ke arah mana usaha kita hen-dak dihalakan. Kita juga tidak akan ada kekuatan roh dan jiwa untuk melaksanakannya. Kerja membangunkan Islam bukan calang-calang kerja. la bukan perkara kecil atau mudah. la penuh dengan kepayahan, pengorbanan dan keperitan. Tanpa ilmu dan didikan, kita akan jadi kaku dan beku. Tanpa ilmu kita kaku untuk bergerak. Tidak tahu bagai-mana dan apa caranya. Tidak tahu arah tujuannya. Tanpa didikan pula kita akan beku. Walaupun ilmu ada, tetapi kita tidak ada kekuatan dalaman atau kekuatan jiwa untuk meng-harungi ujian, kesusahan dan pancaroba yang pasti akan di-hadapi.


Umat Islam perlu tahu dan kenal ulama supaya mereka mencintainya dan mendapat didikan serta pimpinan darinya yang wajib mereka perolehi dalam hidup di dunia ini. Umat yang tidak kenal dan tidak cintakan ulama pasti tidak akan bertemu iman dan Islam yang sebenarnya. Mereka tidak akan faham tentang agama anutan mereka. Bahkan mereka tidak akan faham tujuan dan arah hidup yang sedang mereka tem-puh ini. Mereka akan hidup dalam kegelapan, tidak nampak apa yang baik dan apa yang buruk, apa yang benar dan apa yang salah.


Ulama seperti manakah yang boleh dan mampu mengajar dan mendidik kita ke arah terbangunnya Islam ? Ulama seperti manakah yang boleh menjadi sumber inspirasi dan sumber rujukan kepada para umara dan rakyat jelata yang terlibat dalam membangunkan Islam ? Siapakah yang dikatakan ulama itu? Adakah orang yang agak tinggi ilmu Islamnya itu ulama? Apakah pula peranannya?



PENGERTIAN ULAMA YANG SEBENAR


Hadis ada menyebut:

Maksudnya: "Bila ulama dan umara (pemimpin) baik, umat Islam pun akan baik."


Dalam hadis ini, ulama didahulukan kemudian barulah umara. Ulama memberi ilmu dan memberi contoh. Kalau hendak dilaksanakan secara global, ulama tidak mampu sebab dia tidak ada kuasa dan kekuatan. Umara ada kekuatan ekonomi, politik dan negara. Umara boleh menggerakkan rakyat. Oleh itu, umara mesti bergantung kepada ulama. Ke-mudian dia apply dan dipraktikkan nasihat dan ajaran ulama kepada masyarakat.


Yang menjadi masalah pada hari ini ialah rakyat dan ma-syarakat tidak faham siapa itu ulama. Mungkin juga umara tidak kenal siapa ulama yang sebenarnya. Kemudian ada pula orang yang merasakan dirinya ulama sebab dia boleh bercakap dan boleh membaca ayat Al Quran. Masyarakat pun mengangap dia ulama.


Sebenarnya ulama itu bukan dia yang melantik dirinya menjadi ulama hanya kerana dia mempunyai sedikit ilmu.Kemudian buat pula persatuan ulama. Ini tidak pernah berlaku dalam sejarah Islam. Title ulama di sisi Tuhan bukan-diukur pada degree atau ijazah, ilmu atau jawatan. diri pun tidak boleh mengaku yang dia itu ulama.


Hanya Allah yang tahu. Ini penting supaya umat tidak keliru siapa yang sepatutnya mereka ikut dan pimpinan siapa yang patut mereka terima. Imam Syafie contohnya, rakyat menga-kui dia ulama tetapi dia sendiri tidak mengakui dirinya ulama Imam Ghazali pun dikata orang sebagai ulama tetapi dia sendiri tidak pernah mengaku begitu. Ulama atau tidak bukan berdasarkan penilaian orang ramai. Bukan juga pada penilaian kerajaan dan lebih-lebih lagi bukan atas dasar merasakan diri sendiri ulama. Kalau begitu, siapakah sebenarnya ulama?


Istilah ulama adalah dari bahasa Arab. Maksudnya disegi bahasa ialah orang-orang alim atau orang-orang pandai. Boleh dikatakan juga para ilmuan dan para cerdik pandai. Pada segi bahasa, ulama itu adalah orang alim dalam apa sahaja bidang ilmu sama ada ilmu dunia mahupun ilmu akhirat, ilmu baik atau pun ilmu jahat, tidak kira ilmu itu diamalkan atau pun tidak. Orang yang mempunyai ilmu di bidang ekonomi misalnya, digelar ulama. Begitu juga yang mengetahui ilmu usuluddin, dia juga digelar ulama.


Berdasarkan fahaman dan pengertian inilah kita sekarang memberi gelaran ulama kepada seseorang, iaitu sesiapa sahaja yang alim dalam bidang ilmu apa pun, kita panggil dia ulama.


Pengertian ulama dalam Islam berbeza.

Di samping ilmu, dia perlu ada syarat-syarat yang lain seperti di bawah:

1. Beriman

Ulama itu mestilah dari kalangan orang-orang yang beriman.

Firman Allah: Maksudnya: "Allah mengangkat mereka yang beriman di kalangan kamu dan mereka yang diberi ilmu itu beberapa darjat." (Al Mujadalah: 11)

2. Beramal

Mereka mestilah beramal dengan ilmu mereka.

Seperti kata Abu Darda`: Maksudnya: "Tidak dianggap seseorang itu alim sehinggalah dia beramal dengan ilmunya. "


3. Takutkan Tuhan

Mereka mestilah orang yang takut dengan Tuhan.

Firman Allah: Maksudnya: "Hanya sanya yang takut dengan Tuhan Itu ialah ULAMA. " (Al Fathir: 28)

Di sini ada dua perkara besar. Ada dua perkataan di dalam ayat ini yang menjadi kunci iaitu ulama dan takut. Oleh itu, ulama di sini ialah orang yang ada ilmu, Yakni ada ilmu dunia dan ilmu Akhirat, ada ilmu tentang Tuhan, tentang syariat dan tentang akhlak. Kemudian dia takut dengan Tuhan.


Setelah itu, Tuhan berfirman lagi, kalau ulama itu mem-punyai ilmu dunia dan ilmu Akhirat dan dia takut pula dengan Tuhan, maka Tuhan perintahkan melalui ayat-Nya: Maksudnya: "Hendaklah kamu bertanya (tentang Akhirat, tentang dunia iaitu hal-hal ekonomi, masya-rakat dan lain-lain) kepada ahii zikir jika kamu tidak mengetahui." (An Nahl: 43)


Rupanya, ulama itu ialah ahli zikir. Ahli itu orangnya. Zikir itu sifatnya. Ertinya ulama itu, hatinya terhubung dengan Tuhan dan sentiasa terisi dengan rasa cinta dan takutkan Tuhan. Hatinya sentiasa hampir (qarib) dengan Tuhan kerana itulah maksud zikir yang sebenarnya. Zikir bukan setakat memegang biji tasbih dan melafazkan istilah-istilah dan ayat ayat zikir. Itu belum boleh dikatakan zikir kerana hanya dibibir sahaja. Belum terasa di hati. Zikir itu ialah apa yang dirasakan di hati. Dengan kata-kata yang lain, ulama itu setidak-tidaknya bertaraf muqarabbin.


Ertinya lagi, ulama itu ilmunya mendarah daging. Maksud-nya dia tidak payah buka kitab. Bila ditanya tentang ilmu Islam, dia boleh terus jawab. Bila dia ditanya tentang masya-rakat Islam, pejam-pejam mata sahaja, dia boleh jawab. Kalau perlu buka kitab, itu guru hendak mengajar atau muailim, bukan ulama. Lagipun apa yang ada dalam kitab itu ilmu orang lain bukan ilmu dia. Kalau buka kitab Imam As Syafie, maka itu ilmu Imam As Syafie. Kalau buka kitab Imam Al Ghazali, maka itu ilmu imam Al Ghazali. Dia hanya menyampaikan ilmu orang. Kalau hanya setakat menyampaikan ilmu orang lain, tidak bolehlah dikatakan ulama.


Ulama atau ahli zikir ini, hatinya ibarat gudang. Segala jenis barang ada di dalamnya. Mintalah apa sahaja yang diperlukan, nescaya dia boleh bagi. Hendak minta apa pun, semua ada di dalam gudang itu. Dia tidak rujuk kepada orang. Malahan dia adalah tempat rujuk. Dia tidak merujuk kepada kitab yang ditulis oleh orang. Dia merujuk kepada hatinya yang penuh dengan ilmu. Sebab itulah, bila disuruh bertanya, Allah tidak sebut tanya guru. Tetapi tanyalah ahli zikir.


Oleh itu, kalau kerajaan atau umara, orang besar atau kecil atau rakyat hendak bertanya, tanyalah ulama atau ahli zikir seperti ini. Jangan tanya para ustaz atau muailim. Walau-pun mereka mempunyai ijazah, hakikatnya mereka faham hanya satu-satu bab sahaja dari ilmu Islam.


Pemimpin sebenar (umara) perlu bergantung kepada ulama atau ahli zikir seperti ini. Kemudian dia apply dan praktikkan ilmu dan nasihat ulama tersebut kepada masyarakat. Ulama seperti ini tidak perlu menonjolkan diri. Kalau dia perjuangkan ilmunya, dia akan tertonjol sendiri.

Sabtu, Disember 05, 2009

HAI PEJUANG ISLAM..................


Bandingan seorang lelaki yang sibuk memperjuangkan Islam tapi anak anak isteri di biarkan dalam keadaan jahil dan maksiat, samalah saperti seorang yang sedang belayar membiarkan anak isterinya memasukkan air ke dalam kapal.Bila kapal karam , maka si suami turut karam.

Anak anak isteri adalah orang yang sangat penting dalam hidup kita.Kalau mereka baik, baiklah kita.Kalau mereka sihat, sihatlah kita.Kalau mereka suka, sukalah kita. Sebaliknya kalau mereka sakit, sakitlah kita dan kalau mereka rosak, rosaklah kita.

Kerana itu Allah perintahkan diambil berat pada mereka itu, lebih dari memikirkan hal lain dan orang lain.

Allah berfirman, maksudnya:
"Jaga lah dirimu, dan ahli keluarga mu daripada api neraka" (At Tahrim:6)

KALAU PEJUANG ISLAM MENUMPANG PLATFORM ORANG

"Apalah erti kemenangan kalau tidak membawa kebenaran Tidak mengapa menerima kekalahan selagi kita di dalam kebenaran. Allah bukan menilai kemenangan tapi menilai kebenaran. Oleh itu berjuanglah di atas kebenaran, sekalipun kalah".


Untuk renungan pejuang pejuang yang memperjuangkan ISLAM


1.Kalau kita berjuang menumpang platform orang, macam kita menumpang kapal orang.Kita ada matlamat sendiri, yang punya kapal mempunyai matlamat sendiri. Sudah tentulah yang punya kapal itu akan membawa kapalnya ke destinasi yang dia kehendaki. Bukan ke destinasi yang kita kehendaki. Bila hendak sampai.
2.Di dalam perjuangan adakalanya kita mesti mara ke hadapan, adakalanya kita mesti undur ke belakang dan adakalanya kita mesti bertahan. Begitulah strategi di dalam perjuangan.

3.Perjuangan Islam tidak sama dengan Perjuangan Umat Islam. Perjuangan Islam perjuangan yang dilaksanakan oleh umat Islam yang berprinsipkan Islam berdasarkan Al Quran dan Al Hadis. Perjuangan Umat Islam ialah perjuangan yang dilaksanakan oleh umat Islam yang berdasarkan ideologi. Yang pertama kalau terkorban mati syahid. Yang kedua kalau terkorban mati sakit.

4.Kalaulah orang Islam itu ghairah mengamalkan ajaran Islam, tidak ada masa untuk berforum dan bermujadalah. Kerana masa mengamalkannya sangat terbatas
5.Apabila ada orang di sesebuah parti lain melakukan kesilapan atau kesalahan, bukan sahaja orang itu dihina, dikata dan dicerca bahkan parti orang itu pun dikata dan dicerca, tapi apabila Allah takdirkan membongkar kesalahan mana-mana orang di dalam parti atau jemaahnya sendiri, dia berkata, “Itu kesalahan individu, tidak ada kena-mengena dengan parti atau jemaah”.

6.Ada orang di dalam perjuangan, sanggup korbankan dasar dan prinsip perjuangan, kerana mempertahankan satu dua orang yang disukainya. Walaupun orang yang dipertahankannya itu melakukan kesalahan. Begitu juga ada orang yang sanggup korbankan dasar perjuangannya, kerana ada individu di dalam perjuangan itu berselisih faham dengannya.

7.Di dalam satu perjuangan, kita mesti pandai membezakan kesalahan dasar perjuangan, dengan kesalahan peribadi di dalam perjuangan. Apabila peribadi yang salah, kita tidak boleh meninggalkan perjuangan. Tapi apabila dasar perjuangan yang salah, tidak mengapa kita meninggalkan perjuangan itu.

8.Perjuangan itu macam orang buka ladang, orang yang boleh meneruskan pembukaan ladang itu di awal hingga akhir waktu menebang, membakar, membajak, menanam terlalu kurang berlakunya perselisihan dan krisis, kerana tidak ada apa yang hendak direbutkan, perselisihan dan krisis banyak berlaku selepas ladang mengeluarkan hasil, menimbul rebutan, pecahlah perpaduan, begitulah perjuangan selepas mendapat kejayaan atau kemerdekaan. Timbullah krisis yang membawa perpecahan yang hebat, justeru merebut hasil kemenangan

9.Apalah erti kemenangan kalau tidak membawa kebenaran ? ! Tidak mengapa menerima kekalahan selagi kita di dalam kebenaran. Allah bukan menilai kemenangan tapi menilai kebenaran. Oleh itu berjuanglah di atas kebenaran, sekalipun kalah.
10.Pertahankanlah kebenaran sekalipun kalah, hindarkanlah kebatilan sekalipun mendapat kemenangan.

11.Pemimpin politik selalunya hanya dapat menawan fizikal manusia. Pemimpin kerohanian biasanya dapat menawan hati manusia. Selalu sahaja berlaku pertembungan di dalam satu masa, bila pemimpin politik itu kalah, dia selalu sahaja menggunakan kuasa. Dia kalah di dalam kemenangan

12.Kemampuan kuasa tidak boleh menawan hati. Tapi kemampuan hati boleh menawan hati dan kuasa tanpa kuasa.


13.Allah tidak akan persoalkan kelak menang dan kalah, tapi yang Allah akan persoalkan ialah benar dan salah, begitu jugalah Allah tidak akan tanya tentang berjaya dan gagal tapi yang Allah akan tanya adalah bekerja dan berusaha mengikut syariat atau sebaliknya melanggar syariat.

14.Di dalam berjuang hendaklah kita lebih takut dengan dosa kita lebih daripada musuh, kerana dengan dosa itu Allah murka, apabila Allah murka kita dibiarkan oleh Allah kepada musuh, di waktu itu kita berhadapan dengan dua kerugian pertama kemurkaan Allah, kedua kekalahan dan kehinaan.

15. Apabila kebenaran itu dibawa oleh orang yang sudah hilang wibawa (hilang taqwa), kebenaran itu tidak akan diikuti orang, kebenaran itu tidak bernilai.

16. Yang mengelirukan orang awam di akhir zaman ini ialah hampir semua golongan menyebut Islam, orang fasik menyampaikan Islam, orang munafik menyampaikan Islam, yang jahil dengan Islam pun menyampaikan Islam, yang dasar perjuangannya tidak mengikut Islam pun memperkatakan Islam, orang kafir pun memperkatakan tentang Islam.



Sumber:http://heliconia.wordpress.com

SIKAP AHLI ILMU AKHIR ZAMAN

Islam sangat menggalakkan umatnya menuntut Ilmu.Samada Ilmu dunia atau Ilmu akhirat.


Allah berfirman, maksudnya:" Allah yang menciptakan tujuh langit dan tujuh bumi, saperti langit, turun berkali kali perintah Allah antara langit dan bumi supaya engkau memperolehi ilmu, supaya kamu sekalian mempunyai ilmu, bahawa Allah itu kuasa atas segala sesuatu dan bahawa Allah sudah berilmu, sudah mengetahui segala sesuatu yang meliputi ilmu itu untuk segala sesuatu." (At Talaq:12)


Namun apa yang berlaku kepada sesetengah orang yang sudah mendapat ilmu ialah:-
  • Menimba ilmu Islam dari orang kafir di universiti universiti.
  • Menjadi sombong dengan Ilmu.Dia bukan makin merendah diri kepada Tuhan dan manusia.
  • Menggunakan ilmu sebagai mencari jawatan (saperti jawatan Mufti) atau kekayaan dunia atau pangkat atau untuk kepentingan politik dan diri sendiri.
  • Sudah dapat ilmu bukan menambah takutnya kepada Tuhan.
  • Ilmu yang dimiliki tidak pun dijadikan panduan hidup.
  • Dengan ilmu yang banyak tidak pun dapat berusaha menarik orang yang bukan Islam masuk Islam.
  • Mempunyai ilmu dalam satu bidang contohnya syariah tetapi berlagak pakar dalam bidang bidang lain.
  • Mereka sama mereka suka berbalah dan cabar mencabar   secara terbuka mengakibatkan masyarakat awam jadi serba salah tentang siapa yang benar.
  • Mereka menjadi punca pemikiran masyarakat jadi haru-biru akibat "Fatwa" mereka yang sentiasa berubah ubah (mengikut selera mereka).
  • Ahli Ilmu yang beku dan jumud menyebabkan masyarakat cepat jadi jahat kerana ahli ilmu itu sendiri sudah jadi jahat
  • Ahli Ilmu gagal menjadi obor kepada masyarakat

Jumaat, Disember 04, 2009

BILA LAGI ISLAM NAK BANGUN DI KELANTAN?



Terlebih dahulu saya ingin mohon ribuan ampun dan maaf kerana mungkin tulisan saya kali ini akan menimbulkan rasa tidak senang hati pembaca dari kalangan ahli dan penyokong PAS dan Kelantan.Saya memang jarang sekali terlibat dalam penulisan bab politik.Tetapi kali ini saya rasa terpanggil juga untuk meluahkan rasa hati terhadap perjuangan Islam PAS di Kelantan yang begitu lembab dalam melaksanakan negeri Islam, tidak sehebat saperti apa yang mereka laung laungkan kerana mungkin terlalu sibuk dan amat
memfokuskan kepada mainan politik menghentam musuh setiap masa hingga terabai kerja kerja pembangunan Islam yang sebenarnya.


Negeri Kelantan sudah lama mengalami masaalah keewangan yang senget, dan ia adalah negeri yang termiskin di antara negeri negeri di Malaysia.Pemimpin Kelantan sentiasa menyalahkan kerajaan Pusat berkaitan dengan isu keewangan ini.Sebab itu royalti sangat di tagihkan oleh Kelantan dan telah menjadi isu hangat.Ini membawa, baru baru ini, kepada TGNA terpaksa buat serangan peribadi ke atas PM hingga langkahnya itu dilihat telah mencemarkan mertabatnya sendiri di mata rakyat sebagai Pemimpin,Tok Guru, Ulamak atau Mursyid

Menyalahkan musuh tidak ada gunanya.Sebab musuh memang kerjanya begitu.Tetapi nampak buruk nya pejuang Islam meminta minta pada musuh.Patutnya pejuang lah kena memberi kepada musuh barulah musuh terima dan respek Islam.Alasan tidak dapat wang dari Kerajaan Pusat untuk bangunkan Islam tidak akan menyelesaikan masaalah bahkan akan menjatuhkan imej perjuangan Islam itu sendiri.Kerana salah satu sifat perjuangan itu ialah berkorban apa saja.

Pemimpin Kelantan mesti mampu menyelesaikan masaalah dan menjadi role model kepada rakyat dan negeri negeri lain dalam membangunkan Islam tanpa menyalah nyalahkan pihak lain apabila gagal melaksanakannya.Kan mereka selalu mengajar rakyat dan mengatakan Islam itu baik dan penyelesai segala masaalah? Sekarang mereka perlu praktik kan untuk menyelesaikan masaalah negeri secara Islam.

Kembali kepada isu keewangan.Rakyat Kelantan terutama orang orang besar dan korporat korporat, lebih lebih lagi ahli ahli PAS di Malaysia mesti sanggup mengisi kekurangan keewangan dengan berkorban habis habisan demi Islam.Jadi lah macam rakyat Muslim di Singapura, mereka sedia potong S$1 dari gaji mereka setiap bulan untuk projek projek pembangunan Islam di sana.Dalam setahun mereka boleh mendirikan sebuah Masjid bernilai jutaan S$.Sudah banyak Masjid dan institusi mereka dirikan dan berbagai pembangunan insan mereka laksanakan melalui kaedah ini.Saya rasa Rakyat Kelantan tentu boleh buat lebih dari itu .Ahli ahli korporat lagi lah boleh, memandangkan ada yang boleh menyumbang puluhan ribu Rm kepada TGNA untuk pergi menunaikan Haji.Rakyat Kelantan yang berbangga dengan pemimpin mereka iaitu TGNA yang telah mengorbankan peruntukan peruntukan peribadi nya kepada negeri dan rakyat tidak ada erti nya sekiranya mereka sendiri tidak ikut jejak pengorbanan itu.Apa ertinya mengundi pemimpin kalau tidak sanggup berkorban wang ringgit untuk negeri,dan pemimpin yang di undi?

Saya juga amat kecewa Kelantan yang sudah di perintah oleh pemimpin dan parti Islam selama lebih 18 tahun tetapi gagal menjadi contoh atau role model sebagai negeri Islam di Malaysia.Sebab sebab kegagalan ini juga di tujukan kepada kerajaan Pusat.Perlambagaan Malaysia tidak membenarkan mereka praktis undang undang Islam saperti Hudud.Adakah hudud segala segala nya dalam hendak membina negeri Islam? Tanpa melaksanakan hudud Islam tidak boleh membangun di Kelantan?

PAS perlu jadikan Kelantan yang mereka kuasai sebagai negeri Islam contoh dan mempamerkan keindahan dan kebaikan Islam dalam mentadbir negeri,supaya dengan kebaikan dan keindahan Islam yang di perlihatkan tergerak rakyat dan pemimpin dari negeri negeri lain untuk mengikutinya.Kalau kita bercerita tentang kebagusan sehelai baju, orang akan lebih yakin kalau dapat lihat contohnya.Kalau cantik dan bagus orang akan membelinya.

ULAMA JANGAN SOMBONG DAN BANGGA DIRI!


Layang layang kau jangan sombong, seberapa tinggi kau terbang di awan, kau masih di kendalikan oleh pemain di bawah.





Layang layang apabila di terbangkan tinggi dia rasa hebat dan merasa tali yg di kendalikan oleh pemain di bawah sungguh menggangu dan melecehkan. Dia rasa tidak perlu kepada tali lagi.Apabila tali di lepas oleh si pemain dia terhoyong hayang dan akhirnya jatuh kebumi.


Ini kiasan bagi orang yang berilmu dan di gelar ulama.Seberapa tinggi ilmunya, ada MA, Phd, Dr. Profesor,Kiyai, atau di gelar Mursyid sekali pun, dia masih perlu kepada guru dan perlu terus belajar.

Kalau dia sangka ilmu nya sudah cukup tinggi maka dia tidak perlu berguru dan belajar lagi dan tidak mahu menerima pendapat orang lain.Rasa diri sudah hebat dan selalu menyanggah tahap ilmu orang lain.Hinggakan pendapat bekas gurunya sendiri di perlekeh.


Maka nanti dia akan terima nasib saperti layang layang.

Pesanan Guru Ku.

Rabu, Disember 02, 2009

SYAITAN SENTIASA MENGHALANG MANUSIA MENGIKUTI JALAN YANG LURUS




"Aku datangi mereka, dari hadapan mereka, dan dari kanan mereka, serta dari kiri mereka, dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur".

SYAITAN telah berjanji akan memperdayakan manusia dari depan, belakang, kiri dan kanan.Ini dinyatakan dengan jelas dalam surah Al A'raf: 16 yang bermaksud, iblis berkata:

 "Oleh sebab Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalan MU yang lurus.Kemudian aku datangi mereka dari hadapan mereka, dan dari kanan mereka, serta dari kiri mereka, dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur."

Begitu juga dalam peristiwa Israk Mikraj, dalam perjalanan Israk Mikraj, Nabi Muhammad dipanggil beberapa kali.Dikatakan panggilan ini di buat oleh syaitan.

Ini memberi kita peringatan bahawa halangan sentiasa ada apabila berada dijalan yang lurus.

Selasa, Disember 01, 2009

JALAN SESAT CUKUP JELAS MENGAPA MEMILIH NYA?


"Aku mohon perlindungan Mu ya Allah daripada syaitan yang di rejam".

Kewujudan iblis jauh lebih awal daripada kejadian manusia. Apabila Adam dicipta, timbul keegoan iblis yang merasa dirinya lebih hebat.Kerana itu ia enggan tunduk sujud kepada Adam.

Ibarat kata orang tua tua"aku lebih dahulu makan garam". Begitulah andaianya, walaupun keeangganan iblis disebabkan kejadiannya daripada api dirasakan lebih baik daripada Adam yang dicipta daripada tanah.

Kemarahan dan dendam kepada Adam dan anak cucunya ditunjukkan secara terang terangan. Bahkan kepada Allah dia melahirkan azamnya untuk menyesatkan mereka seluruhnya hingga hari kiamat.

Kalau begitu mengapa kita manusia masih juga terjerumus kepada ajakannya? Bukankah jalan sesat sudah ditunujukkan secara jelas? Mengapa masih terus mengikutinya?

Itulah manusia, kita sememangnya sering lalai dan lupa. Dan kita juga disuruh sentiasa saling ingat mengingati.

Sekurang kurangnya dengan mengetahui kelemahan, kegemaran dan pelbagai perkara yang berkaitan dengan makhluk yang direjam ini, kita dapat lebih berwaspada.


(Petikan dari Al Islam).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...