Pening & menyenakkan perut! Itulah perasaan kebanyakan umat Islam & Melayu sekarang bila melihat percaturan politik Malaysia kini.
Wallahwaqlam..
Anak Langkawi
(di petik dari http://depa-kata.blogspot.com/)
PENYEBAR ILMU DAN MAKLUMAT ISLAMI
Pening & menyenakkan perut! Itulah perasaan kebanyakan umat Islam & Melayu sekarang bila melihat percaturan politik Malaysia kini.
Wallahwaqlam..
Anak Langkawi
(di petik dari http://depa-kata.blogspot.com/)
Soalan:
Saya merupakan seorang guru al-Quran al-Karim dan Bahasa Arab. Terdapat nas-nas al-Quran al-Karim dalam sukatan pelajaran yang perlu dipelajari oleh semua pelajar dan antara mereka adalah orang Islam dan bukan Islam. Maka adakah boleh orang bukan Islam membaca dan menghafal ayat-ayat al-Quran al-Karim?
Jawapan: Berkata sebahagian ulama: Golongan bukan Islam tidak ditaklifkan dengan syariat dan hukum-hakam Islam kerana asal syariat tidak terdapat di sisinya. Maka mereka tiadalah halangan (boleh) untuk membaca, membawa dan menyentuh al-Quran al-Karim walaupun tanpa wudhuk. Manakala sebahagian ulama lagi berpendapat: Golongan bukan Islam turut ditaklifkan dengan hukum-hakam dan permasalahannya. Mereka juga akan dihisab oleh Allah Taala di atas pentaklifan syariat ini. Maka mereka tidak dibolehkan untuk membaca, menyentuh atau membawa al-Quran al-Karim jika tidak berada di dalam keadaan bersuci. Jika perkara itu masih lagi terdapat khilaf maka tiadalah halangan (boleh) dari mengambil salah satu pandangan ulama khususnya jika terdapat keadaan yang memerlukan yang demikan.
02. Dalam perbincangan dan pertanyaan saya dengan pensyarah hadis kami iaitu Prof. Dr. Abdul Rahman Abdul Hamid Ahmad al-Bar maka beliau mengatakan:
Adapun orang bukan Islam tidak ditaklifkan (syariat Islam terhadap mereka) dan mereka juga tidak suci sepertimana orang Islam maka adalah tidak boleh orang bukan Islam membaca al-Quran al-Karim dengan sengaja. Namun jika orang bukan Islam membaca al-Quran al-Karim dengan sebab untuk mempelajari atau mendalami Islam maka tindakan mereka (membaca al-Quran al-Karim) itu tidaklah mengapa.
BAGAIMANA MENGHADAPI KHILAF INI?
Kaedah Fiqhiyah menyatakan bermaksud: Tidak boleh dibantah sesuatu hukum yang berlaku khilaf di kalangan fuqaha. Hanya yang boleh dibantah ialah perkara mungkar yang disepakati oleh para ulama di atas pengharamannya. (Lihat kitab: al-Asybah Wa al-Nazair Fi Qawaid Wa Furu Fiqh al-Syafiiyah karangan Imam Jalaluddin Al-Sayuti).
BERSATU DI ATAS NAMA ISLAM
Isu bacaan ayat al-Quran al-Karim oleh Y.B. Nga Kor Ming dalam ceramah politik di Bukit Gantang tempoh hari membawa kepada pertikaman lidah antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Jika permasalahan seperti ini tidak dapat dibendung dan ditangani dengan baik oleh semua pihak, kemungkinan akan berlaku lagi kerenggangan hubungan yang lebih parah antara umat Islam di Malaysia dari semasa ke semasa. Pada pandangan saya, isu ini sebenarnya boleh ditangani dengan baik sekiranya kedua-dua pihak saling berlapang dada dan menghormati antara satu sama lain. Inilah yang diajar oleh Islam kepada umatnya yang berselisih faham supaya jangan berpecah-belah.
Firman Allah Taala bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah, taatilah Rasul (Nya) dan pemimpin di antara kamu. Kemudian jika kamu berselisih pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (as-Sunnah), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (Surat An-Nisa: Ayat 59)
Masalah ini akan mula timbul sekiranya ada satu pihak begitu cepat melatah dan cuba memperbesarkan sesuatu isu itu di atas tujuan kepentingan politik masing-masing. Pada saya, kedua-dua tokoh ini (S.S. Dato’ Seri Dr. Haji Harussani Zakaria dan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat) bercakap dan memberikan pandangan mereka secara bebas di dalam kerangka pemerhatian masing-masing. Kedua-duanya mempunyai hujjah dan alasan yang tersendiri untuk kebaikkan umat Islam di Malaysia. Cuma cara dan jalannya sahaja yang berbeza untuk sampai kepada matlamat yang sama iaitu Islam.
Marilah sama-sama kita menasihati diri sendiri dan sahabat-sahabat kita di sekeliling agar jangan terlalu taasub dan cepat melatah terhadap sesuatu perkara itu. Kadang-kala pihak penyokong dan pengikut yang terlebih agresif dan ekstrem sedangkan para pemimpin mereka tidaklah sebegitu rupa. Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk menyeru semua pihak agar sentiasa bersatu di atas nama Islam. Berbincanglah dengan baik sekiranya berlaku sebarang permasalahan. Di luar sana musuh-musuh Islam sentiasa memerhatikan gelagat kita ini untuk mencari kelemahan dan kekurangan suapaya mereka dapat menyerang Islam dari segenap sudut.
PENUTUP
Sebenarnya saya tidaklah begitu layak untuk memperkatakan sesuatu mengenai kedua-dua tokoh ini kerana diri ini tidaklah sehebat mereka. Namun di atas dasar Islam dan ilmu, saya tuliskan juga pandangan peribadi saya mengenai isu ini untuk dikongsi oleh semua pembaca. Saya berharap agar medan politik di Malaysia sentiasa di dasari oleh Islam sebagai tunjangnya supaya masyarakat kita dapat berteduh di bawahnya dengan aman dan harmoni. Semoga tulisan saya ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak. InsyaAllah.
‘Memberi dan Berbakti’
Wallahualam
Di kirim oleh:Hasan Nazam - jailur_rashied@yahoo.com
Nukilan: Bawang Goreng di LAMAN SERI MAYA PERSADA
Salam, SEDAPNYA kita mengutuk, mengumpat orang sebelah! Memang sudah lumrah, manusia tidak boleh lepas daripada kesalahan dan dosa. Orang tua-tua selalu menyebut, "Kerana pulut, santan binasa; merana mulut (berbisa), badan binasa."Dalam apa jua urusan tidak kira di pejabat, dalam lingkungan keluarga dan kawan-kawan malah dalam e-group sekalipun, kita selalu terdedah kepada dosa kerana sifat lupa, lalai, mengikut hawa nafsu, godaan syaitan dan sebagainya. Seronok ya, kumpul ramai-ramai dan bersembang. Lumrahnya, manusia gemar bersembang, dari hal politik, kewangan, pelajaran, hiburan (rancangan Melodi pun salah satu platform mengumpat, ya!), teman idaman dan macam-macam lagi. Antara sedar dengan tidak sedar atau lebih kepada buat-buat tidak sedar, dalam sembang-sembang, seringkali brek mulut tak makan dan terbabas masuk bab mengata orang. Orang itu beginilah, begitulah, seolah-olah semuanya serba tidak kena dengan orang yang diumpat (dikata) itu. Alangkah seronoknya mengaibkan orang lain, syaitan pun seronok mencucuh api, strateginya menjadi!
Menjadi juruhebah radio tak rasmi atau internet bergerak, saya kira adalah satu pekerjaan yang tidak beretika. Sayugia diingatkan, 'menceritakan aib orang lain untuk menjatuhkan maruah' dan 'menceritakan perihal orang untuk mencari penyelesaian dan pengajaran' adalah dua perkara yang amat berbeza.
Mendedahkan aib orang lain, sedangkan orang yang diumpat tidak mengetahui dirinya diumpat. Ia dilakukan untuk keseronokkan dan bertujuan untuk merosakkan nama baik mengaibkan atau menjatuhkan air muka (maruah) atau merendahkan martabat orang yang diumpat pada padangan umum.
Berkongsi hal-ehwal demi mencari penyelesaian, tidak ada niat untuk merendahkan martabat orang itu hatta menjatuhkan maruahnya di hadapan orang yang mendengar. Selalunya perkata sebegini tidak akan dihebahkan kepada orang sebarangan, mungkin beberapa orang yang diyakini dapat menberi pandangan/penyelesaian.
Pendek kata, yang pertama adalah "mengumpat", dan yang ke dua itu pula "sendiri mau ingat". Kita sedang membicarakan perkata # 1 seperti yang dinyatakan di atas. Perkara # 1 amat besar bahayanya kerana ia boleh menjurus kepada FITNAH, yang membawa dosa yang lebih besar. Firman Allah SWT yang bermaksud, "....fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan....." (Surah al-Baqarah, sebahagian ayat 191).
Allah SWT mencela orang yang mengumpat sebagai memakan bangkai, "Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati (bangkai)? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima tobat lagi Maha Penyayang." (Surah al-Hujuraat, ayat 12).
Mengumpat juga amat tercela, seperti yang telah ditegaskan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya yang bermaksud, "Takutlah ghibah (mengumpat) kerana mengumpat itu lebih buruk daripada zina. Sesungguhnya orang yang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni orang-orang yang ghibah sebelum orang yang diumpat itu memaafkannya." (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)
Aduhai... Cuba baca balik hadis di atas... Nampak tak betapa beratnya dosa mengumpat? Dosa mengumpat lebih BURUK daripada dosa zina! Jika kita sedar kita telah mengumpat orang, cepat-cepatlah minta maaf, sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa kita mengumpat orang selagi orang yang diumpat itu tidak memaafkan kita. Agak mudah (walaupun sebenarnya sukar) jika kita mengenali orang yang kita umpat, tetapi bagaimana pula dengan orang yang kita tidak kenali? Agak-agak bolehkah kita jumpa orang yang kita umpat di yaumil mahsyar nanti? Bagaimana pula penerimaannya? Agak-agak mahukah dia memaafkan kita?
Apa-apapun, berbuat dosa sebenarnya bukanlah perkara yang pelik dan mengaibkan tetapi yang aibnya adalah apabila seseorang itu KEKAL dalam dosa tanpa rasa ingin kembali bertaubat serta memohon ampun daripada Allah SWT.
Istighfar amat dituntut dalam Islam kerana amalan itu boleh menghapuskan dosa perbuatan yang dilakukan, tetapi sayangnya kita sukar sekali mengamalkan istighfar walaupun amat mudah untuk kita lakukan. Natijahnya, bertambah-tambahlah dosa yang dilakukan dari sehari ke sehari, kerana kelalaian dan tabiat suka bertangguh.
Dari Abdullah bin 'Amr bin 'Ash r.a. katanya seorang laki-laki bertanya kepada Rasulullah SAW "Orang Islam yang bagaimanakah yang paling baik?" Jawab Rasulullah SAW, "Ialah orang-orang yang menjaga orang-orang Islam lainnya daripada bencana lidah dan perbuatannya." (Sahih Muslim)
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Demi Allah, kalau kamu tidak berdosa, Allah akan menjadikan satu umat lain yang melakukan dosa, lantas mereka beristighfar kepada Allah lalu diampuni dosa mereka." (Hadis Riwayat Muslim)
Oleh itu mulai sekarang, beringatlah. Istighfar juga bukan setakat jalan untuk memohon ampun daripada Allah SWT, tetapi sebagai suatu sinar cahaya yang menerangi wajah seseorang...
Semoga hidup kita dirahmati Allah SWT. Amiin.
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah SAW telah pun bersabda yang bermaksud, "Balighu anni walau ayah. (sampaikan daripada ku walau satu ayat)"– Hadis Riwayat Bukhari
Melihat kepada gelagat dan telatah orang politik dimana sahaja, contoh terbaru apa yang berlaku di Perak, amat memualkan rakyat umum. Rakyat tahu disebalik laporann-laporan yang tersirat itu amat banyak lagi yang terselindung dan tidak tersingkap. Rakyat tidak lagi melihat apa yang berlaku, tetapi sebab apa sesuatu peristiwa itu berlaku. Betapa pun ditutup, tidak akan mengubah perasaan rakyat umum yang menganggap terdapat berbagai muslihat disebaliknya.
Tindakan-tindakan dalam politik sering dikaitkan dengan tektik kotor atau bermain kotor. Orang politik tidak mengira kesan jijik yang dilihat oleh rakyat. Apa yang penting bagi orang politik ialah mencapai matlamat politik. Semua cara adalah halal.Memang itulah yang diajarkan dalam politik yang sumber ilmu politik itu adalah Yahudi. Apa akan terjadi sekiranya rakyat umum muak, bosan dan benci terhadap politik begini? Samada BN mahupun PR memakai tektik yang sama. Sama-sama jahat politik.
Resah dan keluh kesahnya rakyat umum di terima sambil lewa dan acuh tak acuh oleh orang politik. Kalau adalah bancian dan statistik nescaya semua pehak terkejut bahawa dalam tempuh lima tahun terakhir ini paling banyak berlaku demonstrasi. Sebenarnya bukan tiada saluran atau tidak tahu saluran, tetapi itulah tandanya keluh kesah rakyat. Namun bagitu perasaan rakyat siapa yang mahu peduli. Kekosongan jiwa rakyat itu siapa yang mahu memenuhinya.BAGAIMANA MEMUDAHKANNYA? ? LALUAN MENUJU KE KUBUR a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji b. Hindarkan perasaan irihati (benci) c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia d. Sucikan kadha' hajat dgn istibra (berdehem selepas buang air kecil!) LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL a. Bersihkan diri dengan bertaubat b. Gembirakan hati orang Mu'min c. Bayar semula kadha' (solat & puasa) yang tertinggal
d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR a. Mengucap dua kalimah syahadat b. Suka memberi sedekah c. Berkata benar d. Bersihkan dan perbaiki hati LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat b. Sucikan perkataan dan pakaian c. Bersyukur dengan yang sedikit d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN a. Jauhkan perkataan yang sia-sia b. Pendekkan cita-cita dunia c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH d. Banyakkan sedekah dan khairat LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAQIM a. Kasihilah aulia ALLAH Ta'ala b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa c. Berpegang teguh dengan hukum syara' d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA a. Banyakkan membaca al-Quran b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu c. Tinggalkan perkara yang maksiat d. Jauhkan segala yang haram LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh b. Kasihi orang yang soleh c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD a. Kasihilah Nabi ALLAH b. Kasihilah Rasulluah c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH d. Banyakkan selawat Nabi S. a. w. LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH c. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH d. Bencikan segala yang diharamkan-Nya
(Di kirim oleh Muhd Al Jeffry Abdul Wahab
baru yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi.
PERDANA MENTERI : Datuk Seri Najib Tun Razak TIMBALAN PERDANA MENTERI: Tan Sri Muhyiddin YassinJABATAN PERDANA MENTERI:
Menteri:1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)Timbalan Menteri:
1. Datuk Liew Vui Keong2. Datuk Dr. Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany4. Ahmad Maslan
5. T. MurugiahKEMENTERIAN KEWANGAN:
Menteri: Datuk Seri Najib Tun RazakMenteri II: Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan Menteri:1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr. Awang Adek HussinKEMENTERIAN PELAJARAN:
Menteri: Tan Sri Muhyiddin YassinTimbalan Menteri:
1. Datuk Dr Wee Ka Siong2. Dr. Mohd Puad Zarkashi
KEMENTERIAN PENGANGKUTAN:Menteri: Datuk Ong Tee Keat
Timbalan Menteri:1. Datuk Abdul Rahim Bakri
2. Datuk Robert Lau Hoi ChewKEMENTERIAN PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:
Menteri: Tan Sri Bernard DompokTimbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainudin
KEMENTERIAN DALAM NEGERI:
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun HusseinTimbalan Menteri:
1. Datuk Wira Abu Seman Yusop2. Jelaing anak Mersat
KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:
Menteri: Datuk Seri Utama Dr. Rais YatimTimbalan Menteri:
1. Datuk Joseph Salang Gandum2. Senator Heng Seai Kie
KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
Menteri: Datuk Peter Chin Fah KuiTimbalan Menteri: Noriah Kasnon
KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
Menteri: Datuk Seri Shafie ApdalTimbalan Menteri:
1. Datuk Hassan Malek2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI:
Menteri: Datuk Seri Mohd Khaled NordinTimbalan Menteri:
1. Datuk Dr. Hou Kok Chung2. Datuk Saifuddin Abdullah
KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
Menteri: Datuk Mustapa MohamedTimbalan Menteri:
1. Datuk Mukhriz Mahathir2. Datuk Jacob Dungau Sagan
KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:
Menteri: Datuk Dr. Maximus OngkiliTimbalan Menteri: Fadillah Yusof
KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
Menteri: Datuk Douglas Uggah EmbasTimbalan Menteri: Tan Sri Joseph Kurup
KEMENTERIAN PELANCONGAN:
Menteri: Datuk Ng Yen YenTimbalan Menteri: Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
Menteri: Datuk Noh OmarTimbalan Menteri:
1. Datuk Johari Baharum2. Datuk Rohani Abdul Karim
KEMENTERIAN PERTAHANAN:
Menteri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiTimbalan Menteri: Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad
KEMENTERIAN KERJA RAYA:
Menteri: Datuk Shaziman Abu MansorTimbalan Menteri: Datuk Yong Khoon Seng
KEMENTERIAN KESIHATAN:
Menteri: Datuk Liow Tiong LaiTimbalan Menteri: Datuk Rosnah Rashid Shirlin
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN:
Menteri: Datuk Ahmad Shabery CheekTimbalan Menteri:
1. Datuk Razali Ibrahim2. Wee Jeck Seng
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA:
Menteri: Datuk Dr S.SubramaniamTimbalan: Datuk Maznah Mazlan
KEMENTEIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:
Menteri: Datuk Ismail Sabri YaakobTimbalan Menteri: Datuk Tan Lian Hoe
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
Menteri: Datuk Kong Cho HaTimbalan Menteri: Datuk Lajim Ukin
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
Menteri: Datuk Seri Sharizat JalilTimbalan Menteri: Datin Paduka Chew Mei Fun
KEMENTERIAN LUAR:
Menteri: Datuk Anifah AmanTimbalan Menteri:
1. A. Kohilan Pillay2. Datuk Lee Chee Leong
KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN:
Menteri: Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal AbidinTimbalan Menteri: Datuk M. Saravanan
Menceritakan tentang kemenangan, janganlah kita melihat kemenangan itu pada satu-satu sudut sahaja. Kemenangan itu perlu dilihat secara global. Kemenangan itu mula-mula sekali perlu diketahui, ada kemenangan di dunia dan ada kemenangan di akhirat. Maksudnya di sini, ia boleh kita perolehi di dunia, yang mana ini bersifat sementara dan boleh juga kita mendapatnya di akhirat, ini bersifat hakiki. Boleh kita dapat salah satu, dan boleh juga kita dapat kedua-duanya. Mari kita ceritakan dahulu tentang kemenangan di dunia. Kemenangan di dunia ini terbahagi kepada dua, ada kemenangan berbentuk lahiriah dan ada kemenangan berbentuk batiniah atau rohaniah. Yang lahiriah itu lebih berbentuk material seperti mendapat kuasa kerajaan, menang perang ataupun mendapat harta. Yang rohaniah pula adalah seperti meningkat iman, boleh khusyuk dalam sembahyang, rasa berdosa, rasa bertuhan dan tenang dengan masalah dunia. Kemenangan lahiriah tiada jaminan Tuhan. Kemenangan lahiriah adalah nikmat Tuhan yang belum tentu berserta rahmatNya. Kemenangan lahiriah boleh jadi Tuhan beri atas rahmatNya dan boleh jadi juga berlaku secara istidraj atau kemurkaanNya. Manakala kemenangan rohaniah sudah pasti berlaku atas rahmat dan kasih sayang Tuhan. Ia disebut juga sebagai al jannatul ‘ajilah atau syurga yang disegerakan. Kemenangan rohaniah ada jaminan selamat dari Tuhan. Kalau tidak di dunia, di akhirat selamat. Itu sebabnya dalam hendak mengusahakan kemenangan, eloklah diusahakan kemenangan rohaniah terlebih dahulu. Ataupun setidak-tidaknya, dua-dua itu hendaklah berjalan seiringan. Kemenangan di akhirat pula, adalah anugerah Allah atas kemenangan rohaniah yang kita dapati di dunia. Lazimnya, orang yang mendapat kemenangan rohaniah di dunia, sudah Allah sediakan kemenangan di Akhirat. Kemenangan di akhirat ini boleh diberi contoh, seperti mendapat keampunan Tuhan, dilepaskan daripada azab neraka dan dimasukkan ke dalam syurga. Kemenangan di akhirat adalah kemenangan hakiki. Kemenangan yang selalunya diperkatakan Tuhan dalam Al-Quran banyak menjurus kepada kemenangan di Akhirat. Kemenangan di Akhirat inilah yang sepatutnya menjadi cita-cita setiap hamba Tuhan di muka bumi ini.
(Di rakam dari syarah :Ustaz Hj Ashaari Muhammad)
Foto simbolik PAS di telan (di kuasai) naga DAP.