Kategori
- akidah (11)
- Articles in English (23)
- Bantuan dan Amal Jariah (6)
- Berita dan Isu Semasa (68)
- Bersama Tokoh (6)
- Bicara Ulama (89)
- Fatwa (33)
- Foto Story (1)
- Ibadah (120)
- Iklan (3)
- Informasi (35)
- Madah dan Sajak (12)
- Mutiara Kata (5)
- Politik dan Dakwah (237)
- Q & A Soal Jawab (26)
- Renungan (64)
- Tasauf (15)
- Tauhid (15)
- Tazkirah (283)
- Video (12)
Topik Panas
-
Islam ada panduan cara membina rumah.Namun kita lihat sering orang Islam ramai yang terpengaruh menggunakan Feng Shui yang berasal dari ...
-
Marilah kita lihat apa kata ulama ulama silam mengenai Sambutan Maulidur Rasul FAEDAH MAULID Telah berkata Ibnul Jauzi bahwa satu daripada...
-
BAS BERTINGKAT GLOBAL IKHWAN RM800,000 DIBELI SECARA TUNAI Bas bertingkat (double decker) baru milik syarikat GLOBAL IKHWAN SDN BHD t...
-
"Disebutkan bahawa ada seseorang bermimpi bertemu Nabi ﷺ di suatu tempat yang mana tempat itu semuanya bermazhab Imam Syafie.Kemudia...
-
Iman seseorang telah disepakati oleh para ulama boleh menaik dan menurun berdasarkanpelakuan di dalam kehidupan sehariannya. Jika do...
Rabu, Mei 28, 2008
Isnin, Mei 19, 2008
Kemungkaran pembawa Bencana
Jumaat, Mei 09, 2008
Sifat Sifat Keji

Jumaat, Mei 02, 2008
Rabu, April 30, 2008
Islamic Financial Strength
Isnin, April 28, 2008
Pemimpin Contoh
Pemimpin adalah contoh dan lambang kepada rakyat yang di pimpinnya.Baik pemimpin, baiklah rakyatnya.Buruk pemimpin, buruklah rakyat pimpinannya.
Bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Dua golongan daripada umatku, apa bila mereka baik, baiklah manusia, dan apabila mereka rosak, rosaklah manusia.Itulah dia para pemimpin dan ahli feqah (Ulama)”. (Riwayat Ibnu Abdul Barr idan Abu Naim).
Hari ini umat Islam mengenali pemimpin mereka sebagai orang atasan yang antara mereka hampir hampir mustahil untuk bertemu mesra. Dalam mimpi pun tidak boleh pergi ke rumah pemimpin, apalagi secara jaga. Kekayaan dan kemewahan pemimpin tidak terkata. Pakaian, makanan dan ala alat kegunaan pemimpin amat jauh bezanya daripada apa yang Rakyat dapati. Pendek kata terdapat jurang yang dalam memisahkan pemimpin dengan rakayat. Hampir hampir tiada kaitan apa apa antara pemimpin dengan Rakyat.
Kalau ada hanyalah secara rasmi, pemimpin di atas pentas dan Rakyat di bawah. Dalam kesempatan begini, pemimpin akan membuat ucapan yang begitu rasmi untuk menaikan semangat Rakyat. Pemimpin akan membuat janji janji manis untuk menarik simpati Rakyat padanya. Di samping itu diselitkan suara ugutan yang membuatkan Rakyat takut untuk tidak taat pada pemimpinnya. Setelah selesai berucap maka mereka pun berpisah dan saling lupa melupai dan saling tidak kenal mengenal antara satu dengan yang lain. Hakikatnya mereka tidak tahu menahu antara satu dengan lain. Begitulah bentuk kepimpinan dalam dunia sekarang. Ia lebih merupakan satu jawatan yang menjadikan seorang itu terpisah dari masyarakatnya untuk menjalani hidup yang berkuasa,mewah dan glamor.
Dalam Islam pemimpin adalah khadam kepada Rakyat.Rasulullah bersabda yang bermaksud: “ Ketua (penghulu) satu kaum itu adalah orang yang berkhidmat kepada mereka.” (Riwayat Al Hakim)
Menjadi seorang pemimpin ertinya menjadi seorang yang berkhidmat untuk Rakyat. Menjadi pemimpin bukan memegang jawatan tinggi bergaji besar, tetapi memikul tanggungjawab yang berat. Seorang bapa tidak pernah kenyang sebelum anaknya kenyang.Begitulah sepatutnya sikap seorang pemimpin. Dia tidak berlebih lebihan sehingga Rakyat nya terbiar dalam kekurangan. Dia tidak akan bersenang lenang sedangkan rakyatnya terbiar dalam kesusahan.
Olih Cikgu Ku
Khamis, April 24, 2008
Sifat dan Watak Manusia
Manusia tidak kira apa bangsa sekali pun mempunyai sifat dan watak semula jadi yang sama. Sifat semula jadi manusia ingin senang, kaya, glamor, disayangi,suka di puji, suka dihormati, ingin berkuasa, suka kemegahan, suka hiburan, suka kemewahan, suka di kasihi, dan lain lain yang di sukai oleh hati.Semua manusia berjuang menuju kearah perkara yang di sebut tadi.Kalau tidak dapat semuanya, dapat sebahagian pun jadi.Tidak dapat secara halal secara haram, tidak dapat secara baik secara jahat, tidak dapat secara bersih secara khianat. Dengan cara apa pun tidak apa, yang penting dapat.
Kita pula kalau suruh orang berusaha secara baik apakah kita mampu berbuat baik? Kalau kita suruh orang jujur, apakah kita mampu berlaku jujur? Kalau kita suruh orang berlaku adil, apakah kita juga boleh berlaku adil? Kalau kita tidak suka orang khianat, apakah kita tidak khianat? Kalau kita tidak suka orang rasuah, apakah kita tidak suka rasuah? Kalau kita tidak suka orang menyalah guna kuasa, apakah kita begitu juga?
Dengan alasan apa kah manusia hendak mendapat segalanya tadi secara sihat? Dengan amaran? Boleh kah kita tunduk dengan amaran? Dengan denda? Dengan denda juga adakah orang itu boleh menjadi baik? Dengan hukuman? Apakah hukuman boleh mendidik orang itu sedangkan orang yang membuat undang undang menghukum itu pun apakah lebih baik daripada orang yang kena hukum?
Di sini baru kita nampak, hendak suruh orang menjadi baik dan jujur bukan mudah.Kerana kita sendiri tidak semudah untuk berbuat apa yang kita katakan. Oleh itu hendak suruh orang baik, kenalah kita baik dahulu.
Hendak suruh orang jadi baik jangan kaitkan dengan lain lain hal.Tapi kaitkan dengan TUHAN.Hanya orang yang rasa berTUHAN sahaja mudah jadi baik.
Olih Cikgu Ku
Selasa, April 15, 2008
Sistem Khalifah akan muncul sebelum Kiamat
Islam ugama wahyu bukan ideologi.Maka boleh kah Islam di perjuangkan melalui cara orang memperjuangkan ideologi saperti melalui pilihanraya?. Belum ada Pejuang Islam dalam dunia ini yang telah sukses mempertabatkan Islam melalui politik pilihanraya berdemokrasi atau melalui isme isme yang lain atau melalui kekerasan sekali pun.Apa yang kita nampak, makin di perjuangkan makin berpecah belah umat Islam dan makin terhina Agama Islam. Islam agama wahyu.Kepunyaan Allah.Maka ianya hanya boleh di perjuangkan melalui cara yang di kehendaki olih Allah.Ya itu melalui "Instruction Manual" yang di sediakan oleh Allah (Al Quran & Hadis).Bukan melalui cara atau metod yang di reka olih manusia.Kerja kita memperjuangkannya, bila Islam akan kembali gemilang?.......... itu kerja Allah.Islam agama Allah, kita mesti terus berjuang cara yang di tetapkan olih Allah sambil menunggu jadual Allah, saperti dalil dalil yang tersebut di bawah:-
1. Dalil Al Quran
An Nur: 55
Dari Nukman bin Basyir, katanya…'Suatu ketika kami sedang duduk2 di Masjid Nabawi dan Basyir itu seorang yg tidak banyak bercakap.
Datanglah Abu Saklabah lalu berkata" Wahai Basyir bin Saad, adakah kamu hafaz hadis Rasulullah tentang para pemerintah?'
" Aku hafaz akan khutbah Rasulullah SAW itu."
Maka kata Huzaifah RA, Rasulullah SAW telah bersabda.
yg Dia kehendaki."
Lalu berlakulah zaman pemerintahan yang mengigit (Zaman Fitnah -keamiran/beraja /zaman kesultanan ) Berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya pula.
Kemudian berlakulah pula zaman kekhalifahan (Imam Mahdi dan Nabi Isa as ) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian."
~Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal di dalam
kitabnya Musnad Al Imam Ahmad bin Hanbal, Juzuk 4, halaman 273.
Juga terdapat dalam kitab As-Silsilatus Sahihah, Jilid 1,
hadis nombor 5.]
_
Sabtu, April 12, 2008
Jumaat, April 11, 2008
Peringatan buat Semua
Jumaat, April 04, 2008
Pemimpin Akhir Zaman
Menjadi pemimpin kalau orang faham tidak akan jadi rebutan.Pemimpin adalah tanggungjawab yang akan dipersoalkan di dunia dan akhirat.Ia ibarat kayu api sanggup terbakar dan terkorban.Pemimpin sebenarnya adalah satu jawatan yang menyiksakan.Kalau bukan terpaksa, yang faham tidak akan mahu jawatan ini.Menjadi pengikut lebih senang.Yang tak faham akan bertungkus lumus merebut rebut jawatan, kerana di sini ada kekuasaan,kekayaan dan kemegahan.Kerana itu jawatan pemimpin jadi rebutan di akhir zaman.Di usahakan sekalipun secara rasuah dan penipuan, sekalipun jadi huru hara didalam kehidupan.Walaupun jadi huru hara didalam Negara.Jawatan pemimpin sudah jadi komersial, kerana itulah ia jadi rebutan sangat.Kerana merebut jawatan terjadi jatuh menjatuhkan,timbul krisis dan pergaduhan.Rakyat jadi mangsa, Negara jadi pertaruhan, AGAMA jadi mainan.
Olih Cikgu Ku
Selasa, April 01, 2008
Human Development
2. In order that mankind can fulfill his roles in both these responsibilities, a man's humanity will have to be developed.
3. There are four elements in humans that must be understood and developed.
They are:
i. The physique
ii. The mind
iii. The soul (heart)
iv. The nafs (desires)
4. To develop the physical aspects of humans, the following are involved:
i. Food and drinks
ii. Physical cleanliness
iii. Health
iv. Physical training
v. Sleep
4a. Food and drinks:
i. Do not eat excessively
ii. Do not eat too little
iii. Eat moderately
iv. Eat nutritious food
v. Chew food properly before swallowing
vi. Program mealtimes accordingly
4b. Physical cleanliness:
i. Cleanliness from filth (najis)
ii. Cleanliness from dirt
iii.Cleanliness from bodily excretions (fudhul)
4c. Health:
i. Do not eat or drink food and drinks that can be detrimental to health.
ii. Do not eat excessively.
iii. Clean living area.
iv. A comfortable home
v. A clean and safe home
vi. Moderate fulfillment of sexual needs. (jimak)
4d. Physical training:
i. Conduct physical training that is beneficial to the race and nation to include agricultural activities, travelling, doing research, horse riding, swimming and archery.
4e. Sleep
i. Do not sleep excessively or too little.
ii. Sleeping times are before noon (qailulah) and at night after "isya'" prayers.
iii.Do not sleep after "asar" prayers and after dawn (subuh) prayers and immediately after meals.
5. Mental development is achieved:
i. With knowledge
ii.With experience
5a. With knowledge:
i. Knowledge on fardh ain (obligatory on the individual)
ii. Knowledge on fardh kifayah (obligatory on the community)
iii.Permissible knowledge
Knowledge can be obtained from teachers, through reading and through discussions.
5b. With experience
To include all aspects of the community, climate, economy, culture and ceremonies and customs. The way to achieve this is:
i. To travel
ii. To do research
iii.To observe all occurrences and incidents.
iv. To know other people's experiences through reading and listening.
6. Development of the soul (heart) is achieved as follows:
i. With faith. Faith is divided into two categories: the basic and that which helps to flourish it.
ii. To improve the heart by understanding the inborn nature (fitrah) of humans.
iii.After the above is understood, to carry out the exercises/training of the soul (heart).
7. To nurture the nafs (desires)
The nafs is divided into seven categories
i. the evil (ammarah)
ii. the regretful (lawwamah)
iii.the inspired (mulhamah)
iv. the serene (mutmainnah)
v. the submissive (rodhiah)
vi. the accepted (mardhiah)
vii.the perfected (kamilah)
To nurture the nafs (desires), exercises/training of the nafs (riadhatunnafs) must be carried out.
8. To achieve all these, we need a spiritual teacher (mursyid) who has the characteristic of "taqwa" (fear of Allah).
Source: Minda Mujahid
Ubat Penyakit Masyarakat.
Fitrah semua manusia suka orang baik.Orang lain baik menguntungkan mereka sekali pun dia sendiri susah membuat baik.Setiap orang suka orang adil, jujur, pemurah, bertolak ansur, pemaaf, tolong menolong dan lain lain kebaikan, kecuali hasad dengki.Manakala orang yang baik itu kerana kebaikannya dia di sayangi oleh orang ramai dan berpengaruh. Tapi ramai orang baik di musuhi, terutama yang baik dan berpengaruh pula.Dia di fitnah, di tuduh, di hasad, dan di cari kelemahan kelemahannya. Mengapa manusia bersifat begitu? Kerana manusia itu sangat mementingkan diri sendiri.Dia suka kebaikan orang, dia sendiri tidak suka membuat baik.Dia suka orang baik, tapi jangan sampai orang itu di sayangi dan terpengaruh kerana kebaikannya.
Begitulah berlaku di setiap zaman Ia pernah berlaku juga kepada para Rasul dan orang soleh di zamannya. Sifat sifat semacam ini berlaku kepada semua orang.Sekali pun dia para ulama, lebih lebih lagi orang yang berpolitik, kecuali yang bertaqwa dan takutkan ALLAH.
Penyakit inilah yang menghuru harakan masyarakat di sepanjang zaman.Lebih lebih lagi di akhir zaman ini.Penyakit ini lah menjadi penghalang kebaikan dan kebenaran. Begitulah watak manusia jika tidak takutkan TUHAN. Kerana itulah takutkan TUHAN itu penting.Tidak takut TUHANlah punca segala penyakit masyarakat hingga gejala ini tumbuh subur.
Maka perjuangkanlah untuk takut kepada TUHAN.Itulah rahsia untuk membasmi penyakit masyarakat ini.
Olih Cikgu Ku
Khamis, Mac 13, 2008
Apabila Pemimipin di Didik oleh Rakyat
Inilah demokrasi.Pemimpin berasa nasibnya ditentukan oleh Rakyat.Ertinya pemimpin sangat bergantung pada Rakyat. Dalam keadaan itu pemimpin tentu tidak boleh sewenang wenang atau memandai mandai, kelak dia akan dihukum oleh Rakyat. Sedang dia (pemimpin) cukup bimbang kalau kalau dia tidak diundi lagi untuk jadi pemimpin. Jawatan sebagai pemimpin bagaikan saluran kekayaan yang sangat dirindui dan diperlukannya. Oleh itu apa yang sudah diberi oleh Rakyat (melalui pilihanraya) perlu dibayar kembali. Segala janjinya dalam piliharaya kepada rakyat adalah hutang yang perlu dibayar tanpa alasan dan berdolak dalih.
Begitulah pemimpin yang bersandar atau berharap kepada simpati Rakyat.Rakyatlah yang mengarahkanya, bukan dia yang mengarah Rakyat.Rakyat yang mendidiknya, bukan dia yang mendidik Rakyat. Kehendak Rakyat diperturuti, bukan kehendak dia.Jadi jatuh bangunnya atau kuasanya terletak di tangan Rakyat dan rakyatlah yang menentukannya.
Hal ini tidak berlaku dalam pemerintahan dan kepimpinan dunia Islam.Kenaikan pemimpin menurut kaedah Islam ialah kerana taqwa, ilmu, akhlak, daya kepimipinan dan kegigihannya.Dia dinaikkan bukan kerana dia meminta tapi kerana Rakyat mahukannya.Rakyat tahu kalau pemimpin itu naik untuk memimpin mereka akan mendapat pimpinan dan didikan kearah kebenaran, kebahagiaan dunia akhirat.Sebab itu mereka memilihnya.Dan kalau di takdirkan kerana ketegasannya membangunkan Islam, rakyatnya belum mahu lagi menerima pandangan atau sikapnya, pemimpin itu sanggup jatuh demi mempertahankan prinsipnya.Sebab dia memimpin tanpa ada kepentingan peribadi atau duniawi tetapi kerana ALLAH semata mata.Sebab itu dia tidak tunduk kepada Rakyat walaupun Rakyat menjatuhkannya.
Pemimpin Islam sejati tidak mengharapkan bintang bintang di dahi, di dada atau di bahu (Datuk, Tan Sri…….).Yang ada hanyalah bintang bintang di langit, iaitu jolokan yang diberi Rasullullah SAW kepada Sahabat Sahabat yang benar benar memimpin umatnya sebagaimana sabdanya, yang bermaksud:
“Sahabat Sahabat itu ibarat bintang dilangit, jika kamu mengikut mereka kamu mendapat petunjuk”.
Renungan:
Keamanan dan kebahagiaan tidak akan wujud bagi Rakyat selagi parti yang memerintah sendiri merasa ia belum selamat dan aman.
Ahad, Mac 02, 2008
KEPUTUSAN PENGURUS BESAR SYURIYAH NAHDLATUL ULAMA TENTANG AQIDAH DARUL ARQAM
Apakah Matlamat Mahu Islamkan Malaysia
Kita seorang Islam.Setiap hari kita mengaku ALLAH Tuhan kita dan Nabi Muhammad Nabi kita.Kita juga bersumpah kepada ALLAH dalam setiap waktu sembahyang “Bahawa sesungguhnya hidupku, matiku adalah untuk Mu ya ALLAH.” (Al An’am:162)
Kita juga meminta ALLAH tunjukkan jalan yang lurus.Yakni jalan Nabi dan Rasul, bukan sekali kali jalan jalan nafsu dan syaitan serta yahudi dan nasrani .Tetapi jalan jalan yang ada sekarang tidak saperti yang Islam perintah. Sebahagian bukti nya adalah saperti berikut:-
Pendidikan
Sistem pendidikan di sekolah atau universiti melahirkan orang orang yang tidak terjamin sembahyangnya sehari semalam lima waktu.Sedangkan sembahyang itu tiang agama.Dari dulu sampai sekarang keadaannya begitulah, tidak berubah.Kalau tiang agama pun di remehkan bererti sembahyang itu tidak di hargai. Bahkan sistem yang ada sekarang tidak mendekatkan manusia dengan Tuhan. Memang objektif pendidikan di Malaysia mahu melahirkan insan yang bertaqwa.Tetapi realitinya hal demikian tidak berlaku.Bahkan masaalah sosial kian meningkat di sekolah sekolah dan universiti.
Ekonomi
Walauppun ada perancangan untuk melaksanakan sistem ekonomi tanpa riba di instituisi kewangan akhir akhir ini, tetapi sistem ekonomi berasaskan riba masih berleluasa di Malaysia.Hampir umum rakyat yakin, tanpa riba kita tidak boleh membangun.Sedangkan mereka tahu riba sangat di perangi oleh ALLAH dan Rasul malah sesetengah pihak di kalangan ulama kelihatan saperti main main dengan hukum ALLAH ini kerana menghalalkan riba atas dasar dharurat.
Kalau kita tetap hidup dalam sistem ini ertinya sampai mati kita tidak berpeluang membersihkan diri dan Keluarga daripada riba.
Perubatan
Di hospital kerajaan dan swasta hari ini, terjadi hal yang sangat bertentangan dengan Islam.Yakni wanita wanita terpaksa bersalin dengan kehadiran doktor lelaki.Hal ini bukan sahaja di murkai ALLAH tetapi fitrah manusia pun tidak boleh terima.Suami mana yang suka lelaki lain melihat rahsia isterinya? Sedangkan peluang masih banyak untuk kita menyediakan doktor dan bidan bidan wanita untuk maksud tadi.Ubat ubatan yang di beri oleh doktor kepada pesakit tidak di ambil kira tentang halal haramnya (dari segi isi kandungan ubat).
Media Massa
Kebanyakan media massa (cetak dan elektronik) hari ini membekalkan kepada masyarakat mesej yang menjauhkan manusia dari Islam.Bukan saja tidak mengajak umat membangunkan Akhirat, bahkan pembangunan tamadun dunia ini pun tidak berlaku.Umat terus di lalaikan dari tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah ALLAH dibumi ini.
Kehidupan bermasyarakat
Umat Islam di Malaysia tidak di orientasi dan di dedahkan kepada Al Quran dan Hadis dengan secukup cukupnya.Lalu mereka memandang Islam secara serpihan.Mereka tidak pandai pula untuk memadukan ilmu Akhirat dan ilmu dunia dalam satu masa.Maka terjadilah pemisahan agama (urusan Akhirat) dengan urusan dunia.Bila dunia dan Akhirat dijadikan dua subjek yang terpisah, umat Islam bagaikan dipisah kepala dan hatinya.Jadilah mereka itu Islam pada namanya saja.Mereka membangunkan dunia tetapi tidak sembahyang lima waktu, tidak jaga syariat, tidak berakhlak, tidak fikir orang lain.Harta banyak tidak berzakat.Yang sembahyang pula tidak mahu aktif dengan dunia.Nafsu sombong, tamak, dengki,dendam,bakhil,gila dunia, menyalah gunakan kuasa, rasuah, tipu dan lain lain lagi mazmumah berleluasa dalam masyarakat.
Jadilah orang kaya yang bakhil.pembesar yang menyalahguna kuasa, orang pandai yang sombong dan hasad dengki, orang miskin yang tidak sabar dan menghina diri, pemuda pemudi yang befoya foya dan lain lagi.
Buah fikiran Cikgu Ku
Renungan Menjelang Pilihanraya - Orang Mukmin merindui Negara Islam
Jumaat, Februari 29, 2008
Renungan Piliharaya - Apabila Sesuatu Parti Menang Atas Dasar Quwwah
Renungan Pilihanraya 1 - Apabila Sesuatu Parti Menang Atas Dasar Taqwa
Ahad, Februari 24, 2008
Buat Renungan Menjelang Pilihanraya
Seseorang atau kumpulan itu di ikuti kerana beberapa faktor:-
1.i. Kerana kebenarannya
ii. Kerana kuasanya
iii. Kerana ada sesuatu padanya yang di harapkan
iv. Kerana fanatik orang dengan nya
v. Kerana kejahilan orang yang mengikutnya
vi. Kerana terhutang budi kepadanya
2. Orang atau kumpulan yang selalu memikirkan salah orang, yang hasad dengki dengan orang, yang meletakkan dunia dalam hati dan yang berdendam, tidak pernah tenang jiwanya.
3. Orang atau kumpulan yang mengaku buat baik, janganlah diharapkan kebaikan daripadanya.
4. Bertenanglah di dalam sebarang hal walaupun kerana mahu menunaikan kebaikan. Kerana bertenang itu sifat Mukmin.
5. Mengumpul undi dari manusia tidak sama dengan mempersatukan manusia.Mempersatukan manusia ialah menyatukan hati.
6.Bersatu fikiran tidak semestinya bekerjasama.Bersatu fizikal tidak mesti satu hala.Tapi bersatu hati itu akan sehidup semati.
7. Di antara fitrah semula jadi manusia, ia suka kalau orang berbuat baik dengannya.Sekalipun dia jahat dengan orang lain.
8. Apabila mengundi - Akal befikir, hati merasa, nafsu mengajak, jasad bertindak.
9. Banyak pemimpin tahu penyakit, tetapi tidak tahu mengubat.Banyak pemimpin tahu masaalah, tetapi tidak tahu menyelesaikannya.
10. Kemesraan pemimpin itu lebih bernilai daripada pemberiannya.
11. Banyak kumpulan atau orang perseorangan boleh bantu orang miskin.Tidak banyak orang yang boleh duduk dengan orang miskin.Lebih lebih lagi hidup macam orang miskin.
12. Di antara sifat Mukmin itu mukanya mesra dengan manusia, hatinya gundah gulana dengan ALLAH, fikirannya ke alam yang jauh.
13. Membuang sifat marah tidak mungkin kerana ia fitrah semulajadi manusia.Yang salah melajakkan sifat marah.ALLAH berfirman maksudnya: "Orang Mukmin itu membenamkan sifat marah".
14. BERFIKIRLAH SEBELUM MENGUNDI.KAJILAH HASILNYA SELEPAS MENGUNDI.RASAKAN USAHA ITU PERINTAH ALLAH, HASILNYA KETENTUAN ALLAH.
Dari Buah fikiran Cikgu Ku
Khamis, Februari 14, 2008
Hutang di Tuntut hingga ke Kubur
Subject: Photo benar:
Hutang Menuntut Hingga Kekubur
Selalu kita mendengar hal kepentingan selesaikan hutang dan isu
kematian.
Gambar yg disertakan ini adalah literally hutang datang ke kubur utk
menuntut hutang..
Ianya saya rakamkan di kubur lembah keramat belakang petronas, dimana
satu batu nisan diselubungkan dgn plastic dan didalamnya ada message
hal hutang dan yg menuntut hutang siap letak biz card didalam plastik itu..
Mungkin yg tuntut hutang ni letak dgn harapan ahli keluarga akan contact
dia lahh...
So hati hati dengan hutang..jangan dia datang atas kubur...datang dlm kubur
tu satu hal lagii...
Ingatan utk diri saya dan sewaktu dgnnya.. kongsilah dgn rakan rakan..
muhamadredza@gmail.com
Apa itu Politik Islam (samb)
“Hendaklah kamu sampaikan daripada ku walaupun satu ayat”. Ini kalimah yang membawa maksud dakwah.
”Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan penuh hikmah dan pengajaran yang baik.Dan berbahaslah dengan mereka dengan sebaik baiknya (An Nahl:125).Di dalam ayat ini di sebut perkataan hikmah dalam berdakwah.Dan hikmah yang di maksudkan ialah hikmah dalam berdakwah.
“Sesungguhnya tidak ada kewajiban bagi Rasul Rasul itu melainkan untuk menyampaikan” (Al Maidah:99)
Jadi jelas kepada kita, perintah “menyeru” dan “menyampaikan” melalui ayat Al Quran dan Hadis ini ialah perintah dakwah bukan siaisah (politik barat).
Selain daripada itu, kita boleh membuktikan kenyataan ini melalui pengalaman hidup sehari hari. Melalui mata kepala kita sendiri, jelas dapat di buat perbandingan antara kesan dan kemajuan gerakan dakwah dengan gerakan politik dalam usaha menegakkan Islam secara syumul. Dapat dilihat dengan jelas, Islam yang di tegakkan melalui dakwah lebih maju dan lebih mendatangkan kesan daripada pergerakan politik.Hakikat ini tidak dapat dinafikan oleh sesiapa.Ramai orang yang kembali menghayati dan mengamalkan ajaran Islam hasil dakwah dan tarbiah.Sembahyang mula di tegakkan, riba ditinggalkan, pergaulan bebas dihentikan, wanita wanita menutup aurat, pengajian ugama hidup di merata rata, pakaian Islam mula banyak kelihatan dan lain tanda kebangkitan Islam, ialah hasil dakwah bukan siasah (politik).Hukum hakam Allah ini mula ditegakkan kembali setelah adanya perjuangan Islam melalaui dakwah.Sedangkan telah lama dilaksanakan olih parti parti tertentu…..tidak nampak tanda tanda kebangkitan Islam saperti yang telah di sebutkan tadi.
Ini disebabkan keimanan, kesedaran, kefahaman yang ditanam di dalam jiwa melalui dakwah dan tarbiah berjaya menyediakan orang orang patuh, tunduk dan taat kepada Allah dengan rela.Mereka sanggup menempuh apa sahaja rintangan dalam melaksanakan perintah dan pentadbiran secara Islam.Dari hati, tanpa dolak dalik lagi.Malah kepakaran, kemahiran dan apa sahaja bakat semulajadi yang ada pada individu itu secara otomatik akan di gunakan untuk menegakkan perintah Allah.Inilah yang dilakukan oleh Rasulullah ke atas diri para Sahabat.
Oleh itu, tugas kita yang utama ialah berdakwah dan mendidik masyarakat.Para ulama dan para da’i mestilah menjadi penasihat kepada pemerintah, bukan untuk merebut kerusi pemerintah.Para pendakwah wajib memberi nasihat.Kewajiban pendakwah atau para ulama ialah menasihati pemerintah dan menjadi kewajiban pula kepada pemerintah menerimanya.Jika pemerintah enggan ia dikira berdosa di hadapan Allah sedangkan para da’i telah pun melaksanakan tugasnya itu iaitu menyampaikan.
Dari itu kewajiban para da’i dan ulama ulama tidak semestinya dia memerintah untuk menegakkan Islam tetapi yang wajib baginya ialah memberi nasihat.Yang wajib memerintah secara Islam ialah mereka yang telah duduk di kerusi pemerintah.Kalaulah ulama dan para da’i mesti memerintah , megapakah para para ulama zaman dahulu saperti Imam Ghazali, Imam Shafie, Imam Malik, Imam Hambali dan lain lain menolak apabila ditawarkan untuk memerintah? Jika ulama wajib memerintah dalam usaha menegakkan Islam dalam diri, masyarakat dan Negara, sudah tentu ulama ulama yang kita sebutkan tadi menerimanya, kerana mereka lebih faham tentang ajaran Islam dan lebih takut kepada Allah.Ini membuktikan: mengambil alih kuasa untuk menegakkan Islam itu tidaklah mesti!
Rasullullah SAW sendiri pernah ditawarkan kuasa untuk memrintah di peringkat awal perjuangannya (iaitu peringkat Makkah). Tetapi belaiu menolaknya. Mengapa Rasullullah tidak memikirkan untuk bermain strateji dengan mengambil kuasa itu dan secara langsung atau tidak langsung menggunaknya untuk menegakkan Islam?
Tindakkan Rasulullah SAW dan para ulama salafussoleh ini mesti dicontohi, kerana perjuangan mereka telah terbukti berjaya, dalam erti kata mendapat keredhaan Allah.Sedangkan sejarah perjuangan umat mutakhir terutamanya yang bergerak atas dasar politik pilihanraya sudah banyak yang gagal.
Malah semakin berjuang semakin terhina. Ini melanda parti parti politik sekular yang bercita cita Islam di seluruh dunia.
Rabu, Februari 06, 2008
Apa itu Politik Islam
MAKSUD HADITH NABI S.A.W: Sesiapa yang menyerupai sesuatu golongan maka dia juga akan tergolong dalam kaum itu.
Politik Barat adalah sesuatu yang salah dari syariat dan jika kita mengikutnya kita juga bersalah.Justeru itu kita mesti menghindarkan diri dan jemaah perjuangan
Islam daripadanya.Sesuatu yang ternyata salah pasti tidak akan membuahkan natijah yang baik.Jika kita tempuh juga maka itulah yang menimbul huru hara, kacau bilau dan persengketaan di tengah masyarakat.Ini sudah terbukti.Masyarakat Barat sendiri mengakui kekotoran politik yang mereka lagang, kata mereka "POLITIK IS A DIRTY GAME."
Kita sebagai umat Islam, mestilah menolak jalan yang kotor ini kerana Islam adalah agama yang suci dan mementingkan kebersihan, samada lahir mahupun batin.
Dalam politik pilihan raya saperti yang ada pada hari ini kuasa dan pengaruh adalah penting untuk merebut tampuk pemerintahan negara.Sudah tentu dalam usaha mendapatkan pengaruh ini banyak tolak ansur 'terpaksa' di lakukan.Ini dapat di lihat dengan jelas terutamanya sewaktu pilihanraya diadakan.Dalam berkempen misalnya, kita tidak akan mempersoalkan apakah orang di hadapan kita itu sembahyang atau tidak, menutup aurat atau tidak, bergaul bebas atau tidak......mengapa?Ini di sebabkan kita takut mereka lari daripada kita.Sikap mementing undi telah menyebabkan kita bertolak ansur dan pejam mata terhadap kemungkaran yang mereka laksanakan.Ini bertentangan dengan ajaran Islam!
Isnin, Januari 28, 2008
Jumaat, Januari 25, 2008
Bersihkan jiwamu terlebih dahulu, pasti Tuhan akan membantu…
Orang yang bersih hatinya
sentiada rendah diri dengan Allah Taala
Sering sahaja baik sangka dengan Tuhannya
Jika mendapat ujian kesusahan
hatinya berkata
" Kerana dosakulah ujian ini datang"
"Tuhan menghukum ku kerana dosaku"
"Moga2 aku terlepas daripada hukuman akhirat yang amat dahsyat"
Kalau ada orang lain yang bernasib baik,
mungkin berpangkat atau kaya
gembira hatinya..
Dia menumpang gembira dengan kegembiraan orang lain…
Sekiranya ada orang yang mendapat kecelakaan
accident, miskin, sakit…
hatinya turut sedih dengan kesedihan orang
Jika dia mendapat nikmat
dia merasa malu dengan Tuhannya
kerana merasa tidak layak menerima nikmat itu
Hatinya merasakan…" Apa maksud Tuhan memberi aku nikmat
untuk aku bersyukur atau kufur?"
Cemas jiwanya,
gembiranya tidak begitu ketara
kerana nikmat itu masih menjadi tanda tanya
Hajat-hajatnya yang tidak didapatkannya
dia redha
sentiasa berbaik sangka dengan Tuhan
Sedikit pun tidak cacat hatinya dengan Allah
kerana dia tahu Tuhan lebih bijaksana mentakdirkan
Bila disusahkan orang,
terus teringat dosanya
"Kerana dosakulah
aku disusahkan."
Dia tidak berdendam
bahkan mendoakan orang itu,
dengan kebaikan…
Nikmat Tuhan disyukurinya
pemberian dan pertolongan orang
diingati dan dibalasinya
Hatinya sentiasa cemas
kematian di depan mata,
bila-bila masa boleh tiba..
Gelisah dengan dosanya
amal-ibadahnya dilupakan sahaja
kerana dia tidak tahu apakah diterima atau sebaliknya…
Kakinya di dunia
namun hatinya sentiasa dengan Tuhannya
perasaannya sentiasa memikirkan akhirat
Begitulah hati orang yang bersih dengan Tuhan..
Tulisan seorang Hamba Allah - I am not the writer~


