Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Rabu, Februari 25, 2009

Sumbangan mubaligh dalam usaha menyebarkan Islam, di Semenanjung, di Sabah, Sarawak, juga di Nusantara begitu besar, termasuk dalam golongan ini ialah ahli-ahli sufi, yang akhirnya menjadi penulis diraja, pengarang kitab dan wartawan, mendirikan pondok, sekolah-sekolah Arab dan sebagainya. Daripada kalangan mereka inilah yang memberi sumbangan dalam memperkayakan perbendaharaan kata Melayu, yang diambil daripada istilah-istilah Arab, yang merangkumi istilah fiqah, tauhid, pertuturan harian dan sebagainya membolehkan perbendaharaan kata Melayu itu kaya lagi luas. Di Malaysia, kegiatan para mubaligh akhirnya menjadi lebih terhad, lebih sempit, khusus kepada golongan tertentu, iaitu mereka yang berjubah, kepala berlilit serban dan sebahagian daripada mereka memakai pakaian yang banyak dipakai di Pakistan juga India. Mereka berjuang, menyebarkan Islam, menghuni di masjid-masjid, di surau-surau. Di antara mereka ada yang membawa tilam, periuk dan sebagainya yang diperlukan. Yang terkini keperluan ini tidak dibawa bersama, sesetengah daripada mereka tidak dibenarkan tinggal di surau-surau tertentu, kerana sebab-sebab tertentu, di antara mereka dikatakan menyebabkan kotor, tidak memberi sumbangan untuk bayaran api, air dan sebagainya. Di sinilah mereka belajar dengan membentuk kelompok-kelompok kecil, yang memberi syarahan oleh orang-orang tertentu, biasanya diberi oleh ketua mereka, juga orang yang terdiri daripada kumpulan tersebut. Kegiatan tabligh buat masa kini tidak serancak 20 tahun yang lalu. Walaupun demikian, kegiatan ini tetap bergerak. Sesetengah masyarakat mempersoalkan kegiatan ini, memandang dengan mata sebelah, biarpun tidak ada protes supaya kegiatan ini dihentikan. Saya perhatikan, kegiatan tabligh boleh dikatakan tidak melibatkan politik. Sebahagiannya berkunjung dari rumah ke rumah sebelum waktu maghrib atau sebelum asar, mereka berdakwah, mengajak orang Melayu Islam sama-sama ke masjid, terutamanya untuk mendirikan sembahyang berjemaah. Beberapa kali kumpulan ini datang menemui saya ketika saya sedang menyangkul di kebun, mengajak bersama untuk berjemaah. Saya ucapkan berbanyak terima kasih kerana memperingatkan saya dan saya rasa kesal tidak dapat mengajak minum bersama dengannya untuk menghormati tetamu yang saya hormati. Saya terfikir, kenapa mereka datang menemui saya yang ada di kebun, dekat rumah. Kenapa tidak pergi ke rumah-rumah orang Islam yang tidak pernah pergi ke masjid, termasuk pekerja-pekerja asing dari Indonesia, Myanmar, Bangladesh, Filipina, dari Pakistan, India termasuk mereka yang bekerja di restoran yang sebahagian daripada mereka tidak sembahyang Jumaat atau mereka yang bekerja di restoran yang taukenya India bukan Islam, tetapi meletakkan ayat-ayat al-Quran di dinding-dinding. Terfikir saya, kenapa kumpulan ini hanya pergi ke tempat-tempat seperti kampung tempat saya tinggal, tidak pergi berdakwah ke tempat-tempat yang lebih utama, di Chow Kit, sarang-sarang pelacur, sarang-sarang pondan, kelab-kelab malam yang penuh dengan marijuana, syabu, ganja, arak atau kediaman golongan elit. Memang benar, di sesetengah tempat perumahan begitu besar, hingga 400 buah rumah, tetapi untuk mendirikan sembahyang Maghrib yang datang tidak sampai 40 orang jemaah. Pekerja-pekerja di restoran di mana ayat-ayat al-Quran ditampal atau disangkut di dinding, boleh dikatakan tidak nampak mereka pergi sembahyang Jumaat di kampung berkenaan. Mungkin mereka menganggap sembahyang Jumaat itu tidak wajib bagi mereka. Mereka tetap musafir. Tidak pernah kita dengar adanya tangkapan oleh jabatan-jabatan agama dilakukan ke atas mereka yang tidak sembahyang Jumaat, sekali, lebih tiga kali atau seumur hidup. Sama halnya dengan mereka, yang bukan Islam bekerja di restoran yang dipenuhi orang Melayu Islam. Pihak tertentu sepatutnya memberi garis panduan yang mesti dipatuhi oleh restoran ini supaya mengambil pekerja yang beragama Islam sahaja. Islam itu suci, zahir dan batin, kesucian batin melibatkan akidah, iaitu pegangan agama Islam. Keadaan yang sama juga berlaku di hotel-hotel yang sebahagian besar daripadanya menyediakan makanan yang enak-enak tetapi tidak ada sijil halal. Tidak pernah terdengar, ada pihak-pihak tertentu yang meminta supaya pihak kerajaan, pihak jabatan agama Islam atau Jakim memastikan supaya hotel-hotel berusaha mendapatkan sijil halal dalam semua aktiviti penyediaan makanan. Apabila sijil halal itu tidak diperlukan, maka dengan sendirinya makanan yang disajikan itu tidak tertakluk kepada hukum halal. Pada pemikiran kebanyakan orang bukan Islam, terutamanya dari Barat, apabila menyebut tentang halal food atau muslim food yang dimaksudkan ialah datang yang bukan daripada daging babi. Pada hal makanan halal itu bermaksud makanan hasil daripada ternakan yang disembelih menurut syariat. Kerana itu apabila ayam, kambing atau kerbau itu disembelih oleh orang bukan Islam, maka sembelihan, pemotongan leher atau ketukan pada kepala yang menyebabkan binatang itu mati tidak diiktiraf oleh Islam. Apabila tidak diiktiraf, daging adalah tetap bangkai, haram dimakan. Dalam kapal terbang, apabila kita minta halal food atau muslim food, pramugari akan membawa makanan yang bukan daripada daging babi. Terfikir saya, dari Rusia hendak ke Kuala Lumpur, kita minta daging halal. Adakah orang yang menyediakan makanan itu akan menyediakan daging khas yang disembelih oleh orang Islam, pada hal yang minta makanan halal itu hanya dua orang sahaja? Terlalu banyak tanya, lagi cerewet, payah sangat hendak hidup, kalau begitu makan telor sahaja, Minta telor yang belum dikupas kulitnya. Kalau sudah dikupas, mungkin sambalnya bercampur dengan minyak babi atau bahan yang tidak halal. Begitu besar skop kegiatan para mubaligh kalau hendak dilakukan secara terancang dan rapi, malangnya masih ada segelintir masyarakat yang memandang mereka dengan mata sebelah, kerana sesetengah golongan lebih gemar mendengar dan melihat bintang-bintang filem, pelakon atau penyanyi berkahwin dengan hantaran RM40 ribu, hampir sejuta ringgit, dipaparkan dalam akhbar-akhbar. Pasangan ini diserbu, dalam suratkhabar dipenuhi gambar-gambar pasangan ini, tanpa difikiri bahawa berita seumpama ini tidak memberi manfaat atau maklumat yang bersifat ilmiah yang menambah kaya khazanah berfikir dan muhasabah diri. Peranan para mubaligh seperti seorang kapten juga awak-awaknya berjalan tegak ke hadapan, ke satu destinasi praktikal. Akhbar-akhbar, televisyen dan radio jangan terlalu banyak memaparkan berita-berita yang berwarna-warni atau bergula-gula yang pastinya dikerumuni oleh manusia semua, lalu akhirnya mereka yang mengerumuni itu keletihan, manakala gulanya cair begitu sahaja, tanpa memberi apa-apa manfaat. Dalam keadaan ini kalau kapten itu terlajak pendakwah termasuk para mubaligh perlu mengajak mereka yang terlibat kembali ke pangkal jalan. Tidak ada salah dengan tabligh atau amalan berdakwah, malah rasulullah sendiripun seorang pendakwah, menyampaikan kalimah tauhid kepada mereka yang belum beriman, menjadi contoh ikutan, yang bersifat sidek, amanah, tabligh dan fatanah dalam tindak-tanduk yang telah ditetapkan oleh Allah disampaikan melalui Malaikat Jibrail. Kewajipan bertabligh adalah jelas, lagi mulia amalannya. Namun kesilapan tetap wujud pada diri mereka yang bertabligh, antaranya meninggalkan rumah tangga, anak isteri seperti yang berlaku ke atas puan. Meninggalkan mereka menyebabkan seolah-olah kasih sayang itu dibawa bersama ketika bertabligh di perjalanan, menyebabkan terasa seolah-olah bertabligh itu adalah segala-galanya dengan membelakangkan kewajipan terhadap anak isteri, keselamatan, kasih sayang, hal-hal yang berkaitan dengan pelajaran, pengajian dan keselamatan keluarga, pada hal kedua-duanya adalah perlu untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat. Amat malang sekali sekiranya seseorang itu bertabligh, mensasarkan syurga firdaus di akhirat kelak, namun isteri terasa terabai dan kehadiran para mubaligh di rumah menimbulkan fobia, anak-anak terabai pelajarannya serta tidak tahu mengaji al-Quran, lebih malang kalau pergi bertabligh berbulan-bulan itu menyebabkan isteri menanggung segala-galanya hal urusan rumah tangga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab si suami. Oleh: Dr Amran Kasimin

Jumaat, Februari 20, 2009

Penyokong maki Ulama bukti Islam bukan pegangan Parti

Keduduukan ulama dalam Islam adalah tinggi dan mulia kerana disebut mengenai kemuliaan mereka, yakni orang berilmu dan di sebut di dalam al Quran.Malah hadis Rasulullah SAW menganggap golongan ini sebagai pewaris Nabi.

Justeru bagi orang Islam yang berakhlak dengan akhlak seorang Muslim yang sejati, sewajarnya mereka memuliakan dan menghormati ulama.Itulah adab yang seharusnya ada pada parti diri orang Islam.

Sehubungan itu, kita sungguh sedih apabila Ulama di cerca dan dimaki segelintir penyokong parti politik di sebabkan Ulama itu memberi nasihat yang tidak pro kepada mereka.Mencerca dan memaki seorang Ulama adalah tindakan yang tidak beradab dan menyalahi akhlak seorang Muslim.Ulama ini di cerca atas isu politik dengan tidak langsung berlandaskan kepada asas ilmu.

Adalah tidak wajar sama sekali pertimbangan politik mengatasi pertimbangan akhlak dan nilai yang di ajar dalam Islam.Perkembangan semasa memperlihatkan seolah olah parti politik itu terlalu "suci" sehinggakan segala pandangan dan pegangan yang tidak selari dengan mereka dianggap sebagai salah dan tidak benar.

Dalam Islam, perbezaan pendapat itu di ikhtiraf dan ada adab yang harus di patuhi meskipun berbeza pendapat, apatah lagi apabila pandangan Ulama itu adalah pandangan yang mempunyai asasnya dalam Islam.

Walaupun ada dalam kalangan masyarakat tidak bersetuju dengan pandangan dan tindakan pemerintah, hal itu pun perlu di perhalusi dengan adab dan akhlak.Perbezaan pendapat dalam hal yang bukan menyentuh soal dasar saperti aqidah tidak harus sampai mewujudkan bibit kebencian dan permusuhan.

Dalam berpolitik pun haruslah dengan adab dan kebijaksanaan,Kepentingan agama, bangsa, dan negara haruslah di letakkan melangkau kepentingan parti politik atau kelompok tertentu.

Oleh: Timbalan Presiden PKPIM.

(Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia)

Selasa, Februari 17, 2009

Penyokong Parti tak wajar laung takbir sewenang wenang nya

Kisah benar ketika aku mengikuti satu Kuliah Agama yang di sampaikan oleh seorang yang di gelar tuan guru di sebuah Surau di tempat aku.Waktu itu musim PRU11, panas dengan isu "Allah pun Mencarut" yang di bawa TGNA.
Dalam kuliah itu tuan guru asyik mengecam pemimpin UMNO.Dengan nada yang berkobar kobar di atas pentas tuan guru asyik berteriak...... p*** mak! si polan!, p***mak PM, p***mak UMNO, p***mak pegi mampus! dan bermacam macam p***mak.
Tiap kali tuan guru teriak p*** mak di ikuti dengan takbir! Allah u Akhbar!! oleh peserta kuliah.
P*** mak - talbir! Allah u Akhbar!!
P*** mak - takbir! Allah u Akhbar!!
P*** mak - takbir!Allah u Akhbar!!
Aku sejak dari kecil tidak pernah di ajar memaki hamun (oleh ibu bapa ku, cikgu ku, lebih lebih lagi guru agama ku) sudah tentu merasa jangkal yang amat sangat.Dan aku yakin apa yang TGNA maksudkan dengan "Allah Pun Mencarut" bukan ini terjemahan nya???
Aku pun serta merta beredar keluar dari tempat kuliah dengan persaan kesal sambil di perhatikan oleh semua orang ..........Aku yakin ramai lagi yang ingin beredar dari situ tapi khuatir di kecam, kerana mengecam ada lah tabiat penyokong parti itu.
Penyokong parti tidak sepatutnya laung Takbir sewenang wenangnya.

Sabtu, Februari 14, 2009

DAP tidak pernah tipu kami - TGNA

Ziee Lipan <ziee_lipan@yahoo.com> wrote:

Kenyataan Nik Aziz Mengelirukan

"DAP tidak pernah tipu kami, semasa dia hendak keluar dalam pakatan Gagasan Rakyat sebelum ini mereka memberitahu dengan terbuka. Biar pun DAP keluar dari gagasan tetapi tidak macam PAS keluar dari BN sehingga pecah tiga parti itu" kenyataan Nik Aziz (Mursyidul Am PAS) dalam SIASAH, 20-26 Julai 2008. Benarkah DAP tidak pernah tipu PAS? Sejak dari dulu lagi DAP menolak hudud yang mahu dibawakan oleh PAS. Apakah PAS boleh tidur sebantal dengan DAP? Pengerusi DAP hendak saman Sultan Melayu sekarang ini, PAS hendak sokong sama? Mana dia ahli-ahli PAS yang berani lawan DAP? Semuanya takut pada DAP? Pada tahun 2002, Nik Aziz pernah menyamakan DAP sama saja dengan syaitan. Tiba-tiba, enam tahun selepas itu (2008), Nik Aziz menyatakan pula bahawa DAP tidak pernah tipu PAS. Kenyataan yang mana satu boleh dipakai oleh ahli-ahli PAS?
Pada 8 Februari 2009, Nik Aziz menyatakan bahawa "Bagi saya kalau dari UMNO bertukar kepada Pas, saya tidak panggil lompat, saya panggil 'balik kepada asal' kerana orang Melayu daripada UMNO telah sedar dan kembali kepada perjuangan Islam iaitu PAS, macam anak kita bertengkar dengan ibu bapa keluar rumah dan balik semula ke rumah. Begitu juga kalau dari UMNO ke PKR ... bagus sebab PKR menyokong perjuangan PAS,". Apakah hanya PAS sahaja yang perjuangkan Islam dalam dunia ini? Kenyataan ini cukup mengelirukan, ianya tidak harus dikeluarkan oleh seorang yang bergelar Tok Guru. Kembalilah kepada imam sebenar kita jika keliru. Di dalamnya tidak tertulis pun, PAS adalah sesatunya parti yang memperjuangkan Islam. PAS bukan agama, usah terlalu taksub sangat padanya.

Selasa, Februari 10, 2009

APABILA PEMIMIPIN TIDAK MEMIMPIN

Terlalu banyak istilah digunakan bagi mengatakan tentang kepimpinan. Ada yang menggunakan istilah "Pemerintahan ". Ada yang menggunakan istilah "Kekuasaan" Ada pula yang menggunakan istilah "Pentadbiran "seperti Pentadbiran Bush (Bush Administration) dan sebagainya. Bagi pemimpin pula, ada yang menggelarkan diri mereka "Presiden" Ada yang menggelarkan diri mereka "Raja" . Ada “Perdana Menteri” ."Chairman" dan bermacam-macam lagi. Akan tetapi walaupun semua mereka ini berkuasa dan dianggap sebagai pemimpin di negara mereka masing-masing, mereka sebenarnya tidak memimpin dalam erti kata yang sebenarnya. Mereka hanya menyusun dan mentadbir hal-hal yang bersangkutan dengan ekonomi, perumahan, pembangunan, keselamatan sosial, pelajaran, pengangkutan, kesihatan dan yang seumpamanya. Mereka hanya terlibat dengan hal-hal yang menyentuh kehidupan lahiriah rakyat dan yang memenuhi keperluan dan kehendak fizikal dan material rakyat semata-mata. Kepimpinan seperti ini tidak banyak bezanya dengan menggembala lembu dan kambing. Disediakan kandang, diberi makan minum atau disediakan padang ragut, dijaga keselamatan haiwan-haiwan tersebut supaya tidak diserang oleh musuh dan kalau sakit, dipanggil doktor haiwan untuk merawatnya. Memimpin manusia bukan seperti menternak lembu atau kambing. Bukan setakat memberi mereka rumah, makan minum, hiburan, khidmat kesihatan dan kemudian membiarkan mereka membiak dan beranak-pinak. Kalau kita lihat dan halusi betul-betul istilah kepimpinan itu sendiri, ia membawa maksud yang lebih dalam dan luas dari hanya menjaga, menyusun dan mentadbir hal-hal fizikal dan keperluan hidup. Memimpin itu ada sangkut-paut dengan membimbing, mendidik, menunjuk ajar dan membina peribadi dan akhlak rakyat yang banyak berkait dengan soal roh dan jiwa mereka. Memimpin itu ialah membangunkan kemanusiaan dan keinsanan rakyat. Ia itu membangunkan fizikal mereka, membina akal mereka, mendidik hati dan nafsu mereka. Memimpin adalah memperkenalkan rakyat kepada Tuhan agar Tuhan itu diimani dan diyakini, dicintai dan ditakuti. Agar Tuhan itu ditaati dan dipatuhi. Tidak hairanlah mengapa manusia di seluruh dunia ini tidak terpimpin.Tidak ada orang yang memimpin mereka. Pemimpin-pemimpin mereka sendiri pun tidak menjalankan tugas memimpin ini. Malahan pemimpin-pemimpin mereka pun tidak terpimpin. Kalau kita lihat negara-negara yang bukan Islam, walaupun rakyat mereka tidak dipimpin, namun keperluan lahiriah mereka sangat tersusun dan mereka sangat mewah dari segi material. Di kebanyakan negara-negara umat Islam pula, bukan sahaja rakyatnya tidak dipimpin, keperluan lahiriah atau material rakyat pun sangat kurang dan pentadbirannya lemah dan kucar-kacir. Ini sudah dua kali malang. Bukan sahaja soal material tidak selesai, soal rohani pun terabai. Macam orang kena penyakit barah dan leukimia pada masa yang sama. Kedua-duanya berbahaya dan boleh membawa maut. Apabila tidak dipimpin, rakyat akan jauh dari Tuhan. Mereka akan jauh dari kebenaran. Mereka akan jauh dari petunjuk dan hidayah. Jiwa mereka akan kosong dari keimanan dan ketaqwaan. Fitrah mereka akan rosak. Keinsanan mereka akan rosak. Akhlak mereka juga akan rosak. Mereka akan hilang panduan dan matlamat hidup. Dunia akan masuk ke dalam hati-hati mereka. Mereka akan lupa Akhirat. Mereka akan hanya terangsang dan merasa ringan dengan hal-hal dunia dan akan merasa susah, berat dan tertekan dengan hal-hal Akhirat. Nafsu mereka akan menggila dan menjadi tidak terkawal. Mereka akan rakus dan tidak puas mengejar dunia. Sudah ada sepuluh biji kereta mewah, mereka mahu sepuluh lagi. Sudah ada sepuluh buah rumah “mansion”, mereka mahu sepuluh buah lagi. Nampak laut, mahu “luxury yacht” Nampak ruang udara mahu “private jet”. Mereka tidak ada rasa bersalah. Buatlah apa maksiat pun, mereka tetap merasa megah. Mereka tunduk kepada hawa nafsu mereka dan akan merebut dunia ini semahu-mahunya. Mereka mengangkat nafsu-nafsu mereka menjadi Tuhan mereka. Bila ini berlaku dan nafsu amarah bermaharajalela dalam diri mereka, maka hati-hati mereka akan menjadi gelap. Jiwa mereka akan mati. Mata hati mereka akan jadi buta. Sukar untuk mereka merasa bertuhan. Sukar untuk mereka melihat kebenaran. Akhirat itu jadi kecil dan tidak penting bagi mereka. Bagi mereka, dunialah segala-galanya. Hati-hati mereka akan dipenuhi dengan bermacam-macam sifat mazmumah yang keji. Mereka akan jadi pencinta dunia. Mereka akan gila dunia. Mereka akan jadi pemburu dunia. Mereka akan jadi hamba dunia. Mereka tidak akan nampak lagi halal haram, baik buruk, patut tak patut, sah atau batal. Apa sahaja yang mereka inginkan, mereka akan ambil. Apa cara pun akan digunakan. Bagi mereka matlamat menghalalkan cara. Mereka akan menjadi ego, sombong dan angkuh. Hati-hati mereka akan dipenuhi dengan sifat-sifat pemarah, bakhil, hasad dengki, tamak haloba, penting diri, besar diri dan mereka akan hidup nafsi-nafsi. Macam pokok dalam hutan. Masing-masing hendak meninggikan pucuk masing-masing. Yang sedihnya, bukan sahaja rakyat biasa yang akan jadi begini.Pemimpin lebih-lebih lagi. Kalau begitu, siapakah yang akan memberi tunjuk ajar. Siapakah yang akan melarang. Pemimpin sendiri membawa contoh negatif yang diikuti oleh rakyat. Lama-lama ia jadi budaya.Sukar untuk diubah. Inilah puncanya mengapa tidak wujud perpaduan. Inilah sebabnya tidak wujud kesatuan. Tidak wujud kasih sayang di kalangan manusia. Manusia asyik merebut-rebut dunia dan khazanah negara macam anjing merebut bangkai. Sambil merebut bangkai, bergaduh dan menggigit-gigit sesama sendiri. Timbul krisis. Berlakulah pergaduhan dan perbalahan. Terjadilah tindas menindas, tekan menekan dan jatuh menjatuh. Inilah juga puncanya mengapa maksiat dan jenayah berleluasa di kalangan manusia. Menipu, mencuri, merompak, menculik, merogol, membunuh dan macam-macam lagi. Ini jugalah puncanya akhlak dan moral manusia jatuh menyapu bumi. Rupa macam manusia, tamadun lahiriah dan pembangunan hebat tetapi nilai, moral, akhlak dan cara hidup tidak ada beza dengan haiwan. Inilah akibatnya apabila pemimpin tidak memimpin. Inilah akibatnya bila tumpuan hanya diberi kepada keperluan hidup lahiriah manusia semata-mata. Kepada ekonomi, kepada pembangunan dan kepada kemajuan. Inilah akibatnya bila roh dan jiwa manusia diabai dan tidak dididik dan dibimbing. Tidak diisi dengan ketuhanan dan cinta Akhirat. Tidak diisi dengan keimanan dan ketagwaan. Rakyat jadi rosak. Masyarakat jadi rosak. Negara jadi rosak. Akhirnya seluruh dunia jadi rosak. Pemimpin yang tidak memimpin hanya mencipta neraka di dunia. Dia membina huru-hara dan kacau-bilau. Dia mencipta kesusahan dan kesengsaraan. Dia membawa kebimbangan, keresahan dan ketakutan di dalam hidup manusia. Dia merosakkan perpaduan. Dia memecah-belah. Dia memusnahkan kasih sayang. Dia menghijab dan mendinding manusia dari rahmat dan kasih sayang Tuhan. Dia merosakkan akhlak rakyat. Dia memusnahkan kemanusiaan dan keinsanan rakyat. Pemimpin yang tidak memimpin sebenarnya membawa terlalu banyak kerosakan kepada rakyat. Deritanya bukan sahaja di dunia bahkan akan dibawa ke Akhirat. Lebih-lebih lagilah pemimpin yang menyuruh, menggalak dan menganjurkan manusia membuat maksiat dan kemungkaran. Yang menyuruh manusia melanggar dan membelakangkan syariat. Yang menggalakkan rakyat berfoya-foya dan berlalai-lalai. Pemimpin yang meremehkan agama dan menghalang manusia beragama. Pemimpin yang menghalang manusia menuju Tuhan. Yang menyusahkan urusan agama manusia. Kemusnahan dan kerosakan bukan sahaja akan berlaku dengan lebih cepat bahkan akan berlaku dengan lebih dahsyat. Lebih baik manusia beruzlah untuk melindung dan memelihara diri dan iman masing-masing dari berada di bawahpemerintahan pemimpin yang seperti ini. Di Akhirat nanti, setiap pemimpin itu akan disoal tentang apa yang dia pimpin. Lebih-lebih lagilah pemimpin negara. Tanggungjawabnya bukan setakat mengadakan rumah, makan minum, menjaga kesihatan, keselamatan atau mengadakan segala keperluan lahir rakyat. Itu semua perkara kecil. Perkara remeh. Yang besarnya ialah tentang iman, amalan dan peribadi rakyat. Tentang aqidah, ibadah dan akhlak rakyat. Sudahkah dia mendidik, membimbing dan menunjuk ajar rakyat. Sudahkah dia membawa rakyat kepada Tuhan dan merapatkan rakyat dengan agama. Sudahkah dia mensejahterakan hati dan rohani rakyat. Kesejahteraan fizikal dan lahiriah tidak ada makna apa-apa tanpa kesejahteraan rohani. Kesejahteraan lahiriah tetap akan membawa kepada huru-hara, kacau-bilau, pergaduhan, perbalahan dan krisis. Kesejahteraan lahiriah semata-mata tetap akan mencetuskan pecah-belah dan benci-membenci. Tidak akan wujud perpaduan dan kasih sayang hanya dengan kesejahteraan lahiriah. Keamanan, ketenangan, kedamaian, keharmonian dan kasih sayang akan hanya tercetus bila hati dan rohani rakyat berada dalam keadaan sejahtera. Inilah sebenarnya tanggungjawab pemimpin. Mensejahterakan dan menenangkan hati dan rohani rakyat dengan mengembalikan mereka kepada fitrah semulajadi mereka yang suci murni. Inilah caranya pemimpin boleh memandu negara menjadi seperti apa yang Tuhan firmankan: "Negara yang aman makmur dan mendapat keampunan Tuhan." (As Saba': 15)
Minda Ustaz Hj Ashaari bin Muhammad

PAS dah Jadi Pak Turut

Mengapa jadi haru biru apabila Sultan lucutkan kuasa? Nampaknya ini hanya slogan untuk memancing Rakyat SEBELUM 1998, Pas dilihat sebagai parti alternatif untuk orang Melayu yang tidak mahu menyokong UMNO. Berikutan itu, perjalanan Pas dalam arena politik sentiasa mendapat sokongan sehingga ia menawan kembali Kelantan pada 1990. Pada masa yang sama, ia menambah jumlah wakil rakyat di negeri-negeri lain. Ketika itu Pas dilihat sebagai sebuah parti yang mempunyai prinsip. Ia selari dengan kata-kata Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataan terbarunya: "Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah sebuah parti yang sah berdaftar dan senantiasa mendukung prinsip rukun negara termasuklah prinsip kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang". Berdasarkan prinsip itulah Pas tidak pernah sama sekali menggalakkan penyokongnya menjadi ganas dalam menyelesaikan isu politik. Kepimpinan parti itu sentiasa memperingatkan mereka supaya menghormati undang-undang.Malah dalam sesetengah situasi, Pas akan bersama-sama UMNO mempertahankan kedudukan raja-raja. Tetapi selepas 1998, apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilahirkan melalui perasaan kebencian mendalam, Pas seolah-olah terseret sama mengikut jejak PKR. Sudah ada ahli-ahli Pas yang berani turun ke jalanan melakukan demonstrasi, mencerca dan memaki hamun UMNO seperti yang dilakukan oleh PKR. Apa yang berlaku di Kuala Kangsar, Jumaat lalu jelas membuktikan bahawa semakin ramai penyokong Pas dicemari 'virus' PKR. Mereka terpekik terlolong di jalanan, bertempur dengan pihak polis dan merosakkan harta awam. Semua ini adalah perlakuan penyokong PKR yang kini menyerap kepada penyokong Pas. Lebih malang lagi, Pas kini terjebak dengan pakatan pembangkang yang disertai oleh PKR dan DAP untuk menyeret Sultan Perak, Sultan Azlan Shah ke mahkamah. Segalanya hanya kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Sultan Azlan Shah memperkenankan permintaan Barisan Nasional (BN) menubuhkan kerajaan di Perak. Demi untuk melihat pembangkang terus berkuasa, Pas sanggup menjejaskan segala prinsipnya untuk mempertahankan raja-raja Melayu. Tanpa mahu mempertimbangkan bagaimana arifnya Sultan Azlan Shah membuat keputusan sebagai bekas Ketua Hakim Negara, Pas merelakan diri mereka dipergunakan oleh PKR dan DAP untuk mengambil tindakan yang dianggap boleh menjatuhkan martabat raja-raja Melayu. Tidak kisahlah apa pun istilah pembangkang bagi menghalalkan tindakan mereka itu tetapi yang pasti, ia berkaitan dengan apa yang dilakukan oleh Sultan Azlan Shah. Dalam keghairahan untuk menunjukkan kesetiaan kepada pakatan pembangkang biarpun mempunyai perbezaan ideologi yang cukup ketara, Pas seolah-olah terlupa bahawa Perak bukan negeri yang dimenanginya secara majoriti. Padahal Pas hanya menumpang kejayaan DAP iaitu parti yang menentang pelaksanaan hukum Islam - prinsip yang diperjuangkan oleh Pas sendiri. Di Perak, Pas hanya memperolehi enam kerusi sedangkan DAP 18 kerusi. Walaupun Pas diberi penghormatan menjadi Menteri Besar tetapi semua orang tahu kenapa ia terpaksa dilakukan. Atas sebab itulah, selama ini Pas tidak pernah berbangga dengan kedudukan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak. Mereka lebih menghargai Datuk Azizan Abdul Razak di Kedah dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan. Berdasarkan kedudukan itu, Pas seharusnya tidak begitu ghairah untuk menentang keputusan Sultan Azlan Shah sehingga sanggup bersekongkol dengan PKR dan DAP. Pas perlu memaparkan jati diri sebenar dan bukannya mengorbankan prinsip demi menjaga hati PKR dan DAP. Pas harus memahami apa yang berlaku di Perak bukan sekadar berkisar soal kuasa politik sahaja. Lebih daripada itu, ia perlu memastikan segala titah perintah sultan dipatuhi dan bukannya diingkari. Pas harus memahami, mereka adalah parti kedua terbesar orang Melayu selepas UMNO. Orang Melayu tidak boleh bergantung kepada DAP atau PKR dalam mempertahankan institusi dan kepentingan mereka selain kepada UMNO dan Pas. Tetapi kalau Pas sendiri 'mohon derhaka' dengan dilihat mengkhianati institusi Melayu, siapa lagi yang orang Melayu boleh harapkan? Dalam menghadapi konflik di Perak ini, kepimpinan Pas perlu jelas dan tegas menyatakan pendiriannya. Jangan bersikap lidah bercabang. Jika Pas beranggapan apa yang dilakukan oleh pembangkang untuk membawa isu Perak ke mahkamah boleh menjejaskan institusi raja-raja maka mereka perlu menentangnya. Pas perlu sedar tindakan mereka sekarang bukan untuk menegakkan keadilan atau untuk mengembalikan suara rakyat. Kalau itulah matlamatnya kenapa sejak awal lagi Pas terus bersekongkol dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk merealisasikan impian 16 September? Malah dalam soal lompat parti juga, di kalangan pemimpin Pas sendiri menampakkan percanggahan dan seolah-olah berada dalam alam keliru. Lihat sahaja kenyataan Nik Abdul Aziz. Mursyidul Am Pas itu pada awal Mei tahun lalu menyokong undang-undang lompat parti digubal. Beliau menyifatkan wakil rakyat yang lompat parti sebagai 'bukan manusia'. Namun pada 14 Mei, beliau mengubah pendirian dan menyokong pembangkang untuk menarik ahli Parlimen BN menyertai pakatan itu bagi membentuk kerajaan Pusat yang baru. Bagaimanapun, beliau meletakkan syarat akan hanya menerima ahli Parlimen BN terutama daripada UMNO sekiranya mereka menyertai Pas. "Ia terletak di atas orang politik, negara kita demokrasi cumanya bagi orang Melayu yang dulunya UMNO, kalau dia nak masuk Pas, bukan maknanya nak masuk Pas tapi balik asal, kerana orang Melayu ini orang Islam, Islam menetapkan dasar-dasar hidup." Kenyataan Nik Abdul Aziz itu bermakna beliau menyokong wakil rakyat melompat parti asalkan masuk Pas malah turut berkata: "Saya tidak boleh ganggu orang lain kerana ini negeri demokrasi, demokrasi yang sampai ke peringkat hilang kawalan agama, inilah masalah kekalahan UMNO. "Wakil BN masalahnya seperti yang saya katakan tadi, kita tidak boleh nak halang, sampailah pada peringkat nak buat undang-undang, kita lompat pun tidak boleh. Kami pernah bawa naik ke mahkamah masa di Kelantan dulu, kes wakil Semangat 46 masuk UMNO balik tetapi tiada apa-apa kerana memang hak untuk melompat parti terbuka di negara demokrasi." Jika itulah hujah Nik Abdul Aziz, kenapa sekarang beliau mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan Perak yang ditubuhkan oleh BN adalah sebuah "kerajaan yang haram"? Adakah kerana wakil rakyat PKR dan DAP menyokong BN maka ia menjadi haram? Tetapi kalau wakil rakyat BN masuk pembangkang sehingga menumbangkan kerajaan BN ia dianggap "kerajaan yang diberkati"? Oleh itu, dalam isu krisis politik di Perak, Pas yang sudah berusia 57 tahun harus memaparkan pendirian yang jelas. Janganlah terus menjadi keliru hanya untuk menjaga kepentingan politik bersama PKR dan DAP. Mungkin Pas berbangga kerana sikap itu tetapi jangan sampai mereka dianggap sebagai "pak turut" sahaja seperti mana yang ditafsirkan berlaku di Perak itu. Oleh: Ziee Lipan (ziee_lipan@yahoo.com) Melalui Perisik Rakyat Groups

Ahad, Februari 08, 2009

Demonstrasi Jalanan....Melayu O Melayu

Melayu yang pernah hidup di zaman 13 Mei sahaja yang sedar betapa pentingnya larangan keatas demonstrasi jalanan. Kalau nak tahu 13 Mei bermula dari demonstrasi jalanan Dalam demontrasi mereka angkat penyapu nak sapu orang Melayu Melayu sekarang tidak merasa bagaimana rasa terhina nya nak kena penyapu Melayu yang pernah alami 13 Mei sahaja lah yang sedar betapa penting memelihara ketuanan Melayu. Melayu yang pernah alami 13 Mei sahaja lah yang sedar betapa penting memelihara KeSultanan Melayu Melayu yang pernah alami 13 Mei sahaja lah yang sedar betapa penting nya Melayu bersatu. Melayu generasi selepas era 13 Mei tidak hendak ambil tahu Kalau di sebut 13 Mei pun mereka kata entah apa benda tu Kalau tahu pun buat buat tak tahu Ada juga Melayu yang dah pernah tahu Sama juga buat buat tak tahu Kerana telah di brainwash pemimpin pengkhianat Melayu Mereka tak hargai apa itu hak Melayu sedangkan mereka Melayu Mereka kata tak perlu bela Melayu sedangkan mereka Melayu Mereka kata Melayu bodoh sedangkan mereka Melayu Emak, bapa, datuk, nenek mereka pun Melayu Ini Melayu tak sedar diri yang dia tu Melayu Yang sedia menggadai hak Melayu Terikut ikut dengan kata nista pemimpin mereka yang Melayu. Mereka kata kena bela Bangsa Malaysia yang di sebut Malaysian Malaysia Mereka tak tahu apa agenda di sebalik Malaysian Malaysia Mereka kata kalau bela Melayu aje itu perkauman nama nya. Mereka tak sedar mereka tertipu Ada mereka yang yang mengaku pembela agama berkata, bela Islam aje, di situ tak ada perkauman Mereka lupa Islam di negeri Melayu di hidupkan oleh Melayu Melayu hilang Islam pun lesu. Wahai anak anak Melayu zaman sekarang Kamu mabuk dengan politik ikut ikutan Kamu tak kenal intan permata Kaca kamu genggam kuat kuat, mati mati kamu katakan intan berlian permata Dek kerana dah terlalu mabuk terkena air hasutan Dari pemimpin Melayu derhaka jahanam yang hasad dan gila kuasa.

Khamis, Februari 05, 2009

Rentetan Ucapan TGNA tentang Lompat Parti

Add Image

Sama sama kita renung dan fikirkan.

Ini adalah diantara beberapa kenyataan bermusim Tuan Guru Nik Aziz tentang lompat parti berikutan kes terbaru yang berlaku di Perak sekarang apabila Barisan Nasional berjaya mendapat majoriti mudah untuk mengambil alih pemerintahan dari Pakatan Rakyat. LOMPAT PARTI KERJA ORANG TAK BERMARUAH - NIK AZIZ NIK MAT; KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata perbuatan melompat parti hanya dilakukan orang yang tidak bermaruah. Sehubungan itu, beliau yang juga Mursyidul Am PAS berharap undang-undang untuk menghalang perbuatan itu terutama dalam kalangan ahli politik yang menang pada pilihan raya umum 8 Mac lepas, digubal segera. "Memang melompat (parti) ni bukan kerja orang politik, kerja orang makan upah… Bukan manusia (kalau) boleh dijual beli ni," katanya kepada pemberita ketika menghadiri majlis kesyukuran bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Mohd Zaid Ibrahim di kediamannya di sini. Nik Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Mohd Zaid yang menyarankan undangundang anti lompat parti digubal bagi mengelak perbuatan itu berlaku secara berleluasa. Katanya, beliau sangat bersetuju dengan cadangan seumpama itu bagi mengelak wakil rakyat termasuk daripada PAS berhadapan dengan perkara seumpama itu. Dalam perkembangan lain, Nik Aziz berharap pemimpin Barisan Nasoinal (BN) kembali bermuhasabah diri bagi melihat punca kekalahan yang dialami dalam pilihan raya umum lepas. Kemudian, dipetik dari artikel yang terbaru dari Utusan 17 September 2008 yang bertajuk : LOMPAT PARTI TAK SALAH - NIK AZIZ; KOTA BHARU : Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat, tidak menjadi kesalahan kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih kerajaan dengan memujuk Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) lompat parti. Katanya, apa yang dilakukan Anwar adalah selaras dengan kehendak demokrasi, mengikut peruntukan undang-undang dan sejajar dengan tuntutan masa dan keadaan. "Kalau Anwar tidak buat macam itu, nak buat macam mana lagi, sementara menunggu pilihan raya, buat macam ini dulu. "Dalam pilihan raya, jika berlaku penipuan dan rasuah, tidak akan ada perubahan kuasa itu," katanya kepada pemberita selepas sambutan ulang tahun ke-18 Akaun Amanah Kebajikan Darulnaim, di sini.Beliau ditanya berhubung dengan kegagalan Anwar menubuhkan kerajaan baru pada hari ini sebagaimana yang diuar-uarkan. Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, tarikh perubahan kuasa itu tidak penting kerana lebih penting adalah merealisasikan hasrat pembangkang bila sampai masanya. Beliau yakin, biar apa yang diharapkan oleh Anwar belum menjadi kenyataan hari ini, namun ia bukan satu angan-angan Mat Jenin seperti yang dikatakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Akhir-akhir ini, percanggahan pendapat diantara Nik Abdul Aziz dan Mustafa Ali semakin memuncak berikutan sebuah artikel hasil tulisan Tok Guru Nik Abdul Aziz yang bertajuk RAKYAT TERENGGANU SALAH PILIH PESURUHJAYA telah diarahkan diarah ditarik siarannya dari Harakah. Kemelut Pemimpin tertinggi PAS ini sebenarnya berpunca dari unsur-unsur gila kuasa Anwar Ibrahim yang menyemai benih-benih kebencian terhadap penyatuan PAS-UMNO. Perihal ini juga telah menyebabkan terjadinya dua kumpulan di dalam PAS iaitu terdiri dari team Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat & Husam Musa dan team Datuk Seri Abdul Hadi Awang & Datuk Mustafa Ali. Seterusnya: SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menetapkan sasaran baru membentuk Kerajaan Persekutuan sebelum Aidiladha 2008 adalah tindakan yang betul. "Perancangan membentuk Kerajaan Persekutuan oleh Anwar bertepatan dengan konsep yang dilakukan Rasulullah apabila berjuang demi menyelamatkan rakyat daripada terus alpa dengan dunia politik serta pentadbiran yang tidak berasaskan agama," katanya selepas menghadiri Majlis Lembaran Wanita Kelantan di Dataran Kemerdekaan di sini. Ketika ditanya mengenai masalah yang sering dihadapi Anwar dan menyebabkan peralihan kuasa yang dirancang sering kali tertangguh beberapa kali, Menteri Besar Kelantan itu menjelaskan sesuatu perubahan yang baik apabila ingin dilaksanakan pastinya perlu melalui pelbagai masalah tetapi Anwar perlu tahu Pas sentiasa menyokong tindakannya itu. "Rasulullah s.a.w sendiri menghadapi masalah apabila perlu menunggu selama 13 tahun untuk mengambil alih kerajaan yang ketika itu dikuasai Yahudi, tetapi baginda tidak pernah berputus asa untuk menyelamatkan umat Islam ketika itu. "Bukan senang ambil alih pemerintahan sedia ada, tetapi perlu persediaan lengkap dan bersusah payah mencapai matlamat yang diingini. Tiada kerja mudah...jika nak senang campur susah rasuahlah," katanya. Dan terbaharu : WAKIL RAKYAT YANG BERPALING TADAH DIANGGAP PENGKHIANAT! HARAKAH DAILY : Wakil rakyat yang berpaling tadah sehingga menyebabkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak tumbang dianggap sebagai pengkhianat. Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, perbuatan berpaling tadah di kalangan Adun tidak menghargai pengundi yang bersusah payah berkempen ketika pilihan raya umum lalu. "Saya rasa cukup dukacita mendengar berita wakil rakyat hilang selama dua tiga hari dan kemudian nak melompat. Saya tak faham macam mana keadaan ini boleh berlaku di Malaysia. "Manusia macam ni patut dilemparkan dengan kasut. Selepas mendapat undi dalam pilihan raya, tiba-tiba mahu berpaling tadah. Perbuatan itu berlaku kerana ada pihak yang memujuk ," katanya di sini, lewat petang ini. Sehubungan itu beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berharap pilihan raya negeri diadakan di Perak bagi membolehkan rakyat memberi mandat baru untuk membentuk kerajaan. Beliau juga berkata, pemimpin yang sanggup menerima rasuah saja sanggup berpaling tadah sehingga menyebabkan pergolakan politik di negara ini tiada kesudahan. Petang tadi tiga Adun iaitu dua dari KeADIlan dan seorang DAP di Perak mengisytiharkan memberi sokongan kepada BN. Manakala Adun Bota, Nasaruddin Hashim kembali semula ke pangkuan Umno. Dilihat Nik Aziz sanggup melemparkan tuduhan kepada Adun yang keluar dari Pakatan Rakyat sebagai menerima rasuah tanpa bukti-bukti yang kukuh. Sedangkan dalam Islam sebelum menuduh pasangan yang ditangkap melakukan khalwat pun perlu ada saksi? Jadi janganlah menuduh sebarangan sebelum menyiasat terlebih dahulu. Mungkin bagi Nik Aziz segala apa yang dibuat oleh BN bagi PR adalah - Haram, tetapi apabila PR buat semuanya tak apa – Halal? Wallahuallam.

Dari Sahabat group : Ziee Lipan( ziee_lipan@yahoo.com) -

Rabu, Februari 04, 2009

SEMBAHYANG MEMBINA PERIBADI AGUNG

KEKUATAN SESUATU BANGSA Di dalam sejarah tamadun manusia, ada bangsa-bangsa yang telah menempa sejarah yang agung. Bangsa-bangsa itu dianggap agung kerana kedudukan dan martabat mereka yang jauh lebih tinggi dari bangsa-bangsa lain yang sezaman dengan mereka. Mereka itu agung kerana mereka:

1. Bangsa yang berjiwa besar 2. Berwibawa 3. Bertamadun 4. Disegani 5. Dihormati 6. Maju 7. Mengatur 8. Banyak memberi khidmat kepada bangsa lain Bangsa-bangsa yang lemah dan mundur mempunyai ciri-ciri dan sifat-sifat negatif yang menyebabkan mereka itu tidak boleh maju dan ketinggalan dari bangsa-bangsa lain. Di antara ciri-ciri dan sifat-sifat tersebut adalah seperti berikut: 1. Pemalas 2. Berjiwa kecil 3. Penakut 4. Suka meminta-minta (bantuan dan subsidi) 5. Lemah jiwa. Mudah putus asa dan kecewa 6. Tidak ada keyakinan diri 7. Tidak ada cita-cita untuk bangsanya. Mereka hanya ada cita-cita peribadi, untuk hidup senang dan untuk makan sendiri sama ada pemimpin dan orang besarnya ataupun rakyatnya. Bangsa-bangsa yang kuat dan agung pula mempunyai ciri-ciri dan sifat-sifat yang jauh berbeza. Mereka sebaliknya mempunyai berbagai-bagai sifat positif yang dapat memberi kekuatan kepada mereka. Sifat-sifat itu termasuklah: 1. Rajin 2. Berjiwa besar 3. Berani 4. Tidak suka meminta-minta dan sangat berdikari 5. Kuat jiwa. Tidak mudah putus asa atau kecewa 6. Yakin diri 7. Ada cita-cita untuk bangsanya, sama ada cita-cita itu pada pemimpin, pada orang besarnya atau pada rakyatnya. Di samping sifat-sifat di atas, ada lagi sifat-sifat positif yang sangat meneguhkan dan menguatkan peribadi mereka. Ini termasuklah sifat-sifat: 1. Berdisiplin 2. Sabar Agungnya peribadi itu pula dapat dilihat pada: 1. Akhlaknya 2. Imannya 3. Keyakinannya 4. Disiplin hidupnya 5. Kebersihan hatinya 6. Jauhnya mereka daripada melakukan maksiat dan dosa 7. Kemas syariatnya Bukan mudah untuk mengubah bangsa yang lemah dan mundur supaya menjadi bangsa yang kuat dan agung. Segala ciri dan sifat-sifat mereka itu perlu diubah. Sifat pemalas mesti diubah menjadi rajin. Jiwa yang kecil mesti diubah menjadi jiwa yang besar. Sifat suka meminta-minta dan sentiasa mengharapkan bantuan dan subsidi, mesti dikikis dan dibuang. Mesti ditanam dengan sifat berdikari. Jiwa yang lemah mesti dikuatkan. Tidak boleh mudah kecewa dan berputus asa. Sifat penakut mesti ditukar kepada sifat berani. Mereka mesti kuat keyakinan. Cita-cita bangsa perlu ditanam di dalam hati sanubari setiap anak bangsa. Sifat suka mementingkan diri dan bekerja hanya untuk kesenangan diri sendiri mesti dihapuskan. Ini sesuai dengan firman Allah SWT: Maksudnya: "Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubah apa yang ada dalam diri (hati atau jiwa) mereka." (Ar Ra'd: 11) BAGAIMANA SOLAT BOLEH MEMBINA KEKUATAN Solat atau sembahyang itu, Tuhan yang menetapkan rukun-rukunnya. Ia bukan ciptaan manusia, bukan direka-reka atau dibentuk oleh manusia. Kalau difahami dan dihayati, sembahyang itu adalah sesuatu yang sangat hebat. Kita akan dapat merasakan bahawa Tuhan itu hebat. Kita akan dapat bersandar kepada kehebatan-Nya. Satu Zat yang tidak dapat dibayangkan kebesaran-Nya tetapi terasa kebesaran-Nya. Satu Zat yang tidak dapat dibayangkan bagaimana wujud-Nya tetapi terasa wujud-Nya. Satu Zat yang tidak dapat dibayangkan kuasa-Nya tetapi terasa kekuasaan-Nya. Terasa oleh kita akan kesempurnaan Tuhan. Kita boleh minta apa sahaja dari Tuhan. Tuhan sedia melayannya. Solat itu adalah satu modul yang lengkap untuk mendidik hati dan jiwa manusia. Dalam solat ada ubat, ada pil, ada tonik dan ada vitamin untuk menyembuhkan penyakit rohani dan membina peribadi yang kuat, gagah dan agung. Boleh timbul berbagai kekuatan bagi individu atau sesuatu bangsa hasil dari solat dengan syarat ada ilmunya, faham dan solat itu benar-benar dijiwai serta dihayati. PENDIDIKAN ITU MELALUI IBADAH Untuk mendapatkan sifat-sifat yang agung ini bukanlah sesuatu yang senang. Perlu ada pemimpin yang mendidik ke arah itu. Kalau tidak ada pemimpin yang mendidik, ia mustahil boleh berlaku. Pemimpin itu pula tidak boleh sebarang atau calang-calang pemimpin.Pemimpin yang hendak menjadikan bangsanya kuat dan agung mestilah mempunyai segala ciri-ciri dan sifat-sifat yang agung itu pada dirinya terlebih dahulu. Kalau tidak, bagaimana dia hendak mendidik bangsanya supaya mempunyai ketujuh-tujuh ciri dan sifat yang agung tadi. Dia mesti mempunyai mandat dari Tuhan. Dia juga mesti mampu mendidik hati-hati manusia sepertimana para nabi dan rasul mendidik. Dia mesti faham perjalanan hati dan roh manusia. Dia mestilah orang yang sangat bertaqwa dan mempunyai wibawa yang tinggi. Manusia mudah memberi hati, mencintai dan taat kepadanya. Pendidikan bangsa mestilah melalui ibadah. Itulah sebabnya Tuhan memerintahkan kita supaya beribadah kepada-Nya sama ada ibadah pokok mahupun ibadah sampingan atau sunat. Kalau ibadah yang Tuhan perintahkan itu kita laksanakan dengan bersungguh-sungguh maka dari situ akan lahirlah kekuatan sesuatu bangsa. Ibadah pokok atau ibadah asas ialah solat atau sembahyang lima waktu. Ibadah-ibadah lain adalah sampingan atau sunat. Ibadah pokok atau ibadah asas mesti ada. Ia menjadi syarat. Kalau ibadah pokok atau asas ini tidak cukup untuk memberi kekuatan, ia boleh ditampung dan dicukupkan oleh ibadah-ibadah sampingan yang lain. Kekuatan yang timbul atau yang boleh diperolehi dari setiap ibadah itu pula tertakluk dan berkait rapat dengan tiga perkara iaitu: 1. Ilmu 2. Kefahaman 3. Penghayatan Setiap ibadah yang dibuat mesti mempunyai ketiga-tiga perkara ini. Ilmunya sudah tentu penting kerana tanpa ilmu kita tidak tahu cara yang sebenar untuk beribadah dan ibadah kita pasti akan tertolak. Tuhan tidak terima ibadah yang dibuat tanpa ilmu. Kefahaman lebih penting. Faham itulah hikmahnya. Faham itu ialah ilmu dalam ilmu. Sebab itulah ada Hadis yang mengatakan: "Barangsiapa yang hendak dijadikan baik, maka dia diberi faham tentang agama.'' (Riwayat Muawiyah) Dalam doa pun selalu kita minta kepada Tuhan begini: Maksudnya: "Ya Tuhanku, berikanlah aku ilmu dan rezekikanlah aku kefahaman." Kemuncak daripada ilmu dan faham itulah penghayatan. Penghayatan itu ialah apabila ilmu dan kefahaman itu betul-betul menjadi roh kita, otak kita, hati kita dan sikap kita. Apabila sesuatu ibadah itu ada ilmunya, difaham dan dihayati maka akan jadilah ibadah itu satu sumber kekuatan.

KENAPA SELAMA INI IBADAH TIDAK MENDIDIK KITA 1. Ibadah tanpa penghayatan tidak memberi kesan Kita diberi ilmu tentang ibadah, sama ada ibadah asas mahupun ibadah sunat, hanya setakat yang bersangkut paut dengan hukum-hakam iaitu tentang syaratnya, rukunnya, sah dan batalnya sahaja. Oleh itu dalam beribadah, itulah yang kita jaga iaitu syaratnya, rukunnya, sah dan batalnya sahaja. Tidak lebih dari itu. Dalam solat, itulah juga empat perkara yang ditekankan. Begitu juga dalam ibadah puasa dan haji. Ilmu lain termasuk falsafahnya tidak diajar. Kefahaman dan penghayatan pun tidak diajarkan. Kalau begitu keadaannya bagaimanalah ibadah itu dapat dihayati. Kalau ibadah penting seperti solat yang menjadi tiang agama dan ibu segala ibadah pun hanya diajar syarat, rukun, sah dan batalnya sahaja tetapi ilmu falsafah, kefahaman dan penghayatannya tidak diajar, maka rugi sungguhlah kita. Fenomena ini sudah berlaku selama tujuh ratus tahun semenjak jatuhnya empayar Islam. Ilmu ibadah yang kita belajar selama ini sangat terbatas. Ilmu ibadah yang diajar tidak langsung menyentuh tentang roh ibadah atau hikmah dalam ibadah. Sebab itu kita lihat, orang yang banyak ibadah dan banyak bersolat pun, ianya tidak memberi apa-apa kesan pada diri dan hati mereka. Akhlak mereka tidak banyak berubah. Bahkan orang yang banyak ibadah menjadi lebih beku, tidak aktif, tidak produktif dan sangat pasif. Sabda Rasulullah SAW: Maksudnya: "Barangsiapa yang sembahyangnya tidak dapat mencegahnya daripada maksiat dan kemungkaran maka tidak bertambah dekat dia dengan Allah, melainkan bertambah jauh daripada Allah." (Riwayat At Tabrani)

Ibadah tanpa penghayatan dan penjiwaan ini tidak memberi apa-apa kekuatan. Ibadah seperti ini tidak dapat melahirkan bangsa yang kuat dan yang mempunyai peribadi yang agung. Dalam perintah Tuhan supaya kita beribadah itu terkandung ubat untuk bagaimana kita boleh melahirkan bangsa yang gagah dan agung, yang dapat menguasai dunia. Tetapi disebabkan ibadah kita itu hanya ibadah lahir, tidak ada jiwa, tidak ada roh dan tidak dihayati, kita bersolat atau tidak bersolat, kita ibadah atau tidak ibadah, sama sahaja kesannya kepada kita.

2. Tidak ada ilmu tentang Tuhan Solat atau sembahyang itu, di antara tujuannya ialah untuk mengingatkan dan menyedarkan manusia tentang Tuhan. Bukan untuk mengajar manusia tentang Tuhan tetapi untuk mengingatkan dan menyedarkan manusia tentang Tuhan. Manusia sepatutnya sudah ada ilmu dan faham tentang Tuhan di luar sembahyang. Cuma, manusia atau insan itu sifatnya adalah pelupa. Walaupun manusia ada ilmu dan faham tentang Tuhan di luar sembahyang tetapi mereka tetap akan lupa. Itulah sifat manusia. Istilah insan adalah dari istilah ins dalam bahasa Arab yang maksudnya pelupa. Solat atau sembahyang akan hanya memberi kesan pada orang yang sudah ada ilmu dan faham tentang Tuhan. Maka dalam sembahyang, dia hanya diingat-ingatkan dan disedarkan lagi. Lima kali sehari semalam, Allah ingat-ingatkan dia tentang Tuhan untuk menampung sifat pelupanya itu supaya dia jangan terus lupa. Itulah rahmat dan kasih sayang Tuhan. Sembahyang hanya boleh menyedarkan orang yang sudah ada ilmu dan faham tentang Tuhan. Tetapi bagi kebanyakan umat Islam, di luar sembahyang dan dalam kehidupan seharian, mereka memang tidak ada ilmu dan tidak faham tentang Tuhan. Kalau di luar sembahyang sudah jahil, tidak ada ilmu dan tidak faham, bagaimana untuk mengingat Tuhan dalam sembahyang. Bagaimana dapat mengingat perkara yang kita tidak pernah tahu dan tidak pernah faham. Ini perkara mustahil. Orang yang tidak ada ilmu dan tidak faham tentang Tuhan sangat susah untuk disedarkan. Orang macam ini, sembahyang tidak ada makna baginya. Terpekik terlolong dalam sembahyang pun tidak jadi apa-apa. Dia tidak ubah seperti orang gila. Inilah juga sebab kenapa ibadah terutama solat atau sembahyang itu tidak mendidik kita. Umat Islam rata-rata memang tidak ada ilmu dan tidak faham tentang Tuhan dan sifat-sifat Tuhan. Sembahyang tidak membawa mereka kepada Tuhan. Jauh sekali mengingatkan mereka tentang Tuhan.

(Di petik dari Minda Ustaz Hj Ashaari Muhammad)

Selasa, Februari 03, 2009

PESANAN KEPADA PENGGUNA PUNGGUNA ISLAM

Sebagai umat Islam yang merupakan antara kumpulan pengguna terbesar di dunia hari ini, kita harus mempunyai beberapa prinsip tetap serta jelas mengenai apa yang kita gunakan setiap hari.

Apakah dasar-dasar jelas yang harus mempengaruhi kita dalam membuat keputusan kita seharian sebagai pengguna? Prinsip dan dasar ini AMAT penting kerana akan menentukan masa depan dan nasib kita orang Islam sebagai kumpulan pengguna yang tidak harus diambil mudah, diperlekeh, tidak diambil kira, justeru tidak dihormati.

Apakah makna kehidupan jika hak kita tidak dihormati? Manusia melakukan berbagai usaha di dunia ini agar mereka dihormati dan tidak dipandang hina di mata ramai. Lihatlah bagaimana “Maslow Hierarchy of Needs” yang digunakan sebagai rujukan pengurusan para kapitalis dalam membuat perancangan bagi menguasai dan memanipulasi minda pengguna. Soalan yang bertanyakan adakah sesuatu produk itu halal merupakan satu soalan yang biasa diterima.

Sambil kami menjawab soalan tersebut, kami ingin juga mengingatkan para pengguna agar lebih bijak dan sedar bahawa janganlah kita hanya hadkan pertanyaan kita setakat “hendak mengguna” sahaja. Keperluan kita nampaknya begitu asas sehinggakan soalan yang biasa kita tanya hanya setakat untuk memenuhi keperluan asas kita semata mata dan tiada lagi agenda yang lebih daripada itu samada produk yang dikeluarkan dihasilkan oleh “Muslim Organisations”, “Muslim Friendly Organisation”, Anti Muslim Groups” atau musuh-musuh Islam sendiri.

Adakalanya soalan kita begitu cetek sehinggakan kita hanya melihat produk akhiran sahaja dan tidak bertanyakan samada proses simpanan,pengedaran ( perkapalan, pengangkutan) perbankan (bank Islam sebenar atau label bank Islam semata!) dan lain-lain mengikut keperluan Islam sebenar sebagai satu proses. Kita harus melihat dari perspektif yang lebih luas dan menyeluruh kerana prinsip pembelian kita bergantung kepada beberapa faktor asas yang secara langsung melibatkan masa depan para peniaga Islam, ekonomi Islam dan Umat Islam sendiri.

Antara soalan yang harus sentiasa ada pada kita adalah:-

a. Adakah produk ini HALAL dan BAIK?

b. Adakah produk ini membawa kepada kesihatan?

c. Adakah alternatif produk yang dikeluarkan oleh orang Islam?

d. Adakah produk ini dikeluarkan oleh orang Islam 100%, 50%, 30%?

e. Adalah produk ini disahkan atau dipantau oleh orang Islam?

f. Adakah logo ini betul dan tulen?

g. Adakah syarikat yang mengeluarkan produk ini menghormati masyarakat Islam?

h. Adakah produk ini mempunyai unsur-unsur menghina Islam?

i. Adakah produk ini dimiliki oleh syarikat yang memusuhi Islam?

j. Adakah produk ini dikeluarkan atau dikilangkan di Malaysia atau import keseluruhannya?

k. Adakah produk ini membawa manfaat kepada umat Islam?

l. Adakah produk yang sama dikeluarkan oleh masyarakat Islam tapi agak sukar diperolehi di pasaran?

m. Adakah syarikat yang mengeluarkan produk ini mempunyai dasar yang menghormati umat Islam dan Agama Islam?

n. Adakah pekerja Islam diberikan kemudahan untuk mengamalkan Islam tanpa diskriminasi secara sedar ataupun tidak?

o. Adakah syarikat mengamalkan diskriminasi terhadap syarikat pembekal-pembekal Islam yang cuba membekal bahan kepada syarikat mereka?

p. Adakah produk tersebut benar-benar perlu kepada kita dan tiadakah sebarang altenatif yang dikeluarkan oleh masyarakat Islam?

Paling tidak carilah produk yang mempunyai logo halal JAKIM. Sekurang-kurangnya ada juga peranan dan pengaruh Islam dalam minda pemilik syarikat tersebut walaupun dia bukan Islam. Namun demikian kita harus berhati-hati kerana kami di PPIM telah beberapa kali membongkar salah guna Halal JAKIM yang berlaku di Negara ini. Apa lagi yang tidak mempunyai sebarang tanda halal!

Bagi “Mengembalikan Hak Dan Maruah Kita Dengan Bijaksana”, logiknya kita haruslah sedaya upaya mengutamakan produk Islam, Halal dan buatan tempatan. Hanya dalam keadaan tiada pilihan dan darurat sahaja kita harus menggunakan produk lain. Kalaupun darurat, kita harus mempunyai tempoh tamat tertentu. Tidaklah patut dikatakan darurat bagi kita menggunakan sesuatu produk yang tiada jaminan halal selama 49 tahun atas tiada produk Islam dan alasan ianya darurat. Konsep darurat sebenarnya menggalakan Umat Islam agar berusaha untuk sentiasa memajukan diri dalam mana-mana industri demi kepentingan Ummah.

Harus juga difahami bahawa di Malaysia setakat ini tiada sebarang Akta Halal bagi mengawal kegiatan penipuan terhadap umat Islam. Oleh yang demikian umat Islam harus tambah berhati-hati sebelum membeli dan hasrus megambil perkara ini sebagai perkara amat penting.

Dalam konteks ini siapakah yang hendak memberi jaminan kepada kita jika orang bukan Islam, yang tidak faham Islam menyalah gunakan logo halal. Kita perlu bertanggung jawab sepenuhnya terhadap apa kita dan keluarga kita makan dan tidak boleh menyalahkan sesiapa jika kita termakan barang haram yang dikeluarkan oleh orang bukan Islam terutama kerana setelah penggunaan sijil halal hari ini terdedah kepada banyak penyelewengan dan penipuan.

Setelah sijil halal dikeluarkan, tiada terdapat proses audit berkala atau pemantauan dijalankan. Ini berlaku dalam contoh kes roti High 5. Siapakah yang dipertanggungjawabkan untuk memantau sehingga kilang begitu kotor selama bertahun-tahun dan umat Islam diperdaya dengan iklan “ roti yang lebih baik”. Ramai pengguna yang agak “jahil” dan tidak prihatin yakin dengan iklan wanita Melayu bertudung dan terus-menerus membeli roti daripada syarikat yang tidak menghormati Islam selama ini dan kini membawa pendekatan baru dengan “mempergunakan” ahli agama bagi memulihkan syarikat mereka dengan menupulasi fakta-fakta sebenar.

Untuk makluman kita semua, apabila sijil halal roti High 5 ditarik balik, beberapa hari kemudianya ianya diberikan kembali secara “ express ”, apakah hak pengguna Islam yang setelah sekian lama di tipu? Adakah mungkin umat Islam yang bertahun-tahun disajikan makanan kotor dan mungkin jadi tak halal nak tuntut Dato' Jackson Tan di akhirat nanti!?

Kalau orang Islam tipu kita, mereka tak akan lepas kira-kira dan tetap kita boleh tuntut. Jadilah pengguna yang bijak agar kita dihormati! Kami di PPIM yakin Halal ( seperti haji, zakat, jumaat dll ) merupakan antara anugerah Allah SWT kepada Umat Islam yang boleh memperkasakan kita semua. Kita lihatlah bagaimana sijil KOSHER yang digunakan oleh YAHUDI yang hanya 6 juta orang di Amerika mampu menguasai pasaran makanan dunia sehinggakan 80% produk yang terdapat di supermarket di Amerika “ terpaksa” mempunyai pengesahan KOSHER.

Yahudi telah menggunakan KOSHER untuk menguasai dunia. Lihatlah sehinggakan kita sendiri yang marahkan Yahudi yang membunuh orang Islam meminta pengesahan musuh kita, KOSHER apabila membeli makanan di luar Negara atau menaiki kapalterbang! Tidakkah ini merupakan ironi yang jelas dan agak memalukan kita semua yang telah bertahun-tahun begitu akur dan amat selesa dengan amalan ini?

Manakah hendak kita letakkan maruah, harga diri dan air muka kita? “ We can loose everything but not dignity, not dignity ” kata Sheikh Yassin, seorang mujahid Islam yang disogok dengan berbagai umpan dan habuan supaya menerima dan memperakui kehendak Agenda Yahudi. Adakalanya, apa yang kita lakukan mungkin terlindung dan tidak jelas sebagai melemahkan Islam dan memberikan kekuatan kepada musuh Islam. Kita lihat beberapa contoh bagaimana kita tanpa sedar, membantu musuh Islam dan melukakan hati saudara seIslam kita.

Kita lihat apabila kita:

i) Minum Coca-Cola - Senario di belakang tabir adalah Coca-Cola membantu Regim Yahudi sejak tahun 60an lagi, menghina Islam dengan berbagai cara. Haruskah kita menyokong produk mereka sedangkan tanpa coke kita tidak mati malah ianya memudaratkan kesihatan serta banyak lagi produk altenatif, produk Islam sendiri;

ii) Bersantai dan minum di Starbuck Café. Senario di belakang tabir adalah Starbuck merupakan penyokong kuat perjuangan Yahudi Zionis. Tidakkah kita melukakan hati para pejuang Islam yang mempertaruhkan nyawa demi mempertahankan maruah Islam? Tidakkah ada café lain yang tidak menghina Islam atau yang dimiliki oleh orang Islam sendiri? Tidakkah kita lihat bagaimana kita berperanan dan membantu pembunuhan Umat Islam sendiri apabila kita menyumbang kepada keuntungan Starbucks?

iii) Menggunakan ubat gigi Colgate. Senario di belakang tabir di mana lebih 47 tahun Colgate tidak mempedulikan sensitiviti umat Islam dengan mengeluarkan produk tanpa sebarang pengesahan halal dan tidak berminat untuk berbuat demikian selama itu? Colgate juga berperanan menaja dan membantu Israel dalam perang dengan Negara-negara Islam yang diketahui sejak tahun 1967. Kini apabila diasak dan merasakan kerugian akibat terjejas jualan baru menggunakan tanda halal di luar Negara pada ubat gigi yang dibuat di Vietnam, China dan Thailand. Itupun tiada sebarang pengesahan badan mana yang mengesahkannya.

iv) Para pengguna tidak harus dianggap bodoh sentiasa dan menuruti sahaja apa yang disumbat dan sogokkan kepada mereka sampai bila-bila. Lagipun kini terdapat banyak produk Islam, produk tempatan jadi tiada sebab kita harus menghantarkan keuntungan ratusan juta setiap tahun ke luar Negara bagi menguntungkan para kapitalis dan merugikan tukaran asing serta tidak menyumbang kepada ekonomi Malaysia yang tidak selama ini tidak juga sensitif kepada kehendak Islam. Lagipun apakah maknanya jaminan hanya “pada produk dipasarkan di Malaysia”?

Di Brunei, Singapura, Thailand dan Indonesia macam mana pula? Orang Islam di luar Malaysia tak perlu dihormati dan diteruskan disumbat denga ubat gigi tanpa jaminan halal? Kita juga harus peka dan prihatin kepada saudara seIslam kita di luar sana. Kalau mereka boleh menidakkan keperluan saudara kita, apakah kita harus berlumba-lumba menyokong hanya kerana mereka kata mereka kini mempunyai jaminan halal daripada badan yang disorok namanya!

Ingatlah kita bukan sahaja akan ditanya di manakah kita memperolehi duit/rezeki kita tetapi kita juga akan ditanya ke manakah dibelanjakan duit kita. Ke jalan yang baik atau yang memudaratkan Islam sendiri? Malangnya tiga syarikat contoh ini, Coke juga telah mendakwa mempunyai Halal (JAKIM), Starbucks ( South East Asia Halal Council) dan Colgate ( tak tahu yang mana satu pun tidak mencatatkan apajua logo halal kerana mungkin mereka anggap pengguna Islam tidak perlu tahu dan harus sememangnya jahil!).

Pesanan: Persatuan Pengguna Islam Malaysia(PPIM)

http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/news.php

Jumaat, Januari 30, 2009

Kekuatan Roh bakal menumpaskan Rejim Zionis

Masjid Al Aqsa

Hati hati yang berkubah kuning bukan Masjid Al Aqsa

Walau berbilllion penduduk dunia memprotes dan tunjuk perasaan menentang Israel, apakah akan ada perubahan besar? Umat Islam tidak mampu. Hanya peribadi yang dijanjikan Tuhan sahaja mampu memusnahkan mereka. Teringat kata-kata Sheikh Hisham Kabbani - Imam Mahdi akan menawan Masjidil Aqsa hanya dengan takbir. Ingat ! Kekuatan roh yang dibelakangnya adalah Allah sahaja yang mampu memenangkan Islam.
—————————————————————————————————————————

Yahudi sedang melepaskan sebesar-besar geram yang terpendam danterbuku. Mereka tahu masa kemusnahan bangsa mereka sudah terlalu dekat.Agenda mereka untuk menghancurkan kebangkitan Islam yang bakal naik di Timur semuanya gagal. Sebagaimana kaum Yahudi pernah berkali-kali membuat cubaan membunuh Rasulullah SAW, kahin-kahin ( ahli sihir) mereka kali ini juga sudah menggunakan segala teknologi ilmu hitam yang tercanggih untuk menghancurkan peribadi yang dijanjikan itu, namun tiada siapa yang dapat mengalahkan kekuatan roh manusia yang dibelakangnya adalah Penguasa Alam ini yang Maha Pelindung, Maha Pencatur.

Lihat Bila kebenaran diangkat, yang batil pasti sirna

Bila kita melihat sejarah, seelok sahaja Nabi Ibrahim pulang kepada kaumnya setelah keluar dari api yang membakarnya selama 40 hari, maka berlakulah satu kemenangan yang sangat besar dan amat agung. Satu kemenangan yang tidak terduga oleh semua pihak, maka walaupun Nabi Ibrahim tidak menjadi ketua negara Turki semasa itu, mukabumi di mana Nabi Ibrahim berada pada waktu itu, sebenarnya telah menjadi setenang-tenang negara dengan suasana yang sangat aman , selamat dan menjadi suburlah negara itu.

Bilamana Allah melakukan keajaiban, iaitu satu mukjizat yang paling besar di mana api tidak membakar Nabi Ibrahim, dan Nabi Ibrahim telah terselamat, inilah titik bermulanya pakej kepada pemerintahan Roh itu, suatu titik tolak kepada seribu-satu keajaiban lainnya. Mukabumi diperintah di bawah kekuasaan kerajaan langit — bumi seolah-olah boleh dikecilkan, bumi boleh juga diluaskan mengikut keperluan denganmenggunakan teknik teknologi roh itu. Hal ini akan menjadi satu budaya, di mana sebelumnya jika disukat dengan akal suatu yang mustahil.

Begitu juga seelok Nabi Musa dapat naik daripada Laut Merah itu dan Firaun didapati telah mati di dalamnya, maka telah terjadi satu perubahan, walau Nabi Musa tidak memerintah Mesir, jadilah negara Mesir itu setenang-tenang negara, sebab karomah paling besar, mukjizat paling besar yang Allah kurniakan kepada orang-orangNya ialah ketenangan. Jadi tenanglah negara itu. Amanlah, selamatlah semuanya dan suburlah. Orang tidak lagi akan merungut tentang makanan dan minuman. Itulah keredhaan Tuhan kepada negara tersebut.

Tuhan akan mengulangkan sejarah bilamana dunia sudah terlalu zalim dikerjakan oleh para manusia, maka Tuhanlah yang akan mengambil alih. Ini adalah satu kenyataan sejarah dan kemuncaknya adalah saat apabila yang membawa kebenaran dinaikkan manakala yang membawa kezaliman dijatuhkan.

Kasih sayang yang bertunjangkan cinta kepada Tuhan dan iman yang waja sahaja yang akan menenangkan kesemuanya dan menundukkan semuanya.

Pernah seorang pejuang agama di negara kita yang telah datang membawa satu misi perjuangan Islam yang amat asing, dipanggil mengadap oleh pemimpin tertinggi negara kita

“Apa kerja kamu ini? Di dalam negara aku, kamu nampaknya sibuk ke hulu, ke hilir, cakap apa ini? Kamu telah membuat perpecahan kepada bangsa kita nampaknya” soal Datuk Seri itu. Jawab pejuang ini “Saya rasa masyarakat kita, orang Melayu kita ni, kena ditanamkan iman, sebab dengan taqwa dan kekuatan roh sahajalah bangsa kita akan kuat”.

Datuk Seri menjawab “Alah, iman, iman, taqwa, taqwa, habis nak makan apa kalau tak ada duit? Bangsa kita mundur sebab tiada duit, sebab ekonomi lemah, bukan sebab tiada iman”

Jawab pejuang “Saya lihat di Brunei, di negeri-negeri teluk, Saudi Arabia, mereka semua kaya, mereka jadi ceti dunia tetapi bangsa mereka tidak kuat juga”.

Datuk Seri menjawab ” Oh!, pandai kamu menjawab ya?”

Jawab pejuang : “Ok, Datuk Seri cuba cara ekonomi, saya cuba cara iman dan taqwa, saya hendak mengajak bangsa kita mencintai Allah, nanti mereka akan menjadi tonggak kekuatan tersembunyi untuk bangsa ini dan Allah akan memberi duit kepada mereka, kita tengok siapa yang betul nanti.
Oleh sebab pengaruh pejuang ini semakin berkembang dan meluas di dalam mahupun di peringkat antarabangsa, maka seperti mana Israel tidak dapat mengawal perasaannya dan gelojoh menghancurkan Palestine, perjuangan pejuang Islam ini turut sama dihancurkan pihak penguasa dengan begitu semberono, gelojoh, kejam dan meluas, atas sebab takutkan pengaruh sosialnya yang semakin merebak ke seluruh lapisan masyarakat.

Rindu kepada Allah yang ghaib dan rindu kepada RasulNya di alam barzakh sana, maka itulah punca kenapa Islam itu dapat dibangunkan. Orang-orang akal, orang yang beragama tetapi kering rohnya, tiada rasa-rasa rindu dan cinta ini, tidak mungkin akan melahirkan kebangkitan Islam. Jadi kita tidak perlu hairan bila ada orang yang sakit fizikalnya masih boleh membangunkan Islam. Kita ini yang sihat, segar bugar ini pun tidak mampu membuatnya. Ia mesti bertolak dari rasa rindu dan cinta kepada Allah dan RasulNya.

Siapa yang tiada rasa rindu, dan tiada rasa cinta kepada Allah dan Rasul, terpekik terlolong sampai keluar anak tekak untuk menampakkan cintanya kepada Islam, nescaya tidak lahirlah kebangkitan Islam itu.

Petikan: http://heliconia.wordpress.com

Khamis, Januari 29, 2009

Hudud Pas vs Hudud Allah

AGAMA Islam Pas menjadi semakin popular dalam masyarakat Melayu. Hukum Hududnya diyakini sebagai hukum agama yang suci. Ulamanya pula ditaati seperti Allah dan rasul-Nya. Kekalutan ini lahir daripada input yang mengelirukan mengenai tugas rasul Allah yang sebenar. Para ulama tidak menjelaskan seperti yang dijelaskan Allah iaitu tugas rasul hanyalah untuk menyampaikan al-Quran kepada umat. Firman Allah 5:92 yang berbunyi “Ketahuilah bahawa atas rasul Kami hanyalah untuk menyampaikan yang jelas (al-Quran)" tidak disampaikan kepada orang Melayu. Mereka terus membisu dengannya walaupun Allah menyebut mesej itu sekali lagi dalam ayat al-Quran 24:54. Lantas, Islam ajaran ulama bukanlah Islam yang disampaikan oleh rasul. Rasul mengikuti satu syariat yang termaktub dalam Perintah daripada Allah - “Kemudian Kami membuat kamu di atas satu syariat daripada Perintah; maka ikutlah ia” (45:18) - dan dalam Perintah itu juga dinyatakan bahawa hanya Allah sahaja yang berhak mensyariatkan atau menetapkan hukum untuk agama-Nya. Tiada yang lain, selain daripada Dia, diizinkan berbuat demikian. Mereka yang ingkar dan yang memandai-mandai menggubal sendiri hukum agama dikategorikan-Nya pula sebagai sekutu Allah (42:21), dan dosa ini tidak diampun. Namun manusia, kerana kefasiqan mereka, terus menggubal peraturan atau hukum agama. Lalu lahirlah pelbagai peraturan dan hukum yang berlainan daripada apa yang diwahyukan. Hukum Hudud adalah satu daripadanya. Perkataan hudud bermakna had atau batas, dan juga ordinan. Ia sering disebut dengan kata hudud Allah di dalam al-Quran dan kata ini bersangkutan dengan peraturan atau hukum. Maka hudud Allah boleh dimaksudkan sebagai had bagi sesuatu hukuman, atau hukuman yang maksima, bagi sesuatu kesalahan yang ditetapkan Allah. Perkataan ini disebut sebanyak 14 kali di dalam 9 buah ayat al-Quran. Satu daripada ayatnya berbunyi, “Itulah hudud (had-had) Allah; janganlah mencabulinya. Sesiapa mencabuli had-had Allah, mereka itulah orang-orang yang zalim” (2:229). Oleh yang demikian hukuman daripada Allah, atau hukuman dalam Islam yang sebenar, adalah bersifat tidak zalim. Walaupun terdapat hukuman bunuh (qisas) dalam agama Allah, namun Dia memperingatkan agar dipertimbangkan nyawa pesalah supaya dapat diselamatkan. Firman-Nya, “Dalam qisas ada kehidupan untuk kamu, wahai orang-orang yang mempunyai minda, supaya kamu bertakwa” (2:179). Tidak pula dengan Hukum Hudud Pas. Padanya bau zalim begitu ketara. Beberapa contoh akan dikemukakan di sini, dipetik daripada “Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 – Kerajaan Negeri Kelantan”, hasil karya ulama Pas yang disucikan oleh ramai orang Melayu. Contoh pertama ialah hukuman untuk mencuri: “Sesiapa yang melakukan sariqah (mencuri), melainkan dalam keadaan yang dinyatakan dalam seksyen 7, hendaklah dihukum dengan hukuman hudud seperti berikut: (a) bagi kesalahan pertama dengan dipotongkan tangan kanannya; (b) bagi kesalahan yang kedua dengan dipotongkan kaki kirinya; dan (c) bagi kesalahan-kesalahan yang ketiga dan berikutnya dengan dipenjarakan selama tempoh yang difikirkan patut oleh Mahkamah untuk menjadikan pesalah itu sedar dan sesal.” (Bahagian I, perenggan 6) Hukuman ini mengatasi hudud Allah yang hanya menyuruh potong tangan. Itulah had hukuman yang ditetapkan Allah bagi pencuri. Firman-Nya, “Dan pencuri lelaki dan pencuri perempuan, potonglah tangan keduanya sebagai satu balasan ke atas apa yang mereka mengusahakan, dan hukuman contoh daripada Allah; Allah Perkasa, Bijaksana” (5:38). Itulah juga hukuman maksima yang dijatuhkan oleh rasul ke atas pencuri kerana dia menuruti perintah Tuhan berbunyi, “Dan Kami menurunkan kepada kamu Kitab dengan yang benar, yang mengesahkan Kitab sebelumnya, dan mengawalnya. Maka hakimkanlah antara mereka menurut apa yang Allah menurunkan, dan janganlah mengikuti keinginan mereka untuk mengabaikan yang benar yang datang kepada kamu” (5:48). Contoh kedua ialah hukuman bagi kesalahan merompak: “Sesiapa melakukan hirabah (merompak) hendaklah dihukum dengan hukuman hudud seperti berikut: (a) dihukum bunuh dan selepas itu disalibkan, jika mangsa kesalahan itu dibunuh dan hartanya atau harta orang lain diambil; (b) dihukum bunuh sahaja, jika mangsa kesalahan itu dibunuh dengan tidak ada apa- apa harta yang telah diambil; (c) dihukum potong tangan kanan dan kaki kirinya, jika harta sahaja yang diambil dengan tidak menyebabkan kematian mangsa atau mencederakannya; tetapi sekiranya harta-harta diambil dan kecederaan dilakukan ke atas mangsanya, maka diyat atau irsy hendaklah dibayar sebagai tambahan kepada hukuman potong tangan dan kaki .....” (Bahagian I, perenggan 9). Yang paling sumbang dalam hukum hudud Pas ini ialah perbuatan menyalib dan memotong tangan dan kaki pesalah. Dalam al-Quran tindakan menyalib dan memotong tangan dan kaki hanya diharuskan semasa dalam peperangan, iaitu ke atas musuh Islam yang memerangi. Firman-Nya, “Sesungguhnya balasan ke atas orang-orang yang memerangi Allah dan rasul-Nya, dan yang berusaha di bumi untuk membuat kerosakan - mereka dibunuh, atau disalib, atau tangan-tangan mereka dan kaki-kaki mereka dipotong berselang-seli, atau mereka dibuang daripada bumi. Itulah suatu kerendahan bagi mereka di dunia; dan di akhirat, bagi mereka azab yang besar” (5:33). Al-Quran ada juga menyebut mengenai hukuman memotong tangan serta kaki dan kemudian disalib di pohon palma yang dilakukan bukan dalam peperangan. Akan tetapi, hukuman ini adalah amalan Firaun, seorang musuh Islam yang zalim pada zaman Nabi Musa (7:124, 20:71 dan 26:49). Sementara hukuman salib tanpa memotong mana-mana bahagian anggota disebut sebagai hukuman orang kafir zaman Nabi Isa (4:157) dan raja semasa zaman Nabi Yusuf (12:41). Mengenai hukuman bunuh pula, yang diharuskan Allah, ia tidak sahaja terhad ketika dalam peperangan (2:191) tetapi juga dalam kes pembunuhan biasa. Namun kuasa diberi kepada saudara si mati untuk melaksanakan hukuman tersebut. Firman-Nya, “Wahai orang-orang yang percaya, ditetapkan bagi kamu ialah pembalasan (qisas), mengenai orang yang dibunuh ….. tetapi, jika sesuatu dimaafkan kepadanya oleh saudaranya, maka hendaklah mengikutinya dengan baik, dan hendaklah bayarannya dibuat dengan baik. Itu adalah satu keringanan bagi kamu daripada Tuhan kamu, dan satu pengasihan; dan sesiapa mencabuli sesudah itu, baginya azab yang pedih” (2:178). Contoh ketiga ialah hukuman bagi penzina: “(1) Jika pesalah yang melakukan zina itu mohsan, maka pesalah itu hendaklah dihukum dengan hukuman rejam, iaitu dilontar dengan batu yang sederhana besarnya sehingga mati. (2) Jika pesalah yang melakukan zina itu ghairu mohsan, maka pesalah itu hendaklah dihukum dengan hukuman sebat sebanyak seratus kali sebatan dan sebagai tambahan hendaklah dipenjara selama satu tahun.” (Bahagian I, perenggan 11) Hukuman ini jauh melebihi had yang ditetapkan Allah yang berbunyi “Perempuan yang berzina, dan lelaki yang berzina, sebatlah tiap-tiap seorang daripada mereka dengan seratus sebatan,” (24:2). Itu sahaja. Menurut al-Quran, hukuman merejam batu adalah amalan orang kafir zaman dahulu kala seperti zaman Nabi Nuh, Ibrahim, Shuib dan zaman beberapa orang pemuda yang mencari perlindungan di dalam gua atau al-kahfi. Nabi Musa juga takut direjam oleh Firaun. Menurut catatan sejarah pula, hukuman merejam batu hingga mati kepada pesalah dalam hal agama telah dimulakan oleh seorang ulama Yahudi bernama Uzair (9.30) yang hidup kira-kira 2,000 tahun sebelum al-Quran diturunkan. Apapun, hukuman ini adalah hukuman jahiliah, dan Tuhan telah bertanya, “Adakah putusan jahiliah yang mereka menginginkan? Dan siapakah yang lebih baik putusannya daripada Allah bagi kaum yang yakin?” (5:50). Contoh keempat ialah hukuman bagi kesalahan liwat: “Sesiapa melakukan kesalahan liwat, hendaklah dihukum dengan hukuman yang sama seperti yang ditetapkan bagi zina.” (Bahagian I, perenggan 17) Penggubal hukuman ini jelas tidak menyedari mengenai kewujudan hudud Allah bagi perempuan dan lelaki yang sedemikian rupa nafsu seksnya. Diturunkan di bawah ini dua ayat al-Quran yang berkaitan: 1. “Dan perempuan-perempuan kamu yang melakukan kesumbangan, panggillah empat antara kamu untuk menyaksikan terhadap mereka; dan jika mereka menyaksikan, tahanlah mereka di dalam rumah-rumah mereka sehingga kematian mematikan mereka, atau Allah mengadakan bagi mereka satu jalan” (4:15). 2. “Dan apabila dua orang antara kamu (lelaki) melakukannya (kesumbangan), maka hukumlah keduanya; tetapi jika mereka bertaubat, dan membetulkan, maka berpalinglah daripada keduanya; Sesungguhnya Allah adalah Yang Menerima Taubat, Pengasih” (4:16). Contoh kelima ialah kesalahan meminum arak: “(1) Syurb adalah kesalahan meminum arak atau sebarang minuman yang memabukkan; dan sesiapa yang melakukan kesalahan ini, sama ada dia mabuk atau tidak, dan tanpa mengira kuantiti yang diminumnya hendaklah dikenakan hukuman sebat yang tidak lebih daripada lapan puluh kali sebatan dan tidak kurang daripada empat puluh kali sebatan.” (Bahagian I, perenggan 22) Firman-Nya: “Sesungguhnya Kami menurunkan kepada kamu Kitab dengan yang benar supaya kamu menghakimkan antara manusia dengan apa yang Allah memperlihatkan kepada kamu” (4:105). Oleh kerana hukuman bagi peminum arak tidak dijelaskan di dalam al-Quran, maka rasul tidak menjatuhkan sebarang hukuman mengenainya. Sebaliknya pula dia menyampaikan ayat-ayat Tuhan yang menyatakan amalan itu adalah dosa besar (2:219), kotor, amalan syaitan dan minta dijauhkan (5:90), di samping menyebabkan permusuhan dan kebencian antara manusia, dan minta berhenti daripada meminumnya (5:91). Dengan nasihat ini orang yang takut kepada Tuhan tentu berhenti daripada minum arak. Contoh keenam dan terakhir ialah hukuman bagi kesalahan murtad: “(3) Sesiapa yang disabitkan melakukan kesalahan irtidad (murtad), hendaklah sebelum dijatuhkan hukuman ke atasnya dikehendaki oleh Mahkamah supaya bertaubat dalam tempoh yang tidak kurang daripada tiga hari setelah dia didapati salah. (4) Sekiranya dia enggan bertaubat dan masih lagi berterusan dengan pendiriannya terhadap perbuatan yang dilakukan atau perkataan yang disebutkan itu, maka Mahkamah hendaklah mengisytiharkan hukuman bunuh ke atasnya dan memerintahkan supaya hartanya sama ada diperolehi sebelum atau selepas dia melakukan kesalahan itu dirampas untuk dipegang bagi keperluan Baitul-Mal:”(Bahagian I, perenggan 23) Ini merupakan satu lagi hukuman yang dipelajari daripada ulama jahiliah bernama Uzair yang Allah gelar “anak Tuhan” (9:30) kerana memandai-mandai membuat hukum agama. Allah sendiri akan menghukum orang murtad seperti yang tersurat di dalam firman-Nya yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang percaya, sesiapa antara kamu yang berpaling (murtad) daripada agamanya, maka Allah akan mendatangkan satu kaum yang Dia mencintai, dan mereka mencintai-Nya; rendah diri terhadap orang-orang mukmin, keras terhadap orang-orang yang tidak percaya; mereka berjuang di jalan Allah, dan tidak takut akan celaan mana-mana pencela. Itulah pemberian Allah; Dia memberinya kepada siapa yang Dia mengkehendaki; dan Allah Merangkumi, Mengetahui” ( 5:54 ). Seperti itu juga akan terjadi kepada orang Melayu jikalau mereka tidak kembali kepada ajaran Islam sebenar yang terkandung di dalam al-Quran. “Apa, adakah aku akan mencari sebarang hakim selain Allah? Dan Dia yang menurunkan kepada kamu Kitab yang cukup jelas; ….. maka janganlah kamu termasuk orang-orang yang ragu-ragu” (6:114). Dari Sahabat group Perisik Rakyat:ziee lipan (ziee_lipan@yahoo.com)

Etika melawak dan bergelak ketawa.

Orang tua tak masok syurga kata Nabi
Islam tidak melarang untuk kita berseronok dengan melawak dan bergelak ketawa. Lihatla bagaimana kisah Rasulullah bergurau dengan seorang wanita tua. Wanita itu berkata baginda "Doalah kepada Allah supaya Dia memasukkan aku ke dalam syurga." Baginda menjawab "Wahai ibu, sesungguhnya orang tua tidak masuk ke dalam syurga." Perempuan itu balik dan menangis. Baginda saw bersabda:
أخبروها أنها لا تدخلها وهي عجوز إن الله تعالى يقول إنا أنشأناهن إنشاء فجعلناهن أبكارا عربا أترابا Maksudnya: "Beritahulah kepadanya bahawa dia tidak masuk ke dalam syurga dalam keadaan masih tua. Sesungguhnya Allah berfirman " Sesungguhnya kami mencipta wanita-wanita syurga dengan penciptaan yang baru. Kami jadikan mereka dalam keadaan dara, yang amat mengasihi suaminya dan yang sebaya dengannya." (Hr Tirmizi dan al-Baihaqi dgn sanad yg hasan) Abu Hurairah telah meriwayatkan: Para sahabat berkata " Wahai Rasulullah sesungguhnya kamu bergurau senda dgn kami." Baginda menjawab:
نَعَمْ غَيْرَ أَنِّي لَا أَقُوْلُ إِلَّا حَقَّا
Maksudnya: Ya aku bergurau tetapi aku tidak berkata melainkan perkara yang benar. (Hr Tirmizi dan Ahmad – sanadnya hasan) Disini Dr Yusuf Qardawi meletakkan lima etika yg perlu dipatuhi dalam bergurau senda: Pertama: Tidak menggunakan perkara yang bohong sebagai alat untuk manusia tertawa. Nabi saw bersabda: ويل للذي يحدث فيكذب ، ليضحك القوم ، ويل له ، ويل له. Maksudnya: Celaka orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia. (Hr Ahmad dan ad-Darimi – sanadnya sahih) Kedua: Gurauan tidak mengandungi penghinaan terhadap orang lain melainkan diizinkan oleh orang tersebut. Firman Allah: " Wahai orang2 yang beriman janganlah satu puak itu menghina puak yang lain, kemungkinan orang yang dihina lebih baik dari orang yang menghina. Janganlah wanita menghina wanita yang lain , kemungkinan wanita yang dihina lebih baik baik dari yang wanita menghina… " ( 11 : al-Hujarat) Nabi saw bersabda: بِحَسْبِ امْرِىءٍ مِنَ الشَّرِ أَنْ يَحْقِرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ Maksudnya: "Cukuplah seorang itu melakukan kejahatan apabila dia menghina saudaranya semuslim." (Hr Muslim – sahih) Termasuk dalam menghina ialah dgn meniru perbuatan orang lain. Aisyah ra berkata "Aku telah meniru perbuatan seorang manusia." Lalu Rasulullah saw bersabda:
ما أحب أني حكيت أحدا
Maksudnya: "Aku tidak suka meniru perbuatan orang lain." (Hr Ahmad dan Baihaqi – sanad sahih) Ketiga: Melawak yang tidak menakutkan orang lain. Nukman bin Basyir ra berkata: Sesungguhnya kami bersama Rasulullah saw dalam satu perjalanan. Seorang lelaki mengantuk di atas tunggangannya. Seorang lelaki yang lain mengambil anak panah dari busurnya dan mengejutkan lelaki yang mengantuk yang menyebabkan dia terperanjat. Rasulullah saw bersabda;
لاَ يَحِلُّ لِرَجُلٍ أَنْ يُرَوِّعَ مُسْلِمًا
Maksudnya: "Haram bagi seorang lelaki menakutkan orang Islam." (Hr Thabrani – sahih) Nabi saw bersabda:
لا يأخذن أحدكم متاع أخيه لاعبا أو جادا
Maksudnya : " Janganlah kamu mengambil barang kepunyaan saudara seislamnya dengan niat melawak atau pun betul2." (Hr Ahmad – sahih) Keempat: Jangan melawak ditempat yang serius dan jangan serius di tempat melawak. Dalam Islam ada 3 perkara yang dianggap diambil hukumnya walaupun dalam keadaan melawak. Nabi saw bersabda:
ثلاث جدهن جد وهزلهن جد: النكاح والطلاق والعتاق
Maksudnya: "Tiga perkara yang mana yg mana diambil hukumnya samaada dalam keadaan melawak atau serius: 1. Nikah 2. Cerai 3. Membebaskan hamba. (Hr Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah – sanadnya hasan) Sesungguhnya Allah telah mencela orang2 musyrikin yang ketawa ketika mendengar al-Quran. Firman Allah swt: "Adakah kamu hai musyrikin rasa hairan dengan ayat2 suci al-Quran? Kamu ketawa ketika mendengarnya, tidak menangis ketika mendengarnya dan kamu dengar dalam keadaan lalai." (59 – 61 : an-Najm) Kelima: Hendaklah melawak sekadar perlu dan tidak berlebihan. Nabi saw bersabda:
وَلَا تُكْثِرْ مِنَ الضَّحْكِ فَإِنَّ كَثْرَةَ الضَّحْكِ تُمِيْتُ الْقَلْبَ
Maksudnya: "Janganlah kamu banyak ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa boleh mematikan hati." (Hr Ahmad dan Ibu Majah – sanad hasan) Saidina Ali ra: "Masukkan lawak dalam kata2 sekadar kamu memasukkan garam dalam makanan kamu." Said bin al-'As berkata: "Bersederhanalah dalam melawak. Berlebihan dalam melawak akan menghilangkan keindahan dan menyebabkan orang-orang yg bodoh akan berani terhadap mu. Meninggalkan melawak akan menjauhkan orang2 yang hendak bermesra dan menyebabkan orang2 yang berdamping dgn mu berasa rimas." Rujukan: Tafsir Sobuni , sahih muslim, Mawahib al-Laduniah bi syarh asSyamail alMuhammadiah oleh syeikh sulaiman Jamal dan Feqhul Lahwi wat Tarwih oleh Dr Yusuf Qardawi. Dari Sahabat Group Tmn2Syurga@yahoogroups.com: Esbee Ai <esbeeai@gmail.com>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...