Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Ahad, November 09, 2014

Bagaimana Rasulullah Mengubati Penyakit Masyarakat

 

Sudah menjadi fitrah manusia itu ia ingin hidup aman damai. Begitu juga fitrah manusia itu, dia tidak mahu berlakunya krisis, kemungkaran, pemerkosaan dan segala penyakit masyarakat.

Andaikata kalau dia seorang pemimpin, dia mahu orang yang dipimpin itu meletakkan ketaatan kepadanya. Begitu juga kalau dia seorang yang dipimpin, dia mahu pemimpinnya meletakkan keadilan kepadanya. Andaikata kalau dia seorang ayah, dia mahu anak-anaknya memberikan ketaatan dan kepatuhan kepadanya. Begitu juga kalau dia seorang anak, dia mahu ibu dan ayahnya meletakkan kasih sayang kepadanya. Begitu jugalah suami kepada isterinya, dan isteri kepada suami. Andaikata seorang pemimpin, ibu, ayah, guru, suami, isteri dapat meletakkan diri pada tempat masing-masing. Begitu juga seorang rakyat, anak murid, dapat meletakkan diri pada tempat masing-masing, maka tidak akan terjadi pergaduhan, pertengkaran diatas muka bumi ini.

Tapi kalau kita lihat, apa yang terjadi adalah sebaliknya. Firman Allah yang ertinya: "Telah berlaku kerosakan di daratan dan di lautan akibat dari tangan-tangan manusia" [Q.S Ar-Rum : 41]

Hal ini terjadi bila pemimpin tidak dapat memberi keadilan, terhadap orang-orang yang dipimpinnya. Begitu juga orang yang dipimpinnya tidak dapat memberikan ketaatan kepadanya. Ibu ayah juga tidak dapat memberikan kasih sayang kepada anak-anaknya, begitu juga anak-anak tidak dapat memberikan ketaatan terhadap ibu dan ayahnya. Begitu juga guru terhadap murid dan murid terhadap gurunya, suami terhadap isterinya dan isteri kepada suaminya. Sebab itu dapat kita lihat berbagai-bagai masalah timbul dari sekecil-kecil masalah hinggalah ke sebesar-besar masalah. Dari rumahtangga, hinggalah ke negara-negara yang hebat pemimpinnya.

Telah berbagai cara dan jalan dicari untuk menyelesaikan masalah.

Ada yang mengatakan :

  1. Kekayaan dapat menyelesaikan masalah ini. Maka merekapun berusaha bersungguh-sungguh mendapatkannya, tetapi tidak juga dapat menyelesaikan masalah ini.
  2. Ada pula yang mengatakan kepandaian dan ilmu pengetahuan akan dapat menyelesaikan masalah ini. Maka merekapun berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya, tetapi juga tidak berhasil untuk menyelesaikan masalah ini, bahkan bertambah rumit lagi.
  3. Ada juga yang mengatakan pangkat dan darjat dapat menyelesaikan masalah ini, tetapi ini juga tidak berhasil menyelesaikan masalah yang melanda masyarakat, bahkan bertambah parah dan rumit lagi.
  4. Ada yang mencadangkan hukuman sebagai jalan keluar, tetap tidak berkesan, terbukti semakin ramai yang sedang menunggu hukuman gantung, semakin ramai jadi penghuni penjara dan pusat serenti. Masalah tetap tidak selesai malah makin bertambah.

Jadi jalan yang paling mudah untuk kita selesaikan masalah ini haruslah kita kembalikan kepada Al Qur'an dan Sunnah Rasulullah SAW. Al Qur'an dan Sunnah dapat memberikan jawapan yang tepat, dari manakah akar dari masalah-masalah tersebut.

Firman Allah SWT yang ertinya : "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu, sehingga mereka mengubah yang ada di dalam diri mereka (hatinya)" [Q.S Ar-Rad : 11]

Hadits Rasulullah SAW yang ertinya : "Di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika baik daging itu maka baiklah jasadnya. Jika rosak daging itu, maka rosaklah jasadnya. Ketahuilah itu adalah hati." (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Abu Hurairah melaporkan dalam sebuah hadis "Hati adalah umpama raja dan anggota badan adalah sebagai pengawalnya. Apabila raja memerintah dengan baik, maka pengawalnya tentu bertugas dengan baik. apabila rajanya melakukan sesuatu yang tidak baik, maka sudah tentu pengawalnya pun begitu juga"

Dapat kita lihat dari Al Qur'an dan Hadits tadi setiap penyakit yang timbul pada diri manusia itu, adalah berawal dari hati. Hati yang sakit (jahat) akan mendorong mata, kaki, tangan berbuat jahat. Maka lahirlah masyarakat yang jahat, seperti merompak, membunuh, memfitnah, mengumpat dan sebagainya.

Penyakit masyarakat (rosak aqidah, tak solat, bergaul bebas, dedah aurat, zina, anak luar nikah, buang anak........terlalu panjang senarainya...) boleh diibaratkan sebagai sebatang pokok yang mengeluarkan buah yang beracun. Buah yang beracun itu disebabkan pokok yang beracun. Jadi untuk menghilangkan buah yang beracun itu hendaklah ditebang pokok itu terlebih dahulu. Bukan buang buah atau cantas dahan saja. Sebab kalau yang dibuang buahnya atau cantas dahan saja, sepuluh buah yang kita buang akan tumbuh pula sepuluh pokok/ dahan yang beracun. Begitulah seterusnya.

Oleh itu untuk panduan yang lebih jelas lagi, kita lihat bagaimana Rasulullah dapat mengubat penyakit masyarakat ketika itu hingga menjadikan orang miskin sabar dan redha dalam kemiskinan dan orang kaya pemurah. Seperti Abu Hurairah yang menjadi ketua dari puluhan fakir miskin yang tinggal di Serambi Masjid Madinah. Sayidatina Fatimah, seorang wanita miskin walaupun anak Rasulullah dan menikah pula dengan Sayidina Ali yang begitu miskin lagi pejuang pula. Kemudian perpecahan diantara satu golongan dapat disatukan seperti Muhajirin dan Ansar.

Baginda Rasulullah SAW dapat mendidik masyarakat jahiliah kepada kenal dan cinta kepada Allah SWT. Rasulullah SAW saat itu diutus sebagai Pembawa Rahmat kepada sekalian alam.

Firman Allah yang ertinya : "Dan tidak diutuskan kamu (Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat pada sekalian alam" [Q.S. Al Anbiya : 107]

Dengan keberkatan dan ketabahan Rasulullah SAW itu, Baginda dapat mengembalikan masyarakat kepada kebenaran.

Krisis Masyarakat di Zaman sebelum Rasulullah

Sebelum dibahas tentang bagaimanakah Rasulullah mengubati penyakit masyarakat jahiliah di zamannya, terlebih dahulu kita mengetahui akan apakah penyakit masyarakat yang kritikal ketika itu. Sebelum Nabi Muhammad SAW diangkat menjadi Rasul, masyarakat tertimpa berbagai macam krisis dan penyakit jiwa.

Di antara penyakit yang menimpa masyarakat :

  • Sangat memuja berhala. Hati masyarakat begitu melekat kepada berhala.
  • Terlalu ketagihan dengan arak/alkohol.
  • Terlalu suka dengan riba. Bunga tinggi, tak sanggup bayar, jadi hamba.
  • Wujudnya dua empayar besar yaitu Rome dan Parsi yang menindas negara-negara lemah.
  • Pelacuran amat leluasa merebak di tengah masyarakat.
  • Akhlak kaum wanita ketika itu amat rendah.
  • Manusia terlalu bakhil, terlalu gila harta sehingga harta orang hendak dijadikan harta dia.
  • Perpecahan menjadi-jadi. Terjadi peperangan. Kadang peperangan besar hanya disebabkan hal kecil.

Cara Rasulullah Menyelesaikan Krisis

Rasulullah hanya tanamkan 3 pil saja pada diri masyarakat Jahiliah ketika itu.

Pertama, Rasulullah menanam kembali rasa tauhid ke dalam hati masyarakat sehingga manusia terasa akan kebesaran Tuhan, kasih sayang, kehebatan dan keperkasaan Tuhan. Hingga wujud rasa berTuhan dan rasa kehambaan dalam jiwa masyarakat.

Kedua, Rasulullah menanamkan kembali cinta kepada Akhirat. Beliau memperkatakan tentang Syurga dan Neraka.

"Akhirat itu adalah lebih utama, lebih baik daripada dunia." (Q.S. Ad Dhuha : 4)

"Akhirat itu adalah lebih baik dan lebih kekal" (Q.S. Al A'la : 17)

Lahirlah manusia yang jiwanya terpaut dengan Akhirat. Akhirnya bukan saja harta dihabiskan untuk Akhirat bahkan nyawa sendiri dikorbankan. Mereka mahu cepat-cepat kembali ke Akhirat. Mereka mahu mati syahid menjadi para syuhada.

Ketiga, Rasulullah menanam semangat dan perasaan cinta akan sesama manusia terutamanya umat Islam untuk mengikis penyakit terlalu cinta diri sendiri, keluarga atau kawan-kawan sendiri. Lahirlah perpaduan dan ukhwah. Hiduplah mereka dalam berkasih sayang, bertolong bantu antara satu sama lain.

"Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga dia mencintai diri saudara-saudaranya seperti dia mencintai dirinya sendiri" "Sebaik-baik manusia ialah manusia yang banyak berkhidmat kepada manusia yang lain"

"Barang siapa yang menunaikan hajat saudara lain, Tuhan akan tunaikan padanya 70 hajat"

Terjalin perasaan ghairah apabila menolong orang lain. Lahir perasaan kasih sayang pada orang lain. Mereka dapat merasakan nasib orang lain seperti nasib mereka sendiri, kesenangan orang lain seperti kesenangan sendiri, kesusahan orang lain seperti kesusahan sendiri, darah orang lain seperti darah sendiri, nyawa orang lain seperti nyawa sendiri.

Dengan 3 pil inilah Rasulullah dapat mendidik manusia-manusia Jahiliyah ketika itu hinggakan Allah telah memuji Rasulullah dan generasi ketika itu.

Firman Allah yang ertinya : "Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia yang mengajak kepada Ma'ruf dan mencegah yang mungkar dan beriman kepada Allah" [Q.S. Ali Imran : 110]

Hadits Rasulullah SAW yang ertinya : "Sahabat-sahabatku adalah seperti bintang-bintang di langit. Jika diikuti diantara mereka nescaya kamu akan mendapat petunjuk"

Penyelesaian untuk zaman ini

Contoh telah terbentang di hadapan mata. Jika benar beriman kepada Allah dan Rasul, ikutilah cara Al Qur'an dan Sunnah, yang telah ditunjukkan Baginda Rasulullah SAW. Kita kini terlalu banyak berteori dalam mengatasi gejala sosial dan penyakit masyarakat yang semakin meruncing saban hari.

Dalam Islam, HUKUMAN adalah perkara terakhir, setelah semua perkara-perkara asas dilaksanakan. Maka tidak wajar HUKUMAN didahulukan jika kita belum menempuh disiplin dakwah yang ditunjukkan Nabi SAW.

Hari ini bukan tidak banyak ulama, pendakwah, guru, pakar motivasi dan sewaktu dengannya, tetapi usaha menanamkan iman ke dalam jiwa manusia amat kurang dilaksanakan. Yang amat diperlukan ialah membawa manusia kembali merasa kehambaan dan rasa berTuhan, menerima Allah sebagai tuhannya, lantas mahu menyembahnya.

Menanam iman tidak semudah menanam pokok. Sedangkan menanam pokok perlu dijaga, dibaja, dipagar, diracun musuh-musuhnya, inikan pula iman. Tetapi jika memandang pada payahnya, tanpa memulakan usaha, pasti tidak berjaya. Kena lihat kembali bagaimana Rasululllah SAW membaiki masyarakat di zamannya dengan iman, hingga lahir masyarakat yang agung akhlaknya.

Sumber: https://www.facebook.com/notes/457367031718/

Rabu, November 05, 2014

Kesesatan Islam Liberal

Dr Riduan Mohamad Nor – Aliran Liberalisme lahir di Barat adalah lanjutan daripada zaman Renaisans (kebangkitan) yang berlaku di Eropah. Ia adalah hasil daripada tindak balas kaum intelek Eropah terhadap penindasan gereja terhadap ilmu sains dan juga teori-teori palsu ciptaan cendekiawan Yahudi untuk memusnahkan agama Kristian. Aliran pemikiran ini bertujuan untuk meningkatkan kebebasan yang diberi kepada individu.

Sebagaimana Ideologi Liberal atau Liberalisme di Barat yang terbina di atas kebebasan individu (dari cengkaman agama) dan perasaan syak atau ragu terhadap agama, maka begitu juga dengan fahaman Islam Liberal. Fahaman Islam Liberal berakar pada kebebasan akal tanpa batasan ditambah pula dengan perasaan syak dan ragu terhadap Islam. Bagi pendukung fahaman Islam Liberal, tidak ada di dalam agama suatu yang dianggap kudus dan suci yang tidak boleh dikritik atau dipertikai. Sepertimana Muktazilah, golongan Islam meletakkan akal lebih tinggi dari wahyu. Kerana itu mereka layak digelar Muktazilah moden atau Neo-Muktazilah.

Bagi mereka, penerimaan terhadap wahyu hendaklah berasaskan kepada penilaian akal dan rasional. Tidak ada yang dapat dikategorikan sebagai Qat’iyyat atau Musallamat iaitu ajaran-ajaran agama mesti diterima kebenarannya tanpa merujuk kepada akal terlebih dahulu (yakni diterima atas dasar iman dan keyakinan kepada Allah dan Rasul) sebagaimana yang menjadi pegangan umat Islam selama ini. Semua ajaran dalam agama bagi mereka adalah Dzanniyat (tidak pasti) dan Muhtamalat (mengandungi pelbagai kemungkinan). Oleh demikian, ia tertakluk kepada penerimaan akal dan rasional.

Golongan Islam Liberal tidak menzahirkan diri mereka sebagai orang yang menolak agama, tetapi berselindung di sebalik gagasan mengkaji semula agama, mentafsir semula al-Quran, menilai semula as-Sunnah dan menapis semula hukum-hakam Syari’at dan Fiqh. Mereka menolak segala tafsiran yang dianggap lama dan kolot mengenai agama termasuklah dalam hal-hal yang telah menjadi Ijmak ulama termasuklah tafsiran dari Rasulullah SAW, para sahabat dan ulama-ulama mujtahid. Bagi mereka, agama hendaklah ditundukkan kepada waqi’ (realiti) semasa sekalipun terpaksa menafikan hukum-hakam dan peraturan agama yang telah sabit dengan nas-nas Syarak secara qat’ie (putus). Jika terdapat hukum yang difikirkan tidak menepati zaman dan kemodenan maka hukum itu hendaklah ditakwilkan atau sebolehnya digugurkan.

Menurut Syeikh Abdullah Khatib dalam bukunya (Islam adalah penyelesaian; jawapan kepada pendakyah-pendakyah free thinker);

Golongan pemikiran bebas mempunyai agenda-agenda tersendiri yang menjadi matlamat mereka, iaitu;

1. Untuk menggugurkan agama secara sepenuhnya dari masyarakat iaitu memisahkan agama dari pendidikan, menjauhkan Syariat Islam dari kedudukannya sebagai sumber perundangan dan mengasaskan di atas dasar riba.

2. Untuk menjauhkan fikrah atau pemikiran manusia dari setiap yang mempunyai kaitan dengan roh, wahyu dan alam ghaib dan dari segala ikatan dengan akhlak, aqidah dan keimanan kepada Allah.

3. Untuk memartabatkan ketuanan akal, kebendaan (materialis) dan ilhad (ketidakpercayaan kepada agama dan wahyu) dalam setiap urusan kehidupan dan menjadikan Islam hanya sebagai agama rohani semata-mata dan menolak agama sebagai penentu dan pencorak perjalanan politik.

Golongan Islam Liberal mempunyai kecenderungan yang kuat untuk menghidupkan kembali pemikiran Muktazilah yang menurut mereka mewakili kumpulan Islam Rasional dalam sejarah peradaban Islam. Kerana itu, tokoh-tokoh Islam Liberal di Timur Tengah seperti Ahmad Amin, Thaha Husain dan sebagainya amat menyanjung Muktazilah dan memusuhi golongan Ahlus-Sunnah Wal Jamaah khususnya Asya’irah yang dituduh jumud, beku dan anti-rasional. Ahmad Amin pernah menulis; “Kaum Muslimin lemah dan mundur kerana mereka tidak menggunakan cara berfikir Muktazilah…..”. (Lihat; al-Muamarat ‘Ala al-Islam, oleh Anuar al-Jundi, hlm 19).

Tidak terkecuali dari kecenderungan sedemikian tokoh-tokoh Islam Liberal Indonesia dan Malaysia. Sebagai contohnya, Kassim Ahmad dalam bukunya ” Hadis; Jawapan kepada Pengkritik”, telah menegaskan; “Untuk mengetahui di mana umat Islam telah tersilap bila mereka mendapati diri mereka terjebak dalam kemerosotan berpanjangan, kita harus mengesan langkah-langkah kita kembali ke dalam sejarah. Sebelum kaum teologi Assy’ariyyah menang mengatasi kaum rasional Muktazilah dalam abad-abad kesepuluh, kesebelas dan kedua belas, aliran saintifik dan rasional kuat dalam sains Islam, yang sememangnya telah menyebabkan terbina sains dan tamadun saintifik Islam yang agung. Di antara masalah-masalah yang hangat diperdebatkan di kalangan mereka ialah kebebasan dan tanggungjawab manusia di atas perbuatannya dan keadilan dan keesaan Ilahi. Dalam perbahasan ini, kaum Muktazilah mewakili aliran saintifik dan rasional. Malangnya, keadaan di Timur pada masa itu tidak memihak kepada mereka, berbeza dengan keadaan di Barat. Kaum Muktazilah tewas. Peristiwa bersejarah ini memberi laluan kepada kaum Assy’ariyyah berkuasa di seluruh Timur”.(Halaman 80)

Aliran Islam Liberal wujud hampir di setiap negara umat Islam hari ini. Nama mereka mungkin berbeza-beza dan mungkin tidak dikenali dengan nama tertentu, akan tetapi manhaj dan gaya mereka tetap sama iaitu meragui Syariat dan hukum-hakam agama, berprasangka buruk terhadap ulama dan mentafsir agama dan al-Quran melalui akal secara bebas. Apabila menyebut tentang tokoh-tokoh Islam Liberal, terdapat satu kesamaan antara mereka semua iaitu mereka pernah mendapat didikan di negara Barat atau pernah berkhidmat di mana-mana institusi Barat. Pengalaman ini menyebabkan mereka cenderung kepada apa sahaja yang berasal dari Barat tanpa memisahkan antara yang baik dan yang salah.

Manakala di rantau Asia Pasifik pula, negara Indonesia yang merupakan negara yang mempunyai penduduk Islam paling ramai dalam dunia telah menerima serangan yang sangat hebat daripada jalur pemikiran liberal dan pluralisme teologi. Negara ini semenjak zaman penjajahan kuasa Belanda telah diterjah dengan pelbagai serangan pemikiran malah kini menjadi markas rantau Asia Pasifik bagi gerakan Kristianisasi.

Menurut Adian Husaini (2002), di Indonesia untuk menyebar dan menyemarakkan fahaman ini tokoh Islam Liberal yang terdiri daripada kalangan tempatan atau luar negara sentiasa dimunculkan di dalam wacana berkaitan dengan fahaman ini.

Kelompok ini menerima dana yang besar daripada pendana luar negara seperti Asia Foundation, dan sebagainya. Mereka aktif dalam pelbagai wacana awam dan kelihatan berprestij dengan program yang diadakan di hotel, saluran radio tv dan pelbagai medium yang lain. Di Malaysia kelompok Islam liberal mewujudkan jaringan tersendiri , antaranya forum Islam liberal (FIL) yang secara konsisten menebarkan fahaman sesat ini. Penulis teringat pertemuan dengan almarhum Ustaz Hussein Umar, ketua Dewan Dakwah Islamiyyah Indonesia pada awal 2005 di Jakarta yang mengingatkan penulis dan anak muda Islam untuk mengawasi penularan Islam Liberal di Malaysia. Almarhum mengingatkan tentang NGO yang bernama SIS yang gencar menyebarkan fahaman sesat ini, malah dengan kunjungan -kunjungan tokoh Islam liberal Malaysia yang kerap ke Utan Kayu Jakarta iaitu markas besar JIL. Hari ini ingatan Ustaz Husein Umar menjadi realiti apabila arus Islam Liberal dan pluralisme agama makin mendapat tempat dihati umat Islam yang jahil dan lingkungan sosial yang semakin jauh daripada Islam.

(Penulis ialah AJK PAS Pusat, juga Timbalan Pengerusi Lujnah Dakwah PAS)

Sumber: Nov 05,2014 - by AIDC0

Sabtu, November 01, 2014

Asalkan bukan Ulama

PM Najib telah dituduh lemah kerana tidak memberi keputusan muktamad dalam isu-isu penting negara. Najib diam diri banyak isu dan menyerah kepada kebijaksanaan NGO-NGO dan rakyat untuk membentuk arus.

Pakatan Rakyat sedang menghadapi krisis politik yang akan mengubah landskap politik negara. Tetapi Pas yang dipimpin oleh ulama juga memilih untuk berdiam diri dan menyerah keputusan politik kepada Sultan. Permainan ini digelar ‘passing the buck’.

Mungkin ada yang akan kata bahawa ini adalah strategi politik Pas tetapi adakah ini bermakna Sultan sendiri pun dijadikan alat politik Pas?

Kita setuju bahawa Sultan patut memilih siapa MB tetapi ini tidak bermakna Pas tidak boleh memberi kata putusnya. Bahkan pendirian Pas berubah-ubah dalam sekelip mata.

Lebih dua minggu lalu, Dewan Ulama memutuskan untuk memihak pada Khalid tetapi sekarang tidak memihak kepada siapa-siapa pula.

Setahun yang lalu semasa kempen pilihan raya, pelbagai dalil agama diberi untuk menyokong tahaaluf siyaasi dengan DAP sehingga Guan Eng digelar ‘Amirul Mukminin’.

Sekarang? Bagaimana pandangan rakyat terhadap mereka yang bergelar ‘ulama’ yang begitu cepat berubah pendirian? Bolehkah kita percaya kepada mereka lagi?

Bahkan, pasangan yang separuh bogel di Ipoh dan grup sepenuh bogel di Pulau Pinang lebih tegas membuat keputusan untuk melucutkan pakaian di khalayak ramai! Mereka lebih tegas daripada ulama.

Adakah kemerdekaan kali ini membawa arus bidaah yang baharu iaitu “Berani kerana salah, takut kerana benar”?

Yang pasti merisaukan para pendakwah ialah bukan pandangan rakyat terhadap mereka yang mengangkat diri sendiri sebagai ulama tetapi pandangan mereka terhadap agama Islam. Kita risau bukan sekadar ulama disalahkan, tetapi juga agama Islam disalahkan juga kerana mengangkat martabat ulama begitu tinggi sehingga menggelar mereka sebagai ‘pewaris Nabi’.

Sekarang ulama dilihat sebagai pengkhianat, opportunis dan touch n go! Kalau ada peluang politik, touch and go jelah! Ini pasti mengelirukan rakyat.

Kalau umat Islam sendiri begitu mudah keliru tentang apa Islam kata tentang hakikat ALLAH SWT sehingga penganut Kristian tidak boleh menggunakan kalimah ALLAH dalam tulisan mereka, sudah tentu rakyat lagi mudah keliru tentang apa Islam kata tentang ulama. Jelas, ulama tidak mampu memimpin dan adakah Islam tidak nampak ini dari awal lagi?

Kalau satu dua ulama yang tidak menunjukkan contoh baik, kekeliruan masih boleh dihindari. Tiada agama yang mempunyai para agamawan yang sempurna semuanya. Tetapi sekarang seolah-olah sudah menjadi arus perdana di mana ulama berperangai seperti Raja Lawak.

Maka, akan mudah terlintas di minda rakyat bahawa ini adalah hasil produk agama Islam sendiri! Ini persoalan yang saya selalu terima daripada rakyat yang tidak faham perbezaan antara agama dan yang bergelar ‘ulama’.

Menjadi seorang ‘ulama’ bukan membayar yuran tahun untuk menyertai persatuan-persatuan ulama. Ulama adalah orang yang mencintai ALLAH SWT lebih daripada misinya sendiri, apatah lagi misi partinya.

Ulama yang menangkan posisi politik dalam partinya yang menjadi fitnah dan mereka ini sebenarnya ialah ‘ulama politicking’. Politik menjadi ‘king’ atau raja yang menguasai hidupnya dan matinya.

Ini menjadi sebab mengapa ulama dulu seperti Imam al-Ghazali menulis tentang pembersihan rohani dengan menjauhkan diri dari kemewahan dan pengaruh politik khalifah-khalifah.

Sebenarnya ramai ulama yang tidak politicking di Malaysia tetapi ulama-ulama yang hebat ini tidak mendapat perhatian media.

Media lebih beri perhatian kepada ulama-ulama politicking dan pasangan separuh bogel kerana kedua-dua ini mempunyai nilai komersial!

Ulama-ulama dan hero-hero yang nama tidak pernah disebut oleh media mempunyai jasa yang tidak terhingga kepada negara dan saya memohon rakyat Malaysia supaya jangan menilai agama Islam berdasarkan akhlak ulama-ulama politicking.

(Oleh: Abdul Naser Abdul Rahman ialah tokoh pendakwah Perak - Di petik dari Sinar Harian)

Jumaat, Oktober 31, 2014

Mereka tidak pernah berjuang merebut kerusi

Umat Terbaik

Sifu Ku pernah menyebut:


Cara hidup salafus soleh walau dalam bidang apa sekalipun tetap dihiasi dengan akhlak yang mulia.Orang orang bukan Islam pun sangat mengkagumi mereka.Sebab itu ramai yang memeluk Islam hanya kerana melihat kebaikan akhlak mereka.Ini lah rahsia atau anak kunci kejayaan Rasulullah SAW dan para Sahabat untuk dapat menawan hati manusia.
Mereka tidak pernah berjuang merebut kerusi (jawatan atau kuasa) tetapi manusia memberi mereka kerusi kedudukan yang mulia.

Rasulullah SAW memberi petunjuk dan pengajaran bahawa untuk melaksanakan kebaikan, cara dan kaedahnya juga mesti baik.Tidak ada dalam Islam itu matlamatnya baik tetapi cara melaksanakannya kotor.Seseorang yang nak dakwah orang kepada kebaikan cara nya mesti baik.Bukan dengan sombong, mengungkit,memaki hamun dan mengaibkan orang yang kita nak dakwah.Seseorang yang hendak menegakkan kebenaran melalui politik kotor dan cara yang batil,yang di buat itu tidak lagi di anggap kebenaran.Bahkan ia di anggap kebatilan yang di sadur dengan kebenaran.

Orang yang mahukan matlamatnya saja baik tanpa menempuh cara cara atau perlaksanaan yang baik, yakni orang yang menggunakan matlamat untuk menghalalkan cara, mereka ini termasuk dalam apa yang di firman kan Allah mahfumnya:

"Jangan kamu mencampurkan yang hak dan yang batil." ( Al Baqarah: 42)

Yang hak itu agama Allah, yang batil itu ialah segala ideologi seperti demokrasi, liberalisme, pluralisme, LGBT,hak asasi ciptaan manusia dan sebagainya.Golongan ini seperti orang mahu ke destinasi dengan kereta,highway yang selamat (agama) sudah di sedia kan, tetapi tidak mahu ikut jalan itu, dia lebih percaya ikut melalui sawah padi.Betulkah dia dan selamatkah dia? Begitu lah tamsilannya orang orang yang menghalalkan cara.Apa saja bagi dia halal kerana dia kata matlamatnya baik..........

Wallahu a"alam.

Ahad, Oktober 26, 2014

7 Peringkat Zalim

“Tuhan (Allah) tidak menzalimi mereka itu (maksudnya manusia), tetapi merekalah yang menzalimi diri mereka sendiri.” (Ar Rum: 9)

Ketika berbicara mengenai zalim, maka zalim itu berperingkat-peringkat. Tulisan ini akan membahas mengenai 7 peringkat zalim yang dilakukan oleh manusia.

1. Zalim dengan Tuhan.

Zalim dengan Tuhan meripakan penzaliman peringkat tertinggi, tak ada yang lebih tinggi. Apa arti zalim dengan Tuhan? Tidak kenal Tuhan atau syirik dengan Tuhan, tidak takut dengan Tuhan, tidak cinta dengan Tuhan, tidak peduli dengan Tuhan, hidup ini tidak dihubungkan dengan Tuhan.

Setiap hari kita zalim dengan Tuhan tetapi hal ini jarang terpikir oleh kita. Hidup kita sehari-hari tidak peduli Tuhan. Padahal, dalam Al Quran Allah berfirman: “iqra bismi rabbika” Bacalah atas nama Tuhanmu.

Jadi, ketika hendak melakukan apa saja buatlah atas nama Tuhan. Berjuang, membangun, berekonomi, mendidik, berbudaya, mengurus, dll mesti atas nama Tuhan. Artinya, segala sesuatu yang kita lakukan mesti dikaitkan dengan Tuhan, mesti ada hubungan dengan Tuhan. Kalau tidak, kita telah melakukan penzaliman yang paling tinggi.

2. Zalim dengan Fisik Pemberian Tuhan

Melihat dengan mata mesti atas nama Tuhan. Mendengar, berbicara, bertindak, gunakan tangan, kaki mesti atas nama Tuhan. Artinya, tindakan fisik kita selaras dengan kehendak Tuhan. Jangan sampai mata, telinga, mulut tangan, kaki mendurhakai Tuhan. Semua gerak gerik kita jangan bertentangan dengan kehendak Tuhan. Kalau berlaku kita melakukan penzaliman peringkat ke-2.

3. Zalim dengan Harta Karunia Tuhan.

Harta milik Tuhan, Tuhan bagi pada kita. Ada yang dapat sedikit, miskinlah dia. Ada pula yang mendapat banyak hingga menjadi milyader. Harta yang Tuhan bagi kepada kita janganlah digunakan sedikitpun selain karena Tuhan. Mesti selaras dengan kehendak Tuhan. Sebab yang kita miliki itu milik Tuhan. Harta itu tidak boleh kita gunakan sesuka hati, mesti ikut cara Tunan, baik disebut zakat, sedekah, . Kalau tidak kita buat penzaliman yang ke-3.

4. Zalim kepada manusia lain.

Zalim kepada manusia lain seperti: memukul, mengata, menjatuhkan, mempermalukan dimuka umum, menghina, memfitnah, mencuri. Zalim yang ada hubungannya dengan manusia lain ini yang dibesarkan setiap hari. Zalim peringkat tertinggi sepi-sepi saja. Jenis yang kedua juga tidak pernah diperbincangkan, yang ke-3 juga kurang diperkatakan oleh orang. Tetapi, yang ke-4 ini yang sering dibicarakan orang.

“Tidak sepatutnya dia memukul saya”

“Mengapa dia menebarkan fitnah mengenai saya”

Zalim jenis ini setiap hari dihebohkan. Sehingga, perkataan zalim sudah dipersempit maknanya.

5. Zalim dengan Jabatan Yang diemban.

Jabatan ada bermacam-macam. Mungkin dia Presiden, Gubernur, Menteri, Dirjen, Irjen, Kasubdit, Kabag, dll. Jabatan-jabatan ini kalau tidak diemban selaras dengan kehendak Tuhan maka dia dikatakan zalim.

Zalim dengan jabatan ini juga selalu dibesar-besarkan orang. Nampak Presiden zalim. Gubernur zalim. Yang terlihat adalah jabatan yang besar-besar. Kalau jabatan-jabatan yang dibawah, jarang disebut orang mengenai kezalimannya. Sekecil apapun jabatan, mesti selaras dengan kehendak Tuhan. Kalau tidak selaras dengan kehendak Tuhan, itulah zalim.

6. Zalim dengan ilmu.

Soal ilmu ini, ada yang dapat banyak ilmu ada pula yang dapat sedikit. Baik yang dapat banyak ilmu ataupun yang dapat sedikit ilmu, kalau ilmu tersebut digunakan bukan untuk Tuhan alias untuk epentingan diri, itulah zalim.

Di zaman ini orang banyak yang menyalahgunakan ilmu ( bahkan ILMU ISLAM ! ) bukan untuk Tuhan tapi untuk duit, kemegahan, nama, dan jabatan. Itulah zalim. Namun, tentu saja hal ini tidak pernah masuk surat kabar. Orang yang menggunakan ilmu untuk kepentingan diri tidak terfikir kalau dirinya zalim. Bahkan, saat ini orang yang megah dan sombong dengan ilmu tidak dikatakan zalim lagi. Bahkan orang menganggap dia memiliki wibawa. Sombong dengan ilmu, “hebat, orang ini memiliki ilmu”. Aneh sekali, durhaka dengan Tuhan dan hendak masuk neraka dikatakan memiliki wibawa?

7. Zalim dengan ruh/perasaan.

Hari ini, tidak ada orang yang menyebut-nyebut mengenai zalim jenis ini. Surat kabar, radio, TV juga tidak pernah menyebutkannya. Sepatutnya ruh atau perasaan kita adalah untuk Tuhan.

Hari ini apa yang orang rasa:

“aduh sakit, kapan ya sehatnya?”

“sedihnya hidup miskin dan melarat, kapan bisa kaya”

“Istriku kok tidak menyayayangiku ya?”

Perasaan sepatut diberi pada Tuhan. Tapi perasaan sudah disalahgunakan, sedih karena sakit, susah karena miskin, susah karena istri yang kurang menyayangi. Ini juga zalim. Sepatutnya perasaan sedih kita itu sedih dengan dosa-dosa kiat. Perasaan susah kita itu karena kita tidak bisa menolong orang. Itu namanya menggunakan perasaan seperti kehendak Tuhan.

Zalim ini luas sekali maknanya. Sayang, orang hanya membesarkan yang no 4. Sebab tu ada ayat Qur’an yang maknanya,

Jangan engkau campakkan diri engkau dalam kebinasaan.” (Al Baqarah : 195)

Ayat ini ditujukan ditujukan kepada orang yang tidak mendermakan harta mereka. Orang yang tidak bersedekah artinya mencampak diri dalam Neraka, itulah zalim. Orang yang tidak berkorban harta dianggap zalim. Tapi zalim yang paling top adalah orang yang tidak kenal Allah, tidak takut Allah, tidak cinta Allah.

Kalau kita bahas, zalim peringkat teratas itu ada dalam diri kita. Kalau tidak selalu, sekali sekala kita buat juga kezaliman yang paling besar ini. Kalau orang paham zalim pada Tuhan begitu luas, ia tidak akan bergaduh. Walaupun orang zalim pada dia, dia tidak nampak kezaliman orang padanya itu, karena kita sendiri zalim pada Tuhan. Namun, karana yang besar tidak nampak nampak, yang nampak yang ke-4. Kezaliman jenis ini akhirnya yang dibesar-besarkan.

Sumber: Sufi Pejuang

Khamis, Oktober 23, 2014

Jangan cepat melabel buruk dan tuduhan berat kepada seseorang

Cari salah orang aje
Masyarakat kita perlu dididik agar TIDAK CEPAT menuduh seseorang yang berbeza dengannya dengan tuduhan yang berat seperti Kafir, Liberal, Syirik, Bid'ah, Wahhabi, Ahbash, Khawarij, Sesat, Mujassim, Munafiq, Hina Islam, Persenda hukum, cabar Allah swt, Hina Nabi s.a.w dan yang sepertinya TANPA punyai bukti jelas.

Malah jika ada bukti pun, masih sangat perlu meneliti konteks percakapan, perbuatan dan tulisan itu.

Bukan itu sahaja, malah perlu juga meneliti faktor kesilapan tidak sengaja seperti salah cetak, tersalah tulis, tersalah catat, media tersalah quote dan mungkin hasil kurang ilmu & kefahaman dan bukan sengaja ingin berniat jahat.

Kebodohan itu tidak aib jika mereka sanggup belajar TETAPI si bijak yang mencerca si bodoh itulah sangat aib.

Masyarakat yang mudah melabel dan menuduh dengan tuduhan berat pasti akan sentiasa hidup dalam stress. Hari ini kita boleh menuduh seseorang dan bergembira dengan 'label buruk' itu, kelak nanti pasti 'label buruk' yang lain pula menimpa kita..tatkala itu akan dirasakan pedihnya.

Sukar dibayangkan bagaimana seorang yang mengaku ilmuwan atau pendakwah ke arah Islam, kebenaran dna kebaikan tetapi sangat mudah membuat gelaran membenci, mengutuk, menghina. bagiaman mereka nak menarik mad'u kepada mereka dengan sifat itu???

Banyak sungguh dalil dalam hal ini, cuma tidak mahu memanjangkan status ini. Lihatlah ayat Al-Hujurat ayat 11. dan juga hadis nabi

Sahabat-sahabat yang dikasihi, Rasulullah bersabda :

ادرؤوا الحدود عن المسلمين ما استطعتم فإن كان له مخرج فخلوا سبيله , فإن الإمام أن يخطئ في العفو خير من أن يخطئ في العقوبة

Ertinya : Tolaklah (wahai hakim) pensabitan hukum hudud dari muslimin selagi kamu mampu, sekiranya di sana terdapat jalan keluar maka bebaskanlah dia, kerana sesungguhnya seorang pemimpin yang tersilap dalam memberikan kemaafan (tidak jatuh hukuman), LEBIH BAIK dari yang tersilap (dalam mengenakan hukuman kepada yang tidak bersalah)” (Riwayat Ibn Majah, kitab al-Hudud, no 5004, At-Tirmizi, kitab al-Hudud, no 1424)

Bayangkan tindakan Umar al-Khattab :

أتي عمر رضي الله عنه بامرأة قد حملت فادّعت أنها أكرهت فخلى سبيلها

Ertinya : Pernah dibawakan kepada Umar Al-Khattab seorang wanita yang mengandung tanpa nikah, wanita tersebut mendakwa ia dipaksa (dirogol) maka Umar terus membebaskan wanita terbabit (dari hukuman hudud) ( Riwayat Al-Baihaqi, 8/235)

Imam Ibn Qudamah pula menjelaskan terdapat yang mentakwilkan wanita tersebut hamil bukan disebabkan zina dan persetubuhan tetapi adalah disebabkan dimasukkan mani lelaki tersebut ke dalam kemaluannya. (Al-Mughni, 1/193)

Semuanya ini sepatutnya memberikan kefahaman kepada para ustaz/ah, ilmuan dan ramai agar jangan tergesa-gesa melabel, men‘cop’ dan menganggap seseorang yang berbeza pendapat dengannya.

Dr Zaharuddin Abd Rahman
Presiden MURSHID

Polemik isu menyentuh anjing

Hukum menyentuh anjing.

Para ulama madzhab (Hanafi, Syafi’i dan Hanbali) sepakat bahwa air liur anjing najis kecuali Maliki yang berpendapat anjing tidak najis sama ada air liur atau bulunya.

Bagi kaum muslimin di Indonesia, Malaysia, Singapura, Yaman dan lainnya kebanyakan mengikuti madzhab Syafi’iyyah yang menghukumi najis seluruh bagian tubuh anjing jika disentuhnya dalam keadaan basah.

Asy-Syarbini mengatakan :

(وما نجس ) من جامد ولو بعضا من صيد أو غيره ( بملاقاة شيء من كلب ) سواء في ذلك لعابه وبوله وسائر رطوباته وأجزائه الجافة إذا لاقت رطبا ( غسل سبعا إحداهن ) في غير أرض ترابية ( بتراب )

“ – Dan apa yang najis – dari sesuatu yang padat walaupun sebagiannya dari buruan atau lainnya – karena besentuhan dengan bagian anjing – sama ada itu air liurnya atau kencingnya dan semua bagiannya yang basah dan anggota tubuhnya yang yang kering jika menyentuh sesuatu yang basah – maka mensucikannya tujuh kali saah satunya dengan tanah. “[1]

Artinya jika menyentuh anjing salah satunya (anjing atau yang menyentuh) sama ada tubuh, pakaian atau tempat dalam keadaan basah, maka menjadi najis dan mensucikannnya tujuh kali cucian salah satunya dicampur dengan tanah. Mafhumnya jika keduanya tidak basah, maka tidaklah najis.

Imam an-Nawawi berkata :

مذهبنا أن الكلاب كلها نجسة، المُعَلَّم وغيره، الصغير والكبير، وبه قال الأوزاعي وأبو حنيفة وأحمد وإسحاق وأبو ثور وأبو عبيد

“ Madzhab kami, mengatakan bahwa anjing seluruh bagiannya adalah najis, sama ada anjing terlatih atau bukan, kecil ataupun besar. Pendapat ini juga dikatakan oleh al-Awza’i, Abu Hanifah, Ahmad bin Hanbal, Ishaq, Abu Tsaur dan Abu Ubaid “.[2]

Syaikhul Islam Zakariyah al-Anshari mengatakan :

والكلب ولو معلما لخبر الصحيحين «إذا ولغ الكلب في إناء أحدكم فليرقه ثم ليغسله سبع مرات» ولخبر مسلم «طهور إناء أحدكم إذا ولغ فيه الكلب أن يغسله سبع مرات أولاهن بالتراب»وجه الدلالة أن الماء لو لم يكن نجسا لما أمر بإراقته لما فيها من إتلاف المال المنهي عن إضاعته وأن الطهارة إما عن حدث أو نجس ولا حدث على الإناء فتعينت طهارة النجس فثبت نجاسة فمه وهو أطيب أجزائه بل هو أطيب الحيوان نكهة لكثرة ما يلهث فبقيتها أولى

“…(najis juga) anjing walaupun terlatih karena ada dua hadits sahih, “ Jika anjing menjilat bejana salah seorang kalian, maka tumpahkanlah dan cuicilah tujuh kali “, dan juga hadits Muslim : ““Sucinya bejana di antara kalian yaitu apabila anjing menjilatnya adalah dengan dicuci tujuh kali dan awalnya dengan tanah.” Sisi pendalilannya adalah sesungguhnya air itu tidak menjadi najis, maka niscaya tidak akan diperintahkan menumpahkannya karena termasuk membuang harta yang terlarang untuk dihilangkan. Dan sesungguhnya bersuci itu adakalanya karena sebab hadats atau najis, sedangkan tidak ada istilah hadats pada bejana, maka menjadi nyata bahwa itu adalah membersihkan dari najis. Maka nyatalah kenajisan mulut anjing tersebut, dan mulut adalah anggota tubuh yang paling bagus bahkan ia paling bagusnya bau mulut hewan karena seringnya menjulurkan lidahnya, maka anggota tubuh lainnya lebih utama (untuk dihukumi najis) “.[3]

Dari teks di atas diketahui sisi pendalilan atas kenajisan seluruh bagian tubuh anjing yaitu :

- Dari hadits sahih di atas, dapat dipahami bahwa jika air itu tidak najis maka tidak akan diperintahkan untuk ditumpahkan, karena air termasuk harta yang dilarang untuk dibuang sia-sia.

- Mensucikan sesuatu adakalanya karena najis atau hadats, sedangkan bejana tidak mungkin ada hadatsnya, maka perintah mensucikan bejana tersebut tidak ada lain karena adanya najis.

- Mulut adalah anggota tubuh yang paling bagus, jika mulut bagian tubuh yang paling bagus pada anjing dinilai najis, maka bagian tubuh lainnya lebih patut dinilai najis.

Imam an-Nawawi mengatakan :

قال البيهقي: أجمع المسلمون على نجاسة بول الكلب” وكذلك بول وغائط جميع الحيوانات مما لا يؤكل لحمه

“ Imam al-Baihaqi mengatakan, “ Para ulama sepakat (ijma’) atas najisnya kencing anjing “, demikian juga kencing dan kotoran semua hewan yang haram dimakan dagingnya “.[4]

Adapun hadits :

كَانَتِ الْكِلَابُ تَبُولُ وَتُقْبِلُ وَتُدْبِرُ فِي الْمَسْجِدِ فِي زَمَانِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه و سلم فَلَمْ يَكُونُوا يَرُشُّونَ شَيْئًا مِنْ ذَلِكَ

“ Konon anjing-anjing di masa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, kencing dan berlalu di masjid, para sahabat tidak ada yang memercikkan sedikitpun dari itu semua “.

Maka jawabannya adalah : Najis anjing sudah ijma’ para ulama. Sedangkan kasus di atas adalah begini; asal bumi ini adalah suci, maka kapan saja kita tidak mengetahui, apakah bumi masjid itu terkena najis anjing atau tidak, maka kita hukumi dengan yakin yaitu tidak adanya wujud najis tersebut, bumi telah Allah jadikan sebagai masjid (layak untuk tempat sujud). Dan kita tidak dibebankan untuk meneliti bekas-bekas anjing di dalamnya.

Dalam hadits sahih Muslim pun disebutkan :

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه و سلم أَصْبَحَ يَوْمًا وَاجِمًا، فَقَالَتْ مَيْمُونَةُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ لَقَدِ اسْتَنْكَرْتُ هَيْئَتَكَ مُنْذُ الْيَوْمِ، قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه و سلم : ” إِنَّ جِبْرِيلَ كَانَ وَعَدَنِي أَنْ يَلْقَانِي اللَّيْلَةَ فَلَمْ يَلْقَنِي أَمَ وَاللَّهِ مَا أَخْلَفَنِي “، قَالَ : فَظَلَّ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه و سلم يَوْمَهُ ذَلِكَ عَلَى ذَلِكَ ثُمَّ وَقَعَ فِي نَفْسِهِ جِرْوُ كَلْبٍ تَحْتَ فُسْطَاطٍ لَنَا، فَأَمَرَ بِهِ فَأُخْرِجَ ثُمَّ أَخَذَ بِيَدِهِ مَاءً، فَنَضَحَ مَكَانَهُ فَلَمَّا أَمْسَى لَقِيَهُ جِبْرِيلُ فَقَالَ لَهُ قَدْ كُنْتَ وَعَدْتَنِي أَنْ تَلْقَانِي الْبَارِحَةَ قَالَ أَجَلْ وَلَكِنَّا لَا نَدْخُلُ بَيْتًا فِيهِ كَلْبٌ وَلَا صُورَةٌ فَأَصْبَحَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَئِذٍ فَأَمَرَ بِقَتْلِ الْكِلَابِ حَتَّى إِنَّهُ يَأْمُرُ بِقَتْلِ كَلْبِ الْحَائِطِ الصَّغِيرِ وَيَتْرُكُ كَلْبَ الْحَائِطِ الْكَبِيرِ

“ Sesungguhnya pada suatu pagi Rasululloh shallallohu ‘alaihi wasallam kelihatan diam karena susah dan sedih. Maimunah berkata; “Ya, Rasululloh! Aku heran melihat sikap Anda sehari ini. Apa yang telah terjadi?” Rasululloh shallallohu ‘alaihi wasallam menjawab: ‘Jibril berjanji akan datang menemuiku malam tadi, ternyata dia tidak datang. Ketahuilah, dia pasti tidak menyalahi janji denganku! ‘ Demikianlah Rasululloh shallallohu ‘alaihi wasallam senantiasa kelihatan susah dan sedih sehari itu. Kemudian beliau melihat seekor anak anjing di bawah tempat tidur kami, lalu beliau menyuruh keluarkan anak anjing itu. Kemudian diambilnya air lalu dipercikinya (bekas-bekas) tempat anjing itu. Ketika hari sudah petang, Jibril datang menemui beliau. Kata beliau kepada Jibril: ‘Anda berjanji akan datang pagi-pagi.’ Jibril menjawab; ‘Benar! Tetapi kami tidak dapat masuk ke rumah yang di dalamnya ada anjing dan gambar-gambar.’ Pada pagi harinya Rasululloh shallallohu ‘alaihi wasallam memerintahkan supaya membunuh semua anjing, sampai anjing penjaga kebun yang sempit, tetapi beliau membiarkan anjing penjaga kebun yang luas.’ (HR. Muslim)

Dari hadits di atas, diketahui bahwa seandainya anjing tidak najis, maka Nabi tidak akan memercikkan bekas-bekas tempat anjing tersebut dengan air.

Dengan ini bagi kami yang paling rajih adalah pendapat yang menghukumi kenajisan seluruh bagian anjing jika disentuhnya dalam keadaan basah salah satunya. Maka tidak sepatutnya memaksa kami mengikuti pendapat sebalilknya, apatah lagi kaum muslimin Malaysia, Indonesia dan lainnya mayoritas mengikuti pendapat Syafi’iyyah, sepatutnya mereka menghormati pendapat ini yang sudah dipegang selama puluhan tahun secara turun menurun. Apakah pengikut Syafi’iyyah atau Hanbaliyyah boleh memaksakan penduduk Libia yang mayoritas bermadzhab Maliki untuk mengikuti pendapatnya saat berada di Libia ? tentu akan terjadi konflik bila hal ini terjadi.

Kalau pun masing-masing pendapat masih samar mana yang rajih, maka yang patut dipegang dan diambil adalah pendapat yang lebih mendekati kehati-hatian dalam Agama. Karena melaksakan perintah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam :

دع ما يريبك إلى ما لا يريبك

“ Tinggalkan apa yang membuatmu ragu kepada apa yang tidak membuatmu ragu “. (HR. At-Turmudzi)

Hukum menyentuh anjing tanpa adanya keperluan.

Lalu bagaimana hukumnya jika menyentuh anjing tanpa adanya hajat atau keperluan ?

Jika kita yakin tangan kita atau anjing itu tidak basah alias kering, maka hukumnya tidak najis dan boleh namun makruh. Namun jika tangan kita basah dan sengaja menyentuh anjing, maka jelas hukumnya najis dan haram karena ada unsur kesengajaan menyentuh najis. Imam al-Malibari mengatakan :

(ولا يجب اجتناب النجس) في غير الصلاة ومحله في غير التضمخ به في بدن أو ثوب فهو حرام بلا حاجة

“ – Dan tidak wajib menjauhi Najis – di selain sholat dan tempatnya, kecuali di selain melumurkan najis pada badan atau pakaian, maka perbuatan itu adalah haram “.[5]

Imam An-Nawawi al-Bantani mengatakan :

والمقصد الرابع  من مقاصد الطهارة إزالة النجاسة وإزالتها واجبة إلا في النجاسة المعفو عنها وهي على الفور إن عصى بها كأن تضمخ بها لغير حاجة

“ Tujuan yang keempat dari tujuan-tujuan bersuci adalah menghilangkan najis. Menghilangkan najis hukumnya wajib kecuali pada najis yang dimaafkan, dan mensucikan najis itu dilakukan dengan segera jika terkena najis dengan berdosa seperti melumurkan dengan najis tanpa adanya hajat “.[6]

Hukum memelihara anjing.

Memelihara anjing hukumnya haram kecuali jika ada tujuan-tujuan yang dibenarkan Syare’at seperti menjaga tanaman, ternak atau buruan. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

مَنِ اقْتَنَى كَلبًا إِلاَّ كَلْبَ مَا شِيَةٍ أَوْ كَلْبَ صَيْدٍ نَقَصَ مِنْ عَمَلِهِ كُلَّ يَوْمِ قِيْرَاطُ

Barangsiapa memelihara anjing selain anjing untuk menjaga binatang ternak dan anjing untuk berburu, maka amalannya berkurang setiap harinya sebanyak satu qirâth (satu qirâth adalah sebesar gunung Uhud).” [HR. Muslim no. 2941].

Imam an-Nawawi mengatakan :

رخص النبي صلى الله عليه وسلم في كلب الصيد وكلب الغنم، وفي الرواية الأخرى وكلب الزرع ونهى عن اقتناء غيرها، وقد اتفق أصحابنا وغيرهم على أنه يحرم اقتناء الكلب لغير حاجة، مثل أن يقتني كلباً إعجاباً بصورته أو للمفاخرة به، فهذا حرام بلا خلاف

“ Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam memberikan keringangan pada anjing buruan dan anjing penjaga ternak, dalam riwayat yang lain, anjing penjaga tanaman dan melarang memelihara anjing dari selain tujuan itu. Para sahabat kami dan lainnya telah sepakat bahwa haram memelihara anjing tanpa ada hajat (keperluan) seperti memelihara anjing karena kagum dengan bentuknya atau karena untuk bangga-banggaan, maka ini semua haram tanpa khilaf “.[7]

Al-Hafidz Ibnu Hajar menaqal pendapat Ibnu Abdil Barr yang menghukumi makruh menjadikan anjing untuk selain kepentingan seperti dalam hadits, namun sebenarnya itu diqiyaskan pada makna buruan dan sesuatu yang dapat menarik manfaat dan mencegah bahaya, kemudian Ibnu Abdil Barr melanjutkan :

وفي قوله : نقص من عمله – أي من أجر عمله – ما يشير إلى أن اتخاذها ليس بمحرم ، لأن ما كان اتخاذه محرما امتنع اتخاذه على كل حال سواء نقص الأجر أو لم ينقص ، فدل ذلك على أن اتخاذها مكروه لا حرام

“ Dan ucapan ; “ Berkurang dari amalnya “ maksudnya dari pahala amalnya “, ini mengisyaratkan bahwa menjadikannya (binatang peliharaan) tidaklah haram, karena setiap yang menjadikannya dihkumi haram, maka dilarang juga menjadikannya dalam keadaan apapun, sama ada pahalanya berkurang ataupun tidak. Maka hal itu menunjukkan bahwa menjadikannyanya hukumnya adalah makruh bukan haram “.[8]

Akan tetapi al-Hafidz Ibnu Hajar membantahnya :

وما ادَّعاه من عدم التحريم واستند له بما ذكره ليس بلازمٍ ، بل يحتمل أنْ تكون العقوبة تقع بعدم التوفيق للعمل بمقدار قيراط مما كان يعمله من الخير لو لم يتخذ الكلب. ويحتمل أن يكون الاتخاذ حراماً، والمراد بالنقص أن الإثم الحاصل باتخاذه يوازي قدر قيراط أو قيراطين من أجر فينقص من ثواب المتَّخذ قدر ما يترتب عليه من الإثم باتخاذه وهو قيراط أو قيراطان

“ Apa yang diklaim Ibnul Abdil Barr dari tidak haramnya hal itu dan bersandar dengan apa yang telah ia sebutkan tadi, tidaklah lazim. Bahkan berkemungkinan hukuman (kurang satu atau dua qirath) terjadi dengan tidak mendapat taufiq untuk beramal pada kadar satu qirath daripada amalam-amalan baiknya walau tidak memelihara anjing sekalipun. Dan berkemungkinan memelihara anjing itu adalah haram, dan apa yang dikehendaki dengan pengurangan ialah dosa yg terhasil dengan memelihara anjing adalah bersamaan kadar satu atau dua qirath daripada pahala, maka pahala pemelihara anjing berkurang pada kadar apa yang ditetapkan ke atasnya daripada dosa kerana memeliharanya iaitu satu atau dua qirath.“.[9]

Maka kesimpulannya adalah memelihara anjing tanpa adanya hajat seperti yang disebutkan dalam hadits yaitu untuk menjaga ternak, tanaman atau untuk berburu atau untuk sesuatu yang semakna misal menjaga rumah, maka pendapat yang mu’tamad dan diikuti mayoritas ulama hukumnya adalah haram.

Sebuah penelitian kedokteran membuktikan bahwa anjing dapat menyebarkan banyak penyakit ; Prof. Thabârah dalam kitab Rûh ad-Dîn al-Islâmi menyatakan, “ Di antara hukum Islam bagi perlindungan badan adalah penetapan najisnya anjing. Ini adalah mu’jizat ilmiyah yang dimiliki Islam yang mendahului kedokteran modern. Kedokteran modern menetapkan bahwa anjing menyebarkan banyak penyakit kepada manusia, karena anjing mengandung cacing pita yang menularkannya kepada manusia dan menjadi sebab manusia terjangkit penyakit yang berbahaya, bisa sampai mematikan. Sudah ditetapkan bahwa seluruh anjing tidak lepas dari cacing pita sehingga wajib menjauhkannya dari semua yang berhubungan dengan makanan dan minuman manusia “.[10]

Tidak selayaknya seorang muslim mengikuti cara orang-orang kafir; berlari bersama anjing, menyentuh mulutnya atau menciumnya yang dapat menyebabkan berbagai penyakit.

Bukan berarti Islam berpandangan jahat terhadap anjing, justru Islam lah agama yang paling mengerti hak-hak binatang dan paling kasih sayang terhadap binatang apapun. Namun Islam juga memberikan aturan semuanya untuk kemaslahatan umat manusia supaya sehat dunia akherat dan selamat dunia akherat.

Oleh: Ibnu Abdillah al-Katibiy

Kota Santri, 22-10-2014

Sumber: http://www.aswj-rg.com/2014/10/menjawab-polemik-isu-anjing.html


[1] Mughni al-Muhtaj : 1/239

[2] Al-Majmu’ : 2/585

[3] Syarh al-Bahjah al-Wardiyyah : 1/135

[4] Al-Majmu’ : 2/524

[5] Fath al-Mu’in : 11

[6] Nihayah az-Zain : 44

[7] Al-Majmu’ : 2/599

[8] Fath al-Bari : 8/5, lihat juga at-Tamhid : 14/221

[9] Fath al-Bari : 8/5

[10] Taudhîhul-Ahkam, Syaikh Ali Bassâm, 1/137

Rabu, Oktober 22, 2014

Pesta pegang anjing undang polemik

SEHARI dua ini nampaknya isu pesta anjing atau program ‘I Want To Touch A Dog’ pula menduduki carta teratas bahan polemik dan perbahasan terhebat, bukan sahaja di media perdana juga media sosial. Belum pun surut isu pesta arak Octoberfest kini umat diajak berpolemik dengan satu lagi isu yang sebenarnya mudah membangkit amarah umat Islam di Malaysia.

Semacam rakyat negara ini sudah tidak lagi terangsang untuk membicarakan isu-isu negara atau agenda ummah yang lebih besar hingga sering kali diajak berpolemik dengan perkara-perkara picisan yang hakikatnya tidak membangunkan minda dan jiwa.

Sehingga hari ini penulis sendiri sukar menerima rasional yang diberikan penganjur ‘pesta memegang anjing’ yang dianjurkan Ahad lalu itu. Antaranya justifikasi yang diberikan termasuklah menghilangkan perasaan ‘fobia’ atau rasa takut mahupun jijik terhadap anjing yang juga makhluk ALLAH.

Mungkin niat penganjur adalah baik tetapi pada masa sama mereka seharusnya memahami sensitiviti umat Islam secara majoritinya. Malah menurut Syed Azmi Alhabshi ketua penganjur, apabila dimuat-naik bahan publisiti program tersebut ke dalam Facebook, beliau menerima pelbagai kritikan dan celaan.

Sudah tentu program yang menggalakkan menyentuh anjing, mengundang kontroversi terutama dalam masyarakat Islam Malaysia yang secara tradisinya sudah lama berpegang kepada Mazhab Syafie yang mengklasifikasikan anjing sebagai najis berat (mughallazah).

Bagi yang mempertahankan program ini, ada yang berhujah mengatakan tiada salahnya memegang anjing kerana ia juga makhluk ciptaan ALLAH. Lagipun anjing terkenal sangat patuh pada tuannya.

Walau bagaimanapun perlu diingatkan hukum-hakam agama tidak boleh sewenang-wenangnya dirasionalkan dengan pemikiran akal dan perasaan manusia. Prinsip Islam yang mesti dipegang oleh setiap penganutnya harus sentiasa berpandukan nas dan dalil al-Quran, As-Sunnah, Ijmak dan Qiyas yang tepat dan sahih.

Sebab itulah apabila menyentuh isu kenajisan anjing, Nabi SAW diriwayatkan dalam Sahih Muslim dengan sabdanya: “Cara penyucian bekas salah seorang daripada kamu, apabila ia dijilat anjing ialah dengan membasuhnya sebanyak tujuh kali, salah satunya dengan tanah”.

Perkataan ‘tohur’ dalam hadis ini memberi maksud cara menyucikan atau menyucikan, yang secara jelas menunjukkan sifat anjing itu sendiri yang najis lantaran penyucian hanya diperlukan untuk zat yang bernajis sahaja.

Para ulama kalangan fukaha juga menggunakan kaedah qiyas untuk menyamakan hukum dan cara basuhan bukan hanya tertakluk pada bekas jilatan anjing sahaja, bahkan seluruh tubuh anjing. Ini kerana lidah dan mulut adalah anggota utama dalam seekor haiwan yang tanpanya haiwan tentu akan mati kerana tidak boleh makan mahupun minum. Justeru jika air liur yang keluar daripada lidah dan mulut adalah najis maka sudah tentu seluruh badan yang mengeluarkan peluh adalah najis juga.

Sebab itulah menurut mazhab Syafie, perbuatan menyentuh anjing secara sengaja tanpa sebab munasabah adalah haram. Perbuatan ini disebut dalam perbahasan fekah dengan istilah ‘Al-Tadhammukh Bi Al-Najasah’. Imam Muhammad Al-Ramli dalam kitabnya Nihayah al-Muhtaj menyebutkan bahawa perbuatan meletakkan atau menyentuh najis pada anggota badan adalah haram.

Pandangan ini adalah yang mewakili majoriti fukaha secara jumhur. Sebahagian lain menghukumkannya makruh. Namun yang pasti perbuatan memegang najis mughallazah tanpa keperluan yang mendesak seperti untuk menyelamatkannya adalah amat tidak digalakkan.

Ada juga yang berhujah mengatakan bahawa yang dikatakan najis apabila terkena badan anjing yang basah mahupun najis dan air liurnya. Maka jika kena pun boleh disamak. Dengan kata lain, kalau hendak memegang najis tiada salahnya, yang penting dibasuh bila hendak mengerjakan ibadah.

Hujah sebegini sekali lagi tidak berpandukan suluhan ilmu fekah yang sahih. Jika hujah ini nak diguna pakai maka tidak ada salahnya jika kita melumurkan najis di atas badan kita kemudian dibersihkan pula. Tindakan sebegini samalah seperti mereka yang sengaja melakukan dosa dengan alasan boleh bertaubat kemudiannya.

Sebab itulah bagi penulis kalau nak diperdebatkan masalah hukum memang boleh membuka kepada polemik perbahasan fekah yang panjang dan tidak perlu. Banyak lagi isu dan agenda besar umat yang perlu diutamakan daripada berbalah mengenai haiwan.

Penganjur seharusnya ada rasa tanggungjawab dengan menilai sama ada perbuatan mereka itu lebih banyak manfaat atau kemudaratan dan fitnah. Sebab itulah dalam Islam, kita diajar untuk memahami prinsip ‘maalaatul af’aal’ atau penilaian kesan terhadap setiap perbuatan.  Kalau kesannya lebih buruk seperti yang tercetus hari ini dalam isu pesta memegang anjing ini, tentulah apa sahaja niat yang baik tidak memberi apa-apa makna lagi.

Oleh: DR ASYRAF WAJDI DUSUKI

* Penulis ialah Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)

Dipetik dari Sinar Harian

Khamis, Oktober 16, 2014

7 Sunnah Hebat

7 Amalan Sunnah

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:

Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:

Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:

Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:

Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:

Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:

Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh:

Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Oleh: Ustaz Don Daniyal

Selasa, Oktober 14, 2014

Jangan Dinilai Seseorang Pada Zahir dan Luarannya (Satu Ikhtibar)

Pada suatu hari, Hasan Al-Basri pergi melawat Habib Ajmi, seorang sufi besar lain. Pada waktu solatnya, Hasan mendengar Ajmi banyak melafazkan bacaan solatnya dengan keliru. Oleh kerana itu, Hasan memutuskan untuk tidak solat berjamaah dengannya. Ia menganggap kurang pantaslah bagi dirinya untuk solat bersama orang yang tak boleh mengucapkan bacaan solat dengan benar.

Di malam harinya, Hasan Al-Basri bermimpi. Ia mendengar Allah berbicara kepadanya: "Hasan, jika saja kau berdiri di belakang Habib Ajmi dan menunaikan solatmu, kau akan memperoleh keredhaan-Ku, dan solat kamu itu akan memberimu manfaat yang jauh lebih besar daripada seluruh solat dalam hidupmu. Kau cuba mencari kesalahan dalam bacaan solatnya, tapi kau tak melihat kemurnian dan kesucian hatinya. Ketahuilah, Aku lebih menyukai hati yang tulus daripada pengucapan tajwid yang sempurna"

Di zaman sekarang ini sukar sekali kita mencari orang yang benar-benar mempunyai kriteria dekat kepada Allah. Sering kali mata kita tertipu oleh penampilan zahir. Orang dekat dengan Allah itu adalah para Aulia-Nya, para kekasih-Nya yang beribadah semata-mata untuk mencari keredhaan Allah dan menuntun orang-orang menuju ke hadrat Allah. Seorang wali Allah dalam kehidupan sehari-hari boleh saja ber profesion sebagai seorang peniaga, petani, ulama' guru sekolah, dan lain-lain. Hanya orang yang diberi petunjuk oleh Allah yang boleh berjumpa dengan wali-Nya.

Mempunyai bacaan benar (tajwid) yang sempurna memang salah satu syarat sah seseorang menjadi imam dalam solat, akan tetapi yang lebih penting adalah bagaimana hati nya boleh terus menerus bersama Allah selama dalam solat. Ini hal yang sangat pokok, kerana seorang imam akan mempertanggung jawab kan amalan makmum nya di hadapan Allah SWT. Kalau imam sepanjang solat mengingat wanita-wanita cantik, mengenang harta, dan sejuta persoalan hidup, apakah pantas dijadikan sebagai imam?

Saya jadi teringat kisah Imam Al-Ghazali yang menjadi imam dalam solat Asar disebuah masjid, Beliau baru saja mengajarkan hukum thaharah bagi wanita yang haid. Tanpa disedari fikiran Beliau saat solat teringat kepada wanita yang sedang haid. Salah seorang yang menjadi makmum adalah adik kandung imam al-Ghazali.

Selepas selesai solat adik imam Al-Gazali menegur, "kenapa abang di rakaat kedua mengingat wanita yang lagi haid?"

Imam Al-Ghazali sangat terkejut, selaku orang yang sangat ahli dalam hukum Islam telah hapal Al-Qur'an dan ribuan hadis, telah berpuluh tahun menjadi imam baru sekarang mengetahui kekeliruannya selama ini.

Beliau berkata kepada adiknya, "Tajam sekali mata hati mu, mulai saat ini aku berguru kepada mu"

Imam Al-Ghazali yang terkenal akan ilmu syariatnya, perlu belajar lagi kepada adiknya yang ahli Tarekat Tasawuf Ahlus Shufi, bagaimana menjadi seorang Imam yang sah, lalu bagaimana dengan imam-imam zaman sekarang yang hanya bergantung kefasihannya?

Bacaan tetap lah bacaan, hafalan tetap lah hafalan yang tersimpan dalam otak yang mempunyai dimensi rendah, seorang hamba baca tetaplah akan menjadi hamba baca kalau pengetahuannya tidak di upgrade.

Semoga tulisan ini menyedarkan kita semua, setelah kita fasih mengalunkan ayat Al-Qur'an tiba saatnya untuk men-fasih-kan hati dalam mengingati-Nya. Bagaimana caranya?

Surah An Nahl, Ayat 43
Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui.

Gambar: Majlis Baiah Thoriqah Tijani oleh Sayyidi Syeikh Ahmad Al Hadi Al Maghribi Al-Hasani

Dari: HAMBA ALLAH

Isnin, Oktober 06, 2014

Apakah kedudukan wanita yang menghadapi darah istihadhah pada hukum Syarak?

Mereka adalah seperti wanita yang suci kerana darah yang keluar dari faraj mereka tidak dianggap oleh Syarak sebagai darah haid, tetapi darah penyakit atau istihadhah. Kerana itu, mereka wajib menunaikan solat dan berpuasa serta diharuskan bagi mereka perkara-perkara yang dilarang ke atas wanita yang haid (yakni tawaf, sujud, membaca al-Quran, I’tikaf, bersetubuh dengan suami dan sebagainya).

Oleh demikian, wanita Istihadhah wajib mandi apabila menyedari bahawa hari-hari haidnya telah tamat sekalipun darah masih keluar dari kemaluannya (yakni darah istihadhah). Hukum ini telah menjadi ijmak ulamak berdalilkan arahan Rasulullah s.a.w. kepada Fatimah binti Abi Hubaiysh r.a. (yang menghadapi masalah istihadhah); “…..tinggalkan solat hanya pada hari-hari kamu biasa kedatangan haid padanya, kemudian (apabila habis hari-hari tersebut), hendaklah kamu mandi dan tunaikanlah solat”.

Apa maksud darah istihadhah?

Darah istihadhah ialah darah yang keluar bukan pada masa haid dan juga nifas. Darah istihadhah merangkumi;

(1)

a) Darah yang keluar sebelum umur kemungkinan haid iaitu sembilan tahun mengikut jumhur ulamak.

b) Darah yang keluar kurang dari tempoh minima haid iaitu sehari semalam mengikut mazhab Syafi’ie.

c) Darah yang keluar melebihi tempoh maksima haid atau melebihi tempoh kebiasaan haid.

d) Darah yang melebihi tempoh maksima nifas.

e) Darah yang keluar dari wanita yang hamil mengikut pandangan jumhur ulamak selain mazhab Syafi’ie.

f) Darah yang keluar melebihi umur putus haid

Darah istihadhah tidak turun dari rahim sebagaimana darah haid atau nifas, akan tetapi keluar dari urat yang dipanggil al-‘Azil

(2) Sifat darah istihadhah -menurut mazhab Syafi’ie- adalah cair dan berwarna merah terang (antara merah dan kuning).

(3)Apa caranya untuk membezakan antara darah haid dan darah istihadhah jika seorang wanita menghadapi masalah keluar darah yang berterusan atau melebihi tempoh kebiasaan haid?

Berdasarkan hadis Nabi s.a.w., ada tiga kaedah untuk ia membezakannya;

1. Dengan merujuk kepada kebiasaan haidnya yang lalu.

Ini berdasarkan sabda Nabi s.a.w. kepada Wanita yang istihadhah pertamanya hendaklah merujuk kepada kebiasaan haidnya (yakni darah-darah yang keluar pada hari-hari kebiasaan haid adalah darah haid dan adapun yang keluar pada hari berikutnya adalah istihadhah). Ini berpandukan hadis dari ‘Aisyah r.a. yang menceritakan; “Fatimah binti Abi Hubaisyh r.a telah mengadu kepada Nabi s.a.w.;‘Sesungguhnya aku kedatangan haid tanpa putus-putus. Apakah aku perlu meninggalkan solat?” Nabi s.a.w. menjawab; ‘Tidak. Sesungguhnya itu adalah darah dari urat , bukan darah haid. (Oleh demikian, janganlah kamu tinggalkan solat pada keseluruhan hari datangnya darah itu), akan tetapi kamu tinggalkan solat hanya pada hari-hari kamu biasa kedatangan haid padanya, kemudian (apabila habis hari-hari tersebut), hendaklah kamu mandi dan tunaikanlah solat”. (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim).

Jadi, seorang wanita semasa menghadapi masalah tersebut, jika ia mengingati tempoh kebiasaan haidnya, hendaklah ia mengira bilangan hari haidnya mengikut tempoh kebiasaan tersebut dan darah yang keluar selepas tempoh itu dikira sebagai darah istihadhah dan ia tertakluk dengan hukum wanita istihadhah (bukan wanita haid atau nifas). Contohnya; jika ia biasa kedatangan haid selama tujuh hari, maka hendaklah ia menetapkan tempoh haidnya selama tujuh hari dan darah yang masih keluar selepas tujuh hari itu dikira istihadhah.

2. Dengan melihat kepada perbezaan darah.

Jika seorang wanita tidak mempunyai kebiasaan haid (kerana baru kedatangan haid atau melupai kebiasaan haidnya), hendaklah dirujuk kepada perbezaan darah. Ini berdasarkan hadis dari Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan; Fatimah binti Abi Hubaiysh r.a. menghadapi istihadhah, maka Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya; “Sesungguhnya darah haid adalah darah berwarna hitam yang dikenali (yakni ia mempunyai bau yang dikenali oleh kaum wanita). Oleh demikian, jika kamu melihat darah sedemikian, hendaklah kamu menahan diri dari menunaikan solat. Tetapi jika kamu melihat darah berwarna lain, maka ambillah wudhuk dan kerjakanlah solat”. (Riwayat Abu Daud, an-Nasai, Ibnu Hibban dan al-Hakim. ).

Hadis di atas menjadi dalil bahawa diambil kira perbezaan sifat darah di mana jika bersifat dengan warna hitam, maka ia adalah haid dan jika tidak, maka ia adalah istihadhah.

3. Dengan merujuk kepada kebiasaan haid kebanyakan wanita.

Sekiranya seorang wanita tidak mengetahui kebiasaan haidnya dan begitu juga ia tidak dapat membezakan darah dengan melihat sifat-sifatnya (yakni warna darah yang keluar adalah sekata), maka ketika itu ia hendaklah merujuk kepada kebiasaan haid kebanyakan wanita iaitu enam atau tujuh hari. Ini berdasarkan hadis dari Hamnah binti Jahsyi r.a. yang menceritakan; Aku telah kedatangan haid yang banyak dan kuat. Lalu aku datang kepada Nabi s.a.w. untuk meminta fatwa dari baginda. Lalu baginda bersabda; Sesungguhnya ia (bukanlah haid, tetapi) satu tindakan jahat dari Syaitan (hingga menyebabkan kamu lupa kebiasaan haid kamu). Oleh demikian, tetapkanlah tempoh haid kamu enam atau tujuh hari sahaja, kemudian mandilah….(Riwayat Abu Dad, at-Tirmizi dan Ibnu Majah. ).

Adalah wanita yang menghadapi masalah tersebut wajib merujuk kepada ulamak?

Ya, wajib ia merujuk kepada ulamak. Berkata Imam Ibnul-Jauzi dalam kitabnya (Hukum Hakam Wanita); apabila berlaku kepada seorang wanita yang kedatangan haid keadaan-keadaan yang berbeza dengan kebiasaan haidnya, wajib ke atasnya menceritakan kepada para fuqahak pada setiap apa yang berlaku (untuk mendapat pandangan Syarak serta fatwa). (Halaman 42).

Rujukan:
(1)Wahbah Zuhaili, 1/478.
(2) Al-‘Azil ; menurut kamus al-Marbawi bermaksud urat yang mengalir darinya darah istihadhah.
(3) Ibrahim Muhammad al-Jamal, hlm. 50.

(Sumber: Hafiz Amri)

Masaalah darah haid keluar selepas 15 hari

Soalan; Salam, Saya ada kemusykilan tentang tempoh haid yang berlarutan. Untuk makluman ustaz, saya menghadapi masalah haid yang panjang tempohnya sehingga lebih dari 15 hari (tetapi dalam kadar yang sedikit). Minta pandangan Ustaz tentang solat yang wajib saya jalankan, apakah sah solat walaupun pendarahan masih berlaku? Bagaimana pula tentang kebersihan, adakah sah sekiranya solat dengan memakai tuala wanita? Sekiranya tanpa memakai tuala wanita, dikhuatiri akan meleleh dan terkena kain solat. Harap bantuan Ustaz,

Jawapan;

Tempoh paling lama haid ialah 15 hari. Oleh itu, jika seorang wanita darah haidnya datang hingga melepasi 15 hari, maka yang datang selepas hari ke 15 itu bukan lagi darah haid, akan tetapi darah istihadhah. Darah haid ialah darah yang normal bagi seorang wanita, adapun darah istihadhah adalah darah penyakit. Apabila puan menyedari bahawa darah yang keluar bukan lagi darah haid, akan tetapi darah istihadhah, hendaklah puan mandi wajib dan mengerjakan solat sebagaimana wanita yang suci. Namun, oleh kerana darah masih keluar, hendaklah puan mematuhi peraturan berikut

setiap kali hendak mengerjakan solat;

1. Jika darah itu keluar tidak berterusan (yakni pada ketika-ketika tertentu sahaja), puan hendaklah menunggu ketika darah berhenti, kemudian bersuci dengan membersihkan faraj terlebih dahulu, kemudian mengambil wudhuk dan menunaikan solat.

2. Jika darah keluar berterusan, puan hendaklah melaksanakan kaedah bersuci sebagaimana berikut;

a) Hendaklah puan menunggu waktu solat masuk terlebih dahulu. Wanita istihadhah (dan begitu juga orang yang mengidap kencing tak lawas atau masalah seumpamanya) tidak harus ia mengambil wudhuk kecuali apabila waktu telah masuk kerana toharahnya adalah toharah darurat.

b) Mulai dengan membasuh faraj dengan sempurna

c) Setelah itu hendaklah puan membalut faraj dengan kain, tuala wanita atau sebagainya (untuk membendung darah dari mengalir keluar ketika solat).

d) Kemudian hendaklah puan segera mengambil wudhuk

e) Ketika mengambil wudhuk hendaklah puan berniat untuk membolehkan solat, bacaan al-Quran atau ibadah-ibadah lain yang disyaratkan wudhuk. Contohnya; meniatkan di dalam hati; “Sahaja aku mengambil wudhuk untuk solat kerana Allah Taala”. Tidak harus semasa mengambil wudhuk puan berniat untuk mengangkat hadas kerana hadas puan tidak akan terangkat selama darah terus mengalir keluar dari faraj kerana perkara tersebut membatalkan wudhuk.

f) Setelah selesai wudhuk hendaklah puan segera menunaikan solat, tanpa menangguh lagi.

g) Jika semasa solat itu darah masih keluar, tidak perlulah puan berhenti dari solat, sebaliknya teruskan solat kerana ia dimaafkan disebabkan keuzuran yang puan alami.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Al-Fiqh al-Wadhih, Dr. Muhammad Bakr Ismail (1/66).

2. Al-Wajiz Fi al-Fiqh al-Islami, Dr. Wahbah az-Zuhaili (1/43)

3. Fiqh at-Toharah, Dr. Yusuf al-Qaradhawi, hlm. 303, Ahkam at-Toharah, Dr. Abdul Karim Zaidan, hlm. 64.

4. Fatawa Syeikh Abu Zahrah.

5. Al-Majmuk, Imam an-Nawawi.

Sumber: http://ilmudanulamak.blogspot.com/2011/01/darah-keluar-melebihi-15-hari.html

Sabtu, Oktober 04, 2014

Info Alam Jin



Iblis

"Khaazin" adalah nama iblis sebagai penjaga syurga dan ketua langit dunia selain mempunyai kekuasaan di bumi atau lebih tepat lagi sebagai ketua bangsa jin di bumi. Dalam bahasa Arabnya dinamakan "Al-Harith" (penjaga) dan dalam bahasa Suryani dipanggil "Azazil".

Iblis adalah induk kepada jin dan syaitan. Iblis mempunyai lima anak terdiri daripada Thabr, Al-Awar, Maswath, Dasim dan Zalnabur. Merekalah punca segala sengketa sesama manusia, bercakap mengarut dan mencarut, mengeji dan mencela, berdusta, mengumpat, mengutuk dan menghina, pembawa penyakit kronik (kanser, penyakit menyerang bayi, mandul, keguguran, gila, wujudnya makhluk aneh dalam perut, penyakit kulit dan taun, perbuatan membuang dan membunuh bayi, pergaulan bebas sehingga berlakunya persetubuhan haram, gangguan saka, histeria, perbuatan santau dan sihir, khianat dan sifat-sifat terkutuk serta keji) adalah disebabkan pengaruh dan hasutan makhluk berdarjat rendah itu. Berlindunglah dengan Allah S.W.T.

Jin
Jin/iblis mempunyai bapa dikenali "Jaann", begitu halnya dengan manusia mempunyai bapa iaitu "Adam". Jaann adalah jin pertama yang dijadikan daripada api, sebaliknya keturunan selepasnya dengan cara membiak (berlaku perhubungan sesama jantina antara lelaki dan perempuan).

Di antara keturunan Jaann ialah terdiri daripada jin-jin Islam dan jin Kafir, ini termasuklah iblis dikatakan dari keturunan jin.

Istilah hantu, hantu raya, langsuir, pontianak, jembalang dan sebagainya adalah istilah atau panggilan yang diberikan oleh manusia untuk menggambarkan makhluk halus dari jenis jin kafir.

Istana syaitan terletak di atas air. Jin pula mendiami tempat-tempat seperti bukit/gunung, hutan rimba, sungai/tasik/lautan dan parit, tanah perkuburan, rumah kosong (kediaman yang ditinggalkan lebih 40 hari), masjid, pokok dan pasar-pasar.

Koloni makhluk halus yang mempunyai keluarga tinggal di bukit, gunung, gua dan sebagainya. Manakala golongan warga emas yang tidak lagi mempunyai keluarga suka mengasingkan diri dengan menjadikan pokok-pokok kayu sebagai kediaman, penempatan dan untuk ibadat. Makhluk ini menetap dalam pokok-pokok kayu kerana tidak ingin diganggu.

Jin dan syaitan boleh berubah bentuk sama ada bentuk manusia ataupun haiwan peliharaan mahupun haiwan ganas. Jin yang ingin menjelma seperti rupa manusia memerlukan tenaga yang kuat dan ilmu yang mantap. Kepantasan jin berlari tidak sampai satu saat, keadaan ini menyukarkannya untuk berhenti serta merta. Jin yang dapat berhenti serta merta akan dapat bertukar dari rupanya kepada rupa manusia, menandakan jin berkenaan mempunyai tenaga dan ilmu yang hebat.

Makanan makhluk halus seperti jin terdiri dari tulang, batu, buah, telur dan darah kotor (perempuan haid dan nifas) yang dibuang merata-rata. Selain itu, rokok dan perokok juga disukai jin dan syaitan kerana merokok adalah membazirkan wang. Perbuatan membazir memang disukai syaitan.

Dalam setiap surah, terdapat 2,696 ayat yang menceritakan tentang jin. Manakala dalam Al-Quran, terdapat 49 surah yang meliputi 216 ayat dinyatakan tentang iblis, jin dan ifrit sememangnya wujud malah kewujudan mereka lebih ramai dari manusia.

Tubuh Manusia

14 Tempat Pada dan Dalam Tubuh Manusia Digemari Jin dan Syaitan Untuk Menghuni:

01. Ulu hati
02. Siku kanan
03. Siku kiri
04. Lutut kanan
05. Lutut kiri
06. Belakang kepala (umbuk punai)
07. Hujung salbi
08. Urat leher (bahagian belakang)
09. Hujung lidah
10. Lubang hidung kanan
11. Lubang hidung kiri
12. Telinga kanan
13. Telinga kiri
14. Pusat

Cara Syaitan Racun/Musnahkan Manusia

1. Panah: Dari jarak yang jauh
2. Hembus: Apabila hampir dengan manusia
3. Bisik: Setelah berjaya mendekati manusia

Sumber: Kami bersama Ulama (KBU)

Lafaz Takbir Raya

takbir raya

MENGAPA RASA DUNIA DAH RUNTUH DAH DEK KERANA BANTUAN ATAU SUBSIDI PETROL DI KURANGKAN 20 SEN?



Saya pandang dari sudut Iman.Kita lihat betapa ramainya umat Islam runtuh Iman dek kerana kerajaan kurangkan bantuan (subsidi) petrol sebanyak 20 sen.
Mereka lupa Qadak dan Qadar dan mereka lupa akan takdir Allah.

Sedangkan belum pernah tercatit dalam sejarah manusia mati kebuluran dek kerana harga petrol dan barang naik.Tak tahu lah mungkin kita terasa sejarah manusia mati kerana harga petrol naik 20 sen akan bermula dan berlaku di Malaysia..........

Mari kembali kepada tauhid kepada Allah.Jika kita lihat sejarah manusia di mana mana negara.....harga barang naik dan naik seimbang dengan kemampuan manusia..Cuba lihat contoh. Sekitar tahun 60an - 70an harga minyak hanya dalam lingkungan 70 - 90 sen.Pendapatan saya ketika itu hanya Rm 150.Mampu guna motor Honda Cub 70 sahaja yang harganya Rm 900.Kini walaupun harga minyak Rm 2.30 saya mampu guna Toyota Unser kerana pendapat saya telah naik seimbang dengan kenaikan harga minyak dan barangan sejak tahun 70an tu.....begitu juga dengan pendapatan orang kampung,petani, buruh, nelayan yg juga naik selari dengan kenaikan harga barang.Sebagai contoh,ada tak seorang petani, pada tahun 70an pendapatan hariannya Rm 2 dan hari ini masih Rm 2..? Bukan kah ini semua kerja Allah? Bukan kah ini jadual Allah.

Maka dalam isu ini mengapa tidak kembali kepada Allah? Selagi tidak kembali kepada Allah maka hidup kita akan resah gelisah lah kerana takut papa dek kerana 20 sen.Mengapa takut? Rezeki bukan di tangan pemimpin negara.Sekali pun mereka menyeleweng rezeki kita sebanyak mana sudah di tetapkan oleh Allah.

Penurunan subsidi 20 sen dan kenaikan harga barang tidak mengubah rezeki seseorang.

Nabi bersabda bahawa Allah-lah yang melapangkan rezeki seseorang hamba dan Dia juga yang menyempitkan rezeki mana-mana hamba yang dikehendakiNya.

“Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga itu, Dialah Allah yang melapangkan, Dialah Allah yang menyempitkan, serta Dialah Allah yang memberikan rezeki. Dan sesungguhnya aku berharap agar aku bertemu Allah SWT dalam keadaan tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntutku di dalam kezaliman terhadap darah mahupun kezaliman terhadap harta.” (Sahih. Riwayat Abu Daud)

Allah juga berfirman maksudnya “Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki.” (Al-Ra’d: 26).Maka bukan harga petrol yang meyempitkan rezeki kita bukan?

Saya percaya kerajaan bukan saja saja nak tarik balik subsidi 20 sen tu.......sekali pun menjadikan ia tidak popular.......

Siapa kita, siapa politikus, siapa ahli agama tiba tiba boleh berubah jadi pakar ekonomi dan pakar kewangan yang bukan bidang mereka pun,yang suka menghasut menjauhkan umat Islam di Malaysia khususnya untuk menerima dan redha akan takdir qadak dan qadar Allah Taala dengan dalil,teori bohong,,spekulasi dan fitnah mereka?

“Ajaibnya urusan orang Mukmin, seluruh urusannya adalah kebaikan dan ini tidak terdapat kecuali pada seorang Mukmin. Jika mendapat kesenangan dia bersyukur dan ini baik baginya, jika ditimpa musibah dia bersabar dan ini juga baik baginya.”
(Riwayat Muslim)

Wallah aqlam.

Selasa, September 30, 2014

PUASA HARI ARAFAH KETIKA BERBEZANYA MALAYSIA DENGAN MEKAH

Ada yang bertanya perbezaan tarikh permulaan Zulhijjah di Malaysia dan Saudi khususnya, bagaimana dengan puasa Arafah? Kerana di Mekah, hari Arafah jatuh hari Jumaat manakala di Malaysia pada hari Sabtu. Begitu juga dengan hari raya Aidil ‘Adha.

Isu ini sama dengan perbezaan dalam menentukan permulaan Ramadhan dan Raya Aidil Fitri. Ringkasnya pendapat para ulama adalah :-

1. Pendapat Mazhab Syafie, Ishak Rahawaih, Ibn Mubarak dan dinisbahkan kepada Ibn Abbas r.a

Setiap negara khususnya yang jauh, mengikut ijtihad (melalui lihat anak bulan dan hisab) oleh negara masing-masing. Ini berlandaskan hadis seorang lelaki bernama Kurayb yang berada di Syam, dia melihat anak bulan Ramdhan pada MALAM JUMAAT yang turut dilihat oleh Mu’awiyah r.a. Lalu mereka berpuasa esoknya, namun apabila dia sampai ke Madinah dan memaklumkan kepada Ibn Abbas r.a, beliau mengatakan penduduk melihat anak bulan pada MALAM SABTU, justeru penduduk Madinah akan kekal bermula puasa pada hari Ahad. (hadis ini Riwayat Imam Muslim)

2. Pendapat majoriti termasuk Hanafi, maliki dan hanbali. Turut dipilih oleh Ibn Taymiah dan Al-Syawkani. Termasuk Majlis Fiqh Antarabangsa, Hai’ah Kibar Ulama Saudi & Dar Ifta Mesir.

Tiada perbezaan, sepatutnya mana-mana negara yang telah melihat anak bulan dahulu, semua negara lain jauh atau dekat perlu mengikutnya. Perbezaan tempat naiknya bulan (Matali’ al-Qamar) tidak diambil kira dalam hal ini.

KESIMPULAN

Kesimpulan, menurut ijtihad majoriti mazhab, sewajarnya puasa arafah dan raya mengikut tarikh Saudi. Namun bagi yang berada di MALAYSIA, diharuskan atau dibenarkan berdasarkan ijtihad mazhab Syafie dengan dalil ringkas yang diberikan tadi, untuk rakyat Malaysia di negara Malaysia berpuasa sunat Arafah pada hari Sabtu dan berhariraya bermula pada hari Ahad. Mereka yang beradad di SAUDI dan negara lain, boleh mengikut ijtihad penguasa agama di negara tersebut.

Ini juga berdasarkan hadis :

الفطر يوم يفطر الناس ، والأضحى يوم يضحي الناس

Ertinya : Hari raya maka berayalah juga manusia (mengikut ketetapan di tempat tersebut), dan apabila raya kurban jatuh pada satu hari, manusia turutilah berkorban pada hari terbabit. ( Riwayat AT-Tirmidzi : hasan gharib)

Dipetik oleh Imam Ibn Rejab dalam kitabnya dalam hal ini, satu hadis Aisyah r.a

دخلت على عائشة أنا وصديق لي يوم عرفة فدعت لنا بشراب ، فقالت: لولا أني صائمة لذقته . فقلنا لها: أتصومين والناس يزعمون أن اليوم يوم النحر ؟ قالت: " الأضحى يوم يضحي الناس ، والفطر يوم يفطر الناس "

Ertinya : Aku dan rakanku telah masuk ke rumah Aisyah dan pada hari Arafah namun Aisyah menjemput kami minum (pent - kerana mereka dikira orang musafir). Lalu Aisyah berkata: Jika aku tidak berpuasa, tentunya akan aku nikmati (minuman)”. Lalu kami berkata kepadanya : “Adakah engkau puasa sedang ada yang menganggap hari ini adalah hari sembeilhan (aidil adha)?” Aisyah menjawab: “Aidil adha adalah hari yang semua orang merayakannya dan hari raya ‘Aidil fitri juga yang manusia beraya menyambutnya” (Riwayat Ahmad)

Dari dalil-dalil ini, HARUS rakyat Malaysia berpuasa hari Sabtu atas peruntukan KELEBIHAN ia merupakan hari arafah di negara kita. Sesiapa yang ingin berpuasa Jumaat dan Sabtu, itu tutur dibenarkan. Wallahu’alam.

Oleh Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Presiden MURSHID

Isnin, September 22, 2014

Amanah Dalam Pengurusan Jenazah



Perkara yang terlalu berat yang perlu dijaga adalah amanah, tetapi ianya akan menjadi terlalu ringan apabila mulut merasa ghairah menceritakan tentang aib jenazah yg diuruskannya.. AllahuRabbi..

Apakah syarat ke atas orang yg memandikan mayat/jenazah?:
1) Beragama Islam.
2) Bukan musuh.
3) Merdeka.
4) Mempunyai kemahiran dan ilmu yang cukup.
5) Sabar.
6) Tabah dan berani.
7) BERAMANAH.

- Ramai orang mampu dengan syarat di atas, malah ramai juga yang kecundang dengan sifat 'Amanah'..

- Kita perlu mengetahui apa kelebihan dan pahala bagi orang yang menguruskan dalam pemandian jenazah, merahsiakan aib jenazah dan mengikhlaskan niat melakukannya kerana Allah swt..

'LURUSKAN NIAT'
- Bagi yang mengurus jenazah itu akan mendapatkan pahala yang besar dengan dua syarat :

1) Hendaklah dalam mengurus jenazah itu seseorang benar-benar ikhlas dan tidak bertujuan untuk memperoleh upah atau ucapan terima kasih.

2) Benar-benar menutupi jenazah dengan rapat dan tidak menyebarluaskan keburukan yang telah dilihatnya dari jenazah tersebut, sebagaimana hadits Nabi:

( من غسل مسلما فكتم عليه غفر له الله أربعين مرة ومن حفر له فأجنه أجري عليه كأجر مسكن أسكنه إياه إلى يوم القيامة ومن كفنه كساه الله يوم القيامة من سندس واستبرق الجنة ) رواه الحاكم 3: 395, باب من رأى شيئا من الميت فكتمه ولم يتحدث به
"Barang siapa yang memandikan seorang muslim, seraya dia menyembunyikan dengan baik, maka Allah akan memberikan ampunan 40 kali kepadanya. Dan barangsiapa membuatkan lubang untuknya lalu menutupinya maka akan diberlakukan baginya pahala seperti pahala orang yang memberinya tempat tinggal kepadanya sampai hari kiamat kelak. Dan barang siapa mengkafaninya, niscaya Allah akan memakaikan kepadanya dihari kiamat kelak, pakaian dari kain sutra tipis dan pakaian sutera tebal syurga."
(HR. Hakim dan Baihaqi)

- Hadith ini menunjukkan kelebihan yang amat besar bagi mereka yang ikhlas menguruskan dalam pengurusan jenazah saudara semuslim. Mereka juga antara orang yang akan diberikan pakaian di akhirat pada saat semua orang bertelanjang menantikan saat pembalasan daripada Allah swt.

- Al-Imam Ibn Qudamah ketika mengulas tentang merahsiakan keaiban mayat berkata:
“Jika ia melihat sesuatu yang baik (pada jenazah) seperti tanda-tanda baik, muka yang bercahaya, wajah yang dalam keadaan senyum dan seumpamanya, disunatkan dia menceritakannya agar memperbanyakkan orang memohon rahmat untuknya, dan agar adanya galakan untuk mencontohi apa yang dilakukan oleh jenazah (ketika hidupnya)…”
(Al-Mughniy, 3/371)

- Apabila ada yang tidak amanah, maka sia-sia lah amalan mereka seperti debu-debu yang bertebangan..
Wallahualam...

~Aku berani dlm menguruskan apa jenis situasi jenazah, tetapi aku amat takut apabila memegang suatu amanah~

(Merahsiakan aib jenazah itu adalah suatu amanah yg perlu dipegang hingga ke akhir hayat.)

Sumber: #‎Amanah‬ ‪#‎PengurusanJenazah‬ ‪#‎FardhuKifayah‬

Khamis, Julai 31, 2014

Rahsia Sebenar Batu Terapung Israk Mikraj

Batu Asli yang sebenarnya

Batu Terapung yang di edit - Palsu


Rahsia Sebenar Batu Terapung Israk Mikraj:
Setiap kali kedatangan tarikh peristiwa Isra’ Mikraj sekitar bulan Jun tahun depan, pasti gambar-gambar ini disebarkan ke serata dunia may...

Ahad, Julai 27, 2014

Hukum Takbir Hari Raya Berjemaah

‎HUKUM TAKBIR HARI RAYA BERJAMA’AH
Oleh : Buya Yahya (Pengasuh LPD Al-Bahjah Cirebon)

بسم الله الرحمن الرحيم  
الحمد لله رب العالمين و الصلاة و السلام على رسول الله سيدنا محمد بن عبد الله و على أله و صحبه و من والاه. أما بعد

1. Takbir di Malam Hari Raya

           Bertakbir di malam hari raya adalah merupakan sunnah Nabi Muhammad  yang amat perlu untuk di lestarikan dalam menampakkan dan mengangkat syi’ar Islam.Para ulama dari masa kemasa sudah biasa mengajak ummat untuk melakukan takbir baik setelah sholat (takbir muqoyyad) atau di luar sholat (takbir mursal).

            Lebih lagi takbir dengan mengangkat suara secara kompak yang bisa menjadikan suara semakin bergema dan berwibawa adalah yang biasa dilakukan ulama dan ummat dari masa ke masa.
             Akan tetapi ada sekelompok kecil dari orang yang hidup di akhir zaman ini begitu berani mencaci dan membid’ahkan takbir bersama-sama. Dan sungguh pembid’ahan ini tidak pernah keluar dari mulut para salaf (ulama terdahulu).

Mari kita cermati riwayat-riwayat berikut ini yang menjadi sandaran para ulama dalam mengajak bertakbir secara kompak dan bersama-sama.

A.  Berdasarkan Hadits dalam Shohih Imam Bukhori No 971  yang diriwayatkan oleh Ummi Athiyah, beliau berkata :

كُنَّا نُؤْمَرُ أَنْ نَخْرُجَ يَوْمَ الْعِيدِ، حَتَّى نُخْرِجَ الْبِكْرَ مِنْ خِدْرِهَا، حَتَّى نُخْرِجَ الْحُيّاَضَ، فَيَكُنَّ خَلْفَ النَّاسِ فَيُكَبِّرْنَ بِتَكْبِيرِهِمْ، وَيَدْعُونَ بِدُعَائِهِمْ يَرْجُونَ بَرَكَةَ ذَلِكَ الْيَوْمِ وَطُهْرَتَهُ.(رواه البخاري
            
  Artinya : “Kami diperintahkan untuk keluar pada hari raya sehingga para wanita-wanita yang masih gadispun diperintah keluar dari rumahnya,    begitu juga wanita-wanita yang sedang haid dan mereka berjalan dibelakang para manusia (kaum pria) kemudian para wanita tersebut mengumandangkan takbir bersama takbirnya manusia (kaum pria)dan berdoa dengan doanya para manusia serta mereka semua mengharap keberkahan dan kesucian hari raya tersebut”.

Di sebutkan dalam hadits tersebut

  فَيُكَبِّرْنَ بِتَكْبِيرِهِمْ 

Para wanita tersebut mengumandangkan takbir bersama takbirnya manusia. Itu menunjukan  takbir  terjadi secara berjamaah atau bersamaan.

Bahkan dalam riwayat imam Muslim dengan kalimat”para wanita bertakbir bersama-sama orang-orang yang bertakbir”

  يُكَبِّرْنَ مَعَ النَّاس

B. Yang diriwayatkan oleh Imam Bukhori dari sayyidina Umar bin Khottob  dalam bab takbir saat di mina 

وَكَانَ عُمَرُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يُكَبِّرُ فِي قُبَّتِهِ بِمِنًى فَيَسْمَعُهُ أَهْلُ الْمَسْجِدِ فَيُكَبِّرُونَ وَيُكَبِّرُ أَهْلُ الْأَسْوَاقِ حَتَّى تَرْتَجَّ مِنًى تَكْبِيرًا

Artinya : “Sahabat umar bertakbir di qubahnya yang berada di tanah mina lalu penduduk masjid mendengarnya dan kemudian mereka bertakbir  begitu penduduk pasar bertakbir sehingga tanah mina bergema dengan suara takbir”
 .
Ibnu Hajar Al Asqolani (pensyarah besar kitab shohih buhkori) mengomentari kalimat : 

   حَتَّى تَرْتَجَّ مِنًى تَكْبِيرًا 
Dengan

 "أي يَضْطَرِّبُ وَتَتَحَرَّكُ, وَهِيَ مُبَالَغَةٌ فِي اجْتِمَاعِ رَفْعِ الصَّوْتِ"            

Bergoncang dan bergerak, bergetar  yaitu menunjukan kuatnya  suara yang  bersama-sama .
 
C. Berdasarkan apa yang dikatakan oleh Imam Syafi’i ra dalam kitab Al’um  1/264 :

أَحْبَبْتُ أَنْ يَكُبِّرَ النَّاسُ جَمَاعَةً وَفُرَادًى فِي المَسْجِدِ وَالْأَسْوَاقِ وَالْطُرُقِ وَالْمَنَازِلِ والْمُسَافِرِيْنَ والْمُقِيْمِيْنَ فِي كُلِّ حَالٍ وَأَيْنَ كَانُوْا وَأَنَ يَظْهَرُوْا الْتَكْبِيْرَ "

               Artinya : “Aku senang(maksudnya adalah sunnah) orang-orang pada bertakbir secara bersama dan sendiri-sendiri, baik di masjid, pasar, rumah, saat bepergian atau rmukim dan setiap keadaan dan di manapun mereka berada  agar mereka menampakkan(syi’ar)  takbir”. 

D. Tidak pernah ada dari ulama terdahulu yang mengatakan takbir secara berjamaah adalah bid’ah. Bahkan yang ada adalah justru sebaliknya anjuran dan contoh  takbir bersama-sama dari ulama terdahulu .
 
Kesimpulan tentang takbir bersama-sama:
1. Pernah terjadi takbir barsama-sama pada zaman Rasulullah dan para sahabat
2. Anjuran dari Imam Syafi’i ra mewakili  ulama salaf  .
3. Tidak pernah ada larangan takbir bersam-sama dan juga tidak ada perintah takbir harus sendiri-sendiri.Yang ada adalah anjuran  takbir dan dzikir secara mutlaq baik secara  sendirian atau berjamaah.
4. Adanya pembid’ahan dan larangan takbir bersama-sama hanya terjadi pada orang-orang akhir zaman yang sangat bertentangan dengan salaf.

2. Menghidupkan malam hari raya dengan ibadah

Hukum menghidupkan malam hari raya dengan amal ibadah. Sudah disepakati oleh para ulama 4 madzhab bahwa disunnahkan untuk kita menghidupkan malam hari raya dengan memperbanyak ibadah. Imam nawawi dalam kitab majmu’ berkata sudah disepakati oleh ulama bahwa dianjurkan untuk menghidupkan malam hari raya dengan ibadah dan pendapat seperti ini juga yang ada dalam semua kitab fiqh 4 madzhab. Artinya kita dianjurkan untuk menghidupkan malam hari raya dengan sholat, berdzikir, dan membaca Al-Quran khususnya bertakbir.  Karena malam hari raya adalah malam bergembira, banyak sekali hamba-hamba yang lalai pada saat itu maka sungguh sangat mulia yang bisa mengingat Allah di saat hamba-hamba pada lalai.

3. Yang dilakukan Santri dan Jama’ah Al Bahjah 

1. Takbir keliling dalam upaya membesarkan syi’ar takbir.
2. Kunjung dari masjid ke masjid untuk melakukan sholat sunnah.
3. Menyimak tausyiah di beberapa masjid yang dikunjungi.
 
Yang semua itu dalam upaya menjalankan  sunnah yang dijelaskan oleh para ‘ulama tersebut di atas. Wallahu a’lam Bishshowaab.‎

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين و الصلاة و السلام على رسول الله سيدنا محمد بن عبد الله و على أله و صحبه و من والاه. أما بعد

1. Takbir di Malam Hari Raya

Bertakbir di malam hari raya adalah merupakan sunnah Nabi Muhammad yang amat perlu untuk di lestarikan dalam menampakkan dan mengangkat syi’ar Islam.Para ulama dari masa kemasa sudah biasa mengajak ummat untuk melakukan takbir baik setelah sholat (takbir muqoyyad) atau di luar sholat (takbir mursal).

Lebih lagi takbir dengan mengangkat suara secara kompak yang bisa menjadikan suara semakin bergema dan berwibawa adalah yang biasa dilakukan ulama dan ummat dari masa ke masa.

Akan tetapi ada sekelompok kecil dari orang yang hidup di akhir zaman ini begitu berani mencaci dan membid’ahkan takbir bersama-sama. Dan sungguh pembid’ahan ini tidak pernah keluar dari mulut para salaf (ulama terdahulu).

Mari kita cermati riwayat-riwayat berikut ini yang menjadi sandaran para ulama dalam mengajak bertakbir secara kompak dan bersama-sama.

A. Berdasarkan Hadits dalam Shohih Imam Bukhori No 971 yang diriwayatkan oleh Ummi Athiyah, beliau berkata :

كُنَّا نُؤْمَرُ أَنْ نَخْرُجَ يَوْمَ الْعِيدِ، حَتَّى نُخْرِجَ الْبِكْرَ مِنْ خِدْرِهَا، حَتَّى نُخْرِجَ الْحُيّاَضَ، فَيَكُنَّ خَلْفَ النَّاسِ فَيُكَبِّرْنَ بِتَكْبِيرِهِمْ، وَيَدْعُونَ بِدُعَائِهِمْ يَرْجُونَ بَرَكَةَ ذَلِكَ الْيَوْمِ وَطُهْرَتَهُ.(رواه البخاري

Artinya : “Kami diperintahkan untuk keluar pada hari raya sehingga para wanita-wanita yang masih gadispun diperintah keluar dari rumahnya, begitu juga wanita-wanita yang sedang haid dan mereka berjalan dibelakang para manusia (kaum pria) kemudian para wanita tersebut mengumandangkan takbir bersama takbirnya manusia (kaum pria)dan berdoa dengan doanya para manusia serta mereka semua mengharap keberkahan dan kesucian hari raya tersebut”.

Di sebutkan dalam hadits tersebut

فَيُكَبِّرْنَ بِتَكْبِيرِهِمْ

Para wanita tersebut mengumandangkan takbir bersama takbirnya manusia. Itu menunjukan takbir terjadi secara berjamaah atau bersamaan.

Bahkan dalam riwayat imam Muslim dengan kalimat ”para wanita bertakbir bersama-sama orang-orang yang bertakbir”  يُكَبِّرْنَ مَعَ ال

B. Yang diriwayatkan oleh Imam Bukhori dari sayyidina Umar bin Khottob dalam bab takbir saat di mina

وَكَانَ عُمَرُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يُكَبِّرُ فِي قُبَّتِهِ بِمِنًى فَيَسْمَعُهُ أَهْلُ الْمَسْجِدِ فَيُكَبِّرُونَ وَيُكَبِّرُ أَهْلُ الْأَسْوَاقِ حَتَّى تَرْتَجَّ مِنًى تَكْبِيرًا

Artinya : “Sahabat umar bertakbir di qubahnya yang berada di tanah mina lalu penduduk masjid mendengarnya dan kemudian mereka bertakbir begitu penduduk pasar bertakbir sehingga tanah mina bergema dengan suara takbir”

.

Ibnu Hajar Al Asqolani (pensyarah besar kitab shohih buhkori) mengomentari kalimat :

حَتَّى تَرْتَجَّ مِنًى تَكْبِيرًا Dengan "أي يَضْطَرِّبُ وَتَتَحَرَّكُ, وَهِيَ مُبَالَغَةٌ فِي اجْتِمَاعِ رَفْعِ الصَّوْتِ"

Bergoncang dan bergerak, bergetar yaitu menunjukan kuatnya suara yang bersama-sama .

C. Berdasarkan apa yang dikatakan oleh Imam Syafi’i ra dalam kitab Al’um 1/264 :

أَحْبَبْتُ أَنْ يَكُبِّرَ النَّاسُ جَمَاعَةً وَفُرَادًى فِي المَسْجِدِ وَالْأَسْوَاقِ وَالْطُرُقِ وَالْمَنَازِلِ والْمُسَافِرِيْنَ والْمُقِيْمِيْنَ فِي كُلِّ حَالٍ وَأَيْنَ كَانُوْا وَأَنَ يَظْهَرُوْا الْتَكْبِيْرَ "

Artinya : “Aku senang(maksudnya adalah sunnah) orang-orang pada bertakbir secara bersama dan sendiri-sendiri, baik di masjid, pasar, rumah, saat bepergian atau rmukim dan setiap keadaan dan di manapun mereka berada agar mereka menampakkan(syi’ar) takbir”.

D. Tidak pernah ada dari ulama terdahulu yang mengatakan takbir secara berjamaah adalah bid’ah. Bahkan yang ada adalah justru sebaliknya anjuran dan contoh takbir bersama-sama dari ulama terdahulu .

Kesimpulan tentang takbir bersama-sama:

1. Pernah terjadi takbir barsama-sama pada zaman Rasulullah dan para sahabat

2. Anjuran dari Imam Syafi’i ra mewakili ulama salaf .

3. Tidak pernah ada larangan takbir bersam-sama dan juga tidak ada perintah takbir harus sendiri-sendiri.Yang ada adalah anjuran takbir dan dzikir secara mutlaq baik secara sendirian atau berjamaah.

4. Adanya pembid’ahan dan larangan takbir bersama-sama hanya terjadi pada orang-orang akhir zaman yang sangat bertentangan dengan salaf.

2. Menghidupkan malam hari raya dengan ibadah

Hukum menghidupkan malam hari raya dengan amal ibadah. Sudah disepakati oleh para ulama 4 madzhab bahwa disunnahkan untuk kita menghidupkan malam hari raya dengan memperbanyak ibadah. Imam nawawi dalam kitab majmu’ berkata sudah disepakati oleh ulama bahwa dianjurkan untuk menghidupkan malam hari raya dengan ibadah dan pendapat seperti ini juga yang ada dalam semua kitab fiqh 4 madzhab. Artinya kita dianjurkan untuk menghidupkan malam hari raya dengan sholat, berdzikir, dan membaca Al-Quran khususnya bertakbir. Karena malam hari raya adalah malam bergembira, banyak sekali hamba-hamba yang lalai pada saat itu maka sungguh sangat mulia yang bisa mengingat Allah di saat hamba-hamba pada lalai.

3. Yang dilakukan Santri dan Jama’ah Al Bahjah

1. Takbir keliling dalam upaya membesarkan syi’ar takbir.

2. Kunjung dari masjid ke masjid untuk melakukan sholat sunnah.

3. Menyimak tausyiah di beberapa masjid yang dikunjungi.

Yang semua itu dalam upaya menjalankan sunnah yang dijelaskan oleh para ‘ulama tersebut di atas. Wallahu a’lam Bishshowaab.

Oleh : Buya Yahya (Pengasuh LPD Al-Bahjah Cirebon) di petik dari Pondok Habib

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...