KEBANYAKAN pemerintah atau pemimpin di dunia masa kini, sama ada orang Islam atau bukan Islam, telah naik melalui pilhanraya. Bererti mereka naik hasil undi rakyat di hari membuang undi.Mana mana yang dapat lebih undi dari yang lain, dia lah yang naik jadi pemimipin dan pemerintah untuk Negara tersebut.Cara pemilihan yang begini, adalah cara Barat yang menganut ideologi liberal kapitalisme yang mempraktik kan sistem demokrasi terbuka.
Hal ini adalah berbeza sekali dengan Islam yang merujuk pada Al Quran, Hadis dan ulil amri (ahlul halli wal 'aqdi).Dalam Islam, pemilihan pemimipin dibuat berdasarkan sistem demokrasi terpimpin yang di mana pemimipn dipilih dari kalangan beberapa orang yang menjadi intipati masyarakat yang di katakan ahlul halli wal 'aqdi tadi. Memang terdapat perbezaan yang jauh di antara kedua dua nya.(Cara Islam dan cara Barat)
Dari itu sistem pilihanraya berdemokrasi yang di amalkan semua hari ini bertentangan dengan sistem yang di aturkan oleh Islam.Ia turut di amalkan oleh parti parti Islam (bahkan dalam pemilihan dalam parti Islam itu sendiri) dengan alasan alasan tertentu yang amat di ragui tentang kebenaran nya.
- Pemimpin yang naik adalah pilihan oleh majoriti rakyat jelata. Adakah sebenarnya pemimpin ini mendapat majoriti?
- Kalau di amati hal ini tidak semestinya berlaku.Katakan dua orang calon bertanding di kawasan yang ada 10 ribu pengundi.Calon A dapat 4500 undi, B dapat 4000 undi dan yang tidak mengundi 1500.Perbezaan antara keduanya Cuma 500 undi sahaja.Tetapi yang tidak mengundi seramai 1500.Ertinya A yang di katakan memang dengan majorit 500 undi tadi hakikatnya cuma di terima oleh 4500 orang rakyat sahaja.Manakala 5500 lagi menolak kepimipinananya.
- Maka apabila calon A tadi membentuk satu pemerintahan, pemerintahannya akan jadi tidak stabil dan mudah goyang.
- Keadaan ini akan menjadi lebih parah lagi kalau terjadi begini.
- Terdapat 3 orang calon yang bertanding di kawasan yang mempunyai pengundi 10 ribu orang.
- Keputusan nya, calon A dapat 3300 undi , B dapat 3300 undi dan C dapat 3400 undi.
- Secara demokrasi C menang dengan bilangan penyokong nya 3400 pengundi.
- Di manakah logiknya C di katakan menang dengan sokongan majoriti sedang penentang nya sebenarnya adalah seramai 6600 orang? Jumlah 6600 orang ini adalah jumlah majoriti sebenarnya.
- Cuba bayangkan di sesebuah Negara yang penyokongnya adalah sedikit dan penentang nya lebih ramai saperti yang di gambarkan di atas.Boleh kah Negara itu stabil?
- Dalam keadan saperti ini huru hara selalu terjadi dan kerajaan boleh tumbang bila bila masa.
- Pengundi pengundi yang di suruh memilih pemimpin mereka adalah dari kalangan orang tua yang sudah uzur, orang buta, orang jahil, orang jahat, dan orang orang yang tidak tahu menahu mengenai pemimpin dan kepimipnan.Orang orang begini lah yang turut menentukan corak kepimipinan Negara.Ramai pengundi yang mengundi sebenarnya tidak tahu menahu tentang dasar pemerintahan parti yang di sokongnya. Apakah keputusan mereka menjamin kebaikan dalam pemerintahan? Kalaulah satu parti menang hasil sokongan orang orang jahil ini, apakah parti itu boleh berbangga? Sedangkan yang menentang adalah dari kalangan orang cerdik pandai yang boleh menilai sekalipun bilangan nya minoriti.
- Hari ini macam macam golongan manusia yang turut mengundi.Masing masing golongan ada niat masing masing.Mereka mengundi satu parti bukan kerana menyokong dasar parti itu. Tetapi kerana marah pada parti lawan.Contohnya di Malaysia pada PRU12 orang Islam turut mengundi parti parti yang dasarnya jelas bertentang dengan dasar Islam.
- Sebab itu apabila parti yang disokongnya menang, maka mereka akan tuntut hajat hajat mereka masing masing.Sepuluh golongan sepuluh perkaralah yang di tuntut.Sekalipun yang di tuntut itu membebankan pemerintah dan rakyat.Pemerintah terpaksa mengikut kehendak kehendak golongan tadi, dengan terpaksa mengorbankan dasar parti serta kepentingan rakyat umum pula.
- Sesetengah orang yang mencalonkan diri untuk jadi pemimpin adalah orang orang politik yang kebolehan istimewanya ialah pandai berpidato.Cakap cakapnya membangkit kan semangat dan mempesona orang yang mendengar serta pandai mencari kesalahan kesalahan dan menuduh orang lain.Ertinya dia sentiasa mengaku dirinya baik.Maka jadilah dia tokoh besar. Perangainya, cara hidupnya, agamanya dan amalannya, , orang tidak ambil kira.Pendek kata syarat syarat untuk jadi pemimipin cuma dinilai pada pandai melobi, pandai bercakap, pandai putar belit dan pandai mengata orang sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan