Sabda Nabi S.A.W "Sampaikan dari Ku walau pun satu ayat"

Buku Pelawat

Topik Panas

Jumaat, Mac 12, 2010

UMAT ISLAM SESAMA ISLAM TIDAK BOLEH BERPADU DAN BERSATU PADU,MENGAPA?


Iktibar :Adakah Allah sudah pindakan sifat perpaduan dan kasih sayang dari manusia kepada haiwan ini?


Manusia dalam sesebuah masyarakat tidak boleh hidup bersendirian.Manusia perlu di antara satu sama lain, sandar menyandar, lengkap melengkap dan tolong menolong.Namun begitu sikap manusia selalu nya tidak menuju kearah itu dan payah untuk bersatu.Mengapa begitu?

Ini adalah angkara nafsu.Nafsu lah punca manusia tidak boleh bersatu.Sifat nafsu itu sangat jahat lebih lebih lagi ia pula di dorong oleh syaitan yang sentiasa melaga lagakan manusia supaya berpecah dan bermusuh musuh di antara satu sama lain.Di antara kejahatan nafsu ialah bersifat tamak, mementingkan diri.Ulama pun terjebak.Pemimpin lagi lah.Mereka sendiri tidak boleh berpadu dan bersatu.Apatah lagi orang awam.

Nafsu- semua dia hendak.Yang halal pun dia hendak.Yang haram pun dia hendak.Apabila di ikutkan kehendaknya, tidak kira lah, demi untuk mendapatkan nya dia tidak kira.Perah tenaga orang, fitnah orang, umpat orang, kata orang,burukkan orang, menindas, menipu, rasuah dan lain lain.Begitulah apa yang sedang berlaku dalam masyarakat, terutama dalam masyarakat orang politik.

Di dalam satu keluarga, satu harakah, satu parti, satu kaum atau satu bangsa, ada jatuh menjatuhkan dan khianat mengkhianati.Pada zahir nya pemimpin mereka nampak berjaya menyatukan ahli ahli nya tetapi pada hakikatnya mereka gagal menyatukan hati mereka. Lahir nya mereka bersatu tetapi hati mereka tidak pernah bersatu.

Di dalam bersatu bersenget hati.
Di dalam tolong menolong ada kepentingan diri.
Di dalam gotong royong ada pengkhianatan.
Di dalam perkongsian ada penipuan.

Semuanya ini adalah angkara NAFSU.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...